TABUNG SAKURA

Thursday, December 31, 2009

Kenangan 2009

2009
akan pergi
tinggalkan aku seribu satu kenangan
actually bukan kenangan tapi
pengalaman

pengalaman yang tak mungkin semua orang dapat
pengalaman pahit,manis,suka,duka,tawa,tangis
semoga dengan itu aku lebih tabah, kuat dan cekal untuk tempuh 2010

untuk 2009
thanks for all moment in your year..
aku dah pelajari banyak benda selama tahunmu..
thanks so much

*kelopak mata aku asyik bergetar dan bergerak je..mungkin ada benda akan terjadi [stop aza,jangan berfikir bukan2..]*

Angan2 indah

nampak macam setiap hari aku post entry baru
aku pun tak tahu kenapa
padahal bukan ada story penting pon yang aku nak tulis

tapikan
sejak kebelakangan, setiap malam,
aku mesti tidor [hahaha..saja bikin lawak..]
tapikan
sebelum tidur mesti aku berangan

berangan tentang ape??
macam macam laa
sampai aku rasa aku boleh jadi menulis skrip dan pengarah
apa kes kan
mana tak nya,story anganan aku boleh bersambung sambung
sampai aku rasa boleh jadi telenovela
tajuk yang sesuai..[jap aku pikir..]
ha!tajuk telenovela aku
KISAH AKU DAN KAMU [entah..aku menjadi semakin mengong dan bengong sekarang..haha]

korang mesti nak tahu gak kan ape yang aku angan kan??
aku angan kan life selepas aku belajar
[ok2 aza..sampai situ saja..yang lain dont2..]

aku rasa semua orang ada anganan mereka sendiri
so berseronoklah dalam anganan korang..

*baik aku stop..kang banyak lagi yang aku mengarut..aku menjadi semakin kuat mengarut..tapi bukan mencarut ek..*

Tuesday, December 29, 2009

maafkan aku,masalah aku

malam tadi puas sudah aku lepaskan kesedihan aku
hampir separuh bantal aku basah kerana tangisan itu
maafkan aku

maafkan aku
aku tak mampu bersama kamu
aku tak perlukan kamu

jika orang lain tak pernah kisah tentang aku
jika orang lain tak pernah care tentang aku
jika orang lain tak pernah sayang kepada aku
jika orang lain tak pernah faham masalah aku
jika orang lain tak pernah tahu tentang sakit aku
jika orang lain tak pernah tahu tentang penderitaan aku
jika orang lain tak pernah tahu tentang hidup aku

jadi untuk apa aku bersama mereka yang kononnya kata sayang,cinta,sanggup berkongsi suka duka bersama aku

maaf aku tak perlukan kamu
maaf atas semua masalah ini
maaf aku bukan untukmu
namun jika benar kamu jodoh aku
satu hari nanti kita pasti bersatu
tapi tidak buat masa ini

*maaf jika entri ini penuh dengan emosi yang takde siapa fahami..ini cume luahkan hati seorang manusia yang penuh persoalan dan masih mencari cari sebuah jawapan.*

Monday, December 28, 2009

Dewasakah aku

tak tahu nak post ape sebenarnya
macam macam bermain dalam kepala otak aku sekarang

malam tadi aku bermesej dengan m a.k.a adik z
agak lama gak tak bermesej dengan dia
rindu plak..hahahaha [rindu adik ke rindu abg?? uwekk!!!]
hahahahaa

bosan sungguh menghadapi hari2 mendatang
kenapa?? mungkin sunyi..
ya sunyi?? tapi ape ertinya sunyi untuk aku??
maaf terlalu sukar aku describe maksudnya..

tadi pagi aku ber'ym' bersama azeera mengong
[ko mesti kta aku jahatkan..haha..ko jgn marah taw,nnt ko xde kawan yg ceria mcm aku]
benda yang buat aku tertarik sepanjang kitaorg ber'ym' tu adalah tentang
TANGGUNGJAWAB a.k.a Responsiblity

tinggal lagi beberapa hari nak masuk tahun 2010
huh..semakin bertambah la umur aku..aku akan mencecah umur 20 tahun di atas bumi ni..
[bukan saja aku,tapi semua mereka yang lahir pada tahun 1990]
semakin bertambah umur seseorang,semakin besarlah tanggungjawab seseorang
lepas ni umur aku dan kawan2 tak ada lagi word 'teen'..
we are not teenager any more..
terlalu pantas masa berlalu..
adakah aku mampu mengalas semua tanggungjawab yang memang menunggu untuk di pikul??

