TABUNG SAKURA

Saturday, December 10, 2011

Aku Pun Bukan Baik

Assalamualaikum.

Tak faham. Aku tak mengerti. Aku tak pasti. Aku tahu? Baik sangat ke aku ini? Mana kebaikan aku?

Jujur aku kata aku bukan manusia sebaik yang orang lihat. Aku bukan sebaik manusia yang orang nampak. Aku bukan sebagus manusia yang orang perkatakan. Aku jahat. Aku hina. Bila aku cakap aku jahat, aku hina kenapa masih ramai yang persoalkan?

Aku tahu lebih. Aku tahu tentang segalanya. Aku tahu semuany tentang diri aku. Aku adalah diri aku sebelum sempat siapa siapa mengenali aku. Jadi kenapa ada yang persoalkan tentang kejahatan aku?

Tolong dengar. Tolong percaya. Tolong mengerti.


Aku perempuan jahat. Aku sanggup lakukan apa saja bila aku sayangkan seseorang. Bila aku rasa di tipu. Bila aku rasa di khianati. Aku akan tinggalkan semua. Aku akan mulakan hidup aku dengan sejuta topeng kebaikan. Keji bukan? Ya. Aku manusia keji. Sangat. Aku pernah buat maksiat bukan dengan manusia yang halal untuk aku.

Aku keji. Aku hina. Aku belajar. Aku belajar tinggalkan dosa. Aku belajar tinggalkan kesakitan. Aku belajar bangun dari kejatuhan. Aku bukan perempuan yang baik. Baik seperti orang katakan. Maafkan aku. Aku bukan perempuan suci. Sesuci perempuan lain.

Sunday, November 27, 2011

Itu Antara Aku

Assalamualaikum.

Aku jarang sekali bukak tentang blog aku kepada tatapan manusia yang mengenali aku. Mungkin sebab aku serik. Serik menulis dan bercerita tentang perjalanan. Tentang perasaan. Tentang hati. Tentang hidup kepada khayalak yang mengenali siapa aku.

Ini blog baru. Blog yang diberi nafas semula. Blog yang aku mahu teruskan tanpa aku mahu fikirkan perasaan orang. Dear awak, awak tak perlu rasa bersalah dengan apa yang saya tulis tentang semalam. Semalam dekat lima hingga sepuluh minit kita berbincang tentang hala tuju kita.


Dan saya tak membantah setiap apa yang awak katakan. Sebab saya yakin pada awak. Saya yakin awak ada sebab buat semua itu. Jadi kenapa awak nak rasa bersalah bila awak baca semalam. Saya takkan pernah salahkan awak. Awak tetap awak. Saya masih saya. Kita tiada apa apa.

Kita cuma kawan. Kawan baik. Saya sudah tak berharap untuk mendapat lebih dari itu. Jujur awak keluar dari dalam hati ini sebelum sempat saya terasa apa apa kesedihan. Mungkin awak akan kata saya tipu. Tapi jujur saya dengan rela memilih untuk jadi kawan bukan untuik jadi kekasih. Sebab saya taknak hilang kawan. Saya rela hilang cinta.

Saya sanggup hilang cinta dari hilang seorang kawan yang saya panggil kawan baik saya. Awak jangan risau. Awak tak perlu kuatir. Saya ok. Saya baik baik saja. Tuhan ada bersama saya. Tuhan akan jaga saya. Dia lebih berhak dapakan cintaNya sebelum jodoh saya hadir. Saya akan baik baik saja dalam pelukan Tuhan.

Sakit hati. Sedih. Kecewa. Biar saya simpan saja. Itu antara diri saya dengan saya. Awak teruskan hidup awak. Saya bawa haluan saya. Tapi awak tetap kawan saya selagi awak tak membuang saya. Saya akan cari awak selagi awak masih memerlukan telinga saya dan selagi saya memerlukan kata kata awak. Janji.

Tinggi Impian Sakura

Assamualaikum.

Hai sakura. Rindu awak. Maaf aku terlalu sibuk. Kurang kesempatan menjenguk awak.

Sakura, aku buat janji lagi. Janji untuk sebuah ijazah. Tamat janji yang lama. Aku sudahkan dengan sekeping diploma. Diploma saja saja. Diploma suka suka. Diploma yang kalau kau sendiri layangkan, mungkin tiada nilainya.

Aku berjanji baru untuk sekeping ijazah. Janji yang aku tahu aku mampu tunaikan. Aku yakin aku mampu harungi. Cuma aku tahu dan aku yakin aku takkan dapat si pemilik hati. Takkan pernah aku akan miliki dia.

Sakura. Bertahanlah. Bertabahlah. Kuatlah. Aku tahu kau kuat. Sebab tu kau unik. Aku rindu semangat sakura yang kuat.

Wednesday, November 16, 2011

Kalaulah Sakura Itu..

Assalamualaikum.

Hati sakit

Hati pedih

Aku seakan mahu merawat segala luka yang ada

Membersihkan hati yang kotor

Mengemaskan hati yang keliru

Merobohkan segala dendam


Kalaulah bunga sakura itu wujud di depan mataku

Kalaulah bunga sakura itu ada di sekeliling aku

Kalaulah aku bisa menerima sekuntum bunga sakura setiap hari

Kalaulah...


Sunday, November 13, 2011

I Will Wait For You



Aku pernah rasa macam ini

Aku selalu rasa macam ini

Rasa macam ini buat hati aku berbunga bunga

Buat jantung aku berdengup kencang

Tolong.

Tolong jangan buat saya jatuh cinta

Walaupun hati saya teringin miliki awak

Awak, jujur saya cakap

Awak yang terbaik diantara yang lepas lepas.

Awak, awak suka saya tak?


Saya tunggu pemilik hati ini.

via muka sipu sipu malu

Wednesday, November 9, 2011

Kembali

Assalamualaikum sakura!



Awak tahu sakura, saya rindu awak sangat. Sangat rindu tahu? Awak tahu betapa seksanya saya nak lupakan awak? Awak tahu betapa sedihnya saya bila awak takda dalam hari hari mendatang saya?

Sakura! Saya janji. Saya tulis. Saya janji saya sayang awak. Awak cinta saya. Awak impian saya.  Awak masa depan saya. Saya sayang sakura saya! Sangat sayang.

Pembaca sakura. Saya sakura awak semua. Link sakura dah tukar. Not beautiful sakura story are not available. Tapi saya tetap sakura awak semua. Izinkan saya hidup macam biasa. Awak semua buah hati saya. Khabarkan pada seluruh isi blogger yang sakura saya telah kembali!!!

Wednesday, May 25, 2011

Sedikit Isi Hatiku

 Menaruh Harapan by Zaiton Sameon

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...

Monday, March 28, 2011

Selamat Tinggal Dunia Blogger!

This Account Will Closed

I Dont Think I Will Be Here Again

Thanks For All Support

May Allah Bless All Of You

I Really Love You All

Doakan Aku

Semoga Allah Membalas Jasa Kalian

Thanks Again

I Really Need To Stop

Doakan Aku

Assalamualaikum

Saturday, March 19, 2011

Sopan Santun Itu Gedik Sangat Ke?

Aku sebenarnya kagum melihat orang yang sangat sopan santun. Orang yang penuh tataterbit dalam semua tindakan. Orang yang sangat polite bila bercakap. Apatah lagi bila orang tu sangat sangat menjaga langkah bila bergerak. Means jalannya teratur macam model yang buat catwalk tu. Lagi kagum bila diaorang bersuitkan baju kurung, takpun baju kebaya. Aku memang respect habislah orang macam tu.


Actually aku teringin sangat nak jadi selembut dan sesopan itu. Teringin sekali nak jadi ala ala perempuan melayu terakhir. Paling paling koman pun teringin nak jadi ala ala finalis gadis melayu macam kat televisyen tu. Mesti bestkan kalau jadi sesopan dan selembut tu?

Tapi bila aku terbayangkan diri aku sendiri, aku rasa macam mustahil sangat. Senang cerita kalaulah siapa yang kenal aku secara dekat, takpun pernah kenal aku secara jauh, mesti diaorang tahu aku perempuan yang macam mana. Kelam kelibut, ribut dan meroyan kekadang. Itulah aku. Macam nak terbalik jugak dunia kampus ni selalu aku buat. Hahahaha.

Entahlah. Entah kenapa aku sangat teruja bila tengok perempuan yang sopan apatah lagi yang lembut dan lemah gemalai. Tercabar keimanan aku sebagai perempuan. Aku sampai kekadang terlepas cakap, “..tak penat ke hah dia jadi lembut, ayu macam tu? Tak letih ke cakap sopan sopan macam tu?...” Hehehe. Jujur memang selalu sangat aku terlepas, tertanya kat kawan kawan aku. Nampak tak aku dah hilang ciri ciri perempuan yang sepatutnya pemalu? Tapi itulah diri aku. Susah bila hidup dan diri aku dah sebati dengan benda benda macam ni.

Dulu pernah aku tanya kat kawan kawan aku. If aku nak jadi ala ala perempuan melayu terakhir yang macam tu, layak tak aku? Tapi mostly kawan kawan aku kata aku giler. Buang tebiat. Gedik. Tengok, aku sangat bernasib baik bila dikurniakan kawan kawan yang sangat jujur dalam mengeluarkan pendapat masing masing. Untungkan dapat kawan kawan yang macam ni. Alahai kawan, kawan. Nasiblah kawan! Hahahaha.

Tapi betul aku teringin sangat nak jadi macam tu. Baru nampak ayu. Uplah sikit saham aku. Hahahahaha. Tak adalah, aku actually cuba nak berubah. Berubah kearah positive. Tak salahkan? Bukan apa, aku kekadang sakit telinga jugak bila ada orang merungut tentang kekasaran aku. Kekasaran yang bagi aku tak kasar. Kekasaran yang bagi aku biasa untuk aku. Kekasaran yang aku rasa sangat lembut untuk aku. Tapi tetap kasar untuk orang lain. Kekasaran yang aku tak sedar.

Ada orang kata jalan aku berterabur. Ada orang kata tangan aku seolah olah berkawad bila berjalan. Ada orang kata aku bercakap kuat. Ada orang kata aku suka cakap marah marah. Ada orang kata aku macam macam. Tapi bagi aku, itu adalah aku. Diri aku yang sebenarnya. Aku bukannya supermodel nak jalan macam model kat atas pentas. Aku bukan sengaja jalan mengayun tangan,kalau aku jalan kaku,badan aku tak seimbang. Aku bukan cakap kuat sebab aku sengaja menjerit. Aku cakap kuat dah memang suara aku kuat. Kang kalau aku cakap berbisik bisik, ada yang tak dengar. Tak pun aku jugak kene cop gatal! Aku cakap kuat bukan sebab aku marah pun. Tapi dan memang nada aku marah ke gurau ke, volume suara aku dah memang macam ni. Takkan nak keluar suara Siti pulak! Nanti ada pulak yang dating mintak sign kat aku. Tak pasal aku menang ABPH nanti. Masalah negara betullah.

Tapi betullah. Aku janjilah. Aku janji aku cuba jadi lembut sikit. Jadi sopan sikit macam perempuan normal lain. Cuba jadi lemah lembut, gemalai macam penari. Cuba. Ya,aku cuba! Tapi kalau boleh, aku jadilah perempuan melayu terakhir. Tapi kalau tak boleh, aku just hope nak jadi perempuan yang melayu yang bersopan santun pun dah cukuplah. Boleh kan?

*Misi untuk menyiapkan segala assignment kian terasa. Semoga aku berjaya!Hahahahaha*

Satu Satunya Bumi Sakura!

Kalau dulu jarang sekali nak dengar tentang kemurkaan alam. Tapi hari ini, ini bukanlah perkara asing. Walaupun ini adalah benda yang tak terjangkau dek akal.


Jepun. Negara Ultraman. Negara sakura. Sekali lagi negara itu ditimpa musibah. Untuk kali yang keberapa aku pun tak tahu. Yang pasti sudah banyak kali negara itu ditimpa musibah. Negara maju itu ditimpa musibah. Tsunami. Bukan Tsumawi. Negara yang penuh dengan peradaban. Negara yang penuh kesopanan. Negara yang penuh dengan kerajinan. Negara yang penuh dengan sikap hormat menghormati. Memang tak salah, bila bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir, melancarkan konsep pandang ke timur. Jepun memang hebat. Negara doremon yang serba moden. Sentiasa kedepan. Sentiasa mendahului negara lain. Itulah dia negara Shin Chan.

Entahlah. Jepun merupakan salah satu tempat aku paling aku ingin untuk pergi. Kalau bukan sebagai pelancong, aku nak pergi sebagai seorang pelajar. Pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun. Aku sangat teringin untuk melanjutkan pelajaran di sana. Even ramai orang kata susah nak dapat makanan yang halal kat sana, tapi itu semua tak meruntuhkan semangat aku nak ke sana. Makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan kan? Jadi itu semua tak ada masalah untuk aku.

Sebenarnya aku jatuh hati dengan Jepun hanya sebab sakura. Sakura yang berwarna merah jambu. Hanya sebab sakura aku teringin untuk ke sana. Sakura buat aku jatuh cinta pada bumi Jepun. Hanya di Jepun, sakura itu tumbuh. Even aku macam tak nampak bayangan untuk sambung pelajaran ke sana, namun aku tetap akan ke sana satu hari nanti. Sakura. Bertahanlah. Bertahanlah untuk aku. Aku teringin sangat nak melihat kau. Sangat teringin. Sakura,tunggu kedatangan aku. Jangan mati. Bumi, jangan telan sakura. Beri aku kesempatan untuk melihat sakura. Sakura itu.

