Itu satu hal. Yang paling aku tak berapa nak suka, ura uranya trip tu kene time cuti midsem. Midsem. Midsem hujung bulan ini. Faham tak cuti midsem. Midsem. Aku nak balik lah. Minggu ini ramai budak balik rumah. Cuti minggu ni panjang. Panjang untuk negeri Johor. Sebab hari Selasa adalah public holiday untuk Johor. Jadi budak budak kelas aku ramai yang balik sebab hari Khamis aku cuma ada satu kelas dan hari Jumaat memang takda kelas. Aku tak nak balik sebab aku kenangkan hujung bulan ini je cuti midsem. Macam membazir duit je kalau balik.
Ini yang aku tak suka ini. Kalau ini rancangan lecturer aku still boleh consider. Tapi kalau aku tahu ini rancangan budak budak course aku, memang aku cekik budak budak ini. Siaplah. Ingat tak penat ke pergi Terengganu tu? Tulah sem lepas taknak satu kelas Economy Malaysia dengan aku, kan dah jealous. Eeeeiii. Tak sukanya kalau jadi trip ni. Faham tak penat? Faham tak rumah aku kene 6 jam kalau naik bus? Faham tak itu midsem?

No comments:
Post a Comment