*masih lagi kebosanan,kebingungan dan kecelaruan..*

Saturday, December 26, 2009

Cekalkah aku??

sisa baik cuti yang ada ni aku memang dah takde karje
walhal banyak lagi kerja yang aku belum settel kan
kudrat nak buat semua itu ada tapi rintangan nya banyak pulak
[aku yang malas dan hanya berserah pada nasib]

semestar baru dah nak mula tapi aku
entah laa..
memang takde semangat nak balik ke ceruk hutan tu
bukan sebab tak mahu belajar tapi
tengok keadaan abah yang masih tak menentu
[seriusly aku takut untuk pergi jauh..]
keperluan untuk semestar depan pun aku tak ready apa2
[tak sanggup nak mintak mama duit lagi dalam keadaan macam ni..]
nak balik ceruk hutan tue dengan siapa pun aku tak tahu
[nak balik naik bas,dah tentu barang aku banyak..nak mintak tolong pakcik,makcik?? tebal sudah muka nie asyik meminta simpati mereka]
jadual semestar depan masih tergantung [system uitm sangat lembab!!]
surat kolej masih tersimpan dalam laptop [masih terpikir dimana untuk diprint..pendaftaran kolej memerlukannya...]

huh..banyaknya masalah aku..
aduhai..mampu kah aku bertahan??
boleh ke air mata ini ku simpan??
cukup kuat ke hati ni untuk terus tabah??

*macam2 dah bermain dalam kepala otak aku..im try to be positive but..aku masih terfikir yang negative..Ya Allah,bantulah aku..*

Friday, December 25, 2009

Terkilan ke aku??

aku memang sudah sedia maklum pasal tawaran uitm untuk budak2 part 3
tapi aku memang tak tahu tawaran tue berkuatkuasa bile
alih2 aku terbaca iklan kat student portal pasal tawaran tu
nak tahu syarat2 tawaran tu..antara yang aku ingat laaa
1)cgpa minimum 3.00
2)tidak pernah merepeat mana2 subjek semasa semester 1,2 dan 3
3)tiada drop mana2 subjek semasa semester 1,2 dan 3
ini jelah yang aku ingat..

perasaan aku?? menyesal?? mungkin ya..
yelah cgpa aku pun cuma 2.76 je..tak sampai pon 3.00
aku pernah merepeat masa semester 2 [at least subjek tu aku dapat A-]
aku tak pernah drop apa2 subjek pon
kalau di tanya tentang menyesal,memang la aku menyesal..
tapi life must be go on..pengalaman banyak mengajar aku erti berusaha..aku cuba kuatkan semangat..tak mudah putus asa..

*tahniah buat semua kawan2 aku kat uitm Segamat yang berjaya ke program penerapan tu..aku tahu korang memang layak untuk ke degree seawal ini..pada yang tak berjaya,jangan sedih..perjalanan kita semua sama..tak perlu terburu2..bukan rezeki kita kan?? kita akan ke degree juga one day nanti..sabar je..*

Thursday, December 24, 2009

Putarkan semula masa

cepatnya masa berlalu
pejam,celik,pejam,celik dah nak habis cuti
puas ke aku sepanjang cuti
cepatnya...
tak puasnya cuti kali ni


*aku nak mintak tolong doremon untuk putarkan masa..tapi macam kejam lak..tak pun aku nak masa supaya bergerak lambat..*

*abah sudah keluar wad petang ni..i dont want mess with him..*

kesabaran teruji

maaf,aku agak sibuk now..
mana nak fikir benda yang belum settle untuk next sem
mana nak fikir abah masuk wad
mana nak fikir yang ada kat rumah
mana nak fikir hal2 family
huh!! saya DIUJI lagi
*try to be strong wlaupun dugaan datang tanpa simpati..just macam ape yang org india tu cakap[kebetulan aku jumpa dia kat tempat duduk menunggu kaunter kecemasan],"takpe laa dik,kita terima je semua nie..kuatkan semangat..suka tak suka kita kene hadapi..jangan mengalah k..semua orang ada dugaan..sabar.."

