TABUNG SAKURA

Saturday, February 26, 2011

Senyuman Ini Melegakan

Aku tahu senyuman ini

Ini senyuman paling manis

Paling manis terukir di bibir

Dan aku juga tahu yang senyuman ini takkan kekal lama

Senyuman ini takkan menjadi milik aku setelah aku tak diperlukan

Selagi aku rasa aku diperlukan

Selagi itu aku akan melukis senyuman yang paling bermakna

Terima kasih sebab sudi buat aku menghiasi hari harimu dengan senyuman ini

Sekurang kurangnya aku rasa tenang dengan senyuman ini

Senyuman aku untuk kau

Lagu Dalam Hati

Sebenarnya malam ini aku nak habiskan sisa sisa assignment Selling aku. Tapi hati aku meronta ronta untuk menulis. Bukan menulis assignment. Tapi meronta untuk menulis blog. Meluahkan isi hati. Bercakap tanpa gangguan mereka mereka yang boleh menjatuhkan aku. Bagi aku menulis itu lebih indah dari bercakap tanpa arah tuju.


Actually aku dalam keadaan yang agak tertekan jugak. Kalau tak tertekan masakan dalam minggu ini saja, hampir setiap aku aku menangis atas katil. Aku bukan budak yang kuat. Cuma aku belajar untuk jadi kuat. Dalam proses pembelajaran tak salah rasanya kalau kita rasa nak menyerah bila kita rasa kesakitan.

Lama rasanya aku tak menulis soal hati aku. Melagukan apa yang ada dalam hati. Dan malam ni aku teringin sungguh meluahkan apa yang bersarang dalam hati ini. Semoga hilang sikit kesakitan dalam hati yang semakin menyusuk ini.

Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang menikam hati, perasaan aku ini. Assignment? Aku rasa agak terbeban jugak dengan assignment yang datang tanpa dipinta. Tapi alhamdulilah, aku dikurniakan kawan kawan yang baik. Yang boleh bertolak ansur. Yang berat sama sama dipikul, yang ringan sama sama dijinjing. Aku bersyukur sangat dengan adanya mereka mereka ini. Terima kasih kawan. Kauorang yang terhebat! Terima kasih.

Cuma entahlah. Hati ini masih ada dicucuk. Dicucuk dengan benda yang tajam. Bila aku rasa sakit, aku banyakkan bersabar. Betul kata dia, bawak banyak banyak bersabar. Istifar. Jangan sedih. Jangan menyerah. Dia akan ada untuk aku. Tapi aku tahu dia tak akan ada untuk selamanya. Yelahlah aku berpijak atas bumi yang nyata. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Kita kene belajar. Belajar menerima ketentuan Tuhan. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Cuma kita je kadang kala tak percaya dengan Kekuasaan Nya.

Akibat semua luka yang terlalu menyakit ini, aku terasa nak pergi jauh. Jauh dari semua masalah. Jauh dari semua kesakitan. Jauh dari semua orang. Jauh dari mata masyarakat yang mengenali aku. Aku letih. Letih menjaga hati orang. Tapi dimana? Mana tempat yang tiada manusia. Aku tak jumpa. Bumi ini milik Tuhan. Tuhan mencipta manusia. Manusia hidup di bumi. Bumi Tuhan.

Entahlah. Aku teringin. Teringin ke suatu tempat. Tempat yang tenang. Tempat yang nyaman. Sunyi. Tiada gangguan. Tempat dimana aku dapat dengar lagu lagu dari beburung yang berterbangan. Tempat yang dapat aku dengar bunyi ombak yang memikul pantai. Desiran angin yang membuai mata. Siulan air yang menyejukan badan. Alangkah indahnya kalau aku dapat melihat keindahan yang Tuhan. Yang Tuhan ciptakan untuk manusia seperti aku. Aku rindu. Rindu melihat keindahan yang indah. Indah tanpa gangguan tangan tangan jahat manusia.

Tapi mampu ke aku untuk mencari tempat sebegitu rupa. Dimana? Entahlah aku tak tahu. Yang aku tahu aku cuma mahukan satu ketenangan. Ketenangan dari pemandangan ciptaan Tuhan. Aku rindu. Rindu pada pepasir. Rindu beburung. Rindu pada air. Rindu apa ombak. Rindu pada angin. Rindu pada langit. Rindu pada awan. Rindu pada bintang. Dan rindu pada bulan. Ya bulan. Aku rindu. Rindu pada bulan.

Bintang sudah lama hilang tapi bulan masih ada. Bulan itu masih kekal. Bintang dah lama mati. Mati untuk sebuah bulan. Tapi aku teringin melihat bulan, bintang bertemu pada dada langit. Langit yang satu. Entah kenapa bulan, bintang terlalu sukar aku temui sekarang. Aku rindu. Rindu melihat bulan, bintang bersama beriringan di dada langit. Langit pasti meriah. Tuhan, temukan bulan, bintang didada langitMu. Aku terlalu rindu. Rindu pada kemeriahan di langit ciptaanMu.

Ya Allah. Tenangkanlah aku. Tenangkanlah hati ini. Sabarkanlah hati ini. Aku tahu Kau mendengar rintihan aku. Dan aku percaya yang Kau hanya akan memberi ujian pada hambaMu yang berani dan kuat menerima ujian. Kalau apa yang aku hadapi sehingga hari ini ujian untuk aku, aku redha. Aku redha dengan ujian yang Kau beri sebagai tanda kasih sayangMu. Aku terima semua ketentuan yang telah Kau aturkan.

*Terima kasih kepada sahabatku yang sudi meminjamkan telinga,mata untuk aku. Saya sayang kamu. Terima kasih juga kepada dia ada untuk aku dan selalu buat aku tersenyum disaat aku bersedih. Bak kata dia, “kenapa nak menangis kalau awak nampak cantik bila tersenyum? Senyuman awak lebih bermakna dari airmata yang awak keluarkan tu..” Terima kasih. Terima kasih atas semua ini.*

Antara Sedar Dengan Tak

Actually aku tak berminat sangat nak tulis benda ini. Sebab aku sendiri pun bukanlah betul sangat. Tak pandai jauh sekali budak Dekan. Aku menulis cuma sekadar dari perspektif budak yang biasa biasa. Kurang perhatian lecturer. Jauh yang amat daripada perhatian budak budak famous.


