TABUNG SAKURA

Monday, November 29, 2010

Tolong Jangan Ada

Aku tak suka perasaan ini. Kenapa perasaan ini datang. Kenapa perasaan ini menyibuk dalam hati aku. Aku tak suka perasaan ini. Tolong jangan ganggu hati aku. Hati aku dah tak perlukan perasaan itu untuk semua yang dulu. Aku tak suka perasaan ini datang. Aku taknak perasaan ini datang.

Tolong bagi aku hidup dengan tenang. Aku tak mahu fikir tentang perasaan ini. Cukup dan dah tamat. Aku dah tak perlukannya. Tolong jangan kacau aku. Ya, tak mungkin kerna sayang. Tak mungkin sebab sayang. Mungkin aku akan perlukan perasaan ini tapi bukan sekarang. Mungkin nanti aku mahukan. Tapi bukan sekarang. Tolong jangan datang pada aku.

Masih Bukan Nombor Satu

Hai. Rasa macam dah lama tak update. Busy pulak dua, tiga hari ni. Tak sempat nak curi masa tulis belog. hehehe. Baget macam kau, Lisa Surihani pulak. hahahahaha

Semalam aku attend wedding rumah Nor Hidayu a.k.a Ayu. Dia kawan sekolah rendah aku. Serius dulu semua orang tak suka dia. Dialah kaki bodek cikgu, kaki kipas cikgu. Then semua cikgu sekolah kebangsaan dengan sekolah agama sayang giler kat dia. Dialah budak paling baik sekali. Dialah budak paling pandai. Dialah contoh terbaik. Bagai bagai lagi la. Aku? Malas nak ambil kisah sangat. Lantak kaulah.hahaha. Ala masa tu budak budak. Biasalah. Adat budak budak.

Dalam umur 20 tahun, dia dah bergelar isteri. Tanggungjawab yang besar bagi seorang wanita. Even dia bukanlah kawan kawan sebaya aku yang kahwin tapi ini first time aku attend majlis kahwin kawan. Actually aku tak suka attend kenduri kahwin semua ni. Ala aku tak attend pun, pengantin tu tetap kahwin gak. Kan kan kan?

Bila aku attend majlis tu, aku terasa macam semacam. Yelah, dalam aku sibuk mengejar cita cita, aku macam terlupa keadaan sekeliling. Keadaan dimana, keadaan aku semakin meningkat dewasa. Ada dikala kawan kawan aku yang sudah pregant, kahwin, tunang kepada jodoh mereka. Aku tiba tiba terasa aku pulak yang pelik. Pelik sebab aku masih belum terfikir. Apatah lagi sekarang aku masih belum ada pasangan. Mungkin itu normal, tapi benda tu akan terlintas jugak dalam kepala otak seorang perempuan macam aku. Mustahil tak terlintas. Cuma kebanyakannya pura pura tak amik kisah.

Kahwin. Menjadi isteri mahupun tunangan orang sebenarnya masih belum ada dalam perancangan aku. Aku belum bermimpi untuk itu. Cita cita dan impian aku masih banyak lagi yang nak aku kejarkan. Takpa masa masih panjang. Insyaallah. Mudah mudahan aku mampu jadi seperti mereka jugak satu hari nanti.

Selamat pengantin baru to kawan kawan aku, Hidayu dan Izzati Nordin (majlis dia aku tak attend. Aku tak kenal sangat pun dia ni. That why aku tak attend). Semoga bahagia.


*Happy jumpa kawan kawan lama. Majlis kahwin boleh bertukar jadi reunion kalau setiap tahun ada je yang kahwin. Hahahaha. Nanti aku kahwin nak pakai tema merah.hehehe*

Saturday, November 27, 2010

Melangkah Jauh

Semalam aku baru dapat beli novel. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mama sebab sudi sponsor duit untuk beli novel novel tu. Thanks kepada Azeera sebab sudi menjadi membership popular and that why aku dapat 25%.hahahaha. Aku sayang kau. Semalam aku angkut tiga bijik novel sekali gus. Sangat teruja dengan semua novel novel. Rasa macam nak angkut semua sekali. Suka, suka, suka sangat!

Malam tadi aku baru je habis baca novel Kau Laksana Bulan. Sangat interesting. Apatah lagi dapat membayangkan heronya. Mahu tak cair. Sangat cair. Aku sengaja membayangkan aku sebagai Anna. Watak heroin novel tu.

Dalam novel tu,Adrianna digambar seorang yang bertudung, baik dan suka menulis. Dia menginginkan lelaki yang berjiwa romantik. Syafik, Razif merupakan kisah silam Anna. Syafik cinta pertama Anna. Razif cinta sejati Anna namun impian untuk bersatu tak menjadi kenyataan. Razif dikahwinkan atas dasar perjanjian perniagaan keluarga. Cerita yang standard untuk anak orang kaya. Firas Ali, lelaki yang tanpa disengajakan hadir dalam hidup Anna. Namun Anna mengambil kesempatan dengan mengabadikan Firas dalam novel terbarunya. Kepincangan langkah itu membuatkan Firas yang menaruh perasaan terhadap Anna mula menjauhkan diri kerana kecil hati dengan sikap Anna. Anna seolah olah baru sedar dari mimpi. Anna baru sedar yang dia sebenarnya menyayangi Firas. Kehadiran Syafik cinta pertama Anna menganggu serba sedikit perjalanan cinta Anna. Anna mula beralih arah apabila Firas terus terusan mendiamkan diri. Namun hubungan mereka dihalang oleh ibu Syafik. Anna mula tak yakin dengan cinta Syafik. Dia mula menjauhkan diri. Eizlan seorang pemuda yang mempunyai dua identity hadir dalam hidup Anna sebagai peminat novel novel Anna. Namun kehadiran Eizlan membuatkan Anna rimas. Kehadiran Eizlan membuatkan hidup Anna dalam ketakutan kerana Eizlan terlalu psycho. Tanpa diduga Firas muncul kembali dan Anna sedia dengan sepenuh hati menerima kehadirannya. Saat mereka mahu mengecap kebahagian, Razif yang kononnya mati, muncul kembali dan mendambakan cinta Adrianna kembali. Namun atas nama cinta, Firas Ali dan Adrianna mampu hidup bersama dan mengecapi kebahagiaan.

