TABUNG SAKURA

Friday, July 30, 2010

Bawak Hati Dan Diri

Petang ni aku nak pergi. Tak jauh.Tak keluar pun dari negeri Johor ni. Tempat yang aku idamkan untuk jejakkan kaki setahun yang lepas. Tak sangka dah setahun baru aku boleh jejak ke sana. Aku sangat tak sabar. Sangat teruja. Aku tak tahu apa yang aku cari kat sana. Tapi yang pasti aku cari ketenangan. Kegembiraan yang hilang. Senyuman yang lupus dari bibir. Aku cari cahaya yang boleh aku genggam untuk terus bercahaya di Segamat. Susah tapi aku kene cari. Aku takut aku tak berdaya nak terus hidup dikelilingi segala kesedihan di sini.



Doakan aku selamat. Doakan aku dapat senyuman. Doakan aku dapat ketenangan. Doakan aku dapat kegembiraan. Yang paling penting doakan aku JB tu besar. Doakan aku JB tu luas. Aku tak nak tengok bayang bayang yang aku taknak tengok apatah lagi orang yang aku taknak jumpa. Doakan aku tak jumpa siapa siapa yang aku kenal. Amin..

Thursday, July 29, 2010

Ok Fine

Okay malam ni I nak buat satu announcement tergempar. Ada seorang manusia telah membuat I rasa sangat sangat dan teramat jealous. Okay fine. I suka dia tapi dia tak jujur. Dia ada yang lain tapi I tak perasan. So sekarang I terpaksa menanggung jealous. I jealous sangat sangat. Okay fine! You tipu I!

*Weekend ni nak bawak hati yang terluka ke JB. Bandar yang memang teringin nak pergi. Sangat kesian kepada I sebab belum pernah jejak ke JB. Tadi I skipping. I makin kurus.*

Tuesday, July 27, 2010

Bila Aku

Perghhhh. Tajuk macam lagu Bila Cinta,Ost LBS.hehehe. Saja je tak tahu nak letak tajuk apa. Ni I nak complaint sikit ni. Masalah ni masalah I,tapi I tension macam ni tau. Ni semua gara gara ExpressMusic I yang tenat dan kene fired dari berkhidmat untuk I. Sebabkan ExpressMusic tu jugaklah I tak dapat nak snap picture picture perubahan badan I. Hah!! Jangan nak mengatal mulut nak cakap I dotdotdot okay. I belum berisi tau. So jangan pandai pandai nk keluar news news wind pulak [Lecture OM aku ajar word baru tu. Dalam bahasa melayu ia bermaksud khabar khabar angin. Dan kenapa ayat aku jadi sangat skema sekarang?]

Okay kalau you all semua nak bersimpati,I sebenarnya sekarang guna hp makcik Nokia yang 1661 tu. So simple hp. Without camera,mp3,memory card,picture I yang lawa lawa, mms [dila ko jangan nak ingat mms yang lain pulak! Aku tampar ko kang!],apatah lagi 3g. Yang ada cuma radio yang line macam kambeng je. Sangat mentensioonkan aku dikala malam. Tahu tak yang waktu malam aku memerlukan Faizal Tahir untuk menyanyikan lagu Selamat Malam.Sila lempang aku dengan tamparan yang dahsyat.



Sekarang aku sangat susah untuk berposing.Wah belum tentu kau kurus dengan berjayanya wahai Azza yang macam Lisa waktu tidur.wakakakakakakaakaka. Memang giler perasan aku ni.hahahahahahhaa. Takkan aku nak bawak ke huru ke hilir sony cybershot I tu. Kalaulah I ada Canon DSLR tu. Comfirm I tak malu nak bawak ke mana mana saja I pergi. Rugi wooo kalau kene curi.



Now ni I dah tak boleh nak gedixxx snap picture yang semakin hari semakin jelita. Sila kawal diri anda daripada muntah. I tak boleh nak menafikan lagi yang seluar semakin tak kene pada tempatnya. Wahh,perubahan ini harus kita layangkan pada seluruh dunia! hahahahaha. Tapi kaki aku sangat sakit sebab berjogging semalam dan semalamnya. Aku tak tipu. Picture tak dapat diupload sebab hp I sangat cikai untuk semua tu. So I sangat sedih.

*Menunggu masa untuk berbuka. Hari ni I puasa sunat Nisfu Syabaan. Tq kepada Makcik reminder Zeera sebab remind me. If tak I mesti tak ingat. Hari ni dalam sejarah I hanya belanja RM 4.50 time ke pasar lambak tadi. I berbuka jagung bakar,kueh tiaw and keropok lekor. Sangat jimat! Selamat Berbuka untuk mereka yang juga berpuasa*

Aku Tak Suka Perasaan Ini

Aku beronline sambil mencari bahan assigment untuk subjek Finance Investment disulami oleh lagu lagu dalam laptop aku. Dan aku tak tahu kenapa aku ada perasaan ni. Perasaan yang aku tak suka. Perasaan yang selalu akan buat mata aku membazirkan airmata. Mungkin betul apa orang kata yang kalau kita nak happy,kita kene dengar lagu yang happy happy.

Okay now tell me,how many song in this world are happy? Aku rasa hampir tiga per empat lagu kat world ni semua lagu yang sedih. Dan aku akan mula terperasan yang that composer or penulis lirik buat that song for me. Sangat tergedixx dan perasaan aku ni. Aku pun tak tahu kenapa. Bila aku dah terperasan macam tu memang habislah. Kang ada je yang aku nak complaint. Okay mungkin hati aku mudah sangat tersentuh.Fullstop!!

*Makin nak puasa,makin ramai orang yang meninggal. Dan ni buat aku termenung sekejap. Semalam sempat jogging satu round kampus je. Seluar aku semakin hari,semakin longgar. 18 hari berdiet. Means that lebih kureng 42 hari lagi hari raya. Tahniah Azza. Teruskan usaha anda!*

Sunday, July 25, 2010

Bila Tetiba Aku Mengatal

Hahahahaha.Opss sory. Selamat tengah hari Malaysia. Satu [Malaysia],satu [Malaysia],satu [Malaysia].Ala ala PM dalam iklan satu Malaysia lepas lagu Faizal Tahir.hahahaha. Dah jangan bagi aku menyanyi lagu Malaysia Satu pulak. Kang baju yang aku basuh malam tadi tak kering pulak. Elok dah ni tak panas sangat,tak mendung jugak. Sedang sedang itu lebih baik.hehehe.

Okaylah,pagi tadi aku bangun agak lewat dari hari kelas tapi agak awal untuk hari weekend,9.38 pagi. Then aku baru teringat yang aku date dengan someone. Siapa pulek insan yang malang kene menatap muka aku pagi pagi ni kan. Aku date dengan tali skipping 2 ringgit yang aku beli hari jumaat hari tu. Even harga kau yang murah tapi kau akan buat aku berhutang tau. Dengan adanya kau,aku hope sangat yang aku boleh kurus. Okay, Azza,kau kene usaha double dan tripel untuk itu. Stok makan yang untuk berdiet pun aku dah completekan dalam loker. So jangan ada yang nak curik makanan aku.hehehe. Maaf aku terpaksa kedekut sebab untuk kurus.hehehe.

