TABUNG SAKURA

Thursday, December 30, 2010

Hodoh Tapi Masih Berangan

Tak boleh tahan dah ni. Baru lepas cuci mata. Aku tak keluar dating okay. Tak meronggeng bersama sesiapa malam ini. Tapi malam esok masih tak tahu lagi.hehehehe.

Aku semakin tak boleh menahan nafsu. Nafsu untuk miliki segala jenis shawl dekat Malaysia ni. Faham tak shawl shawl tu semua lawa lawa. Faham tak aku teruja bila nampak banyak sangat shawl. Faham tak semua shawl itu sangat mengujakan aku. Faham tak aku dengki tengok tengok setiap kali lalu mana mana tempat yang jual shawl. Arggggghhh. Aku mahukan semua shawl itu.

Even aku hodoh bila bershawl, aku tetap nak semua jenis shawl. Sekurang kurangnya aku nak jadikan koleksi peribadi untuk masa depan. Mana tahu ada guna pada masa akan datang. Siapa tahu.


So cool bukan. Baik Aku sangat teruja dalam mood yang sangat jealous. Fullstop!

Siapa Tak Jealous Memang Gila!

Sekarang tengah macam tengah musimkan? Musim shawl. Macam macam nama shawl yang orang jual. Gipsy la, pashmina la, lycra la, cotton la, crumple la, shiffon jangan cakap la. Macam macam pattern ada.Tak kira la kat pasar ke kat shopping mall ke kat tempat kerja ke. Mostly orang taknak tertinggal untuk beli up to date fesyen. 

Aku sangat jealous nampak orang pakai shawl lilit lilit. Sangat lawa dan menarik perhatian. Aku memang suka tengok orang mengayakan shawl shawl ni. Aku kalau pakai shawl memang nampak sedikit hodoh daripada biasa. hahahaha


Nampak tak perempuan perempuan ini pakai shawl. Sangat lawa tahu tak. Saya jealous tau.


Lawakan. Simple je.


Oh ini sangat cantik.


Hot bukan kalau pakai macam ni.


Ini lagi buat aku jealous. Oh tidakkk


comel comel comel! Sangat teruja!

Cakap siapa tak jealous? Aku tak faham kenapa aku jadi hodoh bila bershawl tapi mereka mereka jadi comel, lawa, cun, cute sangat sangat. Faham tak aku suka tengok diaorang ni. Alahai diaorang ni. Jealous tahap meroyan aku tengok.hahahaha.

Hutan Tebal

Tinggal lagi sehari duduk rumah. Tinggal lagi sehari nak makan masakan mama. Tinggal sehari lagi nak buat abah membebel. Tinggal sehari lagi nak buat muka comel yang kononnya boleh mintak duit gaji abang tapi macam takda harapan je sebab dia dah dapat saman dari PTPTN. Mimpilah kalau dia nak bagi aku duit.hahaha. Tinggal sehari lagi nak paksa paksa adik buat kerja untuk aku. Tinggal sehari lagi nak main main dengan kucing kucing waktu masak. Tinggal sehari je lagi nak tidur membuta waktu tengah hari lama lama. Alahai. Cuma sehari je lagi.

Semalam Malaysia menang piala AFF Suzuki. Dah memasang angan angan dah sebelum menang lagi. Sebab kalau menang mesti PM bagi cuti. Ambik kau. Cuti esok. Ala kenapalah esok yang cuti. Kenapa tak hari Isnin ke. Kenapa tak tambah cuti untuk student terutama sekali aku [point takda berkaitan.hahaha]. Kenapalah PM tu bukan NC UITM.

Beg baju aku dah kemas. Beg lain aku tak kemas. Aku tak tahu nak bawak apa. Kalau boleh aku nak minimumkan barang untuk semestar ini. Nanti akhir semestar tak payahlah pening kepala otak aku nak kemas. Malasnya nak fikir nak bawak apa. Memang hope dapat bilik lama. Tak larat nak daki tangga batu lagi. Letih. Faham tak penat nak daki sambil angkut barang yang banyak banyak.

Nnati kalau kat sana, aku mesti jarang online. Jarang bukak blog. Jarang update blog. Jarang bebel kat blog. Jarang main Cityville. Jarang masak kat Cafe World. Alahai. Lagipun berukband aku sangat baik sebab dia sangat suka menguji kesabaran aku. Alaaa. Rindunya nanti.

Study hard tapi kene smart. No more main main lagi okay. Cukup main 5 semestar.Time to study.

*Bila mahu beli barangan makanan dengan toilet nih pulak. Alahai. Duit lagi. Takda yang free ke hah? Ingat aku jutawan ke. Asyik tambah hutang je. Benci betul!*

Wednesday, December 29, 2010

Macam Pelik

Semalam sehari suntuk aku tak online. Macam pelik je kan. Yelah aku kan selalu mengadap laptop setiap satu saat. Laptop ibarat udara untuk aku. hahahaha.

Semalam sehari suntuk aku habiskan baca novel Jika Bukan Kerana Bintang. Sehari suntuk aku baca. Bayangkan aku beli novel itu hari Ahad tapi sampai hari Selasa semalam aku baru habis baca. Sangat lama bukan? Padahal bukan tebal mana pun novel tu. Taraf novel standard je. Sangat membazir masa sebab terlalu banyak masa aku luangkan. Tahu tak selama ni aku hanya baca sebuah novel selama satu malam saja. Wow ini sangat pelik  untuk aku. Tapi serius novel tu best. Sangat suka kepada kata kata ini.

"Jangan pandang bawah. Pandanglah ke bintang. Jika bukan kerana bintang, aku takkan pergi sejauh ini..."

Tadi baru check nombor bilik untuk semestar depan. Sektor lain dah lama tahu nombor bilik. Tapi sektor aku baru je tahu. Takpelah. Biar lambat asalkan dapat bilik. hahahahaha. Aku dapat stay bilik lama. Perasaan? Of course sangat seronok. Dengan keputusan result final exam yang macam hidup segan mati taknak tu, aku sangat bersyukur sebab dapat bilik lama. Tak larat rasanya kene daki tingkat tingkat atas yang penuh dengan sisa buangan burung. Itu sangat menyeksakan. Semoga dapat roomates yang baru. Wahh harapan kau besar sungguh wahai perempuan gila. Kau ingat kau kerja kat UPK ke sampai nak harap macam tu. Takpe. Harapan itu penting kan? Jadi aku sangat berharap.