Aku kagum dengan Anna. Walaupun dia diapit dengan pelbagai dugaan tapi dia mampu meneruskan perjalanan hidup. Anna mampu memberikan cinta kepada Firas walaupun dia didesak oleh cinta pertamanya, Syafik dan juga cinta sejati yang dah basi, Razif. Cintanya hanya untuk Firas Ali.

Aku mahukan lelaki seperti Firas. Firas Ali, mungkin ke lelaki sebegini masih wujud di Malaysia?


*Masih berbaki dua bijik novel. Mahu meneruskan pembacaan.*

Wednesday, November 24, 2010

Cerita Yang Tak Sempurna

Nobody Perfect

Aku Mahu Jadi Wanita Yang Paling Bahagia

La Tahzan

Semoga Aku Menjadi Wanita Yang Cantik, Berilmu dan Berfikiran Positive

Hari Ini Hari Terakhir

Maka Dengan Ini Tamatlah Cerita Dulu

La Tahzan

Aku Ingin Hidup Dengan Tangisan Yang Paling Bahagia


*Semalam cuma kenangan. Kenangan yang cuma tinggal kenangan. Kenangan yang paling indah. Kenangan yang takkan berulang lagi. Hari ini adalah kenyataan. Kenyataan yang kene hadapi. Kenyataan yang tak perlukan air mata penyesalan. Esok adalah harapan. Semoga esok lebih baik dari hari ini.*

Tuesday, November 23, 2010

Jangan Ada Esok

Bisikku pada bulan 

Kembalikan temanku
Kekasihku, 
Syurgaku

Tanpa dia 
Malam menemaniku
Sepi memelukku 

Bulan, 
Jangan biar siang
Biar alam ini kelam 
Biar ia sepi 
Sepertiku 



Aku tak mahu hari esok. Aku tak mahu esok.  Bulan teruslah bersinar. Aku tak mahu  esok. Aku tak tahu untuk berhadapan dengan hari esok. Tuhan, aku tak tahu macam mana nak berhadapan esok hari. Tuhan bantu aku.

Aku, Novel Dan Esok

Sangat complicated. Aku tak tahu macam mana nak tulis. Aku tak tahu macam mana nak start. Okay, give me explain one by one. Aku. Semalam petang aku baru saja habis tengok Kau Laksana Bulan secara marathon non stop daripada pukul 11 pagi sampai pukul 6 petang. Just few minutes pause sebab solat and mandi.hehehe. Cerita yang sangat menarik. Firas buat aku senyum sorang sorang. Masih ada ke lelaki sebaik Firas kat Malaysia ni? Serius aku jatuh cinta dengan lelaki macam ni. Senyuman Firas sangat menggoda hatiku. Im falling in love with this kind of character [via muka malu malu arnab].hahahhahaha. Tapi serius. Kalau aku nak cari Mr Right aku, aku nakkan someone yang ada senyuman yang boleh mencairkan aku. Tak perlu sangat muka yang handsome. Tapi kalau handsome tu advantagelah. Tapi itu belakang kira. Sekarang yang penting aku cuma nak yang lelaki seperti mana perempuan perempuan lain nak. Yang baik. Yang ada harta sendiri bukan keluarga punya. Yang bertanggungjawab. Yang ada pegangan agama yang cukup. Yang sopan. Boleh terima aku dan family aku. Yang sentiasa berusaha mencapai yang terbaik. Dan bla bla bla. Tapi aku juga mahukan lelaki yang mempunyai senyuman yang manis, bisa mencairkan aku. Serius aku mahukan ini dalam checklist itu nanti.

Novel. Tengok kisah Kau Laksana Bulan tu buat aku terfikirkan sesuatu. Kalaulah aku boleh menulis novel sebaik watak ciptaan Aina Amir, ataupun sehandal Aisya Sofea, Damia Hanna, Bikash Nur Idris dan ramai lagi alangkah indahnyakan. Yelah berangan untuk mencipta hero dan heroin mengikut citarasa kita. Aku tak sehebat mereka. Menulis blog ni tu tak ramai orang nak baca, ada hati pulak nak tulis novel. Memang sah tak laku. Silap silap haribulan kang, takda pun penerbit nak publishkan novel aku.hahahaha. Yang penting sekarang aku nak cari novel baru. Novel melayu. Aku dah penat nak menatap buku buku english sebab kat kampus semua buku dalam english. So aku akan muntah pink kalau terus baca buku english lagi time cuti semestar ini.hahahaha.English aku tak okay gak even selalu study buku english.hahahaha

Esok. Kurang 24 jam lagi. Aku tak tahu aku nak buat macam mana. Macam mana nak buat. Untuk ke 6 tahunnya. Aku seorang saja yang mengingat tarikh tu. Bukan sengaja untuk mengingat. Tapi aku dah rasa macam tu acara tahunan. Sama juga macam hari krismas ke thaipusam ke wesak day ke. Semua orang akan ingatkan even tak sambut pun. Sama juga macam aku. Aku ingat that tarikh. Tapi aku tak tahu macam mana nak buat dengan tarikh tu. Jam,sila lambatkan putaran masa itu. Aku tak mahu tarikh esok.


*Entahlah. Aku tak boleh nak fikir apa apa. Kosong. Aku perlukan novel untuk dibaca. Aku akan kebosanan untuk hari ini.*

Sunday, November 21, 2010

Kau Laksana Bulan

Okay. Aku budak ketinggalan cerita dalam tv. Cerita yang dah lama habis, aku baru feel sekarang. Oleh itu, aku sekarang tengah mabuk cinta. Mabuk cinta dengan Firas. Tolong sedarkan aku ke bumi nyata. Firas telah menganyutkan aku jauh. Tolong!!!

Best gila tengok Zul Huzaimy act. Really fall in love with the smile. Aku tergoda. Senyuman yang sangat manis. Alahai sweet sangat. Boleh tak tidur malam ni gamaknya.hahahaha


*Did I should buy that novel? Patut ke tak patut?*

Berganti Hati by Anggun

Berganti Hati by Anggun
(Ost Asmara)
Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti

Ramai yang tak percaya bila dengar lagu ini dan melihat penyanyinya. Aku dan Anggun miliki satu persamaan. kami miliki suara lain dari yang lain. Orang takkan percaya bila kami miliki suara jantan. Aku tak kisah bila orang mencemuh atau berkata apa saja. Siapa mereka yang mahu mempersoalkan pemberian Tuhan? Apa mereka lupa, bahawa mereka juga adalah makhluk ciptaanNya? Aku bangga dengan kelebihan ini. Aku bersyukur dengan kurnianNya. Aku manusia sebaik baik ciptaan Tuhan.


