TABUNG SAKURA

Saturday, March 6, 2010

19 tahun yang terakhir

kurang 24 jam lagi
hari ini hari terakhir
hari terakhir aku berumur 19 tahun
what im feel??

sudah tentu aku sedih
sedih sebab banyak yang sudah aku belajar
sedih sebab banyak benda masih belum tercapai
sedih sebab tak dapat lakukan apa yang aku nak lakukan
19 tahun cuma sekali sahaja seumur hidup

puas ke aku hidup untuk tahun yang ke 19 ini
masih kuat ke aku nak tempuh hidup yang ke 20 tahun esok hari

Ya Allah
Berilah aku kekuatan
Berikanlah aku nikmat hidup untuk kali yang terakhir dalam usia 19 tahun ini

Jika hari ini hari yang terakhir untuk aku
dan esok Kau tak izinkan aku bernafas lagi
Maka aku redha
Terima Kasih atas segala pinjamanMu yang telah
Kau berikan untuk 19 tahun ini
Aku bersyukur

*Aku sangat berharap apa yang dia maksudkan sebenarnya itu adalah aku. Masih kuat ke instinct aku? Entahlah. Harap yang gembira sahaja untuk 12 tengah malam ini.*

Friday, March 5, 2010

Hopefully


Hmmm..
Entahlahh
Sejak aku terbaca status dia
Hati aku memang tak tenang

Betul kata Dila
Betul kata Zeera
Tapi kan
Aku degil
Aku keras kepala

Tapi aku rasa
Aku rasa perasaan yang sama
Rasa itu yang pernah ada dulu
Datang menganggu ketenteraman aku

Sebolehnya
Aku nak lupakan semua tentang dia
Makin aku buang makin dia datang
Aduhhh

Ini bisa buat hidup aku jadi giler
Aku sudah menjadi semakin angau
Tersengih sorang sorang
Pandang orang Indon yang buat bangunan dekat dengan kolej pun
Boleh buat aku tersengih macam kerang busuk

Aduhhh
Kalaulah aku orang itu
Mesti aku gembira
Pada hari itu nanti

Tapi
Kalau bukan aku
Entahlah aku tak dapat fikir
Sebab aku rasa itu memang aku

Terserlah betapa degilnya aku
Aduhhhhhh

Thursday, March 4, 2010

Itu keh nilainya??

Aku bukan nak marah orang nak baca blog ini
Bukan aku sengaja menukar url blog ini
Bukan mahu lari dari segala masalah
Bukan untuk mengecilkan hati mereka

Entah la
Salah ke apa yang aku tulis??
Salah ke apa yang aku kata??
Mereka terasa?
Aku lagi terasa
Benar aku sangat,sangat kecik hati

Kalaulah benar aku buat segala assigment adalah untuk menunjuk nunjuk
Give me the bukti
Bagi aku satu bukti yang betul aku nak meriakkan diri
Kalau benar aku ini sengaja nak menunjuk nunjuk
Baik aku tarik semua apa yang aku sudah siapkan
Bila aku dapat tahu mereka tukar sesuka hati assigment itu
Aku siapkan hingga tak tidur malam
dan itu dikatakan menunjuk nunjuk
Tak mengapalah
Aku redha

Kalaulah aku menjaga abah yang sakit setiap malam itu
Sama nilainya dengan RM2.60 untuk duit tol
Alangkah murahnya nilai mengorbanan itu
Kalaulah RM2.60 tu boleh aku bayar pada abah untuk everything in my life
aku bagi jumlah itu pada abah
Tapi pengorbanan abah selama ni tak ternilai
Dan kalau RM2.60 menjadi persoalan yang begitu besar
Aku sanggup bayar RM2.60 pada mereka

Aku semakin tak faham
Bukan duit atau sikap menunjuk nunjuk yang aku nak pertaruhkan
Yang aku nak just sikap tanggungjawab sebagai seorang kawan dan pelajar
Mudah untuk mereka berkata
"Hal family dengan study kenelah diasingkan. Jangan dicampurkan."

Fikirlah semula
Aku tak nak berkata banyak
If they in my place
Can they feel my feeling?
Mulut mudah berkata
Untuk menerima bukan mudah kalau tak punya hati yang kuat

Pesan aku cuma satu
Fikirlah
Fikirlah sebaiknya dan sedalamnya
If ayah aku pergi tinggalkan aku sekeluarga
Takkan ada harta yang dia tinggalkan untuk aku sekeluarga
Kalau ada pun semua itu tak sama dengan pengorbanan abah sepanjang hidup aku dan keluarga
Mereka mungkin bertuah dilahirkan dalam keluarga yang senang
Takpelah rezeki kita jauh berbeza

Aku bukan nak menjaja kisah keluarga
Jauh sekali nak meraih simpati
Sekadar ingin berkongsi pengalaman hidup
Jika ada yang kesian atau simpati
Mungkin hanya kebetulan

Duit tak mampu membeli kebahagian
Walaupun aku tak sekaya orang kaya
Tapi jangan menghina aku kerana duit
Fikirkanlah..

