TABUNG SAKURA

Thursday, September 30, 2010

Buat Aku Tersengih

Kalau lagu Sheila On 7 tajuknya Buat Aku Tersenyum. Tapi kalau untuk aku tajuknya jadi Buat Aku Sengih. hahahaha. Sebab apa aku tersengih?? Adalah. Nak tahu ke?? Tak benda kat dunia ni boleh buat aku sengih sengih macam orang hilang akal. Tapi bila aku rasa happy even sebab benda yang kecik pun  aku akan rasa sangat happy. Sorry ayat aku berterabur. Dulu time cikgu bahasa melayu ajar,aku tak fokus dalam kelas. So nilah sebabnya.hahahaha.

Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua

Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku

Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku

Even dia dah takda kat sisi aku sekarang. Tapi aku dapat rasa macam dia ada kat belog aku ni. Mungkin sebab aku terlalu rindu. Mungkin sebab aku terlalu suka berangan. Tapi sungguh hati aku gembira. Esok petang lepas test aku nak berangkat ke Melaka. Mahu overnight. Mahu lepaskan kesesakan disini. Aku rindu pada senyuman aku.


*Doakan aku biar dapat jumpa dia kat sana. Walhal dia ada kat JB. Tapi siapa tahukan. Mana tahu instinct mendekatkan aku dan dia. Semoga yang indah indah untuk aku dan dia even aku tahu hakikatkan aku cuma minah jenin. At least khayal tu boleh buat aku gembira,tak salahkan?*

Jom Lompat Bintang

Hari ni aku happy. Jom kita buat lompat bintang ke lompat matahari ke. Kan dah lama tak exercise. Kenelah buat senaman sikit. Kalau tak nanti gemuk. Kang turn jadi XL balik.hahahaha. Kenapa aku happy?? Sebab apa ek yang boleh buat aku senyum??

Takda kaitan ek dengan post sebelum ni. Takda kene mengena. Tapi aku still sayang dia. Dia buat aku senyum sampai ke telinga sampai bawak dalam mimpi. Angaukan? hahahaha. Aku rasa nak lompat lompat dalam kelas Malaysia Economy tadi petang. Wah sangat seronok bila Miss Azirah cakap paperwork untuk trip ke Terengganu untuk next week 8 October tu dah diluluskan. Diluluskan. Successfull!!! Seronok tak?? Boleh rasa tak seronoknya aku sekarang??

Maknanya aku dapat jalan jalan sebelum final. Aku dapat enjoy enjoy sebelum final. Seronoknya dapat jalan jalan. Even tak dapat ke Pangkor tapi ke Terengganu pun jadilah. At least aku dapat jalan jalan. Seronokkan? As long aku happy,aku happylah. Biar takda orang yang dapat rasa pun takpa. Janji aku dapat rasa.

So siapa siapa nak kirim apa apa,bolehlah tinggalkan pesan. Jangan lupa bank in duit sekali. Itu penting. Sebab aku cuma dibagi belanja makan,RM36 untuk 3 hari 2 malam. Kalau duit belanja shopping,aku takda. So,nak kene call mama. Mane tahu mama nak kirim apa apa. Padahal yang lebih tu nak buat suara kesian kat mama sebab duit dalam bank dah habis. Nak overnight Melaka lagi hari Sabtu ni. Mana nak cekau duit ni?


*Kene lantik jadi AJK Fotografi untuk seminar kerjaya nanti. Ala seminar untuk ganti program kat Pangkor tu. Masalah sekarang,aku bukan pandai pun snap snap picture pun. Snap yang sengal sengal aku tahu la. hahahaha. Perasan tak hari ni aku banyak gelak dengan senyum?*

Wednesday, September 29, 2010

Muka Dia Jadi Ubat

Aku tengok muka dia.Muka dia buat aku senyum. Rasa nak print je gambar gambar dia. Tengok muka dia buat aku senyum. Tengok muka dia buat aku senang. Tengok muka dia buat aku tenang. Ya,cuma dia sorang buat hari hari aku dibayangi bahagia yang palsu. Kebahagian palsu kekadang kala sangat membahagiakan daripada kepura puraan dihadapan manusia lain.

Kalaulah ada dia saat ni.Pasti airmata ni tak tumpah. Dia pandai mengambil hati. Pandai buat aku ketawa. Pandai buat aku senyum. Azza,angan angan kau tak akan tercapai. Kau cuma berangan atas langit. Kau tak pijak tanah di bumi.Tapi cuma dia mampu buat aku senyum even aku sedih.


Gambar takda motif. Telinga sumbat hearphone. Mata menatap muka dia. Aku senyum.

Tak Pasal Migrain

Takda angin takda ribut.Tetiba aku migrain. Ambik kau cik Azza yang comel. Padan muka kau. Tulah banyak sangat yang kau fikir. Banyak sangat benda main lari lari dalam otak kau. Tak pasal pasal kau tumbang dari maghrib semalam sampai tadi pagi. Kelas pukul 8 pagi,kau burnkan. Kau ingat kau pelajar pandai ke? Suka suka hati kau je nak ponteng.

Okay,sebab trip ke Pangkor cancel. Aku decide nak pergi overnight kat Melaka hari Sabtu ni. Nak buat kerja giler sebab frust tak dapat ke Pangkor. Takpelah. Nak lepaskan tension.


*Masih terasa sakit lagi kepala otak aku ni. Kesan migrain semalam tak hilang lagi. Takpelah,kau sabar dan smile jelah untuk semua ni.*

Monday, September 27, 2010

Kene Mandi Air Bunga Agaknya

Aku tengah frust. Frust macam nak golek golek. Frust macam nak jerit. Frust macam nak gigit gigit semua orang. Sakit hati tau. Tolonglah faham yang aku sebenarnya tengah tension. Aku penat sangat. Aku cuma nak keluar. Bukan nak keluar negara. Bukan nak pergi Jepun. Bukan nak pergi Taman Bunga Sakura. Aku cuma nak keluar dari hutan yang ada banyak masalah ni je.

Sampai hati UITM dera aku macam ni. Aku nak keluar. Aku taknak duduk sini. Aku sakit. Aku sakit. Aku sakit. Tolonglah faham aku. Aku nak pergi. Kalau boleh aku taknak datang sini lagi.


Paperwork Pulau Pangkor di reject. Sangat berharap paperwork ke Terengganu diluluskan. Kalau tak aku nak lari jauh jauh. Hutan ni buat aku sesak.

Siapa Sangka Kan

Hallo. Hari aku happy sikit dari semalam. Okay now aku nak story pasal kawan lelaki aku sorang ni. Sejak aku merantau ke negeri orang ni,aku memanglah busy sangat. Kalau balik rumah pun tak keluar keluar. Melainkan kawan kawan baik aku datang ambik aku,bawak aku keluar. If tak aku memerap jelah dalam rumah.hehehe

Haritu aku duk melayan buku paling popular,Facebook.Aku jumpalah kawan aku time sekolah rendah and menengah. Dulu dia jahat.Dahlah jahat,nakal pulak tu. Tak habis lagi tu,gatal nak mampus pun ada gak. Kurang ajar tu jangan cakaplah. Kira dia cukup pakej la untuk tidak disukai dengan orang lain. Tapi dia baik plus kelakar even kekadang aku pun tak berapa suka.

Tapi bila sekarang aku jumpa dalam FB,aku pun macam tak sangka. Dia dah berubah. Dia still study. Tak kisahlah even dia amik sijil je. Tapi itu yang aku bangga. Yelah,dulu dia kaki ponteng. Nak cakap pasal belajar,memang dia kira out la. SPM dia entah dapat berapa pun aku tak tahu. Dulu dalam kepala otak dia cuma asyik nak mengatal plus cari cari makwe. Tapi siapa sangka,dia dah berubah. Dia dah tak jahat macam dulu. Dia kata pun dia dah tak nakal macam dulu. Wahh hebat kawan aku tu.