Ini dia Anggun. Siapa yang tak kenal,mungkin mereka tak percaya suara itu milik wanita seanggun ini. Jangan menilai dengan tujuan untuk mengukum. Sila belajar untuk memahami.
*Mahu layan drama Kau Laksana Bulan. Tak mampu nak beli novel dia. Dapat layan ulangan drama ini kat Youtube pun jadilah. Zul Huzaimy,kenapa kau handsome dalam cerita ini? Aku tergoda tau!hahaha*

Saturday, November 20, 2010

Buta Seni Bukan Buta Bunyi

Hahahaha. Nak gelak guling guling rasanya. Dunia semakin pelik. Manusia semakin tak dapat terima kenyataan. Aku rasa aku boleh gila kalau terus terusan begini.

Aku cakap benda betul tapi ada orang yang tak boleh terima hakikat. Setiap orang punya pandangan berbeza. Dan takda siapa yang boleh menyalahkan setiap pendapat dari orang lain. Mungkin sebab kau orang seni. Orang seni yang hidup segan mati pun segan. Sorry. Bahasa aku kasar. Tapi aku terkejut. Aku cuma menilai dengan membandingkan pengalaman yang aku tahu dulu dengan sekarang. Kalau memang tiada beza takkan aku nak menyanjung kau dengan tinggi. Aku bukan manusia hipokrit. Aku bukan manusia yang hanya tahu bercakap yang manis manis. Aku tak tahu mewarna kata dengan indah. Aku buta tentang seni. Tapi aku masih belum buta tentang bunyi. Kau tetap dengan pendirian kau. Aku tetap dengan pendirian aku.

Entahlah. Golongan seni macam kau selalu menyanjung tinggi si pelatun suara. Kau semua sangat united. Kau menganggap golongan luar yang terkinja kinja dan menjerit jerit tu adalah manusia yang sesat. Manusia yang dipandang hina. Siapa kau yang mahu mengakimi mereka? Adakah kau fikir muzik yang kau sanjung itu sangat suci? Sedar dan kaji semula. Aku bukan lantang bersuara sekadar mengeluarkan pendapat berdasarkan  pengalaman. Ya aku masih muda. Baru berumur 20 tahun. Kau semua tua. Bak kata kau,jangan menilai kalau tak pandai menilai. Sepertinya kau lebih banyak makan garam. Dan aku tak salahkan kau semua.

Cuma bagi aku. Tak semestinya yang rock itu jahat. Tak semestinya yang bersongkok itu baik. Pucuk pangkalnya hati. Biar jahat tapi jangan hipokrit. Biar hodoh tapi jangan kurang ajar. Biar bodoh tapi jangan memandai mandai. Jangan mengukum sebelum menilai. Aku akan terus cuba untuk memahami golongan seni yang kononnya berjiwa suci ini.


*Teremosi sekejap. Sekadar menulis luahan hati. Ada kaitan dengan hidup. Dengan yang mati rasanya macam takda. Maaf kalau ada ayat yang kasar.*

Renungan Untuk Diri Sendiri

Aku mula sibuk buka restaurant. Restaurant dalam bahasa mudahnya, kedai makan. Yup, perniagaan kecil kecilan saja. Baru nak diusahakan. hahahahaha. Takkanlah aku buka kedai betul betul. Mesti bank susah nak bagi aku pinjaman. Hutang PTPTN pun belum habis lagi. Ada hati nak tambah hutang.hahaha. Aku busy dengan game cafe world tu. Best jugak kalau layan sesekali.

Tengah sibuk tunggu menu onion soup aku siap masak, aku godam godamlah profile sendiri. Actually aku dah bosan sebenarnya. Tu yang takda benda nak buat sangat. So aku terjumpa something. Something untuk renungan aku. Kalau korang nak renung sama sama aku,jomlah. Tak salah. Sharing information bagus untuk tumbesaran hidup.hahahaha


Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".
by Ustaz Hasrizal
 
Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.
Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.
Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.
Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia! Ahaks... 
Sumber dari:www.iluvislam.com


*Lawa tak blog aku ni? Ada idea tak, macam mana nak hias blog. Takpun bagi link template yang lawa. Link blogger dah update tapi kalau ada yang tertinggal, sila bagitahu.*

Friday, November 19, 2010

Aduhai Kucing

Sejak aku pindah rumah baru ni macam macam benda aku tinggal kat rumah lama. Time awal bulan hari tu rumah lama aku disewa dengan orang. Therefore terpaksalah family aku angkut barang barang kat sana. Rumah baru aku sangat messy. Termasuklah dalam bilik tempat aku membuta.hahahaha. Okay tapi aku dah kemas okay. Now dah clean and clear.hahahaha.

Baru sekejap tadi aku tengok tengok barang barang rumah lama kat luar. Then aku terjumpa bear adik aku dalam satu almari. Tup,tup aku teringat kucing. Yup kucing jahat. Bear kucing jahat yang cartoon tu. Aku taktahu apa nama kucing tu. Alaa ni cartoon cartoon zaman aku time sekolah dulu. Kucing jahat tu pemberian dia. Now kat mana kucing tu ek? Macam mana aku boleh lupa pasal kucing tu ek? Alahai kucing kat mana aku nak cari kau?

Aku pun yang baru sekarang ingat kat kucing tu kenapa? Masalah negara betulah. Maybe ini petanda baik untuk aku. Aku tak ingat kucing means proses melupusan tentang dia sedang berjalan lancar. Come on girls. You have done the good job. Keep up!hahahahaha. Tapi pening gak aku fikir pasal kucing tu. Kucing sempena hari jadi aku time form4.hahahaha.Lama gak kucing tu hidup dengan aku. Tapi akhirnya dia hilang tanpa dikesan. Sadis sungguh hidup dia.hahaha

Hah!! Inilah kucing tu. Mana kau wahai encik bear kucing jahat?

*Takpalah. Nanti kalau aku ada masa dan teringat balik,kang aku carilah. Kenangan itu amat istimewa.hahaha. Sejarah yang tak mungkin akan berulang*

Thursday, November 18, 2010

Tolong Betulkan Kepala Otakku

Aku tak tahu samaada otak aku yang gila atau apa yang aku tahu ni lagi gila. Tolong jangan cakap aku gila. Dan tolong jangan bagitahu yang benda ni gila. Semua tentang kesesatan atau pengujian yang tengah berlaku ni. Memang semua orang berubah. Itu aku percaya. Tapi aku pelik. Pelik sebab tak lama mana pun watu tu dan sekarang.