Monday, December 21, 2009

maafkan saya,awk

beberapa minit lepas,aku terbaca blog dia dan aku sedih..
aku tak tahu kenapa..
aku tahu,kata2 dia tempoh hari adalah bohong semata-mata..
kekadang aku menyesal dengan tindakan aku..
aku menyesal dengan kesalahan aku..
tapi kenapa sekarang aku baru mengerti tentang dia??

aku baca blog dia,aku pernah baca status facebook dia..
aku jadi tertanya2 tentang hidup dia..
apa yang dia lalui setelah dia hilang papa yang dia cintai??
aku tahu dia sakit..aku tahu dia derita..
tapi kenapa aku tak boleh tolong dia??

Ya Allah,
aku hamba yang kerdil..hambaMu ini selalu membuat doa..
hambaMu ini selalu ingkar akan suruhanMu..
aku tahu yang aku tak layak meminta apa dari Mu..
tapi Ya Allah,
izinkan lah aku membantu hamba Mu itu..
aku ingin sekali membuatkan dia gembira..
izini aku dan berilah aku peluang..
aku mohon Ya Allah..

untuk dia,
saya tak tahu awak baca atau tidak blog saya ni..
saya tahu saya banyak buat silap pada awak..
saya mintak maaf..
saya tahu awak sakit..saya mohon untuk jadi kawan awak dunia akhirat..
saya berdosa pada awk..

*teringat dengan dialog dalam cerita nur kasih.."luka di hati tak boleh diubati di luar..mari saya bantu.."*

*dia pun selalu tulis yang mama dia panggil dia nur kasihan bukan nur kasih..*

Friday, December 18, 2009

riang ria bersama teman

aku dan teman teman [dila,zeera,farid,azrin and naqek] dah selamat menjelajahi Genting Highland..seronok giler..macam dugaan yang kitaorg lalui nak sampai ke sana..
memang havoc giler laa..

hari pertama [Selasa,15 Dec]:
6.30:aku keluar rumah.follow abah pegi keje.
6.40:sampai kat ESSO.yang dah sampai cuma farid sorang je [aku dah agak dah].
waiting laa budak2 lain.[xsangka kawan2 aku ni macam2 perangai].paling tak boleh bla si Azrin. elok je cakap baru terjaga.mmg saja je nak cari penyakit.
7.15:azrin sampai seiring dengan bas [kira cantek la tu..padahal dah hampir 3 bas kitaorg terlepas]
8.05:sampai ktm.
8.16:naik ktm.[first time sejak bergelar remaja naik ktm..]
9.10:sampai KL Sentral.[terus pegi cari kaunter tiket genting]
jumpa je tiket kaunter Genting. tapi memang betul2 menguji kesabaran kitaorg. next tiket pukul 2 PTG!mahu kitaorg tak terkaku sekejap. macam kene kejutan elektrik je. tak sangka. 2,3 kali gak kitaorg menebalkan muka g kat kaunter. lastly,kitaorgpon sepakat.alang2 dah sampai KL, baik teruskan sampai Genting.
10 hingga 2: jalan jalan sekitar time square, makan dan solat.
2.50:sampai Genting.[terpinga2 sekejap kat situ.[maklumlaah masing2 dah lama tak pegi Genting]. dah tu beratur naik kabel car.[mak aii,panjang giler barisan nya. hampir 30 minit gak kitaorg beratur panjang].bila dapat je naik kabel car.lagi satu kejutan. tinggi giler la! 3.2 km nak sampai ke atas! mahu aku tak gayat. budak2 lain buli aku sbb aku takut [actually bkn takut tapi gayat laaa]
4.00:sampai puncak. tetap terpinga gak. jalan2 sekejap. pastu cari bilik. bergaduh sekejap antara lelaki pompuan nih.[macam kelakar jer.]paling tak disangka kitaorg mampu daki bukit kat Genting tu.macam tak sangka laa..
7.30:baru dapat bilik.bayangkan 1 bilik berharga RM180 untuk bilik yang bertaraf macam hotel kat SEGAMAT! mahu kitaorg tak pikir 100 kali sebelum sepakat nak sewa. memang giler laaa.yang paling giler 1 bilik [standard bilik tidur biasa] memuatkan 6 org manusia.hahahaha.memang kerja giler! [ni kalau parent kitaorg tahu,memang boleh mampos semua sekali. keep until died.huhu]
7.35:pegi makan KFC. ni lagi pelik.tak penah2 masing2 makan dinner plate,entah apa yang merasuk kitaorg semua.semua makan dinner plate.kira tahap kebuluran la ni.]
8.30:masuk bilik.memang semua tercenggang sekejap [hampir setiap masa kitaorg terkene kejutan.]masing2 terpikir,macam mana nak tidur dalam ruangan yang ada. disebabksn dah bayar,so masuk je la.yang pompuan masing2 terus sambar tilam.yang lelaki teragak2 nak masuk.
12.00:yang pompuan semua tido,yang lelaki g jalan2.
1.30:budak lelaki balik.
dahtu semua tido sampai pagi.paling tak boleh bla.bila ada yang terjaga,semua cakap lambat betul masa berjalan.Si Zeera lagi best pukul 2.30,dia cakap dia nak pegi main theme park waktu tu! mahu yang semua tak gelak. Memang sengal laa.