*Nampaknya bumi semakin tua. Bumi tak mampu lagi menampung kepadatan dunia. Ya, inilah tanda yang masanya sudah tidak lama saja lagi. Allahuakbar!*

Hati Oh Hatiku Sayang

Ya Allah. Apa nak jadi ni. Apa yang dah nak jadi ni. Apa semua ini. Apa. Apa.


Ya Allah. Aku mengeluh lagi. Aku mengeluh lagi atas sebab yang aku taktahu. Mungkin aku mengeluh sebab aku rasa sesak. Tapi kenapa tiba tiba aku rasa sesak sebegini? Kenapa Tuhan?

Jauhkan aku dari kesesakan ini. Jauhkan aku, Ya Tuhan. Jauhkan aku darinya Ya Tuhan. Sesak. Aku takut aku tak mampu menanggung kesesakan ini.

Monday, March 14, 2011

Oh Lelaki! Oh Wanita! Oh Masyarakat!

Yeahh! Tajuk ni seronok. Tapi bakal jadi bosan bila jejari aku mula menulis. Aku tak pandai menulis. Lagi lagi tentang lelaki. Yelah nak harapkan pengalaman sendiri macam hampeh je. Nak kata banyak kawan lelaki pun macam tak ada je. Ni tetiba takda angin ke ribut ke, nak tulis tulis pasal lelaki macam ni. Agaknya aku memang kene masuk wad sakit jiwa ni. Sabar jelah. Hahahaha
Macam ni ceritanya. Aku ni boleh dikatakan bernasib baik. Dikelilingi kawan kawan yang ada masalah dan aku pun bertuah sebab dipilih untuk dijadikan tempat untuk meluahkan masalah orang. Untuk aku, kalau orang tu nak pendapat aku, aku sedia bagi. Tak kira masa. Aku jenis yang tak boleh tengok orang ada masalah. Macam mana susah pun masalah orang, aku cuba bantu. Cuba sedaya upaya. Sebab aku tahu macam mana beratnya bila kita mula memikul masalah. Bukan nak tunjuk aku baik ataupun bagus okay. Pengalaman banyak pengajar aku tentang jerih peritnya memikul masalah.

Kata orang, banyak cara nak legakan tekanan. Antaranya melalui pelukan. Sebab pelukan sangat melegakan untuk orang orang yang bermasalah contohnya sakit, bersedih atau tertekan. Jadi aku mana boleh peluk orang depan depan kalau orang tu duduk jauh jauh. Lagi lagi kalau orang tu bukan muhrim, lagilah haram nak peluk. Jadi aku suka melegakan tekanan orang orang yang bermasalah dengan cara berkongsi. Luah dari hati ke hati.

Cuma ada beberapa benda yang aku tengok kerap sangat jadi. Aku cuba memerhati dan membuat pandangan peribadi tentang masalah masalah biasa remaja. Biasanya kes salah menyalahkan. Tak memahami each other. Ego untuk mintak maaf [aku pun kekadang macam tu.hehehehe]. Baget kita dapat macam pasangan macam dalam novel. Prasangka buruk. Kuat jealous. Ada jugak yang terpaksa berdepan dengan mentality masyarakat setempat. Eh banyaklah puncanya. Last last kang boleh terbalik jugaklah kerusi,meja sebab bergaduh.

Tapi kalau mengikut pandangan aku, semua ni ada penyelesaian. Cuma terpulang pada kita nak selesai atau pun nak biarkan je. Aku tulis ini bukan bermakna apa yang aku tulis betul, hanya aku sekadar berkongsi. Kongsi pendapat. Kalau ada yang salah moleklah kiranya tegur aku kan?

Oh lelaki! Bagi aku lelaki ini manusia yang pelik. Pelik sebab unik. Kekadang kita rasa kita dah kenal dia lama sangat. Tapi kekadang ada satu masa tu kita macam tak pernah kenal dia langsung. Diaorang susah nak dijangka tindakannya. Apa yang dia rasa dia nak buat, dia buat. Tak sikit pun diaorang fikir tentang perempuan. Bagi diaorang life come first. Yang lain semua kemudian. Daripada pandangan aku, kebanyakan lelaki suka perempuan yang natural. Tak buat buat. Jadi diri sendiri. Lebih sempoi seseorang tu kekadang lagi bagus. Yelah selalunya disebalik kesempoian tu tersimpannya ciri ciri kesantunan dia yang tak diserlahkan pada orang lain. Kan sweet macam tu? Lelaki kalau bertindak spontan lagi orang perempuan suka. Mostly perempuan ni tak suka benda benda yang terancang. Yelah diaorang suka kejutan. Tapi janganlah asyik bagi kejutan je. Kang kene sakit jantung pulak. Tak pasal je. Untuk akulah kan, lelaki yang pandai kawal jealous dia lagi nampak hebat. Kiranya dia taklah show yang dia jealous depan public. Baru gentlemen! Kalau asyik nak mengamuk je, naik meluat pun ada jugak. Macam mana kacak pun kalau asyik nak panas baran, mengamuk je perempuan mana tahan. Ikan dalam aquarium pun boleh mati jugak! Tapi bila lelaki dah mula main perli perli, tapi perempuan masih tak faham faham bahasa itu namanya memang sengaja cari nahas. Nahas di jalanraya. Hahahaha.

Oh wanita! Perempuan ini tak susah orangnya. Cuma cerewet ditambah dengan manja sikit itu.Itu yang buat complicated sangat sometime. Sebab itu jugak selalu buat lelaki naik tension. Tulah pasal orang dulu dulu pernah pesan yang kalau nak manja tu boleh, tapi kene berpada pada. Jangan sampai buat orang rimas. Bila rimas, datang pulak penyakit menyampah. Bila menyampah lelaki akan cari lain. Perempuan kene ingat lelaki ni pun bukan manusia yang penyabar mana. Kang kene tinggal gigitlah jari tu sampai putus. One more thing yang part payah sikit tentang perempuan dalam hal lelaki ini, perempuan ini kebanyakkannya terutama sekali yang kaki novel gila gila selalu samakan hero dalam novel dengan pakwe masing masing. Tipu kalau ada yang cakap tak. Mesti ada. Kalau tak dalam novel, mesti dalam filem atau drama. Mesti ada punya tergerak sikit nak macam yang dalam fantasi fantasi nikan? Aku pun macam tu gak. Tapi sebagai perempuan yang ada akal ditambah dengan cerdik pandai sikit, janganlah nak samakan 100 peratus lelaki reality dengan fantasi. Mana ada lelaki sebijik macam itu kat dunia ni. Kalau ada sekali pun, sorang perempuan je yang akan dapat. Paling ramai pun empat orang perempuan. Tapi biasanya lelaki macam tu selalu kahwin satu je. Hahahaha. Kita jadi perempuan pun jangan letak harapan macam gunung everest sangat. Letak yang sedang sedang sudah. Jangan nak demand lebih lebih. Perempuan ni pun kekadang susah sikit nak mengaku salah. Diaorang selalu baget betul, lelaki yang salah. Biasanya lelaki kalau salah, dia akan mintak maaf. Takpun dia diam tapi dia takkan ulang salah itu lagi. Tapi kalau perempuan ni jarang sikit. Letaklah setinggi mana emas, kalau dah taknak ngaku, taknak jugak. Tu sebab orang kata lelaki ni lebih rational dari perempuan. Perempuan emosi terlebih selalu. Biasalah hormone kekadang terlebih. Hahahaha.

Oh masyarakat! Masyarakat ini pun masalah negara jugak. Memang betul kita hidup ini dalam satu komuditi masyarakat yang bebas bergerak apatah lagi menjaga hal hal orang lain. Tak salah busybody. Tapi busybody kenelah bertempat. Nak jadi Joyah pun kene bijak. Jangan absorb semua. Absorb, lepas tu kene buat kaji selidik. Ini tak. Terus tuduh melulu. Orang kahwin pun nak sibuk. Orang tak buat kenduri pun nak sibuk. Mulalah dia buat spekulasi sendiri. Amboi makcik, hebat betul. Tak pasal je orang yang tak berdosa tu rasa macam buat dosa. Memanglah zaman sekarang ni zaman maju, moden. Mana ada orang kahwin setakat buat kenduri doa selamat je. Paling paling kurang tumbang lembu seekor. Tapi makcik makcik, orang sekeliling ini kene ingat. Bukan semua orang ada duit. Daripada buat majlis kahwin besar besar, kumpul orang ramai ramai tapi last last bercerai jugak nanti macam mana pulak? Makcik makcik nak tanggung? Takkan? Mesti makcik makcik pun tetap sibuk buat gossip jugakkan? Mentang mentanglah tak kene anak makcik, tu yang makcik tak kisah kan? Kalut buat gosip siap tambah serbuk perasa lagi. Janji makcik kata kawan kawan “kenduri anak aku nanti aku buat besar besaran. Macam Siti tu! Apa class macam tu je.”, padahal anak kau separuh mati cari duit, berhutang sana sini sebab nak penuhkan impian tu. Kang tak penuhkan, banyak pulak kisah sedih yang kene ungkit. Mulalah makcik makcik ini buat drama sebabak nanti. Yang kesiannya si anak. Belum belum dah ada hutang berjela jela. Inilah dia masyarakat kita hari ni. Terlalu mengagungkan benda benda macam ni. Kononnya adat. Adat ini kita yang buat.  Yang kita cipta. Tak salah kalau kita langgar atau kita abaikan. Lainlah hukum. Berdosa besar kalau kita langgar. Patutnya time pergi kursus kahwin tu, anak anak kene bawak mak ayahlah. Baru diaorang ingat balik tentang makna sebuah perkahwinan. Acececeh. Pandai aku tulis. Ni mesti kene ceramah aku kejap lagi ini.

Actually, tu hanya pandangan aku. Pandangan dari apa yang aku nampak disekeliling. Tiada kaitan dengan mana mana luahan perasaan orang lain dekat aku. Aku sekadar membuat satu kesimpulan. Kesimpulan yang tak berapa yang tepat jugak. Yelahlah aku sendiri pun solo dan masih single tapi belum berminat untuk ada apa apa. Hati ini telah dilukai. Aceceh aku ini. Bukan boleh pakai sangat otak aku ni. Jadi kalau ada sesiapa nak tambah ke, nak betulkan ke, aku tak kisah.

*Aku banyak tidurlah lately ni. Mata pun dah sembab. Orang sembab tak cukup tidur, aku sembab sebab banyak tidur. Elok bebenorlah tu. Hahahaha.*

Garisan Pemisah, Lubang Pemisan Dan Akhirnya Akan Terpisah?

Macam mana nak mulakan entry ini. Benda yang nak tulis sangat simple. Tapi bila nak di translate ke dalam satu ayat, aku rasa benda ini sangat susah. Kesalahan yang memakan diri sendiri. Aku yang salah pencaturan. Aku yang buat semua ini jadi. Okay, semua salah aku.


Macam manalah aku boleh buat dan rasa benda tu. Benda yang sepatutnya aku tak perlu rasa. Patutnya tak wujud langsung pun dalam hati ini. Wajib perasaan ini tak patut ada. Macam manalah aku boleh terlalu mengikut perasaan tanpa berfikir kesannya pada masa depan. Sekarang ini jadinya. Aku buntu. Buntu untuk menyelesaikan masalah yang satu ini. Hidup ini tak pernah sunyi dari masalah.

Aku dapat rasa. Aku dapat agak. Dia dah tahu tentang perasaan aku sebelum ini. Bahana daripada blog sendiri. Siapa pandai pandai bagi kat dia dulu. Adohai. Buat sesuatu tak pernah fikir dulu. Suka main terjah terjah je. Tak pasal kene terjah. Rahsia sendiri jugak yang kantoi. Bila dah kantoi, aku pulak pura pura macam takda apa. Elok sangatlah itu. Berlagak berani lagi. Diri sendiri jugak yang kene. Bagus sangat la macam itu perempuan giler!

Bukan harini aku baru sedar. Sejak dia tanya haritu, aku dah terfikir. Tapi aku. Cuba konon konon buat tak tahu. Siap bagi advice lagi. Sekarang ambik kau! Kene sedebik. Tapi memang masa tu aku tengah blur blur pun. Cuma lepas tu bila aku tilik tilik balik, aku jadi terasa. Entahlah. Kantoi ke rahsia tu. Padahal sekarang aku baru sedar yang aku tak patut simpan perasaan tu. Yelah mana mungkin kawan baik ada simpan perasaan macam tu. Kawan time sedih, time nangis. Apatah lagi time gembira. Tak sepatutnya aku berperasaan macam tu.

Dah tu sekarang ni, dia mula jauhkan diri. Aku tahu dia sengaja menjarakkan diri. Tapi cuma satu yang aku takut, takut bila dia buat satu garisan pemisah dan aku pulak buat satu lubang pemisah untuk mengelakkan aku terus menagih. Dan aku percaya garisan itu dah wujud antara aku dan dia. Aku takut bila aku mula membuat lubang nanti, hubungan persahabatan ini turut putus. Aku sayangkan hubungan persahabatan ini. Tapi kalau aku tak buat lubang pemisah itu, aku akan terus menagih. Sulit. Susah sungguh macam ini.

Entahlah. Lubang pemisah itu perlu. Tapi kenapa aku takut melihat dia terjatuh dalam lubang tu di saat nanti dia perlukan aku? Tapi betul ke dia akan perlukan aku nanti? Aku sendiri tak pasti. Aku tak tahu. Aku sayangkan dia, sayang sebagai kawan. Kawan baik. Cuba. Aku akan cuba. Cuba taknak lihat dia jatuh. Insyaallah.

