TABUNG SAKURA

Monday, January 31, 2011

Tuhan, Aku Tahu Aku Kene Kuat

Aku tak tahu nak mulakan entry kali macam mana. Sangat berat. Ya berat sangat beban ini. Aku sendiri tak yakin yang aku mampu untuk terus memikul. Kesakitan ini semakin menusuk.

Aku mahu balik disambut dengan senyuman. Tapi aku balik disambut dengan tangisan. Aku mahu balik disambut dengan hidangan yang lazat. Tapi aku balik disambut dengan amarah. Aku sangka balik disambut dengan gembira tapi aku balik disambut dengan segala kedukaan.

Entah kenapa berat sungguh beban ini. Aku taktahu bagaimana nak aku pikul. Macam mana lagi nak aku bawak tanggungjawab ini. Tapi aku tahu aku kene kuat. Aku jangan mudah menangis. Aku jangan mudah lemah. Aku kene kuat. Kene tabah. Kene cekal. Walau aku tak tahu sampai bila kekuatan ini mampu aku kuatkan, tapi aku have to!

Hidup aku tak indah. Hidup aku bukan pelangi. Hidup aku tak senang. Hidup aku cuma payah. Mungkin agak klise bila aku cakap hidup aku tak indah. Mungkin orang lain akan cakap, semua orang hidup tak indah. Tapi diindahkan. Tapi aku, sungguh aku tak mampu nak mengindahkan hidup aku. Aku harapkan senyuman yang akan lahir dibibir tapi apa aku sedar airmata mula merembes keluar dari mata ini. Kalau orang lain bangun tidur mampu tersenyum, tapi tidak untuk aku. Tipu? Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi ini kenyataan.

Apa yang aku mimpi selalu bukan jadi reality. Aku sedar mimpi itu cuma mimpi. Hidup aku tak seindah novel. Mungkin dengan baca novel aku sedikit sebanyak melepaskan tekanan aku. Aku cuba bermimpi atas dunia reality. Aku cuba tersenyum bila hati menangis.Susah. Susah sangat. Entah mana datangnya kekuatan ini. Tapi aku tahu aku kene kuat. Kuat.

21 tahun hidup. Tapi hidup aku tak indah. Zaman kanak kanak juga tak seindah orang lain. Entahlah aku tak tahu. Setiap kali dugaan datang, setiap kali itu aku tanya, apa dosa aku. Apa dosa mereka. Kenapa Tuhan timpakan dugaan sebegini pada kami. Susah. Susah sangat.

Mungkin dikala umur sebegini ramai diantara kawan kawan aku sedang sibuk bergembira. Berseronok. Tapi aku. Aku diulit dengan seribu satu dugaan. Cemburu? Memang itu yang selalu aku rasa. Memang itu yang selalu kesalkan. Tapi siapa aku nak menidakan takdir mereka. Aku masih ingat kata kata seorang lelaki India di Hospital Klang:

"Adik tak macam budak budak lain. Kalau budak budak lain mungkin tengah seronok dengan kawan kawan. Tapi adik ada kat sini. Mesti adik sedih. Tapi adik kene percaya adik akan senang esok lusa. Trust me. You will.."

Kata kata tu sangat terasa. Mungkin aku tak rasa kesenangan itu lagi. Tapi aku harap kesenangan ada. Ada untuk aku. Aku sangat mahukan senyuman yang indah. Mungkin dengan umur aku sekarang ini aku perlukan lebih banyak kesabaran. Kene lebih kuat. Kene lebih cekal. Aku kene sedar hidup aku tak macam orang lain. Aku kene sedar tentang kenyataan itu. Aku kene kuat demi masa depan aku.

Abah: Maafkan akak. Akak bukan sengaja nak jauh dari keluarga. Akak sendiri sedih bila akak tak dapat hadapi semua ini dengan semua. Akak tahu ini bukan kemahuan abah. Tapi akak mintak sangat abah banyakan bersabar. Akak cuma mintak abah sabar. Akak tahu susah. Tapi akak mohon sangat. Sabar.

