TABUNG SAKURA

Monday, August 31, 2009

i'm feel so tired and sad

aku tak tahu nk mula macam mane
aku penat laa
penat sbb macam2 ada kat kepala otak aku ni
serabut
mungkin aku tak tahu macam ne nak handle problem
lecturer aku penah cakap
"saya kalo stdy,sume masalah saya akan lupa"
tapi betul ke??
knp aku buat tapi tak menjadi pun
bukannya hilang tapi dia makin bertambah2
kenapa ek??
salah aku ke??
kekadang aku pun pelik dgn diri dan hidup aku ni
kekadang aku tersenyum sendiri
menangis sendiri
sebab ape??
sebab aku rindu
rindu zaman kanak2
semua indah
tak payah pikir masalah
tak payah pikir dunia yang ada berjuta masalah
impian yang hanya tinggal impian
dulu ex boyfriend aku penah cakap
"hani, setiap orang ada hidup masing2. dan setiap orang perlu lalui hidup ni walau ape pun rintangannya. yang penting segala tindak tanduk kita jgn sesekali mendukakan dan menyakiti family especially our parent.."
tapi aku tertanya2 apa salah tindakan aku ni??
aku hanya nak menyedarkan parents aku..
mungkin cara aku ni salah
mungkin aku ikut amarah
tapi aku terpaksa
dan sekarang aku terima akibat
*i'm feel so sad now..i need someone who can give spirit to face this..awk, saya perlukan awk sekarang...*

Thursday, August 20, 2009

aKu SuKa DaK tu

entah tetibe je aku minat kat sorang mamat ni
tak kenal sangat pon
just kenal gitu2 je
tapi entah kenapa aku suka dia
tersuka
terjatuh hati
teragau
teringat
termabuk
dia tak hansome
tapi dia sweet sangat!!!!!!!

Tuesday, August 18, 2009

HiPOkRiT ATau JoDoh???

dulu aku minat dia sangat2

aku anggap dia macam ikon islamic (wanita)

dah anggap dia macam kakak sendiri

(tak kenal pun)

suka dgr gaya2 dia


tapi tu semua dulu

sekarang tak lagi

sejak dia menghampiri "ustaz"

aku mula menjauhi dia

aku tak suka

dia hipokrit

dia perampas

dia yang buat diri dia sakit
*tapi kalo dah itu jodoh dia,aku takde hak nk cakap pape*

Sunday, August 16, 2009

MeNjelAng Ramadhan

sedar tak sedar dah nk masuk bulan pose
alhamdulilah pose tertunggak tahun lepas aku dah abis bayar
(bangga sikit laaa)
rasanya pose ni aku tak balik umah
just balik masa menjelang raya je nnt..
mesti sedih kan
yelah pose sorang2
(walaupun ada ramai orang)
tapi takpe laa
yang penting aku dapat pose tahun ni lebih baik dari pose tahun lepas
harap2 tahun ni aku tak buat hutang laa
(budak liat nk bayar utang pose..huhu)
aku harap sume family aku bersemangat time pose nnt
semoga pose nnt akan bagi seribu satu rahmat buat family aku
amin..


*today abang aku konvo..hope dia cepat dapat keje..xpayah bergantung pada family lagi..jadi aku pon blh la tumpang senang...hahhahahahahhahaha(ketawa mcm setan)*


*kebelakangan ni ramai orang yang aku kenal meninggal dunia..sedih coz dia orang tak dapat sambut dan jalankan ibadah pose..aku doakan semoga roh2 mereka tenang dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman*

Saturday, August 15, 2009

CinTa tAK semESTinYA mEMiLiKi???

tadi aku bukak blog beebul
(my schoolmates tp tak rapat pon)
tetibe nak membaca blog kawan2 sekolah
lagi pun xramai kawan2 sekolah dulu jd blogger..
terkejut gak yg dia dah break dgn che ku..
(tapi tak la sampai terkejut beruk..)
yelah jodoh,maut semua kat tangan Allah
kita cume mampu merancang..
mmg susah kan nk lupakan orang yang kita sayang..
lagi susah kita nk lupa orang yang kita cinta
bahkan lagi susah kalu orang yang kita cinta, sayang dan kasih tu adalah sahabat kita sendiri
xmudah perasaan kita yang suci tu nak tukar directly kepada perasaan benci
tapi itulah penangan cinta
sebab cinta tak semestinya memiliki
aku pernah rasa penangan cinta macam tu..
sakit wooo..
kenal hampir 4 tahun macam tu..
sayang, cinta hampir 3 tahun..
tapi putus tanpa bicara..
perit nk terima tapi itu kenyataan hidup yang kene aku hadapi..
tapi aku percaya pada jodoh
jodoh tak kan lari kalau dah dia mmg milik kita..
to beebul
(if terjumpa la blog aku ni)
sabar lahhh..
tabah laahh..
aku penah rasa ape yang ko rasa
mungkin tak sama tapi kisah kita bertitlekan benda yang sma
*pesan aku*
kau kene kuat..ko mesti mampu lupakan dia just only as your ex
but plz still remember she as your friend forever..



