TABUNG SAKURA

Showing posts with label bicara nurani. Show all posts
Showing posts with label bicara nurani. Show all posts

Monday, February 15, 2010

Kesabaran



Semalam aku baru diberitahu tentang sesuatu
Peristiwa sepanjang ketiadaan aku di rumah

Benda yang menbuatkan setiap anak menangis
Benda yang membuatkan setiap anak risau
Benda yang membuatkan hidup setiap anak ngeri untuk menerima
Dan benda itu datang menguji kami lagi

Mama cakap,
Mama tak nak bagitahu aku
Sebab mama tak nak aku risau
Lagipun kalau aku balik abah lagi risau

Abah takut aku tak biasa
Tak biasa hidup susah macam orang susah
Tapi abah tak tahu yang aku selama ini memang hidup susah
Tapi itu semua tak penting

Apa yang penting sekarang,
Aku cuma ada family aku
Aku cuma ada 2 orang nenek, 1 atuk
Aku cuma ada 2 orang adik beradik
Aku cuma ada saudara mara yang memahami keluarga aku
Dan juga kawan kawan yang selalu ada untuk menyokong hidup aku
Aku tidak perlukan orang lain lagi

Back to the story
My mum said that,
My father sick before this and always scream at night
He said he saw "something" in our home

Actually
Abah lemah semangat
Mudah sangat untuk dia "terkena" benda macam itu
Kata mama,
Ustaz yang rawat abah tu cakap
Apa yang jadi kat abah macam sakit sakit tu semua
disebabkan "benda" itu

Actually,
Sebelum ini pun aku memang rasa semacam je duduk kat rumah ni
Bukan rasa apa
Just rasa macam rumah ini kosong je
Walaupun rumah ni dah ada full furniture
And than aku selalu cakap kt mama dengan abah
Yang aku rasa rumah aku ni macam terlalu hampir dengan jalan
Means walaupun rumah ni ada tanah kat tepi
Aku rasa seolah olah jalan itu bersebelahan betul dengan rumah aku

Ustaz itu mintak mama buat "pagar"
Mudah mudahan abah boleh tenang
Then mama pun panggil ustaz dekat rumah nenek
Alhamdulilah rumah aku sudah "berpagar"

Now Ustaz itu suruh abah berpuasa
Selama 7 hari
Dan ustaz itu pesan kat mama
Suruh tolong abah
Means ustaz tu nak mama dengan abah puasa sama sama
Insyaallah aku pun nak turut serta jugak
Bila aku balik Segamat nanti

Alhamdulilah
Masih ada lagi insan yang sanggup menolong keluarga aku
Aku sangat berterima kasih sebab mereka semua memahami
Masalah kami sekeluarga
Insyaallah kalau aku terdaya
Satu hari nanti aku akan balas
Semua budi dan jasa mereka kepada keluarga aku
But for now,
What else that I can do,
Just only I say
Thank you for your helps and understanding
Aku amat menghargai semua

Syukur



Dulu mungkin aku selalu sedih
Dulu aku terlalu menyalahkan takdir
Dulu aku terlalu kecewa

Kecewa kenapa jalan hidup aku sentiasa diuji
Kecewa kenapa aku dan keluarga aku diuji

Tak pernah terlintas di fikiran aku
Tentang hikmah terhadap semua ni

Tapi hari ini aku semakin sedar tentang
Hikmah yang tersembunyi dalam setiap dugaan dariNya
Seharusnya aku kene banyak bersyukur dan berterima kasih
Segala yang aku lalu banyak mematangkan hidup aku

Mungkin kekadang aku rasa diri ini terlalu lemah
Memang kekadang aku rasa penat
Terlalu sakit menghadapi segala dugaan yang tak pernah berhenti
Kekadang aku kecewa hidup sebegini

Bila aku renung semula perjalanan hidup aku
Aku nampak semua kemanisannya
Aku nampak semua hikmahnya
Walaupun orang lain dapat rasa kemanisan yang sama
Seperti aku lebih awal dari aku mendapatkannya
Aku tetap bersyukur

Hidup ini tidaklah terlalu susah atau senang kepada setiap individu
Aku semakin yakin
Walau jalan ini banyak liku liku yang sukar
Satu hari nanti aku pasti
Bahawa kebahagiaan menjadi milik aku
Insyaallah
AMIN

Sunday, February 14, 2010

Doaku



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia
dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api
Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin

