TABUNG SAKURA

Wednesday, September 8, 2010

Seronok Sampai Menari Nari

Hello semua. Tengah buat apa? Makan? Tak puasa ke? hahahahahaha. I puasa. Hari ni I nak story pasal cerita I yang semalam. Bukan pasal entry semalam tu. Bukan pasal dia. Bukan pasal hati. Tapi pasal I. Semalam I keluar dengan BFF I. We all pergi Jusco Bukit Tinggi. Eh bukan Bukit Tinggi kat Pahang tu. Ni bukit tinggi kat tempat I je. I tak mampu pergi jauh jauh.

Okay. Fokus okay dengan story I ni. Pastikan you all takde gangguan disekeliling. Kalau perlu sila silent atau off kan handphone anda. Itu lebih baik. Sila pastikan juga otak anda tenang dan kosong untuk menerima cerita ini.
Cerita ini benar. Tiada yang palsu. Kalau ada ia akan dinyatakan. Anggukkan kepala anda tanpa anda memahami syarat saya. Thanks.

Semalam I, Zeera and Dila going to the Jusco macam yang I sebut tadi. Motif utama nak keluar beli kasut raya si Zeera kat Vincci. Motif sampingan nak buka puasa dengan Mimi and Yan. Tapi motif kedua tu gagal. Aku orang terakhir yang tahu. How dare you all tak bagitahu I? You all tak tahu ke yang I dah bersiap lawa lawa.hahahaa. Semalam kita orang naik Unser purple milik En Suder yang suka kacau I time I webcam dengan anaknya. You know I sangat pemalu tau. Terus I jatuh katil bila dia tengok tengok I. hahahahaha. Anak En Suder,kirim salam dengan ayahmu. Nanti I nak webcam dengan ayah kamu lagi.lalalalalala.

Anak En Suder ambil aku lambat daripada janji. I pulak tak kisah. Mak I pulak sibuk duk call suruh singgah tempat kerja dia untuk ambil kotak kotak biskut raya. Maka dengan itu we all ambil si Anak Rafi pun lewat sikit. Sampai rumah En Rafi,boleh pulak anaknya belum siap. Sungguh sakan kami gelak dalam Unser. Speechless dengan ketidaksiapan dia. So dia bertindak siap seperti kartun. Ala ala mak Sin Chan kot dia bersiap.hahahahahaha. Lepastu terus menuju ke Jusco bukan milik family kami.lalalaa

Masuk masuk,kami terus attack Padini untuk memuaskan hati anak En Suder even dia belum withdraw duit. Mungkin sebab dia perasan yang dia comel dan mungkin dengan tu Padini takkan kenekan dia bayaran. Maaf kecomelan dia tak laku. Kasut yang dia nak pun dah takda.hahahahaha.Kemudian kitaorang pergi solat. Naik atas,attack Jusco kat bahagian shoes. Pun takda kasut yang berkenan dihati dia. Anak En Rafi jumpa wallet someone atas kasut kasut pameran. Tuan punya wallet tak dapat dikesan. Dengan jujur dan baik hatinya,kitaorang pergi service counter. Dia isi form lepas tu,orang yang in charge cakap dia akan buat announcement. Tapi haram. Rasanya macam dia tak buat je. Takpelah kak,tu antara akak dengan Tuhan. Bahagian kitaorang dah settle.

Terus usha usha kasut lagi. Lepas tu kitaorang pergi cari tempat duduk sebab nak break fast. We all pilih KFC untuk ikut kehendak anak En Suder lagi. I and dia pilih snack plate plus dengan cheesy wedges. Anak En Rafi cuma pesan zinger combo. We all makan sebelah 'kembar' anak En Suder. Kembar dia sangat sombong,siap menjeling menjeling ku mandang,mata kita sama memandang.hahahahaha. Sangat annoying tau. Tolonglah! Siap makan,serang Watson. Semua tester nak dicuba. Semua make up pulak tu. Tabiat apa la kawan kawan I tu. Pakai maskara,terus mata tak boleh nak bukak. Pakai eyeliner masuk dalam mata.hahahaha. Korang memang kelakar.hahahaha.

