TABUNG SAKURA

Wednesday, March 31, 2010

Aku Menangis Lagi

Aku tak tahu

Aku rasa aku lemah sangat

Aku rasa sedih sangat sangat sangat

Aku nak balik

Aku tahu mama tipu

Mama tak cakap perkara sebenarnya

Ya Allah,aku rela Kau transfer kesakitan dan segala penyakit abah kepada aku

Aku rela,aku taknak abah  sakit

Saturday, March 27, 2010

Alhamdulilah


Syukur sangat
Thank to Allah
Aku percaya dengan KekuasaanMu

Insan yang teranaiya pasti dapat pembelaan
Entry ini bukan untuk membongkak
Bukan juga untuk membangga
Jauh lagi untuk meriakkan diri
Tapi sekadar melahirkan kepuasan hati

Hari rabu yang lepas
Lecturer give the result for Information System Management
And secara tak disangka sangka
Aku dapat the highest mark!!!
Wah,aku sungguh teruja!!

Kalau boleh aku nak upload the picture
But Sri Izyan borrow my book
Aku terlupa dalam itu ada kertas jawapan aku
Takpe next time aku download ek

Aku gembira sangat penat aku berakhir
Aku sebenarnya agak kecewa masa mula mula hari itu
Yelah sebab kebanyakkan assigment untuk that subjek aku yang buat
Dari company research sampai ke online blog
All aku yang start
But lecturer said that ; "I will give the same marks for all members in each of the group"

Damn!!
Tapi aku terima sahaja
Sebab nama pun group assigmentkan?
But that Test buktikan
Yang aku berhak dapat hak aku

Tapi yang penting aku bersyukur
Syukur sangat
Penat aku terbalas

Thursday, March 25, 2010

Please,jangan

Tolong
Tolong jangan tanya lagi
Tolong jangan buat lagi
Tolong

Saya pasti mata ini
Pasti bergenang dan menitis
Saya nak jadi kuat
Tak mahu membazir air ini

Jadi
Tolong jangan tanya lagi

Tuesday, March 23, 2010

Selamat Bercamping Warga Uitm!

Perdana Menteri cakap baru baru ni
Dia nak tambah bilangan pelajar miskin
Untuk masuk dalam Uitm
Dan benda itu dipersetujui oleh Vice Counselor

Bukan nak mengkritik apa yang negara mahukan
Tapi ini cuma satu pandangan aku
Yang mungkin pihak pihak berkenaan tak lihat
Tapi benda benda ini sangat penting untuk pelajar

1. Kelas : Kalau kita tengok,memanglah hampir semua tempat seluruh Malaysia ni ada Uitm. Tapi kalau kita tengok secara betul betul keluasan kawasan tempat pembelajaran para pelajar sangat sangat terhad. Bayangkan ada kelas yang terpaksa dilakukan pada waktu yang tak sesuai hingga boleh menjejaskan kehidupan. Sebagai contoh,ada kelas yang dijalankan pada waktu maghrib dan kelas hanya akan berakhir kira kira jam 8 malam.So,mana nak diletakkan solat maghrib itu tadi? Memang boleh di qada'kan tapi berapa ramai pelajar yang terus tunaikan solat setelah keletihan satu hari suntuk berada dalam kelas? Sapa nak jawab..

2. Insentif Makanan : Ni lagi satu masalah negara. Dulu mula mula aku masuk Uitm,orang kata bertuah. Yelah sebab yuran murah,elaun makan dibagi.Tapi rupanya indah khabar dari rupa. Aku cuma dapat menikmati duit duit free elaun makanan cuma untuk 2 semester je. Lepas itu mulalah pihak atasan kata ada system baru dalam pemberian elaun makanan. Kene memenuhi syarat baru boleh dapat. Yang tak dapat, parents yang konon konon dan dianggap kaya raya terpaksa menanggung belanja anak anak ni.

