TABUNG SAKURA

Tuesday, June 29, 2010

Boleh Tak Aku Taknak

Aku taknak balik sana
Aku taknak terperuk kat sana
Aku taknak stress bila kat sana
Aku rasa aku tak bersedia lagi


Kenapa masa berputar dengan cepat
Kenapa masa berlalu dengan cepat
Kenapa masa tak berhenti bila aku mahu ia berhenti
Kenapa doremon itu hanya wujud sebagai imaginasi saja


Tuhan
Aku tak rasa aku mampu
Aku tak rasa yang aku kuat
Aku tak rasa air mata aku takkan jatuh lagi
Aku tak rasa aku gembira bila disana


Tapi aku percaya yang Kau tak menduga aku kalau aku tak mampu
Tapi aku percaya yang Kau ada dengan aku
Tapi aku percaya yang Kau dengar rintihan aku
Kuatkan aku untuk terus disana cuma untuk lagi setahun ini


*Sorry. Aku tak mampu nak kawal emosi lagi.Aku jadi terlalu sedih nak berpisah dengan keluarga,nenek,atuk,kawan kawan baik aku. Aku rasa sebak sangat bila ingat betapa sakitnya aku menahan semua rasa pahit.Aku taktahu sama ada aku boleh ke senyum,ketawa macam kat rumah bila aku kat sana nanti. Maaf airmata aku tak dapat dibendung lagi.Pengalaman hari itu sangat pahit,*

Sunday, June 27, 2010

Sorry I'm Always Be Your Stalker

Dulu..
You said that I am  the big stalker
Yes,I agree that I am the big stalker
I'm always mengintip intip awak
Dan saya tahu awak tahu yang saya selalu stalker awak

Saya tak pernah menyalahkan awak tentang semua hal dulu
Saya takda hak pun nak cakap awak salah
Sebab awak adalah mangsa keadaan saya dan dia untuk masalah kami
Mungkin betul kata awak yang saya datang tepat waktunya
Dan mungkin disebabkan itu saya menjadi tempat ketensionan kamu berdua

Saya tak pernah menyesal dengan takdir yang ditentukan
Saya terima dengan redha atas semua kejadian yang lepas
Mungkin dulu saya tak memaafkan dia that why I'm be so rude
Tapi apa guna saya nak menangis semahu mahunya depan awak
Betul juga cakap awak yang awak tak boleh buat apa dengan kisah kami

Awak nak tahu
Saya tahu awak pernah datang melawat belog saya ini
Saya tahu awak pernah bagi komen pada belog saya
Awak membetulkan kesalahan bahasa inggeris saya
Even awak tak tinggalkan apa apa sebagai tanda
Tapi hati saya percaya itu awak

Awak nak tahu lagi
Dulu masa awak dan dia break off memang saya sedih
Saya sedih sebab kononnya saya jadi punca masalah kamu berdua
Tapi bila saya dapat tahu yang awak bertunang saya sangat terharu
Sebab saya dapat rasa setiap titis airmata awak dibalas dengan kebahagiaan
Saya tahu yang saya tak mungkin menjadi tetamu untuk majlis gembira awak
Tapi percayalah yang saya selalu mendoakan kebahagiaan awak

You said about you tunang:

He completes me.He has everything that Im looking for in a man.I love him for who he is. Nobody is perfect,thats why pencil has eraser. 

Bila saya baca ayat ini
Saya rasa sangat sedih taktahu kenapa
Saya dapat rasa kebahagiaan awak sekarang ini
Awak terlalu baik untuk disakiti
Awak terlalu istimewa untuk dikasari
Saya tahu hidup awak terlalu perit sejak papa awak pergi
Saya tahu awak sangat merindui papa awak
Dari situ saya belajar sesuatu yang amat berharga

Kepada Encik Tunang awak
Saya nak Encik Tunang jaga dia baik baik
Jangan pernah sakiti dia dengan mengasari dia
Jangan sesekali menitiskan air mata dia
Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian


Awak
Saya harap hidup awak sentiasa bahagia
Jangan pernah berundur kebelakang lagi lepas ini
Saya sentiasa doakan awak selagi saya mampu
Saya akan selalu stalker you
Sorry again

*Sorry readers. Today entry ini sangat beremosi. Since malam tadi hati aku tak sedap,mata berair,cepat touching.I'm dont know why. Sorry again*

Saturday, June 26, 2010

Yes Bukan Jodoh Aku

Ayah bakal tunang aku..

Ini statement yang baik untuk pagi ini
Statement ini aku tak terkejut atau rasa apa apa
Statement ini buat aku senyum melebar tiba tiba
Okay,you all confiuskan??
So, I huraikan sekarang

Ini statement budak yang geli geli
Alaa budak yang aku baru kenal hari itu
Alaa you all tak ingat ke siapa??
Okay klik here to get that story

So what kind of feeling that I have now?
Nothing to feel
Nothing to touching
Nothing to say

Okay, now fullstop 
Fullstop says about him anymore
Hey, I masih muda tau
Tak perlulah fikir soalan jodoh lagi
I'm still bergetah yawww!!
[so gedixzzz thiss. Sila muntah berguling guling okay.hahahahahahahahaha]


My Family Is Not Finance Agency

We are not Finance Agency okay!!. Isu ini bukan isu baru. Ini isu lama tapi always happen kat keluarga aku.Aku pun taktahu apa punca benda ini. Dan aku masih lagi menkaji dan tertanya tanya tentang isu. Okay aku nak tahulah apa perception orang luar kepada family aku sampaikan aku rasa aku boleh buat business meminjamkan duit kepada public terdekat. Okay you image the kind of harta that we have:

1. Sebijik Kereta waja [berhutang lagi dengan bank. Berapa tahu lagi tu aku xsure.]
2. Dua bijik rumah [ Satu rumah telah selamat dan tiada hutang dengan bank, sebuah rumah yang masih lagi berhutang dengan bank untuk tahun yang pertama. So image berapa puluh tahun hutang ini akan settle]
3. Dua,tiga keping tanah yang kalau dicampur tak melebihi 6 ekar [ Aku taksure berapa ekar even abah ada cakap hari itu]
4. Aset dalam 2 buah rumah yang kalau aku conggak tak sampai RM 50,000 kot [ Maybe nilai ini terlalu besar.]

