TABUNG SAKURA

Sunday, October 31, 2010

My Status Still Single

Hari ni aku rest. Pagi pagi dah kene attend paper Human Resource. Bangun pun terlajak. So cover cover mana yang sempat jelah.hahahaha. First time aku siap buat air oligo coco untuk minum before pergi final. Sebelum ni haram jadah aku nak breakfast.hahaha

Hari ni mama bagitahu. Mak kawan sekolah rendah aku,anak dia [kira kawan aku tu] nak kahwin hujung bulan November ni dah suruh mama aku datang rewang. Dalam kepala otak aku,"ada aku kisah? yang nak kahwin tu anak dia. Sibuk suruh mak aku pulak.".hahahahaha.

Aku rasa setiap kali cuti ada je kawan aku yang akan kahwin. Lepas sorang,sorang. Tu belum campur lagi dengan yang tunanglah,kene risik la. Apa apa lagi la. Macam macam la. Pening kepala otak aku. Pening lagi aku nak fikir benda yang belum jadi kepentingan aku buat masa ni.

Buat semua para jejaka kat luar sana. Sila jangan takut dan gelisah. I'm still single and still available. Cepat cepatlah masuk minang I.hahahahaha. Baget kau kegilaan ramai pulak. Bawa bawalah bertaubat wahai Cik Azza. Jangan dok perasan sangat.hahaha


*Something tengah bermain dalam kepala otak aku. Apa dia? Adalah. Biarlah rahsia [gaya cakap ala ala Dato Siti].hahahahahahahha. Memang sah aku gedik.hahaha*

Thursday, October 28, 2010

Mungkin Aku Terlepas Pandang

Bangun pagi pagi. Pagi ke? Nak kata pagi taklah pagi sangat. Tapi pagilah jugak. Bangun, duduk termenung kejap. Tengok nota HR banyak lagi yang tak dihafal. Tiba tiba otak aku jadi sesak. Terus pergi panaskan air. Then pergi mandi. Buat air oligo coco yang tinggal 10 packet. huh! Terseksa hidup nak habiskan oligo coco. Tapi takpelah. Telan jelah wahai tuan puteri. Jangan banyak songeh.

Belum sempat aku baca nota HR,aku bukak laptop dulu. Okay fine.Now dah nak hampir sejam aku online.hehehe. Kan elok kalau waktu ni aku study. Tapi yang sekarang ni aku dok membebel berjela jela apa ke hal? Tak reti penat ke?

Okay,okay. Straight to the point. Aku baca satu blog. Dan aku diam. Yelah,takkan nak baca kuat kuat pulak kan. Aku bacalah diam diam. Aku terfikir tentang sesuatu. Dan aku pernah terfikirkan benda tu dulu. Tapi dulu aku fikir itu hanya fikiran aku saja. Mungkin aku cuma nak menyedapkan hati aku.

Taraf hidup. Mungkin ya tapi mungkin tak. Mungkin aku yang tak sekufu dengan dia. Atau mungkin dia terlalu rendah dia sampai dia rasa dia tak layak. Entahlah. Harta bukan segalanya. Tapi harta diperlukan. Aku belum punya harta yang banyak. Semua ini harta keluarga. Harta mama dan abah. Aku cuma sehelai sepinggang atau mungkin aku tak ada apa apa.

Sekarang dia sudah kaya. Dah punya harta. Ya, harta hak milik dia sendiri. Tapi aku tahu hati dia kosong. Tak perlu diucap. Cukup dengan mata,aku dapat membaca. Gambar boleh menipu,mata kau,kau sorang je yang tahu.


*Baca buku la sayang. Jangan asyik online. Online tak datangkan faedah pada kau. Nak kene tamparan maut ke wahai Cik Azza yang tersayang?*

Wednesday, October 27, 2010

Bulan Atau Bintang

Malam ni aku study. Tapi satu benda pun tak masuk dalam kepala otak aku. Mungkin otak aku dah terkeluar dari kepala. Sebab tu aku tak boleh nak buat apa apa. Sunyi bilik memandangkan para para roomates ada paper esok aku. Aku cuma membuat bising dengan batuk. Tu bukan salah aku. Kesihatan aku amat terjejas sikit baru baru ni.

Aku duduk atas katil sambil taip entry ni. Langit kat luar mesti gelapkan? Langit malam sangat indah. Walaupun gelap tapi ianya tetap meriah. Ada bulan ada bintang. Langit yang pada siang nampak cerah tapi seliputi dengan pelbagai corak awan. Hingga ada yang mengatakan awan lebih cantik dari langit. Langit malam,bulan dan bintang. Buat aku teringat masa lalu.

I:"Awak. Antara bulan dengan bintang mana satu pilihan awak?"
A:" Hmm. Kalau saya,saya pilih bintang. Awak pulak?"
I:" Kenapa bintang? Kan bintang malam ni ada satu je kat langit. Kalau saya,saya suka pada bulan. Bulan besar.   Comel je even dia sorang sorang kat dada langit."
A: " Bintang pun comel apa. Memanglah malam ni bintang ada satu. Tapi siapa tahu malam esok ada banyak bintang pulak. Mesti meriah langit."

Itu semua kisah 4 tahun lepas. Bulan dan bintang. Aku dan dia. Aku bintang,dia bulan. Sekarang aku jarang nampak bintang di dada langit. Aku suka bintang. Even bintang banyak tapi sinar cahayanya berlainan. Bintang pun unik. Tapi aku pun suka pada bulan. Bulan besar. Tak pernah hilang walaupun dah pagi. Bentuk dia tak pernah berubah biar pun sudah lama menerangi bumi.

Walaupun aku dan dia dah jauh. Aku berjanji yang aku nak lupakan dia. Tapi kenangan ni semua aku tak mungkin lupa. Kenangan yang tak mampu orang lain miliki. Dah menjadi hak mutlak aku dan dia. Sampai mati. Awak,even malam ni mata kita tak berpandang tepat pada langit malam,tapi saya percaya langit tetap memayungi kita. Semoga bintang dan bulan terus bersinar untuk terangi malam malam kita.


*Untuk apa aku tulis entry ni? Entah aku pun tak pasti. Maaf kalau terasa aku bermain emosi disini. Selamat malam semua*

Tuesday, October 26, 2010

Pereka Hebat

Selamat pagi. Hari ni aku takda paper. Paper seterusnya 30 haribulan. So boleh online kejap kejap. Kalau lama lama nanti tak pegang buku pulak.hahahahaha.

"Kau nak tahu. Hari tu pukul 11 aku turun bawah nak beli makanan sebab lapar. Tup tup,makcik tu taknak amik order aku. Apa apa entah"

"Alaa time aku nak mandi mesti ada lelaki kat sekitar wing. Mengada ngada betul."