Mama: Akak sayang mama. Sayang sangat. Akak tahu banyak sangat airmata mama keluar. Akak tahu mama sedih dengan semua ini. Akak tak salahkan mama. Mama dah cuba jadi yang terbaik kan? Akak janji dengan mama. Akak janji setiap airmata mama yang mengalir demi keluarga kita, akak janji akak akan balas dengan senyuman. Akak janji kat mama. Janji. Tapi mama pun kene banyak sabar. Akak tahu mama kuat. Kuat lebih dari akak kan?

Abang: Maafkan aku. Kita memang tak serapat dulu. Aku mintak maaf. Aku mintak maaf sebab bebankan kau. Aku mintak maaf. Maafkan aku sebab biarkan hadapi semua ini. Aku mintak maaf. Tapi kita kene kuat. Aku tahu kita boleh. Cuma kita kene kuat. Kuatlah. Janji dengan aku. Kuat. Kuat demi sepasang orang tua kita.

Adik: Kau masih kecik. Aku tahu budak budak sebaya kau sibuk bermain teroka dunia. Tapi kau. Aku mintak maaf. Aku mintak maaf sebab bebankan kau dalam usia muda kau. Kau terlalu muda nak hadapi semua ini kan. Tapi aku tahu kau kuat. Aku yakin masa depan kau akan lebih indah dari aku. Tapi aku mohon kau sabar. Sabar hadapi semua ini. Sabar. Kuat.

Hidup aku nampak senang. Diluar nampak indah. Nampak sempurna. Tapi hati hati ini yang tahu payahnya hidup ini. Susahnya jadi kami. Bukan untuk menangih simpati. Tapi aku cuma punya blog. Blog ini. Blog aku. Blog faham siapa sebenarnya aku.

*Kenapa harga sebuah senyuman dan kebahagian sangat mahal? Mahal sangat. Aku tak mampu miliki ke?*

Wednesday, January 26, 2011

Terkene Sindrom Anak Kedua

Hujan dah pun berhenti. Semoga esok cuaca cerah. Sebab esok nak basuh baju sebakul. Sebakul ya semua. Tak banyak tapi cukup sebakul.hahahaha.

Actually malam ni takda kerja untuk kelas esok. Baik, aku mengaku yang aku hanya belajar untuk kelas bukan belajar untuk exam. hahahaha. So tangan aku pun mulalah mengatal gatal menaip tajuk tajuk lagu yang best and download. Bila penat, aku gatal nak cari benda benda yang boleh buat aku berfikir. Fikir jauh.

Pernah dengar tak sindrom anak kedua. Atau dalam english its called the second child syndrom. Kenapa ek anak kedua je yang ada sindrom ek? Actually aku pernah terdengar tapi tak sempat baca kat magazine tentang benda ni dulu. Time tu makcik aku yang baca sambil cakap dengan aku. Sebab aku kan anak kedua. Tapi aku macam biasa, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kan dah azab sekarang. hahahaha

Dari pembacaan aku dalam internet ni. Ini yang boleh aku conclude kan. Ciri ciri anak kedua:
1. Keras kepala
2. Degil
3. Ego
4. Garang
5. Bertanggungjawab
6. Penyayang
7. Berdikari

Percaya atau tidak yang ramai orang akan merunggut bila berdepan dengan anak anak kedua ini. Bagi mereka anak anak dalam kategori ini sangat complicated untuk dijangka apatah lagi jauh sekali untuk dikawal. Sebab utamanya diaorang sangat unpredictable.

Sebenarnya anak kedua ni degil yang amat! Jujur. Kalau tak percaya cuba cari dan cuba kenali anak kedua. Confirm aku tak tipu. Orang suruh buat lain, lain yang dia buat. Contoh terbaik aku. Orang suruh jangan makan, tapi berpinggan pinggan nasi aku telan. Dah sebijik macam raksasa. hahahaha.

Keras kepala tu jangan cakaplah. Cukup cukup keras kepala dia. Agak agak baling kat batu tak pecahlah. Sebab kami biasanya suka ikut kepala sendiri. Apa yang kami nak, kami mesti dapat. Kalau agak agak tak dapat tu, biasanya kami akan memberontak. Then yang paling penting kalau anak kedua ni, time gaduh. Kalau gaduh mesti nak menang. Anak kedua tak suka kalah even kekadang benda tu salah. Salah,betul biasanya diaorang tak kisah tapi yang penting "menang". hahaha.