Sebelum tu I sempat kene paksa untuk timbang my weight. Takut memang takut. Tapi I happy. You know why,sebab berat I dah turun. Dulu mesin tu kata XL. Now dah L. Bila balik I kira BMI,memang berat and tinggi I belum ideal sebab BMI  I just dapat around 26. So I kene work hard sikit lagi biar dapat berat dan tinggi yang ideal. Wahh gembiranya I rasa sampai I boleh menari nari dalam Jusco tu.hahahahaha.


Next we went to the surau. Lepas tu teruskan usaha mencari kasut. Last last selipar Padini jadi pilihan anak En Suder. Anak En Rafi yang beria ia taknak beli apa apa,tapi dia kaut jugak kasut Vinnci high heel yang 50% discount. hahahahaha.I pulang dengan tangan kosong. Macam tak biasa.hahaha. Sebelum balik diaorang belikan big apple untuk family masing masing. I beli mcd untuk my mom sebab dia duk call mintak GCB tapi GCB dah takda. So I kaut Spicy Chicken Maxdeluxe je. We all kaut jugak ais krim.hehehe

Sampai rumah dalam around 10 malam. Penat berjalan dengan mereka. Tapi we all enjoy. Thank girls make my day happy. So bila nak attack Nasi Ayam Penyet pulak.lalalalala

*Dari XL turn to L. Sangat excited. Sangat berbaloi pengorbanan I. Cuma macam yang I cakap,diaorang kata badan I dah 'Jatuh'. Macam mana? Any suggestion? Please,I need you opinion. Thank you.*


Saya berjaya. Tahniah Azza! Keep up sayang! Go Azza. Go Azza.

Tuesday, September 7, 2010

Pemilik Kepada Tulang Rusukku

Hari ni aku bosan. Pagi pagi lagi aku bangun. Terus kene kemas rumah. Aku rasa semua kipas kat rumah aku dah berat,so aku ambil tangga. Lap segala habuk yang ada kat kipas. Pehh,kipas je baru tapi banyak giler habuk. Then aku vacum dan buat apa yang patut. Tertengok pulak tv3. Eh,my boyfriend dalam mimpi ada pulak dalam tv. Dan terujanya aku terus baring mengadap tv. Patutkan?? Tengok boyfriend sendiri dalam tv,takpe la. Bukan boyfriend orang lain pun. hahahahahahaa. Siapa boyfriend I yang bertuah tu? Mestilah superhero I. Faizal Tahir. Dia boyfriend I dalam mimpi tau.[Maaf kalau aku tergedik. Tapi sungguh aku giler dengan dia. hahahaha. Jangan jealous na.hahahaa]. Lepas tu kene hantar adik aku pergi klinik pulak. Nasib bulan puasa. So tak ramailah pesakit yang ada kat klinik.[Apa hal pulak aku story pasal aktiviti aku ni? Bukan ada orang nak tahu pon. Malaslah aku nak padam. Siapa nak baca,baca. Siapa tak nak,pergi pangkah belog aku ni.]

Masih ingat kali pertama jatuh cinta? Kali pertama nak tackle orang? Do you still remember when we first time fall in love? Remember that moment?

Berapa ramai antara kita yang masih ingat tentang kenangan yang pertama tu? Mungkin anda akan kerutkan dahi sebagai tanda yang anda sedang cuba untuk mengingat. Bila anda berjaya untuk mengingat,mungkin ada akan tersenyum. Senyum mungkin kenangan anda kelakar. Mungkin juga kenangan itu anda anggap kenangan paling bodoh. Tak kira apa saja yang anda fikirkan. Itu semua pengalaman. Pengalaman yang mengajar erti sebuah perjalanan hidup. Pengalaman guru terbaik untuk jadi orang yang lebih baik. Kalau setuju dengan kata kata saya,sila anggukkan kepala anda sambil senyum dengan pipi yang senget untuk saya.Thanks

