TABUNG SAKURA

Tuesday, August 31, 2010

Bila Sana Sini Merdeka

Malaysia,today is your day. Selamat Hari Lahir yang ke 53 tahun. Proud be a part from you.

Actually aku tak celebrate pun hari lahir Malaysia ni. Patut ke aku di buang negara kalau tak sambut hari Kemerdekaan Malaysia ni? Bukan tak nak. Bukan tak teruja. Aku anak Malaysia. Semestinya aku bangga menjadi warga Malaysia. Tapi aku semakin tak bersemangat nak sambut atau at less nak tunggu malam merdeka. Bukan UITM tak buat countdown merdeka malam tadi. Bahkan lecturer. Ydp MPP, Azrin pun ada bagitahu aku. Bukan aku sorang dia bagitahu tapi ramailah yang dia bagitahu. Kebetulan aku ada. So kiranya dia bagitahu aku jugaklah tu.hehe. MPP buat countdown malam tadi. Siap berbunga bunga api segala. Berdentum dentum gak la aku dengar even aku tengah membuta waktu tu. Punyalah kuat bunyi dia.

Aku ulang lagi sekali. Aku tengah membuta. Membuta sama dengan tidur ye kawan kawan. Kurang ajar tak aku? Aku rasa aku tak kurang ajar. Sebab aku rasa aku yang paling baik. Sebab faham faham jelah. Malam merdeka ditambah dengan malam yang ke 21 Ramadhan. Kat UITM ni sama je dengan kat Dataran Merdeka ke Pavilion ke I City ke semua tempatlah. Semua sama je. Aku paling tak suka tengok orang yang bercouple couple ni. Couple tu boleh tak salah. Tapi yang salah bila buat ehem ehem tak kira tempat. Tak tengok kiri kanan pulak tu. Hello,ingat korang punya pakwe,makwe tu bagus sangat ke? Jaga adablah.

Kalau ye pun nak bermanja,nak berkasih sayang, nak tunjuk rasa cinta [nak muntah hijau aku tulis ni] tolong,tolong,tolong,tolong dan tolong jangan buatkan khayalak ramai. Serius benda benda tu buat aku muak dan nak muntah. Jaga adab timur la. Korang buta ke kat semua paper keluar pasal kes buang baby tu. Tak rasa bersalah ke? Mestilah korang tak rasa sebab bukan baby korang. Lagi best kalau korang bagi jawapan,kalau kitaorang punya baby kitaorang tak buang. Kitaorang jaga dia. Meh sini aku nak cakap. Just simple. Waklu!! Celah mana pulak korang nak jaga kalau anak tu anak yang kelahiran dia tak diiktiraf dan korang sanggup jaga. Dalam sejuta,aku rasa cuma sorang je yang buat benda tu. Tak sayang ke tengok darah daging sendiri dibuang, dibaham anjing. Senang hati ke korang nak hidup dengan perbuatan yang orang lain tak nampak tapi Tuhan Maha Melihat dan Dia nampak perbuatan korang tu? Tak rasa berdosa sepanjang hayat ke? Kebal sungguhlah kalau korang tak rasa apa apa.

So kesimpulannya [macam essay budak sekolah menengah la pulak], yang merdeka cuma negara atau lebih tepat cuma Malaysia. Just Malaysia yang merdeka. Sedangkan rakyat dalam Malaysia tu sendiri masih dijajah dengan pelbagai benda yang tak disedari. Malu rasanya nak mengaku Saya Warga Malaysia yang dah 53 tahun merdeka tapi Saya Belum Merdeka. So fikir fikir balik apa yang kita dah buat,tengah buat dan akan buat. Semua letak pada hati dan diri sendiri.

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA YANG KE 53 TAHUN


*Suka dengar luahan,pengalaman dan bebelan Puan Hairani dalam kelas Human Resource. Sangat seronok. Cerita yang ringkas tapi ada isi yang tersendiri. Even kekadang muak jugak dengar. Dia sangat penuh dengan cerita dan gosip. hahaha*

Monday, August 30, 2010

Bukan Milik Sesiapa

Entah. Tak tahu. Kosong. Zerro. Sifar. Aku tak tahu apa. Aku tak tahu kenapa. Aku tak tahu mengapa. Aku tak tahu bagaimana. Keliru. Marah. Sedih. Kecewa. Nak terjun bangunan. Nak terjun sungai. Nak terjun KLCC atau KL Tower.

Kekadang hidup ni susah nak ramal. Kekadang hidup ni macam satu pentas. Kita cuma pemain watak atau lebih mudah kita cuma pelakon. Dan aku hanya pelakon tambahan dalam pentas dunia ni. Mungkin aku hanya mampu jadi actress dalam cerita aku sendiri. Mimpi. Khayalan. Semua tu cuma sekadar satu illusi. Illusi yang selalu buat manusia leka. Lalai.

Dan bila kita mengarap sesuatu biasanya kita tak mampu nak miliki. Bila kita terlalu mahukan sesuatu biasanya kita tak dapat. Kekadang kita lupa yang kita cuma manusia biasa yang sepatutnya mendapat dan mengharapkan yang biasa biasa saja. Kekadang kita lupa kuasa Allah pada hidup kita. Kita selalu menyalahkan takdir atas kegagalan kita. Kita cuma milik Allah bukan milik siapa siapa.

Mengharap tak semestinya memiliki. Memiliki tak semestinya dimiliki. Jadi aku hanya mampu doa yang terbaik. Mudah mudahan ada berkat yang aku dapat pada sepuluh malam terakhir Ramadhan nanti. Amin.

Sunday, August 29, 2010

Pesanan Untuk Si Comel

Wahai si penulis belog yang comel. Wahai si penulis belog yang menawan. Wahai si penulis belog yang sopan santun bagaikan perempuan melayu terakhir. Adakah kau tak sedar sedar diri yang kau ada one more test1 untuk minggu ni sebelum kau berambus pulang ke desa tercinta. Adakah kau banyak minum air manis yang ada semut sampai kau lupa. Adakah kau perasan yang kau tu pelajar Dean List. Adakah kau lupa yang kau tak pandai.