3. Kolej @ Hostel : Bayangkan ek,jika kolej kediaman hanya mampu menempatkan kira kira 2500 student,tapi pihak pihak yang berkenan menawarkan peluang kemasukan para pelajar baru sehingga over the limit pelajar yang nak grad,what will happen? Memangkan pelajar pelajar sangat mengalu alukan kemasukan pelajar baru tapi kalau kemasukan itu mendatangkan kesusahan kepada pelajar lama yang sedia ada,baik tak payah.Dengan jumlah bilik yang tak sepadan dengan bilangan pelajar,mana pelajar yang tak dapat bilik nak duduk? Rumah sewa? Berapa banyak pulak penduduk sekitar kampus ni mampu untuk sediakan rumah sewa kepada para pelajar? Berapa ramai pulak pelajar boleh dimampatkan dalam sesebuah rumah? Adakah seperti semampat ikan sardin?

Jadi mungkin penyelesaian yang  boleh di buat adalah seperti ini:



Mungkin ini penyelesaian terbaik. Marilah kita bersama sama bercamping depan admin,jalan jalan sekitar dalam kampus,sebelah masjid di kampus atau tempat yang paling ideal di depan pejabat unit pengurusan kolej di kampus masing masing. Jadi selamat bercamping warga warga Uitm di seluruh Malaysia!

Sunday, March 21, 2010

Kepenatan

Semalam seharian bertemankan hujan dah hutan
Penat sangat tak terkata
Habis sakit satu badan
Balik terus mandi dan tidur sampai tak ingat dunia
Sumpah penat sangat
Buat semua kawan kawan yang tertunggu tunggu aku semalam
Sorry sangat sangat
Aku penat,penat,penat sangat sangat

Friday, March 19, 2010

For The Last

First thing aku nak cakap
Syukur alhamdulilah sangat sangat
Hampir semua presentation aku untuk sem ini sudah habis
Mungkin akan ada lagi
Tapi tak tahu la sebab depend on lecturer

Aku lega sangat sangat
2 presentation aku yang last ini memang aku
Sangat sangat sakit hati
Sebab aku bergroup dengan mereka

1 presentation untuk Public Relation
Presentation ini tak susah sangat
Even aku terponteng kelas Encik Amin time mass lecture
Tapi aku sudah siapkan slide awal seminggu
Then aku pass my pendrive kat one of my group member
By the way dalam 2,3 hari lepas itu
Time maghrib aku dapat one message
Said that my pendrive telah hilang
Aku nak marah pun sudah tak guna lagi
Benda sudah hilang,cakap banyak pun tak guna
Then aku just kata takpelah benda nak hilang
Next day,they said sudah jumpa pulak pendrive itu
Hmmm..its okaylah
Aku tak kisah sebab dalam itu takde yang penting penting pun

2 presentation for Information System Management
Ini assigment yang paling susah dan paling banyak menyakitkan hati
They said that aku buat kerja nak menunjuk nunjuk
Therefore aku buat taktahu la sejak hari itu
But I'm still follow that assigement
Yang menyakitkan hati aku
Never changed!! Tak ada lansung perubahan!!
Dari first aku niat aku taknak buat lagi assigment tu
Sampai hari presentation
Tak ada satu pun benda yang diaorang buat!
What the hell (sorry aku dah hilang sabar)
Bila aku buat,you said that Im try to be Gila Menunjuk nunjuk
Bila aku tak buat,korang pun tak buat apa apa
Even your entry yang korang buat pun still tak ada video
Yang kononnya sebagai tanda korang buat kerja
But nothing,zero!!