rabu,16hb
6.30:semua dah terjaga.
7.15:dah makan.paling tak tahan makanan sarapan kitaorg kfc semalam. pagi2 buta dah melantak ayam.konon2 buat alas perut untuk main kat theme park.
9.00:gerak g theme park.
macam2 game ada.tapi akibat kesesakan lautan manusia,kitaorg cuma mampu main 4game jek. tapi at least kitaorg dapat naik roller costa Genting. giler macam nak melayang nyawa.SEPARUH NYAWA AKU HAMPIR MELAYANG!
1.00:gerak naik kabel car.ni lagi cemas.sampai kat kaunter tunjuk tiket.reception tu kata kita org takde tiket.yang ada cuma satu je! memang cuak la! siap tunjuk semua tiket lagi. nasib ada,kitaorg salah bagi tiket.huhu
2.00:sampai bawah.penat memang tak terkira laa..
5.00:ni lagi cuak.masing2 terasa pelik je.kenapa macam kita orang je yang tggu bas kat situ.sedangkan akak kaunter semalam kata,tiket kitaorg tiket yang last.pusing satu bangunan cari station bus.siap tanye polis lagi.nasib polis baik.huhu
5.30:naik bas.dari bas baru kitaorg sedar. sedar dekat mana tempat tidur kitaorg,tempat main,jauh perjalanan kereta kabel yang kitaorg naik..memang tak sangka laaa. boleh masuk dalam rekod seumur hidup!
10.00:masing2 sampai rumah.memang penat tak terkira laa..

*lepas ni kitaorg semua boleh masuk maraton.huhu. giler ngarut. boleh naik turun bukit 2,3 kali dalam masa tak sampai sejam!. pengalaman manis yang tak dapat kitaorg lupa sampai mati. memang best!*

Sunday, December 13, 2009

balasan atas kejayaan??

malam ni aku nak cerita tentang result aku..
result pelajar uitm keluar hari jumaat,10 disember,jam 10 malam..
memang giler menakutkan laa untuk aku check awal2..
so aku tak tak tergesa2 nak check..