*Jangan terlalu fikir benda yang tak penting, azza. Banyak lagi yang perlu kau fikir. Kau kene bangun. Bangun dan lari tinggalkan semua yang dulu. Kau perlu jadi orang yang baru. Bukan lagi kau yang dulu. Cuma kau perlukan semangat waktu yang kuat. Biar kau kuat macam dulu. Kuat. Kuat! Berfikiran secara positive!*

Ini Kira Mengeluh Ke?

Aku sebenarnya tertanya tanya. Yelah. Siapa aku sebenarnya. Siapa aku dimata orang orang sekeliling. Aku tak nampak. Ke aku yang buta?


Entahlahkan. Sejak kebelakangan ini, aku tengah menganalisa diri sendiri. Muhasabah diri. Cari kelemahan diri. Perbaiki kelemahan diri. Kekadang kita tak tahu apa kelemahan kita sampailah ada sesuatu yang menguji dan memutarkan kita sehingga 360 darjah. Sama macam aku.

Kalau dulu aku mungkin suka dan selalu sangat menyalahkan orang lain tentang semua yang jadi. Tak fikir tentang masalah sendiri. Tak tahu tentang salah sendiri. Tapi bila ada kawan aku cakap, “kekadang dalam hidup ini kita memang asyik nampak salah orang lain. Salah sendiri tak nampak. Lebih baik tak payah fikir salah orang lain. Tanya apa salah kita...”

Entahlah ek. Aku tengah serabut. Serabut nak menyiapkan assignment. Cuba bangun walaupun terpaksa berjalan kenkang. Memang hidup aku tak susah. Kenapa nak aku keluhan tentang hidup aku sedangkan ramai lagi orang yang hidup lebih susah daripada aku. Bak kata orang, “bila kita fikir yang hidup kita bahagia, kita akan bahagia. Jangan menunggu bahagia baru nak senyum. Tapi senyumlah, kamu akan bahagia.”

Aku sedang bangun. Bangun sambil menolak aura aura negative dalam diri sendiri dan juga disekeliling. Bangun dari dalam kegelapan yang ada dalam diri. Cuba untuk menongkah arus hidup dengan cara yang baru. Susah? Tak susah, kalau kita berfikiran positive. Cuba menukar semua perspektif yang negative kepada positive. Usaha tangga kejayaan. Jadi aku akan teruskan usaha. Usaha sampai boleh. Kalau tak boleh, aku janji aku tak nangis. Sebab sekurang kurangnya aku berani untuk bangun dan berubah. Sampai bila aku nak duduk kat takuk lama. Hidup perlu berubah!

Semoga kenangan dan semua perasaan negative dan juga aura aura sedih tu pergi jauh. Jauh dari hidup aku. Aku tak mahu lagi mengeluh tentang hidup. Hidup diri sendiri. Aku boleh. Aku percaya. Aku boleh!

*Cuba cari aura aura positif untuk tak mengumpat lecturer. Haish. Susah bila dah mula mengata. Ya Allah. Tolong hambamu ini.*

Berubah, Berfikiran Positive!

Tadi petang aku kebosanan. Bumi Segamat dibasahi air hujan sejak awal pagi lagi. Alhamdulilah. Bumi ini kembali basah. Taklah panas sangat untuk mendaki bukit untuk ke kuliah. Tapi takut jugak. Yelah lopak air banyak. Tak boleh pakai selipar. Kene pakai sandal even hujan lebat. Jadi sandal aku dah nak mula menunjukkan tanda tanda protes. Sabarlah sandal sayang. Nanti ada duit kita beli. Even sekarang ada sikit duit, tapi banyak lagi yang penting. Sabar okay.


Habis je kelas waktu pagi, aku balik bilik terus melabuhkan badan ke katil. Seakan bantal dan tilam menyeru nyeru nama aku. Sedap sungguh tidur dikala hujan begitu. Nyenyak sampai ke zohor. Sangat seronok bila dapat tidur tanpa gangguan.

Habis saja solat, aku masih berbaring atas katil. Masih berfikir fikir apa yang patut aku lakukan. Berpura pura seakan tiada assignment yang menanti. Sedangkan kenyataannya banyak assignment yang menunggu untuk bereskan. Okay aku mengaku yang aku kadangkala mengambil remeh tentang assignment. Harus aku kikis sifat itu.

Sambil aku baring, aku dengar sebuah stesen radio. Bukan Hot, bukan Era, bukan juga Suria dan juga bukan Sinar. Tapi radio Islamik, IKIM. Actually aku dah lama dengar stesen ini. Cuma sejak aku mula melangkah masuk ke university, aku semakin kurang mendengar radio ini. Entahlah. Mungkin bagi sesetengah orang, radio ini terlalu Islamik. Radio ini terlalu berat dengan bermacam macam jenis messange. Terlalu sopan untuk masyarakat hari ini. Tapi pada aku, radio ini tenang. Memberi satu kedamaian. Memberi banyak input yang jarang radio lain dapat berikan.

Entah kenapa petang tadi aku tergerak nak dengar radio ini. Masa aku bukak radio ini sedang rancak membuka satu tazkirah. Tazkirah tentang cara hidup masyarakat hari ini. Kanak kanak, remaja dan juga dewasa. Aku tak pasti siapa yang sedang memberi ceramah. Aku tertarik dengan ceramah itu. Ceramah itu cuma berkisar tentang solat, pakaian, menutup aurat dan perkara perkara yang basic tentang Islam. Aku tertarik dan aku terus mendengar sehingga habis.

Menurut kata pencemarah tersebut, remaja hari ini memang hebat dalam berpakaian. Pandai memilih pakaian. Pandai menggayakan pakaian. Namun antara sedar mahupun tak sedar, pakaian pakaian mereka ini sebenarnya terkeluar daripada garis panduan Islam. Contohnya, remaja perempuan kebanyakannya bertudung hari ini. Menutupi rambut daripada pandangan bukan muhrim. Tapi mereka sebenarnya hanya sekadar menutup rambut semata mata. Bukannya menutup aurat seperti mana yang Islam mahukan. Tudung yang dipakai pendek. Menampakan bentuk sanggul. Menampakan batang leher. Menampak bentuk buah dada. Sedangkan Islam mahukan mereka melabuhkan tudung sehingga menutupi dada. Labuh. Menyimbunyikan apa yang tersimpan didalam. Baju yang dipakai memang menutupi bahagian yang perlu ditutup. Memakai baju berlenggan pendek tetapi bertudung. Memakai baju berlengan pendek tapi memakai sarung tangan yang panjang membaluti lengan. Menampakan susuk bentuk lengan. Lupakan mereka bahawa Islam bukan menyuruh umatNya membalut tubuh dengan pakaian tapi Islam menyuruh kita memakai pakaian yang menutup aurat yakni longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh badan daripada orang yang bukan muhrim. Memakai seluar memang cukup panjang. Tapi menampakan susuk bentuk kaki. Ketat membaluti kaki. Ketat menampakan bentuk pinggul. Ketat menampakan dua liang lahad yang menemani kita di kubur nanti.Membungkus badan seperti membungkus buah buahan yang menunggu masa untuk masak. Lupakah remaja hari ini, bahawa yang kaki juga merupakan salah satu aurat yang wajib dijaga daripada pandangan mata mata yang bernafsu?

Apabila mendengar tazkirah itu, aku terdiam. Speechless. Aku rasa sangat bersalah. Bersalah pada agama. Aku pernah memakai sebegitu. Aku pernah berniat untuk terus memakai begitu. Entahlah. Aku rasa terkedu mendengar seorang lelaki berkata begitu. Mungkin benar kata penceramah itu. Ibu bapa hari ini tidak kisah tentang soal pakaian anak anak. Selagi mereka rasa pakaian yang dipakai oleh anak anak mereka itu cukup kain, maka mereka tidak berkata apa apa. Betul, aku setuju dengan dia. Kebanyakan ibu bapa tidak sedar yang kebanyakan anak mereka hanya membalut dan membungkus diri mereka dengan segala macam fashion yang ada di bumi hari ini. Namun mereka lupa yang Islam tidak menyuruh membalut atau membungkus. Islam mahu umatnya menutup. Tutup tanpa menampakkan susuk tubuh. Tutup tanpa menampakan apa yang tersembunyi.

Entahlah. Aku terfikir berapa banyak pakaian aku yang menepati ciri ciri sebenar pakaian seorang Muslimah. Atau mungkin baju kurung yang jarang aku pakai itu adalah baju yang sesuai untuk memenuhi ciri ciri pakaian seorang Muslimah. Tapi tak juga. Hari ini pun banyak baju kurung yang direka dan dijahit mengunakan material yang nipis. Material yang menampakkan apa yang ada di dalam. Mungkin betul kata kata seorang wanita yang pernah aku baca dalam sebuah majalah. Islam hari ini banyak dijajah. Pemikiran umatNya juga dijajah. Islam hari ini bukanlah Islam yang dulu. Kita tidak mempelajari Islam secara bersungguh sungguh. Kita hanya mewarisi Islam itu sahaja. Sampai bila kita perlu mewarisi dengan membuta tuli tanpa mengerti erti sebuah Islam itu sendiri?

*Entahlah. Ya, aku tersentap. Terngiang ngiang lagu Raihan. Iman tak boleh diwarisi walaupun daripada seorang ayah yang bertaqwa. Jadi tepuk dada tanya iman.*

Nak Buat Boleh, Tapi Jangan Bikin Malu!

Assalamualaikum. Sihat semua? Aku sihat alhamdulilah. Busylah jugak sikit sikit.


Aku masih lagi berbaki dalam sebulan je lagi untuk minggu kuliah. Busy memang busy. Terpaksa menyiapkan segala macam kerja. Mengejar segala macam dateline. Mengulangkaji segala test yang masih berbaki. Busy. Penat tu jangan cakap. Tapi nak taknak kenelah lalui. Inikan life seorang student. Jadi buat apa nak merunggut runggut. Betul tak?

Petang tadi aku dengar satu rumous. Tak tahulah betul ke tak gossip tu. Actually aku ni memang pantang sikit bab gossip gossip ini. Bukan pantang apa. Pantang dengar. Kalau dengar mesti nak tahu. Dah tahu mesti nak bebel. Dah bebel mesti kene fikir. Dah penat fikir mesti aku tidur. Hahahahaha.

Ada sorang hamba Allah ini,budak course aku dikatakan deliver. Deliver kat Terengganu. Ambik kau. Tak pasal bersalin jauh jauh. Time tu tengah trip untuk satu subjek last week. Ok itu dah cukup mengejutkan aku. Masalahnya ada lagi yang lebih mengejutkan aku. Mana taknya. Budak itu budak nerd. Muka memanglah suci habis. Pendiam. Memang tak dikenali sangat. Itu lagi buat aku terkejut. Mengandung dan bersalin anak luar nikah dengarnya. Apalah masalahnya budak ini?

Entahlah. Dalam banyak banyak gejala social, aku paling takut tentang kes ini. Kes termengandung anak orang. Kalau anak halal takpe. Ini anak luar nikah. Adohai. Takde ke benda lain nak buat. Aku lagi prefer dengan budak budak yang keluar masuk pub ke disco ke. Yelah, itu lagi selamat. Paling koman pun kene tahan dengan polis. At least yang keluar masuk pub ini masih ada otak lagi. Setakat ambik pil pil je pun kalau paling extreme. Takpun ambik drug. Tapi taklah sampai kene mengandungkan anak orang yang belum tentu nak bertanggungjawab kat kita dan anak yang tak berdosa itu. Apalah dosa anak itu pada diaorang? Apalah salah lecturer tu pada kau sampai kau tergamak buat dia macam tu? Apa dosa orang sekeliling kau sampai kau libatkan mereka semua? Apa dosa mereka wahai kawan?

Kalau ye pun dah tak tahan sangat nak buat benda benda macam tu, cakaplah dengan mak dengan ayah yang korang nak kahwin. Apalah dosa orang tua korang sampai korang buat mereka malu macam tu? Tak terfikir ke muka mak,ayah time kau dapat tahu kau mengandung itu? If tak tahanlah sangat kalau nak buat jugak, pakailah protecter. Apalah bengap sangat.Dah masuk university takkan masih bodoh tak bertempat lagi ? Nak buat tapi tak pandai jaga. Dah itu elok je kau memalukan orang yang tak berdosa di sekliling kau. Sampai hati kau buat keluarga sendiri macam itu. Kenapalah sampai kau tergamak buat benda macam tu?

Aku menulis bukan sebab aku budak baik. Bukan budak yang tak pernah leka. Bukan budak yang tak pernah hanyut. Pernah. Aku pernah. Pernah hamper terhanyut sebab terlalu leka. Cuma aku masih ingat Tuhan. Masih percaya yang aku masih ada Tuhan. Tuhan Maha Melihat. Aku masih ingat muka mama. Muka abah. Muka sibling. Muka atuk, nenek. Alhamdulilah, Tuhan masih menyayangi aku dari terus hanyut. Alhamdulilah.

Untuk kes si budak secourse aku tu, cuma satu je yang harapkan. Insaf. Insaf. Insaf. Jangan salahkan orang kenapa kau dipandang sinis oleh orang lain. Memang benda yang berlaku bukan benda yang kau nak. Cuma kau hanyut dalam arus cinta yang membunuh masa depan. Salah kau sebab kau hanyut. Kau lupa tentang kewujudan Tuhan. Kau lupa pengorbanan keluarga. Jadi selagi kau masih diberi kesempatan untuk hidup, insaflah wahai kawan. Insaflah.

