TABUNG SAKURA

Monday, October 11, 2010

Umur Cuma Angka

Salam. Hai. Bilangan pelawat yang melawat belog aku semakin menurun. Mungkin sebab belog aku tak menarik. Atau mungkin sebenarnya aku takda skill untuk menulis. Atau mungkin aku lebih elok menulis cerita yang sedih sedih berbanding yang happy happy. Entah. Aku pun tak tahu.

Sepanjang 3 hari 2 malam, aku berkampung kat Terengganu. Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Panjang sangat cerita. Pendek kata,kalau aku fikir trip ke Terengganu tu happy,maka akan happy semuanya. So Im happy! Pasal trip tu nantilah esok lusa takpun tulat aku story. Now aku nak story benda lain.

Kelas Economy Malaysia ni satu satunya kelas yang menggabungkan pelajar yang sebaya aku dengan budak budak semestar atas (carry paper). Sebenarnya seronok tau bila kita kenal budak budak yang berumur sikit. Dia orang sangat matured. Kiranya nasihat diaorang tu bukan nasihat biasa biasa. Lebih kepada pengalaman diaorang yang lebih setahun dua hidup. Dan pengalaman diaorang tu,kitaorang tak dapat kutip dari mana mana.

Bak kata classmate aku,Afida;"muka awak nampak macam ada ciri ciri kebapaan. Umur awak mesti dah 25 and above kan?".Pehh, merah padam muka si Nuruddin.hahaha. Sabar jelah. Classmate tu dia jenis yang kelam kabut tapi kadang kadang kelakar. Seronok tengok gelagat dia.hahaha. Siapa sangka anak muda yang baru berumur 22 tahun ada bermacam macam pengalaman hidup yang tak siapa pun tahu. Even dia anak kepada lawyer,dia hidup tak sesenang orang lain. Dan apa yang aku percaya,kedukaan mematangkan kita. Pengalaman mendewasakan kita. Kesakitan membuatkan kita lebih tabah.

For the those sharing their story with everyone in bus last night,semoga kauorang semua graduate this semestar. Semoga berjaya dengan jalan masing masing. Pengalaman kauorang akan aku jadikan paduan untuk hidup. Thanks again.


*Penat bergambar sakan kat Pantai Batu Buruk. Ingat nak berprofile picture benda yang sama. Tapi bila tadi online,dia dah tukar picture pulak. Keciwa hatiku.hahahahaha. Mood sekarang aku gila nak cari cermin pulak.hahaha*

Friday, October 8, 2010

Segamat Cakap Bye Bye

Lecturer Ecomal aku cakap, hari jumaat pagi kelas dia still on. Siapa yang datang kelas, petangnya dia bawak jalan jalan pergi Terengganu. hahahahaha. Lecturer aku yang ni kelakar sikit. Perangai dia pelik.hahahaha

Sepatutnya hari ni aku ada 2 test which is Organization Behaviour and Operation Management. Aku skipp keduanya. Panggilan dari Terengganu lebih menarik minat aku.hehehe. Sangat happy bila dapat tahu paperwork Miss Azirah diluluskan. Rasa sangat tak sabar nak pergi petang ni. Padahal aku baru siap packing ni hah. Aku tak tahu nak bawak aku. Taktahu taktahu tu,penuh jugak satu beg aku pulun. Siap kene bawak bantal lagi tu. Apa punya homestaylah yang budak budak ni survey. Tak kisahlah. Janji aku dah dengar Segamat say bye bye.hahahaha.


Mahu wasiatkan laptop dan berukband pada Diba. Siapa nak tempah apa apa sila bank in duit. hehe. Dengan ni aku isytiharkan bahawa belog aku bercuti untuk malam ni,esok dan lusa. Sekian terima kasih. Sila ucapkan selama bercuti pada aku.hahaha. Jangan asyik nak gelak je,kau ada 4 test next week. Sila bersedia wahai puteri yang comel.lalalala

Thursday, October 7, 2010

Kalaulah Doremon Wujud

Kenapa orang Jepun terfikir buat kartun doremon? Kenapa doremon direka untuk menyelesaikan kesulitan manusia? Kenapa doremon cuma wujud di alam fantasi? Kalaulah doremon tu wujudkan seronok.