Tapi alhmadulilah aku mampu mengenal hampir semua budak budak course aku. Even bukan mereka kenal aku. Maklumlah aku budak yang jarang senyum, muka tak lawa, gemuk so aku sedar diri. Tak sikit pun aku terasa. Apa yang aku rasa, aku rasa selesa dengan apa yang ada. Aku tak suka sangat bila jalan jalan ada orang tengok tengok. Kang tak pasal aku buat dosa kering.hahahaha

Sebenarnya bukan itu yang nak aku tulis. Itu sekadar pembuka bicara je. Yang aku nak tulis sebenarnya tentang sesuatu. Sesuatu yang dah lama berlaku. Tapi masing masing cuma berani cakap belakang. Tapi sekarang aku pun kiranya cakap belakang jugaklah ini. Yelah blog ini tak ramai yang tahu. So kira macam aku mengumpatlah jugakkan?

Aku ada sorang classmates. Kalau orang tak kenal dia secara rapat, memang orang akan cakap dia budak baik. Muka dia nampak suci je. Bertudung lawa. Bershawls cantik. Siap kadang kadang tu berjubah lagi. Aku yang biasa biasa ni pun takda jubah macam dia. Itu secara luaran.

Actually satu je masalah budak ini, masalah dia, dia tak kawan. Dalam kelas takda kawan, apatah lagi dalam kalangan budak budak course. Aku pun bukan kenal sangat dengan budak ini. Cuma aku dengar cerita dari orang lain dan ditambah dengan pemerhatian sendiri. Aku sendiri pelik bin ajaib. Yelah muka lawa, cantik la sikit dari aku tapi takda kawan. Yelah setahu aku kalau kat university ni benda yang paling senang nak dapat kawan, letak je muka dalam market university. Nak tengok betul betul lawa ke tak, testlah. Kalau ramai usha tu, confirm memang lawa.

Yang budak ini pulak lain ceritanya. Kalau tak silap aku, sejak seminggu dia register kat tempat aku, macam macam versi cerita yang aku dengar. Time tu gossip tentang cerita dia memang nombor satu. Boleh kata cerita time makan lunch, budak budak course aku mesti cakap pasal dia. Dalam kelas jangan ceritalah. Siap boleh buat mesyuarat tingkap. Time kat Terengganu dulu pun kitaorang pernah open table pengumpat dia. Peh! Kuat giler penangan minah ini.

Tapi semua cerita negative. Dan cerita tentang dia tak pernah tamat sem by sem. Ada je cerita tentang dia. Actually dia ni bukan kira sombong ke apa. Dia selalu cuba nak berkawan dengan budak budak course. Tak kiralah siapa je. Geng yang mana je. Aku rasa mostly group group dalam course aku dia pernah masuk. Tapi semua tak kekal lama.

Pada pandangan aku, budak budak lain boleh je terima dia. Tapi masalahnya dia. Dia yang ada masalah. Sikap dia tak betul. Sebab tu ramai yang tak suka. Bahkan ada yang siap memulaukan dia. Yelah ada satu kes ini. Adalah sorang hamba Allah ini yang try nak tolong dia. Sebab dia katanya call budak tu sampai nangis nagis sebab takda kawan untuk buat assignment. Yelah budak lain semua cantik je pulaukan dia. Atas dasar kesian, budak ini pun dengan rela dalam paksa terima. Tapi itu pun masih tak sedar diri. Yelah bila dipanggil, diajak buat discussion untuk assignment,asyik banyak je alas an. Dah tu cakap kononnya budak itu buat dia macam hamba. Hello! Orang ajak secara baik tau. Ingat ini nak panggil kau suka suka je ke hah? Bongok betul!

Aku sendiri tak faham. Kalau tak boleh nak corporate dengan orang lain, buatlah assignment sendiri. Tak payah nak nangis nangis bagai bagai. Ingat ni filem Hindustan ke hah? Tengok aku pulak yang emo terlebih. Tak pasal je. Orang nak tolong pun tak sedar. Macamlah markah untuk kerja assignment tu bukan untuk dia. Hello kalau markah tu bukan ada untuk diaorang sekali, tak ingin pun orang lain nak amik kisahlah. Janganlah sengaja bagi susah kat orang. Suka betul nak effectkan markah orang. Aku pun tak faham dengan orang orang macam ini.

Memang markah sendiri sendiri. Tapi kalau dah nama kerja dalam satu team, lecturer akan assume semua orang buat kerja yang sama. Sama berat. Sama ringan. Ini tak. Orang lain berlebam mata macam mata panda, dia sibuk bermata lebam gak. Tapi mata lebam sebab masuk pub! Mata lebam sebab amik “supplement” terlebih! Ada pulak berlebam mata sebab bergayut tengah tengah malam. Lagi best berlebam mata sebab bergaduh dengan boyfriend. Hello! Boyfriend tu belum tentu jadi suami kau. Tak payah nangis bagai nak rak sangat la. Belum tentu kalau kau kahwin dengan dia nanti, pakaian dalam kau dia beli yang ada brand! So kau kene pentingkan masa depan kau. Nak nangis nangis jugak. Move on lah kawan. Jalan kedepan. Jangan terlalu mengabdikan diri pada boyfriend. Ini tidak baru gaduh sikit semua nak dihempas. Semua orang dicall. Elok call CNN sekali. Bagi satu dunia tahu yang dia bergaduh. Baru elok. famous sikit. Pandai nasihat orang, baget macam dia pandai dalam bab cintan cintun ini, tapi diri sendiri hampeh. Eeei tak fahamlah aku dengan budak budak kat university yang masih macam ini.Tak bawak kemana jugak kalau Tuhan kata takda jodoh. Huh! Jodoh di tangan Tuhan. Kita cuma merancang, Tuhan yang menentukan. Faham?

Tengok emo tak emonya aku ni. Hahaha. Taklah itu pesanan untuk diri aku jugak. Tak matilah kalau takda lelaki. Hidup kene teruskan. Takkanlah selama ni hidup sorang, tetiba tak boleh nak hidup bila kene tinggal. Ingat kembar siam ke apa. Hahahaha. Semoga aku pun dapat belajar daripada pengalaman. Hidupkan lebih indah dengan senyuman daripada tangisan. Jadi kalau hidup sorang itu lebih bahagia,jadi kenapa nak hidup berdua kalau tak mampu bahagia. Kan? Hidup kita, kita yang kene mencorakkannya. Jangan malas. Jangan hanya tahu menyerah. Usaha itu penting. Yang penting susah macam mana itu, hidup kene diteruskan even terpaksa terima macam macam tohmahan. Kuat. Jangan mudah mengalah.