Aku tak pernah buat kerja untuk tujuan menunjuk nunjuk
But aku buat sebab aku tahu
Yang tanggungjawab aku dekat dalam kampus ini
Adalah untuk belajar,even korang labelingkan aku as a SKEMA
Aku terima,that is my RESPONSIBILITY
Fikirlah semula baik baik

If aku ini betul suka menunjuk nunjuk buat kerja
Baik aku upah someone untuk terus buat assigement itu
Tak perlulah aku bersusah payah tidur lewat
Tak perlulah aku bersusah payah buat eyeback ini
Tak perlulah aku bersusah payah insert bermacam macam gadget
Baik aku remove all the gadget and entry yang sudah aku publish itu

Jangan bagi aku jawapan budak budak sekolah
You said that you don't right
I'm also don't know
But aku belajar dari mereka mereka yang tahu
Aku buat muka tebal tanya ramai orang
Ketuk bila orang even aku tahu orang itu lagi busy daripada aku
Dengan kata lain
Aku try untuk USAHA
sebab USAHA TANGGA KEJAYAAN

Aku sudah malas nak fikir tentang korang lagi
Pandai pandailah korang hidup
Aku sudah malas
Aku penat,penat,penat sangat sangat

Monday, March 15, 2010

Kami tak hot,Kami cool

Firstly aku nak ketawa sekejap
hahahahahahahaha

Sekejap tadi aku dengar Xfresh Fm
"Kami tak hot,kami cool"
Aku actually jarang jugak dengar radio ni
Tapi disebabkan bosan
Jadi aku teralihlah kat radio tu

Then aku terdengar iklan tentang
Segmen bersama "Doktor Cinta"
Entah siapa entah yang jadi DC itu
Tapi aku stay tune untuk dengar cerita cinta untuk malam ini

Adalah seorang perempuan ini di call oleh DC
DC cakaplah serba sikit tentang dia dengan one guy ini
Kononnya ada one other girl syok with that guy
And kononnya that girl itu first love that guy
But the guy tidak mengaku

Therefore si perempuan yang menjadi mangsa tadi
Mintak break off from that guy
But at the same time
That guy in on the line
"Awak,saya sayangkan awak sorang je..Takde orang lain dalam hati saya melainkan awak sorang je"
Then si DC yang tak sepakar mana suggest supaya
Duduk 3 kepala,6 mata in one table and discuss

hahahahahahahaha
Aku rasa nak ketawa pulak

You know why?
Because cerita itu pernah berlaku to me
Similar and sebijik sungguh cerita itu
Dan aku pun ter"recall" laa cerita itu

Cuma yang tak aku dapat aku laksanakan
Just untuk duduk semeja dengan dia dan kamu
Entahlah,aku yang tolak sebab
Kamu cakap at phone
"hey,ko ni perempuan tak tahu malu ke? Ko yang mulakan dulu,apa hal plak kitaorang yang nak datang and cari ko hah??"
Ayat itu, aku ingat sampai mati

Nak tahu tak kenapa aku tolak?
Sebab aku tahu dia tengah buat satu telenovela depan aku dan kamu
And aku still menghormati dia
Aku still tahu menjaga maruah dia
That why aku tak nak bertemu dia
Dan jika aku menerima offer dia
Aku yakin dan pasti yang dia tak mampu jumpa aku

Mulut mampu menipu
Mata,pengalaman dan sejarah yang telah berlaku
Tak mampu menipu

Untuk si mangsa mangsa yang terlibat dalam rancangan tadi
Aku doakan bawa bawalah bertenang
Tak mungkin ada perempuan yang mengaku seorang lelaki sebagai
First love if dia tak merasai first love yang dikatakan itu

Untuk lelaki itu,
Jika betul perempuan itu kisah silam anda
Sila berterus terang dengan mereka
Jika anda taknak kehilangan perempuan yang anda sayang
Ada sebab that girls did like that

Sebab aku pernah jadi perempuan yang terhegeh hegeh
Pada seorang lelaki yang tak kenang dek untung
Sakitnya, Tuhan saja yang tahu

*kenapa dulu aku tak terfikir nak bawak story aku kat mana mana tv ke radio ke hah?? boleh jadi glamour sikit..hahahaha*

Saturday, March 13, 2010

Its okay for me

Mungkin salah aku
Mungkin silap aku
Mereka tak salah
Mereka tak silap

Baguslah kalau begitu
Pergi sahaja dari page aku
Anggap sahaja kita tak pernah menjadi teman
Aku tak kisah