*Masih berkira kira nak sambung course apa untuk degree nanti. Alahai. Cepat pulak masa ini berlari. Penatlah nak kene fikir course course ini.*

Saturday, March 12, 2011

Mogok!

Hari ini nak mogok

Mogok taknak publish satu entry yang dalam draf pun

Mogok, mogok, mogok!

Tak suka macam ni

Tak suka, tak suka, tak suka!

Bye!

Tuesday, March 8, 2011

Gangguan Jiwa, Masalah Jiwa

Aku macam baru sedar dari satu mimpi. Mimpi yang panjang. Mimpi yang ngeri. Lena diulit satu mimpi yang membawa aku jauh sangat. Hanyut jauh.


Aku terfikir. Apa yang sebenarnya aku tangiskan? Apa sebenarnya yang aku sedihkan setiap hari? Apa sebenarnya yang menganggu aku? Apa benda sebenarnya yang menghalang aku untuk terus senyum? Apa sebenarnya yang membantut segala kegembiraan aku selama ni? Apa? Apa benda?

Cinta? Betul ke cinta? Betul ke itu yang membunuh jalan aku? Kenangan dulu tu ke sebenarnya yang menjadi batu penghalang aku harini? Kenapa aku terlalu taksub sangat dengan cinta manusia bergelar lelaki? Layak ke aku bercinta sedangkan diri aku sendiri tunggang terbalik? Layak ke aku nak bercinta? Siapa aku? Diri aku sendiri masih terkapai kapai memikul amanah keluarga. Tanggungjawab kepada keluarga aku belum selesai. Pelajaran aku pun masih tak tamat lagi. Mulut kedua orang tuaku masih belum mampu aku beri sesuap makanan. Aku masih belum mampu beri kebahagiaan untuk mereka. Masih belum mampu menyenangkan hati mereka. Masih belum bisa berbuat apa apa untuk mereka. Jadi layak ke aku? Layak ke aku mencari sebuah cinta yang tak bisa membawa apa apa? Layak ke aku nak menangis nagis seperti manusia yang tak punya iman sebegini? Layak ke aku?

Entahlah. Entah kenapa harini aku baru tersedar dari mimpi yang panjang. Panjang sungguh mimpi aku. Kenapa aku boleh terlalu lena dalam buai kenangan dulu? Bukan ke masa dah berlalu? Apa lagi yang nak aku tangis separuh mati? Tak mati kalau hidup tanpa cinta manusia bernama lelaki. Memang cinta satu fitrah. Bukan aku nak melanggar fitrah! Tapi siapa aku nak mempersoalkan kuasa Tuhan. Tuhan belum mahu aku punya cinta seorang lelaki melebihi cinta aku padaNya. Belum lagi. Tapi kenapa aku perlu menangis semua yang bukan jadi miliku? Kenapa?

Ya Allah. Apa sebenarnya ni? Apa sebenarnya yang dah aku lakukan sepanjang hidup aku? Semua perkara sia sia. Kenapa aku tak sedar? Kenapa aku terlalu lena di ulit mimpi yang palsu? Kenapa baru sekarang aku rasa menyesal? Ya Allah. Ampunkan aku. Aku terlalu taksub mengejar cinta yang belum pasti melebihi cinta aku padaMu. Ampunkan hambaMu ini, ya Allah.

Ya Allah. Aku dah terlalu lama terhanyut. Hanyut jauh. Jauh dalam kemewahan duniaMu. Aku terlalu mengejar sesuatu yang memang bukan milik aku. Ya Allah. Aku lupa. Aku lupa pada kekekuasaanMu. Aku lupa siapa aku. Aku lupa bahawa aku milik Kau. Aku hanya seorang hamba. Hamba yang tak sedar dengan segala yang telah Kau berikan. Aku terlalu leka. Leka dengan dunia. Ampunkan aku, Ya Tuhan. Ampunkan hambaMu ini yang tak sedar dengan segala nikmatMu. Aku terlalu banyak merungut dengan apa yang aku lalui. Aku terlupa bahawa sesungguhnya ada lagi hambaMu yang derita dari kekecewa aku yang dulu itu. Ya Allah. Ya Allah. Ampunkan aku. Aku hanyut dengan dunia yang aku cipta dalam dunia yang Kau ciptakan. Ampunkan aku. Ampunkan aku.

Aku buta, Ya Allah. Ya Allah, aku tuli. Aku pekak. Aku bisu. Aku tak mampu mengawal nafsu aku. Ampunkan aku. Bukankah aku perlu mendamba cinta padaMu sebelum aku menyerahkan cinta untuk seorang lelaki. Bodohnya. Akulah hambaMu yang bodoh. Bodoh! Sungguh bodoh kerana terlalu terpesona dengan cinta yang tak memberi sebarang jaminan kepada aku. Ampunkan aku. Maafkan aku. Ampunkan aku.

Bangun wahai hati. Sedar wahai diri. Celikkan matamu. Bukakan mindamu. Semua yang dah berlalu. Dan semua ini hanya sebuah kenangan. Kenangan yang patut mati. Mati ditelan bumi. Bukan ke hidup ini lebih indah kalau kau lalui dengan sebuah kegembiraan. Kesederhanaan dalam kegembiraan. Kesederhanaan dalam meraih sebuat kehidupan. Untuk sebuah kehidupan yang abadi di akhirat. Melangkahlah kaki. Berjalanlah. Berlarilah. Dah terlalu lama sungguh kau terperangkap,lumpuh dalam penjara yang kau cipta sendiri. Jangan biarkan masa berlalu dengan keadaan kau yang terlalu hina di depan Tuhanmu. Di depan Penciptamu. Segalanya terletak pada kau. Berubahlah demi sebuah cinta yang sejati. Cinta Tuhan. Carilah cinta Tuhan. Isilah kekosongan hati,minda dan jiwamu dengan cinta dari Tuhan. Carilah cinta Tuhan. Tuhan yang Maha Agung. Maha Berkuasa.

*Monolog dalaman dalam diri. Aku perlu mencari. Mencari cinta yang paling Agung. Cinta Tuhan. Maafkan aku sebab terlalu leka dengan semua yang terjadi sebelum ini. Maafkan aku. Aku rasa aku mengalami satu gangguan. Gangguan jiwa.*

Monday, March 7, 2011

21 Tahun Ini

Alhamdulilah. Saat ini sudah genap 21 tahun aku hidup di dunia. Alhamdulilah. Walau hidup aku tak sempurna seperti orang lain, namun ia cukup sempurna untuk aku. Senyum. Senyum la hati. Senyum. Senyum untuk hari ini. Hari ini hari lahir kau.


Setahun yang lepas,tarikh ini tarikh yang paling aku benci nak sambut. Aku benci. Benci untuk sambut hari lahir sendiri pada tarikh lahir sendiri. Tiada bungkusan hadiah. Tiada hadiah yang berharga. Tiada birthday party. Tiada. Tiada apa apa. Yang ada cuma air mata. Air mata yang keluar dengan satu kekecewa. Entahlah. Aku sepatutnya tak perlu mengungkit lagi. Dah berlalu. Yang berlalu teruskan berlalu. Biarkan kenangan itu pergi. Pergi jauh. Jauh di bawa angin. Walau ia terlalu berbekas dalam hati, namun aku tak nak untuk menyimpan kenangan itu lagi. Biarkan kenangan itu mati. Mati dimamah waktu.

Setahun yang lepas aku masih seperti hari ini. Menyambut detik kelahiran seorang diri. Tanpa sesiapa. Tipulah kalau aku kata yang aku tak sedih. Sedih. Sedih sangat. Aku teringin nak sambut birthday dengan keluarga. Mama, abah akak rindu. Teringin nak bersuka ria dengan kawan kawan. Ya aku rindu kalian. Tapi entahlah. Untuk setahun yang lepas terlalu banyak yang pahit. Yang tak ingin aku ingat. Pahit. Sangat pahit.

Janji aku untuk 21 tahun ini.

Family: Akak rindu. Rindu sangat. Akak nak balik. Akak nak duduk rumah tengok muka mama,abah dgn siblings. Akak rindu sangat sangat. Akak janji akak grad this sem. Akak janji akak tak sia siakan duit mama dengan abah. Akak janji akak habiskan diploma ini. Then akak sambung degree. Even bukan dalam bidang yang akak minat. Akak janji. Akak janji. Janji belajar sungguh sungguh. Akak tahu akak tak pandai macam sepupu sepupu yang lain. Tapi akak janji akak cuba.Akak taknak orang lain mengata tentang keluarga kita lagi. Biarlah. Susah senang kita sama sama. Akak sayang mama,abah dan keluarga kita. Akak sayang keluarga kita. Sayang sangat.

BFF: Memaafkan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tapi hanya dengan memaafkan kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Maaf mungkin perkataan paling murah untuk sebuah kesilapan. Tapi cuma maaf perkataan yang paling indah untuk memohon kemaafan. Again and again. Aku mintak maaf. Aku salah. Aku sayang kalian.

Fara Latiff: Thanks for every single things. Kita hutang kamu banyak benda. Terima kasih sebab sudi jadi kawan kita. Nanti kita buat photoshoot okay. Tapi tunggu kita buat transformation okay? I love you damn much.

Twin: Aku tak tahu. Aku tak tahu. Terima kasih atas semuanya. Kita kawan. Kawan sampai bila bila. Kau tetap twin. Aku sayang kau.

Kawan kawan kampus: Lebih kurang sebulan lebih je lagi kita bersama. Banyak yang dah berlaku. Banyak yang dah berlalu. Masa bergerak dengan pantas seiring dengan doa yang tak pernah putus putus. Penantian kita akan berakhir. Susah senang dah kita lalui bersama. Ini langkah terakhir. Tarik aku kalau aku lemah. Bagi aku ruang kalau aku tersempit. Bagi aku semangat kalau aku jatuh. Kalian kawan yang baik. Terbaik untuk aku yang tak berapa nak baik. Aku sayang kamu semua. Aku sayang kamu semua sangat sangat. Terima kasih sudi bersama aku sepanjang 3 tahun ini. Semoga kita dapat grad sama sama. Kalian memang hebat!

Kawan kawan bloggers: Thanks atas semua nasihat. Hanya Tuhan saja yang mampu balas semua jasa baik kalian. Kalian memang blogger terhebat! Aku sayang korang jugak.

Untuk diri aku yang sebenarnya: Kuat. Kuat. Kuat. Jangan mengalah. Jangan menangis. Orang kuat tak selalu menangis. Macam mana nak kuat kalau asyik menangis. Jadi kuat. Kuat untuk hadapi cabaran. Jangan lemah. Jangan lembik. Mana hilangnya kekuatan yang kau agungkan sangat tu? Cari balik kekuatan itu. Kau bukan diri kau yang dulu. Cari diri kau yang dulu. Diri kau yang selalu gagah berjalan tanpa halangan. Senyum. Senyum. Senyum. Senyum walau apa pun jadi. Please.

Last. Selamat Hari Ulangtahun ke 21 wahai hati. Alhamdulilah. Doakan yang baik baik untuk aku. Terima kasih semua.

*Even harini hari lahir aku, aku dah sambut dengan kawan baik aku kat Pizza Hut semalam. Tak indah. Tapi sekurang kurangnya aku mampu senyum walau sambut berdua. Terima kasih Kaka.*

Saturday, March 5, 2011

Finally Gone

Perasaan. Nak nangis? Semestinya.

Tahan. Kene tahan. Jangan menangis.

Sabar. Sabar. Cuba senyum.

Tapi bukan ke senyuman itu dah di ambik orang?

Boleh ke aku senyum? Senyum macam hari hari semalam bersama dia.

Finally. He gone. Pergi. Jauh. Bukan bersama aku.

*Semoga bahagia. Duhai hati, ini hadiah hari lahir kau. Maaf aku tak mampu.*

Kehilangan

Macammana nak aku mulakan entry ini. Aku sendiri tak tahu. Hati aku meronta untuk keluarkan sesuatu. Namun jejari aku kaku untuk menulis. Otak aku seakan terhalang untuk berfikir. Entahlah.


Pelangi. Rainbow.Dulu aku selalu lihat pelangi di langit. Pelangi cuba untuk mewarna keadaan langit yang suram. Walau hadir pelangi cuma sekejap, namun ia cukup indah. Indah mewarnai penghuni bumi. Unik.

Hidup aku. Entahlah. Aku selalu mengharapkan pelangi. Pelangi datang untuk mewarnai hidup aku. Pelangi menghiasi senyuman hari hari aku. Pelangi menghiasi riak wajah muka aku. Tapi kenapa pelangi itu hadir sekejap saja?

Aku rindu. Rindu sang pelangi. Walau pelangi itu ada, namun aku rasa pelangi itu terlalu jauh. Jauh hingga aku tak mampu menyapanya. Pelangi itu ada. Ada. Ada tapi bukan untuk aku. Pelangi itu sudah berjaya mewarnai hidup sekuntum bunga. Bunga itu bukan aku. Bunga itu bukan bunga sakura. Bunga itu bukan bintang. Bintang sudah lama mati.

*Tak faham? Aku pun tak faham apa yang aku tulis. Semalam aku tengok satu video. Finally, aku dapat jugak tengok. Alhamdulilah. Aku gembira. Melihat dari jauh itu sudah cukup untuk aku.*

Meniti Hari Hari Terakhir

Saat aku menulis, hanya tinggal lagi empat hari lagi menjelang ulangtahun kelahiran aku. Entahlah. Banyak sebenarnya yang terbuku dalam hati aku. Nak aku luah tapi aku rasa itu terlalu susah. Susah sehinggakan aku rasa memendam perasaan itu adalah lebih baik. Lebih baik untuk aku.


