Hari ni aku rest. Pagi pagi dah kene attend paper Human Resource. Bangun pun terlajak. So cover cover mana yang sempat jelah.hahahaha. First time aku siap buat air oligo coco untuk minum before pergi final. Sebelum ni haram jadah aku nak breakfast.hahaha
Hari ni mama bagitahu. Mak kawan sekolah rendah aku,anak dia [kira kawan aku tu] nak kahwin hujung bulan November ni dah suruh mama aku datang rewang. Dalam kepala otak aku,"ada aku kisah? yang nak kahwin tu anak dia. Sibuk suruh mak aku pulak.".hahahahaha.
Aku rasa setiap kali cuti ada je kawan aku yang akan kahwin. Lepas sorang,sorang. Tu belum campur lagi dengan yang tunanglah,kene risik la. Apa apa lagi la. Macam macam la. Pening kepala otak aku. Pening lagi aku nak fikir benda yang belum jadi kepentingan aku buat masa ni.
Buat semua para jejaka kat luar sana. Sila jangan takut dan gelisah. I'm still single and still available. Cepat cepatlah masuk minang I.hahahahaha. Baget kau kegilaan ramai pulak. Bawa bawalah bertaubat wahai Cik Azza. Jangan dok perasan sangat.hahaha
*Something tengah bermain dalam kepala otak aku. Apa dia? Adalah. Biarlah rahsia [gaya cakap ala ala Dato Siti].hahahahahahahha. Memang sah aku gedik.hahaha*
TABUNG SAKURA
Sunday, October 31, 2010
Thursday, October 28, 2010
Mungkin Aku Terlepas Pandang
Bangun pagi pagi. Pagi ke? Nak kata pagi taklah pagi sangat. Tapi pagilah jugak. Bangun, duduk termenung kejap. Tengok nota HR banyak lagi yang tak dihafal. Tiba tiba otak aku jadi sesak. Terus pergi panaskan air. Then pergi mandi. Buat air oligo coco yang tinggal 10 packet. huh! Terseksa hidup nak habiskan oligo coco. Tapi takpelah. Telan jelah wahai tuan puteri. Jangan banyak songeh.
Belum sempat aku baca nota HR,aku bukak laptop dulu. Okay fine.Now dah nak hampir sejam aku online.hehehe. Kan elok kalau waktu ni aku study. Tapi yang sekarang ni aku dok membebel berjela jela apa ke hal? Tak reti penat ke?
Okay,okay. Straight to the point. Aku baca satu blog. Dan aku diam. Yelah,takkan nak baca kuat kuat pulak kan. Aku bacalah diam diam. Aku terfikir tentang sesuatu. Dan aku pernah terfikirkan benda tu dulu. Tapi dulu aku fikir itu hanya fikiran aku saja. Mungkin aku cuma nak menyedapkan hati aku.
Taraf hidup. Mungkin ya tapi mungkin tak. Mungkin aku yang tak sekufu dengan dia. Atau mungkin dia terlalu rendah dia sampai dia rasa dia tak layak. Entahlah. Harta bukan segalanya. Tapi harta diperlukan. Aku belum punya harta yang banyak. Semua ini harta keluarga. Harta mama dan abah. Aku cuma sehelai sepinggang atau mungkin aku tak ada apa apa.
Sekarang dia sudah kaya. Dah punya harta. Ya, harta hak milik dia sendiri. Tapi aku tahu hati dia kosong. Tak perlu diucap. Cukup dengan mata,aku dapat membaca. Gambar boleh menipu,mata kau,kau sorang je yang tahu.
*Baca buku la sayang. Jangan asyik online. Online tak datangkan faedah pada kau. Nak kene tamparan maut ke wahai Cik Azza yang tersayang?*

Wednesday, October 27, 2010
Bulan Atau Bintang
Malam ni aku study. Tapi satu benda pun tak masuk dalam kepala otak aku. Mungkin otak aku dah terkeluar dari kepala. Sebab tu aku tak boleh nak buat apa apa. Sunyi bilik memandangkan para para roomates ada paper esok aku. Aku cuma membuat bising dengan batuk. Tu bukan salah aku. Kesihatan aku amat terjejas sikit baru baru ni.