Pernah tengok Syurga Cinta. Atuk Shuhada pernah cakap yang jodoh  tu terbahagi kepada tiga. Satu. Jodoh daripada syaitan. Kita berkenalan,berpegangan tangan dan melakukan maksiat. Kemudian si wanita mengandung lalu baru sibuk nak nikah atau sibuk nak planning untuk gugur atau bunuh janin sendiri.Kedua jodoh daripada jin. Kita berdua berkenalan. Hanya bertepuk sebelah tangan. Bila bunyi tepukkan tak padu,kita bomoh dan sihirkan si dia supaya dia suka kat kita.Lalu kita bernikah. Ketiga. Jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan terus menusuk ke kalbu. Si lelaki terus meminang si gadis. Si gadis menerima. Dan lalu kamu menikah. Insyaallah ia berkekalan hingga ke akhir hayat

Umur aku 20 tahun. Agak menipu rasanya kalau aku cakap yang aku tak fikir tentang jodoh. Mustahil untuk tak fikir. Bila single kita rasa hidup lagi seronok. Bila single hidup kita lebih bebas. Bila single hidup kita lebih mudah untuk bergerak. Tapi kadangkala kesibukan mengerjar kekayaan duniawi buat kita gagal mengenal erti sebuah perhubungan atau human touch.Sesetengah dari kita mungkin berpendapat yang wang adalah segala bagi kita. Tanpa duit hidup kita tak kemana. Aku pun mengakui tentang pendapat tu. Tapi sedar tak kita yang duit dan perhubungan perlu jalan selari. Duit tanpa human appriaciate takda makna.

Selama 20 tahun hidup.Aku dah bercouple dengan hampir empat orang lelaki. Banyakkan? Lihat betapa playgirlnya aku. Tu baru yang serius. Belum lagi yang aku kenal. Belum campur yang duduk mengusha aku tapi aku tak layan. Bukan nak menunjuk yang aku hot[hot ke? Eeeei tolong la. Kami tak hot,kami cool.hahahahaha],tapi cuma pelik tak sorang pun yang kekal dengan aku sampai sekarang. Hahahahaha. Sadis sungguh bunyinya. Hahahahaa.

Tapi sampai sekarang aku belum mampu jumpa dengan pemilik kepada tulang rusuk aku. Mungkin pemilik tu dalam proses mempersiapkan diri. Siap sedia menerima aku yang banyak sangat kekurangan. Tapi kekurangan tu adakala menjadi kelebihan kepada aku. Sebab kita adalah sebaik baik kejadian. Aku pun sedang dalam proses untuk menyiapkan diri sendiri agar jadi yang terbaik.


Cinta adalah permulaan jodoh.Cinta aku hanya untuk orang yang benar benar ikhlas mengenali aku bukan untuk dipersendakan. 

*Kenapa aku rasa entry ni macam mengarut. So abaikan jelah. Mana pulak budak budak yang janji nak ajak pergi Jusco ni. Takda khabar berita pun. Kang kalau aku tidur,padan muka aku.hahahahaha*

Monday, September 6, 2010

Aku Cuma Insan Biasa

Apa yang aku nak tulis ni adalah hak aku sebagai manusia. Hak aku sebagai blogger. Hak aku sebagai tuan punya belog. Siapa yang makan cili,dia rasa pedas. Siapa nak terasa,tu kau orang punya hal. Aku tak boleh nak halang kau orang dari terasa ke whateverlah. Sebab aku dah nyatakan syarat syarat untuk belog ni. Rujuk bahagian kanan belog ini. Tu adalah syarat dan terma belog aku. Kau orang semua takda hak nak mengungkit,berkata,malah berbahas tentang apa yang aku tulis. Aku tulis ikut hati dan perasaan waktu aku menulis. Aku tak pandai tulis ikut kehendak orang. Aku tak pandai tulis hanya semata mata nak menjaga hati manusia lain. Bukan sebab aku zalim atau aku kejam. Tapi cuba kau orang ada kat tempat aku. Aku yakin kau orang akan buat benda yang sama.