Niat aku cuma
Nak tengok mereka berubah
Tahu erti hidup as a student
Tapi niat aku disalah erti

Jadi tak mengapalah
Aku hidup pun tidak mintak duit mereka
Aku nak makan pun tak mintak daripada mereka
Jadi its okay laa

Kesabaran ada batasnya
Fikirlah semula
Aku tak kisah hilang mereka
Aku cuma kisah kalau hilang tanggungjawab

Kembali senyum

Now aku rasa bebas
Bebas daripada satu beban yang sangat menyiksa
Sungguh aku tenang hari ini
Alhamdulilah

Aku kembali senyum
Kembali menjadi giler
Sama seperti kawan kawan yang lain
Otak aku kembali ringan

One more thing
Today in my BFF birthday's
To Dila yang aku sayang banget
Happy birthday!!

Semoga ko panjang umur
Murah rezeki
Hidup gembira
Cepat kahwin (hehehe)
Nanti kita pergi beli kek yang si Zeera suggest taw
Tak mahal
RM 70 je!!
hahaha

Friday, March 12, 2010

Tekad dan Nekad

Sekarang aku nak senyum
Senyum untuk semua
Aku betul betul nak lupakan dia
Serius!!

Bukan sebab penat dengar si Dila membebel
Bukan sebab tak larat dengar si Zeera bagi nasihat
Bukan sebab aku tak ingat semua itu
Bukan juga sebab aku sudah membenci semua

Tapi sebab
Dia sudah pilih jalan kebahagiaan
Dia sudah pilih permaisuri hatinya
Dia sudah pilih kehidupannya

Jadi kenapa aku kena bersedih?

So mulai sekarang
Aku nak belajar lupakan dia
Aku nak belajar lupakan page dia
Aku nak belajar tinggalkan semua kenangan dulu

Even aku rapat dengan someone yang berkait dengan dia
Aku hope aku dapat lupakan dia
Aku tahu tak mudah
Tapi aku tahu aku boleh

Kalau Zeera boleh,kenapa tak aku?
Kalau Dila nekad untuk lupakan,kenapa tak aku?
Aku yakin yang aku pun boleh juga
Boleh lupakan dia

Jadi mulai saat ini
Aku janji yang aku boleh lupakan dia
Memang semua kenangan itu melekat dalam kepala otak aku ini
Tapi itu tak bermakna apa apa
Aku tak perlu terus hidup dalam bayangan dia

Aku sudah dewasa
Jadi aku kene berfikiran matang
Jangan berfikiran kebudak budakan lagi
Aku kene rasional dalam buat pilihan

Jadi
Selamat Tinggal Awak!!
Bye bye

Wednesday, March 10, 2010

Bencinya!!!!

Sudah beberapa hari aku tak terjah
Terjah page dia
Tadi aku pergilah buat operasi terjah
Gaya ala ala Nas Ahmad

Tapi
Aku terkaku sekejap
Baju biru itu,sofa biru itu,langsir baru itu,rumah baru itu,
Baju JKM putih itu,kawan kawan dia,robot robot itu

Arghhhhhhh!!!
Dia macam sahaja buat aku macam ini
Kenapa mesti masukkan gambar lama itu
Kenapa mesti ingatkan aku dengan semua kenangan gambar gambar itu

Baju biru itu sangat besar maknanya
Baju JKM itu sangat banyak ceritanya
Semua itu buat aku recall semula
Kenangan kenangan bersama dia

Aku tahu dia tengah bahagia
Bahagia bersama kamu
Tapi aku merayu sangat sangat
Please,please,please and please
Jangan bagi aku ingat semua itu

Dia tahu cerita sebenar
Kalau ikut hati ini
Aku nak hempuk hempuk dia sampai pengsan
Tapi mampu ke??

Monday, March 8, 2010

Make me strong!!