"Ada ke tadi time aku study kat meja mcd,pak guard datang ronda. Tengok aku pakai seluar pendek,muka dia tersengeh sengeh. Tampar karang! huh!"

"Alaaa.Sorrylah handset I taktahu pergi mana.Tiba tiba takde. Puas dah i cari. That whylah I tak dapat nak balas text U malam tadi."

Okay. Itu antara dialog dialog manusia manusia disekeliling aku. Antara manusia manusia yang suka memberikan alasan. Alasan yang diberikan tak langsung bertepatan dengan situasi yang jadi. Alasan yang sengaja diwujudkan untuk mencoverkan diri masing masing. Salah siapa? Aku tulis bukan bermakna aku tak pernah mereka alasan. Tapi aku jadi tertanya tanya kenapa manusia mereka alasan bagi menutup kesalahan sendiri yang dibuat berkali kali.

Okay. Boleh tak aku nak kata yang manusia ini mampu menyediakan 1001 alasan untuk kebaikan diri. Namun aku percaya kebanyakkan dari kita cuma mampu mencipta alasan yang berbentuk negatif. Alasan selalu dicipta bila diri selalu dipersalahkan. Bila diri terasa kalah. Mampu ke sebuah alasan menutup 1001 kepincangan kesalahan yang kita lakukan? Mungkin ada yang mampu sebab mereka berkuasa. Dan mungkin mereka pereka yang hebat. Ya mereka pereka alasan yang hebat!


*Batuk,batuk dan terus batuk. Sakit tekak aku. Wahh rindu nak balik rumah. Sabar okay si Comel.*

Monday, October 25, 2010

Musim Berpantang Tapi Pantang Ke

Tadi baru selamat sit untuk Final Operation Management. Perasaan? Entah. Dapat paper colour biru. Ni paper dari mana ek? Siapa tahu tolong bagitahu. Aku boleh jawab. Aku dah usaha untuk paper tu. Semoga aku akan dapat keputusan yang cemerlang. Tadahlah tangan doakan aku. Please semua.

Sejak nak mula final ni, aku mengakulah yang diet aku macam ke laut sikit. Mana taknya. Asyik mengadap buku siang malam. Otak asyik kene kerah. Mata kene tahan mengantuk. Takkan perut nak tahan lapar? Mana boleh tahan. Tergoda. Tapi aku still jagalah limit aku. Aku still hadkan kuantiti makanan aku. Taklah nanti orang kata aku angan angan taik ayam. Aku sangat mahu memakai baju yang lawa lawa. Lepas tu catwalk depan ehem ehem sambil buat muka yang sangat comel. Ala ala perempuan melayu tercantik gitu. Dapat tak gambaran tu? Teruja tak nak tengok aku macam tu? Aku tahu semua mesti tertunggu tunggu.[Baget kau persis model atau superstar ke hah comel?]

Ala kalau nak tunggu orang puji aku tunggu kucing bertanduklah. Time final ni aku nak makan seekor ikan setiap hari. Bunyi dah macam kucing je aku ni.hahahaha. Kucing pun kucinglah. Janji dapat makan ikan. Tapi masalah yang ada kat kampus aku dan kampus universiti lain ni sama je. Ikan itu macam hidup segan tapi mati taknak. Mana taknya. Makcik makcik yang jadi tukang masak tu,entah apa apa resepi entah yang dimasak. Lagi haru bila dia hidang tu, sampai kita tak boleh kenal tu ikan ape. Kalau tanya orang yang kira tu lagilah selamat,dia jawab "Ikanlah dik.Nak tahu ikan apa,try adik makan dulu. Nanti tahulah.". Nak je aku jawab, "Saya ambik dulu ikan ni. Kalau agak agak dah nak licin pinggan saya tapi saya still tak tahu ikan apa,mintak halallah bil makanan ni."

Ikan ada omega. Omega baik untuk otak. Jadi siapa nak makan diet yang sihat untuk tenang semasa menjawab exam,sila makan ikan banyak banyak.


*Terliur tengok lauk pauk kat blog aunty nani. Terus teringat mama. Serius aku terus teringin nak balik rumah. Tak sabar nak tunggu 14 haribulan. Mahu keluar dari hutan Segamat ni.*

Sunday, October 24, 2010

Usaha Dan Terus Usaha

Semalam time Dilla call baru aku sedar. Bukan sedar dari tidur even time tu aku atas katil. Aku sedar yang aku boleh hidup tanpa laptop. Hidup tanpa laptop. Serius sebelum aku amat susah kalau tak menatap laptop. Semalam hampir sehari aku tak pandang laptop. Aku tengah berusaha. Berusaha untuk paper Operation Management. Assesment  mark aku untuk subjek ni sangat rendah. Menyesal ke aku amik subjek ni berbanding kawan kawan yang amik Creative and Critical Thinking? Aku rasa yang tak menyesal. Aku tahu mana arah tuju aku. Therefore,aku tak rasa apa. Yang penting terus study.

Aku lupa pada lappy means aku lupa pada dia. Ya,aku mahu hidup terus bebas. Aku takmahu terlalu lama mengadap Facebook. Mengadap facebook macam aku mengadap dia. Aku usaha. Dan terus usaha. Doakan aku. Kalau dah berjaya nanti baru aku nak ingat dia. Sebab dia, aku jadi begitu.


*Doakan aku berjaya menjawab dengan jawapan yang betul untuk paper final esok. Aku sangat berdebar. Aku rasa macam nak nangis. Semoga anda berjaya.Doakan aku berjaya juga.*

Friday, October 22, 2010

Ada Masalah Ke?

Aku nak final. Okay paper aku start 25 Oct ni. Tak la je lagi. Sangat berdebar debar.Aku sudah mula fokus. Aku sudah mula tak main main lagi. Sudah mula memikirkan kembali hala tuju masa depan aku. Tapi aku dengar ada suara sumbang. Ya suara suara yang mengutuk aku. Aku tak tahu punca. Aku tak tahu kenapa. Ala bisa tegal biasa. Mungkin dulu benda tu menjatuhkan aku. Tapi sekarang tak lagi. Aku tak bermasalah dengan kamu,dia atau mereka. Aku kan dah kata yang aku mudah untuk memaafkan. Panas aku cuma untuk 2,3 hari. Paling lama pun sebulan. Lepas tu everything gonna be okay. Aku manusia yang mudah memaafkan tapi tak mudah melupakan. Aku bukan insan yang sempurna.

Aku tak rasa aku punya masalah. Aku rasa dia yang punya masalah dengan aku.Bunyi aku sangat egois kan. Ingat. Aku manusia yang jahat. Aku memang suka buat jahat. Lagi lagi time exam. Kalau aku jahatkan,aku taknak maafkan . Biarlah.hehe.