Aku berjaya buat lompat tali sebanyak 160 kali saja. Lepas tu kaki aku penat,nafas aku tersekat sekat. So aku stoplah untuk exercise pagi tadi. Giler semput aku. hehehe. Takpelah. Slow slow Azza. Jangan push push. Disebabkan bilik aku kosong,aku pun sambunglah golek golek atas katil balik. Then teringat yang aku ada assigment OM. Lantas aku terus menggoogle cari past sem.[Ayat macam nak buat karangan bahasa melayu.hahahahaha].

Tadi aku terbukak belog sorang akak ni. Panggilan untuk dia tertakluk pada usia anda okay. Kalau dah tua sila mengaku yang anda tua. Sila jangan perasan dan menipu.hehehehe. I nak bagitahu yang I masih muda taw. hahahaha [via buat muka yang sangat sangat comel].hahahahahaha. Dia baru kene risik dengan keluarga pakwe dia. Aku tertarik dengan menu yang dia sediakan untuk santapan pihak lelaki.[Lagi sekali ayat aku macam nak hantar kat cikgu bahasa melayu je].


Pavlova. Nama dessert ni sangat unik. Padahal aku yang tak pernah dengar sebelum ni. Even aku tak tahu macam mana rasa dia,tapi aku tengok dessert ni macam sedap je. Dan oleh yang demikian aku dengan segala hormatnya nak mengishtiharkan yang aku nak dessert ni disediakan untuk majlis pertunangan,perkahwinan aku nanti. Gila meroyan ke apa aku ni. Tapi aku tetap tak kisah,aku nak jugak dessert ni ada dalam majlis aku. Aku tak kira!!

Okay,Azza sudah gila. Dia gila nak kahwin even takda boyfriend. Sila maafkan dia. hahahahahaha.

Friday, July 23, 2010

Takut Tak Sempat,Kiamatkan Nak Dekat

Hello semua. Ehem,ehem. Percubaan satu,dua,tiga. Testing,testing.hahahahaha. Macam dari bahagian teknikal pulek rasanya. hahahaha. Actually takda benda sangat nak story today. Badan sangat penat sebab baru balik daripada melabur duit untuk mengembangkan ekonomi Segamat yang indah ni. Banyak jugak yang aku labur even last week pun aku dah melabur. Wahhh boleh maju Segamat macam ni kalau ada pelabur yang dermawan macam aku ni.hahahahaa

Eh,aku baru teringat yang malam tadi aku mimpi. Mimpi tentang seseorang. Actually mimpi tu aku tak clear sangat pasal apa. Tapi yang penting dalam mimpi tu,aku ada seseorang yang hadir dalam hidup aku. Tapi aku tak ingat siapa dia. Aku tak tahu siapa dia. Aku tak ingat apa apa tentang mimpi tu selain perkataan "saya" dan "awak". Misteri gila bila aku terjaga tadi pagi. Time mandi sempat aku duk fikir yang aku sebenarnya mimpi pasal apa. Orang kata selalunya,mimpi yang kita tak ingat tu,mimpi tu boleh jadi kenyataan. Orang katalah,bukan aku kata. Aku tak tahulah sejauh mana betulnya kata kata tu. Entahlah kepala aku naik buntu fikir siapa dia. Siapalah lelaki yang agak tak bertuah dapat aku kali ni. Wah,macam barang lelongan pulek aku ni. hahahaha. Jangan salah faham okay. I bukan perempuan murah murah tau. I still perempuan melayu terakhir yang comel,cantik dan sopan santun okay.

Tadi dalam perjalanan balik outing aku naik bus kuning. Ada sorang budak belakang aku. Aku tercuri dengar perbualan dia dengan pakwe dia maybe,dia cakap,"takut tak sempat,kiamatkan nak dekat..."  Dan aku pun terfikir,kiamat nak dekat dah. Sempat ke aku nak taubat? Sempat ke aku nak tebus segala dosa dosa aku? Sempat ke aku nak banyakkan pahala? Sempat ke aku nak grad? Sempat ke aku nak happykan mama,abah? Sempat ke aku nak senyumkan abang, adik? Sempat ke aku nak jumpa jodoh aku? Sempat ke aku nak bahagia? Macam macam yang bermain dalam kepala otak aku. Sempat ke aku nak penuhi semua tu. Entahlah aku manusia yang lemah. Yang tak mampu fikir tentang semua itu. Hanya Allah yang tahu bila dia nak memanggil kita semua kembali kepadaNya.

*Pakcik bas kuning UITM Segamat mesti kaya hari ni. Ramai student kampus aku balik. Aku jadi confius sekejap sama ada betul ke aku ada dalam kampus atau dalam kilang elektronik kat kawasan perindustrian dekat dengan rumah aku. Macam pendatang asing pulak budak budak ni nk balik rumah. Ramai giler. Kejutan terbesar betul aku sepanjang lima sem kat kampus ni. Ke ada cuti khas untuk UITM this week?? Nanti I nak try tanya Prof Sahol la..lalalalalaa*

Tuesday, July 20, 2010

Di Sekitar Mereka Ada Dia Dan Aku

Aku tak tahu. Aku tak faham. Aku tak mengerti. Aku tak mahu. Kenapa di sekitar mereka mesti ada dia dan aku akan berada di sisi dia. Aku benci. Aku tak merancang. Aku tak suka. Tapi bila aku bukak mereka pasti aku berada di sisi dia. Aku benci memandangnya. Aku tak nak terus terusan dibayangi benda tu. Mungkin ini adalah kebetulan. Kebetulan yang sememangnya tak di rancang tapi hati kecil aku? Apa sebenarnya yang aku rasa? Apa sebenarnya perasaan aku setiap kali terpandangkan dia? Aku tak tahu. Dan kalau boleh aku tak ambik tahu tentang perasaan tu. Sebab kalau aku care sangat tentang rasa tu pasti aku tewas. Air mata jadi terlalu murah untuk dia. Hati jadi terlalu sensitif untuk dia. Dan perjalanan hidup aku akan jadi serba tak menjadi hanya sebab dia.


Aku tak tahu. Aku buntu. Aku kuat tapi aku lemah. Aku diam tapi membebel. Aku sakit tapi senyum. Aku tak suka tapi sayang. Payahnya hidup aku macam ni. Azza,kau kene kuat. Bangun,jalan dan terus berlari. Larilah sejauh mungkin,Azza. Larilah jauh sejauhnya. Jauh daripada bayangan dia. Jauh dari gambar dia. Jauh dari hidup dia. Jauh dari segalanya tentang dia. Bangun Azza. Bangun Azza. Jangan buang masa kau. Dia takda nilai untuk kau lagi. Sedarlah Azza. Jangan difikirkan lagi. Bangun,jalan dan berlarilah dengan senyuman bukan tangisan.