Aku rasa itu saja yang family aku ada. Takda lagi rasanya harta family aku. Kalau ditanya tentang duit dalam akaun mama,abah,abang,aku,adik rasanya nak beli kereta Myvi pun masih tak lepas. Nak kata hidup kitaorang susah sangat itu takda la. Nak hidup itu bolehlah, cukup cukup makan saja

Okay you all mesti nak tahu kenapa aku story pasal asset,harta keluarga aku tiba tiba nikan?? Actually aku agak bengang la. Aku sendiri pun macam malu nak minta duit dari parent aku walaupun aku takda duit. Senang cerita aku rasa aku macam dah tak perlu susahkan diaorang sebab aku kan sudah dewasa even umur still 20 tahun [but still anak dara yang comel ok..] Okay aku tahu korang mesti nak booo aku kan. Jadi boo laa sebab aku tahu tetap comel.hahahahahaha.

Kerap kali jugak la parent aku dapat call daripada kawan kawan yang dikenal tapi tak berapa rapat minta tolong. Tolong apa?? Tolong bagi pinjam duit. Alasan nak pakai duit,duit tak cukup. Takpun sebab anak sekolah tak cukup duit. Anak nak sambung study kat kolej swasta, takda duit nak buat downpayment untuk masuk. Nasib takda yang minta tolong nak pinjam duit sebab nak kahwin lagi!!! Azeera dan Fadhilah,kalau dia nak pinjam duit,aku sedia bagi duit aku..hahahahahaha. Maaf ini rahsia rasmi kerajaan MGG.

Abah memang seorang yang bersimpati kepada nasib orang lain. So,kalau setakat orang nak pinjam duit dia,sikit pun dia tolonglah jugak. Mama pun jenis yang macam itu jugak. Tolong menolongkan amalan mulia. Tapi yang aku tak puas hati bila bab nak membayar hutang piutang diaorang ini. Pehhh..dia punya nak berdalih,mengelak dari hutang punyalah dashyat!! Sampaikan kekadang mama dengan abah yang bergaduh sebab tak cukup duit. Serius!! Aku tak tipu!!

Aku pun pelik kenapa duit gaji orang yang berhutang kat mama dengan abah ini tak cukup. Kalau atas alasan anak sekolah,nk masuk study ke, itu aku masih boleh terimalah. Perbuatan itu aku boleh pejam sebelah mata sikitlah. Tapi yang peliknya,ada jugak kalangan orang yang nak berhutang itu,pehhh!! Bukan calang calang orang. Kira VIP kat sesuatu organisasilah. Pulak itu,ada anak,menantu. Ada anak yang sudah kerja. Sedangkan keluarga aku?? Abang aku tu hah,tengah duk meliar cari lubang kerja. Aku sendiri tak faham. Ingat family aku ambil daun pokok mangga ke jampi jampi lepas itu terus jadi duit,terus boleh bagi korang pinjam. Hello!! Kami tak kaya okay.

So sekarang aku nak pesanlah kepada sesiapa yang berhutang dengan family aku tak kiralah kat siapa korang berhutang. Bawak bawak la bayar hutang. Berapa sen pun,kalau tak dihalalkan ia tetap dikira hutang. Okay that all yang aku nak bebel pagi ini. bye!

*ada budak sebelah bilik aku yang still berhutang dengan aku RM 20.Sila bayar sebelum aku mati okay
*happynya pagi ini sebab twin aku dah online.hehehe.Gedixzz tak?? Tak kan?? Thank you

Friday, June 25, 2010

Mereka Bukan Orang Yang Sama

Aku tak tahu kenapa aku cari dia
Aku tak tahu kenapa aku suka dia
Aku tak tahu kenapa idea aku tak pernah kering untuk dia
Aku tak tahu kenapa aku gembira bila dengan dia

Aku tak tahu kenapa aku meluahkan stress pada dia
Aku tak tahu kenapa aku boleh menangis dekat dia
Aku tak tahu kenapa aku rindu rindu dia
Aku tak tahu kenapa aku tertarik pada dia

Dia bukanlah kekasih aku
Dia bukanlah lelaki yang aku cinta
Dia cuma semirip lelaki yang pernah aku sayang dulu
Walaupun nama mereka sama
Tapi mereka bukan orang yang sama

Thursday, June 24, 2010

At Last Dapat Jugak Jobs.lalalalalalala

Okay,petang ini aku takda topik yang best nak aku share.Hari ini aku puasa 2 in 1. Eh macam instant milo pulak. Tapi aku ingat nanti buka semester baru, aku nak beli Oligo pulak [sambil mulut nyanyi lagu oligo coco oh oligo bla bla bla bla].hehehe.Tengok ini aku dah mula nak mengarut.Aza,sila balik ke pangkal jalan sekarang!!

Okay,okay aku taubat kejap untuk petang ini. Dua,tiga hari ini aku dapat new job!! hahahahahahaha [ketawa dengan rasa yang sangat bongkak]. Agak kesyaitonan pulak rasanya. Okay,korang yang busy body mesti nak tahu kerja apa yang aku dapatkan? Okay, sekarang aku menjadi penasihat rumahtangga orang yang bermasalah sebab rumah diaorang takda tangga. Sila gelak beramai ramai sekarang.hahahahahahahahahahahahaha

Gila apa aku inikan? Dahlah takda boyfriend tapi boleh pulak dapat kerja macam ini. Memang sah aku gila sekarang. Sila tolong hentak kepala aku ke dinding sekarang.huhuhuhu. Eh,tapi betullah! Aku tak tipulah. Hampir setiap malam in this week aku menjadi penasihat yang tak bergaji. Okay aku ulang balik. AKU JADI PENASIHAT YANG TAK BERGAJI! Sila gelak menganjing sepuasnya sekarang.