Yang paling penting, anak kedua ni biasanya garang. Garang dia lebih dari anak anak yang lain. Percaya tak? Kalau tak percaya cuba tilik anak anak kedua yang ada sekitar korang. Pantang ada salah sikit, biasanya kami akan immediately moody dan naik marah dengan mendadak! Contoh terbaik dari ladang adalah aku sendiri. Jadi anak kedua sangat tak digalakan kahwin dengan anak kedua. Takut rumahtangga jadi panas. Perghh. Rumahtangga tu. First time guna word rumahtangga. hahahaha

Kami anak kedua sangat tak suka mengaku kesalahan. Atau dengan lebih jelas sangat ego. Betul tak tipu. Kami selalu rasa diri kami anak kedua ni betul. Walhal taklah betul sangat. Tapi apa kami kira. Yang kami kira, kami betul dan orang lain salah. hahahahaa.

Tapi sekasar kasar kami anak nombor dua pun ada yang baiknya. Ada yang halusnya. Tak semuanya jahat, buruk belaka. Kalau kene cara tegur, nasihatnya, aku dengan bangganya bagitahu yang kami makan nasihat dan mendengar kata jugak. Cuma kene pandai tacklelah hati kami ni.

Anak kedua biasanya lebih bertanggungjawab. Bukan nak masuk bakul, masuk lif. Tapi ini betul. Anak kedua ni sangat bertanggungjawab dengan apa yang ada kat sekeliling dia. Lebih lebih lagi kalau dengan family. Dia jenis yang follow. Bagi kami family come first! Korang ada? hahahaha. That whylah kami sangat penyanyang. Kalau boleh anak kedua ni nak jadi pembela kepada orang orang yang teranaiya. Kalau boleh nak tengok orang lain semua bahagia. Taknak ada yang sedih sedih. Especially kanak kanak. Kami sangat suka kanak kanak walaupun kami kekok dengan mereka. Tengok dalam hati kami tetap ada taman tau. hahahaha.

Last sekali, anak kedua ni sangat pandai berdikari. Campaklah dia jauh mana pun, dia tetap boleh survive dengan selamat. Ala kalau setakat nangis nagis tu perkara biasa je. hahahaha. Dia tak suka  bergantung harap dengan siapa siapa. Senang cakap selagi kami boleh survive selagi tu kami survive. Jarang tunjuk kesusahan, kesedihan. Sebab mereka berlagak hebat. That why kami kata mereka ego. Even bermasalah macam macam pun, selagi kami boleh tanggung selagi tu kami tanggung. Nampak a bit emosi la sikit kiteorang ni. Hati kami lembut jugak la kiranya. huhu

Entry ni nampak macam takda motif. Tapi aku sedaya upaya menguraikan character character anak kedua ni. Sebab aku sendiri tahu ramai orang merunggut sebab susah nak get along dengan kami anak kedua. Yelah kami ni kan penih misteri.hahaha. Hopefully entry ini membantu sikit. Sikit je. hahahaa.


*Perasan tak entry ni macam membongkarkan perangai aku sendiri? hahahaha. Gila bersidang lagi aku ni. hahahaha*

Bila Hati Berdebar Debar

Ku mahu kau tahu. Bukan versi hujan. Tapi ni versi ubah suai secukup rasa oleh aku. Diubah suai mengikut kesesuai aku. Hahaha. Sorry. Tengah feeling bunga bunga cinta ni. Entry ini juga mencapap. Tak payah baca. Bye!







Di sudut bilik, aku pernah termenung jauh 
Mengenangkan nasib aku, sebab kau bukan dengan aku
Tapi kau tak perasan yang kita miliki separuh 
Berbentuk hati cinta namanya 


Walau kau jauh dari aku nun disana
Ku sentiasa menunggumu 
Inginku imbas kembali memori indah dulu waktu pernah rasa macam ni
Walau kau jauh 

Ku berjanji kan terus tunggu dan aku hope kau jugak berjanji
Dipisah highway yang panjang
Ku mahu kau tahu 
Aku kan terus menunggu 


Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu even aku hutang gambar lagi
Jangan pernah sekali kau buang, aku cekik kalau kau buang!
Seperti cinta ini yang terbuku walau bukan dalam buku
Aku yakin cinta ini akan bersemi jua

Aku kan terus menunggu 
Kita kan bersatu, Insyaallah 
Terus menunggu 
Ku mahu kau tahu yang aku sayang kau sangat!