*Gonna be lunch at 10.30. OMG. You are in trouble sweetie!*

Thursday, October 21, 2010

Mimpi Cuma Mainan Tidur

Malam kelmarin aku mimpi. Aku mimpi aku berbaik dengan someone. Dalam mimpi tu dia cakap tentang semua yang menjadi persoalan aku. Dan dalam mimpi tu aku terima semua jawapannya. Entahlah. Aku tak tahu. Aku binggung.

Bukan ke aku dah berjanji yang aku akan lupa semua ni. Aku kene pegang janji aku. Aku nak keluar daripada zon ni. Zon yang dah memagar aku hampir 4 tahun. Ya 4 tahun. Bukan jangka masa yang sekejap. Lama sangat. Aku perlu keluar daripada keadaan ni. Harus dan wajib.

Tapi malam tadi aku mimpi lagi. Mimpi tentang dia. Ya Allah,semakin aku nak pergi,semakin kuat mimpi mengganggu tidurku. Aku sedar mimpi mainan tidur. Tapi kenapa aku mesti termimpikan dia saat ni. Aku dah tak terfikir tentang dia. Alhamdulilah otak aku dah bebas dari dia sejak semalam petang. Tapi kenapa Kau datangkan dia dalam mimpi. Aku takpasti. Tapi selalunya mimpi aku akan jadi kenyataan masa hadapan.

Ya Allah. Kuatkanlah hatiku. Jauhkanlah hatiku dengan hati dia jika benar aku bukan pemilik tulang rusuknya. Jangan Kau dera perasaanku ini. Berilah aku nikmat hidup. Matikanlah rasa ni jika ia tak patut wujud dalam hatiku. Sesungguhnya aku insan yang sangat lemah.


*Triple hard study wahai tuan puteri Azza sayang. Kau tak mula mula study lagi ni. Apa nak jadi?? Nak menangis ke nanti lepas keluar dewan?? Kalau tak nak,sila study okay. Wish me dapat lawan syaiton syaiton untuk hari ni.*

Wednesday, October 20, 2010

Stop Thinking About He

Baru saja balik outing. Sempat menghabiskan 4 slices pizza hut keju. Alaa pizza yang baru tu. Sedap. hahaha. Terkejut si Adibah dengan si Zaiha tengok aku makan. Okay,aku memang sukakan pizza. hehe

Mulai saat ni,aku janji aku akan lupakan someone. Im try to forget about him. I try to stop thinking about him. Aku akan try seboleh yang mungkin. Aku tahu aku boleh. Aku nak nikmati hidup aku dengan lebih indah tanpa kebetulan itu semua.

Kebetulan boleh bertukar jadi kemahuan. Biarkan kebetulan cuma kebetulan. Jangan kita cuba nak mengaturnya!


*Kene mula study mulai sekarang. Dah tak boleh main main. Masa dah suntuk! Jangan bagi banyak alasan okay. Good luck sweetie.*

Impian Untuk 6 Bulan Lagi


Cantik tak?


Lawa tak?

Aku akan habis belajar tak lama lagi. Kalau ditambah,ditolak,didarab, dibahagi dengan perangai aku yang malas dan suka main main. Lebih kurang 6 bulan je lagi untuk aku habis belajar. Oohh my God! Tak sangka kan. Cepat sungguh masa berlalu.

Kalau boleh time konvo nanti aku nak pakai long dress. Tapi kata kawan aku,time konvo tak boleh pakai dress dress. Apa ingat ni party hari jadi ke? Ada ke patut dia cakap macam tu. Kurang asam punya budak.
Disebabkan tak boleh,so aku rasa time konvo nanti aku nak pakai kebaya. Kebaya. Dah lama giler tak pakai. So aku nak pakai time konvo.hehe


Dapat tak apa yang tengah aku bayangkan ni?

Okay. Ingat ni janji. Untuk masa 6 bulan lagi aku akan pakai dress. And I will wear Kebaya for my Graduation Day. Ini janji. Siapa yang melanggar janji dia terdiri daripada golongan munafik. So doakan aku supaya janji ini tertunai. Thanks.

*Bangun awal. Sebab mimpi someone. Aku berbaik dengan someone tu. Mimpi mainan tidur. Aku tak percaya. Tapi entahlah. Azza,stop it!!!*


Tuesday, October 19, 2010

Bersyukur Dengan Semua Ini

Salam. Selamat petang. Hari ni aku tak kesorangan lagi. Aku dah ada kawan. Zaiha,pagi pagi buta dah tercenguk depan pintu bilik aku. Punyalah awal dia balik. Pukul 6 suku dah bertolak. Apa dia ingat rumah dia kat Kelantan apa ke. Tak padan rumah kat Tangkak. Kalau aku tak ingin balik awal awal.hahahaha

Hari ni aku nak story tentang kehidupan manusia manusia di sekeliling aku. Banyak benda yang jadi kat diaorang. Sampaikan kekadang ada benda yang aku tak percaya. Betullah apa orang cakapkan. Hidup ini sukar dijangka. Selalu jangkaan kita akan meleset. Jarang sekali hidup kita seperti apa yang kita nak. Kekadang aku rasa hidup macam main catur. Mungkin langkah kita dah betul,tapi langkah orang lain songsang dan beri kesan kat langkah kita.

Aku ada kawan yang aku namakan F (totally bukan nama sebenar). Aku kenal dia sejak semestar pertama. Cuma baru semestar ni kitaorang banyak buat assigement group sama sama. Even tak rapat,tapi aku tahulah sikit sikit tentang dia. Dia pelajar pintar. Dean List every semestar. Insyaallah bakal calon Anugerah Naib Counselor. Siapa sangkakan. Dia berasal dari broken family. Aku memang totally terkejut. Tak sangka. Aku ingatkan dia berasal dari keluarga yang sempurna. Rupanya kebahagian dan kesedihan dia tak siapa tahu. Mungkin dia ada inspirasi sebagai penguat semangat dia untuk terus hidup. Syabas kawan. Aku bangga dengan kau. Semoga kau lebih berjaya.

Aku jugak ada kawan. Kawan ke? Bolehlah kira kawan. Tapi aku rasa ini lebih kepada coursemate or classmates je. Dia aku bagi gelaran B. Muka dia sangat innocent. Sangat suci. Sangat kesian kalau siapa siapa terpandangkan wajah dia kali pertama. Tapi kalau siapa yang dah kenal dia, mesti semua orang nak sumpah seranah dia. Sebab apa? Sebab dia sangat obses pada lelaki. Bila ada lelaki dia akan hidup segar bugar. Dalam hidup dia yang penting cuma lelaki. Mungkin dia akan mati bila takda lelaki. Dia bukan berasal dari keluarga yang satu ke hulur mahupun satu ke hilir. Hidup dia lengkap sebagai sebuah keluarga. Cuma mungkin pengaulan dia yang bebas membuatkan dia jadi seperti itu. Siapa sangka wajah yang innocent tu seorang smoker dan juga pemutar belit setiap kata kata. Biarlah.