Aku duduk atas katil sambil taip entry ni. Langit kat luar mesti gelapkan? Langit malam sangat indah. Walaupun gelap tapi ianya tetap meriah. Ada bulan ada bintang. Langit yang pada siang nampak cerah tapi seliputi dengan pelbagai corak awan. Hingga ada yang mengatakan awan lebih cantik dari langit. Langit malam,bulan dan bintang. Buat aku teringat masa lalu.

I:"Awak. Antara bulan dengan bintang mana satu pilihan awak?"
A:" Hmm. Kalau saya,saya pilih bintang. Awak pulak?"
I:" Kenapa bintang? Kan bintang malam ni ada satu je kat langit. Kalau saya,saya suka pada bulan. Bulan besar. Comel je even dia sorang sorang kat dada langit."
A: " Bintang pun comel apa. Memanglah malam ni bintang ada satu. Tapi siapa tahu malam esok ada banyak bintang pulak. Mesti meriah langit."
Itu semua kisah 4 tahun lepas. Bulan dan bintang. Aku dan dia. Aku bintang,dia bulan. Sekarang aku jarang nampak bintang di dada langit. Aku suka bintang. Even bintang banyak tapi sinar cahayanya berlainan. Bintang pun unik. Tapi aku pun suka pada bulan. Bulan besar. Tak pernah hilang walaupun dah pagi. Bentuk dia tak pernah berubah biar pun sudah lama menerangi bumi.
Walaupun aku dan dia dah jauh. Aku berjanji yang aku nak lupakan dia. Tapi kenangan ni semua aku tak mungkin lupa. Kenangan yang tak mampu orang lain miliki. Dah menjadi hak mutlak aku dan dia. Sampai mati. Awak,even malam ni mata kita tak berpandang tepat pada langit malam,tapi saya percaya langit tetap memayungi kita. Semoga bintang dan bulan terus bersinar untuk terangi malam malam kita.
*Untuk apa aku tulis entry ni? Entah aku pun tak pasti. Maaf kalau terasa aku bermain emosi disini. Selamat malam semua*
Tuesday, October 26, 2010
Pereka Hebat
Selamat pagi. Hari ni aku takda paper. Paper seterusnya 30 haribulan. So boleh online kejap kejap. Kalau lama lama nanti tak pegang buku pulak.hahahahaha.
Okay. Itu antara dialog dialog manusia manusia disekeliling aku. Antara manusia manusia yang suka memberikan alasan. Alasan yang diberikan tak langsung bertepatan dengan situasi yang jadi. Alasan yang sengaja diwujudkan untuk mencoverkan diri masing masing. Salah siapa? Aku tulis bukan bermakna aku tak pernah mereka alasan. Tapi aku jadi tertanya tanya kenapa manusia mereka alasan bagi menutup kesalahan sendiri yang dibuat berkali kali.
Okay. Boleh tak aku nak kata yang manusia ini mampu menyediakan 1001 alasan untuk kebaikan diri. Namun aku percaya kebanyakkan dari kita cuma mampu mencipta alasan yang berbentuk negatif. Alasan selalu dicipta bila diri selalu dipersalahkan. Bila diri terasa kalah. Mampu ke sebuah alasan menutup 1001 kepincangan kesalahan yang kita lakukan? Mungkin ada yang mampu sebab mereka berkuasa. Dan mungkin mereka pereka yang hebat. Ya mereka pereka alasan yang hebat!
*Batuk,batuk dan terus batuk. Sakit tekak aku. Wahh rindu nak balik rumah. Sabar okay si Comel.*
"Kau nak tahu. Hari tu pukul 11 aku turun bawah nak beli makanan sebab lapar. Tup tup,makcik tu taknak amik order aku. Apa apa entah"
"Alaa time aku nak mandi mesti ada lelaki kat sekitar wing. Mengada ngada betul."