Wahai si penulis belog yang cantik lagi jelita. Wahai si penulis yang perasan kau model. Sila bukak buku kau sekarang. Kau jangan asyik fikir nak balik je. Kau jangan asyik ingat nak minum ribena je. Kau jangan ingat kau tu Dean List je. Dalam mimpi pun belum tentu kau dapat title tu. Kau bukan pelajar pintar yang boleh terima semua benda dengan cepat. So kau jangan nak berangan lagi. Sila study sebelum mama dan abah membebel. Kau mesti tak sanggup dengarkan??

Okay. Harap pesanan ni di terima oleh si comel + model perasan diri dia yang natural beauty. Doakan dia semoga dia dapat jawab paper 4 credit hour, Jumaat ni dengan cemerlang. Selangor 5 days to go. Miss u!!


Apa motif gambar ni,aku pon tak tahu. Lawa je aku tengok.hehehe

Saturday, August 28, 2010

Seronok Jadi Pemerhati

Seronok rasanya hati ni. Ketawa tak lekang dari mulut. Senyum tak hilang dari bibir. Sangat seronok rasa macam ni. Bila tengok gelagat orang buat aku terhibur. Mungkin ramai yang tak tahu,aku sebenarnya suka memerhatikan orang lain. Pantang ada masa,datang mood aku nak perhati gelagat orang. Aku akan senyum dan ketawa sorang sorang. Sangat seronok tengok gelagat orang.

Kekadang aku boleh teringat ingat gelagat orang yang kelakar sebelum tidur. Boleh berair mata aku sebab gelakkan gelagat orang. Tadi aku puas gelak sambil baca belog mamat yang dia kata dia handsome. Sangat seronok kan kalau semuanya lahir dari perbuatan yang spontan dan tak dikawal dengan otak. Serius dengan tu korang boleh ketawa sampai guling guling. Silap silap jatuh katil sekali. hahahahahahaa

Buka facebook,aku duk usha page orang je. Takda kerja,bosan. So godek godeklah page orang. Part yang best bila aku godek page twin aku. Hahahahahahahaha. Nak pecah perut aku tengok gelagat twin maya aku sorang ni. Makin parah mamat sorang ni. Parah nak kawin dah dia nih. Ketawa berdekah dekah aku kalau chat dengan dia. Bahagia sungguh dia. Tahniah wey! Paling tak boleh tahan,dia tak sabar nak kawin. Dah iktiraf makwe dia as a wife. Pehh!! Memang sayang habis hang dengan awek hang kan? Baguslah tu. Cepat cepat bayar hutang duit PTPTN. Nanti baru boleh kawin. Kalau tak hang kene honeymoon dalam negara je. Rugi tak dapat honeymoon overseas. Hahahahahahahahaha.


Nasib tak boleh nak usha page twin kepada twin ni. Aku rasa dia lagi hebat kalau duk tulis ayat ayat geli ni. Rindu nak usha page dia lagi. Tapi aku  mengaku kekadang aku bukan stalker yang baik. Next time aku akan pastikan dia boleh aku usha lagi. hehehe.

Belog Orang Boleh Buat Aku Kaku

Aku bukanlah orang yang suka buat blogwalking. Aku bukannya rajin nak menjenguk belog orang tanpa sebab. Melainkan aku dah bosan tahap kritikal,baru aku singgah mana mana jiran dalam blogger ni. Tadi ada orang jengah belog aku. So detecter aku boleh detect. Dengan rajinnya pergilah buat kunjungan balas. Dan aku terpana,terkaku kat belog dia sampai sekarang. Sanggup berbuka sorang sorang akibat asyik baca belog mamat ni.

Siapa mamat ni? Aku tak kenal. Handsome ke mamat ni? Entah dia tak mention muka dia langsung. Kenapa aku terkaku baca belog dia? Sebab belog dia hidup. Belog dia ada something yang aku suka. Aku suka orang yang menulis dari hati bukan dari fikiran. Sebab bila cerita dari hati, cerita tu jujur tapi kalau cerita lahir dari fikiran, kita akan create cerita yang tak best dan bukan spontan. Aku suka cerita tentang kehidupan. Pengalaman kehidupan. Pengalaman yang kita tak dapat,tapi orang lain dapat. Aku suka baca pengalaman orang. Mungkin pengalaman dia taklah semenarik mana,tapi gaya bahasa dia boleh buat aku terduduk dan terus membaca. Serius aku tak bosan baca belog dia sejak dari pukul 6 petang sampai sekarang. Sangat suka cerita cerita dia.


*Kepada penulis belog tu,thank sebab buat saya ketawa untuk hari ni. Sangat teringin berkenalan dengan awak.*

Siapa Yang Murah Hati

Sejak balik dari Jb,aku teringin nak makan ni. Tak sia sia aku korbankan diet untuk makan ni. Sangat sangat menyelerakan. Memang terbest kalau dapat makan ni.


Tengok gambar pun aku terliur weh. Serius aku rindu dan teringin sangat nak makan nasi ni. Siapa yang bermurah hati sila belanja aku Nasi Ayam Penyet ni.

Friday, August 27, 2010

Lagi 7 Hari So Senyumlah

Wahhh, sangat teruja dalam mengira setiap saat untuk minggu ni. Sangat tak sabar nak jejak kaki kat tanah Selangor. Memang tak jauh,tapi sangat merindukan suasana Selangor. Sangat rindukan kebisingan Selangor. Sangat teruja nak berebut bas dengan mamat mamat yang tak berapa nak handsome.Huh!! Sorry yang tu tipu. Tak rindu pun nak naik bas dengan diaorang. Bapak berlagak gila kau,Azza. Kau fikir ada orang sudi nak jemput kau kat KTM Klang tu?? Sorry,mama tak pernah cakap nak jemput kau. So,kau kene bersaing untuk naik bas nanti. Sila bayangkan seorang gadis yang pemalu,sedang berdiet dan meningkat kurus bawa beg laptop,beg baju yang isi entah apa apa,terpaksa berlari lari dan merebut naik bas. Sadis sungguh gadis tu. Sila kesiankan gadis tu sebab gadis tu perasan yang dia adalah model.hahahahaha. Sila muntah beramai ramai.


