Antara orang yang semakin matang:
- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai
- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa
- Anda tidak iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar benar merasa tidak sewajar dengan mereka
- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat
- Anda dapat menaham rasa sakit hati dan malu seandainya anda ingin tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain
- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda
- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar besarkannya
- Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan tanpa rasa resah, bimbang dan ragu
- Anda memberi persetujuan kepada pendapat pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang
- Anda bahagia bersendirian denga mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar benar anda minati
- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul betul tidak tahu tanpa rasa malu.
- Anda menghadapi orang orang tua yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan kesan negatif
- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna
- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak senang kerananya
- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang orang yang tidak anda sukai
- Anda dapat mengwujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka
- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang menjadi idaman setiap wanita
- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur
No comments:
Post a Comment