Semoga aku kuat
Aku nak nekad
Nak lupakan dia jugak
Taknak ingat apa

Taknak ingat lagi
Cukup airmata ini
Hentikan semua ini
Aku sudah taknak ingat lagi
Tolong jangan panggil aku lagi
Hilangkan diri aku dari dia
Pergilah semua kenangan ini
Aku tekad kali ini

Kuatkan aku dengan keputusan ini
Dia boleh lupakan aku
Jadi kenapa aku kenapa hidup dengan kisah silam
Ketika bersama dia


Bayangkan apa aku rasa



Aku tak tahu nak tulis apa
Cuma lihat,lihat dan teruslah melihat gambar ini
Bayangkan apa aku rasa
Tak tergambar rasa hati ini

Kepada pemilik bunga ros merah dan juga cincin ini
Tahniah sebab awak dapat tewaskan saya
Saya tewas pada hari lahir saya yang ke 20
Tahniah!!

Awak,
Tak tergambar rasa hati ini
Tak terhitung linangan air mata ini
Kenapa tarikh ini
Kenapa saat ini

Saya tak mampu benci awak
Saya tak mampu lempang awak
Saya tak mampu tendang awak
Saya mampu menangis untuk malam ini

Biarkan malam membawa pergi semua duka
Saya terkilan
Terkilan sangat

Hari paling bersejarah dalam hidup saya
Dan paling bermakna dalam hidup awak serta pemilik hadiah ini
Thanks

Sunday, March 7, 2010

welcome 20th!!

Today is my birthday
Agak kecewa sikit pada permulaan
Tak mengapalah

This is my wish for 20th:

For My parents: Akak harap akak boleh jadi anak abah dengan mama yang macam abah dengan mama nak..Akak tahu akak ni kekadang degil,tak suka dengar cakap mama dengan abah..Akak try untuk jadi anak yang baik untuk tahun ini..Akak taknak mama dengan abah sedih..Akak tahu family kita susah,akak taknak tambahkan kesusahan keluarga kita..Akak taknak orang hina yang bukan bukan tentang family kita..Susah senang biarlah family kita je..Akak taknak kita mengemis lagi..Akak janji pada abah dengan mama..Akak sayang abah dengan mama sangat sangat..Tak terluah kata kata ini..

For My both sibling: Aku tahu aku ni garang dengan korang..Aku pun tahu aku ni kekadang pemalas kat rumah..Aku tahu korang rajin..Aku taknak tengok korang susah..Selagi mana aku boleh tolong korang,aku akan tolong..Kita sama sama buat mama dengan abah gembira dan bahagia..Semua yang jadi dalam family kita,kita pun tahu..Peritnya kita rasa bersama..Biarlah orang nak kata apa,janji kita jalankan tanggungjawab kita..Ingat duit tak mampu beli kebahagian keluarga kita..Aku sayang korang berdua..Korang je abang dan adik aku dunia akhirat..

For My lovely Closer Friends:
Dila: Aku sayang ko jat..kita kenal dah lama sangat..Aku sayang ko..Kalau ko nak aku lupakan dia,aku nak ko lupakan dia jugak..Aku taknak kita jadi bodoh sebab diaorang..Aku hope kita boleh kawan sampai mati..Thanks sebab ko sudi jadi pendengar segala masalah aku lately ini..Aku sayang ko..Aku doakan ko kawen dengan tunang ko!

Zeera: Aku sayang ko g..Kita baru kenal..Ko banyak tolong aku waktu aku susah..Sampaikan kekadang aku malu dengan ko..Ko baik sangat..Aku tak benarkan orang lain mainkan ko lagi g..Ko jaga kesihatan ko taw..Kalau ko sakit,ko g jumpa doktor taw..jangan banyak alasan..Mana yang aku boleh tolong,aku tolong.. Aku sayang ko jugak..