Ini baru sebahagian cerita disekeliling aku. Dan ada banyak lagi cerita. Mungkin dari masa ke semasa aku akan cerita untuk dijadikan pengajaran. Aku bersyukur dengan hidup aku. Tangis, gelak tawa menjadi asam garam dalam hidup aku. Baru cukup rencah.


*Malam ni kene mula study untuk paper final. Dah tak boleh nak main main lagi Cik Azza yang comel. Awak kene berusaha untuk terus menaikkan pointer awak. Kata nak tukar ke UTM. Tapi aku masih sayangkan UITM. Macam mana ek? Bagi pendapat sikit.*

Monday, October 18, 2010

Satu Permintaan, Mungkin Angan Angan

Hari yang sangat bosan. Tinggal bersendirian. Sangat terseksa. Boleh jadi giler. Nasib ada lappy dan berukband yang kekadang kala kene bebel dengan aku.hahaha. Nasib kauorang berdualah. Aku terlalu bosan untuk duduk sorang sorang ni.

Aku habiskan masa dengan layan layan video kat youtube. Habis semusim cerita Upin Ipin aku layan. Gila tragis hidup aku kalau macam ni hari hari.hahahaha. Tapi aku tertengok satu video ni. Video tentang relationship. Aku tersentuh. Of courselah aku tercry.hahaha.Gila melayan feeling sorang sorang.hahaha

Aku sebenarnya ada satu wish. Tapi aku tahu permintaan aku tak tertunai. Aku tahu tu cuma angan angan aku. Tapi entahlah. Kalau boleh aku tak mahu benda tu sekadar angan angan aku. Aku nak sangat benda tu jadi kenyataan. Sangat berharap.


*Aku konvo next year. Cukup ke masa yang ada untuk aku realisasikan kenyataan tu,saat aku rasa yang itu semua angan angan indah dalam mimpi tidur aku? Kenapa aku sangat mengharapkannya?*

Sunday, October 17, 2010

Budak Muda Baru Nak Kenal Dunia

Aku tak tahu aku nak tulis ke tidak. Tapi aku terasa. Aku rasa macam nak bagi sorang budak ni makan penampar. Aku rasa dia dah lama tak makan penampar. So aku rasa macam tak salah kalau aku bagi dia makan penampar. Mulut sangat kurang ajar. Aku masih boleh sabar. Senang cerita macam nilah wahai budak muda yang baru nak kenal dunia.

Kau fikir kau sorang je ada mulut. Kau ada fikir mulut aku atau mungkin mulut orang lain. Kau fikir aku mati if kau cakap aku macam tu. Sorry. Kata kata kau tak mencalarkan tangan aku untuk menulis entry ni. Kau baru hidup tak sampai setahun pun kat sini. Kau nak tunjuk yang kau pandailah. Okay tunjuklah. Cakap la sebesar yang mungkin. Cuma satu je aku nak pesan. Hati hati bercakap. Aku takut kata kata makan kau di masa akan datang. Time tu sila jangan menyesal.


*Cukup tak aku mencover identity si budak muda ni. Aku cuba bermain pada permukaan dan membuat garis sempadan. Cero,its me yang ask that question to you. Thanks sebab menjawab.*

Tertawan Ke?

hahaha.Tajuk entry ni macam sengal. Apa yang aku nak tulis ni sebenarnya? hehehe. Aku pun tak tahu nak tulis apa. Tapi sumpah dalam hati aku macam berbunga bunga. Masih berbunga tapi belum jadi taman bunga okay.hehehe.

Dari balik dari Terengganu sampai la ke sekarang ni,aku teringatkan someone. Ya Allah,malunya buat statement macam ni. Sumpah muka aku tukar colour pink dah sekarang ni.hahahahahahaa. Mungkin ke hati aku tertawan?
Yeke? Entah aku takda jawapan.


*Apa nak buat harini ek? Aku dihimpit kebosanan.

Saturday, October 16, 2010

Kami Keluarga Bahagia

Penat. Tak habis penat tak cukup tidur. Tak masuk penat jawab Test Ecomal lagi. Lepas test terus kene pergi rumah Miss Azira. Kene tolong dia masak masak. Ada jamuan untuk kitaorang. Bayangkan kepenatan tu. Sangat penat. Even penat tapi aku sukakan kegembiraan ini. Sangat suka pada kebusyan ini.

Aku semestinya tak banyak tolong. Aku suka tolong tengok.hahaha. Aku pun suka tolong mengarah. Bukan tak nak buat kerja,tapi aku jenis yang serabut kalau ramai sangat orang. Aku tak biasa. So aku lebih suka duduk melihat dan menolong ala kadar je.hehehe. Jangan malu kalau mahu memperisterikan aku.lalalaa

Dengan berakhirnya test tadi maka berakhirlah sudah perjalanan pembelajaran semestar ini. Dalam banyak banyak kelas,kelas Ecomal yang paling hidup. Even mula mula agak suram tapi semakin lama,kitaorang semakin dekat. Kitaorang semakin rapat. Dan aku sukakan keakraban ni. Kalau boleh aku tak mahu ianya terputus.


Thank to abg senior kat kelas yang sudi memeriahkan kelas aku yang suram. Aku sayangkan keluarga bahagia ini. Thank giving sun shine to our class. Love you guys!


*Terpaksa mengabiskan sisa sisa terakhir kat kolej. Mama tak bagi balik. Tadi kali pertama aku naik Myvi. Dan aku teringat dia. Aku pun teringat picture dia. Tapi aku masih belum menggedik nak bergambar macam dia. Tunggu next semestar la,baru aku nak menggedik dengan tuan punya kereta Myvi tadi.*

Friday, October 15, 2010

Organizational Behaviour,Im Fail!

Baru tadi aku jawab paper OB. Aku sangat tension. Aku sangat sedih. Aku kene sedar diri. Aku kene bangkit. Tak payah tunggu Puan Nisa tanda jawapan aku. Aku tahu aku fail test 2 ni. Test 1 aku yang haritu tu nak hancur. Sangat killer this paper!

Wahai puteri comel. Kau kene berusaha berganda ganda untuk get A in this subject. Subject ni tak susah. Subject ni tak susah. Kau kene ingat subject ni tak susah. Ni subject yang senang. Rugi kau tak score. Kau kan nak further your study kat UTM. Jadi kau kene usaha. Jangan berlengah. Usaha dan terus usaha. Jangan malas. Jangan banyak cakap. Silent is better.


*Study Azza. Esok kau ada test Economy Malaysia. Jangan nak termenung je. Takda faedahnya!*

Thursday, October 14, 2010

Alhamdulilah Kemenangan Terserlah

Dulu aku pernah tulis. Cerita yang sangat menyentuh aku sebagai seorang student. Hari ni aku bangkit. Aku bangkit setelah aku dijatuhkan oleh kawan kawan sendiri. Ya,cerita satu semestar yang lepas. Semestar yang pada awalnya indah tetapi perit dikala menjelang penghujung.

