TABUNG SAKURA

Friday, September 3, 2010

Dah Tak Excited

Semua gara gara Financial Of Investment punya paper tadi petang. Habis terbang semua mood balik raya aku. Soalan calculation dia tak susah macam biasa yang Encik Khai bagi dalam kelas. Tapi soalan teori dia,macam Encik Khai tak pernah ajar je. Encik Khai ni,dahlah dia yang buat soalan. Apa salahnya bagi soalan bocor untuk kiteorang? Tolong menolongkan amalan mulia. Lagi lagi bulan puasa ni. Lagi banyak pahala yang boleh dapat taw. Tak baik kedekut.Lalalalalala

Sekarang? Aku tak buat apa apa. Tengah duduk melingkar macam ular sawa. hahahahaha. Tengah duduk merempat dalam bilik si Zaiha. Dia tengah duk menatap assigment Financial Analysis a.k.a FA (dulu aku ingat budak budak ni nak jadi Flight Attendence..hahaha..yelah duk asyik cakap FA susahlah..aku tengok Awan Dania tu taklah susah sangat..hahahaha)

Okay. Aku nak cari mana perginya mood excited aku semalam. Aku sangat tak bersemangat nak balik. Lagi lagi mengenangkan perjalanan panjang untuk esok. Aku dapat bayangkan kepenatan hari esok. Dengan tu,aku diwajibkan sahur nasi untuk pagi nanti. Sila kejutkan aku. Please!


Gambar sekadar hiasan saja

*Nak bawak barang apa ek balik rumah nanti? Tolong ingatkan aku. Eh macam tajuk lagu pulak.hahaha.*

Thursday, September 2, 2010

6 Patah Perkataan


Cuma 6 patah perkataan
Dah terlalu cukup buat aku senyum

Hanya 6 patah perkataan
Dah terlalu manis ukiran bibir aku

Dengan 6 patah perkataan
Hilang kerisauan aku

Semua sebab 6 patah perkataan
Aku rasa nak melompat bintang sampai tertidur malam ni

Kerana 6 patah perkataan tu

Dalam Kepala Otak

Sangat jealous. Sangat sakit hati. Sangat meronta. Sangat sedih. Dari pagi tadi asyik nampak orang bawak beg balik kampung je. Berbeg beg diaorang bawak beg balik kampung. Bermuka ceria diaorang meninggalkan UITM ni. Muka teruja tunggu bas nak pergi terminal. Sedangkan aku sibuk susun buku nak pergi kelas. Sibuk siapkan diri nak pergi kelas. Sibuk bawa beg yang agak berat pergi kelas. Sangat cemburu tahap cipan pada mereka semua.

Dalam kepala otak aku cuma ada yang ini


Bukan ada yang ini



 Aku kene jawab exam  Fundamental Of Investment esok petang. Aku ulang balik semula. Kene jawab exam Fundamental Of Investment,esok petang. Saat tu berbondol bondol budak budak UITM balik rumah. Mesti sangat tensionkan kalau mengenangkan time tu. Okay apa kata kita mengenangkan exam aku tu. Lagi sadis. Sebab aku belum banyak lagi study. Aku belum cukup ilmu nak bawa untuk masuk dewan esok petang. Nak bawa toyol tak boleh. Sebab esok masih bulan Ramadhan dan aku puasa. So korang amat digalakkan untuk mendoakan kejayaan aku untuk esok petang.

*Hanya jasad dalam kampus,otak aku nak melencong ke tempat lain. Susah betul jadi aku kan?*

Wednesday, September 1, 2010

Bila Mama Call

Tadi cuti sempena Merdeka. Aku bangun agak awal. Sebab aku tidur pun sangat awal malam sebelumnya. Budget nak pergi bilik bacaan depan library dengan Safira sebab nak study untuk test Jumaat ni. Tapi kawan aku tu bagi message tak boleh datang sebab ada hal. Aku pun okay jelah. Sebenarnya aku malas jugak. Kira bertuah dan bernasib baiklah.

Aku online sambil update update belog yang dah nampak comel sikit ni. Lepas tu aku buat assigment Organizational Behaviour a.k.a Gelagat Organisasi. Kelakar je bila lecture aku sebut nama subjek ni dalam Bahasa Melayu. Nampak macam gelagat raja lawak pulak. Tak official langsung. Nasib aku belajar dalam English,baru nampak macam gempak sikit.hehehe.

Aku memang standardlah kalau pakai handphone,silent memang dah sebati dengan hidup aku. Aku taktahu kenapa aku suka silent handphone. Walhal bukannya aku duduk dalam hospital ke,rumah mayat ke,masjid ke. Tapi aku tetap suka set handphone aku dalam silent mode. Sampai kawan aku berangin angin cakap,"awak,kalau awak silent,baik awak buang je handphone awak dalam tong sampah ke longkang ke bla bla bla.." Nak buat macam mana. Dah biasa. Dah jadi habits pun. Kalau pasang mode biasa sampai volume maximum tapi still tak dengar pun sama jugak. Baik buang jugak handphone tu dalam parit. Tu lagi pekak.