"Ada ke tadi time aku study kat meja mcd,pak guard datang ronda. Tengok aku pakai seluar pendek,muka dia tersengeh sengeh. Tampar karang! huh!"
"Alaaa.Sorrylah handset I taktahu pergi mana.Tiba tiba takde. Puas dah i cari. That whylah I tak dapat nak balas text U malam tadi."
Okay. Boleh tak aku nak kata yang manusia ini mampu menyediakan 1001 alasan untuk kebaikan diri. Namun aku percaya kebanyakkan dari kita cuma mampu mencipta alasan yang berbentuk negatif. Alasan selalu dicipta bila diri selalu dipersalahkan. Bila diri terasa kalah. Mampu ke sebuah alasan menutup 1001 kepincangan kesalahan yang kita lakukan? Mungkin ada yang mampu sebab mereka berkuasa. Dan mungkin mereka pereka yang hebat. Ya mereka pereka alasan yang hebat!
*Batuk,batuk dan terus batuk. Sakit tekak aku. Wahh rindu nak balik rumah. Sabar okay si Comel.*
Monday, October 25, 2010
Musim Berpantang Tapi Pantang Ke
Tadi baru selamat sit untuk Final Operation Management. Perasaan? Entah. Dapat paper colour biru. Ni paper dari mana ek? Siapa tahu tolong bagitahu. Aku boleh jawab. Aku dah usaha untuk paper tu. Semoga aku akan dapat keputusan yang cemerlang. Tadahlah tangan doakan aku. Please semua.
Sejak nak mula final ni, aku mengakulah yang diet aku macam ke laut sikit. Mana taknya. Asyik mengadap buku siang malam. Otak asyik kene kerah. Mata kene tahan mengantuk. Takkan perut nak tahan lapar? Mana boleh tahan. Tergoda. Tapi aku still jagalah limit aku. Aku still hadkan kuantiti makanan aku. Taklah nanti orang kata aku angan angan taik ayam. Aku sangat mahu memakai baju yang lawa lawa. Lepas tu catwalk depan ehem ehem sambil buat muka yang sangat comel. Ala ala perempuan melayu tercantik gitu. Dapat tak gambaran tu? Teruja tak nak tengok aku macam tu? Aku tahu semua mesti tertunggu tunggu.[Baget kau persis model atau superstar ke hah comel?]
Ala kalau nak tunggu orang puji aku tunggu kucing bertanduklah. Time final ni aku nak makan seekor ikan setiap hari. Bunyi dah macam kucing je aku ni.hahahaha. Kucing pun kucinglah. Janji dapat makan ikan. Tapi masalah yang ada kat kampus aku dan kampus universiti lain ni sama je. Ikan itu macam hidup segan tapi mati taknak. Mana taknya. Makcik makcik yang jadi tukang masak tu,entah apa apa resepi entah yang dimasak. Lagi haru bila dia hidang tu, sampai kita tak boleh kenal tu ikan ape. Kalau tanya orang yang kira tu lagilah selamat,dia jawab "Ikanlah dik.Nak tahu ikan apa,try adik makan dulu. Nanti tahulah.". Nak je aku jawab, "Saya ambik dulu ikan ni. Kalau agak agak dah nak licin pinggan saya tapi saya still tak tahu ikan apa,mintak halallah bil makanan ni."
Ikan ada omega. Omega baik untuk otak. Jadi siapa nak makan diet yang sihat untuk tenang semasa menjawab exam,sila makan ikan banyak banyak.
*Terliur tengok lauk pauk kat blog aunty nani. Terus teringat mama. Serius aku terus teringin nak balik rumah. Tak sabar nak tunggu 14 haribulan. Mahu keluar dari hutan Segamat ni.*

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)