Aku ingat yang sorang tu jelah yang ada masalah identity. Rupa rupanya bila aku cari punya cari,rupanya ramai lagi yang ada masalah. No wonderlah diaorang out. Ini sebabnya. Peliklah diaorang ni. Aku rasa mungkin time sekolah dulu diaorang tak dapat buat macam macam dulu. Yelah kalau tak silap aku,mostly diaorang sekolah asrama even taklah semua sekolah asrama penuh. Tapi merasalah duduk asrama. Atau mungkin diaorang terikat dengan peraturan sebagai pelajar IPT yang kene diorang patuhi sehingga menghadkan kemahuan diri sendiri. Aku terdiam.

Siapa aku nak mengakimi mereka. Siapa aku nak menilai mereka. Siapa aku nak menghukum mereka. Tapi aku terfikir dimana sebenarnya silap yang buat benda itu terjadi. Mungkin pengaruh kawan kawan. Mungkin teknologi. Mungkin persekitaran turut menjadi penyumbang kepada benda ni.


*Semakin hari semakin kurang lelaki yang ada ciri ciri yang aku nak.Semoga Allah menjaga dan memimpin bakal suami aku ke jalan yang benar. Amin*

Jangan Bercakap Tanpa Merasa

Entry yang ketiga untuk hari ni. Banyak jugak idea aku hari ni.hehehe. Bukan selalu aku dapat update banyak banyak dalam sehari. Bila aku update banyak means ada dua benda je dalam hidup aku. Sama ada aku happy atau aku sedih. Tapi aku rasa untuk hari ni aku happy.hahahahaha. Jelas bukan kehappyan ini?

Okay.Based on the title above,I will story about that thing. hahaha. Macam nak buat essay la pulak. Takdalah. Aku peliklah bila orang tua tua tapi taklah tua sangat bercakap sesuatu yang dia tak pernah rasa. Contohnya, bila seorang yang tua, takda anak cakap pasal remaja dan budak budak hari ini. Means dia membanding bandingkan remaja dan budak budak zaman sekarang dengan zaman dia dulu kala yang serba kekurangan. Wajar ke? Aku rasa tak wajar. Apatah lagi dia menjemuh parent parent hari ini yang beri keperluan yang dianggap kehendak oleh orang zaman dulu. Contoh keperluan yang jadi kehendak macam makan KFC, McD, Handphone, Broadband, Kereta dan banyak lagi.

Aku kadang kala nak ketawa bila orang orang macam ni bercakap soal dulu dan sekarang. Yelah zaman dulu mana ada laptop, kereta, KFC bagai bagai ini. Hidup dalam kesusahan. Aku tahu dan jelas tentang itu. Remaja dan budak budak masa dulu tak dapat menikmati kemajuan aliran masa depan macam aku dan korang semua. Aku jadi tak faham kenapa hari ini masih ada lagi manusia yang hari ini yang hidupnya mewah, berpendidikan tinggi, berkerjaya professional tapi masih tak boleh menerima kemajuan hari ini. Faham tak apa yang cuba aku sampaikan? Mungkin dulu basikal adalah pengangkutan utama di Malaysia tapi hari ini basikal bukan lagi keperluan. Zaman sekarang sekurang kurangnya motorsikal mahupun kereta menjadi keperluan untuk semua orang. Miskin macam mana pun sebuah keluarga itu, dia akan memiliki sebuah motorsikal yang usang untuk digunakan. Ini jelas bukan satu penipuan. Keperluan zaman dulu sudah tak relevant untuk jadi keperluan zaman sekarang.

Entahlah.Kalau bab bab remaja zaman sekarang ada saja yang tak kena kat mata orang tua. Tapi bila bab bab orang tua,masing masing pakat cakap,"biarlah. Diaorang dah tua. Banyak makan asam garam. Lagipun orang muda kene hormati yang tua." Sepanjang observation aku la kan,mostly orang tua sangat susah nak bersetuju dengan orang muda. Diaorang terlalu ego menegakkan sesuatu dengan mengetepikan sesuatu. Jadi untuk apa sesuatu dicipta kalau bukan untuk sesuatu percubaan. Hidup memang bukan untuk percubaan tapi tanpa kita sedar hidup sebenarnya satu percubaan.


*Bergelumang dengan kuali dan sudip la sepanjang cuti ini.hahahaha.Aku wanita melayu yang comel.hahaha*

Nilai Sebuah Keikhlasan

Ada tengok Bang Bang Boom tak haritu. Yang episod this week. Aku tak selalu tengok pun. Tengok bila kadang kadang bosan je. Pluss aku duduk kolej. So takda masa nak mengadap tv. Tapi hari tu aku tertarik dengan rancangan tu.

Okay okay. Aku tertarik kat bahagian sorang budak yang menyamar jadi penjual kuih karipap sebab nak beli kasut sekolah. Sangat menarik. That girls diletakkan kat tempat bus stop.Then dia kene jual sebakul kuih karipap untuk diganti dengan sepasang kasut sekolah. Ramai yang nak bantu. Tapi bila cakap amik kuih tu tapi belikan dia kasut sekolah,mula ramai yang was was nak tolong. Lepas tu,datang sorang mamat yang handsome. Budak tu cakap benda yang sama. At the same time ramai orang kat sekeliling diaorang. Semua pakat pakat nak hulur bantuan. Share share untuk beli kasut. Abang tu siap tanya saiz kasut budak tu sampai check check selipar dia. Lepas tu,abang tu dengan dua orang lagi terus pergi kedai kasut Jukebox [based on the names kat plastik]. Dan dan budak tu terus bagi bakul kat abang tu and say thank. Then datang sorang mamat bagi duit kat abang tadi,then dia terus lari. Abang dengan orang orang kat situ jadi pelik bin ajaib.