 Ni buka rumah aku. Gambar hiasan saja.

Lagi 7 hari. Wahh,tak sabarnya nak pijak pijak tanah Selangor. Rasa nak suruh doremon cepatkan waktu je. Dah hampir 3 bulan tau tak balik rumah. Selama tulah kene gunakan duit bank hasil PTPTN sampai habis. Kau memang boros tahap cipan,Azza. Alaaa bukan sengaja nak habiskan duit kat bank tu. Lecturer asyik suruh beli buku teks la,manual la,past sem question la,macam macam tau. Dahlah makanan mahal. Tengok orang lain shopping aku pun nak jugak shopping. Takkan nak duduk study je. Sudahlah kau budak comel,tahu bagi alasan je. Mampus kalau abah tahu aku habiskan duit. Takpe senyap senyap,jangan bagi tahu abah. Rahsia kita berdua. Eh,macam pernah dengar je ayat tu.hahahahaha

*Menulis sambil dengar lagu raya. Hope mama,abah,abang,adik amik aku lagi 7 hari. Apa guna beli kereta baru,kalau tak bawak aku.hahahahaha. Doakan aku!*

Tuesday, August 24, 2010

Andaiku Pergi

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu


*Dan airmata ni terus mengalir. Sangat sensitif sekarang.*

Almost 10 Month Already


Tak sangkakan. Dah nak 10 bulan rupanya benda tu. Benda yang tak pernah terdetik,jauh lagi nak terniat kat hati. Serius aku tak rancang benda tu even aku seolah macam bangga dengan tindakan tu. Akibatnya aku sendiri yang tanggungkan. Tak perlu dikaji apa kesan dari semua tu. Cukuplah kalau tengok keadaan aku. Aku sama macam kamu masa dulu. Aku rasa aku semakin lain hari ke hari. Air mata jadi terlalu murah untuk terus dibazirkan. Aku cuba setabah kau even aku dah lukakan hati kau. Its almost 10 month already. Kau tetap tak tegur aku. Kau tetap diam bisu. Tapi aku tahu kau bahagia. Ada kebahagiaan dalam perpisahan kau. Tahniah. 

Monday, August 23, 2010

Tolong Putarkan Masa

Sakit setiap kali nak buka mata. Sakit setiap kali nak pejam mata. Semakin hari semakin susah nak celik dan pejam. Tolong putarkan masa. Aku mahu pergi jauh,jauh dari sini. Aku nak lari jauh,jauh  ketempat yang tenang.Aku benci jadi kejam. Aku benci jadi lemah. Aku benci menangis setiap malam. Aku benci fikir pasal orang lain. My biggest weakness is too care about other's feeling.

Mahukan Pelangi


Cantikkan pelangi tu. Lama dah tak jumpa pelangi. Pelangi cantik. Pelangi indah.
Bila agaknya aku dapat pelangi ni?
Atau mungkin aku tak akan dapat.

Aku Tak Minta Banyak


Aku tak tahu. Aku tak pasti.Aku bingung nak tulis apa.Aku tak sedar apa salah. Itu salah satu kelemahan aku. Aku terlalu susah nak menilai kesalahan diri sendiri. Aku jadi bingung bila aku tak tahu apa salah aku dan aku kemudian dipersalahkan. Maaf,aku terlalu lemah menilai kelemahan tu.

Hidup sendiri jauh dari family selalu buat aku sedih. Jauh dari mama,abah. Jauh dari kawan kawan. Jauh dari orang yang mengenali aku. Jauh dari nenek yang boleh faham perasaan aku tanpa tanya apa masalah aku. Semakin jauh aku semakin lemah. Aku tak kuat. Makin lama aku kat sini,aku semakin lemah. Kekadang aku rasa,aku bukan yang dulu. Yang penuh gelak gelak sepanjang hari.

Tfa,aku teringin jadi macam kau. Kau pelakon yang hebat. Kau selalu buat hari orang lain gembira. Tapi dalam hati kau,cuma kau dan Tuhan je tahu. Kau isi hari hari kau dengan lawak lawak untuk buat diaorang gembira. Tapi masalah kau,tak siapa tahu. Aku teringin jadi macam kau. Aku teringin jadi pelakon yang hebat macam kau.

Fara,awak tak kenal saya lagi. Kita baru mula berkawan. Banyak lagi yang awak tak tahu tentang saya. Macam macam lagi yang awak tak kenal tentang saya. Hidup saya dengan awak sangat berlainan. Hidup kita dalam dua dunia yang berbeza. Awak rasa kegembiraan disisi awak. Tapi tak saya. Kekadang hari saya terisi dengan tangisan. Mungkin awak tak percaya. Tapi kekadang saya rasa sangat lemah nak teruskan hidup. Nafas saya seolah nak berhenti bila selalu sangat diuji. Tapi saya tahu,siapa saya nak menolak ujian Allah. Lima semestar saya kat sini 1001 dugaan saya lalu. Terlalu banyak kenangan pahit saya kat sini. Setiap sem saya diuji.

Dapat awak bayangkan betapa susah hidup saya? Entahlah,kekadang orang kata,saya tulis belog cuma untuk meraih simpati. Meraih perhatian orang. Meraih tangisan orang. Tapi bagi saya belog ni terlalu mahal nilainya. Terlalu banyak rahsia hidup saya dalam belog ni. Bagilah saya berpuluh juta pun,saya tak akan jual atau hapuskan belog ni. Saya sayang belog ni lebih dari saya sayang diri saya. Setiap apa yang berlaku dalam hidup saya,belog ni setia simpan episod sedih hidup saya.