Sepanjang usia 20 tahun ini apalah sangat aku nak bandingkan mereka mereka yang hidup lebih payah dari aku. Aku bersyukur. Syukur atas segala kurnia dariNya. Malam tadi aku terbaca satu blog. Blog seorang ibu tunggal. Ibu tunggal yang memerah keringat demi membesar tiga orang anak. Anak anak yang kurang upaya. Dalam benak kepala otak aku cuma,”kuat betul akak ini. Macam manalah dia boleh hidup dengan sekuat dan setabah itu..”

Entahlah. Setiap orang akan mengalami naik turun dalam kehidupan. Hidup macam roda. Berputar. Kejap ada di atas, kejap ada di bawah. Semakin kuat kita diputarkan, semakin kebal kita dengan semua yang telah ditakdirkan.Ya kebal. Mungkin itu juga membuatkan si ibu tunggal tadi kuat dan tabah. Kuat berdepan dengan kata kata sinis masyarakat. Masyarakat yang suka melabel dan menghukum sesuatu tanpa menilai serta berfikir. Tidakkah masyarakat kita terfikir sedikit pun tentang perasaan si ibu tu. Sumpah ini adalah satu sebab kenapa aku sangat benci kepada orang yang bermulut longkak.

Anak tu tak berdosa. Ibu tu juga tak berdosa. Mereka diuji. Mereka hamba Allah. Mereka layak diuji. Tapi kenapa masyarakat dengan sewenang wenangnya menabur bermacam macam jenis kata kata yang merobek hati si ibu dan si anak tadi? Bukan ke Islam mengajar kita supaya menghormati antara satu sama lain? Tidakkah masyarakat tahu bahawa segala yang berlaku telah ditentukan olehNya sejak dari azali lagi? Sungguh. Sungguh aku terkilan dengan sikap masyarakat terutama sekali sikap masyarakat aku. Bukankah setiap kita dilahirkan dengan naluri kemanusiaan? Tapi kenapa kita selalu meninggalkan sikap kemanusiaan itu dalam peti besi dalam diri masing masing? Entahlah.

20 tahun. 20 tahun aku hidup atas bumi. Macam macam yang dah aku lalui. Macam macam yang dah aku hadapi. Aku selalu jatuh. Jatuh,berdarah dan terluka. Kesakitan luka lama kekadang membuatkan aku kecewa. Kecewa hingga aku rasa aku taknak lagi berdiri dan berjalan. Aku seolah olah memaksa masa berputar dan aku terus hanyut dimamah usia. Namun aku kuatkan hati. Kuatkan kaki biar dapat melangkah. Melangkah seolah olah cuba untuk melupakan luka luka dalam hidup.

Aku tahu aku cuma manusia. Manusia biasa. Manusia yang lemah. Untuk 20 tahun hidup yang telah dan bakal aku akhiri beberapa hari lagi ini, impian aku cuma satu. Aku hanya mahu senyuman. Senyuman yang tak akan mati. Senyuman yang hidup. Melalui kesukaran hidup dengan sebuah senyuman adalah satu impian. Impian aku. Tapi mampukan impian yang aku inginkan itu menjadi satu reality? Entahlah.

*Semoga si ibu tunggal dan tiga orang anaknya tu dirahmati perjalanan hidupnya. Semoga Tuhan melindungi hati mereka. Semoga mereka terus kuat, tabah dan sabar. Mudah mudahan. Amin.*

Saturday, February 26, 2011

Senyuman Ini Melegakan

Aku tahu senyuman ini

Ini senyuman paling manis

Paling manis terukir di bibir

Dan aku juga tahu yang senyuman ini takkan kekal lama

Senyuman ini takkan menjadi milik aku setelah aku tak diperlukan

Selagi aku rasa aku diperlukan

Selagi itu aku akan melukis senyuman yang paling bermakna

Terima kasih sebab sudi buat aku menghiasi hari harimu dengan senyuman ini

Sekurang kurangnya aku rasa tenang dengan senyuman ini

Senyuman aku untuk kau

Lagu Dalam Hati

Sebenarnya malam ini aku nak habiskan sisa sisa assignment Selling aku. Tapi hati aku meronta ronta untuk menulis. Bukan menulis assignment. Tapi meronta untuk menulis blog. Meluahkan isi hati. Bercakap tanpa gangguan mereka mereka yang boleh menjatuhkan aku. Bagi aku menulis itu lebih indah dari bercakap tanpa arah tuju.


Actually aku dalam keadaan yang agak tertekan jugak. Kalau tak tertekan masakan dalam minggu ini saja, hampir setiap aku aku menangis atas katil. Aku bukan budak yang kuat. Cuma aku belajar untuk jadi kuat. Dalam proses pembelajaran tak salah rasanya kalau kita rasa nak menyerah bila kita rasa kesakitan.

Lama rasanya aku tak menulis soal hati aku. Melagukan apa yang ada dalam hati. Dan malam ni aku teringin sungguh meluahkan apa yang bersarang dalam hati ini. Semoga hilang sikit kesakitan dalam hati yang semakin menyusuk ini.

Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang menikam hati, perasaan aku ini. Assignment? Aku rasa agak terbeban jugak dengan assignment yang datang tanpa dipinta. Tapi alhamdulilah, aku dikurniakan kawan kawan yang baik. Yang boleh bertolak ansur. Yang berat sama sama dipikul, yang ringan sama sama dijinjing. Aku bersyukur sangat dengan adanya mereka mereka ini. Terima kasih kawan. Kauorang yang terhebat! Terima kasih.

Cuma entahlah. Hati ini masih ada dicucuk. Dicucuk dengan benda yang tajam. Bila aku rasa sakit, aku banyakkan bersabar. Betul kata dia, bawak banyak banyak bersabar. Istifar. Jangan sedih. Jangan menyerah. Dia akan ada untuk aku. Tapi aku tahu dia tak akan ada untuk selamanya. Yelahlah aku berpijak atas bumi yang nyata. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Kita kene belajar. Belajar menerima ketentuan Tuhan. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Cuma kita je kadang kala tak percaya dengan Kekuasaan Nya.

Akibat semua luka yang terlalu menyakit ini, aku terasa nak pergi jauh. Jauh dari semua masalah. Jauh dari semua kesakitan. Jauh dari semua orang. Jauh dari mata masyarakat yang mengenali aku. Aku letih. Letih menjaga hati orang. Tapi dimana? Mana tempat yang tiada manusia. Aku tak jumpa. Bumi ini milik Tuhan. Tuhan mencipta manusia. Manusia hidup di bumi. Bumi Tuhan.

Entahlah. Aku teringin. Teringin ke suatu tempat. Tempat yang tenang. Tempat yang nyaman. Sunyi. Tiada gangguan. Tempat dimana aku dapat dengar lagu lagu dari beburung yang berterbangan. Tempat yang dapat aku dengar bunyi ombak yang memikul pantai. Desiran angin yang membuai mata. Siulan air yang menyejukan badan. Alangkah indahnya kalau aku dapat melihat keindahan yang Tuhan. Yang Tuhan ciptakan untuk manusia seperti aku. Aku rindu. Rindu melihat keindahan yang indah. Indah tanpa gangguan tangan tangan jahat manusia.

Tapi mampu ke aku untuk mencari tempat sebegitu rupa. Dimana? Entahlah aku tak tahu. Yang aku tahu aku cuma mahukan satu ketenangan. Ketenangan dari pemandangan ciptaan Tuhan. Aku rindu. Rindu pada pepasir. Rindu beburung. Rindu pada air. Rindu apa ombak. Rindu pada angin. Rindu pada langit. Rindu pada awan. Rindu pada bintang. Dan rindu pada bulan. Ya bulan. Aku rindu. Rindu pada bulan.

Bintang sudah lama hilang tapi bulan masih ada. Bulan itu masih kekal. Bintang dah lama mati. Mati untuk sebuah bulan. Tapi aku teringin melihat bulan, bintang bertemu pada dada langit. Langit yang satu. Entah kenapa bulan, bintang terlalu sukar aku temui sekarang. Aku rindu. Rindu melihat bulan, bintang bersama beriringan di dada langit. Langit pasti meriah. Tuhan, temukan bulan, bintang didada langitMu. Aku terlalu rindu. Rindu pada kemeriahan di langit ciptaanMu.

Ya Allah. Tenangkanlah aku. Tenangkanlah hati ini. Sabarkanlah hati ini. Aku tahu Kau mendengar rintihan aku. Dan aku percaya yang Kau hanya akan memberi ujian pada hambaMu yang berani dan kuat menerima ujian. Kalau apa yang aku hadapi sehingga hari ini ujian untuk aku, aku redha. Aku redha dengan ujian yang Kau beri sebagai tanda kasih sayangMu. Aku terima semua ketentuan yang telah Kau aturkan.

*Terima kasih kepada sahabatku yang sudi meminjamkan telinga,mata untuk aku. Saya sayang kamu. Terima kasih juga kepada dia ada untuk aku dan selalu buat aku tersenyum disaat aku bersedih. Bak kata dia, “kenapa nak menangis kalau awak nampak cantik bila tersenyum? Senyuman awak lebih bermakna dari airmata yang awak keluarkan tu..” Terima kasih. Terima kasih atas semua ini.*

Antara Sedar Dengan Tak

Actually aku tak berminat sangat nak tulis benda ini. Sebab aku sendiri pun bukanlah betul sangat. Tak pandai jauh sekali budak Dekan. Aku menulis cuma sekadar dari perspektif budak yang biasa biasa. Kurang perhatian lecturer. Jauh yang amat daripada perhatian budak budak famous.


Tapi alhmadulilah aku mampu mengenal hampir semua budak budak course aku. Even bukan mereka kenal aku. Maklumlah aku budak yang jarang senyum, muka tak lawa, gemuk so aku sedar diri. Tak sikit pun aku terasa. Apa yang aku rasa, aku rasa selesa dengan apa yang ada. Aku tak suka sangat bila jalan jalan ada orang tengok tengok. Kang tak pasal aku buat dosa kering.hahahaha

Sebenarnya bukan itu yang nak aku tulis. Itu sekadar pembuka bicara je. Yang aku nak tulis sebenarnya tentang sesuatu. Sesuatu yang dah lama berlaku. Tapi masing masing cuma berani cakap belakang. Tapi sekarang aku pun kiranya cakap belakang jugaklah ini. Yelah blog ini tak ramai yang tahu. So kira macam aku mengumpatlah jugakkan?

Aku ada sorang classmates. Kalau orang tak kenal dia secara rapat, memang orang akan cakap dia budak baik. Muka dia nampak suci je. Bertudung lawa. Bershawls cantik. Siap kadang kadang tu berjubah lagi. Aku yang biasa biasa ni pun takda jubah macam dia. Itu secara luaran.

Actually satu je masalah budak ini, masalah dia, dia tak kawan. Dalam kelas takda kawan, apatah lagi dalam kalangan budak budak course. Aku pun bukan kenal sangat dengan budak ini. Cuma aku dengar cerita dari orang lain dan ditambah dengan pemerhatian sendiri. Aku sendiri pelik bin ajaib. Yelah muka lawa, cantik la sikit dari aku tapi takda kawan. Yelah setahu aku kalau kat university ni benda yang paling senang nak dapat kawan, letak je muka dalam market university. Nak tengok betul betul lawa ke tak, testlah. Kalau ramai usha tu, confirm memang lawa.

Yang budak ini pulak lain ceritanya. Kalau tak silap aku, sejak seminggu dia register kat tempat aku, macam macam versi cerita yang aku dengar. Time tu gossip tentang cerita dia memang nombor satu. Boleh kata cerita time makan lunch, budak budak course aku mesti cakap pasal dia. Dalam kelas jangan ceritalah. Siap boleh buat mesyuarat tingkap. Time kat Terengganu dulu pun kitaorang pernah open table pengumpat dia. Peh! Kuat giler penangan minah ini.

Tapi semua cerita negative. Dan cerita tentang dia tak pernah tamat sem by sem. Ada je cerita tentang dia. Actually dia ni bukan kira sombong ke apa. Dia selalu cuba nak berkawan dengan budak budak course. Tak kiralah siapa je. Geng yang mana je. Aku rasa mostly group group dalam course aku dia pernah masuk. Tapi semua tak kekal lama.

Pada pandangan aku, budak budak lain boleh je terima dia. Tapi masalahnya dia. Dia yang ada masalah. Sikap dia tak betul. Sebab tu ramai yang tak suka. Bahkan ada yang siap memulaukan dia. Yelah ada satu kes ini. Adalah sorang hamba Allah ini yang try nak tolong dia. Sebab dia katanya call budak tu sampai nangis nagis sebab takda kawan untuk buat assignment. Yelah budak lain semua cantik je pulaukan dia. Atas dasar kesian, budak ini pun dengan rela dalam paksa terima. Tapi itu pun masih tak sedar diri. Yelah bila dipanggil, diajak buat discussion untuk assignment,asyik banyak je alas an. Dah tu cakap kononnya budak itu buat dia macam hamba. Hello! Orang ajak secara baik tau. Ingat ini nak panggil kau suka suka je ke hah? Bongok betul!

Aku sendiri tak faham. Kalau tak boleh nak corporate dengan orang lain, buatlah assignment sendiri. Tak payah nak nangis nangis bagai bagai. Ingat ni filem Hindustan ke hah? Tengok aku pulak yang emo terlebih. Tak pasal je. Orang nak tolong pun tak sedar. Macamlah markah untuk kerja assignment tu bukan untuk dia. Hello kalau markah tu bukan ada untuk diaorang sekali, tak ingin pun orang lain nak amik kisahlah. Janganlah sengaja bagi susah kat orang. Suka betul nak effectkan markah orang. Aku pun tak faham dengan orang orang macam ini.