*Macam mana nak kurangkan barang untuk bawak masuk hutan tu ek? Serabut aku packing ni. Dah macam nak pindah rumah lagi je aku ni*

Tuesday, December 28, 2010

Happy Birthday

 Happy Birthday Secret Sakura Story

Selamat Ulangtahun Yang Kedua Untukmu

Semoga Panjang Umur

Semoga Kita Kuat

Semoga Kita Bersama

Aku Sayang Kamu


Ini Hati

Hai blog. Jarang aku update seawal ini. Jarang untuk aku celik seawal. Jarang untuk aku kacau untuk seawal ini. Sangat awal. Aku tak mampu untuk tidur. Hati ini. Entahlah. Macam macam ada dalam hati ini.

Hari ini aku didatangi dengan pelbagai amarah. Cemuhan. Kesakitan. Kesedihan. Aku cuba mencari kekuatan. Cuba cari mana silapnya aku. Aku jumpa. Aku perbaiki. Aku cuba mengenal dan memahami. Aku cuba jalan seiring bersama. Aku cuba memberi yang terbaik walhal aku sangat menyusahkan. Terima Kasih.

Mungkin aku manusia yang mudah memaafkan. Namun aku bukan manusia yang mudah untuk melupakan. Bagi la aku tempoh seberapa panjang. Aku tetap sukar untuk melupakan. Orang tak melalui apa yang aku lalui. Malah blog ini juga tak tahu apa yang aku lalui. Blog cuma 30 percent daripada hati aku. Yang selebihnya tetap ada dalam hati aku.

Saat orang kata aku meninggi diri, aku tertanya tanya mana yang tinggi. Saat orang kata aku perasan, aku tertanya tanya mana salah ke perasan untuk memotivasikan diri. Saat orang kata siapa dia nak berkata tentang orang yang paling istimewa dalam hati aku, aku tertanya tanya inikah harga yang perlu aku bayar. Saat orang kata aku terlalu excited sebab kononnya ramai lelaki yang jadi kawan aku, aku tertanya tanya salah ke aku berkawan tanpa bermusuh. Saat aku jatuh, mungkin kau kata kau ada disisi. Saat aku harungi malam malam dengan airmata, mungkin kau akan kata aku terlalu ikut perasaan. Dan mungkin bila kau membaca blog ini kau akan kata annoying sungguh aku ini. Seolah olah aku berlagak aku bagus.

Katalah apa saja yang terlintas. Cakaplah segalanya apa yang kau simpan dalam hati. Aku halalkan setiap patah kata kata dibelakang aku. Memang kau rasa blog aku seolah menampakkan aku cuba untuk berlagak bagus. Aku seolah olah act yang sangat memahami semua orang. Aku seolah olah hebat. Atau mungkin ada yang nak kata aku sentiasa betul tentang perasaan aku. Katalah. Cakaplah.

Kalau aku salah tentang perasaan aku. Dan kau yang betul tentang hati dan perasaan aku. Aku terasa sangat terkilan. Cuba letakan diri kau di tempat aku. Tak pun kau fikir dengan teliti dengan apa yang kau lalui sebelum ini. Aku rasa dah buat yang terbaik untuk kau. Aku bagi ruang untuk kau bernafas. Aku tak pernah memaksa bila aku tertanya tanya apa yang terjadi. Saat tidur aku diganggu sikit pun aku tak pernah rasa terganggu. Aku pernah kata dulu. Ini dia yang dinamakan kawan. Kawan mana yang tak menyusahkan kawan.

Mungkin ada betul kata Sis Tfa. Mungkin orang lebih suka melihat senyuman kita dari melihat hati kita. Mungkin dengan membuat orang lain senyum, ketawa menjadi ubat kepada kesedihan kita. Mungkin orang beranggap yang kita sentiasa happy tanpa memikirkan apa ada dalam hati kita. Sungguh dia pelakon paling hebat yang aku kenal. Sentiasa dengan senyuman. Sentiasa dengan gurauan untuk menghiburkan hati setiap kawan. Itu sangat buat aku kagum.

Aku cuba. Cuba untuk jadi seperti itu. Mungkin hipokrit itu ditentang oleh ramai orang. Tapi kekadang kala kita terpaksa menjadi hipokrit untuk menjaga hati ramai orang. Dan aku sedang mencuba kearah itu.


Mungkin hutan itu adalah jawapan terbaik untuk perasaan ini. Mungkin hutan yang hijau lebih memahami hati ini. Aku sedang memuaskan hati orang. Aku dah on kan. Semoga dengan itu semua orang puas. Tapi aku private untuk semua. Aku tahu ia akan kembali pulih. Tapi mungkin susah untuk kembali macam dulu itu. Apa yang aku fikirkan cuma, "aku tak sangka. rupa ini..."

Ini cuma 30 peratus yang ada dalam hati aku untuk waktu ini. Blog aku sangat heavy dengan perasaan aku. Dan sebab itu blog ini aku cipta. Aku bukan jual rupa atau mengejar rating. This is my own way. Maaf kalau ini menyakitkan ramai orang lain dan banyak hati.

Terbaik Dari Ladang

Kata orang jangan jadi hipokrit. Kata orang hidup kene jadi diri sendiri. Kata orang jangan mudah menangis bila bersedih. Kata orang hidup perlukan kesabaran. Kata orang hidup perlukan senyuman.

Sampai hati. Itu je yang terlintas.

Apa yang aku buat dia pernah buat. Apa yang aku rasa dia pernah rasa. Apa yang aku ketepikan dia pernah ketepikan. Jauh sekali dulu aku nak marah. Jauh lagi untuk aku malukan dia. Jauh untuk aku buat dia terasa. Aku sebolehnya buat kita bersatu. 

Bila berlaku pada aku, aku hanya nakkan benda yang sama yang pernah aku bagi. Tapi ini yang aku dapat. Memang terbaik dari ladang. Untuk dia cuma terima kasih saja yang aku mampu katakan. Hipokrit mungkin lebih baik untuk aku.


Monday, December 27, 2010

Bintang

Sekadar berkongsi kata kata. Kata kata dari novel terbaru yang aku beli. 

Jika Bukan Kerana Bintang hasil karya Dhieya Adlynna.

"Jangan pandang bawah. Tapi pandanglah pada bintang. Dan jika bukan kerana bintang.. saya takkan punya kekuatan untuk pergi sejauh ini."

Kesalahan

Aku tak faham. Aku cuba nak memahamkan dan memahami semua orang. Setiap orang ada pendirian. Setiap pendirian tak salah. Siapa kita nak menghakimi pendirian atau pendapat orang lain.

Setiap orang ada rahsia. Dan tak semua rahsia boleh dikongsikan. Meletakan seseorang sebagai sebab bagi menganti sesuatu sebab mungkin dianggap sebagai satu yang salah. Meletakan pendapat pada satu kenyataan yang reality mungkin juga satu kesalahan. Menulis sesuatu untuk kebaikan diri tanpa mudah untuk ditafsirkan juga menjadi satu kesalahan. Melahirkan sesuatu dari hati juga sudah jadi satu kesalahan.