Malam tadi aku dapat client baru. Siapa client terbaru aku?? Hah jeng jeng siapa lagi kalau bukan Encik Azizi Jaafar a.k.a boyfriend kepada Cik Azeera Suder. Malam tadi aku dah siapkan clorox,ajax saja. Tak sempat pergi shopping lagi untuk client aku ini. Hey, korang jangan ingat aku buka company untuk para cleaner pulak! Aku jadi penasihat rumahtangga okay!!

So,aku dengan rasa sengal dan gilanya membasuh serta menyental otak Si Azizi Jaafar. Tak sangka aku idea berguna untuk hubungan mereka. Cik Azeera sila berbangga dengan  kawanmu ini. Ala aku tolong mana yang patut saja. Yang selebihnya terpulanglah kat diaorang. So hopefully aku berjaya. Untuk GG,kau ingat aku ceramah kau ini free free ke? Tak reti reti nak bayar aku dengan makanan ke? hahahahahahahahaha

Next adalah client tetap aku, Cik Fara Latif. Malam tadi keadaan client aku yang sorang ini agak terkawal daripada hari yang pertama. Dia dah kuranglah mengamuk ngamuk macam hari itu. Maybe dia dah tak stress lagi macam waktu mula mula dulu. Fara ini semangatnya berkobar kobar that why aku suka. Dia jenis yang fokus pada apa yang dia cakap. Aku merupakan supporter terbaik dari ladang untuk dia.hahahahahahaha. Aku tahu Fara kuat dan bila aku dengan dia bergabung,memang pasti meletup! Okay anak anak sila menyanyi lagu Menggegar Dunia sekarang.huahuahuahuahuahuahua.

Okay, story telling aku stop here dulu. Aku nak kene prepare untuk malam ini. Mana tahu aku ada client baru pula untuk this night.

Actually aku sebenarnya ada sesuatu yang nak share tapi nantilah. Esok,lusalah aku share.

Bye

Wednesday, June 23, 2010

Serius Muka Aku Tetiba Jadi Panas

Huhh!!!! Aku malu,malu,malu,malu,malu dan malu. Adoii macam nak sorok muka kat bawah meja. Sangat memalukan. Terasa nak menangis tiba tiba. Wey ini sedih dah bercampur dengan malu. Alaa macam mane nih. Nak start dari mana pun aku tak tahu.Kejap ek aku tarik nafas panjang [via muka cenggeng].

Okay baru baru ini aku kenal someone. Someone itu semestinyalah lelaki.Azeera,please stop smiling. I know you are read this. Serius aku malu ini. Rasa nak lari lari sambil tutup muka saja. Opss tergedikzzz disitu.hahahahahha.Untuk orang yang selain kawan kawan aku. Aku nak sambung story okay. 

Okay,someone itu memang aku tak kenal langsung. Even dia bagitahu yang dia duduk kat sebelah taman perumahan rumah lama aku.Aku pun layanlah macam biasa.Alaaa aku anggap budak ini macam aku layan si Tfa. hehehehehehe. Agak kesyaitonan disitu. Tapi betul sebab aku suka kawan ramai orang, even tak ramai orang suka kawan dengan aku [via muka 10 sen..eh mahal sangat itu..via muka 1 sen laa].

Tapi aku tak tahulah sawan apa yang sudah menjangkiti budak itu tadi. Ayat ayat dia kat chat fb  itu boleh buat aku gelak sakan sampai terguling guling. Maaf sebab aku tak mampu nak tahan gelak. Azeera,kau mesti tahukan ayat yang dia cakap itu?? Okay fine aku ulang pada public sekarang. Budak itu kata,

"awak,pertama kali saya pandang muka awak,sejuk mata saya. Kalau tengok mata awak mesti awak orang yang sopan dan tak kelam kabut"

Okay semua sila gelak sampai jatuh katil sekarang. Ohhh tidak!!!! Aku tak tahu nak  menyorok celah mana  ini.Sangat sangat mengejutkan.Azeera,sila stop gelak gelak until aku suruh kau gelak lagi.

Dan malam tadi aku online sekejap.Mana tahu si Fara memerlukan aku untuk meluahkan perasaan yang terpendam. I bukan lesbian okay. I sekarang jadi penasihat terunggul untuk masalah chenta bagi ex-ex budak PUO yang menyewa kat Taman Cempaka Sari. Oppss kenapa aku teringat kat tempat tinggal itu. Sudah,sudah,lets back to my story.

Tiba tiba malam tadi budak ini hantar chat kat fb aku. Mungkin sebab line aku yang sengal yang kejap,kejap off dan on. Lepas itu tiba tiba handphone aku bunyi. Cuba teka siapa bagi message.Hah!! Pandai pun! Semestinya dia bagi messange. Dia tanya,

"Awak,awak online ke offline??"
"Laa..saya tengah online laa ni"

Okay dan tiba tiba line aku okay. Dan kami sambung bersembang.[Fuhhh!! ayat ayat aku menjadi terlalu skema dengan tiba tiba]. Dan part ini yang paling aku tak boleh bla dan sangat buat aku tak cukup rasa malu nak cover malu.

"Awak,saya nak cakap sikit ni.Tapi janji tau awak jangan marah tau"
"Okay,janji.."
"Awak kan kalau slim mesti lawa. Awak ada package tau. Lagi awak tinggi lampai"

Dan aku tiba tiba terasa macam model.hahahahahaa.Gila perasan model aku ini. Dan ayat itu buat aku malu sangat. Rasa macam aku nak sorok dalam bantal sekarang. Azeera, okay kau boleh gelak sepuas hati sekarang. Adoii macam mana ni?? Ini harapan ke tauke kilang gula. Please terangkan kat aku sekarang. I need doktor pakar chenta. Fara,help me!!!!