antara punca aku taknak check awal sebab:
1) aku takut giler repeat [pengalaman banyak mengajar budak yang sememangnya malas ni]
2) aku memang tak confident langsung nak tahu pointer aku [seriusly sem lepas aku banyak giler shopping and outing]
3) memang aku bercita2 tak nak check awal2 [saja nak bagi hati aku nerveous]

pulak tu,malam hari kuar result,aku satu family g makan sempena hari lahir abah yang ke 51..
so, aku kira tak nampak laptop la malam tu

tapi waktu maghrib, si Diba msg aku..dia cakap dia takut la,nerves laa..aku malas la nak reply..aku buat taktahu je..kalau dia takut,aku lagi takut..so aku taknak menakutkan diri masing2..
on the way balik dari Banting,si Zaiha plak bagi msg..dia suruh aku check kan dia punya result..peh!! lagi aku ngeri..aku sendiri tak check,aku nak check kan dia punya plak..im sorry..aku tak boleh tolong..
sampai rumah,nana pulak bagi msg [havoc giler,dah macam aku glamour lak malam tu]..nana bagitahu,result dah boleh check..
tapi aku wat indah tak indah je msg2 diaorang tu..kononnya nak menguji kekuatan hati laaa..tengok tahan tak..

esoknya aku online..ym dgn Zeera..dia tanye aku dah check lum,dgn selamba aku cakap aku taknak cek..membebel macam mak nenek la minah tu..
dah tu aku siap post kat myspace dgn facebook,supaya jgn ada org yang msg2 aku tnye pasal result sebab aku tak check lagi..

malam tadi Fraid hantar msg,tanye pointer aku bape..gaya2 macam ade org tak sabar nak belanja kau makan tu..[dia janji,kalau pointer dia tinggi dari aku,dia kene belanja aku..bunyi macam kawan yang sengal! ada ke patut mintak aku rendah dari dia..nasib kawan..huhu]
tak lama pastu,Ika pulak msg aku..dia tnye pointer..aku kata tak check lagi..dia tanye kenapa,aku jawab aku takut..dia kata ok laa,xde ape yang nak takut [ayat2 org nak menyedapkan hati aku je nih..] aku tanye result dia,dia kata dia lulus semua [bersinar2 dunia aku time tu]..tapi dia kata 2 org member kitaorg sangkut paper makro..yang ni memang buat aku cuak..mahu aku tak takut..giler ngeri aku..paper last tapi paling susah[memang time ni kepala aku ada kat umah..lagi pon otak aku celaru giler..byk masalah..]

pagi tadi,entah ape yang merasuk otak aku..aku pergi rumah Cik Man.. dengan nekad nya aku terus online..terus aku check..dan nilah hasilnya..

CGPA 2.76
GPA 2.96

perasaan aku?? lega giler..syukur sangat..kira sangat2 meningkatlah pointer aku dari sem lepas..[aku bukan budak pandai..budak yang hidup yang dipenuhi masalah..]

Saturday, December 5, 2009

life is not easy and not so hard

hidup ni kekadang sukar untuk kita ramal,duga
selalunya kita akan dapat apa yang tak nak
yang kita nak sukar untuk kita perolehi
yang kita ada pulak jarang sekali untuk kita syukuri
lepas tu kita mulalah nak menyalahkan takdir
itu semua fitrah kehidupan

apa yang selalu aku amalkan bila aku berdepan dengan masalah,dugaan atau ujian
aku just duduk termenung sorang2
[time ni mmg aku tak hiraukan orang lain,duduk dalam dunia sendiri]
muhasabah diri
[buatlah ape yang patut]
then yang paling penting aku close mata [bukan tido],think orang yang aku sayang
[mama,abah,abang,adik,nenek,atuk dan kawan rapat]
dari situ aku dapat kekuatan nak hadapi dugaan

ini cara aku.mungkin orang lain akan berbeza, tapi halatuju dan tujuan kita serupa.

*hope i could help someone who have problem ataupun mereka2 yang tengah bersedih. relakan pemergiaan atau kesedihan itu. bangkitlah dari kesedihanmu*

Thursday, December 3, 2009

at last! huh!

dia yang lafaz
aku yang desak
aku yakin dengan keputusan ni
aku gagal lagi
naluri hati tegar mengatakan itu yang terbaik
aku akur

*thanks sbb bahagiakan aku..maaf aku tak sempurna untuk kamu..dan aku tak perlu berbohong lagi..maaf..*

ini kehidupan

dulu masa kecik2 mak,ayah mesti cakap mcm ni kan..
"belajar rajin2,sampai masok university..nanti besor senang.."
kan2?? jangan tipu..kita duk sezaman so takde beza yang ketara antara mak,ayah kita..