*Aku tak tahu kenapa aku terfikirkan dia.Aku tak tahu.Aku takda jawapan. Aku nak lari jauh dari bayangan dia. Aku yakin aku boleh.

Aku Terkena Virus T

Baru masuk tiga minggu abah dengan mama hantar aku balik ke hutan Segamat. Tapi aku rasa macam semalam jer aku shopping kat Giant dan mama terpaksa habiskan hampir RM 300++ hanya untuk keperluan makanan,sabuan dan barangan yang tak penting untuk aku. hehehe. Sebab tu seronok bawak mama shopping. Tak payah keluar duit kertas. Just keluar sen sen je.hahahaha. Anda dilarang berpelaku seperti ini di alam nyata okay.hahaha.

Dan hampir tiga minggu jugaklah aku belum ada assigment. Eh,adalah. Maaf aku lupa. Aku just dapat assigment untuk Organization Behaviour saja. Tapi aku tak tahu nak buat macam mana. Lecturer suruh cari case study. Case study yang macam mana,tu yang aku tak tahu. Therefore aku ignorekan assigment tu sampai nanti last minute. Okay aku mengaku yang aku last minute person tapi kekadang aku early minute person jugak. hehehe. So that whylah aku rasa yang aku dah terkena virus T.



Virus TIDUR. Okay now I nak annouce that I love to sleep. I love damn much. Pantang aku takda kerja,mesti aku tidur. Kalau aku tidur,mesti aku takda kerja. Kalau sekejap aku membuta takpelah jugak, ini tak. Tidur waktu petang aku boleh belasah sampai tiga jam. Ambik kau! Dah macam orang tak tidur malam gamaknya. Padahal kelas tak full pun. Ntah ntah kalau kelas full,aku tidur terus tak sedar diri. Masa itu my roomates tersayang harus berkejar kejar hantar aku ke Hospital Segamat. Opss I taknak Hospital Segamat. I nak hospital lain la. Hospital Segamat full. I dont like. Hello Cik Azza yang comel dan beautifull, tolong jangan perasan okay. Kau tu siapa nak demand tinggi tinggi?

Virus TIDUR aku sekarang amat kritikal. Setiap kelas yang aku attend mesti aku mengantuk. Ikutkan mata nak ni macam nak kene jahit terus dah. Sangat sangat mengantuk gila babeng. Gila babeng nak tidur dalam kelas. Nak kene halau dengan lecturer,sila buat. Aku taknak kene halau that why I sanggup tahan. Walhal I sangat sangat dan sangat sangap! Nasib handphone baru aku cikai. Kalau tak aku dah snap gambar aku yang mengantuk tahap dewa untuk tatapan semua jiran tetanga.

Kalau aku bagitahu mama dengan abah mampus telinga aku bernanah. That why aku nak you all rahsiakan benda ni okay. Ini adalah rahsia kerajaan aku. hahahaha. Okay hari ke 12 berdiet. Tetiba pulak masuk dietkan. Sebelum korang muntah hijau,baik aku stop. Nak muntah sila ke rumah jiran aku yang lain okay.hahahaha

Monday, July 19, 2010

Tadi I singgah rumah rumah jiran kat belog ni. Cari cari menu diet yang sesuai untuk I dan you all yang nak  berdiet. So I persembahkan untuk you all.

Kategori:Kuih Muih 
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori 
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori 
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori 
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori 
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori 
6. Popia basah (satu) = 95 kalori 
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori 
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori 
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori 
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori 
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori 

Kategori: Lauk Pauk 
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori 
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori 
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori 
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori 
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori 
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori 
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori 
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori 
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori 
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori 

Kategori: Makanan Rutin 
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori 
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori 
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori 
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori 
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori 
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori 
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori 
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori 
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori 
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori 
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori 
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori 
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori 
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori 

Kategori: Makanan Segera 
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
 2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori 
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori 
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori 
5. Burger keju (satu) = 425 kalori 
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori 
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori 
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori 

Kategori: Buah-buahan 
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori 
2. Betik (sepotong) = 45 kalori 
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori 
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori 
5. Limau (sebiji) = 42 kalori 
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori 
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori 
8. Epal (sebiji) = 63 kalori 
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori 
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori 

Kategori :minuman 
1.minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal 
2.minuman kotak 250g - 105 kal 
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal 
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal 
5.aiskrim 2 skop- 390 kal 
6.susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal 
7.yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal 
8.mentega 2 sudu teh - 75 kal 
9.keju chedar 1 keping -58 kal 

SELAMAT MENGIRA KALORI..... SAMA2LAH KITA MENGAMALKAN 
PEMAKANAN YANG SIHAT....

Nak lagi menu ada di sini

Maaf entry I sejak kebelakangan ni berkisar tentang diet,menu diet dan sewaktu dengannya.Jangan ingat I ni chef pulak tau. I cuma mencari cari menu diet yang sesuai untuk orang yang tengah berdiet. If you all ada sebarang cadangan sila share dengan I.

Happy Birthday Mama

This entry special dedicate to my lovely mama. Malam tadi sebelum tidur sempat massenge mama. Wish happy birthday to mama. hehehe. Akak sayang mama. Tak tipu ni.



Semoga mama terus sihat waafiat. Jangan lupa makan ubat. Nak kene paksa makan ubat mama kakak ke? Ke nak makan ubat sumbat dalam roti? hahahahaha. Mama jangan sibuk kerja je. Nanti adik bising. Mulut dia nak kene sumbat dengan kasut tumit 2 inci kakak tu. Jangan bagi abang kereta satria neo tu. Nanti tunggu dia dapat gaji baru bayarkan downpayment kereta. Nanti kalau dapat duit hujung bulan ni simpan banyak banyak. Jangan asyik nak bershopping je. Jangan asyik nak tolong bagi pinjam duit kat orang. Jangan asyik kesiankan orang je. Jangan lupa hadiah untuk kakak tau. I need new handphone. Akak tak mahu blackberry lagi la. Nanti akak nangis kalau dapat handphone tu. Tapi akak rasa nak mama tambah lagi satu hadiah untuk akak laa. Cermin mata akak macam dah sengal kekadang. Nak yang baru boleh? hahahaha [aku konfius ni hari jadi siapa sebenarnya? whateverlah. My mum akan kaya hujung bulan ni.hehehe]



Akak doakan mama gembira selalu. Jangan asyik marah marah. Kumpul gosip banyak banyak. Nanti akak balik raya,mama boleh cerita. hehehehe. Nanti hujung tahun ni kita pergi holiday ek. Taknaklah pergi Ledang. Tak best. Anyway nanti akak search tempat yang best best sikit.