Yang penting benda pertama yang aku ingat pasal kau sampai sekarang ni,muka kau ada jugak iras iras Tomok dowh. Tomok menang One In A Million dulu,aku terus ingat kat kau. Kalau Tomok menang 1juta,kau pulak dah buktikan yang kau berjaya berubah jadi yang lebih baik. Tahniah beb!

Nak Kene Siram Dulu Kot

Aku rasa nak gelak. Ada orang makan nasi basi. Therefore dia kene cirit birit. Padan muka kau. hahahaha. Kita tak ganggu dia,dia sibuk nak kacau kita. Kita duduk buat hal sendiri,dia sibuk nak busybody. Aku ni bukannya artis. Aku bukan makwe Fahrin Ahmad ke Remy Ishak ke. Yang diaorang duk sibuk nak mengata aku tu apa pasal? Dah boring sangat ke? Dah takda assigment ke?

Aku taklah rasa diri aku ni macam Lisa Surihani ke Diana Danielle ke. Tapi tu pun still ada yang nak mendengki. Apa pasallah perangai diaorang buruk sangat? Bila aku cakap open kau terasa sampai ke tulang. Bila aku cakap general,diaorang still nak terasa jugak. So nak aku siram air ke kat muka kauorang.Nak aku siram dengan air apa? Air sejuk ke air panas? Nak jumpa face to face konon. Ada berani? Pandai cakap belakang. Mengumpat ngumpat tu kan berdosa. Yang duk menambah dosa sendiri tu kenapa? Dah banyak pahala ke? Dah rasa diri tu hebat nak masuk neraka ke?

Satu je aku nak ingatkan. Sedar diri. Kauorang tu dotdotdotdot yang telah dotdootdotdot aku punya dotdotdotdot. Untuk yang tak faham apa tu dotdotdot,takperlu nak faham. Sebab kalau aku tulis apa tu dotdotdot, nanti makin ligat aku dikata macam macam lagi. Yelah mulut orang aku takleh nak tutup. If dia nak terus tambah dosa,dia sangat aku persilakan. Tapi jangan sampai aku terdetik dalam hati,yang aku tak halalkan setiap patah kauorang cakap tentang aku. Bila sampai tahap macam tu,maafkan aku la. Aku pun manusia biasa. Aku bukan nya Nabi yang sentiasa memaafkan umatnya. Aku tak sekuat Baginda untuk menerima semua cakap cakap orang. Jadi pesan aku kepada yang berkenaan,sedar sedar diri la ek.


Kelakar kalau tengok perangai mereka yang tak sama dengan umur. Even umur dah tua,perangai still macam budak budak. Salah sendiri dibutakan,salah orang lain diperhebahkan. Dunia nak kiamat ni.

Sunday, September 26, 2010

Dasar Busybody!

Siapa yang search aku? Siapa yang menyibuk nak tahu tentang belog aku? Siapa yang takda belog tapi dia menyibuk nak cari belog aku? Siapa kau? Dahlah tak hafal address belog aku,dah tu pergi search kat Google. Apa punya oranglah. For surelah aku boleh detect. Hello,si polan polan yang tengah menyibuk jaga tepi side belog aku,teknologi sekarang dah moden. Aku boleh detect kau la.

Tolonglah jangan nak menyibuk kat side belog aku. Kau ye pun nak menyibuk,tolonglah cover biar aku tak nampak. Ni tak,aku boleh detect kot. Hello sengal,tolong jangan jadi sengal la.


Dasar busybody punya orang. Nak busybody tu boleh,tapi mestilah kene pada cara. Eeei tak malu betul. Bencilah aku!

Cuma Ada Belog

Tolong faham. Aku takda siapa siapa kat sini. Aku sorang. Aku takda pakwe. Aku takda sahabat baik kat sini. Aku terkapai kat sini. Tolong faham. Aku tak kacau orang. Aku tak susahkan orang. Aku tak buat jahat kat orang. Jadi tolong jangan ganggu hidup aku. Biar aku hidup dekat sini. Biar aku hidup tenang. Aku cuma ada belog. Tempat aku luah apa yang aku rasa. Mak,abah,family aku jauh. Aku taknak susahkan mereka. Tolong faham. Jangan ganggu ketenangan aku. Jangan ganggu kehendak aku. Jangan tutup kemahuan aku. Kita buat kerja masing masing. Cukup full stop!!

Bila aku sedih,aku cerita pada belog. Aku happy,aku ada belog. Aku ada masalah,belog yang mendengar. Takda yang sesetia macam belog. Jadi tolong jangan ganggu aku dengan belog.


*Bila aku sedih aku akan tulis berentry entry dalam belog. Menulis belog buat aku tenang. Jadi tolong jangan ganggu belog aku*

Harapan Besar,Preparation Takda

Sangat berharap biar yang baik baik keputusan esok. Keputusan itu akan mempengaruhi mood aku untuk whole week. Aku nak keluar dari bumi ni. Aku nak pergi tengok langit. Nak pergi tengok bintang. Nak pergi tengok bulan. Besar harapan aku. Besar impian aku. Besar sangat. Tapi kenapa aku tak prepare apa apa? Kenapa aku duk melayan semua masalah aku?

Pangkor Island. Kalau kau ada jodoh dengan aku,aku akan ke tempat kau. Sangat teringin untuk kesana. Menenangkan kekusutan dalam kepala. Buang semua masalah yang ada. HEP,saya amat berharap untuk anda meluluskan paper work lecturer saya. Sebab anda dah reject paper work kami. Please. Saya nak keluar atas tiket UITM. Please.


*Sangat mengharapkan yang baik baik dari Puan Reen esok. Doakan trip ni diluluskan. Nak kesana!*

Biar Tak Cukup Makan,Tapi Jangan Tak Cukup Ajar

Mak aku tak pernah pesan untuk buat jahat kat orang. Abah pesan hati hati hidup kat tempat orang. Nenek pesan baik baik kat tempat orang. Atuk pesan makan cukup cukup kat tempat orang. Ex boyfriend aku pesan,hormat orang lain bila berada kat tempat orang. Dan aku ingat semua tu hari ni. Semua aku ingat. Semua aku patuh.

Tapi bila sekarang aku jadi macam ni,aku jadi kaku. Aku tak buat jahat kat orang. Memang mulut aku susah untuk dikawal. Mama cakap jaga hati orang,jangan bermulut laser. Jadi aku create belog untuk membataskan percakapan tu. Aku create belog untuk melepaskan perasaan. Tapi kenapa still ada manusia yang tak mengerti? Kenapa ada orang yang buat jahat pada aku?

Mama,akak tak kacau orang. Sumpah akak cuba buat baik dengan semua orang. Sumpah akak cuba kawal mulut akak. Akak kawal diri akak. Tapi kenapa akak rasa semua ni?Abah,akak sangat hati hati pilih kawan. Akak hati hati nak berkawan. Tapi kenapa diaorang sampai hati buat akak macam ni? Apa dosa akak kat diaorang? Apa salah akak,abah? Nenek kata baik baik kat tempat orang. Akak baik baik nek kat sini. Akak tak kacau orang. Akak tak anaiya orang. Akak tak kacau orang. Akak nak gaduh dengan orang. Tapi kenapa orang tak suka akak? Kenapa orang kacau akak? Atuk,akak cukup makan kat sini. Akak cukup keperluan kat sini.Akak cukup semuanya kat sini.Cuma satu yang akak tak cukup,akak tak cukup tenang nak tinggal kat sini. Kenapa akak tak rasa tenang,atuk? Kenapa akak rasa sesak berada kat sini? Awak,saya hormat semua orang. Saya tak pernah membeza bezakan semua orang. Saya terima semua orang seadanya. Tapi kenapa orang tak hormat saya? Kenapa orang lain tak boleh terima saya dengan seadanya?