Fared: Ko kawan aku yang paling sengal..Tapi kalau takde ko,confirm hidup kitaorang sunyi..Ko pun suke mengarut macam aku.. Ko pon jangan sedih sedih ingat budak sekolah tu..Setakat budak sekolah je,petik cari ramai yang nak dengan ko..Aku hope sangat ko dapat bukak company 1 days nanti..Aku confirm akan jadi patner ko taw..ko jangan lupa aku taw! Nanti kalau tak company ko bankrup! Aku sayang ko! Ko bos terbaik! hahahaha

Moq: Ko belum wish aku lagi jal..Aku nak merajuk dengan ko..Ko lawa taw jal..Aku pun sayang ko jugak..Ko jangan ingat nak kawin je..Belajar tinggi tinggi dulu..Ko jangan percaya sangat dengan lelaki..Ko kene jadi kuat jugak..Aku sayang ko!

For the only Dia: Awak,saya hope sangat awak wish kat saya..Sejak saya baca status awak,saya hope sangat itu saya..Entahlah awak..Kenapa susah sangat nak keluarkan awak dari hati ini..Saya masih ingat kenangan lama masa awak sambut birthday saya..Saya hope hari ini,benda itu berulang lagi..Tapi awak tak wish saya..Saya sedih tapi saya redha..Awak banyak ajar saya..Awak banyak sedarkan saya..Awak banyak kuatkan saya..Saya mengaku saya sayang awak..Im still waiting u..Im still hope..

For kamu: Awak,saya tak tahu nak cakap apa..Walaupun kita bergaduh sebab dia..Tapi saya tak pernah salahkan atau bencikan awak..Sikit pun tak pernah untuk saya salahkan awak atas takdir saya..awak banyak ajar saya..Saya kagum dengan awak..Kagum dengan pengalaman dan kekuatan awak..Saya sayang awak..Hope awak boleh terima saya satu hari nanti..

My uitm cliks:Aku tahu korang semua tak kenal aku..Mungkin cara aku tak sempurna dimata korang..Aku mintak maaf..Mungkin aku banyak sakitkan hati korang..Aku mintak maaf..Aku tahu aku pernah buat korang terasa..aku mintak maaf..Korang boleh anggap aku apa sahaja yang korang suka..Aku tak kisah..Aku sentiasa maafkan korang dan aku hope korang maafkan aku..Aku sayang korang

My all friend: Thanks sebab sudi berkawan dengan aku..Aku cuba sedaya upaya jadi terbaik di mata korang..Thanks be my friend untuk selama ini..Aku sayang korang..

Aku cuba menjadi sedaya upaya yang aku boleh..Aku hope aku boleh jadi semakin tabah dan kuat hadapi semua dugaan Allah..Semoga hidup aku sentiasa dirahmati Allah dan dikasihinya..Amin

Saturday, March 6, 2010

19 tahun yang terakhir

kurang 24 jam lagi
hari ini hari terakhir
hari terakhir aku berumur 19 tahun
what im feel??

sudah tentu aku sedih
sedih sebab banyak yang sudah aku belajar
sedih sebab banyak benda masih belum tercapai
sedih sebab tak dapat lakukan apa yang aku nak lakukan
19 tahun cuma sekali sahaja seumur hidup

puas ke aku hidup untuk tahun yang ke 19 ini
masih kuat ke aku nak tempuh hidup yang ke 20 tahun esok hari

Ya Allah
Berilah aku kekuatan
Berikanlah aku nikmat hidup untuk kali yang terakhir dalam usia 19 tahun ini

Jika hari ini hari yang terakhir untuk aku
dan esok Kau tak izinkan aku bernafas lagi
Maka aku redha
Terima Kasih atas segala pinjamanMu yang telah
Kau berikan untuk 19 tahun ini
Aku bersyukur

*Aku sangat berharap apa yang dia maksudkan sebenarnya itu adalah aku. Masih kuat ke instinct aku? Entahlah. Harap yang gembira sahaja untuk 12 tengah malam ini.*

