TABUNG SAKURA

Thursday, December 16, 2010

Tentang Perasaan

Ya, mungkin dia dah tiada erti

Ya, dia tidak lagi beri makna

Ya, aku semakin menjauhkan diri

Ya, aku tahu tentang perasaan ini lebih dari semua

Tapi dengan apa yang jadi sebelum ini bukan bermakna aku mampu terus membenci 

Aku masih punya hati, perasaan dan akal

Semoga ayahnya selamat dan dipanjangkan umur

Semoga Tuhan melindungi dia dan keluarga

Semoga ayahnya cepat sembuh

Walau kami tak pernah bertemu dan aku tahu aku tak disukai ayahnya

Tapi biarlah

Biar aku berdoa cuma dari jauh

Semoga dia dan keluarga kuat menghadapi dugaan ini

Amin


*Aku rasa dia tak tahu tentang benda ini. That why Im like this.*

Monday, December 13, 2010

Aku Semakin Matang Bila

Aku tengah sedih. Ini sekadar berkongsi maklumat untuk semua.

Antara orang yang semakin matang:

  1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai
  2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa
  3. Anda tidak iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
  4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar benar merasa tidak sewajar dengan mereka
  5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat
  6. Anda dapat menaham rasa sakit hati dan malu seandainya anda ingin tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain
  7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda
  8. Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar besarkannya
  9. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan tanpa rasa resah, bimbang dan ragu
  10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang
  11. Anda bahagia bersendirian denga mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar benar anda minati
  12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul betul tidak tahu tanpa rasa malu.
  13. Anda menghadapi orang orang tua yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan kesan negatif
  14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna
  15. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak senang kerananya
  16. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang orang yang tidak anda sukai
  17. Anda dapat mengwujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka
  18. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang menjadi idaman setiap wanita
  19. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

Maghribi Vs Malaysia

Aku sangat suka baca paper. Kalau sehari tak baca paper boleh gila aku rasa. Abah tak pernah akan sekali miss beli paper kecuali time darurat. Kalau kat kampus, aku selalu baca online je. Malas nak beli paper sebab buat menyemak saja dalam bilik.hehehe. Jadi online itu free. Free itu adalah baik untuk aku sebagai seorang student.hahahaha.

Semalam aku terbaca Metro. Even paper ini selalu mengarut, tapi kekadang boleh jugak layan. Semalam dalam Metro ada tulis, nak kahwin dengan gadis Maghribi adalah jauh lebih murah dari nak kahwin dengan gadis Malaysia sendiri. Bak kata dalam paper itu lagi, mostly diaorang persis artis, putih, gebu, cun, belum tercemar, taat dan setia. Tambahan lagi untuk kahwin dengan diaorang cukup dengan rm14,000 sahaja.

Adehh. Fikir tak apa yang aku fikir. Adehh celah mana aku nak cari bakal suami dah macam ni. Kalau dah semua nak kahwin dengan budak Maghribi. Adehh. Poning den macam ni. Memang betul hantaran kat Malaysia ni makin hari makin mahal. Itu aku setuju. Tapi tak perlulah nak cari sampai kat Maghribi wahai cik abang ataupun pakcik pakcik oii. Jangan nak Maghribi sangat la. Tak menyahut seruan kerajaan betul.lalalaa.

*Teremosi pulak tetiba. Nak kene kurangkan duit hantaran ke tak nih. Makin ramailah andartu kat Malaysia nanti. Adehh*

Bukan Kecanggihan Tapi Kesungguhan

Aku sangat teringin nak belajar photography. Aku bukan model. Aku juga tak cantik. Jauh sekali aku punya sifat yang slumber slumber ni. Itu kelemahan aku. Tapi aku sangat tertarik pada photography. Photography yang original bukan yang diedit edit dengan segala macam software like photoshop ke picasa ke photoscape ke whatever photo lah. Aku suka yang original. Without editing.

Tapi aku tengok sekarang ramai sangat orang suka beli kamera yang ribu riban tu. Tahu tak itu sebenarnya membazir. Lagi membazir kalau ada yang beli tapi duk letak dalam bilik sampai berhabuk. Ada yang lagi best beli just untuk tunjuk tunjuk. Adehh. Yang itu memang tahap gawat. Baik pi jual kat kedai balik kalau setakat nak tunjuk tunjuk padahal tak tahu nak guna.

Aku pun taklah pandai sangat nak capture and snap snap picture ini. Just untuk fun. Therefore aku masih belum terkinja kinja sambil hentak hentak kaki nak beli DSLR tu. Cukuplah dengan ada Cybershot tu. Itu pun selalu buat aku blur. Untuk aku apa guna beli ribu riban, tahan segala nafsu semata nak beli benda tu. Tapi in the end of day, bila kene soal tentang benda tu tak tahu apa apa.

Bukan nak memblame mereka mereka. Tapi untuk aku apa yang penting dalam photography ni adalah minat, kesungguhan, perkongsian dan juga keslumberan. Bagi aku gambar yang kita snap ada kisah yang tersendiri. Alangkah indahnya aku kalau aku dapat snap setiap detik dengan bebas.

Tetiba terdetik nak tulis pasal photography lepas baca kisah seorang pensyarah UTHM, Saiful Ian Hadi Masran dalam paper Berita Harian, Sabtu lepas. Bak kata dia tak perlu punya gajet mahal atau up to date. Tapi kita harus selami aplikasi kamera yang sedia ada yang mungkin sebenarnya mampu memberikan hasil yang terbaik yang kita tak tahu. Tak perlu yang mahal mahal sebaliknya belajar dulu ambil gambar dan biasakan peka pada objek sekeliling.


*Apa yang penting, usah malu bertanya dan kalau mengambil gambar jangan lupa senyum tanda menghormati mereka*

Sunday, December 12, 2010

Mimpi Ke Berangan

Malam tadi aku tidur. Dalam pukul 2 lebih macam tu. Letak je kepala atas bantal, mata aku terus pejam. Lena. Tak sedar sampai handphone aku bunyi. Mama main misscall misscall. Adehh. Apa ke benda mak aku ni boleh pulak nak main misscall misscall. Tahu la aku janji nak pergi pasar pagi ini. Tapi tak perlulah kejut aku macam tu sekali. Alahai mak mak.

Tapi bukan itu yang pelik. Aku pelik sebab aku macam yang jadi time aku tidur. Tapi aku tak ingat ape. Sungguh aku tak ingat. Tapi aku rasa benda tu menarik. Ke aku ni kuat berangan. Sampaikan benda yang aku angankan tu aku rasa macam mimpi. Adehh. Aku dah naik confius nih.

SEHATI BERDANSA