Ya Allah. Aku penat. Aku sakit. Aku tak tahan. Sungguh Tuhan. Aku rasa terlalu lemah. Bantu aku Tuhan. Kuatkan aku Ya Allah. Kawal aku. Lindungi aku. Aku semakin lemah. Beri aku kekuatan untuk aku terus berjalan. Tolong aku Tuhan.


*Semoga sabar aku semakin menebal bukannya menepis. Kau semua akan rasa apa yang aku rasa. Cuma itu harapan aku. Biar kau rasa lemahnya aku. Dan semoga aku jadi manusia yang tabah.*

Saturday, September 25, 2010

Bila Rasa Ini Jadi Rasa Kau

Bukan lagu. Tapi ni statement. Statement untuk manusia manusia yang terasa. Siapa yang terasa,nasib badanlah.Bukan kali pertama aku rasa. Bukan kali pertama aku touching. Kekadang aku jadi sensitif. Kekadang aku jadi emo. Kekadang aku jadi tak faham. Aku sendiri jadi pelik. Aku sendiri jadi tertanya tanya.


*Takpa itu hak mereka. Hak yang aku tak boleh nak pertikaikan. Tapi kau dah berubah dari yang pernah aku kenal dulu. Kau bukan yang dulu.*


So You Think You Are The Best

Kalau kat tv tajuk program ni So You Think You Can Dance. Tapi untuk si polan polan yang berkaitan, So You Think You Are The Best. Siapa si polan polan tu? Tak payah tahu. Siapa makan garam,dia tahu masinnya. Siapa terasa,lantak korang laa.

Terima Kasih pada BFF aku yang tak berhenti support aku. Kepada Encik Cero yang rajin bagi kata kata semangat. Thanks kawan. Even aku tak kenal kau,tapi aku dah mula sayang kau. Sayang macam kawan je. Nanti kumbang cinta aku nak campak mana? hahahaha. Thanks kat semua yang tahu aku berpihak kat mana. Tak ada apa yang dapat aku balas selain ucapan thank. Nak belanja makan,aku pun makan tak cukup. Nak belanja wayang,aku pun jarang masuk wayang. Jadi aku belanja tawaran membaca belog aku seumur hidup korang. hahahaha.

Kepada yang berkenaan. So You Think You Are The Best? Okay. Aku open. Aku tak kisah. Aku nak tengok jauh mana kau semua berjalan dengan takbur atas kebaikan dan kemewahan diri. Aku tak mendoakan yang buruk buruk. Aku tak menjaja buruk kau semua. Aku cuma menjadi diri sendiri. Manusia yang baru 20 tahun diberi nyawa. Pelajar semestar 5 di UITM Segamat. But if you think you are the best,its up to you. Satu je harapan aku,aku nak apa yang aku rasa hari ni,kau semua akan rasa di masa depan.


*Berani memperli. Berani beramai. Berani menembak. Berani bercakap. Kalau betul berani,cakap depan depan. Ni cakap belakang. Kesian sebab dosa anda bertambah.*

Aku Takut Tak Mampu

Bawak banyak banyak mengucap Azza. Banyak banyakkan istifar Azza. Tahan airmata kau Azza. Kuatkan hati kau Azza. Aku tahu kau kuat Azza. Kau kene kuat. Even airmata kau menitis sampai sebaldi,semua tu tak merubah apa apa. Kau kene bangun. Aku tahu kau tak lemah.

Malam ni tahap sabar aku tercabar. Aku takut aku tak mampu.Aku takut aku meletup. Mereka tak tahu tahap letupan aku. Badan aku menggigil tahan marah. Mata aku merah tahan airmata menitis. Hidung aku pedih sebab perit kene gesek dengan tisu. Mulut aku cuma mampu terkomat kamit baca benda yang boleh menenangkan hati. Aku tahu aku kene kuat. Aku kene tahan. Azza,kau boleh. Tahan untuk lagi 2 bulan.


*Doakan aku. Doakan tahap kesabaran aku biar semakin menebal. Aku takut aku tak mampu kawal diri. Aku takut bertindak diluar batas akal yang waras. Doakan aku.*

Friday, September 24, 2010

Salah Ke Aku Tak Kacau Hidup Orang

Setiap kali aku duduk dalam tempat ni aku rasa sangat tertekan. Pernah satu ketika dulu,aku menerima keburukan mereka. Namun mereka seolah olah tak tahu kemahuan aku yang mahukan mereka berubah. Hari demi hari,semua menjadi terlalu genting buat kami. Dan aku rela membawa hati dan pengharapan yang sia sia. Tapi aku tak pernah berhenti berharap. Setiap hari aku berdoa mereka berubah dan mengotakan janji. Tapi janji yang sekadar janji. Setakat manis dimulut,pahit untuk ditelan.

Bukan tak pernah aku tegur dulu. Bukan tak pernah aku cakap dulu. Aku pernah cakap dengan suara yang sangat lembut. Tapi hampa. Macam curah air atas daun keladi. Tak pun macam curah air atas batu. Aku mula buntu. Belog ni menjadi mangsa. Belog curahan rasa menjadi tembakan. Salah ke aku curah rasa kecewa pada belog? Aku tak punya ramai sahabat. Aku punya belog yang simpan sejuta rahsia. That why aku namakan belog ni secret sakura story. Tapi semua tu disalah ertikan oleh ramai orang. Aku tak kacau orang. Aku buat kerja aku. Tapi aku tahu ada yang tak puas hati. Mereka memperli. Mereka menjemuh. Mereka pandang serong. Jadi semua ni salah aku? Salah mereka,mereka letak dimana?

 5 semestar disini,membuatkan aku semakin tak sukai orang. Ya aku mengaku yang aku tak pandai menjaga hati orang. Apa yang terlintas,itu yang aku ungkapkan. Apa yang aku fikir,itu yang aku keluarkan. Mungkin sebab tu aku dibenci. Mungkin sebab tu aku dihina. Takpelah Azza,Allah Maha Adil. Dia lebih tahu apa ada dalam hati aku. Tak perlu lagi aku menjaja kebaikan diri. Biar Tuhan yang mengetahui semuanya.

Tuhan,airmata ni titis lagi. Betapa Kau menyanyangi aku dengan mengurniakan aku dugaan dugaan ni. Aku redha. Aku terima ujianMu ni. Semoga aku semakin tabah,sabar dalam mengharungi dugaanMu.


*Bila aku tak kacau orang,orang kacau aku. Bila aku diam,orang pijak kepala aku. Bila aku bersuara,orang kata aku kurang ajar. Bila aku menangis takda sorang pun dapat menjawab. Terima Kasih sebab menguji kesabaran aku.*

Ya Allah Tambahkan Aku Kesabaran

Air mata aku memang nak menitis. Entahlah. Bila kat Segamat ni,aku jadi terlalu tertekan. Aku jadi terlalu stress. Ya Allah,tambahkan tahap kesabaran aku. Lindungi mata,hati,telinga dan anggota badan aku dari aku bersikap keterlaluan. Kuatkan aku. Aku takut aku tak mampu. Aku takut aku tak kuat. Ya Allah,bantu aku.

Seribu satu masalah aku pendam. Seribu satu rasa aku simpan. Seribu satu perasaan aku rasa. Aku tak mampu untuk menipu. Aku tak mampu untuk bercakap. Kita dah dewasa sepatutnya act macam orang dewasa. Kita pelajar universiti sepatutnya act seperti pelajar universiti. Tafsiran aku tak salah. Aku rasa kesabaran aku nipis sangat. Semakin hari semakin nipis. Semakin aku diam semakin dipijak. Ya Allah,tolong putarkan masa dengan laju. Aku tak mahu lagi hidup disini. Aku nak habiskan diploma ni secepat mungkin. Aku nak pergi dari tempat yang bermasalah ni. Putarkan masa dengan laju wahai Tuhan.