Friday, March 5, 2010

Hopefully


Hmmm..
Entahlahh
Sejak aku terbaca status dia
Hati aku memang tak tenang

Betul kata Dila
Betul kata Zeera
Tapi kan
Aku degil
Aku keras kepala

Tapi aku rasa
Aku rasa perasaan yang sama
Rasa itu yang pernah ada dulu
Datang menganggu ketenteraman aku

Sebolehnya
Aku nak lupakan semua tentang dia
Makin aku buang makin dia datang
Aduhhh

Ini bisa buat hidup aku jadi giler
Aku sudah menjadi semakin angau
Tersengih sorang sorang
Pandang orang Indon yang buat bangunan dekat dengan kolej pun
Boleh buat aku tersengih macam kerang busuk

Aduhhh
Kalaulah aku orang itu
Mesti aku gembira
Pada hari itu nanti

Tapi
Kalau bukan aku
Entahlah aku tak dapat fikir
Sebab aku rasa itu memang aku

Terserlah betapa degilnya aku
Aduhhhhhh

Thursday, March 4, 2010

Itu keh nilainya??

Aku bukan nak marah orang nak baca blog ini
Bukan aku sengaja menukar url blog ini
Bukan mahu lari dari segala masalah
Bukan untuk mengecilkan hati mereka

Entah la
Salah ke apa yang aku tulis??
Salah ke apa yang aku kata??
Mereka terasa?
Aku lagi terasa
Benar aku sangat,sangat kecik hati

Kalaulah benar aku buat segala assigment adalah untuk menunjuk nunjuk
Give me the bukti
Bagi aku satu bukti yang betul aku nak meriakkan diri
Kalau benar aku ini sengaja nak menunjuk nunjuk
Baik aku tarik semua apa yang aku sudah siapkan
Bila aku dapat tahu mereka tukar sesuka hati assigment itu
Aku siapkan hingga tak tidur malam
dan itu dikatakan menunjuk nunjuk
Tak mengapalah
Aku redha

Kalaulah aku menjaga abah yang sakit setiap malam itu
Sama nilainya dengan RM2.60 untuk duit tol
Alangkah murahnya nilai mengorbanan itu
Kalaulah RM2.60 tu boleh aku bayar pada abah untuk everything in my life
aku bagi jumlah itu pada abah
Tapi pengorbanan abah selama ni tak ternilai
Dan kalau RM2.60 menjadi persoalan yang begitu besar
Aku sanggup bayar RM2.60 pada mereka

Aku semakin tak faham
Bukan duit atau sikap menunjuk nunjuk yang aku nak pertaruhkan
Yang aku nak just sikap tanggungjawab sebagai seorang kawan dan pelajar
Mudah untuk mereka berkata
"Hal family dengan study kenelah diasingkan. Jangan dicampurkan."

Fikirlah semula
Aku tak nak berkata banyak
If they in my place
Can they feel my feeling?
Mulut mudah berkata
Untuk menerima bukan mudah kalau tak punya hati yang kuat

Pesan aku cuma satu
Fikirlah
Fikirlah sebaiknya dan sedalamnya
If ayah aku pergi tinggalkan aku sekeluarga
Takkan ada harta yang dia tinggalkan untuk aku sekeluarga
Kalau ada pun semua itu tak sama dengan pengorbanan abah sepanjang hidup aku dan keluarga
Mereka mungkin bertuah dilahirkan dalam keluarga yang senang
Takpelah rezeki kita jauh berbeza

Aku bukan nak menjaja kisah keluarga
Jauh sekali nak meraih simpati
Sekadar ingin berkongsi pengalaman hidup
Jika ada yang kesian atau simpati
Mungkin hanya kebetulan

Duit tak mampu membeli kebahagian
Walaupun aku tak sekaya orang kaya
Tapi jangan menghina aku kerana duit
Fikirkanlah..