*Eh,sedar tak sedar aku tulis pasal dua orang minah yang sengal dalam entry ini. Sorrylah, teremo punya pasal. Maaflah kalau ada yang terasa. Tapi ini sekadar satu cerita disekeliling aku. Saja berkongi. Ingat, sharing is not always caring tau! Huhu. Bye!*

Aku Bakal Menulis Novel? Ini Betul Betul Kerja Giler!

Actually sejak kebelakangan ini aku mendraft dulu entry entry aku sebelum menpublishkan kat dalam blog. Semua gara gara kekritikal broandband celcom aku. Therefore, untuk mengurangkan ketagihan menulis, mengarut untuk meluahkan isi hati, aku rasa ini cara terbaik.


Jadi sila jangan tertipu dengan tarikh yang tertera dalam blog ini. Kemungkinan yang amat besar aku tidak menulis pada tarikh tersebut. Tapi aku hanya menpublish saja pada hari itu.

Aku sekarang cuma bergantung pada wifi kolej kat kampus atau pun pada cybercafé saja. Tapi aku dalam proses mencari modem baru. So,sebelum itu, ini cara paling baik okay.

Actually aku tak berniat nak tulis apa apa sekarang ini. Yelah memandangkan sekarang pun dah nak masuk waktu maghrib dan aku pun masih belum mandi, jadi aku pun tak naklah duk melayan perasaan depan laptop ini. Tapi bila aku terbuka blog dalam speed yang sangat lambat tapi laju sikit daripada biasa, aku terbaca satu komen kat shoutbox aku. Serius aku nak bagitahu pada si pengkomen tu,”adakah anda yakin yang saya bakal novelis yang anda cari? I think you are crazy. Saya tak pernah terfikir tentang itu. Walaupun saya punya impian itu.”

Novelist. Aku memang berminat. Acap kali jugak aku pernah berangan untuk menghasilkan novel. Tapi aku pasti tak ada ada sesiapa yang berminat untuk beli. Aku pencinta novel sejak dulu. Aku terdedah dalam pembacaan novel sejak berumur 12 tahun lagi. Waktu tu aku sekadar membaca novel novel yang dalam kertas recycle. Kertas kuning tu. Itupun aku baca secara curi curi dari dalam bilik mama dan abah. Tapi lama kelamaan mama seperti mengizinkan aku terus membaca novel. That why most of the novel yang lama lama,aku dah baca. Pernah tengok travelog Cinta kat TV1? Amyza Adnan dengan Rosyam Nor berlakon tu, aku dah lama baca kesemua novel untuk cerita tu. Cerita tu gabungan 3 buah novel. Ketiga tiga novel tu aku dah tamat baca since aku form three rasanya kot.Atau mungkin lebih awal dari itu. Hebat tak hebat. Orang lain sibuk baca buku sekolah, aku baca novel. No wonderlah aku lembab kalau belajar matematik dulu. Hahahahahaa

Sebelum ini memang ada yang cakap, ayat ayat dalam blog aku romantic, puitis, bombastic la bagai bagai. Tapi aku tak amik kisah pun. Bagi aku, aku sekadar meluahkan apa yang ada dalam hati. Aku tak mampu menulis macam blogger blogger lain yang terkenal. Aku pernah mencuba untuk menulis macam diaorang, tapi entah kenapa aku rasa itu bukan jiwa aku. Aku terasa macam ayat yang aku tulis terlalu kasar pada bunyi dalam ayat. Jadi aku cuma mengikut gerak hati. Menulis dari hati.

Aku bahagia dengan menulis. Menulis apa yang ada dari dalam hati. Terus meluah keatas kertas kosong. Aku bukan budak seni tapi aku berhati lembut. Aku tak nafikan yang aku sendiri ada puluhan draf draf penulisan yang aku simpan. Tapi itu semua lebih kepada curahan hati. Rintihan hati. Masalah peribadi. Aku sanggup mengabiskan duit hanya sekadar dapat menulis sebuah penulisan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati. Biar aku tidur dalam kelaparan asalkan aku tak tidur dalam keadaan yang tertekan kerana tak dapat meluahkan perasaan. Sebab tu aku katakan yang blog, laptop adalah sahabat terbaik aku. Tanpa kedua benda ini, mungkin aku akan mati dalam keadaan tertekan.

Untuk menjadi novelist mungkin bukan cita cita aku sekarang. Aku masih belum nampak apa yang boleh aku sumbangkan pada masyarakat. Mampukah aku menjadi seorang novelist yang baik? Yelah sedangkan menjadi seorang blogger saja,aku terpaksa berdepan dengan pelbagai bagai jenis strangers. Tapi aku tak nafikan kalau satu hari nanti aku mahu melahirkan sebuah novel hasil dari hati aku. Mungkin agak kelakar bunyinya. Tapi siapa tahukan. Siapa tahu takdir yang telah Allah tentukan buat aku.

*Kalau benarlah aku mampu melahirkan sebuah novel, mampu ke aku mencari “Firas Ali” miliku? Macam dalam novel Kau Laksana Bulan tu. Sumpah hati aku tertarik dengan cerita novel tu. Entahlah. Aku sendiri tak punya idea untuk menjawab semua ini.Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa ke atas hambaNya.*

Kematangan

Aku baru berumur 21 tahun. Masih belum genap 21 tahun. Tapi aku berbangga kerana dalam usia aku sebegini aku dikelilingi oleh ramai manusia yang matang. Aku sendiri belajar kematangan itu dari pada mereka. Sungguh aku sangat menghargai pengalaman ini.


Dalam usia semuda aku, aku kagum melihat manusia sekeliling yang meniti hidup dengan kematangan melangkaui umur. Usia bukanlah satu halangan yang menentukan seseorang itu matang ataupun tidak. Matang itu terlalu susah untuk digambarkan.

Semestar ini aku mengenali seorang kakak yang usianya tua setahun daripada aku. Dalam usia semuda dia telah selamat mendirikan rumahtangga dan alhamdulilah telah selamat dikurniakan seorang anak. Kagum. Aku cukup kagum. Kagum kerana usia semuda itu dia sedaya upaya memenuhi impian ibubapa untuk menamatkan pengajian diploma sambil tidak mengabaikan tanggungjawab seorang isteri. Sanggup memikul dua tanggungjawab yang penting demi insan insan yang tersayang. Dia cuma seorang wanita yang kecil molek sama seperti mahasiswi lain di kampus. Namun daripada gaya dia, cara percakapan dia, aku nampak kematangan dia sebagai seorang ibu dalam usia yang begitu muda.

