Sekarang? Aku tak buat apa apa. Tengah duduk melingkar macam ular sawa. hahahahaha. Tengah duduk merempat dalam bilik si Zaiha. Dia tengah duk menatap assigment Financial Analysis a.k.a FA (dulu aku ingat budak budak ni nak jadi Flight Attendence..hahaha..yelah duk asyik cakap FA susahlah..aku tengok Awan Dania tu taklah susah sangat..hahahaha)
Okay. Aku nak cari mana perginya mood excited aku semalam. Aku sangat tak bersemangat nak balik. Lagi lagi mengenangkan perjalanan panjang untuk esok. Aku dapat bayangkan kepenatan hari esok. Dengan tu,aku diwajibkan sahur nasi untuk pagi nanti. Sila kejutkan aku. Please!
Gambar sekadar hiasan saja
No comments:
Post a Comment