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Tak siapa tahu apa ada dalam hatiku. Tidak siapa tahu peritnya hidupku. Aku tak pinta dilahirkan begini. Tapi aku bersyukur atas segala yang berlaku dan akan berlaku. Kesusahan dan tangisan itu mematangkan aku. Alhamdulilah aku jadi lebih kuat. Mungkin aku tak sekuat badang,tapi aku bangga dengan pengalaman yang aku ada.

Dan hari ni,aku dapat rasa kemenangan atas tangisan dulu. Bukan kemenangan yang aku harapkan. Tapi aku cuma mahukan keadilan. Siapa yang benar,siapa yang bersalah. Alhamdulilah. Even aku tak diisytihar sebagai pemenang atau diarak sebagai sang juara,tapi aku berpuas hati. Aku pernah dibuang oleh kawan baik sendiri yang tak tahu kebenaran dan terikat dengan budi. Tapi hari ni dia kembali datang kepada aku. Aku betul betul bersyukur.

Cuma satu yang aku nak ingatkan. Aku sangat memudah memaafkan orang. Namun memaafkan tak bermakna aku melupakan. Memaafkan dan melupakan adalah dua perkataan yang berbeza maksudnya. Aku mudah memaafkan namun aku selalu gagal melupakan. Mungkin benar aku manusia yang ego. Terima kasih sebab melabelkan aku dengan perkataan itu.


*Wahai Puteri yang comel,bilakah anda mahu start membaca buku OB? Esok tuan puteri ada test sayang.*

Kalau Macam Tu,Aku Rela Single

Aku nak tulis benda ni dah lama. Cuma aku tak tahu nak tulis tajuk apa. So aku terpaksa holdkan dulu. Hari ni baru aku tahu,tajuk apa yang sesuai. Aku tak tahu sama ada orang lain pernah dengar atau tahu tentang benda ni. Tapi bagi aku,aku baru tahu tentang benda ni. Tu pun sebab kawan aku yang bagitahu.

Orang yang prefer beli dan baca novel mostly terdiri daripada orang yang tak bercouple. Sebab bagi diaorang, diaorang lebih rela meluahkan isi hati dan perasaan diaorang time baca novel. Sebab bila baca novel diaorang tidak akan kecewa. So mostly mereka yang baca novel ni dah banyak kali kecewa. Tapi kalau orang yang tak suka baca novel biasanya diaorang in relationship. Diaorang lebih suka meluahkan perasaan sayang kepada pasang. Therefore kalau dibagi novel,diaorang akan baca dalam jangka masa yang panjang. Bagi diaorang novel cuma sekadar novel. Tak lebih dari tu.

Aku tak tahu sama ada ni fakta atau bukan. Tapi aku akui. Sekarang aku lebih rela membaca novel yang tebal. Aku lebih rela menangis time baca novel. Aku lebih rela tersengeh macam kerang yang comel time sambil terbayang bayang benda benda yang happend dalam novel.hehehe. It make me smile. Therefore aku lebih rela single dari couple couple monyet.


*Minggu ni aku bangun pagi sangat awal. Pukul 4 pagi aku dah bangun. Mahu study Organization Behaviour tapi terstudy novel pulak. hahahaha*

Wednesday, October 13, 2010

Minggu Yang Panjang,Pendek

Alhamdulilah. Hari ni aku selamat jalankan 2 test which is MUET (speaking) dengan test OM. Wahhh sangat cepatkan. Aku pun tak sedar masa berlalu. Macam masih ada kat Terengganu lagi. Masih tak sedar yang aku dah berada kat Segamat semula.

Tadi waktu test MUET aku segroup dengan Lin dengan lagi 2 orang budak lelaki sama semestar dengan aku. Tapi aku tak kenal pun diaorang. Just kenal muka je. Sombongkan aku? hehehe. Bukan sombong,tapi aku memang jenis yang macam ni. Tak ramai kawan lelaki. So jangan salah sangka okay.

Tadi time test MUET aku dapat tajuk macam mana perasaan first time enter university and sharing the accommodation with your housemates. Point yang aku dapat be tolerant and open minded with your housemates. Aku dengan perasaan yang nervous tahap cipan,mulalah merepek meraban dalam bilik test tu. Aku pun tak tahu apa yang aku merepek.hahaha. Tapi aku merepek cukup 2 minit. And kitaorang berdiskusi cukup 10 minit. Tepat 10 minit,aku tak pasal pasal kene buat conclusion pasal discussion tu. Tak kisahlah. Janji dah selamat. Alhamdulilah. Aku ada buat target lepas aku keluar bilik test tu. Tapi biarlah rahsia. Nanti kalau dah tercapai,baru aku bagitahu.

Baru kejap tadi aku selamat attend paper OM. Entah apa yang aku jawab. Aku main hentam je. Formula banyak yang tak dihafal. Aku rasa penyakit aku semestar ni adalah sukar untuk hafal formula. Eeeeei macam mana nak hafal formula yang banyak dan berlainan antara satu sama lain? Siapa student Law,sila share cara korang hafal akta akta dengan aku. Tak pun student Medic ke. Aku peninglah nak hafal formula.


*This weekend ni ada BBQ pulak. Ada balance duit trip Terengganu haritu. Tempat kat rumah Miss Azirah. Havoc giler semestar ni. Im happy with all of this thing.hehehe* 

Jantungku Berdegup Laju

Pagi ni pukul 11 pagi aku akan ambil test MUET untuk speaking. Perasaan amat takut. Takut. Nervous. Cuak. Tapi ada sikit rasa berani.

Semoga aku dapat group speaking yang memudahkan aku bercakap. Kalau boleh push aku untuk bercakap. Jangan bagi aku diam. Sebab yang penting speaking. Tak kisahlah ada point ke tak. Janji dia tahu level English kita.

Wish me luck!!


Tuesday, October 12, 2010

Dinner Dan Baju

Semalam kolej kediaman aku buat dinner. Tema dia Hari Raya. Aku joinlah dinner tu sebab aku dah bayar time awal semestar hari tu. Aku pergi dinner dengan Fatihah. Janji dengan dia pukul 8 lebih. Tapi dia siap awal. Aku pulak terhegeh hegeh nak bersiap. So dia kene  lepak kejap kat bilik aku.

Dengan rasa tak bersalah,aku kaut je baju purple yang selalu aku pergi kuliah. Aku just pakai pakai baju biasa je. Tudung pun aku sarung tudung ekin je. Paling tak boleh bla,aku dengan slumber pakai selipar colour oren yang aku beli kat Terengganu hari tu. Memang tak matching langsung. Tapi aku tak kisah. Janji pergi, ambil makanan and dapat kupon kolej.

