TABUNG SAKURA

Sunday, July 18, 2010

Dengan Tiba Tiba Air Mataku Jatuh

Malam tadi aku tidur awal. Dila sibuk dengan segala macam assigment. Zeera celebrate birthday pakwe dia. Aku terlalu bosan dan mata jadi terlalu mengantuk. Dan pagi ni aku bangun awal sikit sebab ada gotong royong. Bila taklimat habis,aku masuk bilik. Just mengemas ala kadar dengan roomates tersayang. Dan aku dapat on laptop sekarang. Pagi pagi lagi aku mengadap muka buku. Just menyemak notis yang tak seberapa.

Aku tertarik dengan video yang Zeera dedicate untuk Dila. Dan tak pasal pasal aku jadi sedih. Nak tahu klik sini. Di tambah lagi dengan komen komen diaorang berdua. Sungguh aku rasa sangat sedih. Bila aku bukak belog,aku terbaca yang Dila buat entry baru. Tanpa dipaksa,airmata aku jatuh. Aku dapat rasa apa yang Dila rasa. Aku pernah rasa benda tu dulu. Dan aku tinggalkan komen yang panjang untuk entry tu.

Aku tak tahu macam mana aku boleh lupakan benda tu. Benda yang paling menyakitkan. Benda yang paling mengecewakan. Benda yang buat aku terlalu lemah masa dulu. Mungkin masa terlalu berperanan untuk aku. Dulu aku fikir mungkin bercouple dengan orang lain boleh buat aku lupa. Tapi aku salah. Bercouple dengan orang lain sebenarnya buat aku sakit. Aku still bermain dengan kenangan untuk memaksa hati beri kasih pada orang lain. Maafkan aku sebab buat semua ni. Dan aku hanya sedar yang semua tu hanya tinggal kenangan, bilaku rasa air mata aku terlalu berharga untuk orang yang tak menghargai.

Dia cukup bahagia dengan hidup dia. Dia cukup gembira dengan kerja dia. Dia cukup senang dengan gaji yang dia dapat. Dia cukup enjoy dengan kawan kawan lelaki dan perempuan dia. Dia tersenyum luas dengan apa yang dia dapat hari ini dan sebelumnya. Sedangkan aku hanya duduk meratapi kenangan lalu. Hanya itu yang aku mampu buat dulu. Tapi sekarang aku taklah duduk dengan meratapi kesedihan tu. Aku bangun dan aku nak terus jalan ke depan. Itu semua kenangan. Kalau boleh aku dah nak terkesan dengan apa apa tentang kenangan tu. Biar sejuta cerita tentang dia,aku harap yang aku takkan berubah. Biarlah aku berjalan dan terus berjalan. Aku yakin ada seseorang menanti aku kat depan sana. Aku yakin!


*Makanan percuma sempena gotong royong,nasi lemak. Okay aku tak dapat makan. Sia sia bayar duit kolej macam ni. Aku nak kurus dan aku kene lupakan nasi. TQ.

No comments:

SEHATI BERDANSA