Fara,saya tak mintak apa apa daripada awak. Saya tak mintak banyak dari awak. Saya cuma mintak beri saya sikit ruang. Ruang untuk saya senyum dengan kenangan tu. Memang awak bukan dia dan dia bukan awak,tapi percayalah awak adalah salah seorang insan yang selalu buat saya tersenyum. Saya tak ramai kawan. Dalam tak ramai tu,tak ramai jugak yang mampu buat saya tersenyum. Kalau boleh saya nak awak terus buat saya tersenyum.

Andai satu hari nanti saya pergi dulu,tinggalkan dunia,saya nak awak yang tolong saya buat satu benda. Saya harap sangat. Tapi kalau awak terus nak terasa hati dengan saya,saya tak tahu nak buat apa. Saya mintak maaf banyak banyak. Saya tak sengaja.

*Twin,hang rasa tak apa yang aku rasa sekarang? Aku sedih sangat. Twin hang tu, gerenti tak rasa aku sedih kan. Tapi hang mesti 2 kali 10 gak dengan dia. Semoga hang bahagia twin. Thank hang selalu buat aku senyum.*

Saturday, August 21, 2010

Nombor Plat Dan Myvi

Hari ni terlalu banyak kereta Myvi yang aku nampak. Terlalu berwarna warni semua Myvi yang aku nampak. Atau mungkin hari ni adalah hari Myvi Sedunia? Entah aku tak tahu. Yang aku tahu semua yang aku nampak hari ni adalah Myvi. Dan mostly semua bercolour hitam.

Sudah jadi tabiat aku kalau aku nampak kereta Myvi aku selalu usha nombor plat dia. Nombor plat dengan kereta Myvi sangat berkait rapat. Aku pelik kenapa ayat aku macam semacam je. Macam takda feeling. Sangat membosankan. Tapi yang penting harini aku nampak banyak kereta Myvi dan yang paling pelik kereta tu berhuruf plat kan nombor plat yang sama! Dan huruf plat diaorang semua JLQ!!!

Aku tak tahu. Aku takut. Doa aku dimakbulkan ke? Macam bak kata Fara hari tu,seminit dua lagi kamu pasti bertembung dengan dia. Trust me. Entah,aku taknak fikir sebab aku takut. Takut dengan hari esok,esok dan esok.

Stay Tune

Ada benda yang aku nak share. Tapi nanti dulu. Sabar okay. Kene settel banyak benda dulu. Nanti aku story. Sila bawa hati yang tenang,fikiran yang tenang disamping sekeping tisu untuk diri masing masing. Tisu will not provided. Thanks you!

Thursday, August 19, 2010

Salam Takziah

Hari ni,9 Ramadhan,19 Ogos 2010. Awak hilang atuk awak. Saya tak pasti pukul berapa. Patutlah malam tadi saya tak boleh tidur. Mata saya degil nak pejam even dah pukul 3 pagi. Saya tak sangka tu puncanya. Puncanya awak sedang bersedih sebab atuk awak nazak. Takziah awak. Semoga roh atuk awak ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


*Terkilan jugak sebab tak dapat kenal arwah atuk awak. Dapat lelap jam 4 pagi.*

Tuesday, August 17, 2010

Kau Memang Taste Aku

Handsome siot kau. Mulut aku tergangga besar sampai boleh masuk lalat cuma sebab tengok picture kau. Kau sangat mengoda keimanan aku. Kau sangat handsome. Kau berjaya mencairkan aku. Hati aku yang beku ni cair siot. Semua sebab aku tengok picture kau. Serius kau memang handsome. Kenapa kau handsome sangat wey?? Aku tergoda. Malam ni confirm aku mimpi yang indah indah.

Hati aku memang khas untuk kau la wahai insan sengal. Terima kasih buat aku senyum malam ni.

Sunday, August 15, 2010

Saya Nak Tapi Saya Tak Mampu

Okay,harini sangat sibuk. Sibuk menusha semua belog shopping kat semua kat dalam internet. Sangat teruja tengok semua shawl yang lawa lawa. Semua cantik,semua lawa. Saya suka. Saya geram. Saya nak semua.

Link shawl shawl yang paling lawa
1. http://shawls-house.blogspot.com/
2. http://syazishawls.blogspot.com/
3. http://myshawlgarden.blogspot.com/

Ada lagi yang ada lawa lawa.Tapi tak sempat nak copy link link dia. Sangat lawa. Sila belikan untuk saya. Terima kasih

5 Ramadhan

Semakin hari semakin muak,semakin tak lalu menghadap makanan peniaga kat bazar. Sangat muak tapi terpaksa beli sebab nak buka puasa. Harga sangat mahal. Kalau dulu nak beli apa apa time puasa,mama atau abah yang bagi duit. Makan kat rumah ramai ramai. Sangat sedap dan seronok. Rindu nak rasa macam tu. Tak sabar nak tinggalkan hutan ni.

Berbuka menu yang hampir sama semenjak 5 hari sangat membosankan.Terbayang masakan mama time kat rumah. Sangat terliur mengingatkan semuanya. Even kalau kat rumah selalu cakap,muaklah mama makan ni,muaklah mama makan tu. Tapi sekarang,sangat merindukan masakan mama. Rindu nak makan dengan mama,abah,abang,adik. Sangat rindu nak terjah bazar sama sama mama. Lambatnya masa berjalan. Masa,please jalan laju sikit. Tak sabar nak tunggu 4hb ni.

Mengadap muka kawan kawan yang bermuka seposen sangat menjemukan. Berdepan dengan muka roomates yang selalu meloyakan sangat membosankan. Mengadap laptop setiap hari sangat memuakkan. Melihat cermin setiap pagi dengan muka yang sangat comel amat mengembirakan.hehehe

Dahlah,aku semakin bosan dengan hidup macam ni. Baik aku iron baju. Then kalau rajin boleh study tapi kalau malas boleh terus sleeps. Bye.