Bila keluar dari block kolej je, baru aku perasan yang aku sebenarnya orang yang paling selekeh sekali dalam ramai ramai orang. Sangat kelakar macam badut. Baju purple,tudung hitam,selipar oren.hahahahaha. Orang lain bukan main melaram pakai baju secantik yang boleh. Makeup setebal yang mungkin. Tapi aku? Aku selekeh nak mampus. Kalau ada award pelajar paling selekeh malam tadi, dengan confidentnya mesti aku yang menang kan.hahahaha.


*Macam manalah aku ada impian nak jadi model,sedangkan aku selekeh? hahahaha. Memang angan angan taik ayam la wahai Cik Azza oi..*

Aku Lebih Berat

Sejak dari raya haritu aku rasa semacam. Aku rasa badan aku lebih berat. Sebab aku tak diet. Aku ulang aku dah tak diet. Even baju taklah sesempit dulu,tapi aku rasa sempit. Kain pun aku rasa sempit.

Macam mana ek? Sekarang waktu paling busy. Minggu last untuk study before study week. Asyik study je. Bila banyak fikir,perut aku jadi lapar. Bila lapar,aku suka pulun makan. Bila aku pulun,badan aku naik.

So what should I do? Sila tinggalkan pesanan anda untuk memastikan aku lebih slim dan bertambah cantik.


*Bangun tidur paling awal. Pukul 4 pagi aku dah bangun. Tak boleh nak sambung tidur. Khatam half novel.hehehe.*

Monday, October 11, 2010

Dan Aku Pun Terasa Nak

Baru berapa hari tak bukak facebook. Macam macam cerita ada. Tapi cerita yang ni paling best. Abang dia dah bertunang dengan tunangnya la. Maybe weekend semalam kot depa bertunang. Mesti bestkan bila dah bertunang. Memang belum 100 percent jadi milik pasangan,tapi at least 50 percent dah ada dalam genggaman. Kan best macam tu.

Ayat gedik gedik untuk dia: Hai awak. Abang awak dah selamat bertunang. Maybe next year kahwin kan? Mesti seronokkan? Awak tak teringin ke nak bertunang gak? Awak nak tahu tak pintu rumah saya sentiasa terbuka luas untuk awak. Awak masuklah meminang saya. hahahahahahaha


*hahahahaha. Sangat gedikk. Terasa macam nak muntah bila baca balik.hahahahahah*

Umur Cuma Angka

Salam. Hai. Bilangan pelawat yang melawat belog aku semakin menurun. Mungkin sebab belog aku tak menarik. Atau mungkin sebenarnya aku takda skill untuk menulis. Atau mungkin aku lebih elok menulis cerita yang sedih sedih berbanding yang happy happy. Entah. Aku pun tak tahu.

Sepanjang 3 hari 2 malam, aku berkampung kat Terengganu. Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Panjang sangat cerita. Pendek kata,kalau aku fikir trip ke Terengganu tu happy,maka akan happy semuanya. So Im happy! Pasal trip tu nantilah esok lusa takpun tulat aku story. Now aku nak story benda lain.

Kelas Economy Malaysia ni satu satunya kelas yang menggabungkan pelajar yang sebaya aku dengan budak budak semestar atas (carry paper). Sebenarnya seronok tau bila kita kenal budak budak yang berumur sikit. Dia orang sangat matured. Kiranya nasihat diaorang tu bukan nasihat biasa biasa. Lebih kepada pengalaman diaorang yang lebih setahun dua hidup. Dan pengalaman diaorang tu,kitaorang tak dapat kutip dari mana mana.

Bak kata classmate aku,Afida;"muka awak nampak macam ada ciri ciri kebapaan. Umur awak mesti dah 25 and above kan?".Pehh, merah padam muka si Nuruddin.hahaha. Sabar jelah. Classmate tu dia jenis yang kelam kabut tapi kadang kadang kelakar. Seronok tengok gelagat dia.hahaha. Siapa sangka anak muda yang baru berumur 22 tahun ada bermacam macam pengalaman hidup yang tak siapa pun tahu. Even dia anak kepada lawyer,dia hidup tak sesenang orang lain. Dan apa yang aku percaya,kedukaan mematangkan kita. Pengalaman mendewasakan kita. Kesakitan membuatkan kita lebih tabah.

For the those sharing their story with everyone in bus last night,semoga kauorang semua graduate this semestar. Semoga berjaya dengan jalan masing masing. Pengalaman kauorang akan aku jadikan paduan untuk hidup. Thanks again.


*Penat bergambar sakan kat Pantai Batu Buruk. Ingat nak berprofile picture benda yang sama. Tapi bila tadi online,dia dah tukar picture pulak. Keciwa hatiku.hahahahaha. Mood sekarang aku gila nak cari cermin pulak.hahaha*

Friday, October 8, 2010

Segamat Cakap Bye Bye

Lecturer Ecomal aku cakap, hari jumaat pagi kelas dia still on. Siapa yang datang kelas, petangnya dia bawak jalan jalan pergi Terengganu. hahahahaha. Lecturer aku yang ni kelakar sikit. Perangai dia pelik.hahahaha

Sepatutnya hari ni aku ada 2 test which is Organization Behaviour and Operation Management. Aku skipp keduanya. Panggilan dari Terengganu lebih menarik minat aku.hehehe. Sangat happy bila dapat tahu paperwork Miss Azirah diluluskan. Rasa sangat tak sabar nak pergi petang ni. Padahal aku baru siap packing ni hah. Aku tak tahu nak bawak aku. Taktahu taktahu tu,penuh jugak satu beg aku pulun. Siap kene bawak bantal lagi tu. Apa punya homestaylah yang budak budak ni survey. Tak kisahlah. Janji aku dah dengar Segamat say bye bye.hahahaha.


Mahu wasiatkan laptop dan berukband pada Diba. Siapa nak tempah apa apa sila bank in duit. hehe. Dengan ni aku isytiharkan bahawa belog aku bercuti untuk malam ni,esok dan lusa. Sekian terima kasih. Sila ucapkan selama bercuti pada aku.hahaha. Jangan asyik nak gelak je,kau ada 4 test next week. Sila bersedia wahai puteri yang comel.lalalala

Thursday, October 7, 2010

Kalaulah Doremon Wujud

Kenapa orang Jepun terfikir buat kartun doremon? Kenapa doremon direka untuk menyelesaikan kesulitan manusia? Kenapa doremon cuma wujud di alam fantasi? Kalaulah doremon tu wujudkan seronok.

Kalau doremon ada,aku nak suruh dia putarkan masa ke belakang. Nak balik alam sekolah. Even alam sekolah kekadang memenatkan,tapi zaman tu paling seronok. Even pagi nak kene pergi sekolah. Mengadap muka muka cikgu yang macam macam, perangai. Mengadap homework homework. Kalau tak siap kene datang pagi pagi. Amik buku kawan, tiru jawapan. Sampaikan nanti satu kelas ada jawapan yang sama. Kalau orang tu salah,maka satu kelas pun salah. Tak pasal pasal cikgu dapat detect. Dah tu kenelah dengar ceramah free, sepanjang kelas.hahahaha.