Wednesday, March 3, 2010

Aduh

dia said in Fb

"sedang mencari sesuatu yang bermakna sebagai hadiah untuk orang yg betul-betul aku sayang selama nie.aku ade 5 hari lagi untuk mencari..blurr!!..tolong suggest something.urgent!!"

reaksi aku? tidakkkkkk!!!
aku ke orang tu?
aku ke yang dia maksudkan?
itu hari lahir aku

kenapa dia tulis macam itu?
aku ke yang perasan?

aku semakin tak keriuhan
aku menjadi gelisah
buku Public Relation dekat depan mata tak aku indah
walhal esok petang aku ada test
hilang semua semangat aku

Tolong aku
Putarkan masa dan waktu ini
Ini ke hadiah hari lahir aku tahun ini?

Tapi aku takut kecewa
Takut itu bukan untuk aku
Arghhhh fikiran aku celaru!

Monday, March 1, 2010

Salah aku ke?

aku tak tahu apa patut ke aku tulis this story
aku penat,penat memendam
letih,sangat dan terlalu letih
Maafkan aku, Ya Allah
Aku hamba yang lemah dan selalu mengeluh

Terasa nak mengalir keluar air mata ni
Terasa nak lari dari semua ini
Entah la,terasa aku terlalu lemah

Senang sungguh hati mereka study untuk exam dan kuiz
Sedangkan aku terpaksa bersengkang mata menyiapkan assigment
Adil ke untuk semua ini?
If this is individual work, I really dont mind
But this is work in team
Dan sangat membuatkan aku terkilan
Sangat terkilan

Bukan untuk aku membangga diri
Bukan untuk aku menunjuk yang aku pandai
Tapi hati ini bagai hancur sudah

Entahlah
Dikala aku bersengkang mata hingga pukul 5 pagi
Mereka sepi dibuai mimpi
Tak sedikit pun terbit simpati mereka pada aku
Mungkin tak terfikir pun tentang aku

Mungkin mereka menggunakan alasan yang mereka tak tahu untuk buat assigment blog itu
Aku pun tak tahu walaupun hampir setahun aku punya blog sendiri
Aku sanggup menebalkan muka tanya kepada orang
Aku sanggup berhabis kredit untuk menyiapkan kerja itu
Aku sanggup berkomunikasi dengan orang yang jarang aku tegur
Thanks kepada Habibul Ambia atas pertolongan kau
If kau tak tolong memang aku menangis malam itu

Aku teringat satu dialog Nabil dalam filem Lu Pikirlah Sendiri

"macam ni ke perangai pelajar universiti? Pemalas! Kalau macam inilah attitude ko,baik tak payah masuk universiti. Ramai lagi orang kat luar sana yang layak masuk universiti. Orang macam korang ni tak sedar dek untung taw! Kerajaan dah bagi peluang, gunalah sebaik-baiknya!"

Memang pedas kata kata itu.Tapi aku suka. Biar pedas,biar terbakar
Lagi terbakar hati ini melihat keslumberan mereka
Biarlah kalau mereka hendak melabel aku sebagai skema
Tak luak sedikit pun hati ini
Biarlah

Selagi aku boleh bertahan,aku tahan
Tapi aku mengaku yang aku tak boleh memandang muka mereka
Sakit hati ini
Tadi someone pun ada tegur aku

Dia cakap,
"maafkan jelah awak.Kitaorang pun macam tu jugak.Buat tak tahu jelah."

Entah laa
Kalau ini kali pertama mungkin aku diam
Tapi ini sudah hampir 2 tahun
Kesabaran aku ada batas
Cukuplah kesabaran aku

Biarlah aku begini
Daripada aku bersama mereka
Tapi hati ini sakit dan menyumpah
Cukuplah aku jaga hati orang
Biarlah hati ini menjadi kepentingan aku sekarang

Maafkan aku, Ya Allah
Aku hamba yang lemah
Aku tak mampu berdepan dengan mereka
Maafkan aku kerana tak mampu maafkan mereka lagi
Mudahkanlah urusan aku tanpa mereka
Sesungguhnya aku percaya
Bahawa ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian ini

SEHATI BERDANSA