TABUNG SAKURA

Friday, July 16, 2010

Diet Boleh Pengsan,Makan Boleh Gemuk

Pejam celik,pejam celik macam tak sangka yang aku dah berjaya diet untuk seminggu. Sila bagi tepukan gemuruh untuk aku. Tapi sila jangan boo saya tau.hehehe. Okay actually aku tak tahulah nak story apa hari ini. Nak study pun aku tak tahu nak study subjek apa. Semua subjek aku dah start belajar tapi tak satu pun melekat dalam kepala otak aku. Takpelah slow slow tapi laju laju ek Azza yang comel. hahahahahahaha. Sila bagi penampar percuma untuk aku.

Okay. Sepanjang seminggu aku berdiet dengan tidak menghiraukan nasi,aku rasa sangat lemah. Badan rasa lemah untuk mendaki anak beranak tangga tangga batu dalam kampus ni. Tapi yang bestnya aku dah tak penat lagi naik tangga yang banyak banyak. Kira aku hebatlah jugak sebab ada kawan aku yang kurus termengah mengah naik tangga. So aku kira juara la. hehehe. Tapi seriuslah,hari pertama,kedua taklah rasa apa apa sangat. Masuk hari yang ketiga badan jadi lesu gila gila. Tekak rasa loya semacam. Kepala jadi macam pusing pusing. Kaki dengan tangan mengeletar sikit sikit. Every time aku rasa macam tu,aku report kat Fara. Sebab apa aku report kat Fara even dia bukannya doktor atau anak kepada doktor pun. Its because aku dengan Fara tengah sama sama diet. Pluss dia amik course Health Care kat Masterskill,so dah memang tugas dia amik tahu tentang kesihatan patient dia yang sorang ini. hahahahahaha. Sorry Fara sebab susahkan kamu.

Mak nenek BFF aku yang dua orang tu lagi lah suka membebel tak henti henti. Diaorang paksa aku makan nasi. Bukan diaorang tak tahu apa target aku. Kan target aku tak akan sentuh nasi untuk dua bulan. Okay its look like me crazy kan? Tapi kalau Aizat boleh,why not aku tak boleh. Aku story kat abang angkat aku pun dia membebel. Dia siap kata lagi,buat apa susah susah nak diet. Bukan takda orang nak aku pun sampai kene paksa diri berdiet diet. Bak kata murai dot com, takda kerja cari kerja.hahahahaha

Aku nak bagitahu semua. Aku bukan diet sebab nak marketkan diri. Bukan sebab nak pakai seksi seksi. Bukan sebab nak membangga bangga diri. Bukan sebab nak cari perhatian. Tapi aku buat semua ni sebab aku nak ada rasa confident dengan diri sendiri. Aku nak rasa yakin bila berdepan dengan public. Aku nak sihat,taknak ada penyakit penyakit bahaya. Aku nak rasa selesa dengan tubuh badan aku. Nak rasa bebas untuk bergerak.That all.

Bukan aku taknak makan. Tapi aku takut gemuk dan terus bertambah gemuk. Sebab aku yakin bila aku makan gerenti aku makan banyak. Jadi daripada aku makan sikit tapi tak puas,better aku terus tak makan. Bukan aku tak makan langsung. Aku just makan roti,biskut,minum milo,minum soya,makan buah epal takpun jambu batu. Tapi kadang kadang aku makan juga mee hoon sup takpun mee hoon goreng. Aku pun risau juga kalau badan aku menggiggil giggil. That why aku amik jugak makanan macam tu.

Jadi aku hope korang supportlah aku. Korang tak teringin ke tengok aku kurus even tak secantik Lisa Surihani ataupun tak semanis Siti Nurhaliza. Tapi yang penting aku sangat teringin untuk kurus. Please doakan diet aku berjaya.

No comments:

SEHATI BERDANSA