Kalau boleh nak jadi kecik je. Taknak besar besar. Taknak kenal apa itu masalah. Taknak kenal apa itu stress. Kan best kalau jadi budak budak. Just tahu makan, main lari lari, menangis je. Kan seronok. Takpayah fikir masalah masalah dunia. hahahaha. Tapi kenyataannya,doremon tak pernah wujud. Cuma khayalan manusia je. Sangat sedih.

Wednesday, October 6, 2010

Virus Shortcut Yang Membunuh

Kampus aku kene landa satu wabak. Wabak virus yang paling kejam. Virus Shortcut. Dalam shortcut ada shortcut dalam shortcut ada shortcut lagi sampai kemana shotcut dia pun aku tak tahu. Dahlah sekarang musim hantar assignment. Musim kene buat presentation. Semua memerlukan pendrive.

Kenapa ek ada orang yang pandai cipta virus? Kenapa tak gunakan kepandaian tu untuk buat benda yang berfaedah? Kenapa mesti nak menyusahkan orang lain? Sumpah,dia sangat menyusahkan warga kampus yang mostly kene virus ni.


Virus ini membunuh laptop dan juga hasil assignment semua student dan lecture. Tolong hentikan virus yang semakin mengganas ni. Sorry kalau selepas ni aku mengaku yang aku takda pendrive. Aku taknak membunuh harta yang paling aku sayang ni. Sorry.

Monday, October 4, 2010

Melalui Hari Yang Sibuk Dan Akan Ada Vacantion

Minggu ni sangat sibuk. Tinggal minggu ni dengan minggu depan je untuk study. Lepas tu ada study week seminggu macam tu dan exam final. Last last minute macam ni memang sangat tension. Banyak sangat assigment nak kene submit. Long semestar terasa macam short semestar je rasanya. Takpa takpa sikit lagi. Kene sabar. Jangan mengeluh.

Minggu ni aku busy. Busy dengan benda yang tak nampak busy. Esok ada seminar for HR. Lusa kemungkinan besar aku ada prensentation OB. Malamnya aku ada program kolej yang wajib untuk attend. Khamis akan ada presentation untuk OM. Saat orang lain yang sama course dengan aku kene jawab 2 test hari Jumaat,aku pulak kene pergi vacation kat Terengganu. Tengok betapa UITM sangat sayangkan kau. Orang lain duduk memerah otak tapi kau sedap pergi bercuti. Kau mesti nikmati percutian ni sepuasnya. Lama taw kau bercuti atas tiket UITM ni. 3 hari 2 malam. Kau buat ramai kawan kawan kau jelous.

Balik dari Terengganu,kau jangan nak bersuka ria sangat. Kau akan berdepan dengan 2 balance test yang kau tertinggal. Kau akan ada test MUET untuk speaking hari rabu. Malamnya kau kene jawab Test OM. Dan kene menghabiskan segala assigment yang bakal menjadi markah assessment untuk semestar ni.


*Tahniah Azza. Doa kau termakbul. Jadi kau kene busy minggu ni, lepas tu baru relax dan kemudian busy kembali. Semoga kau tahan. Sikit lagi. Senyum okay.*

Sunday, October 3, 2010

Jangan Tanya Sampai Bila

Aku bodohkan? Bodoh ke tak tapi tu kenyataan. Kenyataan yang kene kadangkala menyakitkan hati. Lebih teruk kenyataan tu akan buat aku kecewa dan menangis macam orang gila. Aku tahu aku akan dapat kesusahan bila aku terus terusan macam ni.

4 tahun dah berlalu. 4 tahun aku harung semua. 4 tahun aku telan. 4 tahun aku cari punca. 4 tahun aku hidup. 4 sangat lama. Tapi 4 tahun masih belum mampu untuk aku. Aku belum mampu hidup tanpa hati. Aku masih belum mampu hidup tanpa kenangan. Aku masih belum boleh hidup tanpa bayangan. Aku masih belum boleh hidup tanpa gambar gambar itu.

Entah. Bukan aku tak nak hidup normal. Bukan aku tak nak pijak bumi. Bukan aku tak boleh. Tapi entahlah. Bila aku sedih,aku ingat dia. Bila aku happy aku ingat dia. Bila aku senyum cuma aku ingat dia. Cuma dia yang boleh buat aku macam aku yang normal. Cuma gambar gambar dia buat aku tersengeh macam orang giler time aku dalam keadaan yang sedih. Bunyi aku sangat gila kan? Tapi betul. Aku tak tipu. Itu yang aku rasa.

Kalau orang tanya sampai bila aku nak macam ni. Aku takda jawapan. Soalan tu aku tak dapat jawab. Serius aku tak mampu nak jawab. Aku tak simpan jawapan tu dalam kepala otak aku. Jadi jangan tanya sampai bila. Mungkin sampai dia sedar apa yang aku rasa. Mungkin jugak sampai aku penat. Mungkin sampai aku mati. Mungkin sampai dia kahwin. Entah aku tak tahu. Jangan tanya aku sampai bila.

Yang aku tahu. Aku happy bila bercerita tentang dia. Aku happy bila ingat tentang dia. Aku suka bila aku tengok dia senyum. Aku gembira bila tengok picture picture dia. Dia buat aku senyum. Dia buat aku tersengeh. Aku jadi normal bila aku pandang muka dia. Yes aku sangat psycho.


Salah ke aku macam ni? Cuma itu boleh buat aku gembira. Doakan yang baik baik untuk aku.

Hati Aku Tersentuh

Lirik sangat menyentuh. Aku jatuh terlalu suka. Hati aku terpikat dengan liriknya.Sekadar untuk berkongsi dengan semua.

For The Rest Of My Life by Maher Zain


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Diet Kena Langgar Gerabak Kereta Api

Macam mana nak mengekak makan? Memang makan untuk hidup dan hidup memerlukan makanan. Tapi sejak dari time raya pertama sampai sekarang,aku asyik makan je. Sikit sikit lapar. Susah betullah. Akibatnya aku dapat rasa berat aku bertambah. Tak payah timbang timbang. Firasat aku selalu betul.

Progam diet aku dah macam kene langgar dengan kereta api. Langsung tak diet. Semalam time chat dengan Fara,dia ada ajak aku datang Ipoh. Aku pun dengan berkobarnya cakap nanti aku nak datang Ipoh. Dia ada kata yang aku tinggi. Kalau aku pakai dress macam fashion fashion sekarang mesti lawa. Entah aku kan tak pandai nak lawa lawa. Just simple. Tapi Fara kata,apa salahnya kalau cuba something yang baru. Baru menarik. Dia kata kalau aku datang Ipoh nanti,dia nak buat transformation kat aku. Wahh sangat teruja aku dengar. Sebolehnya aku nak campak jauh jauh spek mata aku yang skema ni.