Aku juga mengenali seorang kakak yang usianya lebih menjangkau dari aku. Tapi entahlah. Aku masih tak nampak kematangan dia untuk usia dia. Aku cuba mencari. Tapi ternyata yang aku tak jumpa atau mungkin aku belum jumpa. Perangai keanak anakan dia terserlah. Sungguh.

Aku cuba memberi tekanan untuk melihat kematangan dia tanpa dia sedar.Dan aku berjaya. Aku berjaya membuktikan bahawa dia tidak mampu berdepan dengan tekanan sambil membuat sesuatu keputusan yang matang. Kejam ke aku? Mungkin. Mual jugak kalau berdepan dengan orang tua namun masih tak mampu berfikir dengan matang.

Aku? Aku tahu dan aku yakin aku masih belum matang sepenuhnya. Aku belum mampu menjadi manusia yang matang sebelum usia. Cukuplah aku cuba sedaya upaya menjadi manusia yang matang selari dengan usia. Kematangan bukan sesuatu benda yang mampu diukur. Ianya lahir dari sebuah pengalaman hidup yang tertulis dalam hidup seseorang manusia.

Tuesday, February 22, 2011

Tribute Untuk Seorang Kawan

Semasa menulis entry ini aku sedang dengar lagu Perpisahan Ini by Aizat and 1edition. Entahlah. Aku sebenarnya tengah sedih sedih sangat. Rasa nak menangis. Tapi aku tahan.


Tiga tahun bersama. Tapi harini aku dan kawan kawan dikejutkan dengan berita salah seorang dari kawan aku terpaksa extend. Semua sebab dia dapat kerja kerajaan sebagai pembantu pegawai kewangan kat salah satu sekolah di Pasir Gudang. Serius. Sedih sangat.

Tinggal sikit lagi lagi perjalanan untuk sampai kepenamat diploma. Tapi dia terpaksa pergi. Aku dan kawan kawan terpaksa melepaskan. Mungkin itu yang terbaik. Terbaik untuk dia. Dan aku doakan dia berjaya. Semoga Tuhan merahmati jalan pilihannya. Dan aku pasti merindukan kau.

Kau orang yang bertuah,kawan. Rezeki kau selalu murah. Kau selalu dapat benda yang orang lain susah nak dapat. Mungkin kau rasa kau biasa biasa saja. Tapi aku bangga dengan kau. Kau hebat. Hebat. Tak semua orang mampu melepasi temuduga untuk jawatan kerajaan. Kau terbaik. Cuma satu je harapan aku dan aku pasti ini pun harapan semua kawan kawan kau jugak, sambung study diploma kau. Satu langkah je lagi. Even kau tak sempat konvo sama sama kiteorang, tapi aku nak kau konvo jugak. Aku betul betul nak tengok kau genggam diploma. Jangan sia siakan usaha kau sepanjang 5 semestar ini.

Ingat nanti bila kau dah berjaya ada jawatan tinggi, jangan lupa kawan kawan kau yang baru nak hidup. Even kau jauh dengan kitaorang, kitaorang tetap sayang kau. Jaga diri kau baik baik kawan. Terima kasih sebab kau sudi hiasi hari hari aku sebelum ini.

*Aku paling tak suka bila berlaku perpisahan. Dan bila hari ini aku terpaksa berdepan dengan perpisahan, aku rasa sedih sangat sangat. Ya Allah, tak lama lagi pun aku terpaksa berpisah dengan lebih ramai kawan kawan kat kampus. Tak sanggup rasanya. Damn! Lagu Kau ilhamku pulak tengah on-air. For surelah air mata aku keluar.*

Macam Budak Baru Nak Up

Semalam aku menangis. Aku pun tak tahu sebab utama aku menangis. Tak lama lepas tu aku ketawa. Ketawa macam nak berguling guling dari atas gunung sampai ke kaki gunung. Bodoh kan? Bodoh sangat.


Entahlah. Aku masih mentah. Mentah walaupun umur semakin bertambah. Masih mentah sampai tak mampu baca perasaan hati sendiri. Betullah kan kata orang aku ni tak matang tapi baget macam bagus. Hahahaha.

Kata orang, perasaan suka selalu dapat melahirkan perasaan sayang. Tapi sayang masih belum mampu membuahkan cinta. Cinta memang bermula dengan sayang. Tapi sayang takkan semudah yang disangka untuk melahirkan cinta. Unikkan cinta? Mungkin apa yang aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa. Nampak macam bodoh. Tapi itu kenyataan. Kenyataan yang yang aku kene hadapi.

Melepaskan sesuatu yang kita sayang mungkin benda yang susah. Apatah lagi dia yang paling rapat. Ayat terbaik yang sekadar cuma mampu menyedapkan hati aku,dia bukan jodoh. Kalau betul dia jodoh, dia takkan kemana punya. Cuma kene percaya dengan takdir yang dah Tuhan tetapkan.

Merembes rembes jugaklah airmata ni menitis. Serius sedu sedan jugak la aku. Tapi entahlah, tak lama lepas tu aku boleh bergayung dengan best friend aku,ketawa sampai guling guling. Siap boleh sengeh sorang sorang depan laptop. Apa kene entah dengan aku ini. Mungkin doa orang ramai dah pun dimakbulkan. Mulut orang lainkan masin. Tengok,kan aku dah jadi giler. Tak pasal je.hahahahaha

Saturday, February 19, 2011

Padan Muka Aku

Umur dah tua. Tapi perangai macam budak budak. Nak menangis konon konon. Dah tak sedar diri betul la aku ini. Kan mata tukar jadi panda. Kepala pulak migrain. Memang sengaja cari pasal!

Ingat. Kau bukan budak budak sekolah menengah. Kau dah besar okay. Dah patut berfikiran matang. Ini bukan main pondok pondok. Bukan main kahwin kahwin. Ini masa depan. Jangan nak main main.

Jangan nak buat lawak antarabangsa. Kau bukan raja lawak okay. Kene matang. Jangan degil. Cuba dengar pendapat orang lain! Masalah terbesar kau, kau degil. Degil taknak dengar cakap orang. Dah kene baru nak menyesal. Padan muka!

Aku Memang Budak Malang, Separuh Nyawa Melayang

Assalamualaikum. Aduhai. Penatnya badan aku. Banyak sangat benda yang aku nak tulis. Yang aku nak share. Boleh tak agaknya aku lepaskan beban yang ada kat bahu aku sekarang ni dengan sekali lafaz je? Sumpah aku tak larat giler.