Kalau doremon ada,aku nak suruh dia putarkan masa ke belakang. Nak balik alam sekolah. Even alam sekolah kekadang memenatkan,tapi zaman tu paling seronok. Even pagi nak kene pergi sekolah. Mengadap muka muka cikgu yang macam macam, perangai. Mengadap homework homework. Kalau tak siap kene datang pagi pagi. Amik buku kawan, tiru jawapan. Sampaikan nanti satu kelas ada jawapan yang sama. Kalau orang tu salah,maka satu kelas pun salah. Tak pasal pasal cikgu dapat detect. Dah tu kenelah dengar ceramah free, sepanjang kelas.hahahaha.

Kalau boleh nak jadi kecik je. Taknak besar besar. Taknak kenal apa itu masalah. Taknak kenal apa itu stress. Kan best kalau jadi budak budak. Just tahu makan, main lari lari, menangis je. Kan seronok. Takpayah fikir masalah masalah dunia. hahahaha. Tapi kenyataannya,doremon tak pernah wujud. Cuma khayalan manusia je. Sangat sedih.

Wednesday, October 6, 2010

Virus Shortcut Yang Membunuh

Kampus aku kene landa satu wabak. Wabak virus yang paling kejam. Virus Shortcut. Dalam shortcut ada shortcut dalam shortcut ada shortcut lagi sampai kemana shotcut dia pun aku tak tahu. Dahlah sekarang musim hantar assignment. Musim kene buat presentation. Semua memerlukan pendrive.

Kenapa ek ada orang yang pandai cipta virus? Kenapa tak gunakan kepandaian tu untuk buat benda yang berfaedah? Kenapa mesti nak menyusahkan orang lain? Sumpah,dia sangat menyusahkan warga kampus yang mostly kene virus ni.


Virus ini membunuh laptop dan juga hasil assignment semua student dan lecture. Tolong hentikan virus yang semakin mengganas ni. Sorry kalau selepas ni aku mengaku yang aku takda pendrive. Aku taknak membunuh harta yang paling aku sayang ni. Sorry.

Monday, October 4, 2010

Melalui Hari Yang Sibuk Dan Akan Ada Vacantion

Minggu ni sangat sibuk. Tinggal minggu ni dengan minggu depan je untuk study. Lepas tu ada study week seminggu macam tu dan exam final. Last last minute macam ni memang sangat tension. Banyak sangat assigment nak kene submit. Long semestar terasa macam short semestar je rasanya. Takpa takpa sikit lagi. Kene sabar. Jangan mengeluh.

Minggu ni aku busy. Busy dengan benda yang tak nampak busy. Esok ada seminar for HR. Lusa kemungkinan besar aku ada prensentation OB. Malamnya aku ada program kolej yang wajib untuk attend. Khamis akan ada presentation untuk OM. Saat orang lain yang sama course dengan aku kene jawab 2 test hari Jumaat,aku pulak kene pergi vacation kat Terengganu. Tengok betapa UITM sangat sayangkan kau. Orang lain duduk memerah otak tapi kau sedap pergi bercuti. Kau mesti nikmati percutian ni sepuasnya. Lama taw kau bercuti atas tiket UITM ni. 3 hari 2 malam. Kau buat ramai kawan kawan kau jelous.

Balik dari Terengganu,kau jangan nak bersuka ria sangat. Kau akan berdepan dengan 2 balance test yang kau tertinggal. Kau akan ada test MUET untuk speaking hari rabu. Malamnya kau kene jawab Test OM. Dan kene menghabiskan segala assigment yang bakal menjadi markah assessment untuk semestar ni.


*Tahniah Azza. Doa kau termakbul. Jadi kau kene busy minggu ni, lepas tu baru relax dan kemudian busy kembali. Semoga kau tahan. Sikit lagi. Senyum okay.*

SEHATI BERDANSA