*Tadi telefon mama. Mama kata abang dah order kereta persona. Next week mungkin dapat. Okay aku akan berkereta baru untuk raya ini. Macam kereta aku pulak.hehe*

Saturday, August 14, 2010

Tingginya Khayal

Airmata aku sangat murah hari ni. Tak tahu kenapa. Bangun tidur,aku mandi,pergi bilik Diba. Potpet potpet sampai bosan. Dah bosan,turun balik bilik sendiri. Buka lappy,online. Sangat bosan hidup macam ni. Tak lama lepas tu Zeera chat dengan aku. Lepas tu dia suruh aku baca something kat Metro. Ada perempuan yang ada penyakit tulang reput meninggal dan perempuan tu ada belog. Sangat kesian. Tak sangka. Bila Zeera mula mengarut cakap dia nak aku buat link kalau macam tu jadi kat dia. Means kalo jadi apa apa kat dia,dia nak ada orang yang boleh sampaikan pada orang lain. Aku jadi sangat sebak time tu.

Zeera,kau nak tahu tak,apa yang ada dalam fikiran aku waktu tu. Kalau aku yang terjadi apa apa satu hari nanti,aku takut yang aku tak sempat. Aku takut aku tak sempat cakap aku sayang kat semua orang. Aku takut aku tak sempat mintak maaf kat semua orang. Aku takut aku ada hutang kat orang dan orang tu tak halalkan. Yang paling aku takut,kalau ada orang yang tak tahu yang aku dah takda lagi waktu tu. Aku ada banyak benda yang aku nak bagi pada orang. Cuma aku takut yang aku tak sempat bagi je.

Bila tengah hari pula,Dila chat dengan aku. Aku dengan dia dah kenal lama sangat. Sejak dari sekolah rendah lagi. Sebab tu aku kenal dia sangat. Sampai aku boleh kata,aku tahu riak muka dia time chat dengan aku even kitaorang jauh (Segamat-Kota Bharu). Dia memang tak boleh nak tipu aku. Soroklah muka dia bawah tilam,aku akan tahu jugak. Dila pun buat aku sebak. Bila dia kata,kalau "dia" masuk minang aku,aku tak tahu nak terima ke tak? Kau kan tak suka dia. Aku jadi sebak sangat. Kalaulah aku penghalang kawan aku jadi bahagia,aku taknak kawan lagi. Aku tetap akan terima tak kira siapa yang kawan aku pilih. Aku tetap hormat hak diaorang. Aku sayang kawan kawan aku. Pilihlah siapa saja asalkan korang bahagia. Tak payah kisah pasal aku. Aku tetap sayang korang. Aku janji.

Lepas tu mood aku berubah. Mata aku jadi berair. Hati aku jadi sedih.

Dalam time Zohor,Fara pulak telefon aku. Mengadu tentang ex dia pulak. Ex dia ada kat Ipoh. Aku tahu Fara dah cuba 200% nak lupakan ex dia. Even ex dia bukannya first love Fara. Tapi bila kita dah sayang sangat someone tu mesti kita nak dia jadi yang terakhirkan? Aku tahu Fara kuat. Dia bercita cita tinggi. Aku tahu dia deserve untuk dapatkan yang lebih baik. Tapi kita sendiri tak tahu siapa jodoh kita. So aku doakan yang terbaik untuk dia.

Untuk kesekian kalinya aku fikir semua apa yang jadi kat aku hari ni. Kalau aku mati,ada ke orang yang sanggup bagitahu semua orang yang aku kenal tentang kematian aku nanti? Kalau kawan kawan aku semua bahagia dengan pilihan masing masing,aku akan tetap tengok dan tersenyum atau aku akan pergi jauh? Kenapa bila aku mula yakin nak lupakan dia,aku akan mula sedih dan menangis? Kenapa aku tak boleh jadi kuat?

Wednesday, August 11, 2010

Mereka Bahagia,Saya Gembira

Ceh,hari ni first Ramadhan. Sangat seronok even aku hanya bersahur dengan sebotol air mineral dan 7 bijik kismis. Tapi nikmatnya,hanya Allah je yang tahu. Aku gembira sangat hari ni. Melihat semua disekeliling aku gembira,bahagia,berbunga bunga menjadikan aku sangat gembira. Mungkin betul kata Syam tempoh hari,kaji semula,sama ada aku betul gembira atau aku hanya sekadar nak sedapkan hati. Means aku jeles. Okay mungkin kekadang aku jealous tengok mereka gembira tersenyum,aku yakin bahagian aku akan tiba. Cuma bila,itu aku tak pasti. Yang aku yakin aku akan peroleh kegembiraan tu. Tinggal sabar. Okay fine. Mereka bahagia,aku harap aku juga akan bahagia. Sekian terima kasih. Peace!

Tuesday, August 10, 2010

Alhamdulilah Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulilah. Sangat gembira. Sangat teruja. Sangat bersyukur. Sangat seronok. Tak tahu kenapa bulan Ramadhan bulan yang paling aku tunggu. Aku suka sangat. Bukan sebab boleh jumpa makanan yang banyak banyak. Aku bukan lagi pelahap sejak diet okay. Aku dah bosan dengan makanan dekat sini. Sangat membosankan tahu tak. Rasanya kalau 10 kali round pasar tu,aku still tak tahu nak beli apa. Sebab sangat memuakkan tekak aku. Makanan dia semua sama saja. Rasa macam nak pinjam kuali dengan sudip makcik dewan makan je. Nak masak makanan yang aku rasa nak makan sendiri. Tak payah beli. Beli nanti tak habis. Nanti membazir. Membazirkan amalan syaiton. Tak baik. hehe


Tengok aku dah mula nak membebel lagi. Okay,ampunkan aku.hehehe. Esok hari pertama puasa untuk tahun ni. Sangat teruja meraikan Ramadhan dengan deretan test test yang setia beratur panjang dengan senyuman yang lebar. Harap time lunch dapatlah aku study. Bukannya membuta macam selalu. Tapi agak sangsi pulak kalau aku dapat study. Mungkin kawan kawan aku boleh buat doa selamat kalau aku mampu stdy time lunch.hahahaha. Okay aku akan try sahut cabaran tu. Mungkin juga aku tergoda dengan panggilan tilam dan bantal.hehehe

Alhamdulilah sempat lagi aku merasai kenikmatan Ramadhan. Aku suka sebab Ramadhan buat aku tenang. Aku tak perlu stress dan tension. Aku akan diulit mimpi mimpi yang indah sepanjang bulan ni. Aku rindukan mimpi mimpi tu. Sangat tenang dang mengembirakan. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Selamat menjalani ibadah puasa. Selamat menikmati Ramadhan yang indah dan damai ni.