Selamat hari jadi mama yang ke bape ek?? hehehe. rahsialah. Mama dah tua tapi orang kata mama muda. So mama selalu perasan. Takpe akak layan je. Nanti akak kurus mama makan hati. hahahaha. Doakan anakmu yang jauh diperantauan ni [tetiba rasa nak dengar lagu Dendang Perantau dengan Dari Jauh Ku Mohon Maaf.hahahaha. Mood raya pulak.]



I still in diet okay. Say no for the cake even this cake look delicious. Takpe I sanggup tengok dari I makan. Nanti I gemuk siapa nak jawab?  11 hari berdiet. Hidup sihat tanpa makan banyak. hahaha

Sunday, July 18, 2010

Dengan Tiba Tiba Air Mataku Jatuh

Malam tadi aku tidur awal. Dila sibuk dengan segala macam assigment. Zeera celebrate birthday pakwe dia. Aku terlalu bosan dan mata jadi terlalu mengantuk. Dan pagi ni aku bangun awal sikit sebab ada gotong royong. Bila taklimat habis,aku masuk bilik. Just mengemas ala kadar dengan roomates tersayang. Dan aku dapat on laptop sekarang. Pagi pagi lagi aku mengadap muka buku. Just menyemak notis yang tak seberapa.

Aku tertarik dengan video yang Zeera dedicate untuk Dila. Dan tak pasal pasal aku jadi sedih. Nak tahu klik sini. Di tambah lagi dengan komen komen diaorang berdua. Sungguh aku rasa sangat sedih. Bila aku bukak belog,aku terbaca yang Dila buat entry baru. Tanpa dipaksa,airmata aku jatuh. Aku dapat rasa apa yang Dila rasa. Aku pernah rasa benda tu dulu. Dan aku tinggalkan komen yang panjang untuk entry tu.

Aku tak tahu macam mana aku boleh lupakan benda tu. Benda yang paling menyakitkan. Benda yang paling mengecewakan. Benda yang buat aku terlalu lemah masa dulu. Mungkin masa terlalu berperanan untuk aku. Dulu aku fikir mungkin bercouple dengan orang lain boleh buat aku lupa. Tapi aku salah. Bercouple dengan orang lain sebenarnya buat aku sakit. Aku still bermain dengan kenangan untuk memaksa hati beri kasih pada orang lain. Maafkan aku sebab buat semua ni. Dan aku hanya sedar yang semua tu hanya tinggal kenangan, bilaku rasa air mata aku terlalu berharga untuk orang yang tak menghargai.

Dia cukup bahagia dengan hidup dia. Dia cukup gembira dengan kerja dia. Dia cukup senang dengan gaji yang dia dapat. Dia cukup enjoy dengan kawan kawan lelaki dan perempuan dia. Dia tersenyum luas dengan apa yang dia dapat hari ini dan sebelumnya. Sedangkan aku hanya duduk meratapi kenangan lalu. Hanya itu yang aku mampu buat dulu. Tapi sekarang aku taklah duduk dengan meratapi kesedihan tu. Aku bangun dan aku nak terus jalan ke depan. Itu semua kenangan. Kalau boleh aku dah nak terkesan dengan apa apa tentang kenangan tu. Biar sejuta cerita tentang dia,aku harap yang aku takkan berubah. Biarlah aku berjalan dan terus berjalan. Aku yakin ada seseorang menanti aku kat depan sana. Aku yakin!


*Makanan percuma sempena gotong royong,nasi lemak. Okay aku tak dapat makan. Sia sia bayar duit kolej macam ni. Aku nak kurus dan aku kene lupakan nasi. TQ.

Saturday, July 17, 2010

Terus Usaha

Breakfast  -  susu rendah lemak(segelas)
               - roti fiber 2 keping
Lunch       - nasi sesenduk/sayur air/ buah / ikan
Petang      -  nasi /sayur/buah/ ikan
Malam       -buah-buahan (epal)/quaker oat
tips diet   - minum 1 gelas air sebelum bersenam
            -bersenam naik turun tangga 9 set
            - skiping 50 kali


Ini menu diet yang aku dapat setelah lama aku usha dalam google. Hope aku dapat berdiet macam menu ni. Aku try the best to get my best weight. Sila tadah tangan dan berdoa untuk aku. Jangan bohong. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kita lakukan.

Friday, July 16, 2010

Diet Boleh Pengsan,Makan Boleh Gemuk

Pejam celik,pejam celik macam tak sangka yang aku dah berjaya diet untuk seminggu. Sila bagi tepukan gemuruh untuk aku. Tapi sila jangan boo saya tau.hehehe. Okay actually aku tak tahulah nak story apa hari ini. Nak study pun aku tak tahu nak study subjek apa. Semua subjek aku dah start belajar tapi tak satu pun melekat dalam kepala otak aku. Takpelah slow slow tapi laju laju ek Azza yang comel. hahahahahahaha. Sila bagi penampar percuma untuk aku.

Okay. Sepanjang seminggu aku berdiet dengan tidak menghiraukan nasi,aku rasa sangat lemah. Badan rasa lemah untuk mendaki anak beranak tangga tangga batu dalam kampus ni. Tapi yang bestnya aku dah tak penat lagi naik tangga yang banyak banyak. Kira aku hebatlah jugak sebab ada kawan aku yang kurus termengah mengah naik tangga. So aku kira juara la. hehehe. Tapi seriuslah,hari pertama,kedua taklah rasa apa apa sangat. Masuk hari yang ketiga badan jadi lesu gila gila. Tekak rasa loya semacam. Kepala jadi macam pusing pusing. Kaki dengan tangan mengeletar sikit sikit. Every time aku rasa macam tu,aku report kat Fara. Sebab apa aku report kat Fara even dia bukannya doktor atau anak kepada doktor pun. Its because aku dengan Fara tengah sama sama diet. Pluss dia amik course Health Care kat Masterskill,so dah memang tugas dia amik tahu tentang kesihatan patient dia yang sorang ini. hahahahahaha. Sorry Fara sebab susahkan kamu.

Mak nenek BFF aku yang dua orang tu lagi lah suka membebel tak henti henti. Diaorang paksa aku makan nasi. Bukan diaorang tak tahu apa target aku. Kan target aku tak akan sentuh nasi untuk dua bulan. Okay its look like me crazy kan? Tapi kalau Aizat boleh,why not aku tak boleh. Aku story kat abang angkat aku pun dia membebel. Dia siap kata lagi,buat apa susah susah nak diet. Bukan takda orang nak aku pun sampai kene paksa diri berdiet diet. Bak kata murai dot com, takda kerja cari kerja.hahahahaha

Aku nak bagitahu semua. Aku bukan diet sebab nak marketkan diri. Bukan sebab nak pakai seksi seksi. Bukan sebab nak membangga bangga diri. Bukan sebab nak cari perhatian. Tapi aku buat semua ni sebab aku nak ada rasa confident dengan diri sendiri. Aku nak rasa yakin bila berdepan dengan public. Aku nak sihat,taknak ada penyakit penyakit bahaya. Aku nak rasa selesa dengan tubuh badan aku. Nak rasa bebas untuk bergerak.That all.