*Mungkin ini bukanlah cinta. Tapi ini permulaan sayang. Ya, aku sayang kau! Sayang lebih!Mungkin dialah Firas Ali aku. Doakan aku.*

Entry Kali Ini Memang Mencapap, Payung Merah Hilang!

Kat kampus sekarang ini musim hujan. Ni pun tengah hujan lebat. Tak reda reda dari malam tadi. Aku agak sungai Segamat mesti dah nak tenggelam. Ini bukan hujan sikit sikit. Tapi hujan banyak banyak, ada kalanya lebat dan ada kala sangat lebat. Okay. Fine.

Tadi pagi sangat berharap yang test pukul 10 pagi dibatalkan sebab hujan. Alasan ini tak boleh diterima akal kan? Tapi mungkin boleh diterima akal untuk dibatalkan memandangkan student student terpaksa mendaki bukit untuk ke kelas tanpa adanya susur gajah [ aku panggil alor gajah. hahaha] dalam keadaan yang hujan dan for sure basah bila sampai atas.

Sangat kecewa bila test tak dibatalkan. Fine. Dengan redha aku daki bukit tinggi dengan classmate aku dengan berpayungkan payung merah. Test berjalan macam biasa. Macam biasa jugak yang aku tak dapat nak jawab semua soalan dengan baik. Okay fine. Terbukti yang aku kurang study lagi.

Habis je test, aku keluar. Malas nak amik pusing kat paper tu. Yelah sebab dah hantar. Nak taknak terima jelah markahnya nanti. Redha. Keluar keluar, payung merah hilang. Payung merah aku hilang. OMG! Ni yang tak best ni. Banyak banyak payung, payung merah aku hilang. Tak tahulah kene curi ke, ada tersalah amik ke, tapi yang penting payung merah aku hilang! Sangat tak suka bila jadi macam ni.

Sepanjang jalan aku fikir. Aku bawak ke tak payung sebenarnya. For surelah aku bawak. Kawan aku jadi saksi. Melilau lilau mata aku cari payung merah. Fine. Aku masih tak jumpa. Sakit hati bila barang aku hilang, saat aku tengah nak berjimat cermat. Eeeei! Tak suka, tak suka!

Aku mungkir janji. Semalam sepatutnya entry last. Tapi harini aku tulis entry baru. Semua sebab payung merah tu! Arrgghh tak puas hati.


*Pergi berpayung, balik berhujan. Terima Kasih!*

Tuesday, January 25, 2011

Kali Pertama

Now aku ada kat Cyber Cafe kampus. Pertama kali aku on blog kat tempat public. Esok aku ada test International Business. Sangat takut. Aku rasa cuma chapter satu je yang aku ingat. Masuk yang chapter lain, aku dah rasa macam ke laut je.

Jadi malam ni aku kene study dengan penuh upaya supaya dapat jawab test esok pagi. Esok pagi okay. Bukan petang atau malam. Pagi. Pukul 10. Ambik kau, baik punya masa. Terkebil kebil bangun tidur then kene pergi mandi. Sambil baca note yang tak seberapa kene pulak panjat gunung sambil tercunggap cunggap. Then kene dera duduk dalam dewan yang sejuk sambil jawab test. Memang terbaik. Terbaik dari ladang.

Khamis dah kene mula packing packing. Nak kene main rebut rebut washing machine dengan junior junior. Baju kotor dah sebakul tak basuh. Walhal baru tiga hari tak basuh baju. Baik. Aku sangat pemalas semestar ini. Jumaat dah kene berambus. Berambus bukan untuk balik rumah. Tapi ke tempat lain. hehehe.

Okaylah. Ini mungkin last entry before flight selamat sampai kat airport. Nanti bila dah selamat mendarat dan hilang segala penat, aku update lagi. Terima kasih atas senyuman ini blog. Terima kasih juga untuk yang banyak bagi nasihat. Walau aku kebal dengan nasihat, aku cuba lihat dari sudut yang berbeza. Doakan aku untuk test esok. Doakan perjalanan aku untuk hari tulat. Bye!



Mahu terbang pulak rasanya. Firas Ali akan tiba nanti.

SEHATI BERDANSA