Untuk aku,aku sangat respectlah kat abang yang handsome tu,akak kat situ,pakcik kopiah putih and girls cina kat dalam tu. Sangat tak berkira. Sanggup pakat pakat even tak kenal antara satu sama lain just untuk belikan sepasang kasut sekolah. Sangat bernilai erti kemanusiaan mereka untuk kanak kanak seperti budak tadi. Apalah sangat erti sepasang kasut sekolah dengan sebakul kuih karipap kalau nak dibandingkan dengan nilai sebuah keikhlasan. Aku sangat terharu sebab masih ada nilai kemanusiaan dan keikhlasan dalam diri masyarakat Malaysia hari ni.


*Lepas ni kalau ada budak yang act macam tu kene tolong gak. Jangan ingat tu rancangan Bang Bang Boom pulak. Takdanya dia nak buat banyak banyak kali. Sekali tu dah cukup. *

Hidup Kanak Kanak Yang Terindah

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidiladha,Selamat Hari Raya Korban,Selamat Hari Raya Haji,Selamat Hari Hari.hahahaha.Whateverlah korang nak panggil apa hari raya semalam. It just a name. Yang penting penghayatan erti pengorbanan yang sebenar. Jangan kita persoalkan berapa banyak yang telah kita korbankan untuk orang lain tapi fikirlah sejauh mana benda yang kita korbankan itu meninggalkan keinsafan dalam diri kita.

Semalam family aku dengan makcik,pakcik,atuk,nenek aku semua tak buat korban. Sebab nenek aku macam tak berapa sihat. So taknaklah menyusahkan nenek aku. Biasalah orang tua.Bila orang kata duduk,jangan buat kerja,jangan haraplah dia nak dengar kata. So Pak Ngah aku decide sumbang lembu kat area kawasan rumah dia saja. Jadi semalam takdalah aktiviti yang menarik sangat untuk aku. Just duduk duduk,makan makan dan shopping. hahahaha. Taklah shopping sakan mana. Kitaorang just pakat pakat pergi GM Klang. Aku just sambar sebijik handbag je.hahaha. Entah bila nak dipakai aku pun tak tahu.hahaha.

Bila hidup dikelilingi dengan sepupu sepapat yang kecik kecik rasa sangat bahagia. Semalam petang,adik adik sepupu sepapat aku sibuk menyanyi kat atas tangga ala ala stage.Menyanyi dan menarik sakan la. Time tu aku tak tengok. Yang tengok just Mama,Mak Usu dengan Mak Anjang aku. Time Pak Ngah aku sampai then lepak lepak,Mama aku cakaplah,"Sofia,Balkis,Alia menyanyilah depan Pak Ngah sana. Nanti Pak Ngah masukkan dalam  TV9 dengan Ceria". Semua duk tersipu malu. Lepas tu kata,takda stage. Nak nyanyi atas stage. Pak Ngah aku punya sporting pun ikut jelah cakap budak budak bertuah ni. Kat rumah pakcik aku yang depan rumah nenek aku tu ada tangga batu. So dia bertingkat tingkat nampaklah macam stage. So satu rumah ikut budak budak comel ni pergi stage tu. Siap sedia dengan kamera masing masing. Excited tau nak tengok persembahan terunggul ni. Kak Chik,kakak sepupu aku pun act konon konon macam Aznil. Memang sah budak budak ni dapat feel atas stage tu. Siap tunduk tunduk badan lagi. First song yang budak budak tu nyanyi lagu Twinkle Twinkle Litter Star. Siap dengan gaya gaya tangan lagi.hahahaha. Lagu tu sebenarnya dua round je. Tapi budak budak tu bawak tiga round. Mak usu aku ketawa sambil cakap,"hah,pulak dia nyanyi lagi.Kang tak habis habis.hahahaha"hahahahahaha.Memang tak menahan tengok budak budak ni. Lepas tu diaorang menyanyi lagu Wonder Girls.hahaha. Adik sepupu aku tu siap gelek gelek lagi. Memang berderai ketawa semua orang. Terus dia malu nak nyanyi and menari.hahahaha

Betapa happynya jadi kanak kanak. Tak payah nak fikir masalah dunia. Yang ada cuma dunia imaginasi dia. Zaman yang boleh buat macam macam benda. Zaman yang boleh jadi nakal nakal.hahaha. Yup aku rindu nak kembali kat masa tu. Kalaulah ada mesin pengundur masa,alangkah indahnya.hahaha.


*Apa mahu buat waktu cuti ni?Aku terbayang banyang something.hehe*

Monday, November 15, 2010

Hadapi Dengan Senyuman

Hello everybody.How are you? Now aku dah ada kat rumah. Yes,rumahku syurga duniaku. Best giler dapat duduk,golek golek,tidur tidur,lepak lepak kat rumah ni. Best sangat sampai tak terkata.hahaha.

Aku tengah happy. Wah,macam tak percaya aku tulis ayat tu. Ya, saya sedang berbahagia dengan bahagia. Nak tahu bahagia sebab apa? Alaa, tak perlulah tahu. Aku cuma perlukan doa. Korang semua kenelah doakan kebahagiaan ini biar berkekalan. Lagipun hidup ni taklah lama mana pun. Takkan asyik nak menangis je. Kenelah ketawa sekali sekala. Baru ada feel nak terus hidup.hahaha

Hah! Kan tak pasal aku bagi mass lecture kat dalam belog.hahaha. Jadi aku sangat berharap biar kebahagiaan ini berkekalan. Semoga bahagia jadi milik kita semua. My dotdotdot,saya sangat happy with you. Thanks.


*Mereka bukan couple. Gambar tiada kene mengene sangat dengan entry.Curi dari album Fahrin Ahmad*

Saturday, November 13, 2010

Ku Cari Damai Dihati

Ku cari damai dihati by Gingerbread

Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka


Aku teringin nak dengar lagu ni. Dulu masa kat rumah,abang aku selalu pasang. Biar aku hayati lagu ni aku rasa nak nangis. Sangat kebudakan kan? Entah kenapa lately ni air mata aku sangat mudah tumpah. Even aku ketawa sikit pun mata aku dah berair. Kenapa agaknya?

Macam bak lirik lagu ni

Sesalan tidak terucap
bila kau berubah sikap
ku sedar siapa diriku
Kau buat tempat berteduh

Biar saja aku sendiri
yang mencari damai dihati
airmata basah di pipi
tak mungkin dapat membasuh luka

Aku semakin melangkah. Langkah semakin jauh. Aku yakin aku tekad. Aku tahu aku boleh. Aku mampu lakukan. Biar aku cari damai dihati. Aku taknak ingat semua yang dulu. Yang dulu cuma kenangan,hari ini adalah kenyataan.