So bila Mama call tadi aku memang tak perasan walhal handphone aku je dekat dengan aku. Bila aku sedar,aku call Mama balik tapi Mama tak answer. So tunggu jelah Mama call balik sambil tidur tidur ayam. Tak lama lepas tu Mama call. Mama call semata nak tanya pasal serunding daging yang aku order kat Dilla. Punya teringin benar Mama dengan serunding Kelantan.[untuk Dilla: jat,kau memang kene belikan mak aku serunding ni wey. Dah banyak kali dia pesan. Kang kau kene duduk luar raya nih.hahahaa]. Dah tu Mama bagitahu kereta Abang aku dah sampai dan dah diguna dengan dia la.

Punyalah berlagak tahap cipanzi betul Abang aku sorang tu. Berlagak ingat kereta tu duit dia pulak. Siap dia balik nanti aku duduk sambil main main kereta baru kau tu. Kau jangan nak kerek. Aku tekan hon kuat kuat baru kau tahu. Mama kata nenek bising. Nenek bising lebih kurang macam ni,"Iwan dibelikan kereta. Karang si Azza nya bising tak dapat kereta pulak. Nanti karang bergaduh adik beradik." Mama aku dengan slumber badak jawab,"Eh,takkan nak belikan dua dua kereta. Ingat beli kereta dengan daun mangga ke?" Abah sampuk pulak,"Alaaa,Azza duitnya dah ada. Tunggulah dia habis belajar dulu."

Wah wah wah. Nampak tak apa yang nak buat aku gelak guling guling. Ternyata nenek aku sayang aku lebih. Alaa setakat kereta tu aku tak kisahlah. Aku bukannya nak sangat. If Abang aku tak bagi aku drive kereta dia takpelah. Buat apa nak gaduh gaduh. Tu jadi hak dia as a anak sulung. So kenapa aku nak jealous sangat. Nanti kalau aku ada duit,aku belilah. Aku pun taknak lah Mama dengan Abah berhabis untuk kitaorang. Belum tentu nanti kitaorang berhabis untuk Mama dengan Abah. Itu duit Mama dengan Abah kerja berpuluh tahun. Aku taknaklah minta lebih lebih.

Aku cuma minta kat Mama sebijik handphone je. Sebab handphone yang hadiah Abah time habis SPM tu dah rosak. Nak minta Blackberry macam melampau sangat je. Nantilah aku cari yang biasa biasa sikit je. Aku pun tak naklah  mintak yang canggih canggih sangat. Ke aku nak mintak mama benda lain. Nantilah bagi aku fikir dulu dalam tidur.

*Semoga aku dapat jumpa Malam Lailatu Qadar. Dah sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Cepatnya Ramadhan nak pergi. Tak puas rasanya. Tak tahu dapat lagi ke tak jumpa Ramadhan tahun depan.*

If I'm Millionaire

Kalau aku sorang jutawan. Kalau aku sorang yang kaya raya. Kalau aku ada banyak asset. Kalau aku banyak duit. Mungkin alangkah indahnya hidup ni. Berangan la wahai Cik Azza ku yang comel oiii. Dalam mimpi mana pulak aku dilahirkan sebagai jutawan. Suka sangat berangan ala ala Mat Jenin.

Aku buka someone punya page. Aku jadi stuck sekejap. Tipu bukan sekejap tapi lama. Tapi tak lama sangat sebab aku jealous. Tahap gaban punya jealous nih. Memang serius aku rasa macam nak gigit gigit tuan punya page. Aku pun nak benda tu. Benda tu lawa. Sangat mahal. Tak mampu nak beli. Guna duit PTPTN pun belum tentu aku mampu beli. Bayangkan betapa mahalnya benda tu. Sangat cemburu kepada orang orang yang ada benda tu. Nak jugak!


Serius aku teringin sangat nak nih. Kalau pergi mana mana event dalam campus mesti ada satu benda yang aku tak sanggup. Aku tak sanggup tengok camera men or women bawak benda tu. Rasa sangat jealous tahap yang meluap luap. Sedangkan aku cuma dapat pegang Sony Digital Cybershot je. Siapa nak masuk minang aku,aku nak mohon benda ni jadi apart from my hantaran boleh? Bolehlah. Nanti bolehlah kita snap gambar honeymoon. Snap gambar jalan jalan. Snap gambar I pregnant every month [woooow tinggi impian kau..hahaha]. Boleh la wahai bakal suamiku. I tak minta yang mahal mahal. I minta yang ada quality and ada brand je. If you sayang I,you belikan untuk hantaran I. Apa sangatlah benda ni untuk dibandingkan dengan cinta kita [stop it Azza. Kau dah gila agaknya. Gila meroyan ke apa nih?]

*Berangan jugak nak amik short course untuk fotographic ni. Mesti lepas ni semua nampak lawa. Dan I semestinya akan lebih lawa,comel daripada biasa.hahahaha. Sudah sudah,jangan dilayan gila aku ni. Kang melarat. Bye bye*

SEHATI BERDANSA