Aku tak pasti. Jauh sekali untuk aku tahu. Aku bingung. Apa yang salah?

Sunday, December 26, 2010

Salah Ke Kalau Gemuk

Aku terbaca satu benda ni. Aku memanglah sentap. Benda berkaitan orang gemuk. Entahlah. Aku selalu sangat tak faham. Tak faham tentang mentality orang lain.

Ada orang cakap orang gemuk itu macam tak layak dapat kebahagian. Orang gemuk tak layak ada pakwe mahupun secret admire. Orang gemuk tak layak pakai baju lawa lawa. Orang gemuk tak boleh jeling jeling jeling lelaki. Orang gemuk tak layak  dressing macam model. Orang gemuk tak layak bergaya. Dan macam macam lagi. Semua tak boleh. Tinggi sangat ke darjat orang kurus itu?

Hina sangat ke jadi orang gemuk? Mulia sangat ke jadi orang kurus? Teruk sangat ke jadi orang gemuk? Baik sangat ke jadi orang kurus? Kenapa terlalu mendesriminasikan saiz badan seseorang? Salah ke kalau seseorang itu gemuk? Tak layak ke dia diberi layanan sama macam orang kurus?

Entahlah. Aku tak faham. Aku gemuk. Aku sangat terasa kalau orang cakap pasal orang gemuk. Macamlah orang kurus itu bagus sangat. Saiz badan tak melambangkan apa apa pun. Cuma saiz. Jangan bongkak dengan saiz badan. Biar gemuk janji hati senang. Jangan kurus tapi banyak hutang. Biar gemuk janji senyum. Jangan kurus tapi sedih. Jangan sebab orang itu gemuk, ada yang buat dosa tambahan. Kalau kurus tapi banyak dosa pun tak guna jugak kan? So fikirlah sendiri.


*Memang aku gemuk. So ada masalah dengan itu? Sila jangan dengki sebab aku gemuk.*

Terima Kasih

Assalamualaikum. Hai semua. Masuk sehari tak berblog. Rindu pulak. Visitor pun makin ramai. Alhamdulilah. Terima kasih. Nanti kalau sempat, aku visit korang okay. Kalau lambat jangan marah tau.hehehe

Semalam aku busy sangat sangat. Sehari suntuk aku ada kat luar rumah. Mama, abah, abang, adik semua ada. Bukan senang nak bagi semua orang ada kat rumah. Semalam sangat seronok. Seronok ajak abah jalan jalan. Seronok bodek bodek mama. heheheh. Semalam aku shopping sakan. Tapi takda lah sakan mana sangat pun. Aku dapat berhelai helai seluar baru. Berhelai baju baru. Sepasang kasut baru lagi. Dan tentunya makan dan terus makan lagi.hahahaha.

Tak habis pusing satu Jalan Taiping, Klang, aku serbu The Store, Klang. Apa lagi rambang mata aku dengan segala macam sales. Sangat teruja. Lagi teruja bila mama just kata,"hah, pergilah pilih apa sana. Mama nak tengok blouse blouse kat sini". Apa lagi. Sebagai anak yang mengikut kata mama, aku pun pergilah mencari barang barang yang berkenan dihati. hahahahahaha. Tak puas lagi sampai situ, mama ajak pergi Jusco pulak. Nampak tak aku ikut perangai siapa? hahahaha. Bukan salah ibu yang mengandung tau.hahahaha. Tapi adik aku pulak mogok. Sebab kitaorang belum makan apa apa. So mama kata dia teringin makan Nasi Beriyani. Therefore kitaorang singgah kat Beriyani King. hehehe.

Yang aku rasa nak gelak kat sana bila waiter tu salah amik order. Aku pesan watermelon float. Tapi dia bagi aku belimbing float. Aku tengok colour memang pelik. Tapi aku buat bodoh je. Aku minum. Abah pandang semacam. Abah tanya air apa. Aku jawab air kulit tembikai kot. hahahahaha. Ala aku tak kisah la itu air apa. Janji air. Janji ada yang float. Janji aku boleh telan. Janji bukan duit aku. Itu yang penting. hahahahaha

Sampai kat Jusco jangan cakaplah. Orang memang ramai. Nak shopping punya pasal, aku tak kisah. Aku sambar lagi baju dengan seluar. Mama cuma geleng. Abah dah malas nak layan. Aku senyum jelah. hahaha. Terima kasih mama, abah.

Hari ini aku bangun awal. Paling awal sejarah dalam rumah baru ini sejak aku pindah. Lagi lagi hari minggu. Sangat jarang aku bangun awal. Mama dah ugut malam tu. Siapa lambat bangun kene tinggal. So aku jadilah manusia paling awal bangun. hehe. Mama ajak pergi pasar banting. Kat pasar orang beli lauk, tapi aku beli selipar. Aku memang suka beli yang pelik pelik kan? hahaha. Petang tadi mama cuma acah abang. Mama cakap dah lama tak makan satay. Haritu abang aku beli tapi dia makan sorang. Mama aku geramlah. hahaha. So abang kata yelah. Lepas asar kita orang pergi PKNS, Shah Alam. Serbu satay Hj Samuri. Sedap. Tapi tak banyak pilihan sangat macam kat Kajang. Tapi janji makan. Tak cukup dengan itu, aku saja ajak mama jalan jalan tengok baju. Aku rembat dua helai selendang. Dua helai anak tudung. Dapat lagi novel.

Wah. Sangat seronok. Alangkah indahnya kalau setiap hari adalah hari yang ada duit. Seronok kalau hari hari semua orang sihat. Best kalau hari hari semua orang ada kat rumah. Gembira  kalau setiap hari ada sales. Alhamdulilah.Terima kasih.Terima kasih atas kebahagiaan ini. Kan best kalau hari hari macam hari ini dan semalam.hehehe


*Aku bukan berlagak bagus jauh sekali meninggi diri. Kadang kadang setiap benda yang berlaku itu ada sebab yang tak dapat kita jelaskan. Maafkan aku kalau ada yang berkecil hati. Aku manusia yang lemah. Kadang kala tak perlu kata kata untuk melahirkan perasan. Aku cuba untuk jadi manusia yang terbaik untuk semua.*

Friday, December 24, 2010

Biar Perasan Tapi Jangan Bermuka Talam

Ya, aku perasan. Aku perasan cantik. Aku perasan lawa. Aku perasan kecik. Aku perasan kurus. Aku perasan hot. Aku perasan famous. Aku memang seorang yang perasan.

Maaf bila aku menulis tanpa memberi nama. Bukan niat aku mahu mengaibkan orang. Jauh sekali menegakkan diri. Tapi aku manusia biasa.