*Sangat teringin makan ayam masak kicap. Tolong hantarkan pada aku yang jauh diperantauan. Sedapnya kalau dapat makan.Yummmmi!hehehe*

Monday, August 9, 2010

Saya Penumpang Saja

Mereka tengah gembira. Dila happy dengan hidup dia. Semoga dia terus happy. Saya sangat senang tengok dia gembira dari sedih. Saya benci tengok dia nangis nangis. Nanti dia bawa virus tu kat saya. Saya tak suka virus dia.hahaha. Fara tengah mengenjoykan diri dia. Dia semakin bahagia. Muka semakin berseri seri. Dia nampak sangat bersemangat untuk mulakan hidup baru. Tahniah sayang. Kamu dah buktikan yang kamu boleh lakukan. Saya bangga dengan semangat dan kekuatan dia. Twin saya tersayang,Khairul Iszuan. Dia pun semakin menuju ke gerbang kegembiraan. Gembira disisi yang tersayang. Ayat ayat chating dia mengambarkan perasaan dia. Saya tahu dia bahagia. Tahniah awak. Jangan fikir bukan bukan lagi. Jaga dia baik baik okay.

Tengok diaorang gembira aku rasa sangat seronok. Aku bukanlah seorang yang hidup dalam keadaan yang sangat gembira. Tapi bila mereka gembira,saya hanya mampu jadi penumpang kegembiraan yang setia. Saya janji saya akan setia jadi penumpang pada kegembiraan semua.

Tapi bila ada kawan yang sedih,jangan ada yang risau. Saya tetap menjadi penumpang yang setia untuk semua juga. Tengok Zeera sedih,saya rasa sedih juga. Dia hilang senyuman,maka saya akan hilang gelak. Saya rindu tengok muka dia gelak sampai tergolek golek atas katil. Tapi saya tahu dia kuat nak hadapi kesedihan ni. Tengok Fared yang kekadang berperang dengan budak sekolah pun buat saya sedih. Sedih sebab tak sangka budak baik macam dia teranaiya sebab seorang budak sekolah. Saya sedih bila tengok dia bergaduh.

Tengok mereka sedih saya rasa sangat sedih. Saya ingat saya adalah penyedih yang terbaik. Rupanya hidup saya tidak terlalu sedih. Ada lagi orang yang sedih daripada saya. Jadi saya janji akan jadi penumpang terbaik kepada kesedihan mereka. Saya janji saya akan ada disisi mereka tiap kali mereka sedih. Janji saya akan jadi penumpang terbaik untuk setiap kesedihan semua.


Saya bukanlah seorang yang hidup dalam keadaan yang terlalu gembira atau terlalu sedih. Tapi saya rasa hidup dalam keadaan sederhana sebagai penumpang kelas ekonomi lebih baik. Saya dapat rasa semua sekali. Saya hanyalah seorang penumpang.

Sunday, August 8, 2010

Kembalikan Senyuman Itu

Boleh tak aku nak senyum? Senyum semanis yang boleh? Senyum seikhlas yang boleh? Senyuman dengan mata yang bersinar sinar? Senyuman yang penuh kegembiraan. Senyuman yang mengumpul segala kebahagiaan. Yup,aku rindu senyuman itu. Sangat rindu. Sangat rindu untuk tersenyum dengan hati yang berbunga. Senyuman tanda kebahagiaan.


*Semoga kedatangan Ramadhan kali ni akan kembalikan senyuman itu. Senyuman yang paling aku rindu.*

Saturday, August 7, 2010

Twin Akan Ada Makwe

Ingat lagi tak pada twin I. Yup,I memang takda twin ni reality. Tapi kalau pasal jalan cerita cinta [ bajet macam kau banyak pengalaman cinta cintun pulak kan?] dia sangat kembar dengan aku. So that why I called him as my twin. Aku ternampak gambar twin dengan sorang awekz. Aku confirmlah tak kenal awekz tu. Awekz tu biasa je. Tapi aku ni jenis yang boleh cam reaksi orang even aku tengok gambar. So aku tengok 4,5 keping gambar daripada kawan kawan diaorang time birthday awekz dia. Muka diaorang sangat bersinar sinar. Mata tu jangan habaq la. Sangat misteri. hahahahahaha

Malam ni aku tegur twin aku tu dengan niat nak usik usik je. Selagi betul daaa. Awekz tu bakal awek dia. Memang dasar stalker betul aku ni. hahahahaha. Mahu tak gelak twin aku tu. Tak boleh bohong aku langsung. hahahaha. Sorry okay my twin. I memang sangat mudah menilai mata kamu. hahahahaaha. Twin aku kata dia sayang gurl tu. Cuma takut. Takut sebab yang terpaksa dirahsiakan. Aku tahu rahsia dia. Conclusionnya,mereka sama sama menaruh perasaan tunggu si twin aku declare je. hahahahahaa. Kelakar pulak aku tengok twin aku ni. Adoiii.

For my twin,I happy tengok awak bahagia. Muka awak sangat berseri. Muka bakal makwe awak sangat seronok dan gembira. Semoga awak dalam lengkapkan story love awak. Awak bahagia,saya tumpang menyibuk.hahahaha. Sempurnakan kisah awak untuk kisah saya yang tak sempurna. Awak tetap twin saya.