Sampai hari ini aku masih nak jamah kek yang aku ngidamkan. Sumpah aku terliur liur waktu tidur. Sumpah aku nak menangis sebab aku tak mampu hadiahkan sepotong kek untuk diri sendiri. Padahal bukan mahal pun kek yang tu. Tapi aku masih belum mampu makan. Aku terasa macam manusia paling tak guna sekali sebab tak mampu beri diri sendiri makan. Ya Allah, apalah malang sungguh nasib aku. Ternyata aku manusia yang malang. Malang sangat.

Mulai minggu ni aku kena bertungkus lumus. Nak masuk bulan March. Banyak benda menunggu. Banyak assigment menanti untuk aku settlekan. Ada lagi test yang perlu aku bereskan sebelum grad. Masih banyak final projek yang mesti aku submit sebelum tinggalkan hutan ini. Aku tak tahu mana lagi ketahanan yang boleh aku gapai. Mungkin bila mengenangkan muka mama, abah, itu yang boleh menguatkan aku menamatkan pengajian ini. Sungguh aku tak larat. Tapi aku kene kuat. Kuat untuk terus hidup. Bukan ke aku memikul banyak harapan. Ya Allah kuatkanlah aku.

Hati. Apa sebenarnya yang ada pada kau. Aku tak mampu membaca hati aku. Aku tak tahu apa yang ada pada hati aku. Sungguh aku terasa akulah manusia yang paling malang bila aku tak mampu menafsirkan apa yang ada dalam hati. Apa sebenarnya isi hati aku. Ya Tuhan. Berikan aku petunjukMu. Benar ke apa yang aku rasa ini sebenarnya perasaan aku. Bantu aku.

Alhamdulilah. Hari ini aku rasa seperti badan aku melayang. Nyawa aku macam terbang kene tiup angin. Sumpah aku rasa penat sangat. Tak pernah aku rasa penat macam ini sekali. Penat macam aku kene kerah untuk kerja kat tempat pembinaan je. Ya Allah. Aku semakin lemah. Lemah. Aku tak larat. Rasa macam aku nak lari dari semua benda ini. Tak larat aku nak menanggung kesakitan. Sakit. Hanya Tuhan je yang tahu sakitnya aku. Tuhan, sabarkan aku yang sememangnya tak sesabar mana nih.

Entahlah. Dari apa yang aku lalui hari demi hari, aku rasa hidup aku setiap hari malang. Malang bertimpa timpa. Bukan kene timpa tangga. Tapi dah macam kene timpa besi kat port kapal dah ini. Sabar wahai diri. Sungguhnya ada hikmah pada setiap apa yang berlaku. Semoga aku kuat hadapi semua ini. Amin.


*Aku rindu dia. Sungguh. Rindu. Kami semakin rapat. Tapi aku takut. Takut meletakan harapan.*

Monday, February 14, 2011

Masalah Kalau Jadi Aku

Sekarang aku ada kat Cyber Cafe. Sangat tak suka bila kene merempat untuk mengupdate blog dalam ini. Broadband aku semakin kritikal. Aku rasa sedih sangat. Mungkin dah fitrah jadi aku. Bersedih itu penting. Dan aku rasa tak normal kalau aku tak sedih. Macam macam aku nak tulis. Banyak sangat. Banyak sampai aku rasa nak meleleh airmata ini. Okay aku tahu aku tak boleh menangis depan blog ini macam selalu. Tapi sekurang kurangnya aku sanggup mencari tempat untuk online hanya untuk menulis.

Sejak dua tiga hari lepas aku teringin sangat. Teringin tahap gaban nak makan kek. Kek berkrim. Tak nak kek kosong. Mungkin ini dikatakan sydrom orang yang nak sambut birthday agaknya. Aku tak memilih. Tak nak yang mahal. Tak nak kek secret recipe. Nak kek biasa je. Sumpah aku tak heran dengan kek secret recipe. Aku bukan anak orang kaya yang mampu makan secret recipe. Aku anak orang sederhana je. Cukuplah dapat makan kek yang sederhana pada rasa dan harganya.

Aku rasa nak menangis je bila tak dapat makan kek. Faham tak aku sampai boleh termimpi mimpi bergaduh dengan pekerja kat dewan makan semata mata sebab kek. Faham tak aku mengidam. Faham tak aku nak sangat. Dah lama sangat rasa nya aku tak makan kek. Dapat sepotong pun aku dah bersyukur. Hari Sabtu lepas tu aku dah keluar ke bandar. Tapi agaknya aku memang bukan manusia yang bertuah kot. Mencari kek masa bandar dalam proses recover. Mana nak jumpa. Tepung dah hanyut time banjir. Mana nak dapat kek. Dasar perempuan giler yang meroyan betullah aku ni.

Masalah betullah kalau jadi aku ini. Aku kerap mengidam makanan. Macam dulu aku teringin nak makan kuih kasturi. Tapi aku memang banyak bad lucky kot. Time aku nak, mengidam benda tu, time tulah benda tu susah nak dapat. Padahal kalau hari hari lain senang je nak dapat. Berlambak jual kat pasar. Tapi bila aku mengidam sampai keluar air liur basi pun, belum tentu aku boleh dapat.

Itu kuih tradisional. So kira logiklah susah nak dapat. Tapi percaya ke tidak yang aku pernah mengidam nak makan KFC dengan MC Donald jugak? Mesti takda yang percayakan? Tapi serius. Aku pernah sekali mengidam macam orang yang tak pernah makan KFC dengan MC Donald. Sebab masa tu aku tengah sesak giler. Takkan nak mintak parent bank-in duit semata nak melahap satu set KFC dengan satu set MC Donald pulak kan. Dah kira melampau tu. So aku senyap je. Sampailah balik rumah, baru aku mintak mama belikan untuk aku satu family.

Nampak tak, benda sesenang itu pun aku boleh teringin sampai mengidam ngidam nak makan. Sampailah kawan aku cakap kat aku,"kau inikan. Time benda tu ada, bersepah sepah, taknak pulak mengidamlah teringinlah. Tapi time benda tu susah nak dapat, susah nak cari, time tulah kau mengidamlah, teringinlah. Dah tu sampai mimpi mimpi keluar air liur basi. Tak senonoh betul!". Hahahahahaha. Kelakarkan? Tapi sumpah aku kalau teringin memang boleh sampai bawak masuk mimpi, sampai keluar air liur basi. Malang sungguhlah kalau siapa kahwin dengan aku ini. Memang kerja dia kene mencari benda yang aku ngidam je sampai dapat. Kalau tak memang terkene air liur basi aku jelah time tidur. Hahahahahaha.