Awak,kalau saya transform awak nak balik pada saya tak?? Hahahahaha. Dasar perempuan gedik. Hahahaha. Alaa suka hati akulah. Aku gedik dalan belog sendiri. Aku tak gedik melampau lampau macam certain certain manusia lain. Ada kauorang kisah kalau aku gedik??Lantak kauorang kalau korang meluat.lalalalalala.


Lebih cantik bermakna aku akan lebih kerap dengan kamera. Suka posing posing macam model majalah.hahahaha

*Tengah update sambil makan nasi goreng cili padi + telur goreng. Sangat berminyak. Terus terusan mengagalkan  diet aku. Tapi muaklah makan benda ni. Sangat oily. Makcik dah terlebih minyak ke??*

Bila Semua Nak Interframe

Hari ni aku happy. Even dia tengah sedih. Dia sedih sebab dia basuh wallet yang ada ic,kad atm,lesen,duit dan bla bla. Aku happy sebab plan aku berjaya. Plan aku bukan nak dia basuh wallet dia tau. Plan aku pergi overnight kat Melaka. Takda kaitan dengan dia pun. Dia tengah bengang. Tapi aku tengah nak gelak gelak chat dengan ramai orang. Ya kami masih sehati sejiwa.hahahaha

Semalam lepas test Fin yang aku boleh tahu aku fail tu,aku terus mandi mandi. Siap siap gerak pergi Melaka. Sampai kat terminal,tiket bus habis. Aku terkedu. Kawan aku termenung. Sunyi. Cari driver bus yang menghala ke Melaka. Buat muka comel. Buat muka paling kesian. Pakcik tu tertipu. Pakcik suruh journey naik bus lain untuk ke Tangkak. Sampai Tangkak dia amik bawak pergi Melaka. Pakcik sangat baik. Sayang pakcik bus tu. Terima kasih sebab realisasikan impian saya.

Sampai Melaka,aku dah mula kebulur. Bantai dinner plate KFC. Sangat seronok makan dalam gelap dengan silauan cahaya lampu.Tak suka sebab dikelilingi segala jenis benda benda yang tak manis untuk dipandang. Okay aku butakan mata. Pak guard kat Dataran Pahlawan datang dan halau kami. Kami stay kat sepanjang malam kat MCD. Boleh pulak jumpa budak budak coursemates yang overnight lepas attend Pra Graduation Night. Plus jumpa gak senior senior UITM. Sangat terkejut.

Pagi pagi pergi breakfast kat mamak after jalan jalan keliling Melaka.Waktu pagi Melaka kosong. Best. Ada tiga ke empat orang mamat duk sibuk tanya,"tidur kat sini ke malam tadi?". Nak je jawab,"taklah kita tidur rumah abang la.Abang tak nampak ke?".Sibuk je nak tahu aku tidur mana. Time nak masuk kedai mamak,aku perasan ada sorang pakcik senyum sengeh sengeh kat aku. Aku ingat punya ingat. Laaa lecturer aku rupanya. Lecturer merangkap Timbalan HEP. Hah! Pagi pagi kene soal siatan dengan Prof Dollah. Tak pasal pasal kene jadi mangsa soal siasat. Tapi aku tipu Prof,aku cakap aku attend event budak sem enam kat hotel tu. Lepas tu baru aku leh lepas dari jadi mangsa soal siasat. Sorry Prof,jawapan untuk selamatkan diri.

Makan punya makan.Jalan punya jalan. Jam punya jam. Shopping mall pun bukak. Aku dapat sehelai baju kemeja. Sepasang kasut. Sejuta kepuasan. Thanks Dataran Pahlawan Mall. Nanti aku datang lagi. Pergi balik kat Melaka Sentral. Beli tiket. Nasib ada. Kalau tak kene buat muka comel lagi. Kan tak pasal pasal terus comel even tak mandi.hahaha.Jalan jalan Mydin kejap. Makan ice cream MCD. On time bas datang. Naik dan gerak.

Tidur dalam bus sampai nak terpusing pusing leher. Punyalah sakit leher aku. Sampai Segamat,kene tunggu bas untuk balik UITM. Tunggu punya tunggu,takda bus. Ada pulak makcik duduk sebelah aku. Cerita pasal anak anak dia semua. Tanya tanya pasal aku. Cerita pasal education,latarbelakang semua. Aku pun layan makcik tu sebab dia tengah tunggu salah sorang anak dia dari Larkin. Tiba tiba dia cakap dengan anak perempuan dia yang kecik,"Mama dah jumpa kakak. Lawa tak kakak ni?" Aku terkedu. Makcik ni cari calon menantu ke apa? Aku jadi blurr kejap. Lebih lebih lagi budak kecik tu terangguk angguk sambil malu malu. Aku terus tak faham.

Bila maghrib bus still takda. So buat keputusan naik teksi. Sebab ada budak lain ajak. So,aku follow jelah. Tak kisahlah janji aku sampai. Sebab ada janji dengan budak lain nak buat assigment malam ni. Dalam teksi tu,budak yang ajak kitaorang tu sibuk layan pakcik teksi bersembang. Okaylah tu. Aku just pasang telinga je. Elok je pakcik tu cakap tiba tiba macam ni,"Aku takda anak perempuan. Semua lelaki. 5,5 orang lelaki. Kauorang nak jadi anak perempuan aku tak?". Terkedu aku. Kawan aku bengang. Budak tu terkejut.Pakcik tu diam.hahahaha


*Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.*

Friday, October 1, 2010

Plan Berubah Tapi Aku Enjoy

Salam semua. Baget macam ramai orang baca belog aku je.hahaha. Plan aku berubah. Aku tak jadi pergi Melaka hari sabtu. Aku pergi petang ni lepas test. Wahhh. Sangat teruja. Even bukan kali pertama pun aku nak ke sana. Dah banyak kali gak aku overnight kat Melaka. Tapi kali ni sangat mencabar. Sebab aku pergi berdua. Pergi naik bus.

Doakan aku happy. Doakan aku dapat cari apa yang aku nak. Doakan aku dapat tengok benda yang indah indah. Doakan aku senyum selalu. Doakan ada dia kat sana. Kenapa aku mesti nak tulis aku nak dia ada kat sana? Instinct? Jangan la macam tu. Nanti aku terkene kejutan.


*Sorry mama. Akak tipu sunat dekat mama semalam. Akak tak pergi berlima tapi akak pergi berdua. Akak tak balik hari.Tapi akak balik esok hari. Mahu cari kasut,baju dan cuci mata.*

SEHATI BERDANSA