Aku dilatih untuk berterus terang. Jangan menipu benda yang diri sendiri tak suka. Jangan terlalu menjaga hati hingga diri sendiri yang makan hati. Maaf sebab aku bersuara sangat kasar. Aku tahu ramai yang memandang sinis dan berikan perlian untuk aku. Maaf itu tak melunturkan aku. Kau orang tak mampu bagi aku sesuap nasi untuk aku. Aku hidup bukan atas belas kasihan orang. Aku bukan pengemis. Aku bukan melukut ditepi gantang. Aku ada maruah. Dan kau orang juga ada maruah.

Bagi aku lebih baik kita jadi orang yang jahat. Lebih baik jadi orang yang dibenci. Lebih baik terima kritikan. Lebih baik hidup terima dugaan. Lebih baik jadi orang yang paling teruk. Daripada jadi orang yang baik tapi berpura pura baik. Daripada jadi orang yang hipokrit. Daripada jadi orang yang selalu terima pujaan sampai lupa daratan. Daripada jadi orang yang terima kegembiraan. Daripada orang yang paling baik tapi tak perikemanusiaan. Katalah apa saja tentang aku. Buruknya aku. Hinanya aku. Kejamnya aku. Zalimnya aku. Tak berperikemanusiaannya aku. Tak tahu jaga hati orang. Cakaplah apa saja.

Aku tak kisah apa yang kau orang cakap atau nak mengata. Bagi aku,aku menghalalkan setiap huruf dalam setiap ayat yang kau orang kata mahupun terdetik ataupun tulis takpun pandangan kau orang tentang aku. Bukan nak menunjuk yang aku baik. Tapi hakikat diri aku yang sebenar,aku sangat mudah memaafkan orang. Mudah untuk memaafkan tak bermakna mudah untuk melupakan. Itu dua benda yang berbeza. Maaf tak bererti melupa. Ingat tak bererti tak memaafkan.

Aku cuma insan biasa. Yang tak mampu menjaga hati setiap manusia. Biarlah aku jadi manusia yang paling jahat daripada jadi manusia yang hanya berpura pura. Hidup tak perlu bermuka muka. Hidup tak perlu hipokrit. Jadi diri sendiri. Itu lebih baik. Terima kasih atas setiap butir ketidakpuas hatian kau orang. Aku amat hargai.


*Entry ni tiada kaitan dengan siapa siapa. Sekadar luahan hati aku as a blogger hampir setahun lebih. If kalau nak terasa,itu hal masing masing. Aku taknak ambil tahu.*

Semalam Tak Seronok,Hari Ni Penat

Hallu. Anybody home? Siapa jawab,dia nk kene buat sit up.hahahaha.Ni belog aku,so tak akan ada orang lain jadi tuan rumah selain aku. Ni belog persendirian. Bukan belog nak menjaga jaga hati orang.hahahaha.

Okay.Semalam aku sampai rumah dalam pukul 7. Journey aku sangat jauh dan mencabar. Pengalaman pertama. Segamat ke Bukit Jalil ke Bandar Tasik Selatan ke KL Sentral ke KTM Klang yang ada berapa banyak stesen entah.hahahaha. Sangat penat. Dan akibatnya aku tak mampu nak ke Stesen Bus Klang. So aku dengan Safira memohon jasa baik ditambah dengan simpati orang lain untuk ambil kitaorang yang tersadai kepenatan dekat KTM Klang. Nak harap abah ambil? Tak inginnya abah merempuh kesesakkan lalu lintas kat Klang tu. Baik aku suruh dia duduk rumah dari dia ambil dengan keadaan tension. Nasib Safira orang Jenjarom,so dapatlah ayah dia merempuh jalan pintas yang kurang kesesakkan. Thank you pakcik. Sorry saya tak banyak cakap dalam kereta sebab saya sangat penat. Rasa nak buka puasa je time tu.hahahahaha. Tiba tiba mengedik. Sorry again.