Masalah sekarang ini aku teringin nak makan kek. Makan kek biasa je. Taknak yang mahal mahal. Aku takda pakwe yang boleh tolong support, takpun yang boleh tolong delivery untuk aku. Jadi aku kene usaha untuk dapatkan sendiri. Oleh itu, esok aku nak pergi celcom centre yang aku sendiri tak tahu dah bukak ke ke belum. Maklumlah kene banjir besar haritu. At the same time jugak, aku nak teruskan misi mencari sepotong dan mungkin beberapa potong kek. Ikut keadaan. Wish me luck. Semoga esok hari bertuah aku!


*Really hope untuk dapat kek esok!*

Friday, February 11, 2011

Dari Sudut Paling Dalam, Dalam Hati

Actually, banyak sangat story yang nak tuliskan. Banyak benda yang dah pun aku tuliskan sepanjang aku tak online hampir seminggu ni. Macam macam benda jadi. Tapi aku rasa benda ini paling penting. So aku decide untuk tulis benda sebelum broadband aku mogok untuk kesekian kalinya dan akan menyebabkan aku menyumpah untuk kali yang seterusnya. Jadi biarkan kisah ini aku tulis. Sekurang kurangnya kuranglah sikit rasa bersalah aku.

Tarikh itu dah berlalu. Alhamdulilah. Sebenarnya aku terlupa tentang tarikh itu. Aku sedar mengingati bulannya saja. Tapi sebaik saja aku menjejakan kaki dalam kampus hari ahad lepas, hati aku seolah olah rasa yang sesuatu. Sesuatu yang aku lupa. Aku cuba mengingat. Tapi aku seakan was was. Dan aku cuba mencari kebenaran. Alhamdulilah. Aku jumpa sesuatu itu.

Entry ini aku potretkan untuk seseorang yang secara tak sengaja yang hidupnya aku masuki.

Untuk awak. Saya tak tahu sama ada awak masih membaca blog saya ini atau tidak. Tapi saya yakin awak ada di sini. Tahniah awak. Sebenarnya saya cadang nak ucap tahniah kat awak secara direct. Tapi bila fikirkan kebahagian awak, saya tahu. Saya tak ada hak untuk mengacaunya. Dan saya tahu awak tak izini saya merosakkan hari bahagia itu kan. Saat saya tahu awak dah punya orang lain,saya rasa sangat bersyukur. Entahlah. Saya tak tahu. Apa yang saya tahu saya bersyukur sebab awak terlepas. Saat awak bertunang dulu, saya manusia yang paling shock. Tapi melihat senyuman itu. Saya tahu awak bahagia. Dan awak masih berbahagia sehingga saat inikan? Alhamdulilah. Awak, saya tak tahu jauh mana, sedalam mana bencinya awak pada saya. Tapi melihat senyuman bahagia awak, saya tahu saya ada menyumbang kebahagiaan awak tanpa saya dan awak sedar. Ya mungkin sebab jodoh. Saya menjadi penyebab untuk semua kejadian ini. Benar kata awak dulu. Kehadiran saya tepat pada waktunya tapi salah pada masanya. Mungkin masih ada lagi dosa yang belum awak maafi saya. Saya sedar. Saya juga perempuan. Dan kalau saya jadi awak, saya yakin saya akan bertindak seperti awak atau lebih lagi.

Untuk awak. Selamat pengantin baru. Semoga kegembiraan, kebahagiaan dan senyuman itu terus jadi milik awak. Tolong jangan biarkan air mata awak menitis lagi sebab kesedihan. Saya akan rasa bersalah untuk air mata itu. Awak sangat cantik. Awak tampak hebat. Terserlah kejelitaan awak. Saya yakin kesedihan awak terbalas dengan senyuman kebahagian ini kan? Alhamdulilah. Semoga selepas ini awak terus bahagia. Bahagia ke akhir hayat. Awak wanita hebat. Saya kagum. Tahniah.

Yang ringkas untuk si suaminya. Awak bertuah sebab memiliki dia. Jangan buat dia menangis. Dia wanita yang hebat. Semoga bahagia. Tahniah.


Untuk anda yang tak mengerti apa yang aku tulis, apa yang luahkan ini, abaikan saja entry ini. Ia tiada kaitan dengan hidup kalian. Cuma aku semakin percaya bahawa setiap yang terjadi atas muka bumi ini ada hikmah tersendiri. Cuma terpulang pada kita, samaada kita sedar ataupun tidak. Yang penting kita jangan berputus harap. Berjalanlah. Yakinlah. Pasti dihadapan sana ada jalan yang mampu buat kita bahagia. Tuhan tak akan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu kita pikul. Yang penting kita bersabar dan bertahan. Mohon pertolongan dariNya.Dia sentiasa ada untuk kita. Semoga kebahagiaan menjadi milik kita semua. Mudah mudahan. Amin.

Saturday, February 5, 2011

Maaf

Mulai sekarang aku akan busy.

Maafkan aku.

Tak lama. Sekejap je.

Aku takkan lupa untuk berblog.

Cuma aku mungkin tak sempat untuk publish.

Sory.

Kalau aku dating, nanti aku  publish.

I swear!

Sorry. Sayang semua.

*Design baju Heliza Helmi lawa lawa. Teruja nak beli. Tapi kene capai target dulu. Wish me luck!*

Tolong Fahamkan Aku

Semalam puas aku bersembang dengan seorang teman. Teman lama. Mungkin tiada apa yang menarik. Sekadar berbual kosong. Tapi aku tertarik dengan satu benda yang kami bincangkan yang berkaitan kehidupan.


“Kau pernah dengar tentang pepatah melayu? Pernah tak kau terfikir kenapa orang dulu dulu cipta segala macam pepatah dalam kehidupan. Yelah sedangkan kebanyakan pepatah itu bukannya logik. Kekadang itu langsung tak boleh diterima akal. Mengarut. Pernah tak kau terfikir?”

Aku terdiam. Aku cuba berfikir. Cuba memahamkan setiap patah perkataan yang cuba dia sampaikan. Dan aku rasa aku berpendapat yang sama. Yelah orang zaman sekarang, zaman moden, mana ada yang berbahasakan pepatah melayu lagi.