Bukan aku taknak makan. Tapi aku takut gemuk dan terus bertambah gemuk. Sebab aku yakin bila aku makan gerenti aku makan banyak. Jadi daripada aku makan sikit tapi tak puas,better aku terus tak makan. Bukan aku tak makan langsung. Aku just makan roti,biskut,minum milo,minum soya,makan buah epal takpun jambu batu. Tapi kadang kadang aku makan juga mee hoon sup takpun mee hoon goreng. Aku pun risau juga kalau badan aku menggiggil giggil. That why aku amik jugak makanan macam tu.

Jadi aku hope korang supportlah aku. Korang tak teringin ke tengok aku kurus even tak secantik Lisa Surihani ataupun tak semanis Siti Nurhaliza. Tapi yang penting aku sangat teringin untuk kurus. Please doakan diet aku berjaya.

Wednesday, July 14, 2010

Separuh Nyawa, Nyawa Nyawa Ikan

Rasa macam nak menangis sangat sangat. Rasa sangat sangat dan teramat sedih. Rasa sesak sangat nyawa aku nak bernafas. Kenapa aku rasa sangat sesak wahai nyawaku. Kenapa sekarang aku terasa sangat memerlukan nyawa aku. Kenapa tak dari dulu aku menjaga nyawa aku dengan baik. Apa lagi yang kurang time aku menjaga kau wahai nyawa. Time aku sangat memerlukan kau disisi,kau seolah olah nyawa nyawa ikan. Aduhhh.


Nokia yang aku sayang



Nokia yang Abah hadiahkan

Wawawawawawa. Sangat sedih rasanya hatiku. Hampir 2 tahun aku setia dengan Nokia ni. Tapi tetiba dia meragam dan terus meragam setiap hari sejak aku berura ura nak beli BlackBerry. Tapi aku tak akan beli BlackBerry tu. Trust me Nokia ku sayang. Aku takkan menggantikan kau dengan cepat. Paling cepat aku nak gantikan kau pun just lepas raya. Bukan petang ni. Janganlah rosak sayang. Hidup okay??

*Aku nak cari katalog handphonelah macam ni. Nak usha handphone untuk habiskan duit Mama sikit. Siapa ada info tentang mana mana handphone yang boleh I beli, please inform me okay. Sharing is caring tau..hahahaha

Tuesday, July 13, 2010

Antara Sedar Atau Tak

Pernah atau tidak korang beli air ni




Mustahilkan kalau korang nak kata yang korang tak pernah beli. Mungkin bolehlah kalau nak tipu yang korang tak minum tapi kalau tak pernah beli,rasanya sia sia korang hidup kat bumi ni. hahahahahahaa. Okay gurau je. Tapi itu kenyataannya sebab mustahil laa kalau takda orang yang tak pernah beli even sekali. Kalau tak pernah beli,sila tinggalkan komen dan esok aku bawa korang pergi beli. Ini tawaran yang limited okay.

Nak tahu tak kenapa aku tetiba nak story pasal brand ni. Sebabkan tadi masa aku attend kelas Operation Management lecture aku buka slide. Dalam slide dia yang lebih kurang 7 tu,adalah terkeluar gambar tentang kronologi botol Coca Cola. Korang pernah tak tengok design botol Coca Cola sejak pertama kali diperkenalkan kepada public dan dunia. Nasib bila aku Google tadi ada gambar yang sebiji macam gambar dalam slide lecturer aku tu. Okay ni gambarnya.




Menurut kata lecturer aku, Coca Cola mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1899. Time itu Malaysia belum merdeka dan masih lagi dijajah. Botol tahun 1957 tu kata lecturer aku mungkin di design sempena Malaysia merdeka. So we mest be proud okay. huhuhu. Then tiba tiba tahun 1994, Coca Cola keluarkan satu botol yang baru. Lain daripada design design sebelum ni. Memang botol alaf baru laa kiranya. Tapi sedar atau tidak pada tahun itulah negara Islam Iraq mula ditakhluki oleh kuasa besar Amerika. Dan botol yang dihasilkan oleh Coca Cola juga menyerupai peluru bagi membunuh ramai pejuang Islam di Iraq. Selama hari ni aku tak pernah terfikir tentang semua itu. Bagi aku,botol hanya sekadar botol yang boleh dipakai buang atau dimasukkan ke tong sampah kitar semula saja. 

Tapi dalam sedar tak sedar,kita sebenarnya adalah penyumbang utama kepada mereka. Kalau kita fikir secara logiknya,design daripada tahun 1899 hingga 1991 tapak kepada botol Coca Cola sangat stabil tapi kenapa tapak botol tersebut ditukar hanya selepas 3 tahun kemudian? Berabad lamanya mereka mendesign tapak yang flat tapi mengapa ianya ditukar dengan tiba tiba sampailah kehari ni, tapak tu tak pernah di design semula. Mungkin ini adalah pandangan lecturer aku saja tapi aku sangat menyokong pandangan dia. Mungkin selama ni kita hanya membeli tanpa berfikir apatah lagi bertanya kenapa,kenapa dan kenapa.

Aku bukan nak memboikot jenama gergasi ini. Tapi ini cuma satu pandangan aku yang aku kutip dari lecturer aku tu. Kata lecturer aku lagi,mungkin kalaulah Amerika berjaya menakhluk Iran,Coca Cola akan mengeluarkan design terbaru untuk meraikan kemenangan mereka lagi. Tapi persoalannya sekarang sampai bila kita akan terus menjadi penyumbang kepada kematian pejuang Islam di Iraq?

 Renung renungkan dan selamat beramal!

*Kelas OM tadi sangat seronok sebab lecturer suka bercerita dan berlawak. Thanks so much Tuan Haji. Malam tadi perut aku rasa sebu dan tekak loya sangat sangat. Nasib sekarang dah okay. Hari keempat berdiet.

Monday, July 12, 2010

Bila Kawan Selalu Pandang Rendah Dengan Kawan

Tetiba aku terasa macam angin pulak satu badankan.Panas saja hati aku ni. Aku tak jemput kau orang datang bilik aku tapi kau orang datang. So aku taklah zalim sangat sampai nak halau kau orang keluar. Tapi korang patutnya respectlah tuan bilik. Ini tak,dahlah kau orang makan kat sini. Siap aku hidangkan air lagi,dah tu sembang berdua. Siap mengumpat tuan punya bilik. Helloo!! mana kesedaran sivik kau orang semua?? Pluss kau orang siap nak merendah rendahkan aku pulak. You think who you are?? Mentang mentang selama ini aku diam,kau orang pijak pijak kepala aku. So kau orang jangan berlagak sangat. Kau orang ingat kau bagus sangat? Nak kene penampar?