Memang markah sendiri sendiri. Tapi kalau dah nama kerja dalam satu team, lecturer akan assume semua orang buat kerja yang sama. Sama berat. Sama ringan. Ini tak. Orang lain berlebam mata macam mata panda, dia sibuk bermata lebam gak. Tapi mata lebam sebab masuk pub! Mata lebam sebab amik “supplement” terlebih! Ada pulak berlebam mata sebab bergayut tengah tengah malam. Lagi best berlebam mata sebab bergaduh dengan boyfriend. Hello! Boyfriend tu belum tentu jadi suami kau. Tak payah nangis bagai nak rak sangat la. Belum tentu kalau kau kahwin dengan dia nanti, pakaian dalam kau dia beli yang ada brand! So kau kene pentingkan masa depan kau. Nak nangis nangis jugak. Move on lah kawan. Jalan kedepan. Jangan terlalu mengabdikan diri pada boyfriend. Ini tidak baru gaduh sikit semua nak dihempas. Semua orang dicall. Elok call CNN sekali. Bagi satu dunia tahu yang dia bergaduh. Baru elok. famous sikit. Pandai nasihat orang, baget macam dia pandai dalam bab cintan cintun ini, tapi diri sendiri hampeh. Eeei tak fahamlah aku dengan budak budak kat university yang masih macam ini.Tak bawak kemana jugak kalau Tuhan kata takda jodoh. Huh! Jodoh di tangan Tuhan. Kita cuma merancang, Tuhan yang menentukan. Faham?

Tengok emo tak emonya aku ni. Hahaha. Taklah itu pesanan untuk diri aku jugak. Tak matilah kalau takda lelaki. Hidup kene teruskan. Takkanlah selama ni hidup sorang, tetiba tak boleh nak hidup bila kene tinggal. Ingat kembar siam ke apa. Hahahaha. Semoga aku pun dapat belajar daripada pengalaman. Hidupkan lebih indah dengan senyuman daripada tangisan. Jadi kalau hidup sorang itu lebih bahagia,jadi kenapa nak hidup berdua kalau tak mampu bahagia. Kan? Hidup kita, kita yang kene mencorakkannya. Jangan malas. Jangan hanya tahu menyerah. Usaha itu penting. Yang penting susah macam mana itu, hidup kene diteruskan even terpaksa terima macam macam tohmahan. Kuat. Jangan mudah mengalah.

*Eh,sedar tak sedar aku tulis pasal dua orang minah yang sengal dalam entry ini. Sorrylah, teremo punya pasal. Maaflah kalau ada yang terasa. Tapi ini sekadar satu cerita disekeliling aku. Saja berkongi. Ingat, sharing is not always caring tau! Huhu. Bye!*

Aku Bakal Menulis Novel? Ini Betul Betul Kerja Giler!

Actually sejak kebelakangan ini aku mendraft dulu entry entry aku sebelum menpublishkan kat dalam blog. Semua gara gara kekritikal broandband celcom aku. Therefore, untuk mengurangkan ketagihan menulis, mengarut untuk meluahkan isi hati, aku rasa ini cara terbaik.


Jadi sila jangan tertipu dengan tarikh yang tertera dalam blog ini. Kemungkinan yang amat besar aku tidak menulis pada tarikh tersebut. Tapi aku hanya menpublish saja pada hari itu.

Aku sekarang cuma bergantung pada wifi kolej kat kampus atau pun pada cybercafé saja. Tapi aku dalam proses mencari modem baru. So,sebelum itu, ini cara paling baik okay.

Actually aku tak berniat nak tulis apa apa sekarang ini. Yelah memandangkan sekarang pun dah nak masuk waktu maghrib dan aku pun masih belum mandi, jadi aku pun tak naklah duk melayan perasaan depan laptop ini. Tapi bila aku terbuka blog dalam speed yang sangat lambat tapi laju sikit daripada biasa, aku terbaca satu komen kat shoutbox aku. Serius aku nak bagitahu pada si pengkomen tu,”adakah anda yakin yang saya bakal novelis yang anda cari? I think you are crazy. Saya tak pernah terfikir tentang itu. Walaupun saya punya impian itu.”

Novelist. Aku memang berminat. Acap kali jugak aku pernah berangan untuk menghasilkan novel. Tapi aku pasti tak ada ada sesiapa yang berminat untuk beli. Aku pencinta novel sejak dulu. Aku terdedah dalam pembacaan novel sejak berumur 12 tahun lagi. Waktu tu aku sekadar membaca novel novel yang dalam kertas recycle. Kertas kuning tu. Itupun aku baca secara curi curi dari dalam bilik mama dan abah. Tapi lama kelamaan mama seperti mengizinkan aku terus membaca novel. That why most of the novel yang lama lama,aku dah baca. Pernah tengok travelog Cinta kat TV1? Amyza Adnan dengan Rosyam Nor berlakon tu, aku dah lama baca kesemua novel untuk cerita tu. Cerita tu gabungan 3 buah novel. Ketiga tiga novel tu aku dah tamat baca since aku form three rasanya kot.Atau mungkin lebih awal dari itu. Hebat tak hebat. Orang lain sibuk baca buku sekolah, aku baca novel. No wonderlah aku lembab kalau belajar matematik dulu. Hahahahahaa

Sebelum ini memang ada yang cakap, ayat ayat dalam blog aku romantic, puitis, bombastic la bagai bagai. Tapi aku tak amik kisah pun. Bagi aku, aku sekadar meluahkan apa yang ada dalam hati. Aku tak mampu menulis macam blogger blogger lain yang terkenal. Aku pernah mencuba untuk menulis macam diaorang, tapi entah kenapa aku rasa itu bukan jiwa aku. Aku terasa macam ayat yang aku tulis terlalu kasar pada bunyi dalam ayat. Jadi aku cuma mengikut gerak hati. Menulis dari hati.

Aku bahagia dengan menulis. Menulis apa yang ada dari dalam hati. Terus meluah keatas kertas kosong. Aku bukan budak seni tapi aku berhati lembut. Aku tak nafikan yang aku sendiri ada puluhan draf draf penulisan yang aku simpan. Tapi itu semua lebih kepada curahan hati. Rintihan hati. Masalah peribadi. Aku sanggup mengabiskan duit hanya sekadar dapat menulis sebuah penulisan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati. Biar aku tidur dalam kelaparan asalkan aku tak tidur dalam keadaan yang tertekan kerana tak dapat meluahkan perasaan. Sebab tu aku katakan yang blog, laptop adalah sahabat terbaik aku. Tanpa kedua benda ini, mungkin aku akan mati dalam keadaan tertekan.

Untuk menjadi novelist mungkin bukan cita cita aku sekarang. Aku masih belum nampak apa yang boleh aku sumbangkan pada masyarakat. Mampukah aku menjadi seorang novelist yang baik? Yelah sedangkan menjadi seorang blogger saja,aku terpaksa berdepan dengan pelbagai bagai jenis strangers. Tapi aku tak nafikan kalau satu hari nanti aku mahu melahirkan sebuah novel hasil dari hati aku. Mungkin agak kelakar bunyinya. Tapi siapa tahukan. Siapa tahu takdir yang telah Allah tentukan buat aku.

*Kalau benarlah aku mampu melahirkan sebuah novel, mampu ke aku mencari “Firas Ali” miliku? Macam dalam novel Kau Laksana Bulan tu. Sumpah hati aku tertarik dengan cerita novel tu. Entahlah. Aku sendiri tak punya idea untuk menjawab semua ini.Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa ke atas hambaNya.*

Kematangan

Aku baru berumur 21 tahun. Masih belum genap 21 tahun. Tapi aku berbangga kerana dalam usia aku sebegini aku dikelilingi oleh ramai manusia yang matang. Aku sendiri belajar kematangan itu dari pada mereka. Sungguh aku sangat menghargai pengalaman ini.


Dalam usia semuda aku, aku kagum melihat manusia sekeliling yang meniti hidup dengan kematangan melangkaui umur. Usia bukanlah satu halangan yang menentukan seseorang itu matang ataupun tidak. Matang itu terlalu susah untuk digambarkan.

Semestar ini aku mengenali seorang kakak yang usianya tua setahun daripada aku. Dalam usia semuda dia telah selamat mendirikan rumahtangga dan alhamdulilah telah selamat dikurniakan seorang anak. Kagum. Aku cukup kagum. Kagum kerana usia semuda itu dia sedaya upaya memenuhi impian ibubapa untuk menamatkan pengajian diploma sambil tidak mengabaikan tanggungjawab seorang isteri. Sanggup memikul dua tanggungjawab yang penting demi insan insan yang tersayang. Dia cuma seorang wanita yang kecil molek sama seperti mahasiswi lain di kampus. Namun daripada gaya dia, cara percakapan dia, aku nampak kematangan dia sebagai seorang ibu dalam usia yang begitu muda.

Aku juga mengenali seorang kakak yang usianya lebih menjangkau dari aku. Tapi entahlah. Aku masih tak nampak kematangan dia untuk usia dia. Aku cuba mencari. Tapi ternyata yang aku tak jumpa atau mungkin aku belum jumpa. Perangai keanak anakan dia terserlah. Sungguh.

Aku cuba memberi tekanan untuk melihat kematangan dia tanpa dia sedar.Dan aku berjaya. Aku berjaya membuktikan bahawa dia tidak mampu berdepan dengan tekanan sambil membuat sesuatu keputusan yang matang. Kejam ke aku? Mungkin. Mual jugak kalau berdepan dengan orang tua namun masih tak mampu berfikir dengan matang.

Aku? Aku tahu dan aku yakin aku masih belum matang sepenuhnya. Aku belum mampu menjadi manusia yang matang sebelum usia. Cukuplah aku cuba sedaya upaya menjadi manusia yang matang selari dengan usia. Kematangan bukan sesuatu benda yang mampu diukur. Ianya lahir dari sebuah pengalaman hidup yang tertulis dalam hidup seseorang manusia.

Tuesday, February 22, 2011

Tribute Untuk Seorang Kawan

Semasa menulis entry ini aku sedang dengar lagu Perpisahan Ini by Aizat and 1edition. Entahlah. Aku sebenarnya tengah sedih sedih sangat. Rasa nak menangis. Tapi aku tahan.


Tiga tahun bersama. Tapi harini aku dan kawan kawan dikejutkan dengan berita salah seorang dari kawan aku terpaksa extend. Semua sebab dia dapat kerja kerajaan sebagai pembantu pegawai kewangan kat salah satu sekolah di Pasir Gudang. Serius. Sedih sangat.

Tinggal sikit lagi lagi perjalanan untuk sampai kepenamat diploma. Tapi dia terpaksa pergi. Aku dan kawan kawan terpaksa melepaskan. Mungkin itu yang terbaik. Terbaik untuk dia. Dan aku doakan dia berjaya. Semoga Tuhan merahmati jalan pilihannya. Dan aku pasti merindukan kau.

Kau orang yang bertuah,kawan. Rezeki kau selalu murah. Kau selalu dapat benda yang orang lain susah nak dapat. Mungkin kau rasa kau biasa biasa saja. Tapi aku bangga dengan kau. Kau hebat. Hebat. Tak semua orang mampu melepasi temuduga untuk jawatan kerajaan. Kau terbaik. Cuma satu je harapan aku dan aku pasti ini pun harapan semua kawan kawan kau jugak, sambung study diploma kau. Satu langkah je lagi. Even kau tak sempat konvo sama sama kiteorang, tapi aku nak kau konvo jugak. Aku betul betul nak tengok kau genggam diploma. Jangan sia siakan usaha kau sepanjang 5 semestar ini.

Ingat nanti bila kau dah berjaya ada jawatan tinggi, jangan lupa kawan kawan kau yang baru nak hidup. Even kau jauh dengan kitaorang, kitaorang tetap sayang kau. Jaga diri kau baik baik kawan. Terima kasih sebab kau sudi hiasi hari hari aku sebelum ini.

*Aku paling tak suka bila berlaku perpisahan. Dan bila hari ini aku terpaksa berdepan dengan perpisahan, aku rasa sedih sangat sangat. Ya Allah, tak lama lagi pun aku terpaksa berpisah dengan lebih ramai kawan kawan kat kampus. Tak sanggup rasanya. Damn! Lagu Kau ilhamku pulak tengah on-air. For surelah air mata aku keluar.*

Macam Budak Baru Nak Up

Semalam aku menangis. Aku pun tak tahu sebab utama aku menangis. Tak lama lepas tu aku ketawa. Ketawa macam nak berguling guling dari atas gunung sampai ke kaki gunung. Bodoh kan? Bodoh sangat.


Entahlah. Aku masih mentah. Mentah walaupun umur semakin bertambah. Masih mentah sampai tak mampu baca perasaan hati sendiri. Betullah kan kata orang aku ni tak matang tapi baget macam bagus. Hahahaha.

Kata orang, perasaan suka selalu dapat melahirkan perasaan sayang. Tapi sayang masih belum mampu membuahkan cinta. Cinta memang bermula dengan sayang. Tapi sayang takkan semudah yang disangka untuk melahirkan cinta. Unikkan cinta? Mungkin apa yang aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa. Nampak macam bodoh. Tapi itu kenyataan. Kenyataan yang yang aku kene hadapi.