Kamu: Kamu baik dengan aku. Kita memang rapat. Tapi aku sendiri tak sangka. Aku tak pernah buat macam itu pada kamu. Aku tak pernah sekali kali berniat macam tu. Tapi bila kamu, kamu buat aku macam ni, aku sangat sedih. Aku tak pernah memandang kosong dengan setiap apa yang kamu pernah sampaikan. Tapi salah ke aku bila aku bertindak macam ini. Kamu tahu aku lemah. Bila aku belajar berjalan, kamu buat aku macam badut. Bila aku mula berlari, kamu mula ketawa berdekah dekah. Mungkin aku bukan kawan yang baik untuk kamu. Aku tak hebat macam kamu semua. Salah ke aku untuk berfikiran hebat. Aku tak pernah marah kamu berkawan dengan siapa. Jauh sekali aku nak beranggap apa apa tentang kawan kamu. Jauh sekali bersikap talam yang bermuka muka. Maafkan aku kalau aku bukan kawan yang sempurna. Aku tak hebat. Aku bukan rumput yang paling cantik. Jauh sekali untuk aku jadi apple di pokok yang tinggi. Aku cuma manusia yang biasa. Dan mungkin aku tak tahu bermain dengan kamu semua.

Kamu: Aku tak pernah berniat apa apa semasa berkawan dengan kamu. Kamu denga aku sangat jauh beza. Kamu tak pernah kenal aku sebenarnya. Kita jauh berbeza. Tapi aku tak pernah melihat perbezaan. Aku rasakan perbezaa itu satu yang unik. Ramai orang beranggapan kita kawan atas dasar pengalaman. Kita kawan sebab nak melayan kedukaan. Kita kawan sebab berkongsi perasaan. Orang boleh kata apa yang mereka kata dan kamu boleh anggap apa apa yang kamu mahu. Tapi aku niat ikhlas. Aku tak pernah curiga dengan kamu walau orang lain mencurigai tentang kita. Bagi aku biarlah. Kita takkan terus mati dek keji dan takkan terus tinggi dek puji.

Kamu: Ya, aku sayang kamu sekarang. Aku sayang kamu. Tapi aku melihat dunia dengan lebih global. Dan aku rasa kita tak mungkin bersama. Biar orang salah menilai. Biar orang salah menafsir. Tapi aku tahu apa dalam hati aku. Terima kasih sebab kamu selalu memberi semangat.

Kamu: Kita rapat. Tapi kita tak mungkin bersama.

Kamu: Kita macam belangkas. Kita pernah mencuba. Tapi cubaan itu gagal. Maaf. Mungkin kita memang takkan bersama.

Kamu: Kamu pernah kata kamu suka aku. Kamu pernah mahu menganti tempat dia. Jauh kita berjalan. Tapi aku rasa aku belum mampu ganti tempat dia dihati kamu. Terima kasih atas kenalan ini.

Kamu: Aku terpaksa tinggalkan kamu. Kita bersama tapi banyak dosa yang terjadi. Aku takut aku lemas dalam dosa. Biar tak ada siapa tahu tentang dosa itu. Biar mulut orang berkata tentang semua antara kita. Aku tak takut. Bukankah Tuhan mahukan kita berubah. Terima kasih kamu.

Kamu: Tahniah sebab kamu dapat dia kembali. Aku tahu kamu berhak untuk dia.

Kamu: All the best. Ini yang terbaik untuk aku. Kita teruskan hidup okay. Thanks kamu.

Kamu: Terima kasih atas kata kata di situ. Kamu menulis dengan harapan aku tak dapat membaca. Tapi kamu silap. Aku masih mampu membaca. Jika benar kamu kawan aku, kamu tak mungkin berkata begitu. Sebab aku tak pernah menulis begitu di tempat yang terlalu ramai manusia yang mengenali aku. Aku tak sangka. Tapi terima kasih atas kata kata itu.

What Are The Big Deal?

Adeh. First time mula kan entry dengan keluhan. Penatkan? Penat main kejar kejar. Penat kene kejar. Penat mengejar. Tak sampai 24 hours deactivate. Ramai yang bising. Adeh, pening udah nih.

Aku tahu ada yang membebel panjang sebab aku semakin bodoh. Ada yang menyampah sebab sikap aku yang semakin memualkan. Ada yang tak faham sebab aku budak yang tak tahu nak mengawal keadaan. Ada yang semakin membenci aku kan? Tak payah sorok. Tak payah tipu. Kalau mereka tak tunjuk pun, aku still boleh membaca hati, hati, hati, hati itu. Banyak hati yang boleh aku baca. Banyak muka yang boleh aku baca.

Bukan mudah nak jumpa orang yang faham kehendak hati sendirikan. Antara hati. Antara aku. Antara mereka. Itu bukan mudah. Bukan senang nak faham kan hati kita bila kita sendiri tak faham dengan hati orang. Bukan semua orang boleh cakap direct dengan orang lain kan. Bukan semua orang boleh luahkan apa yang ada dalam hati dengan semua orang kan. Bukan semua orang mudah nak menerima keputusan orang lain kan. Okay aku layak untuk di benci. Aku layak untuk dilabel macam macam. Aku layak digosip. Aku layak di untuk dipulaukan. Aku layak untuk apa saja yang semua orang fikirkan.

Mereka rasa mereka faham. Mereka rasa mereka kenal. Mereka rasa mereka dapat rasa. Mereka rasa mereka boleh baca hati aku. Mereka banyak rasa sebenarnya. Tapi aku. Aku tak punya apa apa rasa.

Ini bukan keputusan drastik. Bukan keputusan mengejut. Ala facebook je kot. Takda benda sangat pun. Bukan masalah itu yang menjadi persoalan utama sangat. Adakah aku kalah dengan perasaan ini. Mungkin untuk dulu, memang aku kalah. Aku selalu kalah dulu. Dan kalau kau rasa kauorang hebat, sila fikir berkali kali sebelum kata macam tu. Telinga ini belum pekak. Mata ini belum buta. Aku pernah saksikan apa yang pernah berlaku pada kamu semua. Bukan untuk membuka pekung di dada tapi aku mahu kamu semua berfikir. Kenapa aku deactivate facebook orang lain bising? Aku ada 3 email. Aku ada 3 tempat sosial lagi. Jangan la risau sangat. Semua tu aku boleh access dengan mudah. Aku takkan mati kering sebab bosan.

Kalau aku bosan pun aku tak rasa aku akan bazirkan duit orang lain kecuali duit mama dengan abah. Aku yang biasanya yang akan call orang. Sebab aku tak suka message dengan orang lembab jawab message. Sudahlah. Facebook je kot. YM, Myspace, Friendster, Tagged semua masih active. Apa ke ada hal. Bukan ada masalah besar sangat. Tak terjejas apa apa pun lah.