*Asal tetiba keluar lagu my heart pulak kat telinga aku ni. Real player aku ni. Sengal laa. Azza,kau sibuk nasihatkan orang sedangkan kau tak ada sesiapa. Kau takda pakwe. Kau takda skandal. Kau takda secret admire. Kau alone. Ingat tu. Jangan sibuk jaga masalah orang. Jaga diri kau dulu okay. Maaf kalau ada yang cakap aku perempuan yang tak sedar diri. Yang penting aku enjoy dengan hidup aku. Thank you!*

Friday, August 6, 2010

Cepatlah Puasa

Aku tak tahu kenapa aku sangat excited. Sangat teruja untuk Ramadhan kali ni. Sangat gembira. Sangat tak sabar nak berpuasa. Rindu nak lalu setiap hari hari di bulan Ramadhan. Seronoknya kalau Ramadhan. Sekarang pun aku tengah dengar lagu lagu Ramadhan. Sangat seronok dengan kehadiran Ramadhan. Cepatlah puasa. Tak sabar dah ni.


*Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna. Sempat ke nak puasa Ramadhan kali ni. Ya Allah,tak sabarnya aku. Cepatlah datang bulan Ramadhan*

Tercabar Betul Kesabaran


Banyak sangat nak share. Aku confirm kalau aku taip,mesti aku akan cry sampai tersedu sedu,bengkak bengkak mata. Emosi aku sangat tak stabil. Sangat sangat sensitif dan tertekan. Bukan sengaja nak tulis entry yang sedih sedih,tapi aku tension tahap gaban.Gaban pun tak tension macam aku. Gaban tu binatang apa? Aku tak tahu laa. Tak kisahlah dia binatang apa,janji aku tengah tension ni.

Aku sangat tension dengan condition bilik aku yang memangnya tak terurus langsung. Dari aku part 1 sampai part 5 ni lah masalah aku. Opss bukan masalah aku. Tapi masalah orang yang duduk dengan aku sampai akhir sem. Diaorang tak sedar sedar diri. Dah tahu hidup beramai ramai dalam bilik ni pandai pandailah. Taklah la kau nak kaut semua barang dalam bilik ni jadi harta mak,ayah kau pulak. Kau bukan bayar duit kolej pun. So sedar sedar dirilah. Takkan kau nak taburkan barang barang kau merata rata tempat ikut hati dan perasaan kau yang tak berakal tu. Kau memang buat aku temper tahap gaban. Muka kau memang aku rasa nak tangan dengan kaki. Aku still respect kat kau. Tapi kau macam hampeh dengan aku. Taik semacam je. Kau ingat barang yang mak ayah aku bagi untuk aku ada kaitan ke dengan kau. Mak ayah kau ada bagi share ke dalam setiap barang aku? Yang kau berani buka almari baju aku,time aku takde dan suka hati ambil berukband aku sesuka hati apa hal? Kau fikir mak ayah kau ke yang bayar berukband aku? Dah tu tak sedar diri meminjam pulak tu.Pakai tak ingat dunia,sampai aku tak boleh nak pakai. Pulak tu kau siap complain yang berukband aku lembab. Siap membebel bebel macam kau yang bayar berukband aku. Kau memang muka tak tahu malu kan? Muka tembok cina. Hello sedar sedar diri tu sikit. Mak ayah aku beli berukband atau segalanya pun melainkan makanan untuk aku sorang. Never for sharing. Kau dah lah pengotor tahap bab1. Kau dah puas melantak,dah puas minum,kau tak reti reti ke nak pergi basuh? Mak ayah kau tak ajar je macam mane nak basuh pinggan,mangkuk,gelas,cawan,sudu? Ke kau nak kau ajar. Aku boleh ajar tapi takut kau je tak sampai hati nak aku ajar. Kau fikir ada maid ke yang nak datang kutip sisa sisa kotor kau tu? Kau fikir mak ayah kau ada bayar aku ke nak kene kutip sisa sisa kau? Kau memang nak kene bahasa dengan aku kan. Kau sedap nk bahasa orang lain. Kau fikir kau bagus sangat ke? Hello,kau tu aku pandang sebelah mata jelah. Muka macam nak mintak racun tikus je. Aku sabar dah lama. Aku takut kang aku tak boleh nak control sabar aku ni. Everyday kau nak buat aku. Kalau umur kau baru 2,3 tahun aku boleh accept,tapi ni umur kau dah 18,21 tapi still pengotor tahap cipan. Cipan pun tak macam kau. Aku rasa kau memang taktahu malu punya manusia. Kau sanggup ajak kawan kawan kau datang bilik dengan keadaan barang barang kau yang serabut,pengotor macam tu? Tolonglah. Ikut hati aku nak bawa para para lelaki kawan kau datang melawat bilik ni. Biar terbeliak mata diaorang. Pakai pergi kelas siap mekap mekap,tapi sebenarnya tahap pengotor yang keterlaluan. Kalau ikut hati aku memang aku nak mengamuk je.Sabar aku ada had. Just wait and see.You will get something from me.


*Sangat tension dan sakit hati. Terlalu mahu pergi jauh dari disini. Tolong bawa aku keluar dari hutan ni. Hutan ni tak tenang untuk aku.Sangat tertekan*

Wednesday, August 4, 2010

I Need Vacation

Aku boleh jadi gila. Gila mengelabah nak sambut kedatangan test test yang menanti. Test test macam tak sabar nak serang kepala otak aku. Gila kalau asyik duduk dan beronline tanpa hiraukan benda lain. Gila bila bergelumang dengan novel cintan cintun yang dongeng. Gila dengan waktu tidur yang kekadang terawal macam budak sekolah tadika. Gila kekadang tengok kredit telefon yang macam hampeh. Gila dengan line telefon yang sememangnya sekarang ni selalu gila. Gila dengan keadaan bilik yang serabut. Gila dengan assigment yang entah apa apa. Gila dengan baju baju kotor yang melambak. Gila dengan duit yang kat bank yang selalu berkurang tapi tak bertambah. Aku boleh jadi gila duduk dalam hutan. Hutan ni sangat kejam.