Melepaskan sesuatu yang kita sayang mungkin benda yang susah. Apatah lagi dia yang paling rapat. Ayat terbaik yang sekadar cuma mampu menyedapkan hati aku,dia bukan jodoh. Kalau betul dia jodoh, dia takkan kemana punya. Cuma kene percaya dengan takdir yang dah Tuhan tetapkan.

Merembes rembes jugaklah airmata ni menitis. Serius sedu sedan jugak la aku. Tapi entahlah, tak lama lepas tu aku boleh bergayung dengan best friend aku,ketawa sampai guling guling. Siap boleh sengeh sorang sorang depan laptop. Apa kene entah dengan aku ini. Mungkin doa orang ramai dah pun dimakbulkan. Mulut orang lainkan masin. Tengok,kan aku dah jadi giler. Tak pasal je.hahahahaha

Saturday, February 19, 2011

Padan Muka Aku

Umur dah tua. Tapi perangai macam budak budak. Nak menangis konon konon. Dah tak sedar diri betul la aku ini. Kan mata tukar jadi panda. Kepala pulak migrain. Memang sengaja cari pasal!

Ingat. Kau bukan budak budak sekolah menengah. Kau dah besar okay. Dah patut berfikiran matang. Ini bukan main pondok pondok. Bukan main kahwin kahwin. Ini masa depan. Jangan nak main main.

Jangan nak buat lawak antarabangsa. Kau bukan raja lawak okay. Kene matang. Jangan degil. Cuba dengar pendapat orang lain! Masalah terbesar kau, kau degil. Degil taknak dengar cakap orang. Dah kene baru nak menyesal. Padan muka!

Aku Memang Budak Malang, Separuh Nyawa Melayang

Assalamualaikum. Aduhai. Penatnya badan aku. Banyak sangat benda yang aku nak tulis. Yang aku nak share. Boleh tak agaknya aku lepaskan beban yang ada kat bahu aku sekarang ni dengan sekali lafaz je? Sumpah aku tak larat giler.

Sampai hari ini aku masih nak jamah kek yang aku ngidamkan. Sumpah aku terliur liur waktu tidur. Sumpah aku nak menangis sebab aku tak mampu hadiahkan sepotong kek untuk diri sendiri. Padahal bukan mahal pun kek yang tu. Tapi aku masih belum mampu makan. Aku terasa macam manusia paling tak guna sekali sebab tak mampu beri diri sendiri makan. Ya Allah, apalah malang sungguh nasib aku. Ternyata aku manusia yang malang. Malang sangat.

Mulai minggu ni aku kena bertungkus lumus. Nak masuk bulan March. Banyak benda menunggu. Banyak assigment menanti untuk aku settlekan. Ada lagi test yang perlu aku bereskan sebelum grad. Masih banyak final projek yang mesti aku submit sebelum tinggalkan hutan ini. Aku tak tahu mana lagi ketahanan yang boleh aku gapai. Mungkin bila mengenangkan muka mama, abah, itu yang boleh menguatkan aku menamatkan pengajian ini. Sungguh aku tak larat. Tapi aku kene kuat. Kuat untuk terus hidup. Bukan ke aku memikul banyak harapan. Ya Allah kuatkanlah aku.

Hati. Apa sebenarnya yang ada pada kau. Aku tak mampu membaca hati aku. Aku tak tahu apa yang ada pada hati aku. Sungguh aku terasa akulah manusia yang paling malang bila aku tak mampu menafsirkan apa yang ada dalam hati. Apa sebenarnya isi hati aku. Ya Tuhan. Berikan aku petunjukMu. Benar ke apa yang aku rasa ini sebenarnya perasaan aku. Bantu aku.

Alhamdulilah. Hari ini aku rasa seperti badan aku melayang. Nyawa aku macam terbang kene tiup angin. Sumpah aku rasa penat sangat. Tak pernah aku rasa penat macam ini sekali. Penat macam aku kene kerah untuk kerja kat tempat pembinaan je. Ya Allah. Aku semakin lemah. Lemah. Aku tak larat. Rasa macam aku nak lari dari semua benda ini. Tak larat aku nak menanggung kesakitan. Sakit. Hanya Tuhan je yang tahu sakitnya aku. Tuhan, sabarkan aku yang sememangnya tak sesabar mana nih.

Entahlah. Dari apa yang aku lalui hari demi hari, aku rasa hidup aku setiap hari malang. Malang bertimpa timpa. Bukan kene timpa tangga. Tapi dah macam kene timpa besi kat port kapal dah ini. Sabar wahai diri. Sungguhnya ada hikmah pada setiap apa yang berlaku. Semoga aku kuat hadapi semua ini. Amin.


*Aku rindu dia. Sungguh. Rindu. Kami semakin rapat. Tapi aku takut. Takut meletakan harapan.*

Monday, February 14, 2011

Masalah Kalau Jadi Aku

Sekarang aku ada kat Cyber Cafe. Sangat tak suka bila kene merempat untuk mengupdate blog dalam ini. Broadband aku semakin kritikal. Aku rasa sedih sangat. Mungkin dah fitrah jadi aku. Bersedih itu penting. Dan aku rasa tak normal kalau aku tak sedih. Macam macam aku nak tulis. Banyak sangat. Banyak sampai aku rasa nak meleleh airmata ini. Okay aku tahu aku tak boleh menangis depan blog ini macam selalu. Tapi sekurang kurangnya aku sanggup mencari tempat untuk online hanya untuk menulis.

Sejak dua tiga hari lepas aku teringin sangat. Teringin tahap gaban nak makan kek. Kek berkrim. Tak nak kek kosong. Mungkin ini dikatakan sydrom orang yang nak sambut birthday agaknya. Aku tak memilih. Tak nak yang mahal. Tak nak kek secret recipe. Nak kek biasa je. Sumpah aku tak heran dengan kek secret recipe. Aku bukan anak orang kaya yang mampu makan secret recipe. Aku anak orang sederhana je. Cukuplah dapat makan kek yang sederhana pada rasa dan harganya.

Aku rasa nak menangis je bila tak dapat makan kek. Faham tak aku sampai boleh termimpi mimpi bergaduh dengan pekerja kat dewan makan semata mata sebab kek. Faham tak aku mengidam. Faham tak aku nak sangat. Dah lama sangat rasa nya aku tak makan kek. Dapat sepotong pun aku dah bersyukur. Hari Sabtu lepas tu aku dah keluar ke bandar. Tapi agaknya aku memang bukan manusia yang bertuah kot. Mencari kek masa bandar dalam proses recover. Mana nak jumpa. Tepung dah hanyut time banjir. Mana nak dapat kek. Dasar perempuan giler yang meroyan betullah aku ni.

Masalah betullah kalau jadi aku ini. Aku kerap mengidam makanan. Macam dulu aku teringin nak makan kuih kasturi. Tapi aku memang banyak bad lucky kot. Time aku nak, mengidam benda tu, time tulah benda tu susah nak dapat. Padahal kalau hari hari lain senang je nak dapat. Berlambak jual kat pasar. Tapi bila aku mengidam sampai keluar air liur basi pun, belum tentu aku boleh dapat.

Itu kuih tradisional. So kira logiklah susah nak dapat. Tapi percaya ke tidak yang aku pernah mengidam nak makan KFC dengan MC Donald jugak? Mesti takda yang percayakan? Tapi serius. Aku pernah sekali mengidam macam orang yang tak pernah makan KFC dengan MC Donald. Sebab masa tu aku tengah sesak giler. Takkan nak mintak parent bank-in duit semata nak melahap satu set KFC dengan satu set MC Donald pulak kan. Dah kira melampau tu. So aku senyap je. Sampailah balik rumah, baru aku mintak mama belikan untuk aku satu family.

Nampak tak, benda sesenang itu pun aku boleh teringin sampai mengidam ngidam nak makan. Sampailah kawan aku cakap kat aku,"kau inikan. Time benda tu ada, bersepah sepah, taknak pulak mengidamlah teringinlah. Tapi time benda tu susah nak dapat, susah nak cari, time tulah kau mengidamlah, teringinlah. Dah tu sampai mimpi mimpi keluar air liur basi. Tak senonoh betul!". Hahahahahaha. Kelakarkan? Tapi sumpah aku kalau teringin memang boleh sampai bawak masuk mimpi, sampai keluar air liur basi. Malang sungguhlah kalau siapa kahwin dengan aku ini. Memang kerja dia kene mencari benda yang aku ngidam je sampai dapat. Kalau tak memang terkene air liur basi aku jelah time tidur. Hahahahahaha.

Masalah sekarang ini aku teringin nak makan kek. Makan kek biasa je. Taknak yang mahal mahal. Aku takda pakwe yang boleh tolong support, takpun yang boleh tolong delivery untuk aku. Jadi aku kene usaha untuk dapatkan sendiri. Oleh itu, esok aku nak pergi celcom centre yang aku sendiri tak tahu dah bukak ke ke belum. Maklumlah kene banjir besar haritu. At the same time jugak, aku nak teruskan misi mencari sepotong dan mungkin beberapa potong kek. Ikut keadaan. Wish me luck. Semoga esok hari bertuah aku!


*Really hope untuk dapat kek esok!*

Friday, February 11, 2011

Dari Sudut Paling Dalam, Dalam Hati

Actually, banyak sangat story yang nak tuliskan. Banyak benda yang dah pun aku tuliskan sepanjang aku tak online hampir seminggu ni. Macam macam benda jadi. Tapi aku rasa benda ini paling penting. So aku decide untuk tulis benda sebelum broadband aku mogok untuk kesekian kalinya dan akan menyebabkan aku menyumpah untuk kali yang seterusnya. Jadi biarkan kisah ini aku tulis. Sekurang kurangnya kuranglah sikit rasa bersalah aku.

Tarikh itu dah berlalu. Alhamdulilah. Sebenarnya aku terlupa tentang tarikh itu. Aku sedar mengingati bulannya saja. Tapi sebaik saja aku menjejakan kaki dalam kampus hari ahad lepas, hati aku seolah olah rasa yang sesuatu. Sesuatu yang aku lupa. Aku cuba mengingat. Tapi aku seakan was was. Dan aku cuba mencari kebenaran. Alhamdulilah. Aku jumpa sesuatu itu.

Entry ini aku potretkan untuk seseorang yang secara tak sengaja yang hidupnya aku masuki.

Untuk awak. Saya tak tahu sama ada awak masih membaca blog saya ini atau tidak. Tapi saya yakin awak ada di sini. Tahniah awak. Sebenarnya saya cadang nak ucap tahniah kat awak secara direct. Tapi bila fikirkan kebahagian awak, saya tahu. Saya tak ada hak untuk mengacaunya. Dan saya tahu awak tak izini saya merosakkan hari bahagia itu kan. Saat saya tahu awak dah punya orang lain,saya rasa sangat bersyukur. Entahlah. Saya tak tahu. Apa yang saya tahu saya bersyukur sebab awak terlepas. Saat awak bertunang dulu, saya manusia yang paling shock. Tapi melihat senyuman itu. Saya tahu awak bahagia. Dan awak masih berbahagia sehingga saat inikan? Alhamdulilah. Awak, saya tak tahu jauh mana, sedalam mana bencinya awak pada saya. Tapi melihat senyuman bahagia awak, saya tahu saya ada menyumbang kebahagiaan awak tanpa saya dan awak sedar. Ya mungkin sebab jodoh. Saya menjadi penyebab untuk semua kejadian ini. Benar kata awak dulu. Kehadiran saya tepat pada waktunya tapi salah pada masanya. Mungkin masih ada lagi dosa yang belum awak maafi saya. Saya sedar. Saya juga perempuan. Dan kalau saya jadi awak, saya yakin saya akan bertindak seperti awak atau lebih lagi.

Untuk awak. Selamat pengantin baru. Semoga kegembiraan, kebahagiaan dan senyuman itu terus jadi milik awak. Tolong jangan biarkan air mata awak menitis lagi sebab kesedihan. Saya akan rasa bersalah untuk air mata itu. Awak sangat cantik. Awak tampak hebat. Terserlah kejelitaan awak. Saya yakin kesedihan awak terbalas dengan senyuman kebahagian ini kan? Alhamdulilah. Semoga selepas ini awak terus bahagia. Bahagia ke akhir hayat. Awak wanita hebat. Saya kagum. Tahniah.

Yang ringkas untuk si suaminya. Awak bertuah sebab memiliki dia. Jangan buat dia menangis. Dia wanita yang hebat. Semoga bahagia. Tahniah.


Untuk anda yang tak mengerti apa yang aku tulis, apa yang luahkan ini, abaikan saja entry ini. Ia tiada kaitan dengan hidup kalian. Cuma aku semakin percaya bahawa setiap yang terjadi atas muka bumi ini ada hikmah tersendiri. Cuma terpulang pada kita, samaada kita sedar ataupun tidak. Yang penting kita jangan berputus harap. Berjalanlah. Yakinlah. Pasti dihadapan sana ada jalan yang mampu buat kita bahagia. Tuhan tak akan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu kita pikul. Yang penting kita bersabar dan bertahan. Mohon pertolongan dariNya.Dia sentiasa ada untuk kita. Semoga kebahagiaan menjadi milik kita semua. Mudah mudahan. Amin.

Saturday, February 5, 2011

Maaf

Mulai sekarang aku akan busy.

Maafkan aku.

Tak lama. Sekejap je.

Aku takkan lupa untuk berblog.

Cuma aku mungkin tak sempat untuk publish.

Sory.

Kalau aku dating, nanti aku  publish.

I swear!

Sorry. Sayang semua.

*Design baju Heliza Helmi lawa lawa. Teruja nak beli. Tapi kene capai target dulu. Wish me luck!*

Tolong Fahamkan Aku

Semalam puas aku bersembang dengan seorang teman. Teman lama. Mungkin tiada apa yang menarik. Sekadar berbual kosong. Tapi aku tertarik dengan satu benda yang kami bincangkan yang berkaitan kehidupan.