*cinta ni kekadang buat diri kita macam penagih dadah..bahana nk meninggal dan melupakan benda tu sangat2 payah..seolah-olah macam kita nak berdepan dgn mati*

Wednesday, August 12, 2009

MarI MeRApU2

Actually dah lama aku tak bukak blog aku ni..
maklum la aku agak busy semenjak, dua nie..
so takde masa la aku nk on9 kat bilik..
aritu uitm cuti seminggu...
dapatlah aku balik rumah setelah sekian lama aku tak balik..
(padahal masa tu tak sampai sebulan pon sem baru bukak..)
masa kt rumah dapat la aku tgk2 si azeera yang baru operate tu..
alhamdulilah berkat doa semua dia dah pon sambung degree dia kat shah alam..
tapi aku dgn kawan2 still tak percaya yang dia mampu teruskan pengajian
bukan ape aku dapat bayangkan kepayahan dia nk g kelas tiap2 ari..
satu penyeksaan bagi dia
tapi nasib kawan aku tu kuat semangat...
time cuti seminggu tu jugak la aku sempat habiskan duit dalam rm 300!!
gila kan???
aku anak orang kaya??
kaya dgn hutang...hahahahahhaha
tahu dek mak,ayah aku mati aku telan hidup2..
huhuhu
mahu aku tak habis banyak macam tu..
mane tak nye...
aku duk umah bukan duk dalam gua..
so aku kenelah cntct kawan2 ku sekalian untuk memberitahu yang aku dah smapai kat umah..
(bkn ape,aku bagitahu diarg aritui yg aku tak dapat tiket bus..waaaaa)
akibat nya aku kene lah betulkan semula info yang lapuk tu sebab abah kesayangan aku sanggup ambik aku dan membawa aku pulang ke desa tercintaaaaaa...
hahahahahhaha..gumbira raaa raaaa la aku..
bile aku dah mula cntct dak2 tu
duit aku pastilah terbang..
bukan terbang pada dak2 tu tapi
ia akan aku laburkan pada jusco bukit tinggi!!!
ini supaya bukit itu menjadi lebih tinggi lagi..
wakahkahkahkahkah..
ini sebagai pelaboran jangka msa panjang untuk memastikan ekonomi negara dalam keadaan positive..
(ape yang aku ngarut ni???!!!##%%)
dalam masa tak sampai 3 jam aku telah berjaya mengabiskan wang sebanyak
rm150??!!!
aku cuma beli ape je...
blezer, beg, cardigal dan ape ntah
aku pon lupa laaa...
ni lagi satu pengalaman yang aku takleh lupa laaa...
hari yang last cuti tu aku terjatuh sakit laaa
atau nama ringkasnya demam laaa
kebetulan adik aku semput..
so kami pon dibawa la klinik yang agak sengal..
mungkin disebabkan hormon badan aku yang tak stabil,
doktor tu telah membuat satu spekulasi yang amat sengal..
ini kerana dia beranggapan bahawa aku adalah PELAJAR UITM..
PELAJAR UITM H1N1??!!
rasanya doktor mcm tu kene g sekolah laaa..
mentang2 suhu badan aku agak tinggi,dan2 tu dia suruh aku g hospital
kat hospital kerajaan lagi sengal..
punyalah ramai manusia yang ada..
semua kene g hospital sebab kononnya "kita ada h1n1"
dah tu terpaksalah kita merelakan diri menunggu tangan atau lengan kita di cocok untuk membuat ujian darah..
kalau lah aku dak sains,aku nak cipta la satu alat yang boleh kesan penyakit tanpa menyakitkan manusia dan juga makhluk2 lain..
bayangkanlah..
budak2 umur setahun pun kene gak buat ujian darah..
menangis2 dak2 tu kene cocok..
nurse2 pulak hati macam kering..
dia buat tak tahu je..bukan nak tenangkan budak2 tu...
at least bagi la coklat ke, gula2 ke...
baru lah mesra pesakit...
akhir nya tunggu punya tunggu,aku dapat la keputusan ujian darah setelah hampir 4 jam menunggu..
doktor muda tu cakap, "darah awk normal ye..nt g ambil ubat..ok..awk boleh kuar.."
mahu tak menyumpah aku dalam hati..
kenapa semua doktor ni takde perasaan??
sengal2 pun boleh jadi doktor ke??
ntah ape2 laaa..
mahu tak mahu terpaksa la abah hantar aku ke segamat yang segar amat ni..
aku bukan ape..
aku kesian kat abah..
esoknya kan hari bekerja..
abah nnt penat..
lagi pon jalan nk menuju ke segamat ni sangat banyak selekohnya..
bawak waktu malam pulak tu..
lagi aku takut...
risau...
tapi mujurlah tak jadi ape..
abah selamat hantar dan pulang ke rumah lebih kurang kul 1 pagi...
baru la aku lega dan lena nk tidur..
pengajaran disini untk semua para doktor dan bakal doktor: anda seharusnya melakukan pemeriksaan terhadap pesakit sehabis baik sebelum anda merujuknya ke hospital..kalau setakat demam biasa tolong la jangan menyusahkan kami para pesakit..bagi jelah ubat...kami ada banyak keje lain dari kene beratur dan buat bodoh di hospital...
nurse2 di hospital, anda diminta berkelakuan sopan terhadap semua pesakit..jangan jadi macam harimau lak kat hospital..jangan cabut jarum suntikan macam orang takde perikemanusiaan..
itu je pesanan dari para penaja..huhu

SEHATI BERDANSA