Aku memang nak kurus. Tapi macam mana?? Aku mana ada masa nak sukan setiap petang. Mahu aku tak buat assigment nanti.So pleaselah bagi aku cadangan yang sesuai untuk aku jadi kurus. Mana tahu aku jadi bertambah cantik dan korang mesti gembira dapat kawan yang cantik macam aku nanti.lalalalalalalala [beranganlah kau,azza]



Sesungguhnya Aku Malu

Malu,malu,malu,malu,malu dan malu
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tolong aku terasa sangat sangat malu

Macam mana ini?

Gila merah padam muka aku

Amik ko,azza

Padan muka

Esok I story. Now muka aku sangat panas dan merah sebab malu

Der,aku maluuuuuuu

Tuesday, June 22, 2010

Bila Orang Kampung Masuk Bandar

Statement ini memang terbaik.Terbaik dari ladang.Opss terlebih sudah [hehehehehe].Rasa macam nak menari nari saja.Tak pun rasa nak bersorak sakan macam pom pom girls.I like damn damn damn much this statement. Muaaahahahahahahahahahahahahahahahahaha
[ketawa macam syaitonn]

Aku memang tak pernah terfikir pun statement ini. Kenapa ek aku lembab sikit nak fikir statement statement kreatif + comel macam ini?? Kawan aku yang semalam itu memang kreatif sangat. Rasa nak peluk,cium,bergolek golek dengan dia sekarang.
So sweet this statement!!
Muahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
[Rasa macam nak lompat lompat atas katil..opss! mesti kene cari katil yang kukuh ini..]

Fara,kamu memang teror laaa. Wa tabik lompat lompat sama kamu. Memang betul diaorang itu budak kampung. Budak kampung masuk bandar yang jakun. Diaorang nak test market la itu kan? Konon konon market diaorang tinggi la itu. Baru kene usha dengan perempuan bandar,dah lupa makwe yang comel macam kita. Ingat kitaorang ini heran sangat ke kat korang. Hello boys!! You all silap perempuanlah nak main!!
[Semangat membara dan berapi api ini!! Yeahhhh!!!]

Fara,kita nak Fara teruskan mission malam tadi yang Fara share dengan kita itu. Nak tahu mission apa?? Ala nanti nantilah I story to you all yang busy body out there okay. If kita ada dengan Fara kat sana,kita pun rasa kita nak join Fara buat mission. Kalau kita bergabung,meletup letup diaorang itu nanti. 
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
[Ketawa syaitonnn tiga minit bercampur dengan keriakkan]

Bila orang kampung masuk bandar buat diaorang lupa siapa kita kan? Nevermind my dear, ramai lagi lelaki out  there yang nak kat kita. Kita berdua kan cantik,comel,lawa. hahahahahahahahahahahahahaha
[gelak perempuan tergedik gedikzzzzzzzz..Ohh please!!!]


Monday, June 21, 2010

Aku Menjadi Sangat Bersyukur

Last night ada someone bagi message kat inbox fb
Aku ingatkan siapa pulak yang tetiba hantar message
Rupanya ex kepada kawan ex aku
[Boleh fahamkan siapa,nama dia secret okay]

Actually dulu dia friend aku kat fb
Tapi tetiba dia terdelete aku
Aku  ingat aku ada buat salah kat dia
Al maklumlah aku kan kureng sensitif semasa bercakap

Okay malam tadi macam macam kitaorang share
Rupanya kawan baik ex aku dulu itu pun jahat jugak
Budak ini kene lagi teruk daripada aku
Okay straight to the point

Dan oleh itu,aku sangat sangat bersyukur
Serius aku rasa sangat sangat bersemangat sebab 
Kawan baru aku itu sangat bersemangat
Alhamdulilah

Kawan aku itu banyak terbuang masa,tenaga,duit
Semua sebab ex dia yang bongok itu
Apa dia ingat budak budak macam kitaorang ini bodoh ke
Hello,kitaorang bukan bodoh okay

Memang dasar tak tahu malukan korang ini
Even benda itu tak jadi kat aku tapi
Aku rasa sangat sangat sangat geram dan marah
 Kau ni memang bodoh
Tergamak kau buat adik kepada kawan kau sendiri macam itu

Eeeeii lu memang bikin gua panaslah
Gua punya perseption dengan lu
Sangat sangat tinggi dan baik
Tapi tak sangka rupanya cempedak jadi nangka
hahahahahahaha

Sekarang aku sangat bersyukur
Sebab dulu ex yang aku tergilakan sangat itu dah berpunya
Tapi aku telah  berjaya memutuskan mereka
Dengan bangga dan berbesar hati aku nak bagitahu
AKU GEMBIRA DENGAN PERPISAHAN ITU

Padan muka kau si lelaki sengal
muahahahahahahahahahahahahaha
Aku rasa nak ketawa depan kau sambil menari nari
Aku rasa sangat sangat sangat sangat gembira

Untuk ex kepada ex lelaki yang aku tergilakan itu
Awak,saya bersyukur sekarang sebab saya berjaya putuskan
Hubungan antara awak dengan dia dulu
Awak tak layak untuk dia langsung
Awak tak kenal siapa dia sebenarnya
That why saya gelak ketawa bila awak defend dia
Dia banyak pakai tipu muslihat depan perempuan
Dan bila saya dapat tahu awak bertunang tapi bukan dengan dia
Saya rasa nak menangis dan macam nak buat party untuk semua ini
Saya tahu awak tak faham apa yang buat saya gembira sangat
Tapi saya tahu hidup awak akan semakin bahagia tanpa dia
Awak layak untuk berbahagia dengan semua dugaan yang awak hadapi
Semoga Allah sentiasa memberkati hidup awak..