*Malam terakhir di bahagian 5 diploma. Semoga aku berjaya.*

Friday, November 12, 2010

I Dont Know Why

Hate to feel this.

Hate to be like this.

Hate to this kind of word.

But I really feel it.

Sorry.

*Wish me luck for the MUET tomorrow morning for writing, reading and listening.Bye*


Thursday, November 11, 2010

Mereka Cuma Tahu Ketawa

Untuk mereka blog tidak penting. Bagi mereka mungkin blog hanya tempat mengumpat. Bagi mereka blog tempat untuk mentertawakan orang lain. Bagi mereka blog untuk meluahkan perasaan. Bagi mereka blog tempat untuk mengumpul koleksi peminat.

Mereka cuma tahu bercakap tanpa memahami. Mereka cuma tahu mengejek tanpa menilai. Mereka cuma tahu menyampai tanpa berfikir. Mereka cuma tahu mentertawa tanpa menyedari makna sebenar. Mereka taktahu apa makna mempunyai sebuah blog.

Blog tak perlukan sejuta peminat. Blog tak perlukan seratus juta pembaca. Blog tak perlukan berjuta follower. Blog tak perlukan keglamouran. Blog tak perlukan simpati.Blog tak perlukan tangisan. Belog tak perlukan senyuman. Blog tak perlukan kecantikan atau kehandsomeman.

Jangan menghukum tanpa memahami. Jangan mentertawa tanpa meneliti. Jangan mengejek tanpa mengerti. Jangan mencari populari tanpa mahu diuji. Blog bukan tempat mengumpul berjuta juta follower. Sejuta follower belum mampu buat mereka memahami tiap satu yang kita rasai.


*Alhamdulilah. Blog ini tak ramai peminat. Aku tak perlukan berjuta peminat yang hanya tahu menghukum tanpa memahami. Jangan menghukum sesuatu tanpa memahami sesuatu.*

Saya Bukan Anjing Jadi Tolong Jangan Nak Menganjing!

"Menganjing" the word that found in university. Bahasa pasar kata mereka. Tapi kenapa kat pasar tempat aku takda pulak orang guna word ni. Mungkin word ini untuk anjing anjing sahaja. Word ini mungkin tak salah untuk anjing. Tak melanggari mana mana akta dalam kamus haiwan yang dikategorikan sebagai anjing. Sebab mereka adalah anjing.

Tapi bila ada manusia yang menganjingkan manusia lain,itu dah menjadi kesalahan besar dalam dunia anjing. Sebab dalam dunia manusia tak ada anjing. Walau bagaimanapun manusia telah menyalahgunakan bahasa yang khususnya untuk anjing kepada manusia lain. Aku rasa anjing anjing kat seluruh dunia patut cari hakim untuk mempertahankan word anjing mereka daripada disalahguna oleh manusia.

Aku paling benci kalau ada manusia yang menganjing manusia. How dare you can menganjingkan kaum sendiri? Anjing haiwan yang haram untuk orang Islam. Tapi hari ini ramai orang specially orang melayu suka menganjing orang lain. Malas nak komen panjang panjang. 

Aku manusia bukan anjing. Jadi tolonglah jangan nak menganjing. Nak menganjing pergi kat anjing.


*Malas nak online. Kalau online pun cuma hanya untuk belog. Belog ini cinta hati aku. Jangan jealous!*

Wednesday, November 10, 2010

Mungkin Jealous Tapi Ia Terlalu Mengedikkan

Hidup single penuh cabaran. Cabaran untuk orang orang yang tak tahan dengan cabaran. Aku? Cabaran kekadang dapat aku takhluki tapi biasalah. Tak semua kita mampu hadapi. Hukum alamlah. Aku jenis tak kisah. Selagi aku boleh hidup aku akan terus hidup.hahaha

Melihatkan someone ni buat aku rasa jealous. Jealous pun taklah jealous sangat. Tapi cara dia cakap memang sangat mengedikkan. Aku terasa macam nak muntah hijau pulak dengar. Mungkin first love. Tapi sangat gedikkan. Aku sangat tak selesa. Sorrylah kawan kalau terbaca. Lain kali ambiklah bantal. Takup mulut semasa gayung. Takpe. Sikit hari lagi akan berakhir.


*Twin aku kembali single.hahahahahaha. Semoga bahagia menghadapi hari hari solo kita berdua. Bunyi sangat poyo.Jangan ada yang cakap kami berjodoh. Dia terlalu giler untuk aku.*

Kebetulan Ini Menyakitkan

Bangun siang dengan suasana yang redup dan mendung. Mengonlinekan diri mencari sesuatu yang dicari. Mata aku membundar. Punggung aku terduduk dengan keadaan yang sedia duduk. Otak menjadi buntu. Hati menjadi sayu. Mulut terkunci tak tahu kuntuman apa yang wajar dikeluarkan.

Kebetulan kadang kala terlalu indah dan mengembirakan. Namun ianya terlalu pahit untuk memulakan sesuatu yang baru. Kebetulan ini terlalu menyakitkan. Kadang kala aku sendiri tak mampu hadapi.


*Kebetulan boleh jadi kemahuan. Semua berlaku dengan izin Tuhan. Semoga aku kuat.*

Monday, November 8, 2010

Emosi Terganggu Sebab Setahun Yang Lepas

Hari ni hari Isnin. Aku bangun agak awal. Aku terus online. Aku baca satu artikel. Ya satu artikel yang terlalu dalam maksudnya yang mewakili hati aku. Artikel ni seolah olah mewakilkan hati aku. Dan aku terlalu sedih bila mengenangkan yang artikel tu jarang dibaca. Suara hati aku tidak dibaca buat aku sangat sedih.

Kata orang barang yang lepas usah dikenang. Yang patah tumbuh yang hilang pasti berganti. Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Apa yang jelas bagi aku disini tidak perlu mengenang, menangisi sesuatu yang bukan lagi jadi milik kita bila kita kehilangan. Hati aku lembut. Cukup mudah dicairkan walau dengan hanya sekelumit kata kata manis dari bibir pemikat hati. Ya hati aku cukup lembut bila aku terpandangkan wajah dia. Sangat tercair dengan senyuman itu.