Tak pasal pasal mood aku hilang. Nasib baik aku ni kuat sabar. Kalau tak siaplah korang.

Bermain Dengan Kenangan


Now aku nak share satu lagu. Thanks to my BFF yang share this to me. Aku amat berterima kasih sebab lagu ini sangat sedap. Menusuk ke kalbu aku. 
Layan this lirik:
Hampa by Ari Lasso


Kupejamkan mata ini
Mencoba tuk melupakan
Segala kenangan indah tentang dirimu
Tentang mimpiku
Semakin aku mencoba
Bayangmu semakin nyata
Merasuk hingga ke jiwa
Tuhan tolonglah diriku
Entah dimana dirimu berada
Hampa terasa hidupku tanpa dirimu
Apakah disana kau rindukan aku
Seperti diriku yang selalu merindukanmu
Selalu merindukanmu
Tak bisa aku ingkari
Engkaulah satu satunya
Yang bisa membuat jiwaku
Yang pernah mati menjadi berarti
Namun kini kau menghilang
Bagaikan ditelan bumi
Tak pernah kah kau sadar
Arti cintamu untukku





Bila Spain Menang, Perut Aku Sakit

Hai semua. Eleh macam ramai je makhluk usha page kau Azza. Entah entah takde siapa yang usha,kau je yang perasan. Ala takpe,aku memang seorang yang dilahirkan untuk perasan.wakakakakakaakakakakakaka. Okay sekarang nak serius kejap. Baca betul betul,serius sekejap!!

Tadi pagi ada game Final World Cup between Spain dengan Holland. Seperti yang dijangkakan oleh sotong, the world cup trophy goes to the Spain. Okay,aku suka even aku tak tahu apa apa. Memang poyolah kau Azza. hahahahahahahaha. Sebab apa aku suka Spain menang walau hakikatnya aku nak Holland bawak balik trophy tu?? Ayat aku tak boleh bla,skema semacam je kan. Hahahahahahaha. Well you know me. Lalalalalalalaa.
Banyaknya aku mengarut ni. Aku suka Spain menang sebab my Tuutttt sokong Spain. Kalau Belanda yang menang aku suka sebab nanti si Tuuttt aku mesti sedih,so that, dia takkan masuk kerja today. Wakakakakakakaka. Gila lalang aku ni kan??

Okay,perut aku time sebelum tidur sangat pedih sampai aku kene telan air suam sebotol. Then aku baru boleh tidur dengan tak berapa nyenyak. Sebabnya tetiba ada segolongan gurls gurls kat kolej aku tengok that match dan menjerit dengan kuat. Point kat sini nak cakap yang aku dapat duduk level bawah this sem. Hope korang faham point aku. hahahahahahahahaha. Dah tu tetiba hidung aku terbau aroma meggi goreng buatan junior aku. Mesti korang pelik kenapa dia buat meggi pagi pagi buta kan?? Alaaa dia nak puasa la hari ni. So aku sambung tidur dan disulami dengan bau meggi goreng. Perut aku kenyang kot dengan bau itu. Tapi dalam hati,pehhhh!! Budak ni cari nahas je makan meggi pagi pagi buta ni. kihkihkihkihkihkih.

Okay,now I nak mandi sekejap. Then nak turun bawah cari roti. Today I tak jadi puasa sebab I malas. Tapi I still in diet okay. Byeeeee!!

Perutku Pedih



Ambik kau Azza!! Nak sangat diet kan!! Tak pasal pasal perut kau pedih malam malam buta ni. Nak mengadu kat siapa ni?? Aduhaiii. Pedih gila. Dahlah aku tak tahan. Nak menangis dah ni. Sakitnya!!!

Sunday, July 11, 2010

1001 Bermain Dalam Otak

Badan sangat lesu. Mata sangat mengantuk even tidur dah terlebih cukup. Perut yang agak lapar tapi untuk kurus aku sanggup bertahan. Otak yang serabut sebab macam macam benda aku fikirkan. Bilik yang bersepah even aku dah kemas, lantaklah.Tak larat aku nak kemas kalau bukan aku yang menyepah. Hati yang sayu sebab macam macam yang aku nak tahu jawapan. Aku tak suka diri aku jadi macam ni. Jadi orang yang paling bermasalah dikalangan orang yang bermasalah.

Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Macam macam bayangan yang aku dapat. Ini bukan macam cerita Illusi kat Tv3 tu. Tapi entahlah aku tak tahu. Otak aku jadi macam tak boleh berfungsi untuk fikirkan masalah masalah ni. Makin aku fikir makin banyak masalah aku. Kalau aku tak fikir masalah masalah ini terus belenggu diri aku. Aku perlukan someone untuk faham aku. Tapi semua orang ada problem masing masing so takkan aku nak menyusahkan orang lain dengan segala masalah aku.

Ya Allah. Kau yang aku sayang dan ku cinta. Kuatkan aku hadapi semua ujian Mu ini. Tabahkan aku hadapi ujian yang Kau berikan. Aku tahu yang Kau takkan menguji hamba Mu tanpa sebab. Aku percaya yang Kau sayangkan hamba Mu ini. Dan aku tahu yang aku mampu hadapi dugaan Mu. Kuatkan aku,tabahkanlah aku. Amiin.

Saturday, July 10, 2010

Anyway Happy Birthday


Patutlah otak aku taknak tidur waktu ni. Bukan sebab aku merancang tapi entahlah. Aku tak ingat pun sekarang dah masuk 10 July. Tarikh yang waktu dulu sangat indah tapi sekarang sangat pahit sampai aku susah nak lupa. Kalau boleh aku taknak ingat. Tapi nak buat macam mana sekali pun benda tu tak boleh nak lari. Mungkin badan boleh aku larikan tapi naluri? Okay takpelah. Yang penting aku usaha,usaha,usaha dan terus usaha untuk melupakan semua ini.

Anyway aku tetap nak wish a very Happy Birthday untuk insan yang sengal + jahat + pembohong + ego setinggi Gunung Everest + mulut manis macam tauke kilang gula + lupa daratan dan itu semua buat aku tak suka. Tapi aku still tak dapat lupakan dia. Semua tu bermain lagi dalam diri aku. Untuk kesekian tahunnya.

Awak,selamat hari ulangtahun yang ke 24. Semoga hidup awak dirahmati, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh. Tak sabar saya nak dengar berita perkahwinan awak nanti. Saya tetap nak attend majlis awak even awak tak jemput. Takpe muka saya muka konkrit,so saya takdalah rasa malu. Banyak lagi yang saya nak tulis khas untuk awak tapi saya dah janji pada diri saya yang saya nk lupakan semua ini. Semoga awak dikelilingi kebahagian. Mungkin ada kebahagiaan dalam perpisahan.