Aku amat kritikal kalau stay lama lama kat dalam hutan ni. Aku nak cepat cepat habis study kat sini. Nak grad! Nak layangkan diploma yang tak seberapa ni. Nak pergi jauh jauh dari hutan. Nak lari jauh dari masalah masalah. Aku nak vacation. Nak vacation yang indah. Nak tenangkan diri dan hati. My heart is so serabut. I need vacation. Really I need it!

Tuesday, August 3, 2010

Kau Pijak Hati Aku

Aku bodoh.Aku suka.Tapi akukan perempuan. Takkan aku nak lamar kau.Kau ni memang tak gentle. Aku tanya kau,kau kata kau single. Okay fine.Aku percaya.Tapi kau tipu aku.Kau tak banyak beza dengan aku. Tapi kau pijak pijak hati aku. Kau tak faham ke perasaan aku. Selama ni aku tanya siapa dia,kau kata kawan.Memang betul dia kawan kau.Tapi kawan istimewa kau kan. Kau tak payah nak jelaskan apa apa. Aku taknak dengar dan aku taknak tahu. Kau pelakon yang berjaya. Kau pelakon terbaik.Kau pelakon hebat. That award is really belongs to you! Aku benci kau dengan kembar kau. Kau sangat sangat hipokrit!!

Monday, August 2, 2010

Story Mory In Jb

Siapa sangka,plan yang hampir terbatal akhirnya berjaya jugak aku realisasikan. Wah ayat sangat bombastik. Keputusan nak pergi Jb cuma ambil masa lebih kurang 5 minit saja. Wahh rasa sangat excited untuk ke sana. Rasa macam tak sabar sabar nak foya foya di Jb. So hebat sangat ke Jb sampai aku rasa sangat teruja untuk ke sana?? Tunggu jawapan aku kat last entry ek.


Larkin Sentral here I come. Sungguh teruja jejak kaki di Jb



Amik angin Jb. Angin baru tapi tak sesegar di Segamat.hehehe



Jb yang sangat sesak. Jb amat memerlukan pengangkutan ringan.



Hari pertama jejak Town Jb.Muka excited + takut. Lokasi depan City Square.



Muka excited dapat makanan



Makcik dan Pakcik yang sedondon tu suka paksa aku makan. Aku rasa sangat terdera.hahahaha



Sangat suka posing begini. Nampak sungguh ayu. Yekssss! hahahahahahaha



Aku dan makanan. Aku makan nasi ayam penyet. Sangat sedap!! 
Lokasi: Benafe Cafe


Rumah tumpangan aku sepanjang 3 hari 2 malam. Rumah ni sangat cantik.



Keluarga angkat aku. Sangat sporting. Suka sediakan makanan,paksa aku makan. Tak bagi aku basuh pinggan. Sangat seronok tapi serba salah.hahaha



Tiket Jb ke Segamat.

Jb,town yang sedang membangun dengan sangat pesat. Jb amat memerlukan pengangkutan yang canggih. Bukan lagi bus dan teksi saja. Jalan jalan raya di Jb sangat memeningkan kepala aku. Jb sangat indah kalau diperindahkan lagi. Jb tak sehebat KL. Tapi kenapa orang yang bermastautin kat Jb boleh lupa daratan? hahahahaa. Siapa makan cili dia akan rasa pedas. Dont worry,next time aku datang Jb lagi. 

Selamat tinggal Jb!

Cari Ubat Tapi Tak Jumpa

Malam tadi aku selamat sampai ke Segamat. Macam macam story mory yang aku nak share. Tapi aku sangat busy dan malas nak transfer gambar dalam laptop. Nantilah aku story perjalanan aku kat Jb. Pagi Jumaat aku tulis entry dalam blog dalam keadaan sebak. Serius aku sedang bergenang airmata waktu tu. Sangat sedih. Hidup di bumi orang membuatkan aku sikit tertekan.

Dengan nekadnya aku terima pelawaan Che'are. Pergi ke Jb dengan tujuan yang aku sendiri tak pasti. Yang pasti aku mencari ketenangan. Yup,ketenangan. Tapi betul ke aku jumpa dengan ketenangan yang aku cari tu? Entah aku sendiri tak mampu nak jawab.

Kata Fara,aku nampak sangat excited,happy dan bahagia bila berada di Jb. Dan dia suka aku nampak macam tu. Tapi aku. Entahlah. Perasaan aku sangat tenang. Jauh dari masalah. Aku mengaku yang aku gembira. Sebab aku rasa aku dekat dengan dia. Aku mengaku aku harapkan keajaiban. Dan Fara selalu berada disisi aku untuk berdepan dengan keajaiban tu.

Tapi Fara bukan Tuhan. Fara hanya mampu berdoa biar senyuman aku tak mati. Biar hati aku tak layu. Dan aku tahu Fara sangat berharap aku kuat untuk lupakan semua ini. Sedangkan aku,selalu sangat bermain dengan bayang bayang. Mungkin aku lebih selesa begini. Entahlah.


Kat sana aku selalu perhatikan kereta. Kereta Myvi. Nombor plat. Harapan aku tak pernah mati. Aku tahu tu salah tapi aku bahagia. Berderau darah aku melihat sebijik Myvi yang berhuruf plat sama dengan Myvi dia. Tersekat lubang pernafasan aku. Terasa aku perlukan alat bantuan pernafasan sekejap. Bila aku sedar itu bukan milik dia,aku jadi keciwa.

Bila aku terpandangkan bayangan dia kat Larkin Sentral semalam,jantung aku macam kene palu dengan laju. Dada aku berdegup selaju kereta F1. Tapi aku tetap keciwa sebab itu bukan dia. Dan aku tinggalkan Jb dengan 1001 harapan yang tak kesampaian. Harapan yang entah bila akan tertunai.

Maafkan aku masih tak punya jawapan untuk semua soalan.

SEHATI BERDANSA