TABUNG SAKURA

Thursday, September 30, 2010

Buat Aku Tersengih

Kalau lagu Sheila On 7 tajuknya Buat Aku Tersenyum. Tapi kalau untuk aku tajuknya jadi Buat Aku Sengih. hahahaha. Sebab apa aku tersengih?? Adalah. Nak tahu ke?? Tak benda kat dunia ni boleh buat aku sengih sengih macam orang hilang akal. Tapi bila aku rasa happy even sebab benda yang kecik pun  aku akan rasa sangat happy. Sorry ayat aku berterabur. Dulu time cikgu bahasa melayu ajar,aku tak fokus dalam kelas. So nilah sebabnya.hahahaha.

Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua

Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku

Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku

Even dia dah takda kat sisi aku sekarang. Tapi aku dapat rasa macam dia ada kat belog aku ni. Mungkin sebab aku terlalu rindu. Mungkin sebab aku terlalu suka berangan. Tapi sungguh hati aku gembira. Esok petang lepas test aku nak berangkat ke Melaka. Mahu overnight. Mahu lepaskan kesesakan disini. Aku rindu pada senyuman aku.


*Doakan aku biar dapat jumpa dia kat sana. Walhal dia ada kat JB. Tapi siapa tahukan. Mana tahu instinct mendekatkan aku dan dia. Semoga yang indah indah untuk aku dan dia even aku tahu hakikatkan aku cuma minah jenin. At least khayal tu boleh buat aku gembira,tak salahkan?*

Jom Lompat Bintang

Hari ni aku happy. Jom kita buat lompat bintang ke lompat matahari ke. Kan dah lama tak exercise. Kenelah buat senaman sikit. Kalau tak nanti gemuk. Kang turn jadi XL balik.hahahaha. Kenapa aku happy?? Sebab apa ek yang boleh buat aku senyum??

Takda kaitan ek dengan post sebelum ni. Takda kene mengena. Tapi aku still sayang dia. Dia buat aku senyum sampai ke telinga sampai bawak dalam mimpi. Angaukan? hahahaha. Aku rasa nak lompat lompat dalam kelas Malaysia Economy tadi petang. Wah sangat seronok bila Miss Azirah cakap paperwork untuk trip ke Terengganu untuk next week 8 October tu dah diluluskan. Diluluskan. Successfull!!! Seronok tak?? Boleh rasa tak seronoknya aku sekarang??

Maknanya aku dapat jalan jalan sebelum final. Aku dapat enjoy enjoy sebelum final. Seronoknya dapat jalan jalan. Even tak dapat ke Pangkor tapi ke Terengganu pun jadilah. At least aku dapat jalan jalan. Seronokkan? As long aku happy,aku happylah. Biar takda orang yang dapat rasa pun takpa. Janji aku dapat rasa.

So siapa siapa nak kirim apa apa,bolehlah tinggalkan pesan. Jangan lupa bank in duit sekali. Itu penting. Sebab aku cuma dibagi belanja makan,RM36 untuk 3 hari 2 malam. Kalau duit belanja shopping,aku takda. So,nak kene call mama. Mane tahu mama nak kirim apa apa. Padahal yang lebih tu nak buat suara kesian kat mama sebab duit dalam bank dah habis. Nak overnight Melaka lagi hari Sabtu ni. Mana nak cekau duit ni?


*Kene lantik jadi AJK Fotografi untuk seminar kerjaya nanti. Ala seminar untuk ganti program kat Pangkor tu. Masalah sekarang,aku bukan pandai pun snap snap picture pun. Snap yang sengal sengal aku tahu la. hahahaha. Perasan tak hari ni aku banyak gelak dengan senyum?*

Wednesday, September 29, 2010

Muka Dia Jadi Ubat

Aku tengok muka dia.Muka dia buat aku senyum. Rasa nak print je gambar gambar dia. Tengok muka dia buat aku senyum. Tengok muka dia buat aku senang. Tengok muka dia buat aku tenang. Ya,cuma dia sorang buat hari hari aku dibayangi bahagia yang palsu. Kebahagian palsu kekadang kala sangat membahagiakan daripada kepura puraan dihadapan manusia lain.

Kalaulah ada dia saat ni.Pasti airmata ni tak tumpah. Dia pandai mengambil hati. Pandai buat aku ketawa. Pandai buat aku senyum. Azza,angan angan kau tak akan tercapai. Kau cuma berangan atas langit. Kau tak pijak tanah di bumi.Tapi cuma dia mampu buat aku senyum even aku sedih.


Gambar takda motif. Telinga sumbat hearphone. Mata menatap muka dia. Aku senyum.

Tak Pasal Migrain

Takda angin takda ribut.Tetiba aku migrain. Ambik kau cik Azza yang comel. Padan muka kau. Tulah banyak sangat yang kau fikir. Banyak sangat benda main lari lari dalam otak kau. Tak pasal pasal kau tumbang dari maghrib semalam sampai tadi pagi. Kelas pukul 8 pagi,kau burnkan. Kau ingat kau pelajar pandai ke? Suka suka hati kau je nak ponteng.

Okay,sebab trip ke Pangkor cancel. Aku decide nak pergi overnight kat Melaka hari Sabtu ni. Nak buat kerja giler sebab frust tak dapat ke Pangkor. Takpelah. Nak lepaskan tension.


*Masih terasa sakit lagi kepala otak aku ni. Kesan migrain semalam tak hilang lagi. Takpelah,kau sabar dan smile jelah untuk semua ni.*

Monday, September 27, 2010

Kene Mandi Air Bunga Agaknya

Aku tengah frust. Frust macam nak golek golek. Frust macam nak jerit. Frust macam nak gigit gigit semua orang. Sakit hati tau. Tolonglah faham yang aku sebenarnya tengah tension. Aku penat sangat. Aku cuma nak keluar. Bukan nak keluar negara. Bukan nak pergi Jepun. Bukan nak pergi Taman Bunga Sakura. Aku cuma nak keluar dari hutan yang ada banyak masalah ni je.

Sampai hati UITM dera aku macam ni. Aku nak keluar. Aku taknak duduk sini. Aku sakit. Aku sakit. Aku sakit. Tolonglah faham aku. Aku nak pergi. Kalau boleh aku taknak datang sini lagi.


Paperwork Pulau Pangkor di reject. Sangat berharap paperwork ke Terengganu diluluskan. Kalau tak aku nak lari jauh jauh. Hutan ni buat aku sesak.

SEHATI BERDANSA