Saturday, February 6, 2010

Tudung

aku akui kekadang aku lebih suka diam
aku kekadang lebih suka memerhati
aku kekadang lebih suka berfikir
dan aku lebih suka menganalisa
orang lain

aku tengok ramai orang yang bertudung
aku tengok ramai orang berselendang
aku tengok ramai orang menutup kepala
tapi aku tak nampak pulak mereka menutup dengan sempurna

bukan aku untuk memberikan kritikan kepada mereka
tapi aku sebenarnya munsykil
tak ke mereka pelik dengan gaya pakaian mereka
labuh di atas tapi sendat di bawah
namun ada juga yang sendat di atas tapi labuh di bawah

aku teringat ayat sorang kawan aku,Mien time kelas FIN
"patutnya orang yang bertudung,tutup dada macam awak tu (tangan sambil menunjuk kearah aku)..ni tak bertudung tapi nak tayang everything"

statement tu bukan nak membanggakan diri sendiri
tue semua kebetulan,sebab aku melabuhkan tudung ikut suka
aku menggayakan tudung ikut keselesaan aku
bukan aku tak suka untuk mengikat atau melilit tudung atau selendang hingga
seperti mahu mencekik leher
namun aku tidak selesa untuk bergaya seperti tu

aku sudah lama memerhati
melihat gelagat orang yang bertudung just dengan alasan:
1."mak,bapak aku kat rumah suruh aku pakai tudung aku pakai la"
2."boyfriend aku suka aku bertudung,dia taknak lelaki lain tengok rambut aku"
3."rambut aku colour laa,nanti pak guard tahan"
4."aku kan pompuan melayu terakhir,so mestilah bertudung"
5."lecturer suruh semua student dia bertudung laa,leceh betul"
dan 1001 alasan lagi kenapa ramai orang disekeliling aku bertudung

bagi mereka bertudung hanya sekadar bertudung
bertudung hanya sekadar untuk memenuhi permintaan orang
bertudung hanya sekadar menutup kekurangan pada rambut
tapi tak ke mereka sedar bertudung itu mempunyai maksud yang sangat mendalam

jika sekadar untuk memenuhi permintaan orang lain
maaf,anda di minta menanggalkan tudung anda sekarang
jika dengan bertudung,anda rasa dapat menutup kehodohan rambut anda
maaf,anda sememang hodoh walaupun bertudung

kebanyakan mereka cuma memakai
mereka tidak memahami makna bertudung
aku tak mahu menghakimi mereka kerana
aku pun kekadang lalai dalam mengikut arus fesyen

*aku seperti sudah addicted dengan lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur. Ana Raffali yang sentiasa berbaju kurung dan berkebaya tapi tidak bertudung.Aku suka gayanya yang simple*

Thursday, January 28, 2010

Only this I want

Doa Ketika Dukacita dan Bersedih

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.



Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

*only this doa that I try to memorize everyday. Not because that Im feel sad but Im try to be happy with all my problems. Thanks to Allah give me strong to survive with all of this. I know when I know it (all of it)*

Tuesday, January 26, 2010

Sebab kawan

tadi aku dengan kawan kawan duduk dalam bilik lepas maghrib
nothing we do, only just lepaking je
tunggu pukul 9 sebab nak gerak pergi Speaker Corner
kononnya nak tengok calon calon MPP memancing undi

tetiba kepala otak aku muncul idea yang jahat
aku pergi buat spot check kat beg adik junior aku
terjumpalah kamera digital dia
apa lagi terus aku selongkar la

jeng,jeng,jeng
ha! terkejut beruk kitaorang semua
tengok gambar gambar dalam tu
punya la hot nak mampus
seksi giler
and sangat sangat social!
terdiam tengok gambar macam tu

walaupun roomate aku ni aku baru saja kenal dia
dalam tempoh masa 3 minggu
tapi dari sudut pandangan aku
dia taklah bersikap over social
sebab dia masih lagi bersopan santun
masa first time dia jejak bilik ini

bila cakap tentang kawan
aku ingat dia
dulu masa dia study kat sana
dia lain
tapi bila study jauh
dia berubah menjadi lain

dulu dia sangat bersopan santun
dulu dia sangat menjaga bahasa
dulu dia sangat lembut namun tegas
dulu dia sangat pantang perkataan BODOH
dulu dia sangat sabar
dulu dia sangat tenang

tapi sekarang
dia sudah berubah
dia tak lagi sabar
dia tak lagi tenang
dia tak lagi menjaga bahasa
dia tak lagi berpantang dalam percakapan

semua ini mungkin ada kaitan dengan kawan
kawan sangat mempengaruhi hidup kita
mereka paling hampir dengan kita
dan aku bersyukur ada kawan kawan yang memahami diri ini
mereka masih terus membimbing diri ini
mereka buat aku terus kuat untuk hidup

*Aku sayang semua kawan kawan aku.Maaf andai aku pernah melukai hati kalian*

Monday, December 28, 2009

Dewasakah aku

tak tahu nak post ape sebenarnya
macam macam bermain dalam kepala otak aku sekarang

malam tadi aku bermesej dengan m a.k.a adik z
agak lama gak tak bermesej dengan dia
rindu plak..hahahaha [rindu adik ke rindu abg?? uwekk!!!]
hahahahaa

bosan sungguh menghadapi hari2 mendatang
kenapa?? mungkin sunyi..
ya sunyi?? tapi ape ertinya sunyi untuk aku??
maaf terlalu sukar aku describe maksudnya..