Bila mereka bertindak,mereka tak perasan yang tindakan dan kelakuan mereka tu sebenarnya tak selari dengan emosi mereka. Dan mereka hanya melihat kesalahan aku. Sengaja menyalahkan aku bagi menutup kesalahan sendiri. Padahal kesalahan sendiri sudah terang lagi bersuluh namun masing masing membutakan mata demi atas nama 'KAWAN'.Okay fine. Untuk mereka silalah hipokrit. Untuk aku,aku lebih rela jadi jahat dari jadi hipokrit yang tak tahu menghormati manusia lain.


*Muka yang masam,kurang senyuman,garang macam aku mungkin tak layak untuk hidup disini. Tapi salah ke aku berwajah begini? Ini wajah pemberian Allah dan aku bersyukur. Aku tak kacau orang. Tapi orang sibuk nak menyakitkan aku? Salah ke aku begini?*

Thursday, September 23, 2010

Feel Lari Kene Tiup Angin

Bilik sangat gelap. Bukan bilik aku tapi bilik tumpangan. Bilik aku tak pernah gelap sebab mereka penakut. Esok aku ada test HRM. 4 chapter will cover this test. Tapi aku baru cover 2 chapter. Diba dibawa hanyut dalam mimpi. Aku hanyut dibawa ombak untuk terus online. Puan,boleh saya mintak postpone test?? Please. Saya takda semangat nak jawab test esok petang.


*Bantal dengan tilam macam memanggil dan melambai je. Aduhh dugaan ni tak mampu nak aku lawan. Mahu tidur sebentar. Nanti kejutkan aku. Tolong ingatka aku budak comel yang tak sedar diri yang masih belum habis study sebab dia ada test esok petang.*

Bila Kepala Kene Pijak,Leher Jadi Pendek

Aku masih teringat ingat kata kata Puan Reen (Lecture HR) aku malam Selasa hari tu. Budak budak sekarang pantang dibuat baik. Nanti kepala kita kene pijak,sampai leher pun jadi pendek. Siapa boleh tahan beb? Betul tak? Kalau salah kau mesti tak normal.

Aku pun punya pendapat yang sama. Dulu time aku semestar satu,sangat takut untuk masuk bilik meeting. Yelah mahu tak cuak nak jumpa ramai otai otai dalam wing (aras/level). Muka memang tak berani nak angkat. Semua pakat tunduk bawah. Bila kene soal,baru berani jawab. Tu pun sepatah. Even ada jugak yang berani jawab berpatah patah,tapi muka senior mesti dah berubah semacam. Paling kurang mesti kene umpat dalam bilik diaorang. Dan sebab tu aku merindukan zaman zaman semestar satu. Even sangat buat tak senang duduk,tapi sangat seronok. Terasa sangat dekat dengan mereka even muka diaorang macam harimau bintang. Terasa sangat sunyi bila diaorang takda.

Tapi sekarang. Nak mengharapkan junior senyum kat senior pun susah. Lagi best bila junior yang tunjuk kuasa kat senior. Memang terbenam dalam tanah kepala senior. Bila junior suruh senior buat assigment,senior mampu untuk menurut. Mungkin itu adalah tanda kehormatan seorang junior untuk senior. Mengabadikan tulisan dan nukilan senior mungkin adalah tanda besarnya title junior berbanding senior. Dunia kian berubah. Kalau dulu,bila ada senior yang nak lalu jalan yang sama,sanggup si junior lalu jalan lain. Tapi sekarang,junior siap boleh langgar lagi senior. Hilang rasa hormat junior untuk senior.

Semua ni jadi mungkin sebab,mereka terlalu dimanjakan. Terlalu diberi kemewahan oleh kerajaan. Terlalu diberi kebebasan oleh universiti. Dan senior hanya diberi kesekatan oleh universiti untuk tidak berlaku zalim dengan junior tapi sedangkan dulu tak pernah dipersoalkan. Akibatnya hilang hormat junior kepada senior. Jadi fikirlah semua. Jangan sebab mereka anak orang yang berpangkat,mereka layak untuk berlaku seperti universiti ni keluarga mereka yang punya.


Rindu kepada senior senior ini.Mereka sangat rock even suka marah marah dalam meeting. Muka aku sangat nerd tapi tetap comel macam selalu.hahaha

*Alhamdulilah. Masih ada junior yang senyum jika selisih dengan aku. Masih ada yang bertegur dengan aku. Bukan untuk memuji tapi realiti kalau kita meletakan diri sama level dengan orang lain. Sampai mati kita akan dihargai.*

Wednesday, September 22, 2010

Semua Nak Berair

Sorry tajuk agak kuning. Tapi tulah yang aku rasa sekarang ni. Sangat berair. Dalam hidung berair,mata berair,mulut berair,badan berair,dunia kat luar berair. Bila selsema  datang,demam pun nak datang. Batuk pun nak menyibuk. Semua gara gara aku redah hujan. Konon konon aku ala ala macam kalis air time hujan lebat. Ambik kau secantik manis sayangku Cik Azza. Penangan kerja berani mati kau. Demam panas plus selsema.


*Makan roti gardenia sumbat panadol lagi. Sampai bila akan terjadi? *

Tuesday, September 21, 2010

Dia Act Macam Kerja Kebun, Saya Act Sebagai Gadis Comel

Hai. Saya gadis comel. Sedang dilanda senyuman untuk hari ni. Saya suka senyuman ini. Saya suka bahagia ni.
Pada siapa yang masih tak boleh terima kenyataan ni,sila buka hati kalian untuk menerimanya. Kerjasama anda amat saya hargai.hehe

KAU BUNGA CINTAKU VERSI ANUAR ZAIN

KAU KUMBANG CINTAKU VERSI AKU

Beku ku di sini,
Menantimu lelah sudah perjalanan ku ini,
Takkan mampu ku berdiri lagi,
Hampa semua tak terasa lagi.(tanpa mu)
jatuh ku ke jurang gelap tak berjiwa lagi,(hadir mu)
kehidupanku kusandarkan cintaku
Layu ku di sini,
Menunggu mu mekarkan semua bunga cintaku,
Takkan mampu ku berkembang lagi,
Musim ini tak mampu menghadirkan mentari.
Kau di mana,
Kan ku cari,
Kan ku dapat hangatmu,
Lekaslah cairkan dingin ku.
c/o
Di dalam diriku ini,Hanya ada satu cinta,
Yang membuat ku bahagia,
Bersama mu.
Layu ku di sini,
Menunggu mu mekarkan semua bunga cintaku,
Takkan mampu ku berkembang lagi,
Musim ini tak mampu menghadirkan mentari.
Kau di mana,
Kan ku cari,
Kan ku dapat hangatmu,
Lekaslah cairkan dingin ku.



Monday, September 20, 2010

Saya Jealous Lagi

Posting yang ke 301.

Sekali lagi aku jealous. Sangat membuak buak perasaan ni. Sangat meluap luap rasa ni. Rasa macam nak terbang pergi UITM Shah Alam sekarang. Nak jumpa Cik Azeera Suder. Nak soal siasat dia macam polis soal siasat kes bunuh ni. Ni kes tergempar. Macam mana dia boleh friend dengan BFF aku? Musykil musykil.

Jom kita berdreaming sekejap. Andaian aku sebab dia add member aku:
1. Dia nak usha aku lah tu.Saja nak tengok dari friend friend aku. Ala macam yang aku buat selalu tu.
2. Dia nak tengok picture terbaru aku. Dalam album gambar FB kawan aku banyak picture aku. Dia nak simpan la tu.lalala
3. Dia rindu kat aku la tu. Saja nak tengok aku bermesra dengan kawan kawan aku.
4. Dia bakal meminang aku. Yelah kene slow slow. Nanti aku terkejut. Tapi dia tak tahu yang aku dah lama bersedia.