“Kau pernah dengar tentang pepatah melayu? Pernah tak kau terfikir kenapa orang dulu dulu cipta segala macam pepatah dalam kehidupan. Yelah sedangkan kebanyakan pepatah itu bukannya logik. Kekadang itu langsung tak boleh diterima akal. Mengarut. Pernah tak kau terfikir?”

Aku terdiam. Aku cuba berfikir. Cuba memahamkan setiap patah perkataan yang cuba dia sampaikan. Dan aku rasa aku berpendapat yang sama. Yelah orang zaman sekarang, zaman moden, mana ada yang berbahasakan pepatah melayu lagi.

“Kau tahu setiap orang ada macam macam cerita hidup tersendiri. Tak semua orang hidup dalam pelangi. Tak semua orang hidup dalam airmata. Hidup ada banyak versi. Dan setiap versi berlainan. Tak siapa dalam hidup ini yang boleh menyatakan salah kepada hidup orang lain. Setiap orang dilahirkan dengan jalan cerita yang berbeza. Hidup kau berbeza. Hidup aku berbeza. Mungkin aku tak rasa kesukaran hidup sebagai kau. Dan kau juga tak tahu kesukaran hidup sebagai aku. Bak kata pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.”

Aku terfikir. Berat memang berat. Berat sebab kita saja yang tahu apa yang kita rasa.

“Kau tahu sebab apa pepatah itu dicipta? Pepatah itu dicipta sebab orang dulu dulu nak kita jadi tempat yang dipandang. Tapi hari ini kebanyakan kita sekadar memandang bukannya dipandang. Memandang dan dipandang adalah dua benda yang berbeza. Bila kita memandang, kita cuma sekadar dapat melihat tanpa merasa. Tapi bila kita menjadi yang dipandang, cuma kita saja yang tahu apa yang kita rasa, apa yang kita lalui. Beza bukan?”

Betul. Aku setuju. Memandang dan dipandang, dua benda yang berlainan.

“Contoh yang paling mudah. Penyakit kanser. Orang kata penyakit tu sangat sakit. Orang lain mampu bercerita tentang kononnya kesakitan kanser yang sangat sakit, tapi ramai yang terlupa bahawa peaskit kanser sendiri saja yang tahu macam mana kesakitan itu. Orang lain mungkin hanya dapat bercakap, bersimpati, tapi yang menanggung hanya si pesakit.”

Aku faham apa yang cuba dia sampaikan. Sebagai manusia yang ada sifat belas kasihan, kita jangan hanya mengangungkan bahawa kita memahami seseorang. Untuk memahami seseorang bukan perkara yang mudah kalau kita meletakan diri hanya sebagai yang memandang bukan menjadi yang dipandang. Menjadi pemandang adalah benda yang mudah tapi susah apabila menjadi apa yang dipandang. Sebab cuma dia sorang je tahu apa yang dia rasa.

“ Kau kene ingat. Jangan menyalahkan orang lain kalau orang lain tak mampu memahami isi hati kita. Mungkin kita dilihat salah. Tapi kita tak harus menyalahkan mereka. Mereka cuma memandang. Kita menjadi apa yang dipandang. Berbeza. Mereka melihat dari apa yang mereka pandang, tapi kita memandang dari apa yang kita rasa. Cuba kau letak diri sebagai apa yang dipandang baru kau faham sikit apa yang dipandang. Percayalah. Kau fahamkan apa aku cakap”

Entahlah. Ayat tu terlalu rumit. Aku seakan mengerti dan seakan tidak mengerti langsung. Tolong fahamkan aku. Tapi untuk kau teman, terima kasih atas segala kata kata ini.

Bumi Mesir Bumi Malaysia

Sekadar berkongsi tentang isu semasa. Mesir. Sebuah negara yang sedang bergolak. Bergolak hanya disebabkan kepincangan politik negara itu. Dan Mesir juga menempatkan ribuan rakyat Malaysia yang menuntut di Universiti. Bila terbaca berita dalam suratkhabar, aku terfikir. Macam mana kalau aku ada di tempat itu. Mampu ke aku bertahan sehingga aku diselamatkan? Entahlah. Tak tercapai akal aku kesitu. Cuma aku mampu mendoakan agar bumi Mesir akan kembali tenang. Dan aku berdoa agar semua rakyat Malaysia dapat diselamatkan. Mereka permata negara. Jangan biar permata ini musnah atas bumi asing.

Bumi Malaysia. Banjir. Mungkin antara banjir terburuk. Mana taknya. Menurut akhbar mahupun berita tv, bumi Segamat telah menjadi pulau. Musnah habis. Lumpuh habis. Itu baru yang di Segamat. Belum termasuk di daerah jiran jirannya macam Labis, Batu Pahat, Gemas, Jasin.

Musnah habis. Rosak barang mungkin boleh ditukar ganti. Tapi kalau rosak rumah, siapa yang sanggup mahu membayar ganti rugi? Mungkin kalau sekadar rumah papan kecil tiada siapa yang terkilan. Tapi kalau rumah yang besar, sungguh aku bersimpati kepada nasib penduduk ini. Ini mungkin dugaan untuk mereka. Tuhan takkan menguji kita kalau kita tak mampu mengadapi ujian Dia kan? Semoga akan ada hikmah untuk semua ini.

Mungkin ini satu petanda. Petanda bumi semakin unzur. Semakin tua. Semakin dimamah usia. Masya Allah. Tak terbayang rasanya aku dengan semua ini.

Pengalaman Pertama

Dah 3 tahun aku merantau. Tak jauh. Cuma di bumi Johor saja. Jauh berjalan, banyak pengalaman yang aku timba. Penat, lelah, sakit, jatuh semua aku rasa. Kali pertama balik naik train setelah 3 tahun belajar disini. Pada mulanya sangat berdebar. Yelah first time. Tapi tak cuba, tak tahu kan? Dah cuba baru tahu.


Bertemankan kawan kawan sekelas seramai sembilan orang satu benda yang sangat menyeronokan. Sembilan orang mungkin angka yang sangat kecil. Tapi angka itu cukup besar untuk menunggu train sekitar jam 2.45pagi. Tengah tengah pagi buta kami bergembira untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Kenapa aku memilih train bukannya bas? Sebabnya cuma satu, rasa tak sabar nak balik mendorong aku nekad memilih train. Mungkin juga melihat keadaan bilik dan kolej yang kosong seolah olah mengalau aku menyebabkan aku semakin nekad.

Hujan? Aku rasa sepanjang hari meniti hari hari terakhir dibumi kampus, aku bermandikan hujan. Hujan. Hujan. Hujan. Tanpa henti. Sangat lebat. Air sungai seakan memberitahu yang bumi Johor bakal dibanjiri air. Dan aku bersyukur sebab aku memilih train walhal aku berdepan dengan risiko yang tinggi. Teringat aku dimana ada train yang tergelincir dari landasan di Gemas semester lepas. Cuak memang cuak. Tapi kene kuatkan hatikan?

Banjir? Masa dalam perjalanan ke stesen keretapi memang banyak rumah yang dah selamat di tenggelami air. Kawasan rendah terutamanya. Habis. Kesian. Melihat sungai, aku yakin yang bumi ini tak akan bertahan lama sebab sungai sudah tak mampu menanggung air yang banyak. Alhamdulilah sebab aku tak terperangkap dalam banjir. Mungkin kalau aku terlambat sedikit, aku mungkin terperangkap. Bandar yang serba kekurangan itu sekarang lumpuh. Lumpuh disebabkan banjir.

Rupanya menaiki train adalah satu benda yang seronok. Walaupun space tak sebesar bas, namun ia tetap mampu menidurkan mata ini. Tapi bila teringatkan bunyi dengkuran yang kuat, yang mengejutkan aku, aku rasa sangat kelakar. Aku rasa nak ketawa bila tersedar dengan bunyi dengkuran itu. Serius memang rasa nak hempuk nyoya itu. Ingat dia sorang je yang bayar tiket ke hah. Aku pun bayar gak tau. Nasib murah lagi dari tiket bas. Muahahahahahaha.

Pengalaman berjalan kaki dari stesen ke MC Donald jugak menyeronokan. Yelah. Mana ada anak anak dara pakai baju lawa lawa, bershawl bagai bagai berjalan kaki selewat pukul 10.30 malam di bandar kecil itu. Mungkin kerana rasa lapar, itu yang mendorong kami, anak anak dara, berjalan sejauh itu. Mungkin sudah tertulis yang kami perlu bermandikan air air takungan hujan untuk sepanjang hari itu. Yelah bila jalan berlopak, air bertakung dan kereta bergerak tanpa sedikit berkira kira samaada kami terkene tempias air atau tidak. Apa yang mampu kami lakukan hanya sekadar menjerit sambil meluahkan kegeraman. Hahahaha. Sangat kelakar bila teringatkan waktu itu.

Mengabiskan sisa sisa baki masa yang ada dengan melayan kawan kawan sambil masing masing takut melihat seorang makcik yang kurang siuman. Ala ala macam takut polislah macam tu. Hahahahaha. Mungkin polis mampu bertindak dengan akal yang waras, tapi makcik ini tiada siapa yang dapat menduga.

Pengalaman ini sangat seronok dan sangat manis untuk aku. Untuk tahun yang terakhir ini.

Cerita Basi

Ini cerita sebelum aku ditempa ujian Tuhan di rumah. Agak basi sebab benda dah terlalu lama. Maaf sebab aku tak punya masa untuk bercerita. Mungkin tak perlu maaf aku ucapkan. Yelah siapa sajalah yang mahu membaca blog ini. Tapi takpe. Sekadar melakar kenangan itu tak salah kan??


Sebelum cuti midsem ini aku sebenarnya ditahan di kampus tercinta. Jadi tahanan sementara. Bukan sebab banjir apatah lagi sebab ada kelas. Semua gara gara trip yang berharga RM19 dan markah 10 percent untuk subjek Enterpreneurship. Kalau sebelum ini aku ada bagitahu yang aku akan ke negeri Terengganu kan? Tapi faktor cuaca tak mengizinkan aku dan budak budak course ke sana. Aku memang berharap sungguh trip tu dibatalkan. Tapi angan angan tak jadi kenyataan. Tak apalah.

Aku kemana? Ke sebuah daerah kecil di Johor juga. Pagoh. Mungkin ada yang takpernah tahu akan wujudnya kawasan ini. Untuk aku, aku pergi sekadar memuaskan hati pensyarah aku. Nampak dia sangat bersungguh sungguh untuk kesana. Rasa bersalah pulak kalau sebagai student dia tak tunaikan. Kami ke Nasuha Herbs. Satu satunya perusahaan terbesar herba di Malaysia. Berkenalan dengan pemilik ladang herba mungkin bagi aku tiada apa yang menarik. Apa ada dengan herba kan? Mungkin aku bukan dilahirkan sebagai pewaris herba herba.

Pengalaman? Entahlah. Kalau ditanya tentang apa pengalaman yang terbaik untuk aku ceritakan mungkin jawapan aku ringkas. Pengalaman bermandi hujan time naik train lori bersama kawan kawan itu menarik. Sebelum naik muka dihiasi senyuman untuk melihat apa yang ada diatas bukit. Tapi bila terpaksa menempuh hujan dalam perjalanan, muka masing masing kelihatan sangat redha dengan kebasahan. Hahaha. Sangat challenging bukan? Walaupun masing masing tak suka diselimuti pakaian yang basah kuyup tahap mandi laut, tapi aku percaya mungkin itu pengalaman yang paling manis. Secara logiknya memang tak berbaloi bayar RM19 untuk menikmati air hujan. Tapi aku dapat rasa keseronokan itu.

Makanan? Nama pun datang ke tempat yang dipenuhi pelbagai jenis herba, sudah tentu kami bermandikan segala macam juadah berasaskan herba. Untuk breakfast kami dijamu dengan mihun yang mungkin dicampurkan sayur herba dan juga karipap bersama dengan pelbagai jenis teh herba. Apa rasa teh herba? Dah tentu sangat tak sedap. Aku cuma dapat minum setitik teh herba saja. Maafkan aku ye tuan pemilik herba. Aku bukan dilahirkan sebagai pemakan herba sejati. Hahaha. Makan tengahhari pulak, Nasi Beriayani Ayam Herba dan teh herba. Lihat dan dengar namanya saja pasti semua orang kata hebat. Untuk aku, tak hebat langsung. Tak ada apa yang menarik. Makan nasi ayam di pasar malam itu adalah jauh lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan menu itu. Minum petang pulak sekadar makan mee goreng bersama kek dan turut juga teh herba. Nampak bukan yang kami semua dimandikan dengan masakan herba sepanjang hari. Dan aku bersyukur sebab kami tak perlu bermalam disana. Kalau bermalam, entah apa pulak menu untuk makan malam. Tak sanggup aku bayangkan.

Konklusi? Mungkin trip ini tak ada yang menarik pada keseluruhannya. Tak ada yang istimewa dimata aku atau kawan kawan. Mungkin ada diantara kami menganggap trip ini sia sia dan membazir duit. Aku tak nafikan itu. Tapi untuk aku, cukuplah sekadar memuaskan hati pensyarah aku. Dan aku akan pastikan yang aku dan kawan kawan yang kebasahan dalam hujan mendapat gred yang baik untuk subjek ini. Itu janji pensyarah kami atas kekuyupan hari itu. Kami pasti tuntut! Hahahaha.

SEHATI BERDANSA