Wednesday, March 3, 2010

Aduh

dia said in Fb

"sedang mencari sesuatu yang bermakna sebagai hadiah untuk orang yg betul-betul aku sayang selama nie.aku ade 5 hari lagi untuk mencari..blurr!!..tolong suggest something.urgent!!"

reaksi aku? tidakkkkkk!!!
aku ke orang tu?
aku ke yang dia maksudkan?
itu hari lahir aku

kenapa dia tulis macam itu?
aku ke yang perasan?

aku semakin tak keriuhan
aku menjadi gelisah
buku Public Relation dekat depan mata tak aku indah
walhal esok petang aku ada test
hilang semua semangat aku

Tolong aku
Putarkan masa dan waktu ini
Ini ke hadiah hari lahir aku tahun ini?

Tapi aku takut kecewa
Takut itu bukan untuk aku
Arghhhh fikiran aku celaru!

Monday, March 1, 2010

Salah aku ke?

aku tak tahu apa patut ke aku tulis this story
aku penat,penat memendam
letih,sangat dan terlalu letih
Maafkan aku, Ya Allah
Aku hamba yang lemah dan selalu mengeluh

Terasa nak mengalir keluar air mata ni
Terasa nak lari dari semua ini
Entah la,terasa aku terlalu lemah

Senang sungguh hati mereka study untuk exam dan kuiz
Sedangkan aku terpaksa bersengkang mata menyiapkan assigment
Adil ke untuk semua ini?
If this is individual work, I really dont mind
But this is work in team
Dan sangat membuatkan aku terkilan
Sangat terkilan

Bukan untuk aku membangga diri
Bukan untuk aku menunjuk yang aku pandai
Tapi hati ini bagai hancur sudah

Entahlah
Dikala aku bersengkang mata hingga pukul 5 pagi
Mereka sepi dibuai mimpi
Tak sedikit pun terbit simpati mereka pada aku
Mungkin tak terfikir pun tentang aku

Mungkin mereka menggunakan alasan yang mereka tak tahu untuk buat assigment blog itu
Aku pun tak tahu walaupun hampir setahun aku punya blog sendiri
Aku sanggup menebalkan muka tanya kepada orang
Aku sanggup berhabis kredit untuk menyiapkan kerja itu
Aku sanggup berkomunikasi dengan orang yang jarang aku tegur
Thanks kepada Habibul Ambia atas pertolongan kau
If kau tak tolong memang aku menangis malam itu

Aku teringat satu dialog Nabil dalam filem Lu Pikirlah Sendiri

"macam ni ke perangai pelajar universiti? Pemalas! Kalau macam inilah attitude ko,baik tak payah masuk universiti. Ramai lagi orang kat luar sana yang layak masuk universiti. Orang macam korang ni tak sedar dek untung taw! Kerajaan dah bagi peluang, gunalah sebaik-baiknya!"

Memang pedas kata kata itu.Tapi aku suka. Biar pedas,biar terbakar
Lagi terbakar hati ini melihat keslumberan mereka
Biarlah kalau mereka hendak melabel aku sebagai skema
Tak luak sedikit pun hati ini
Biarlah

Selagi aku boleh bertahan,aku tahan
Tapi aku mengaku yang aku tak boleh memandang muka mereka
Sakit hati ini
Tadi someone pun ada tegur aku

Dia cakap,
"maafkan jelah awak.Kitaorang pun macam tu jugak.Buat tak tahu jelah."

Entah laa
Kalau ini kali pertama mungkin aku diam
Tapi ini sudah hampir 2 tahun
Kesabaran aku ada batas
Cukuplah kesabaran aku

Biarlah aku begini
Daripada aku bersama mereka
Tapi hati ini sakit dan menyumpah
Cukuplah aku jaga hati orang
Biarlah hati ini menjadi kepentingan aku sekarang

Maafkan aku, Ya Allah
Aku hamba yang lemah
Aku tak mampu berdepan dengan mereka
Maafkan aku kerana tak mampu maafkan mereka lagi
Mudahkanlah urusan aku tanpa mereka
Sesungguhnya aku percaya
Bahawa ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian ini

SEHATI BERDANSA