sekarang,kita semua dah masok u,kolej,institusi pengajian tinggi la senang cite..
tapi betul ke senang?? kekadang bile tgk kawan lain yang tak berapa berjaya dalam akademik tu,kita mesti jeleskan??
sebab hidup diaorg macam lagi easy dari kita..tak payah kene hafal nota2,formula segala macam,fakta2 pelik dan teori yang ngarut2 tu..huh..
bukanlah nak menyalahkan takdir,tapi entahlaa..(bunyi macam nak berhenti belajor je)

tapi bile tgk kawan kita yang kat ipta,ipts..kita jadi kagumkan?
yelah kekadang tak sangka,rasa macam pelik bin ajaib(dari dulu aku musykil dgn istilah ni..)pun ada..
dulu mungkin kita kenal dia dari sekolah tadika,rendah,menengah..kita tahu sejarah pelajaran dia..mungkin tak sebagus dan sehebat kita..tapi dapat course yang gah2..
kalau kita dengar mmg kita pun takut laaa..huh..
tapi itulah laaa dinamakan rezeki..this is life..

kenapa aku tulis enrty tentang ni?? entahlah..aku rasa gembira dan tenang sangat hari ni..bile terbukak profile kawan lama,rasa jadi bangga sangat..sampai terfikir "ada gak kawan aku amik course ni,keje ni.."

*post ketiga aku hari ini..macam banyak je aku nak post entry hari ni..sebab ape?? sebab aku sangat gembira dan tenang hari nie*

suka suki..

bile baca status org lain,aku rasa macam gembira..
ntah laaa tak tahu kenapa..
bila dengar kawan2 nak bertunang,rasa macam aku lak yang nak kawin..
(meroyan nak kawin nii..huhu)
mesti hidup diaorg gembirakan??

*tak sabar nak menanti,berjumpa dgn my match a.k.a my prince..nak kawin gak!!huhu..semakin gembira,alhamdulilah..*

Wednesday, December 2, 2009

kisah tak sempurna

lama tak update blog ni..agak sibuk berpindah ke rumah baru..
nak cerita ape ek..kalau baca title kat atas mesti org jemu..
kalau ikut hati mmg tak nak cerita benda ni..tapi aku janji ni last aku story..
kalau tak nak baca sila baca blog lain ek..

2hari lepas,(30 nov)..
situasi 1:
selongakar beg baju,cari camera digital kesayangan..
cari cable tak jumpa..mula mengelabah macam org giler..
jumpa kat dalam laci..sudah nyayuk salah sendiri..huhu
(banyak sangat beg kat umah ni)

situasi 2:
ambik kad raya yang b anta..
take 2 picture sebagai bukti..
cepat2 send kat c..kebetulan dia ngah online..
just send gambar sign b yang ada signature dan tulisan sikit..

situasi 3:
penantian itu satu penyeksaan..
penat satu hari tggu nih..knp c tak reply..

situasi 4:
just send msg kt c lebih kurang mcm ni,
a:salam,saya dah send gambar tu,dapatkan? kalau gambar tu bkn b yang punya,maknanya saya yang salah..saya mintak maaf tapi kalo betul,saya takde jawapan untuk soalan awk..take care..bye..
c:gambar ape? xdapat ape2
a:xdapat?saya send kat 87
5 minit pastu(tetido xsdr)
c:mmg sign n tulisan dia
bila tersedar dan baca msg tu..
a:alhamdulilah, kebenaran dia pihak saya..thanks for last nite,take care,byee..

alhamdulilah,kebenaran di pihak aku..kisah ni takkan sempurna..tapi aku puas..puas sbb fair laaa untuk aku,dia dan kamu..kamu yang buat cerita ni bertambah rumit..aku pernah kata,"pls la ngaku je kat depan saya,saya janji saya keep dari dia" tapi kamu ego..so now and forever what can i say, padan muka ko!

aku percaya tak sia2 aku diuji demi cinta,tersembunyi hikmahnya..pasti!..cinta yang memungkinkan segalanya..kini aku bahagia..kenagan semalam,pergilah kau bersama tangisan gembira ini..

SEHATI BERDANSA