Sampai rumah siap siap nak buka puasa. Lepas tu,mama dengan rasa baik hatinya dah sediakan tugasan melipat pakaian dalam bakul baju untuk jangka masa 3 hari yang tak dilipat lagi. Wahh hadiah yang sangat aku nantikan. Sangat teruja bila mama suruh aku settlekan kain kain dalam bakul tu. Okay aku tipu. Aku rasa nak marah tapi tak sampai hati. Yelah mama suruhkan. So dengan tu aku sebagai anak yang paling comel dan jelita melunaskan tugasan pertama tu dengan jayanya.hahahaha.Padahal dalam hati menyumpah nyumpah kain baju tu. Sorry baju baju semua.

Hari ni bangun pagi. Pukul 8 lebih still pagi kan?? Mama cakap cepat berus baju kerja abah dalam toilet. Lepas tu jemur baju dalam bakul. Then iron baju. Lepas tu mandi. Next siap siap nak pergi cari baju raya. Macam arahan dari Komander Kesatria je gamaknya.hahahahaha, So aku pun dengan rasa malasnya,ikut jelah cakap mama tu. Nak tahu tak,baju Adamaya aku dah longgar. Wahh sangat membanggakan. Teruja sangat. Diet aku menjadi. Jangan jealous.hahahahaha

Dari rumah terus ke PKNS Shah Alam. Lepas tu nak balik tersesat sikit kat Jalan Shah Alam tu. Singgah Jusco Bukit Tinggi nak beli kasut kerja abah pluss barangan kerja abah. Dalam kereta aku mengadu nak ayam golek. Singgah pulak kat Bazar Jalan Kebun. Nasib kedai ayam golek tu dah golek golekkan ayam dia. Tapi kedai lain still tutup. Abah decide nak pergi Bazar Banting sebab mama nak cari kipas angin, Kipas lama dah rosak. Lalu jalan pintas kat Jenjarom. Sampai Bazar Banting aku borong segala macam makanan. Mama senyum dan bayar je. Singgah kedai elektrik dekat dengan Maybank nak beli kipas. Mama borong dua bijik kipas. So kita orang balik dalam keadaan kereta yang sarat dengan barang barang. Mama tak puas hati,mama suruh singgah kat Batu10 pulak. Nak beli barang rumah pulak. Lagi menyaratkan kereta Waja tu.

Tengok betapa jauhnya kitaorang sefamily merayau hari ni. Ke utara ke selatan. Semua diredah. Hahahaa. Jalan sangat jem. Sebab ramai orang puasa.lalalalalalala. Hari ni aku sangat penat.End of the story.

*Baju raya aku tahun ni colour ungu,hijau,hitam pink. Selendang aku macam macam colour. Aku pening nak pakai yang mana dulu. Siapa future husband aku? Meh decide nak pakai yang mana dulu ni? Kita pakai together la.lalalalala*

Saturday, September 4, 2010

Selamat Pulang Anak Perantau

Ya,hari ni hari yang paling aku nantikan. Hari untuk aku pulang ke kampung. Desa tercinta.Betul kata orang,hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri. Noh hujan suka ayam penyet.hahahaha. Okay yang tu takda kaitan. Pengalaman study yang ala ala kat overseas ni tak semua orang dapat. Dan tak semua orang boleh survive nak duduk study lama lama kat pendalaman macam aku ni. So Im the winner for that survival.hahaha.Sangat kebanggaan tau.

Selamat Pulang Anak Perantau. Kalaulah ada banner kat Selangor tulis macam ni macam yang si Adibah cakap kat Kelantan ada,mesti seronok gila bila baca. Rasa sangat dihargai.So,kepada siapa siapa yang berkeinginan nak jadi wakil rakyat,sila buat banner ni di setiap pintu masuk daerah ataupun kat pintu masuk negeri Selangor. Aku warga Selangor yang merantau tau.


Eh,tiba tiba ada gambar kereta Myvi Hitam. Tak sengaja okay. Tapi suratan atau kebetulan? 

*Perut aku meragam pulak. Ni mesti banyak sangat makan nasi. Tiket aku pukul 12.30 tengah hari. Doakan aku selamat sampai okay.Tak Sabar nak jejak tanah Selangor.*

SEHATI BERDANSA