Pesanan ringkas untuk Cik Azeera:
Lepas ni aku akan lebih rajin men'tag' nama kau. Setiap hari aku akan conteng wall kau. Muka aku tengah blushing blushing ni. Aku sangat gembira. Mungkin Allah memakbulkan doa aku. Siapa tahu kan?  Tolong stalker dia untuk kebahagian aku. Terima Kasih kawan.

*Mood sebenarnya bukanlah jealous sangat. Tapi terkejut. At same time Im So Happy. Twin,dimana kau? Nak story ni*

Saturday, September 18, 2010

Im Get Nokia 6110 Navigator


Hari ni going out with my ex schoolmate,Fara Nadia. Going to the Alam Sentral Shah Alam. Searching and buy a handphone. Tak dapat beli handphone idaman. Sebab tak cukup budget. Budget ciput tapi ada hati nak yang mahal. So sebab ukur baju kat badan sendiri,therefore just dapat handphone atas ni. Nokia 6110 Navigator. Full Complete with Garmin Sofware (seumur hidup),Antivirus,Games,Theme,Music,Beg Sarung, Accessories lain (macam biasa la).

Ok sekian. Terima Kasih.

*Tulis entry macam nak tak je. Macam redha dengan handphone tu.*

Friday, September 17, 2010

Touching Atau Terasa

Entah aku tak tahu. Kenapa tiba tiba aku sedih. Aku kenal dia . Aku sayang dia. Kalau ye pun dah tak suka,cakap laaa. Tak payah nak buat macam tu. Aku penat tahu tak. Melayan karenah kau orang adik beradik. Kalau aku ada buat salah,just cakap. Tak payah macam ni.


Aku terasa. So that aku touching.

Monday, September 13, 2010

Katakan Tidak

Aku terkena penyakit angau

Gila tak seriau

Banyak banyak penyakit

Mostly semua penyakit tu ada ubat

Tapi penyakit angau [tersengeh sengeh sorang sorang]

Tak ada ubat

Ubat tu cuma ada pada KAMU.


*Awak,saya tak mahu ke Bali. Saya mahu ke Jepun. Tak pun Paris. Tapi kalau awak tak mampu,kita pergi Pulau Pulau Malaysia je. Tapi saya nak pergi semua Pulau Pulau Malaysia taw,tak nak pilih pilih. Semoga awak baca pesanan khidmat masyarakat saya ni.hehehehe*

Sunday, September 12, 2010

Tak Boleh Tak Senyum

Aduh. Aku macam orang gila dah ni. Ke sana ke mari aku senyum. Ke sini ke situ aku sengeh. Apa yang dah merasuk kau wahai Puteri Raja Azza Hanie oii.. Kau sangat comel ke bila kau senyum? Kau sangat manis ke bila kau sengeh? Memang kau sangat comel sayang. Memang kau sangat manis sayang. Tapi tak perlulah kau senyum sentiasa. Depan kuali pun kau sengeh sengeh. Apa kau sudah short sebelah wayar ke?


*Hanya sebab kau, aku senyum macam ni. Cuma sebab kau,aku sengeh tahap orang sakit kat Hospital Bahagia. Ya,cuma kau sorang yang mampu buat aku senyum macam kambing biri biri sekarang. Kau sorang. Thanks sebab berjaya ukirkan senyuman ni. Ya,aku sudah jatuh sayang pada kamu. Malu wooooo mengaku macam ni.*

Saturday, September 11, 2010

Kau Only One

Tadi pagi hingga petang,mood aku macam ribut taufan sikit.Semua yang aku buat tak kena. Semua yang aku nak tak menjadi. Ada je silapnya. Semua lari. Huh sabar jelah.Oleh yang demikian aku terpaksa mencari alternatif lain untuk memulihkan mood aku untuk hari ni. Cara aku macam biasa. Memulihkan mood depan laptop Acer yang gedabak ni. Cara yang simple. Dengan stalker sesuatu yang aku boleh buat aku happy maka aku akan tersengeh sengeh depan laptop ni sorang diri. Aku cuma memerlukan laptop,internet dan keyword untuk benda yang aku nak stalker tu. Simple kan?

Untuk hari ni macam macam yang dah aku stalker. Daripada benda yang aku tak pernah terlintas nak tahu,aku dapat tahu. Dari benda yang disorok,dapat aku selongkar. Dari benda kebahagiaan sampai kesedihan. Semua aku tahu. Mungkin tak semua. Tapi cukuplah untuk hari ni.

Dan malam ni aku stalker kau. Time kecik sangat comel. Meningkat menjadi yang handsome [ untuk aku,kau dah cukup]. Mendewasa dengan rupa yang sangat messy. hahahaha. Mungkin sebab kau orang laut dan aku orang darat. Sesuai sangat rupa kau sekarang dengan ke'messy'an tu.

Kau bisa buat aku ketawa. Kau bisa buat aku tersengeh sengeh. Kau bisa buat aku tersenyum. Kau bisa buat aku terduduk. Kau bisa buat aku menangis. Kau bisa buat aku kecewa. Aku bisa rasa kesakitan kau. Aku bisa rasa kedugaan kau. Aku bisa rasa kegembiraan kau. Cuma dengan kau,aku dapat rasa semua ni. Cuma kau sorang.

Apa ni yang dinamakan cinta pandang pertama? Only you can make me messy like this.



*Tfa wish aku selamat pengantin baru. Mungkin muka aku ada macam pengantin baru kot. Tapi sampai hari ni belum ada pun panggilan meminang atau merisik untuk aku. Aku sudah tentu keciwa.waaawaaaa. Gedix siot.hahahahaha*

Sangat Menyentuh

Aku bosan. Aku tak tahu nak buat apa. So aku duk depan laptop. Tangan terkial kial nak menaip. Tak tahu nak menaip apa. Tak tahu nak search apa. Bila teringat lama tak stalker,so aku decide nak stalker. Lain yang aku cari,lain pulak yang aku jumpa. Rezeki? Entahlah. Bukan rezeki kot.

Aku terbaca belog seorang akak. Untuk aku yang muda,dia pangkat akak. Dia muda tapi dah kehilangan Papa hampir 11 tahun. Lamakan? Aku tak tahu sama ada aku patut tak tulis cerita dia ni. Tapi untuk dijadikan satu iktibar untuk semua aku terasa macam nak share.

Aku sedih bila baca tentang saat pemergian Papa dia. Dia takda disisi. Dia merajuk dengan Papanya. Sebab Papa dia terlupa tentang hari lahir dia. Anak mana yang tak terkilan kalau ayah atau abah atau papa mereka ingat hari jadi sibling yang lain tapi lupa hari jadi dia. Papa dia sanggup buatkan kek kopi untuk sibling dia tapi untuk ingat hari jadi dia,Papa dia terlupa.Dan dia pun merajuk dan bawa hati ke tempat lain. Means dia pergi bawak diri tidur kat rumah kawan dia. Berminggu jugak dia bawak hati dengan harapan yang Papa tadi ingat hari lahir dia. Tapi harapan si anak tak kesampaian. Saat akak tu decide nak pulang ke rumah,ada orang datang rumah kat mana akak tu tumpang bermalam. Orang tu bagitahu yang Papa dia dah takda. Terduduk akak tu. Ingat nak merajuk untuk dipujuk,tapi rupanya Papa dia yang merajuk dan pergi jauh.

Aku tak datang bayangkan macam mana dia menghadapi keadaan tu. Mesti akak tu terkilan. Terkilan sebab takda di sisi Papa dia masa Papa dia hembuskan nafas terakhir. Aku doakan Papa akak tadi ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Untung Pakcik tu sebab punya anak yang sayang menyanyangi Pakcik. Even aku tak kenal Pakcik tu,aku tahu Pakcik tu seorang yang hebat. Pakcik tu berjaya didik anak anak dia untuk jadi orang yang kuat,tabah dan tak mudah patah semangat. Al Fatihah untuk Pakcik tu.