*Aku jadi sedih bila berdepan dengan orang yang aku sayang tapi cuma sayang dimulut.*

Andai Ini Takdirnya

Hari yang indah. Matahari muncul tanpa menyakitkan mata. Sangat menyenangkan untuk aku. Matahari yang cantik. Aku suka melihat matahari terbit pagi. Pemandangan paling indah.

Aku buat keputusan. Keputusan yang drastik. Facebook aku deactivate. Aku lupuskan facebook aku. Dan aku mula terfikir macam mana nak hidup bersosial lagi selepas ini. Macam mana nanti kalau aku bosan mengadap buku buku. Macam mana nanti kalau aku nak ketawa guling guling dengan twins. Macam mana nanti kalau aku sedih dan nak tulis status yang sedih sedih. Macam mana, macam mana dan macam mana nanti.

Entahlah. Aku tak boleh fikir. Sebab utama aku deactivate adalah sebab dia. Ya dia yang pertama. Sejak aku mula melihat facebook dia malam tu dari akaun facebook kawan baik aku, aku mula terasa macam bodoh. Bodoh sebab aku terlalu cepat melayang dan berangan untuk dekat dengan dia. Bodohnya aku sebab masih menaruh rasa yang tak terbalas pada dia. Lagi bodoh bila aku bermimpikan dia. Bodohnya. Menaruh perasaan kepada si dia yang jelas jelas tak mampu menerima kau dengan apa yang ada.

Wahai si perempuan bodoh lagi hodoh. Kau kene ingat sampai mati. Kau bodoh. Kau takda apa yang boleh kau banggakan. Kau takda apa yang boleh kau agung agungkan. Kau jangan jadi bodoh. Jangan jadikan diri kau lagi bodoh bila berdepan dengan manusia macam dia. Yakin pada Tuhan. Akan datang nanti putera yang memang milik kau. Jalan kau masih panjang. Masih jauh. Masih bengkak bengkok. Masih haru biru. Masih banyak lagi yang patut kau kejarkan. Bukan dia yang patut jadi agenda utama untuk kau. Bangun wahai perempuan hodoh, bodoh dan perasan. Bangun. Berjalan. Jangan mudah menoleh kebelakang bila kau jatuh. Jangan lagi kau mengharap dia menghulur tangan waktu kau jatuh. Jangan pernah sekali kau mengharap dia datang pada kau. Jangan pernah.

Thursday, December 23, 2010

Semua Salah

Ramai orang tanya. Siapa dia. Siapa dia yang berjaya amik hati aku. Aku bukan mudah sangat nak bagi hati pada orang. Tapi kenapa dua, tiga entry lepas aku kata aku fall in love. Ramai yang buat andaian. Dan ramai yang salah. Semua salah sangka.

Mereka fikirkan dia itu. Kalau tak dia itu, pasti dia ini. Tapi jawapan sebetulnya bukan dia itu atau dia ini. Siapa sebenarnya dia yang berjaya ragut hati aku? Jawapannya biar aku sorang je yang tahu. Yang pasti bukan dia, dia atau dia yang semua fikirkan. Dia.


*Semakin jauh bila aku mendekat. Semakin dekat bila aku cuba menjauh.*

Lagu Hati


Wajah yang tampan
Sungguh menawan
Dan juga kaya
Ku suka dia


Tak banyak gaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya
Saat kau menghampiri diriku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku

Diam-diam

Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahu
Diam-diam
Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahu


Wajah yang tampan
Sungguh menawan
Dan juga kaya
Ku suka dia


Tak banyak gaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya
Saat kau menghampiri diriku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku

Diam-diam
Aku jatuh hati padamu




Tanda soal. Soal hati. Soalnya siapa. Jeng jeng jeng.

Bet On Me

Jadi orang baik itu susah. Jadi orang jahat tak senang. Jadi orang macam aku pun boleh giler. Kalau jadi orang giler apa rasanya ek. Kenapa aku tanya dan kenapa aku tulis. Entahlah. Mungkin sebab aku dah bosan hidup jadi orang baik. Berlagak sopan. Cuba berbaik baik dengan semua orang untuk menjaga segala macam hati. Tapi aku rasa itu bukan tempat aku. Dan ianya akan okay even aku takda. Aku pasti.

Wednesday, December 22, 2010

Juta Juta

Entahlah

Terlalu banyak yang sama

Terlalu banyak yang lain

Aku jadi terlalu takut

Takut dengan masa depan

Takut dengan kenyataan

Kebetulan yang menyakitkan





Mahu Berskandal Lagi

Harini sangat bosan. Ingat mahu keluar dengan someone. Tapi dia kene pergi IJN. Okaylah. Aku mengalah. Lagipun kami bukan ada apa apa. Aku suka dia. Aku sayang dia. Bukan maknanya aku menaruh harapan untuk ada apa apa dengan dia. Cuma sebagai kawan. Dan aku rasa selagi tak melebih limit, selagi itu masih boleh diteruskan bukan?

Lagipun semalam dah sehari suntuk aku keluar dengan BFF aku. So sila jangan budget aku seperti anak Gabenor bank negara okay. Semalam ada mama just bagi RM100 untuk beli segala barang barang untuk naik sem. Bunyi macam aku rajin giler nak mampos shopping kan? Tapi takda maknanya. Aku terpaksa shopping every awal sem. Terpaksa beli kasut untuk ke kelas. Dalam satu sem selalunya untuk kasut aku terpaksa belanjakan dalam RM200. Bukan sebab cari jenama yang branded. Tapi kekadang aku terpaksa bertukar kasut setiap sebulan. Bentuk muka bumi kampus yang berbukit dan bertangga batu yang banyak memang banyak menghancurkan jenama yang mahal mahal. Jadi aku harus membantu meningkatkan pendapatan golongan usahawan di Malaysia.

Untuk baju atau seluar mahupun jeans aku tak berapa nak kisah sangat. Aku tak terlalu obses dengan itu. Asal ada itu sudah cukup. Selagi mana boleh dipakai selagi itu dia perlu berkhidmat. Jadi untuk tinggal lagi satu sem ini, aku rasa baju baju dan seluar seluar aku sudah cukup. Dan aku tak memerlukan sangat benda benda itu. Aku memang perosak fesyen dan buta fesyen. Itu kenyataan.