Untuk kawan aku yang baik tadi
Saya tak sangka kita senasib
Okay nanti kita buat sistem barter tau
hahahahahahha

Sunday, June 20, 2010

Bukan Aku Tak Kesian

Bukan aku tak kesian
Tapi aku tak mampu
Bukan aku tak nak
Tapi aku tak sanggup

Peristiwa hari itu
Masih lagi buat aku tersinggung
Peristiwa hari itu
Masih lagi buat aku terasa

Aku memang kesian
Tapi aku taknak terus terusan dituduh
Aku terlalu rindu
Tapi aku taknak sakit hati

Takda siapa yang tahu tentang itu
Takda siapa tahu tentang kami
Takda siapa tahu tentang tangisan kami
Kau tak pernah tahu tentang semua itu
Tapi kau sentiasa mempersoalkan
Tapi kau selalu menyalahkan
Tapi kau selalu memberi tanggapan negatif

Maaf sebab aku tak mampu menipu
Sebab kau aku jadi benci untuk kesana
Sebab kau aku menangis sekarang
Dan aku tak nak jumpa kau

Nek,maafkan kakak sebab tak datang rumah nenek
Kakak tahu nenek nak kakak kesana
Tapi kakak tak boleh
Maafkan kakak

Friday, June 18, 2010

We Are The Mengarut And Gossip Geng!!


Ini post aku yang ke-200
Tak sangka sudah banyak jugak story
Yang di share with the public
Terima kasih sebab sudi membaca keluhan aku

Today aku sangat bosan
Malam tadi before tidur aku update handphone
Berterabur semua data nombor all my friends
So I cleans up bagi mudah untuk dibaca

Then aku tak tahu nak tulis ape
Pada my geng yang suka sangat mengarut
Penat aku fikir sampai tadi pagi tadi
Then tercetuslah idea
"The Mengarut and Gossip Geng a.k.a MGG"

Nak tahu siapa yang tergolong dalam this group
Okay,okay..Now I'm proudly present
[wah macam ayat buat present kat kelas..hahahaha]




Si cantik manis + comel + pemalu = Azza
Semestinya aku termasuk dalam geng ini
Dah namanya pun geng aku takkan aku pulak tak ada dalam geng ini



Nama budak ini mak nenek
Dia suka membebel macam mak nenek
hahahaha
Mak Nenek a.k.a Zeera
Dia selalu perasan comel dan dia sangat gila lensa



Dia ini pulak Dila
Dia pun suka membebel
Dia selalu telefon aku tanya gosip baru
Memang sah dia kaki gosip
hahahahaha



Ini Athira a.k.a budak paling 'alim'
hahahahaha
Dia jarang join kitaorang outing sebab parents dia tak bagi
Lagipun dia kene belajar masak sebab tak lama lagi
Dia nak kahwin
So dia kene buat preparation untuk diri sendiri dulu



Dia ini macam biskut chipmore
Suka main sorok sorok dengan kiteorang
Baru dapat jumpa dia last week
Nama dia Wahidah
Dia perasan yang dia macam CT
Sama ke??
hahahahaha



Yang ini satu satunya lelaki melayu terakhir
Dia baik tapi agak kedekut
Dia suka melayan kiteorang bila kitaorang mula mengarut
Dia pun sebenarnya kaki gosip jugak
hahahahaha
Opss lupa pulak,bos aku ini nama dia Farid
Siapa nak kenal,sila ambil nombor dari aku
huhuhu



Okay that all about MGG
Actually nak bagi nama The Gosip Girls
Tapi sebab ada jejaka handsome sorang itu
Aku terpaksa tukar
hahahahaha



Thursday, June 17, 2010

Tak Pernah - Kaer Azami

Saya memerlukan pertolongan
Saya hampir nak jadi gila sekarang
Saya inginkan lagu ini kerana
Lagu ini lagu hantu

Tolong carikan saya lagu ini
Tak payah susah susah mendownloadkan
Just give me the link
I will download by own

Please
Kaer Azami - Tak Pernah

Wednesday, June 16, 2010

Dia Bukan My Boyfriend Ok

Adoiii banyak betul kekeliruan melanda
Penat aku explain pada semua
Terasa macam perlu buat press conference pula
Subjek PR harus dipratikkan sebaiknya

Okay sekarang ini I nak umumkan bahawa

Lelaki handsome dan kacak ini bukanlah my boyfriend
Saya tiada kene mengena dengan lelaki ini
Kami hanyalah kawan biasa macam kamu semua
Jadi tak perlulah anda di luar sana mempersoalkannya
Kerana harga saham kebujangan dia telah menjunam jatuh
Walaupun nama lelaki ini adalah Khairul Iszuan
Tetapi beliau bukanlah lelaki yang pernah mencuri hati saya

Beliau merupakan rakan cyber saya yang baik
Beliau merupakan pendengar setia kepada masalah saya
Tapi saya bukan pendengar setia kepada masalah dia
Sebab masalah saya sendiri terlalu banyak
Sorry okay

Dia boleh buat saya ketawa time saya tengah sedih
Dia buat saya guling guling bila saya gembira
Dia sangat baik kepada saya
Saya doakan dia dapat jodoh yang baik baik
Amin




Ingat taw wahai rakan kenalanku
Bahawa Khairul Iszuan ini masih lagi single and available
Kesian dia saham dia jatuh
hahahahahahaha

Comel Sangat Ke??

Aku agak emosi ketika ini
Baru sekejap tadi aku buat blogwalking
Merayau merata rata blog sebab sangat bosan
Dan tak tahu kenapa aku menjadi emosi semacam

Ini bukan kes datang bintang di langit ke-7 okay
Ini sebab bahasa yang kononnya semakin advance
Kononnya advance sangatlah bila perkataan dipendek pendekkan
Hello,cikgu korang dulu tak pernah mengajar mengeja ke?

Antara word yang diaorang rasa sangat comel bile dipendekkan:

Siapa = Cpe
Mana = Ane
Suka = Cke
Macam = Cm
Balik = Blek
Sekolah = Skul
Belum = Lom

Banyak lagi sampai aku pun tak tahu apa perkataan sebenarnya
Kononnya bahasa itu bahasa SMS
Elok sangatlah itu guna bahasa macam itu
Baik tak payah belajar cakap kalau cakap macam baby baru nak cakap

Sorry to says laaa
Sebab aku rasa bahasa itu bahasa mengada-ngada
Aku benci orang yang tak tahu memelihara bahasa
Aku boleh lagi terimalah kalau nak mix bahasa melayu dengan inggeris
Tapi kalau orang yang dah besar gajah tapi still cakap macam baby umur 3 tahun
Please stop it!!!