Bodoh Menangis Lagi

Semua serba tak kena

Bodoh aku menangis lagi

Bodoh aku benci semua ni

Bodoh aku taknak macam ni


Thursday, September 9, 2010

Buat Mereka Mereka

Assalamualaikum. Hari ni hari terakhir Ramadhan. Esok raya. Puas tak rasa nikmat bulan puasa ni? Untuk aku,aku tetap tak puas. Sangat mengharapkan yang aku dapat rasa kehebatan bulan mulia ni. Esok raya,maknanya hari ni aku kene tolong family belah mama masak masak. Bukan main masak masak macam kecik kecik tu. Ni masak betul betul. Kenapa setiap hari raya kene masak masak? Kenapa tak makan je makanan macam biasa. Tak payah membazir. Entah,aku pun tak tahu kenapa. Aku tanya mama kenapa,lepas tu mama jawab,"kalau dah siap masak nanti,kau tak payah makan."[via muka tersengeh sengeh].


Dengan ini aku nak mengucapkan berpatah patah perkataan. Sepatah dua mana cukup beb.hahaha


Kepada ayahanda,ibunda,kekanda,adinda,rakan taulan dan sanak saudara.Selamat Hari Raya. Ohh ya! Kepada kekasih hati [even hati aku belum dimilik..eekkkk..nak muntah tulis ] Selamat Hari Raya sayang.hahahaha


Okaylah yang ni serius.


Dengan itu,
aku, selaku pemilik blog ini,
menyucapkan
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI
MAAF ZAHIR dan BATIN.

Jika kalian ada salah dengan aku,
tak perlu mintak maaf lagi,
sebab aku dah maafkan semuanya...

Andai aku ada silap salah khilaf mana-mana,
sila beritahu aku supaya aku mampu berubah.
Dan kalau aku tak mampu nak berubah
aku susun 10 + 10 jari tangan dan kaki memohon maaf...
aku cuma menjadi diri sendiri.
MAAFKAN AKU..



*Aku sedih sebab merasakan aku gagal memanfaatkan Ramadhan kali ni sepenuhnya. Harap aku masih ada Ramadhan yang mendatang,amin....*

Wednesday, September 8, 2010

Akhirnya Dapat Jugak

Dah lama aku cari. Sangat suka lagu ni. Akhirnya dapat jugak download. Sorry kepada orang yang pernah bagi link lagu ni kat aku. Link tu aku tak boleh guna. So sangat memakan masa untuk download lagu ni? Siapa nak?
Sila mintak saya. Sebab bukan senang nak dapat lagu ni. But sound dia pecah pecah sikit. Tapi better dari takda langsung kan?

Tak Pernah by Kaer (Lirik only)
Aku asyik menunggu
Masih lagi merindui diri mu
Adakah kau sedari
Cintaku masih milik mu
Kau bagai tak kisah kebenaran ini

Korus
Kau tak pernah berubah
Kau tak pernah mengalah
Kau tak pernah percaya
Dengan cinta yang ada
Aku pernah berkata
Aku pernah bersuara
Tentang arah cinta kita
Namun kau biarku hampa
Sering kau menghindari
Sering berdusta dengan alasan mu
Tiada kata terlafaz
Di saat pemergian ku
Kau bagai tak kisah perpisahan ini
Ulang Korus
Terpaksa ku merelakan
Tak mahu ku mengharapkan
Kau akan datang kembali ke pangkuan ku
Ulang Korus

Seronok Sampai Menari Nari

Hello semua. Tengah buat apa? Makan? Tak puasa ke? hahahahahaha. I puasa. Hari ni I nak story pasal cerita I yang semalam. Bukan pasal entry semalam tu. Bukan pasal dia. Bukan pasal hati. Tapi pasal I. Semalam I keluar dengan BFF I. We all pergi Jusco Bukit Tinggi. Eh bukan Bukit Tinggi kat Pahang tu. Ni bukit tinggi kat tempat I je. I tak mampu pergi jauh jauh.

Okay. Fokus okay dengan story I ni. Pastikan you all takde gangguan disekeliling. Kalau perlu sila silent atau off kan handphone anda. Itu lebih baik. Sila pastikan juga otak anda tenang dan kosong untuk menerima cerita ini.
Cerita ini benar. Tiada yang palsu. Kalau ada ia akan dinyatakan. Anggukkan kepala anda tanpa anda memahami syarat saya. Thanks.

Semalam I, Zeera and Dila going to the Jusco macam yang I sebut tadi. Motif utama nak keluar beli kasut raya si Zeera kat Vincci. Motif sampingan nak buka puasa dengan Mimi and Yan. Tapi motif kedua tu gagal. Aku orang terakhir yang tahu. How dare you all tak bagitahu I? You all tak tahu ke yang I dah bersiap lawa lawa.hahahaa. Semalam kita orang naik Unser purple milik En Suder yang suka kacau I time I webcam dengan anaknya. You know I sangat pemalu tau. Terus I jatuh katil bila dia tengok tengok I. hahahahaha. Anak En Suder,kirim salam dengan ayahmu. Nanti I nak webcam dengan ayah kamu lagi.lalalalalala.

Anak En Suder ambil aku lambat daripada janji. I pulak tak kisah. Mak I pulak sibuk duk call suruh singgah tempat kerja dia untuk ambil kotak kotak biskut raya. Maka dengan itu we all ambil si Anak Rafi pun lewat sikit. Sampai rumah En Rafi,boleh pulak anaknya belum siap. Sungguh sakan kami gelak dalam Unser. Speechless dengan ketidaksiapan dia. So dia bertindak siap seperti kartun. Ala ala mak Sin Chan kot dia bersiap.hahahahahaha. Lepastu terus menuju ke Jusco bukan milik family kami.lalalaa

Masuk masuk,kami terus attack Padini untuk memuaskan hati anak En Suder even dia belum withdraw duit. Mungkin sebab dia perasan yang dia comel dan mungkin dengan tu Padini takkan kenekan dia bayaran. Maaf kecomelan dia tak laku. Kasut yang dia nak pun dah takda.hahahahaha.Kemudian kitaorang pergi solat. Naik atas,attack Jusco kat bahagian shoes. Pun takda kasut yang berkenan dihati dia. Anak En Rafi jumpa wallet someone atas kasut kasut pameran. Tuan punya wallet tak dapat dikesan. Dengan jujur dan baik hatinya,kitaorang pergi service counter. Dia isi form lepas tu,orang yang in charge cakap dia akan buat announcement. Tapi haram. Rasanya macam dia tak buat je. Takpelah kak,tu antara akak dengan Tuhan. Bahagian kitaorang dah settle.

Terus usha usha kasut lagi. Lepas tu kitaorang pergi cari tempat duduk sebab nak break fast. We all pilih KFC untuk ikut kehendak anak En Suder lagi. I and dia pilih snack plate plus dengan cheesy wedges. Anak En Rafi cuma pesan zinger combo. We all makan sebelah 'kembar' anak En Suder. Kembar dia sangat sombong,siap menjeling menjeling ku mandang,mata kita sama memandang.hahahahaha. Sangat annoying tau. Tolonglah! Siap makan,serang Watson. Semua tester nak dicuba. Semua make up pulak tu. Tabiat apa la kawan kawan I tu. Pakai maskara,terus mata tak boleh nak bukak. Pakai eyeliner masuk dalam mata.hahahaha. Korang memang kelakar.hahahaha.

Sebelum tu I sempat kene paksa untuk timbang my weight. Takut memang takut. Tapi I happy. You know why,sebab berat I dah turun. Dulu mesin tu kata XL. Now dah L. Bila balik I kira BMI,memang berat and tinggi I belum ideal sebab BMI  I just dapat around 26. So I kene work hard sikit lagi biar dapat berat dan tinggi yang ideal. Wahh gembiranya I rasa sampai I boleh menari nari dalam Jusco tu.hahahahaha.