Dari aku beli baju untuk memenuhkan almari baik aku beli novel untuk memenuhkan laci. Aku sangat ketagih untuk beli novel. Kalau masuk Popular takpun MPH ataupun mana mana kedai buku, aku rasa aku nak bolot semua buku buku yang ada. Aku nak baca semua. Aku suka sangat buku [ayat budget macam kau kanak kanak riang yang suka buku dan kau adalah budak yang paling pandai!]. Kalaulah aku ada pakwe, dia tak payah nak susah sangat fikir nak bagi present apa kat aku. Bawak je aku pergi kedai buku. Bagi aku pilih mana buku yang aku nak dan tolong bayarkan. Itu saja. Semudah ABC kan? Alahai novel kenapalah kau  mahal sangat. Kalau kau murahkan mesti aku boleh beli kau banyak banyak. Jadi nanti kau tak payahlah panggil panggil nama aku kat kedai buku. Faham tak batin aku terseksa.


*Tetiba berangan nak ada skandal dengan anak tauke kedai buku. Mesti boleh dapat buku free setiap bulan. Sebulan sekali, takkan terjejas punya business dia.hahahaha*

Aku Masih Buta

Sekadar berkongsi artikel dengan semua orang. Mungkin aku masih lagi keliru.


Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tidak tau saja)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain, sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain, suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


Aku sendiri tak tahu aku memilih dia, dia, dia, dia, dia dan mereka mereka atas dasar apa. Aku sendiri musykil atas segala perasaan aku. Mungkin ada betul apa orang kata. Cinta itu sayang tapi sayang bermakna cinta. Suka cuma suka. Tak menjamin apa apa erti. Jadi siapa sebenarnya yang ada dalam kategori paling tinggi dalam hati aku. Entah. Aku buntu.


*Asal tab backspace aku macam sakit je hari ini. Ini mesti ada yang usik lappy aku semalam. Pantang betul!*

Speechless

Aku tahu sesuatu

Aku speechless

Aku pernah fikir tapi aku dah berhenti fikir

Perlu ke aku tulis berfikir sehingga meracuni otak aku

Persamaan itu jelas

Tolong kaburkan!

Monday, December 20, 2010

Kalau Boleh Nak Cakap Hari Ni

Puisi. Atau entry ini aku curik dari blog Fida Aishah. Aku tertarik dengan tulisan tulisan dia. Aku tak kenal dia. Tapi aku suka penulisan dia.

Ini sekadar berkongsi persamaan rasa.

Katakan Kamu Cinta Padanya Hari Ini


Andai kita punya cinta
bagaimana kita mahu meletakkan ia
atas tinggi amat puncak rasa
atau hanya tersimpan dalam hati tanpa suara
masih sedih dalam diri, cinta kamu simpan tanpa bicara


Mahu kamu berkata cinta padanya
tapi matanya buatkan kamu malu dalam suka
kamu mahu bisikkan padanya bahagia
tapi cinta kamu tiada siapa mahu memandang akan ia
dan kamu amat kecil hati, bagai tari yang hilang seni
tiada kuasa dapat kosongkan hampa yang bersemi



Kamu simpan kuat doa buatnya
agar matanya memandang akan hati baik yang satu
agar dia tahu kamu manusia yang amat dambakan rindu
dengan memandangnya kamu tahu dia syurga dirimu
tiada angin yang bertiup pada belai kamu sendiri
serulah padanya, kamu sayang bagaikan mentari
katakan padanya, dia abadi cintamu sejati
katakan padanya hari ini, atau kamu akan menangis lagi.


*Kalau boleh memang aku nak ucap. Tapi aku tak mampu. Takpelah. Life must go on. Menulis sekadar menyedapkan hati.*


Sunday, December 19, 2010

Terima Kasih Atas Pujian Dan Kritikan

Actually dah niat tadi memang taknak update. Sebab hari ni perasaan aku biasa biasa saja. Nothing special untuk aku tulis. Hari yang sangat sederhana. Tapi aku tergerak nak tulis tentang benda ini. Aku dah lama simpan. Dan mula mula aku memang tak nak komen. Sebab aku tahu siapa lah aku yang perasan comel. Berangan jadi model. Memang pakej perempuan perasan la kiranya.

Ada orang kata penulisan blog aku semakin baik. Ada orang kata penulisan blog aku menusuk sampai ke dalam kalbu. Kata orang aku pandai bermain dengan setiap patah perkataan. Itu kata kata yang baik. Mendengar pujian yang baik memang seronok kan? Tapi jangan anggap aku tak pernah terima kritikan. Aku pernah ingat untuk menulis dalam english. Tapi memang worst giler tahap budak darjah 3. Siap kene tutor supaya betulkan  grammer lagi. Yang tak puas hati pun ada jugak. Yang sakit hati lagilah ramai. Kalau fikir fikir balik aku memang nak quit je menulis blog ini. Tapi lama kelamaan aku fikir. Nak buat apa dengar sangat cakap orang. Just buat je ikut suka. Orang suka atau tak, jangan hirau.

Aku sebenarnya pernah tersilap langkah sampai sekarang benda tu effect blog aku. Aku tak pernah memelihara blog aku. Means aku tak pernah letakkan copyright untuk blog ini. Lagi satu, aku tulis memang ikut hati. Aku tak pandai tulis cover line. So ramai orang yang tahu aku ada blog, ambil kesempatan atas blog aku dan ada yang tersinggung dengan tulisan tulisan aku. Aku memang tak pandai jaga tulisan aku. Sekarang bila aku dah mula kenal ramai blogger, aku mula sedar tentang itu. Aku seboleh mungkin menjaga hati ramai orang. Tapi aku tak boleh terus terusan berlakon sampai hati sendiri sakit. Sorry okay. Memang sorry terlalu senang untuk diucap. Tapi takda kata selain sorry atau mintak maaf bagi menuntut kemaafan. Itu adalah kata kata paling indah bagi memohon kemaafan.

Aku tahu tak semua suka dengan aku. Bahkan aku sendiri pun tak suka dengan semua orang. So its fair la. Cuma aku mohon kenali aku sebelum memandang aku tanpa dua bijik mata. Aku memang tak layak duduk sebaris blogger blogger hebat. Aku masih belajar. Aku belajar dari pengalaman. Pengalaman guru terbaik untuk aku. Untuk yang tahu dan kenali aku dari awal penubuhan blog ini, terima kasih atas sokongan. Dan aku tahu kau orang tahu tentang hidup aku even kita tak pernah bertemu. Terima kasih kerana sudi pinjamkan mata untuk blog yang comot ini. Aku hargai semua pujian dan kritikan. Aku sedar aku bukan blogger yang hebat.

Jangan Nak Famous De Amous Sangatlah

Aku sebenarnya tak ada apa yang nak story sangat hari ni. Lagipun aku baru balik dari rumah member sekolah menengah aku. Dia kahwin. So aku macam terfeeling feeling nak kahwin sekali. hahahahahahhahahaa. Jangan nak berangan wahai perempuan comel. Kau belum ada orang nak. Ayat budget kononnya kau laku la tu. hahahahahhaa.