Anda merupakan perosak kepada bahasa ibunda anda!!


Tuesday, June 15, 2010

Aku Taknak Ubat


Ngeri tengok ubat banyak macam itu
Kalaulah aku diberi pilihan
Samaada hidup dalam keadaan sakit atau telan ubat sebanyak itu
Aku rela pilih hidup dalam keadaan sakit

Aku tak suka sakit
Tapi tetiba pulak aku terkena sakit yang sangat sangat pedih
Memang menangis aku semalam sebab tak tahan sangat
Pedih macam luka kene perahan air limau
Seksa gila kene kayap ni rupanya

Aku call mama nangis nangis
Then mama call abah sebab abah keluar pergi Banting
Tergesa gesa mama dengan abah balik
Aku memang tak berhenti henti nangis

Mama bawak aku pergi rumah kawannya
Nak buat sembur sembur
Itu kira macam adatlah dalam perubatan kampunglah
Syaratnya orang itu mestilah janda yang kahwin dengan bujang
Dia bukan sembur guna air tau
Tapi guna barang macam gula merah kata nenek aku

Semalam makcik itu guna putik nangka
Masa kene sembur kat bahagian kayap itu
Pehhhhh...memang pedih gila
Macam batu kecik kecik terkena kat lukalah
Sebab nak baik aku tahan jelah

Then baru mama bawak pergi klinik
Baru pukul 9.15 pagi tapi dah ramai pulak orang dalam klinik
Macamlah takde masa lain diaorang nak datang
Time aku nak datang,time itulah diaorang nak datang
Sabor jelah


Dalam pukul 9.30 nurse panggil aku masuk
Aku ingatkan doktor itu naklah tengok,belek kayap itu
Ini haremmm,dia just tengok sebelah mata je
Lepas itu dia kata "nak vaksin tak?? saya bagi vaksin dengan ubat sapu jelah"
Eh,macam itu je??
Senang gila jadi doktor kan

Semalam seharian aku tak makan ubat doktor bagi
Aku just letak ubat sapu saja
Itu pun aku rasa macam nak menjerit
Sangat sangat sakit

Pagi tadi mama paksa aku makan ubat
Aku dahlah taksuka dan tak dapat terima segala jenis ubat
Pastu mama pergi duduk depan aku tunggu aku telan ubat itu
Bayangkan sebijik je ubat yang nak kena aku telan
Tapi hampir 15 minit aku nak telan

Nak tahu macam mane kaedah aku telan
Aku pergi sumbat ubat itu kat dalam goreng pisang
Lepas itu aku kunyah sikit sambil telan
Akhirnya aku berjaya menelan sebiji ubat dalam masa 15 minit
hahahahahahaha

Ok what daripada yang selalunya
Selalunya ubat tak kan boleh masuk dan confirm aku termuntah
But kali ini ubat masuk secara paksa tapi tak muntah
Aku tak suka ubat!!

Aku Cuma Mengiyakan

Selama ini orang asyik cakap pasal 
Perangai buruk orang pantai timur
Aku tak tahu sebab aku tak ramai kawan dari sana
Aku pun bukanlah nak judge orang orang sana
Niat aku cuma nak berkawan sampai 1000

Tapi sejak dua menjak ini aku mula muak
Aku mula sakit hati dengan sorang budak pantai timur ini
Mulut memang macam cipan
Hipokrit tahap KLCC
Pemalas tahap Menara KL
Pengotor jangan cakap tahap berapalah
Dia fikir dia saja bagus
Dia paling hebat antara semua orang
Sangat mementingkan diri sendiri
Perasan tahap gila

Sorry to say this in public
But memang betul apa orang cakap
Aku taknak mengakui tapi aku hanya mengiyakan
Sekian,terima kasih

Monday, June 14, 2010

Apa Nak Di Kata

Ini adalah My Mini Transkrip aku sepanjang 4 semester di UITM Kampus Johor,Segamat


20084 - SEMESTER 1 2008/2009 BHGN 1
ACC115 FINANCIAL ACCOUNTING 3.00 2.33 C+ LU
BEL120 CONSOLIDATING 3.00 3 B LU
CTU101 FUNDAMENTALS OF ISLAM 2.00 3.33 B+ LU
HBU114 RED CRESCENT SOCIETY I 1.00 4 A LU
MAT140 MATHEMATICS FOR 3.00 0.67 E GA
MGT162 FUNDAMENTALS OF 3.00 3.33 B+ LU
GPA : 2.58 CGPA : 2.58
JAM DIPEROLEHI : 15.00 (15.00)
LU

20092 - SEMESTER 2 2008/2009 BHGN 2
ACC165 COST ACCOUNTING 4.00 2 C LU
BEL260 INTERMEDIATE ENGLISH 3.00 2 C LU
CTU151 ISLAMIC THOUGHT AND 2.00 3 B LU
ECO162 MICROECONOMICS 3.00 2.33 C+ LU
HBU124 RED CRESCENT SOCIETY II 1.00 3.67 A- LU
MAT140 MATHEMATICS FOR 3.00 3.67 A- LU
MKT243 FUNDAMENTALS OF 3.00 3.33 B+ LU
GPA : 2.72 CGPA : 2.66
JAM DIPEROLEHI : 19.00 (34.00)
LU

20094 - SEMESTER 1 2009/2010 BHGN 3
BAB101 ARABIC LANGUAGE I 2.00 3.33 B+ LU
BEL311 ENGLISH FOR ACADEMIC 3.00 3.33 B+ LU
CTU241 FUNDAMENTAL OF ISLAMIC 2.00 2.33 C+ LU
ECO211 MACROECONOMICS 3.00 2 C LU
HBU134 RED CRESCENT SOCIETY 1.00 4 A LU
MGT269 BUSINESS 3.00 3.33 B+ LU
QMT216 INTRODUCTION TO 3.00 3 B LU
GPA:2.96 CGPA:2.76
JAM DIPEROLEHI : 17.00 (51.00)
LU