Next we went to the surau. Lepas tu teruskan usaha mencari kasut. Last last selipar Padini jadi pilihan anak En Suder. Anak En Rafi yang beria ia taknak beli apa apa,tapi dia kaut jugak kasut Vinnci high heel yang 50% discount. hahahahaha.I pulang dengan tangan kosong. Macam tak biasa.hahaha. Sebelum balik diaorang belikan big apple untuk family masing masing. I beli mcd untuk my mom sebab dia duk call mintak GCB tapi GCB dah takda. So I kaut Spicy Chicken Maxdeluxe je. We all kaut jugak ais krim.hehehe

Sampai rumah dalam around 10 malam. Penat berjalan dengan mereka. Tapi we all enjoy. Thank girls make my day happy. So bila nak attack Nasi Ayam Penyet pulak.lalalalala

*Dari XL turn to L. Sangat excited. Sangat berbaloi pengorbanan I. Cuma macam yang I cakap,diaorang kata badan I dah 'Jatuh'. Macam mana? Any suggestion? Please,I need you opinion. Thank you.*


Saya berjaya. Tahniah Azza! Keep up sayang! Go Azza. Go Azza.

Tuesday, September 7, 2010

Pemilik Kepada Tulang Rusukku

Hari ni aku bosan. Pagi pagi lagi aku bangun. Terus kene kemas rumah. Aku rasa semua kipas kat rumah aku dah berat,so aku ambil tangga. Lap segala habuk yang ada kat kipas. Pehh,kipas je baru tapi banyak giler habuk. Then aku vacum dan buat apa yang patut. Tertengok pulak tv3. Eh,my boyfriend dalam mimpi ada pulak dalam tv. Dan terujanya aku terus baring mengadap tv. Patutkan?? Tengok boyfriend sendiri dalam tv,takpe la. Bukan boyfriend orang lain pun. hahahahahahaa. Siapa boyfriend I yang bertuah tu? Mestilah superhero I. Faizal Tahir. Dia boyfriend I dalam mimpi tau.[Maaf kalau aku tergedik. Tapi sungguh aku giler dengan dia. hahahaha. Jangan jealous na.hahahaa]. Lepas tu kene hantar adik aku pergi klinik pulak. Nasib bulan puasa. So tak ramailah pesakit yang ada kat klinik.[Apa hal pulak aku story pasal aktiviti aku ni? Bukan ada orang nak tahu pon. Malaslah aku nak padam. Siapa nak baca,baca. Siapa tak nak,pergi pangkah belog aku ni.]

Masih ingat kali pertama jatuh cinta? Kali pertama nak tackle orang? Do you still remember when we first time fall in love? Remember that moment?

Berapa ramai antara kita yang masih ingat tentang kenangan yang pertama tu? Mungkin anda akan kerutkan dahi sebagai tanda yang anda sedang cuba untuk mengingat. Bila anda berjaya untuk mengingat,mungkin ada akan tersenyum. Senyum mungkin kenangan anda kelakar. Mungkin juga kenangan itu anda anggap kenangan paling bodoh. Tak kira apa saja yang anda fikirkan. Itu semua pengalaman. Pengalaman yang mengajar erti sebuah perjalanan hidup. Pengalaman guru terbaik untuk jadi orang yang lebih baik. Kalau setuju dengan kata kata saya,sila anggukkan kepala anda sambil senyum dengan pipi yang senget untuk saya.Thanks

Pernah tengok Syurga Cinta. Atuk Shuhada pernah cakap yang jodoh  tu terbahagi kepada tiga. Satu. Jodoh daripada syaitan. Kita berkenalan,berpegangan tangan dan melakukan maksiat. Kemudian si wanita mengandung lalu baru sibuk nak nikah atau sibuk nak planning untuk gugur atau bunuh janin sendiri.Kedua jodoh daripada jin. Kita berdua berkenalan. Hanya bertepuk sebelah tangan. Bila bunyi tepukkan tak padu,kita bomoh dan sihirkan si dia supaya dia suka kat kita.Lalu kita bernikah. Ketiga. Jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan terus menusuk ke kalbu. Si lelaki terus meminang si gadis. Si gadis menerima. Dan lalu kamu menikah. Insyaallah ia berkekalan hingga ke akhir hayat

Umur aku 20 tahun. Agak menipu rasanya kalau aku cakap yang aku tak fikir tentang jodoh. Mustahil untuk tak fikir. Bila single kita rasa hidup lagi seronok. Bila single hidup kita lebih bebas. Bila single hidup kita lebih mudah untuk bergerak. Tapi kadangkala kesibukan mengerjar kekayaan duniawi buat kita gagal mengenal erti sebuah perhubungan atau human touch.Sesetengah dari kita mungkin berpendapat yang wang adalah segala bagi kita. Tanpa duit hidup kita tak kemana. Aku pun mengakui tentang pendapat tu. Tapi sedar tak kita yang duit dan perhubungan perlu jalan selari. Duit tanpa human appriaciate takda makna.

Selama 20 tahun hidup.Aku dah bercouple dengan hampir empat orang lelaki. Banyakkan? Lihat betapa playgirlnya aku. Tu baru yang serius. Belum lagi yang aku kenal. Belum campur yang duduk mengusha aku tapi aku tak layan. Bukan nak menunjuk yang aku hot[hot ke? Eeeei tolong la. Kami tak hot,kami cool.hahahahaha],tapi cuma pelik tak sorang pun yang kekal dengan aku sampai sekarang. Hahahahaha. Sadis sungguh bunyinya. Hahahahaa.

Tapi sampai sekarang aku belum mampu jumpa dengan pemilik kepada tulang rusuk aku. Mungkin pemilik tu dalam proses mempersiapkan diri. Siap sedia menerima aku yang banyak sangat kekurangan. Tapi kekurangan tu adakala menjadi kelebihan kepada aku. Sebab kita adalah sebaik baik kejadian. Aku pun sedang dalam proses untuk menyiapkan diri sendiri agar jadi yang terbaik.


Cinta adalah permulaan jodoh.Cinta aku hanya untuk orang yang benar benar ikhlas mengenali aku bukan untuk dipersendakan. 

*Kenapa aku rasa entry ni macam mengarut. So abaikan jelah. Mana pulak budak budak yang janji nak ajak pergi Jusco ni. Takda khabar berita pun. Kang kalau aku tidur,padan muka aku.hahahahaha*

Monday, September 6, 2010

Aku Cuma Insan Biasa

Apa yang aku nak tulis ni adalah hak aku sebagai manusia. Hak aku sebagai blogger. Hak aku sebagai tuan punya belog. Siapa yang makan cili,dia rasa pedas. Siapa nak terasa,tu kau orang punya hal. Aku tak boleh nak halang kau orang dari terasa ke whateverlah. Sebab aku dah nyatakan syarat syarat untuk belog ni. Rujuk bahagian kanan belog ini. Tu adalah syarat dan terma belog aku. Kau orang semua takda hak nak mengungkit,berkata,malah berbahas tentang apa yang aku tulis. Aku tulis ikut hati dan perasaan waktu aku menulis. Aku tak pandai tulis ikut kehendak orang. Aku tak pandai tulis hanya semata mata nak menjaga hati manusia lain. Bukan sebab aku zalim atau aku kejam. Tapi cuba kau orang ada kat tempat aku. Aku yakin kau orang akan buat benda yang sama.

Aku dilatih untuk berterus terang. Jangan menipu benda yang diri sendiri tak suka. Jangan terlalu menjaga hati hingga diri sendiri yang makan hati. Maaf sebab aku bersuara sangat kasar. Aku tahu ramai yang memandang sinis dan berikan perlian untuk aku. Maaf itu tak melunturkan aku. Kau orang tak mampu bagi aku sesuap nasi untuk aku. Aku hidup bukan atas belas kasihan orang. Aku bukan pengemis. Aku bukan melukut ditepi gantang. Aku ada maruah. Dan kau orang juga ada maruah.