Pernah aku cuba untuk membunuh semua ingatan terhadap dia. Tapi pernah ke kalian bayangkan aku bukan seperti perempuan lain. Dia mungkin lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan berkali kali. Tapi aku hanya seorang perempuan yang percaya bahawa dalam hidup aku hanya ada seorang lelaki, sebuah cinta dan satu perkahwinan. Bagaimana harus aku bencikan dia. Sedangkan setiap hari aku merindukan dia. Biarpun dia dah tak ada disisi,aku rasa setiap saat dia tetap ada dalam ingatan.Dan aku masih ingat sepotong ayat yang dia pernah katakan pada aku dulu.

"Saya tak pernah rasa macam ni. Rasa setiap saat awak ada dalam hati saya."

Setiap kali aku ingat ayat tu, hati aku selalu sedih. Itu mungkin cuma sekadar kata kata yang menjadi pemanis bibir dia. Entahlah. Jauh disudut hati ini aku rasa dia masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta atau dia mungkin tak pernah dewasa atau mungkin dia belum pernah benar benar jatuh cinta pada seseorang.

Kata kata hinaan dia setahun yang lepas benar benar menguris hati ni. Dia melemparkan banyak kata kata yang buat aku sangat berkecil hati. Tak sedar diri. Tak faham bahasa. Tak ada hati perut. Tak berperikemanusiaan. Katalah apa saja wahai pemikat hati. Aku tak mampu melawan kata kata itu. Cuma aku satu je yang perlu aku ingatkan. Siapa sebenarnya yang beria ia untuk semua ini dulu? Mungkin handphone 3310 colour kuning dan handphone 2100 colour pink yang sebenarnya bersalah untuk semua ini. Ya mungkin handphone handphone itu yang selayaknya menerima semua ini.

Sejak kejadian itu aku melangkah pergi. Melangkah pergi meninggalkan dia telah mengambil seluruh kekuatan aku. Jangan pernah menganggap aku pergi sebab aku bencikan dia. Jangan pernah menganggap yang itu. Teman teman baik aku tahu betapa sukarnya aku memaksa diri aku untuk melangkah.

Harini aku tak seteruk setahun yang lalu. Aku dah banyak melangkah kedepan. Aku dah banyak movekan hidup aku. Aku percaya pada Tuhan yang telah mempertemukan aku dan dia. Aku tahu ada hikmah disebalik semua ini. Aku tak akan mempersoalkan pertemuan ini. Dan aku tak pernah kesal dengan pertemuan ini. Sekurang kurangnya sepanjang mengenali dia,aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan aku. Dan aku tak terkilan untuk kejujuran itu.

"If you really love someone then let that person go. If that person is meant for you that person will come back to you eventually. But if that person does not then that person was never means for you in the first place."


*Wish me luck for the killer paper tomorrow morning. For my twin,anda telah berhutang satu gosip dengan aku. Lepas paper aku tuntut. Rindu hang weii.hahahaha*

Sunday, November 7, 2010

Makin Naik Makin Buntu

Hai semua. Hahahaha. Macam ramai je yang baca belog aku ni. Yelah belog aku ni bukan best pon. Semua benda yang aku story semua tentang life aku. Jalan hidup aku. Kekadang tanpa aku suntingan pulak tu. Sebab untuk aku belog tempat aku curah rasa. Aku lebih suka cerita yang natural dari yang diedit.

Semakin hari semakin ramai yang follow belog aku. Even taklah sebanyak orang lain tapi banyaklah jugak bagi aku. Yelah sebab buat belog ni aku tak fikir pun nak kumpul kumpul follower ni. Yang aku fikir aku nak tulis. Orang nak baca ke taknak baca ke,itu masalah orang lain bukan masalah aku. Annoying gilerkan bunyinya. Tapi tu memang aku. Yang penting kepuasan aku bukan orang lain.

Bila dah semakin ramai yang follow maka bermakna semakin ramai yang baca belog aku. Kekadang aku buntu apa yang nak aku storykan. Yelah takkan nak story benda yang sama setiap hari. Bukan orang lain je bosan tapi aku pun bosan sekali. So aku suka keluarkan pendapat tentang isu isu yang cross kat mind aku. Mungkin tu yang buat orang tertarik dengan belog aku.


*Aku bukan seorang yang cantik tapi aku perasan cantik. Aku bukan seorang penulis novel novel cinta tapi aku cuba untuk melakar cerita cinta sendiri. Aku bukan seorang yang pandai tapi aku berusaha untuk pandai. Aku bukan manusia yang hebat tapi aku cuba untuk jadi hebat. Aku cuma manusia biasa. Terima kasih sebab menerima belog ini seadanya.*

Gara Gara Kuat Berangan

Ambik kau perempuan comel. Suka sangat berangan. Tak pasal kau menempah sakit.hahahaha.

Semalam aku tergelincir kat tangga. Then aku jatuh. Bayangkan dari punggung,pinggang,siku,tapak tangan,kepala aku semua terhentak kat simen. Sangat sakit. Rasa macam nak nangis je. Tapi aku tahan. Sakit sangat. Ni semua gara gara selipar licin ditambah pulak dengan hujan. Lepas tu didarab pulak dengan otak aku yang kuat sangat berangan. Aduhh. Sakitnya badan aku.

Serius. Badan aku lebam. Siku aku lebam. Pinggang aku lebam. Kepala aku lebam. Sakit sangat time tidur. Aku takut membengkak je. Yelah aku masih ada baki tiga paper final lagi. Takkan nak menjawab dalam kesakitan. Aku tak sanggup tapi aku kene lalui jugak. Doakan aku dapat jawab dengan baik for the rest of my paper.


*Ingatkan ada "Fahrin Ahmad" nak datang tolong time aku jatuh. Ala macam cerita hindustan tu. hehehe. Menyempat lagi berangan.hahahaha*

Saturday, November 6, 2010

Semoga Berjaya

Lately ni aku asyik cakap diri aku as a giler. Orang kata kalau 44 kali cakap benda yang sama,insyaallah benda tu boleh jadi satu doa. Tapi dah memang betul pun aku sekarang ni tengah giler. Bukanlah sampai tahap giler meroyan.hahaha

Selasa ni aku ada paper Investment Management. Paper ni susah. 4 kredit hour. Pening kepala otak aku study. Rasa macam aku tak belajar apa apa pun sepanjang satu semestar ni. Ya Allah,tolong hambamu ini. Aku attend kelas ni 99 percent. Tapi kenapa aku still tak dapat tangkap ilmu ilmu ni. Adakah sebab aku terlalu malas? Ya Allah,bantu aku. Aku takut. Kepala otak aku dah mula serabut. Aku kene usaha. Usaha sampai berjaya untuk paper ni. Bantu aku Ya Allah.