20102 - SEMESTER 2 2009/2010 BHGN 4
BAB151 ARABIC LANGUAGE II 2.00 2.33 C+ LU
FIN262 FUNDAMENTALS OF 4.00 3.33 B+ LU
LAW251 BUSINESS LAW 4.00 2.33 C+ LU
MGT300 INFORMATION 3.00 3 B LU
MKT310 PRINCIPLES OF PUBLIC 3.00 3.67 A- LU
GPA : 2.96 CGPA : 2.80
JAM DIPEROLEHI : 16.00 (67.00)
LU

Sem 1:Kalau nak tahu yang aku colourkan merah kat subjek tu
Sebab I'm fail for that subject at Semester 1
Sangat memalukan & sangat terserlah kesengalan aku
Tapi hidup kene diteruskan
That why juga pointer aku menjadi sangat rendah
Dan itu juga sangat memalukan
[aku sangat malu sebab tunjukkan ini kepada public sekarang]

Sem 2: Aku tebus kekecewaan sem 1
[ayat tak boleh bla...hahahahaha]
At last for that subject aku get A-
Wah sangat sangat berbangga aku nak bagi tahu kepada dunia
Tapi ada budak lain cakap
"kalau dah amik 2 kali tapi tak dapat A jugak,tak tahu nak cakap ape.."
Ayat seperti nak menganjing aku kan
Tapi takpe
At least pointer aku naik dengan mendadak

Sem 3: Aku ambil KO untuk yang terakhir kali
Dan yang paling mengarutnya
Aku tak baca apa apa langsung untuk final KO itu
Plus aku tak tahu yang format untuk final itu kene jawab essay semua
No more objektive and structure
hahahahahaha
Nasib still dapat A
even get A-
[kesengalan aku memang terserlah..hahahaha]

Sem 4: Aku tak tahu nak cakap apa lagi
Memanglah aku bersyukur sangat sangat sebab
Subjek for last semester aku lulus semua
Memang sangat sangat bersyukur

I tought Law tu fail
Sebab aku tak jawab 1 essay dengan sempurna
Aku just sempat tulis 5 baris and list yang penting saja
Alhamdulilah..seronok sangat

Apa yang aku tak puas hati:
1. Aku punya Arabic: just get C+ but I know why I get that gred
hahahaha

2. Aku punya PR: just only get A-. Aku pun tak sangka dapat gred tu sebab time final banyak gila soalan structure aku tak tahu jawab...hahahaha

3. Aku punya IS: get only B. Subjek ni paling tension untuk semester ni..Tapi takpelah..

4. Finance:hahahahaha..macam tak percaya aku dapat B+. Aku tak sangka gila. Memang rezeki aku la ni..hahahaha

5. My GPA still the same. But my CGPA increase 0.04. Wahidah cadangkan untuk aku kahwin dengan dekan baru boleh dapat dekan..hahahahahaha..Idea yang sememangnya mengarut tapi sangat bernas. hahahahahaha


Tuesday, June 8, 2010

Tanpa Keberanian Mimpi Takkan Jadi Kenyataan

Aku tak tahu apa kaitan entry ini dengan tajuk atas tu
Tapikan aku dapat rasa yang ayat ini terlalu mendalam sangat
Ingat lagi tak filem "Soal Hati"
Masa dulu aku minat sangat cerita ini

Tapi masa itu aku tak faham apa apalah tentang soal hati ini
Al maklumlah aku inikan lembab kalau soal soal macam ini
Bab lain pun aku lembab jugak
hahahahahahahaha

"tanpa keberanian mimpi takkan jadi kenyataaan,saya cabar awak nurul ain!!!"
Kuat tak memori aku??
Aku still dapat ingat ayat ini even hampir 10 tahun filem ini
Kagum tak dengan aku?? hehehe

Apa pula motif aku tulis pasal hati,hati inikan
Hati  ayam boleh makan
Tapi  manusia cuma boleh makan hati je
Korang faham tak??

Aku tak faham apa kebenda yang aku tulis ini
Yang penting aku just nak share this
Lirik of Soal Hati by Erra Fazira
Hope enjoy it!!!

Kau hanya wajah biasa di mataku
Pasti lenyap sederas tibamu
Tak perlu aku memikirkan mu selalu

Kau tiba pada waktu tak terduga
Dalam mimpi dan di dalam jaga
Sehingga aku bukan diriku yang dulu

Soalnya hati, sukar di mengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah
Kau mewarnai mimpiku
Ku dalam igauan rindu

Kau yang biasa kini istimewa
Engkau membuat hidupku berubah
Yang ku cari-cari selama ini
Telah ku temui...

Soalnya hati, sukar di mengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah

Kau mewarnai mimpiku
Ku dalam igauan

Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah

Kau mewarnai hidup ku
Ku dalam igauan (ku dalam igauan)
Ku dalam igauan (ku dalam igauan)


Monday, June 7, 2010

I'm Not Stupid and Nyanyuk Okey!!!

Perempuan lain,kau boleh tipu
Perempuan lain,kau boleh mainkan
Perempuan lain,kau boleh bodohkan
Perempuan lain,kau boleh lagakan

Ingat pesan aku baik baik
Tak semua perempuan bodoh
Tak semua perempuan tunggul
Tak semua perempuan boleh sabar

Kau boleh enjoy dengan kawan kawan kau sekarang
Kau boleh happy dengan perempuan perempuan itu sekarang
Kau gembiralah segembiranya
Tapi ingat,balasan yang kau akan dapat!!

Gonna take me many years to erase u completely from my mind.

Kalau cakap pasal hati aku tak tahulah
Kenapa susah sangat nak lupakan orang
Kenapalah first love kita bukan suami kita
Kenapa susah nak terima orang baru dalam hidup
Aku tak tahu nak tulis apa lagi

IT'S GONNA TAKE ME MANY YEARS TO ERASE YOU COMPLETELY FROM MY MIND...

