TABUNG SAKURA

Saturday, February 6, 2010

Tudung

aku akui kekadang aku lebih suka diam
aku kekadang lebih suka memerhati
aku kekadang lebih suka berfikir
dan aku lebih suka menganalisa
orang lain

aku tengok ramai orang yang bertudung
aku tengok ramai orang berselendang
aku tengok ramai orang menutup kepala
tapi aku tak nampak pulak mereka menutup dengan sempurna

bukan aku untuk memberikan kritikan kepada mereka
tapi aku sebenarnya munsykil
tak ke mereka pelik dengan gaya pakaian mereka
labuh di atas tapi sendat di bawah
namun ada juga yang sendat di atas tapi labuh di bawah

aku teringat ayat sorang kawan aku,Mien time kelas FIN
"patutnya orang yang bertudung,tutup dada macam awak tu (tangan sambil menunjuk kearah aku)..ni tak bertudung tapi nak tayang everything"

statement tu bukan nak membanggakan diri sendiri
tue semua kebetulan,sebab aku melabuhkan tudung ikut suka
aku menggayakan tudung ikut keselesaan aku
bukan aku tak suka untuk mengikat atau melilit tudung atau selendang hingga
seperti mahu mencekik leher
namun aku tidak selesa untuk bergaya seperti tu

aku sudah lama memerhati
melihat gelagat orang yang bertudung just dengan alasan:
1."mak,bapak aku kat rumah suruh aku pakai tudung aku pakai la"
2."boyfriend aku suka aku bertudung,dia taknak lelaki lain tengok rambut aku"
3."rambut aku colour laa,nanti pak guard tahan"
4."aku kan pompuan melayu terakhir,so mestilah bertudung"
5."lecturer suruh semua student dia bertudung laa,leceh betul"
dan 1001 alasan lagi kenapa ramai orang disekeliling aku bertudung

bagi mereka bertudung hanya sekadar bertudung
bertudung hanya sekadar untuk memenuhi permintaan orang
bertudung hanya sekadar menutup kekurangan pada rambut
tapi tak ke mereka sedar bertudung itu mempunyai maksud yang sangat mendalam

jika sekadar untuk memenuhi permintaan orang lain
maaf,anda di minta menanggalkan tudung anda sekarang
jika dengan bertudung,anda rasa dapat menutup kehodohan rambut anda
maaf,anda sememang hodoh walaupun bertudung

kebanyakan mereka cuma memakai
mereka tidak memahami makna bertudung
aku tak mahu menghakimi mereka kerana
aku pun kekadang lalai dalam mengikut arus fesyen

*aku seperti sudah addicted dengan lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur. Ana Raffali yang sentiasa berbaju kurung dan berkebaya tapi tidak bertudung.Aku suka gayanya yang simple*

No comments:

SEHATI BERDANSA