“Kau tahu setiap orang ada macam macam cerita hidup tersendiri. Tak semua orang hidup dalam pelangi. Tak semua orang hidup dalam airmata. Hidup ada banyak versi. Dan setiap versi berlainan. Tak siapa dalam hidup ini yang boleh menyatakan salah kepada hidup orang lain. Setiap orang dilahirkan dengan jalan cerita yang berbeza. Hidup kau berbeza. Hidup aku berbeza. Mungkin aku tak rasa kesukaran hidup sebagai kau. Dan kau juga tak tahu kesukaran hidup sebagai aku. Bak kata pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.”

Aku terfikir. Berat memang berat. Berat sebab kita saja yang tahu apa yang kita rasa.

“Kau tahu sebab apa pepatah itu dicipta? Pepatah itu dicipta sebab orang dulu dulu nak kita jadi tempat yang dipandang. Tapi hari ini kebanyakan kita sekadar memandang bukannya dipandang. Memandang dan dipandang adalah dua benda yang berbeza. Bila kita memandang, kita cuma sekadar dapat melihat tanpa merasa. Tapi bila kita menjadi yang dipandang, cuma kita saja yang tahu apa yang kita rasa, apa yang kita lalui. Beza bukan?”

Betul. Aku setuju. Memandang dan dipandang, dua benda yang berlainan.

“Contoh yang paling mudah. Penyakit kanser. Orang kata penyakit tu sangat sakit. Orang lain mampu bercerita tentang kononnya kesakitan kanser yang sangat sakit, tapi ramai yang terlupa bahawa peaskit kanser sendiri saja yang tahu macam mana kesakitan itu. Orang lain mungkin hanya dapat bercakap, bersimpati, tapi yang menanggung hanya si pesakit.”

Aku faham apa yang cuba dia sampaikan. Sebagai manusia yang ada sifat belas kasihan, kita jangan hanya mengangungkan bahawa kita memahami seseorang. Untuk memahami seseorang bukan perkara yang mudah kalau kita meletakan diri hanya sebagai yang memandang bukan menjadi yang dipandang. Menjadi pemandang adalah benda yang mudah tapi susah apabila menjadi apa yang dipandang. Sebab cuma dia sorang je tahu apa yang dia rasa.

“ Kau kene ingat. Jangan menyalahkan orang lain kalau orang lain tak mampu memahami isi hati kita. Mungkin kita dilihat salah. Tapi kita tak harus menyalahkan mereka. Mereka cuma memandang. Kita menjadi apa yang dipandang. Berbeza. Mereka melihat dari apa yang mereka pandang, tapi kita memandang dari apa yang kita rasa. Cuba kau letak diri sebagai apa yang dipandang baru kau faham sikit apa yang dipandang. Percayalah. Kau fahamkan apa aku cakap”

Entahlah. Ayat tu terlalu rumit. Aku seakan mengerti dan seakan tidak mengerti langsung. Tolong fahamkan aku. Tapi untuk kau teman, terima kasih atas segala kata kata ini.

Bumi Mesir Bumi Malaysia

Sekadar berkongsi tentang isu semasa. Mesir. Sebuah negara yang sedang bergolak. Bergolak hanya disebabkan kepincangan politik negara itu. Dan Mesir juga menempatkan ribuan rakyat Malaysia yang menuntut di Universiti. Bila terbaca berita dalam suratkhabar, aku terfikir. Macam mana kalau aku ada di tempat itu. Mampu ke aku bertahan sehingga aku diselamatkan? Entahlah. Tak tercapai akal aku kesitu. Cuma aku mampu mendoakan agar bumi Mesir akan kembali tenang. Dan aku berdoa agar semua rakyat Malaysia dapat diselamatkan. Mereka permata negara. Jangan biar permata ini musnah atas bumi asing.

Bumi Malaysia. Banjir. Mungkin antara banjir terburuk. Mana taknya. Menurut akhbar mahupun berita tv, bumi Segamat telah menjadi pulau. Musnah habis. Lumpuh habis. Itu baru yang di Segamat. Belum termasuk di daerah jiran jirannya macam Labis, Batu Pahat, Gemas, Jasin.

Musnah habis. Rosak barang mungkin boleh ditukar ganti. Tapi kalau rosak rumah, siapa yang sanggup mahu membayar ganti rugi? Mungkin kalau sekadar rumah papan kecil tiada siapa yang terkilan. Tapi kalau rumah yang besar, sungguh aku bersimpati kepada nasib penduduk ini. Ini mungkin dugaan untuk mereka. Tuhan takkan menguji kita kalau kita tak mampu mengadapi ujian Dia kan? Semoga akan ada hikmah untuk semua ini.

Mungkin ini satu petanda. Petanda bumi semakin unzur. Semakin tua. Semakin dimamah usia. Masya Allah. Tak terbayang rasanya aku dengan semua ini.

Pengalaman Pertama

Dah 3 tahun aku merantau. Tak jauh. Cuma di bumi Johor saja. Jauh berjalan, banyak pengalaman yang aku timba. Penat, lelah, sakit, jatuh semua aku rasa. Kali pertama balik naik train setelah 3 tahun belajar disini. Pada mulanya sangat berdebar. Yelah first time. Tapi tak cuba, tak tahu kan? Dah cuba baru tahu.


Bertemankan kawan kawan sekelas seramai sembilan orang satu benda yang sangat menyeronokan. Sembilan orang mungkin angka yang sangat kecil. Tapi angka itu cukup besar untuk menunggu train sekitar jam 2.45pagi. Tengah tengah pagi buta kami bergembira untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Kenapa aku memilih train bukannya bas? Sebabnya cuma satu, rasa tak sabar nak balik mendorong aku nekad memilih train. Mungkin juga melihat keadaan bilik dan kolej yang kosong seolah olah mengalau aku menyebabkan aku semakin nekad.

Hujan? Aku rasa sepanjang hari meniti hari hari terakhir dibumi kampus, aku bermandikan hujan. Hujan. Hujan. Hujan. Tanpa henti. Sangat lebat. Air sungai seakan memberitahu yang bumi Johor bakal dibanjiri air. Dan aku bersyukur sebab aku memilih train walhal aku berdepan dengan risiko yang tinggi. Teringat aku dimana ada train yang tergelincir dari landasan di Gemas semester lepas. Cuak memang cuak. Tapi kene kuatkan hatikan?

Banjir? Masa dalam perjalanan ke stesen keretapi memang banyak rumah yang dah selamat di tenggelami air. Kawasan rendah terutamanya. Habis. Kesian. Melihat sungai, aku yakin yang bumi ini tak akan bertahan lama sebab sungai sudah tak mampu menanggung air yang banyak. Alhamdulilah sebab aku tak terperangkap dalam banjir. Mungkin kalau aku terlambat sedikit, aku mungkin terperangkap. Bandar yang serba kekurangan itu sekarang lumpuh. Lumpuh disebabkan banjir.