Dalam bulan ni je, lebih kurang 4 orang dah kawan kawan sekolah aku kahwin. Wow. Tercabar iman aku untuk berlaki. hahahaha.  Just 2 dari 4 pengantin tu aku pergi. Yang lagi 2 tu aku tak pergi. Tapi aku yakin diaorang tak berapa kenal aku. Maklumlah. Aku tak hot. I'm cool okay dulu kat sekolah.

Kalau ingat ingat balik time sekolah dulu sangat kelakar.

Dulu masa sekolah rendah.Aku bukan budak yang genius. Cikgu jarang sekali nak puji puji aku. Aku rasa macam tak pernah pun ada cikgu puji aku. Yelah time tu ramai giler budak budak yang popular letup letup dari aku. Yang kaki bodek cikgu sampai dengan mak ayah sekali kipas kipas cikgu. Tapi aku tak hingin langsung nak mengipas ngipas ini. Even aku kekadang perasan gak, kekadang ada cikgu cikgu yang suka pandang pandang aku tanpa sebab. Aku apa lagi. Buat tak tahu jelah. Macam orang giler je aku time sekolah rendah. Seingat aku sekolah rendah cuma sekali je aku jadi penolong ketua kelas. Lepas itu aku jadi pengawas. Nak tahu kenapa aku boleh jadi pengawas. Ada sorang panel cikgu itu guru penasihat kelab bola jaring. Dia pilih aku sebab nak aku masuk kumpulan bola jaring sekolah. Tapi aku. Haram tak pernah pergi. Semoga cikgu itu tak ingat aku lagi. Yang penting aku dah selamat dapat sijil pengawas. Sijil pengawas itu kira hebat sangat dah time sekolah rendah dulu. Kira macam sama penting dengan UPSR. Tapi keputusan UPSR aku pun sengal sengal gak.hahahahahaha

Kalau time sekolah menengah lagi la. Aku rasa aku pelajar paling nerd giler. Aku mana pandai nak pakai kain singkat singkat macam pergi sawah. Pakai tudung pendek pendek macam tak cukup kain. Pakai bedak tebal tebal macam opera cina. Pakai celak celak (orang sekarang panggil eyeliner) tebal tebal macam mata kene tumbuk. Lepas tu kasut semua nak high cut. Kalau siapa pakai macam itu, dah kira giler hot la dulu. Petik jari sekali, ramai lelaki datang mintak nombor phone. Apatah lagi nak kene masuk bilik disiplin. So aku kira pelajar yang sangat baik sebab tak pernah kene marah dengan cikgu. Aku tak pandai la nak tarik tarik perhatian orang lain ni. Aku memang nerd habis la. Lagi nerd bila aku kerap kali dapat nombor satu dalam kelas dari form one sampai form three. Nampak sangat aku ni nerd sebab suka belajar. Aku mana pandai nak naik naik bus pergi Centre Point, Klang tu. Dulu kira itu tempat paling hot untuk budak budak la tu. Kira siapa yang tak pernah jejak itu memang langsung takda standard langsung la. Masuk form four , form five lagilah haram jadah aku ni nak naik bus. Orang lain berlagak lagak pakai baju lawa lawa naik bus nak pergi tuisyen kat Klang. Dress up memang cun cunlah. Kira hot gilerlah kalau dapat berdiri sama sama dengan mat bangla, indon, nepal dan sewaktu dengannya. Kalau macam aku ni tuisyen naik motor kene habuk dengan asap kereta, lori semua kira memang outdated punya orang la. Memang ketinggalan zamanlah sebab tuisyen sekangkang kera dari rumah.

Kat kampus pulak lagilah ramai manusia yang famous de amous ni. Memang ramai giler. Yang model la. Yang pelakon part time la. Yang ada business la. Yang kaki clubing jangan cerita la. Macam macam lagilah. Tapi aku. Duit pun masih hutang dengan kerajaan. Lagi hodoh bila dulu aku tak kenal siapa Hanis Zalikha. Serius. Dulu masa aku semestar dua, dia semestar satu. Satu kampus kecoh sebab dia masuk kampus kiteorang. Memang semua student perempuan tergugat habislah. Semua mesti dok cakap pasal dia. Aku yang sengal bingai ini dengan slumber tanya siapa dia. Hebat sangat ke dia. Lawa sangat ke dia. Punyalah giler aku tak kenal remaja perempuan yang hot itu.hahahahaha. Ini lagi sorang yang hot. Muka dia baru baru ini keluar astro. Finalis Dewi Remaja 2010, Nadia Hana. Dia ini lagi best. Dia jadi roomates aku. Aku seperti biasa buat tak tahu. Tapi aku pelik tengok dia. Sebab dia kejap kejap takada. Kejap kejap turun KL. Dia kata dia ada job. Slumber babun je aku tanya,"Hana ada job apa?". Dia jawab,"err..kene photoshoot. Hana model. One of the finalis Dewi Remaja. Belum final lagi". Apa lagi ternganga besar le mulut aku. Macam mana aku boleh tak tahu dia model. Dia siap promote lagi."Nanti akak belilah Remaja. Votelah untuk Hana."hahahahahhaa. Giler ke apa budak ini. Ingat aku kaki magazine?hahahahahaha

Ternyata aku memang pelik kan? Tapi bagi aku. Ada aku heran? Tak kuasa aku nak heran. Macam tak berbadi pun aura aura kepopularan, kefamousan dan kehotan diaorang kat aku. Apa bestnya rasa hot ek? Best sangat ke? Hahahahaha.


*Yang penting aku lebih suka hidup down to earth macam ni. Lebih baik. Lebih enjoy.*

Saturday, December 18, 2010

Reason I Really Love Blogging

Aku baru balik dari blogwalking. Aku niat hari ini malas nak update. Kalau update sampai bengkak mata pun belum tentu ada yang baca. Apatah lagi untuk komen. Tapi bak kata orang, "ada aku kisah?". Aku memang tak kisah pun. Aku sedar aku bukan macam junior aku tu si Hanis Zalikha. Aku tak lawa macam dia. Tak tinggi apatah lagi kurus macam dia. Aku hodoh. Comot. Tapi berangan lawa.

Okay. Back to the story. Aku baca blog sorang girls ini. Aku baca. Aku hayati. Aku fahami. Aku tak kenal dia. Dia tak kenal aku. Aku hanya membaca dari penulisan. Sakitnya hidup dia. Susahnya hidup dia. Dari pembacaan dia bukan anak sulung. But she have to act as a sulung. Bukan sebab yang sulung tak berguna. Kekadang keadaan memaksa kita untuk berkelakuan sebegitu. Aku juga pernah rasa macam tu. Sakitnya hanya kita je tahu.