*Still ada sesuatu yang bermain dalam kotak fikiran aku. Hati aku berbelah bagi. Ya Allah,ujian apa lagi untuk aku ni. Kuatkan aku dalam hadapi ujian ini.

Friday, July 9, 2010

Sana Sini World Cup

Wahh macam tak percaya je aku nak tulis pasal football ni. Yelah aku bukanlah fanatik gila kat football ni. Mesti ada yang pengsan baca entry aku ni. Tapi kalau boleh korang janganlah pengsan sebab aku jauh di pedalaman hutan simpan Segamat,nanti kang takda orang yang nak bawa korang pergi hospital. Eh tak payah pergi hospital sebab aku pandai buat CPR. Aku kan ahli PBSM yang baik. Confirm korang okay punya kalau kene CPR aku. Sila bayangkan aku buat CPR. hahahahahahahahahahahahaha.

Final world cup 2010 kali ini antara Sepanyol vs Belanda. Kalau aku tak silap hitung game diaorang 12 July 2010 jam 2.30 pagi. Betul tak? Kalau salah sila hantuk tangan korang kat dahi. Sebab aku tak larat nak hantuk tangan aku kat dahi korang. huahuahuahua. Apa yang kau mengarut wahai Azza yang cantik.hehehehehe



Spain



Holland


Aku macam rasa Sepanyol will be the Campion. Sebab apa?? Sebab ramai orang kata diaorang boleh menang. That whylah aku cakap diaorang campion. hahahahahaahahhaha. Alasan yang tak logik dan tak masuk akal. Tapi aku rasa Belanda pun tak kureng hebat jugak. Boleh tahan terang jugak warna oren jersi diaorang. Mesti Spain silau tengok colour oren yang terang nanti. hahahahahahahahahaa. Azza,apa kau ingat main bola ni ikut warna jersi ke? Memang kau buta kan? Buta bola. hahahaahahahahahahahhahaha

Okaylah korang mesti nak tahu aku sokong team mana kan? Even korang mesti dalam hati tengah mengutuk aku cakap aku perempuan gila yang tak reti cakap pasal bola. Better aku duduk dapur belajar masak dari cakap pasal bola. Masalahnya aku kat kampus. Kampus takda dapur pluss aku kan tengah diet untuk hari pertama. So now takda istilah dapur dan lapar untuk aku. hehehehehe. Conclusionnya siapa menang world cup this year,team tulah yang aku sokong. Sekian. 

Mesti korang rasa nak tampar tampar muka aku kan? Alaaa jangan la tampar I. Nanti muka I senget,tak boleh jadi model bila I kurus. Uweeeekkkk. Sila berlari ke toilet dan muntah dengan banyak okay. So kita tunggu saja team mana will be get this trophy.


*Lapar jugak ek berdiet ni. Tapi takpe. Azza boleh!! Go Azza go Azza go Azza!!! 




Thanks Semua


Aku sangat sangat terkejut sebab aku terperasan ada belog belog orang lain yang me"list"kan belog kesayangan aku ni. Maklumlah belog aku ini takda apa yang menarik. Yelah aku ni menulis ikut apa yang aku suka pluss kekadang sangat suka merapu yang entah apa apa. Lepas itu,ada pulak yang kata belog aku sangat menyedihkan sebab entry entry aku sebelum ni sangat sedih sampai ada yang menangis. Aku tak suruh pun diaorang menangis baca belog aku. Bagi aku belog aku luahan hati aku. Dan kalau orang lain boleh terima dan share my story, aku amat amat dan sejuta amat menghargainya. Thanks semua. Azza sayang semua! Baget dapat cakap dengan muka yang seksi.hahahahahahahahaha.Maaf termengarut sikit.


Muka comel bila belog kene list dalam belog orang lain
Budget ayu disitu sebab this aku sememangnya ayu
hahahahahahahaha
Gila perasan 
Bak kata junior aku, masuk lif tekan sendiri jek.
huahauhuahuahua

*takziah untuk kawan aku atas pemergiaan neneknya malam tadi. Al fatihah.
*Mission diet untuk hari pertama. Wish me luck okay!!

Thursday, July 8, 2010

Aku Nak Kurus!!!!!

Mulai hari ini aku berazam dan berikrar yang aku nak kurus. Everyday aku taknak makan nasi. Aku taknak makan nasi sampai aku berjaya kurus. Aku nak makan buah dengan minum air milo saja. Aku nak kurus bukan untuk siapa siapa tapi untuk kepuasan diri aku sendiri. Doakan aku biar aku tahan godaan daripada segala syaiton syaiton di sekeliling aku. Doakan aku biar aku tak terliur dengan segala jenis makanan segera. Aim aku sekarang,aku nak kurus sampai berat badan aku 60 kg!! So aku kene kurang kan dalam 20 kg. Nothing imposibble if aku work hard. Yang penting jaga makan. Kalau exercise tu mungkin payah sikit sebab masa tak mencukupi. Tapi aku anggap yang aku jalan everyday nak ke kelas,naik turun tangga itu sebagai exercise aku. Penat woo study kat dalam hutan ini. Banyak gila tangga nak naik,bukit nak daki. Aku hope impian aku jadi kenyataan!! Dan jangan ada antara korang yang menjadi syaiton yang menghasut aku untuk makan selain makanan yang sihat untuk aku berdiet!! If boleh aku nak jadi macam mereka semua ni:


tak pun macam ini




Okay Azza!!! You can do it!!!!! Yeaahhhhhhhh!!!!!!



Wednesday, July 7, 2010

Insyaallah Aku Boleh Dan Kuat

Masuk hari ini semua subjek aku dah tahu siapa lecturernya. Ada yang memang dah dikenal sebab mengajar aku 3 sem berturut dengan rasa yang sangat jemu, ada yang biasa biasa saja tapi ada jugak yang boleh dikatakan menempah maut sebab lecturer tu tegas marking paper. Memang la kalau ikut hati nak elakkan tapi kelas lain full. So nak taknak aku redha jelah.

Sekarang aku dah takda geng dalam kelas. Dalam kelas aku mostly diam jelah,tak banyak nak membebel. So itukan lebih baik daripada mengarut entah apa apa. Memanglah sedih hidup sorang sorang. Tapi takpalah selagi aku rasa aku boleh survive untuk masa setahun ini,selagi itu aku sabar. Sabar itukan separuh daripada iman. Sabar ek Azza, dont cry.

Aku rasa aku boleh. Aku rasa aku kuat nak hadapi semua ini. Ini keputusan aku. So aku taknak ada penyesal sebab ini keputusan aku. Semoga aku tabah. Aku tahu yang aku akan menangis jugak at least satu hari dalam sem ini. Bila dan sebab apa,itu mungkin aku takboleh bagitahu sekarang. hurmmmmmmm

Rindu pulak nak gelak gelak dengan Dila,Zeera,Wahidah,Mok,Twins,Tifa. I miss all of you. Sumpah tak tipu.

*Hope Spain kalah malam ni. Biar ada yang terjun bangunan!!! Padan muka!!!