Bila Mama Tanya,Aku Tak Tahu Nak Jawab

Aku ingatkan time exam saja aku susah nak jawab paper
Rupanya time kat rumah pun aku susah nak jawab soalan
Adoiii ini yang buat aku malas
Rasa nak lari jauh jauh tapi tak tahu nak pergi mana

Mama:Pakwe ko yang hari itu mana??
Aku:Hilang [via muka slamber + bodoh bodoh sikit]
Mama:Hah!! Hilang lagi? Dia pergi mana sampai boleh hilang?
Aku:Laaa..mana orang tahu..dah namanya hilang..kene telan ikan jerung kat laut merah kot..[via muka tak bersalah]
Mama:Yang dulu punya hilang...yang hari tu pun hilang lagi...apa nak jadi ni kak? Ko tak risau ke?
Aku:Laaaa..nak risau kenapa pulak?[via pura pura tak tahu]
Mama:Yelah..ko tak malu tengok kawan kawan ko semua tu ke? Tengok si Erma tu dah selamat..
Aku:Laaaa..dah jodoh dia cepat...dia pun tak rancang nak kahwin cepat cepat kot..Lagi pun dah rezeki dia..biarlah dia..kenapa nak fikir pasal dia ke pasal orang lain pulak?
Mama:Habis itu ko tak fikir nak kahwin ke?
Aku:Pulak dah...kenapa nak fikir benda benda macam tu sekarang..lagipun orang baru umur 20 tahun..sekarang zaman dah moden la ma..ni bukan zaman dulu dulu,sapa paling cepat kahwin,anak dia paling hot..dahla ma,malas nak fikir laaa...[via muka sedikit tension,aku keluar baca novel]

Aduhaiiii..Ini yang buat aku malas ini
Lagi lagi kalau dapat kad jemputan kahwin anak anak orang lain
Mulalah mama nak berangan mat jenin
Berangan nak buat kenduri kahwin macam mana pulak nanti
Tapi aku selalu jawab,
"Nanti akak kahwin dah takde rewang rewang...kita buat kat hotel!"
Lepas itu mulalah muka mama happy semacam
Lepas itu mama tanye lagi,"pakwe ko anak datuk ek?"

Aduhaiiiii...penat aku nak jawab macam ini
Alaaaa..pelik sangat ke anak dara yang sopan santun + comel ni takde pakwe
Alaaa...zamankan dah maju..lagipun aku masih muda
Malaslah nak fikir fikir soal soal jodoh ni

Maybe sebab aku serik
2 kali putus cinta [relantionship yang serius]
Hampir 10 kali putus untuk relationship yang main main
Aku rasa macam dah malas je nak cinta cinta ni

Aku pun taktahu apa yang aku tunggu sebenarnya
Bukan takde orang yang nakkan aku
Ada je orang nakkan aku yang gemuk ni
Tapi aku je yang taknak..

Sebab aku takut
Yelah tengok kawan kawan aku yang lain
Bercinta bertahun tahun tapi tetap putus jugak
Ada jugak bercinta tapi tak jugak kahwin kahwin
Susahlah aku nak kembalikan kepercayaan aku pada lelaki
Kang kalau aku bagi kepercayaan & serius ,dia main kayu 10 pulak

Aduhaiiii...macam mane ni...


Kalaulah Faizal Tahir nie single..Dah lama aku kahwin dengan dia..err,tapi dia nak ke kat aku?
hehe



Mungkin ke Adam [Nur Kasih] yang macam nie akan aku dapat? Tapi aku ni kuat macam Nur Amina ke?
err..entahlah



Ataupun ke yang macam Ahmad Nabil Ahmad nie yang boleh aku cari? Siapa yang jadi office boy,silalah couple dengan aku..hehehe



Ke aku tunggu jejaka idaman Malaya ni kahwin,baru aku akan rasa desprate nak kahwin? Kalau dia dah nak kahwin,mampus aku nak cari laki...hihi



Takpun aku nak menunggu lelaki semanis senyuman Ashraf Muslim nie untuk jadi suami aku?



Mungkin juga aku nak lelaki semanis dan sealim Shahir nie?



Ataupun aku akan bertemu lelaki sehandsome Fahrin Ahmad yang sudah 2 kali putus cinta juga?

Who will marry me??
hehehe

Saturday, June 5, 2010

Anugerah Cinta

Beberapa hari lepas aku usha page Alaf 21
Then ramai pulak readers yang comment that
Novel Anugerah Cinta best
Therefore sempena aku nak keluar tengok Lagenda Budak Setan
Aku sempatlah singgah Popular beli novel

Aku just ingat tajuk novel itu
Without ingat novelist that novel
Plus aku sempat sekelip pandang covel novel itu
Therefore aku berkobar kobarlah nak membeli

Sudahlah nak cari novel itu memang lama
Tanya dengan orang yang kerja kat situ
Diaorang kata nak check kat stor
Sambil itu pun aku mengerahlah tenaga my geng cari kat rak
Then,diaorang kata novel yang aku cari 
Ada banyak lagi tapi tak tahu kat mana letak
Pulak!! Amboi ingat aku tahu ke diaorang letak mana?
Lama jugak aku dengan budak budak itu cari
Lastly,Dila found it!!

Novel yang aku beli
[terang lagi bersuluh aku salah beli sebab novel nie keluaran Kaki Novel bukan Alaf 21]



Tapi bila aku balik rumah
Aku rasa macam pelik tengok novel itu
Tapi aku buat tak tahu 
Saja nak menyedapkan hati sebab duit sudah melayang
Tapi aku kan macam sengal
Aku pergi usha Alaf 21 again
Ternyata novel yang aku cari itu bukan novel yang aku beli


Novel yang aku cari


Takpelah,nanti aku carilah novel ini yang sepatutnya
Melayang lagi sekalilah duit aku nanti



SEHATI BERDANSA