Saat kita cerita kat orang untuk berkongsi, saat tu kita akan rasa kita takda sorang kawan pun yang faham tentang kita. Saat tu kita terlalu harap ada seseorang untuk kita. Saat itu kita rasa alangkah indahnya kalau kita sudah besar dan berani melakukan semua. Saat itu mungkin kita mengharapkan seorang lelaki menjadi pelindung kita. Aku dah biasa untuk rasa semua itu. Biasa. Menangis menahan sakitnya hidup dah lali.

Ketawa di mulut tak bererti ketawa di hati. Atas nama kehidupan kita terpaksa gagahkan diri yang lemah untuk berjalan atas jalan kehidupan. Tapi aku tahu dia tak selemah aku. Dia rajin berusaha. Tapi aku hanya rajin mengeluh. Itu kelemahan aku yang aku sendiri tak tahu bila aku mampu kikis kelemahan itu. Mungkin sebab aku masih punya keluarga, abang, adik dan juga saudara. Bila mereka tiada, mungkin aku akan patah secara keseluruhnya.

Inilah salah satu sebab kenapa aku berblog. Aku suka membaca kisah kisah jalan hidup orang lain. Aku sebelum ini fikir betapa tragisnya hidup aku. Sedih. Tapi dengan berblog, aku baru faham erti syukur. Aku bersyukur dengan apa yang telah Allah beri kepada aku. Sesungguhnya ramai lagi manusia yang hidup lebih susah daripada aku.


*Berblog bukan untuk kaya. Berblog bukan untuk mengumpul berjuta follower. Blog juga bukan tempat memarketkan diri yang tak termarket.*

Friday, December 17, 2010

Terakhir Lebih Baik

Ramai orang yang nak jadi yang pertama. Untuk mereka yang pertama adalah lebih hebat. Macam apa kata orang, first come first serve. Jadi ramai orang yang akan berlumba lumba nak jadi yang pertama. Tapi bagi aku bukan macam tu. Bagi aku yang terakhir adalah paling terbaik.

Kenapa aku memilih untuk jadi yang terakhir. Sebabnya mudah. Aku tak perlu nak bersaing bagai nak giler untuk jadi yang pertama. Ini bukan bermakna yang aku tak sukakan persaingan. Siapa kata untuk jadi yang terakhir tak ada persaingan atau tak ada cabaran. Cabaran dan persaingannya ada kala lebih banyak dari jadi yang pertama tau.

Sebagai contoh [hopefully cikgu BM aku berbangga dengan ayat ini.hahahaha] dalam soal cinta cintun. Masing masing berebut nak jadi yang pertama. Kononnya first touch itu adalah suci. Tapi sejauh mana kesucian itu? Berapa banyak cinta pertama mampu bertahan sampai ke akhir hayat? Bagi aku untuk apa jadi yang bertama tapi tak mampu untuk jadi yang terakhir. Jadi terakhir adalah lebih hebat dari jadi yang pertama sebab ia akan terus berkekalan sampai mati. Jangan terlalu bangga dengan melaungkan  kehebatan sebagai yang pertama. Tapi banggalah kalau anda bisa jadi yang terakhir sebab anda adalah juara di akhir garisan. Anda yang mampu buat si dia tidak berpaling kepada orang lain lagi. Itu adalah juara yang sebenar.

Aku mungkin bukan pertama untuk dia tegur. Aku bukan pertama untuk dia ingat. Tapi aku akan pastikan aku yang berakhir untuk dia sebelum dia pergi. Dan aku pasti dia tetap ingat aku even dia tak ada selalu. Siapa dia. Itu rahsia. Banyak sangat dia dalam blog aku. Jadi jangan salah memilih.


*Aku sangat seronok hari ini. Even untuk 3 minit sahaja. Thanks. Semakin malam semakin handsome pulak Zul Huzaimy dalam Mari Menari. Tahu tak. Dia senyum tersengeh sambil komen buat aku cair gila gila. Tahu tak aku suka tengok dia senyum. Aku pun tersenyum sekali even kekadang dalam mood yang tak best. Okay itu out of story. Panjang pulak aku membebel.*

Thursday, December 16, 2010

KIta Bukan Ada Apa Apa

Sekarang dah petang. Aku masih duduk depan lappy. Mungkin berlanjutan sampai pukul 5 nanti. Sangat tidak produktif semasa di rumah. Aku cuma produktif time pagi. Menjelang pukul 10 aku jadi sangat sangat tidak produktif. Sebab aku pasti mati kutu.

Oh ya. Tentang ayah dia aku tak tahu lagi apa sakitnya. Bukan aku taknak amik tahu. Tapi aku rasa aku tak perlu tahu. Selagi dia yang kat Johor atau adik dia yang kat KL tu tak balik rumah, aku assume sakit ayah dia tak terlalu teruk. Tapi pernah ke mak dia cakap kat dia yang tentang hal keluarga macam ni. Aku rasa jarang sekali. Sebab dia bukan lagi family guy macam dulu dulu. Sekarang ni dia dah tukar jadi workaholic guy.
Dah la. Biar jelah. Moga moga ayah dia cepat sembuh and dapat keluar hospital Taiping tu cepat cepat. Mudah mudahan.

Cukup cukup okay cerita tentang itu. Sebab kita bukan ada apa apa. Kalau ada apa apa lain cerita okay. Dan kalau ada apa apa berlaku, aku ada "itu". "Itu" pinjaman Tuhan untuk aku. Sejak aku berazam nak buang semua ini, aku tak pasti sama ada yang "itu" masih lagi tetap jadi milik aku atau bukan. Kalau masih jadi milik aku, aku terima dan kalau sudah tidak menjadi miliki aku, aku redha.


*Tadi aku baca blog sorang blogger yang famous. Dia baru putus cinta. Nama guy tu sama. Aku harap takda siapa yang tahu apa dalam kepala otak aku time aku baca tu.*

Yang Kita Tak Pernah Nak Ambil Tahu




Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-



1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:

-McDonald

-A&W
-Secret Recipe




2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:

-Victoria Station

-Kam Lun Ta
-Lotus Family Restoran




3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:

- San Francisco Steakhouse

- Chicken Rice Shop
- Kiwi Express




4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.




5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.



Walau bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.




6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.




7. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:

i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja)

ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara').
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.



Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang manakedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.



Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianyatidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

**JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambutkerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.




8. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yangtelah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.



Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.




9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.




10. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal(walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.



Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.




11. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).




12. La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.




13. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM. 




14. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM,




15. Manakala Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.




16. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.




17. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.




18. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.



Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIMdan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.




19. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.




20. Starbuck tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

credit to here

SEHATI BERDANSA