Tuesday, July 6, 2010

Dikelilingi Yang Baru

Hallluuu semua. Hehehe..Bayangkan kalau aku seorang penyanyi yang cakap macam tu depan fans. Mesti semua fans aku terkinja kinja tak sabar nak tunggu aku nyanyikan?? hehehehehe. Ni entry pertama sejak masuk ke hutan simpan Segamat. Wahh sangat membosankan. Tak boleh nak bergosip gosip,mengumpat ngumpat lagi. Hidup sangat bosan tanpa karutan bersama geng geng terbaikku.Argggghhhhhhhhh!!!

Nak story apa ek hari ini. Okay aku nak story pasal life aku yang terbaru kat sini la. Eleh macam bagus je life aku kat sini nak share dengan orang lain. Uweekkkkk!! Alaaa ok what,semester ni aku dikelililingi benda yang baru baru. Tapi dalam hati menyumpah nyumpah. hahahahahahahahaha

Bilik baru, wing baru,roomate baru,katil baru,kunci bilik baru tapi belum dapat,classmate yang baru tapi rasa macam nak lempang diaorang sebab masuk kelas aku,rak makanan baru even aku berikrar nak diet sem ni [ayat macam rasa ada yang nak makan pelempang je],jarak toilet yang baru.

Sem ini aku tak tahulah kenapa UPK [Unit Pengurusan Kolej] tu rajin sangat nak menggubah bilik bilik siswi ni. Benci tau. Time aku nak tukar,dia taknak tukar. Time aku taknak tukar,menyibuk dia tukarkan. Sangat membosankan. Sem ni kene tukar kat bilik lalu lalang. Wahh sangat menyakitkan hati aku. Pantang bukak pintu bilik,orang lalu,mesti orang nak toleh. Asal aku bukak pintu orang lalu,tapi bila aku tutup pintu takde pulak orang nak lalu. Terasa diri ini bagaikan artis yang selalu dikejar paparazzi tau. Bluekkkkk!!! Rasa macam nak tulis "Jangan pandang ke tepi. Disini takda artis".hahahahahhahahahahahahaha. Terover pulak. Jangan jelous okay.lalalalalalallaa

Kali ni jugak aku dapat 3 orang roomates yang baru. Dua orang budak sem 1 [junior loorr,boleh jadi mangsa buli ni], sorang budak sem 6 [next sem dia blaa,aku menjadi raja!hahahahahahaha].Aku malaslah nak story pasal roomates aku semua tu. Kalau korang nak tahu jugak,korang datang jelah bilik aku. Jangan lupa bawak makanan  siap sedia. Makanan tidak disediakan sebab aku tengah diet. Harap maklum.hahahahahahhahahahaa. Giler kejam kan?? Eh taklah kejam sangat.

Sekarang aku rasa malaslah nak pergi mandi. Toilet bukan main jauh lagi. Dah tak boleh berpakaian seksi nak pergi toilet. Kene pakai proper sikit. Sangat menyakitkan hati aku. Sila jangan bayangkan macam mana aku berpakaian. Kalau tidak korang jatuh katil nanti malam. hahahahahahahahahahhaha.

Eeeeeeii banyak giler nyamuk malam ni. Ingat nak tulis panjang panjang sikit. Nyamuk ni potong stim laa. Ehhh,jangan ada yang stim pulak baca belog aku ni. Aku tak menulis benda yang bukan bukan okay. Entry aku dijamin suci tau.Dahlah bye! See u again!

Monday, July 5, 2010

Dulu Semua Okay, Sekarang Semua K.O

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaa. Mesti you all pelikkan kenapa I ketawa tetiba?? Ke you all semua faham yang I ni sebenarnya gila?? Okay whatever. Aku happy sangat tetiba hari ni. Rasa macam nak gelek gergaji pulak. Alamak terover sudah [sambil tangan tutup mulut].hahahahahahhahahahahaha.

Aku tak tahu macam mana kau boleh detect aku?? Aku tahu kau cuba sampaikan something untuk aku faham so that kau tak payahlah susah susah marah or menjerit kat telinga aku lagi. Tapi kau macam sengalkan?? Bukan ke aku sememangnya suka menaikkan darah kau biar kau jadi gila?? Kau lupa ek?? Agak agak kau,aku ni jahat daripada dulu tak??

Dulu kau lain daripada sekarang. Yelah manusiakan mudah berubah. Lagi lagi kau yang lupa daratan. Apa taknya kau kan orang kampung yang masuk bandar then lupa asal usul. Bak kata Fara, busuk punya olang!! hahahahahahahahahahahahahaha. Kau fikir kau hebat ek?? Eh tak jugak,aku rasa kau tak fikir apa apa kot sebab tu kau macam tu kan?? Ok whatever.

So conclusion for today,I'm so happy. Good job my dear. Well donne. Muaxxxxx.

*Sorry,entry ini di create untuk mereka mereka yang gedixx sahaja. Thank you*

Saturday, July 3, 2010

Bila Aku Tak Mahu

Aku taktahu kenapa kali ini aku berat sangat nak tinggalkan rumah.Aku tak pernah rasa macam ini sekali sebelum ini.Sungguh hati aku tak ada kat sana. Aku rasa sayu sangat nak pergi. Malam tadi aku memang tak dapat tahan sebak. Aku menangis depan laptop. Aku sedih. Segamat buat aku sangat sedih. Even aku sudah selamat packing barang tapi aku macam tak rasa apa. Rasa macam nak campak beg beg itu kat gaung Genting Highlands saja.

Malam tadi kawan kawan baik aku update masing masing punya belog. Dahlah aku tengah sedih story telling dengan Fara,diaorang pergi update lagi yang sedih sedih. Memang banjirlah aku. Even aku dengan diaorang terpisah jauh tapi still contact. Tapi asyik aku je yang call diaorang. Mahu bankrup aku macam tu Dahlah diaorang memang kaki mulut tak boleh diam. Selagi kredit aku ada,selagi itu mulut diaorang bercakap. Memang kawan kawan aku tu kaki membebel a.k.a mak nenek semulajadi. hahahahahahahaahahahahaha

Tapi takpelah aku tetap sayang diaorang. Korang tak payah risaukan aku okey. Selagi aku boleh hidup sendiri and tak mintak duit ataupun makan daripada budak budak yang aku tak suka atau yang tak suka aku,aku still boleh hidup. Aku tak mengemis apa apa daripada mereka. So aku tak perlu malu. Yang penting korang ada dengan aku. Always =)


Natural beauty tak?? hehehehe


Alaa..gambar dengan Fara takde. Takpe nanti lain kali kita jumpa ek Fara. Kita snap picture banyak banyak macam model. Kita realisasikan impian kamu yang terbantut dulu tu dengan impian kita dalam mimpi. Azeera dan Dilla jangan makan hati okey?? lalalalalalalalala..

SEHATI BERDANSA