*Malam tadi tak mimpi Fahrin Ahmad pun. Tapi hati aku pulak yang berdebar debar semacam. Rasa macam something pulak. Something tu somethinglah. Aku pun tak tahu something tu apa. Tapi takpelah. Biarkan semua angan angan tu. Paper Investment tu lagi penting. Semoga berjaya si perempuan perasan.*

Friday, November 5, 2010

Jangan Menyerah

Jangan Menyerah By D'masive

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi


kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi


syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik


tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa



First time dengar lagu ni,aku diam.Hahahaha. Takkan nak dengar bising bising pulak kan? Kenalah diam diam,baru boleh dengar.Lagu ni sangat mendalam maksudnya. Aku suka.


*Pergi study Invesment Management la perempuan giler! Kau asyik berangan je. Kau ingat Fahrin Ahmad tu ingat kat kau ke? Tak payah nak perasan sangat. Study la giler!!!*

Thursday, November 4, 2010

Tolong Jangan Buat Aku Macam Ni

Hati kau memang degil

Tengok kan sekarang kau jadi macam ni

Tengok kan sekarang kau tergoda

Dia tak buat apa apa pun

Cuma dia macam Fahrin Ahmad je

Tapi tu pun kau tergoda

Tolonglah jangan bagi aku tergoda

Please!


*Even kau bukan Fahrin Ahmad yang real, kau tetap Fahrin Ahmad kat mata aku. Aku tergoda untuk kesekian kali. Parah dah perempuan gile ni punya angau!*

So Siapa Tak Mandi Dia Bau Busuk!

Dalam hidup haiwan takda manusia

Dalam hidup manusia ada haiwan

Kalau beruk dalam hutan pun tahu cara hidup berkomuniti

Takkan manusia yang hidup dalam satu tempat tak tahu hidup berkomuniti

Kalau macam tu baik masuk dalam tanah

Sebab kat dalam hutan pun takda tempat untuk manusia yang tak macam manusia

So siapa yang tak mandi dia yang akan bau busuk!Kalau terasa padan muka!


*Hatiku berdebar debar.*

Wednesday, November 3, 2010

Dah Cakap Dah Jangan

Ambik kau perempuan yang degil! Orang suruh study sebab esok ada paper. Tapi kau sibuk bukak internet. Konon konon nak cari Cabaran Wawasan 2020. Dah tu kau pergi bukak facebook apa pasal?!! Dahlah buka facebook,dah tu kau buka benda yang tak sepatutnya pulak! Kan dah terbaca 2,3 sentences yang buat jantung kau jadi macam sekarang ni! Jadi apa?? Ni duk berdengup laju laju. Apa ke hal??

Dah cakap banyak kali dah. Jangan,jangan,jangan,jangan! Degil punya perempuan. Baik kau pergi study sekarang. Simpan laptop dengan berukband kau ni. Sebelum kene jerit dengan Mama!


*Dia ada kat Shah Alam weekend ni. Buat apa pulak? Dah sudah. Itu bukan masalah kau perempuan giler!*

Nak Tapi Taknak

Deja vu. Satu perasaan dimana sesuatu yang pernah atau sedang berlaku , dirasakan seperti pernah berlaku pada masa lalu. Aku percaya pada deja vu sebab aku selalu rasa benda ni. Aku masih ingat jiran sebelah rumah aku time tu dia dah sekolah menengah. Dia cakap mimpi tu nanti akan jadi time dah besar. Mungkin ini yang dia maksudkan.

Aku sukakan deja vu. Sebab dia seolah olah kita rasa macam mimpi dalam reality. Kekadang sampai tepuk tepuk pipi sendiri sebab tak percaya.hahahahaha. Tapi ada sesuatu yang menganggu fikiran aku. Benda aku aku selalu berdoa. Ya hampir setiap hari aku doa tentang benda ni. Benda yang aku harap sangat dimakbulkan Tuhan tapi aku taknak ia terjadi. Aku nak tapi aku taknak. Faham tak? Aku memang nak tapi aku rasa macam taknak.

Biarlah benda tu jadi sekadar mimpi. Bukan jadi deja vu. Dan aku rasa benda tu mimpi sebab aku masih ingat mimpi tu even tak berapa nak detail. Takpelah. Itu mimpi. Hopefully.


*Mahu membaca segala policy kerajaan Malaysia. Kenapa ek Malaysia banyak policy? Jenuh kepala aku nak mengingat semua. Esok aku ada paper Economy Malaysia. Doakan aku ek? Terima kasih.*

Monday, November 1, 2010

Kenapa Tak Boleh Nak Get Along

Pernah tak rasa macam aku rasa sekarang? Aku rasa ape? Aku rasa bingung. Apahal pulak aku mengarut bukan bukan pagi pagi yang tak berapa buta ni. Taklah aku kekadang terasa macam macam lah.

Aku kekadang rasa macam tak berapa boleh get along dengan kawan kawan aku. Padahal dah kawan lama. Dah kenal serba serbi tentang dia. Tapi kekadang still tak boleh nak get along gila gila. Adakah sebab aku yang pelik atau aku normal sebab rasa benda benda macam tu? Pernah ke orang lain rasa macam yang aku rasa?

Aku bukan tak boleh nak kawan. Tapi kekadang cara dia orang tu macam tak masuk dengan kepala otak aku. Entah kekadang aku rasa macam diaorang tak hormati diri aku. Kekadang cara diaorang seolah olah merendah rendahkan pemikiran,cara,otak dan kebolehan kita. Aku paling pantang kalau ada orang yang merendah rendahkan orang lain demi nak menaik naikkan diri sendiri. Apa punya manusialah macam tu. Kalau ye pun nak menang,tak perlulah buat orang lain macam tu. Aku benci betullah manusia jenis macam tu. Mungkin aku boleh nak get along dengan manusia jenis macam tu untuk sesekali,tapi kalau untuk selamanya,aku rasa kirim salamlah. Aku memang tak boleh.


*Study tuan Puteri. Jangan banyak tidur even kau mengadap buku yang sangat bosan. Buku pun bosan tengok tuan puteri yang asyik tidur. Wake up!!!*

SEHATI BERDANSA