Rupanya menaiki train adalah satu benda yang seronok. Walaupun space tak sebesar bas, namun ia tetap mampu menidurkan mata ini. Tapi bila teringatkan bunyi dengkuran yang kuat, yang mengejutkan aku, aku rasa sangat kelakar. Aku rasa nak ketawa bila tersedar dengan bunyi dengkuran itu. Serius memang rasa nak hempuk nyoya itu. Ingat dia sorang je yang bayar tiket ke hah. Aku pun bayar gak tau. Nasib murah lagi dari tiket bas. Muahahahahahaha.

Pengalaman berjalan kaki dari stesen ke MC Donald jugak menyeronokan. Yelah. Mana ada anak anak dara pakai baju lawa lawa, bershawl bagai bagai berjalan kaki selewat pukul 10.30 malam di bandar kecil itu. Mungkin kerana rasa lapar, itu yang mendorong kami, anak anak dara, berjalan sejauh itu. Mungkin sudah tertulis yang kami perlu bermandikan air air takungan hujan untuk sepanjang hari itu. Yelah bila jalan berlopak, air bertakung dan kereta bergerak tanpa sedikit berkira kira samaada kami terkene tempias air atau tidak. Apa yang mampu kami lakukan hanya sekadar menjerit sambil meluahkan kegeraman. Hahahaha. Sangat kelakar bila teringatkan waktu itu.

Mengabiskan sisa sisa baki masa yang ada dengan melayan kawan kawan sambil masing masing takut melihat seorang makcik yang kurang siuman. Ala ala macam takut polislah macam tu. Hahahahaha. Mungkin polis mampu bertindak dengan akal yang waras, tapi makcik ini tiada siapa yang dapat menduga.

Pengalaman ini sangat seronok dan sangat manis untuk aku. Untuk tahun yang terakhir ini.

Cerita Basi

Ini cerita sebelum aku ditempa ujian Tuhan di rumah. Agak basi sebab benda dah terlalu lama. Maaf sebab aku tak punya masa untuk bercerita. Mungkin tak perlu maaf aku ucapkan. Yelah siapa sajalah yang mahu membaca blog ini. Tapi takpe. Sekadar melakar kenangan itu tak salah kan??


Sebelum cuti midsem ini aku sebenarnya ditahan di kampus tercinta. Jadi tahanan sementara. Bukan sebab banjir apatah lagi sebab ada kelas. Semua gara gara trip yang berharga RM19 dan markah 10 percent untuk subjek Enterpreneurship. Kalau sebelum ini aku ada bagitahu yang aku akan ke negeri Terengganu kan? Tapi faktor cuaca tak mengizinkan aku dan budak budak course ke sana. Aku memang berharap sungguh trip tu dibatalkan. Tapi angan angan tak jadi kenyataan. Tak apalah.

Aku kemana? Ke sebuah daerah kecil di Johor juga. Pagoh. Mungkin ada yang takpernah tahu akan wujudnya kawasan ini. Untuk aku, aku pergi sekadar memuaskan hati pensyarah aku. Nampak dia sangat bersungguh sungguh untuk kesana. Rasa bersalah pulak kalau sebagai student dia tak tunaikan. Kami ke Nasuha Herbs. Satu satunya perusahaan terbesar herba di Malaysia. Berkenalan dengan pemilik ladang herba mungkin bagi aku tiada apa yang menarik. Apa ada dengan herba kan? Mungkin aku bukan dilahirkan sebagai pewaris herba herba.

Pengalaman? Entahlah. Kalau ditanya tentang apa pengalaman yang terbaik untuk aku ceritakan mungkin jawapan aku ringkas. Pengalaman bermandi hujan time naik train lori bersama kawan kawan itu menarik. Sebelum naik muka dihiasi senyuman untuk melihat apa yang ada diatas bukit. Tapi bila terpaksa menempuh hujan dalam perjalanan, muka masing masing kelihatan sangat redha dengan kebasahan. Hahaha. Sangat challenging bukan? Walaupun masing masing tak suka diselimuti pakaian yang basah kuyup tahap mandi laut, tapi aku percaya mungkin itu pengalaman yang paling manis. Secara logiknya memang tak berbaloi bayar RM19 untuk menikmati air hujan. Tapi aku dapat rasa keseronokan itu.

Makanan? Nama pun datang ke tempat yang dipenuhi pelbagai jenis herba, sudah tentu kami bermandikan segala macam juadah berasaskan herba. Untuk breakfast kami dijamu dengan mihun yang mungkin dicampurkan sayur herba dan juga karipap bersama dengan pelbagai jenis teh herba. Apa rasa teh herba? Dah tentu sangat tak sedap. Aku cuma dapat minum setitik teh herba saja. Maafkan aku ye tuan pemilik herba. Aku bukan dilahirkan sebagai pemakan herba sejati. Hahaha. Makan tengahhari pulak, Nasi Beriayani Ayam Herba dan teh herba. Lihat dan dengar namanya saja pasti semua orang kata hebat. Untuk aku, tak hebat langsung. Tak ada apa yang menarik. Makan nasi ayam di pasar malam itu adalah jauh lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan menu itu. Minum petang pulak sekadar makan mee goreng bersama kek dan turut juga teh herba. Nampak bukan yang kami semua dimandikan dengan masakan herba sepanjang hari. Dan aku bersyukur sebab kami tak perlu bermalam disana. Kalau bermalam, entah apa pulak menu untuk makan malam. Tak sanggup aku bayangkan.

Konklusi? Mungkin trip ini tak ada yang menarik pada keseluruhannya. Tak ada yang istimewa dimata aku atau kawan kawan. Mungkin ada diantara kami menganggap trip ini sia sia dan membazir duit. Aku tak nafikan itu. Tapi untuk aku, cukuplah sekadar memuaskan hati pensyarah aku. Dan aku akan pastikan yang aku dan kawan kawan yang kebasahan dalam hujan mendapat gred yang baik untuk subjek ini. Itu janji pensyarah kami atas kekuyupan hari itu. Kami pasti tuntut! Hahahaha.

Wednesday, February 2, 2011

Terima Kasih

Alhamdulilah.
Aku tahu ini bukan penamat.
Aku tahu ini sekadar ujian dipertengahan.
Terima kasih.

Terima Kasih Tuhan.

SEHATI BERDANSA