tadi pagi aku ber'ym' bersama azeera mengong
[ko mesti kta aku jahatkan..haha..ko jgn marah taw,nnt ko xde kawan yg ceria mcm aku]
benda yang buat aku tertarik sepanjang kitaorg ber'ym' tu adalah tentang
TANGGUNGJAWAB a.k.a Responsiblity

tinggal lagi beberapa hari nak masuk tahun 2010
huh..semakin bertambah la umur aku..aku akan mencecah umur 20 tahun di atas bumi ni..
[bukan saja aku,tapi semua mereka yang lahir pada tahun 1990]
semakin bertambah umur seseorang,semakin besarlah tanggungjawab seseorang
lepas ni umur aku dan kawan2 tak ada lagi word 'teen'..
we are not teenager any more..
terlalu pantas masa berlalu..
adakah aku mampu mengalas semua tanggungjawab yang memang menunggu untuk di pikul??

*masih lagi kebosanan,kebingungan dan kecelaruan..*

Sunday, August 16, 2009

MeNjelAng Ramadhan

sedar tak sedar dah nk masuk bulan pose
alhamdulilah pose tertunggak tahun lepas aku dah abis bayar
(bangga sikit laaa)
rasanya pose ni aku tak balik umah
just balik masa menjelang raya je nnt..
mesti sedih kan
yelah pose sorang2
(walaupun ada ramai orang)
tapi takpe laa
yang penting aku dapat pose tahun ni lebih baik dari pose tahun lepas
harap2 tahun ni aku tak buat hutang laa
(budak liat nk bayar utang pose..huhu)
aku harap sume family aku bersemangat time pose nnt
semoga pose nnt akan bagi seribu satu rahmat buat family aku
amin..


*today abang aku konvo..hope dia cepat dapat keje..xpayah bergantung pada family lagi..jadi aku pon blh la tumpang senang...hahhahahahahhahaha(ketawa mcm setan)*


*kebelakangan ni ramai orang yang aku kenal meninggal dunia..sedih coz dia orang tak dapat sambut dan jalankan ibadah pose..aku doakan semoga roh2 mereka tenang dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman*

Tuesday, May 19, 2009

deMaM ke Ape???

baru hampir seminggu aku kat rumah
tapikan
aku kene demam la
tapi yang peliknya
aku demam time malam je
suhu badan aku seolah-olah menjangkau ke tahap yg paling tinggi
sampai peluh menitik-nitik ke atas baju aku
kenapa agaknya ye??
panas sangat ke suasana malam di rumah aku
tapi kenapa waktu siang tidak sedikit pun suhu badan tu ini meningkat seperti malam tadi
hinggakan aku xmampu utk tidur
sampaikan aku pasang Surah Yaasin dalam mp3 hp rosak tu
aku rasa panas sangat
tapi selepas tu aku rasa kurang sedikit panas tu
adakah ini demam yang biasa???

Tuesday, March 31, 2009

sesi memerah keringat otak bakal bermulaa...

haaaaaaaa!!! takut2...tak lama lagi abis la sem aku tok kali ni...ngeri rasa nye nk mengadapi exam final...masa berlalu tak tunggu pun aku yg masih terkial2 belajar sume ni...sem ni terlalu singkat tuk aku mengejar 7 subjek....kalo orang tnye ape target aku tuk sem nie, aku just mampu nk jawab yang target aku just nk menaikkan pointer yg down...aku xnk sem ni buat aku jatuh kembali...aku nk buktikan pada mereka2 sume bahawa aku boleh!!

ya aku boleh!!! aku tahu aku mampu memikul amanah ni walaupun aku bukan pelajar pintar seperti kawan2 lain dalam kelas...hanya dengan kerajinan aku mampu merubah pointer aku...aku harap sem ni aku dapat menjayakan final dengan jayanya!! fighting!!!!!

Sunday, January 4, 2009

entah laaa...


aku xtahu nk mula mcm mane utk meluahkan isi hati ni...sunyi,sepi,kosong,suram dan juga sume perkataan yg sewaktu dgn nya... kekadang aku rasa diri aku ni hanya hadir tuk mengganggu org lain...bkn nya aku xperasan akan tu tapi ntah laaa..aku pun xtahu..knp la aku dilahirkan hanya untuk mengganggu ketenteraman orang lain..hmmmmm

hidup ni kekadang amat memeritkan tuk mereka yang berada dlm kesunyian kan...penat untuk meneruskan kehidupan tanpa sinar2 kecerahan tuk hari esok...hmmm..penat rasa nya tuk melayari hari2 mendatang.....

ape yang aku mahukan hanyalah kegembiraan dalam hidup...dikelilingi dgn mereka2 yg menyayangi diri ni...bile laaa kegembiraan itu akan datang???

SEHATI BERDANSA