Bagi aku lebih baik kita jadi orang yang jahat. Lebih baik jadi orang yang dibenci. Lebih baik terima kritikan. Lebih baik hidup terima dugaan. Lebih baik jadi orang yang paling teruk. Daripada jadi orang yang baik tapi berpura pura baik. Daripada jadi orang yang hipokrit. Daripada jadi orang yang selalu terima pujaan sampai lupa daratan. Daripada jadi orang yang terima kegembiraan. Daripada orang yang paling baik tapi tak perikemanusiaan. Katalah apa saja tentang aku. Buruknya aku. Hinanya aku. Kejamnya aku. Zalimnya aku. Tak berperikemanusiaannya aku. Tak tahu jaga hati orang. Cakaplah apa saja.

Aku tak kisah apa yang kau orang cakap atau nak mengata. Bagi aku,aku menghalalkan setiap huruf dalam setiap ayat yang kau orang kata mahupun terdetik ataupun tulis takpun pandangan kau orang tentang aku. Bukan nak menunjuk yang aku baik. Tapi hakikat diri aku yang sebenar,aku sangat mudah memaafkan orang. Mudah untuk memaafkan tak bermakna mudah untuk melupakan. Itu dua benda yang berbeza. Maaf tak bererti melupa. Ingat tak bererti tak memaafkan.

Aku cuma insan biasa. Yang tak mampu menjaga hati setiap manusia. Biarlah aku jadi manusia yang paling jahat daripada jadi manusia yang hanya berpura pura. Hidup tak perlu bermuka muka. Hidup tak perlu hipokrit. Jadi diri sendiri. Itu lebih baik. Terima kasih atas setiap butir ketidakpuas hatian kau orang. Aku amat hargai.


*Entry ni tiada kaitan dengan siapa siapa. Sekadar luahan hati aku as a blogger hampir setahun lebih. If kalau nak terasa,itu hal masing masing. Aku taknak ambil tahu.*

Semalam Tak Seronok,Hari Ni Penat

Hallu. Anybody home? Siapa jawab,dia nk kene buat sit up.hahahaha.Ni belog aku,so tak akan ada orang lain jadi tuan rumah selain aku. Ni belog persendirian. Bukan belog nak menjaga jaga hati orang.hahahaha.

Okay.Semalam aku sampai rumah dalam pukul 7. Journey aku sangat jauh dan mencabar. Pengalaman pertama. Segamat ke Bukit Jalil ke Bandar Tasik Selatan ke KL Sentral ke KTM Klang yang ada berapa banyak stesen entah.hahahaha. Sangat penat. Dan akibatnya aku tak mampu nak ke Stesen Bus Klang. So aku dengan Safira memohon jasa baik ditambah dengan simpati orang lain untuk ambil kitaorang yang tersadai kepenatan dekat KTM Klang. Nak harap abah ambil? Tak inginnya abah merempuh kesesakkan lalu lintas kat Klang tu. Baik aku suruh dia duduk rumah dari dia ambil dengan keadaan tension. Nasib Safira orang Jenjarom,so dapatlah ayah dia merempuh jalan pintas yang kurang kesesakkan. Thank you pakcik. Sorry saya tak banyak cakap dalam kereta sebab saya sangat penat. Rasa nak buka puasa je time tu.hahahahaha. Tiba tiba mengedik. Sorry again.

Sampai rumah siap siap nak buka puasa. Lepas tu,mama dengan rasa baik hatinya dah sediakan tugasan melipat pakaian dalam bakul baju untuk jangka masa 3 hari yang tak dilipat lagi. Wahh hadiah yang sangat aku nantikan. Sangat teruja bila mama suruh aku settlekan kain kain dalam bakul tu. Okay aku tipu. Aku rasa nak marah tapi tak sampai hati. Yelah mama suruhkan. So dengan tu aku sebagai anak yang paling comel dan jelita melunaskan tugasan pertama tu dengan jayanya.hahahaha.Padahal dalam hati menyumpah nyumpah kain baju tu. Sorry baju baju semua.

Hari ni bangun pagi. Pukul 8 lebih still pagi kan?? Mama cakap cepat berus baju kerja abah dalam toilet. Lepas tu jemur baju dalam bakul. Then iron baju. Lepas tu mandi. Next siap siap nak pergi cari baju raya. Macam arahan dari Komander Kesatria je gamaknya.hahahahaha, So aku pun dengan rasa malasnya,ikut jelah cakap mama tu. Nak tahu tak,baju Adamaya aku dah longgar. Wahh sangat membanggakan. Teruja sangat. Diet aku menjadi. Jangan jealous.hahahahaha

Dari rumah terus ke PKNS Shah Alam. Lepas tu nak balik tersesat sikit kat Jalan Shah Alam tu. Singgah Jusco Bukit Tinggi nak beli kasut kerja abah pluss barangan kerja abah. Dalam kereta aku mengadu nak ayam golek. Singgah pulak kat Bazar Jalan Kebun. Nasib kedai ayam golek tu dah golek golekkan ayam dia. Tapi kedai lain still tutup. Abah decide nak pergi Bazar Banting sebab mama nak cari kipas angin, Kipas lama dah rosak. Lalu jalan pintas kat Jenjarom. Sampai Bazar Banting aku borong segala macam makanan. Mama senyum dan bayar je. Singgah kedai elektrik dekat dengan Maybank nak beli kipas. Mama borong dua bijik kipas. So kita orang balik dalam keadaan kereta yang sarat dengan barang barang. Mama tak puas hati,mama suruh singgah kat Batu10 pulak. Nak beli barang rumah pulak. Lagi menyaratkan kereta Waja tu.

Tengok betapa jauhnya kitaorang sefamily merayau hari ni. Ke utara ke selatan. Semua diredah. Hahahaa. Jalan sangat jem. Sebab ramai orang puasa.lalalalalalala. Hari ni aku sangat penat.End of the story.

*Baju raya aku tahun ni colour ungu,hijau,hitam pink. Selendang aku macam macam colour. Aku pening nak pakai yang mana dulu. Siapa future husband aku? Meh decide nak pakai yang mana dulu ni? Kita pakai together la.lalalalala*

Saturday, September 4, 2010

Selamat Pulang Anak Perantau

Ya,hari ni hari yang paling aku nantikan. Hari untuk aku pulang ke kampung. Desa tercinta.Betul kata orang,hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri. Noh hujan suka ayam penyet.hahahaha. Okay yang tu takda kaitan. Pengalaman study yang ala ala kat overseas ni tak semua orang dapat. Dan tak semua orang boleh survive nak duduk study lama lama kat pendalaman macam aku ni. So Im the winner for that survival.hahaha.Sangat kebanggaan tau.

Selamat Pulang Anak Perantau. Kalaulah ada banner kat Selangor tulis macam ni macam yang si Adibah cakap kat Kelantan ada,mesti seronok gila bila baca. Rasa sangat dihargai.So,kepada siapa siapa yang berkeinginan nak jadi wakil rakyat,sila buat banner ni di setiap pintu masuk daerah ataupun kat pintu masuk negeri Selangor. Aku warga Selangor yang merantau tau.


Eh,tiba tiba ada gambar kereta Myvi Hitam. Tak sengaja okay. Tapi suratan atau kebetulan? 

*Perut aku meragam pulak. Ni mesti banyak sangat makan nasi. Tiket aku pukul 12.30 tengah hari. Doakan aku selamat sampai okay.Tak Sabar nak jejak tanah Selangor.*

Friday, September 3, 2010

Dah Tak Excited

Semua gara gara Financial Of Investment punya paper tadi petang. Habis terbang semua mood balik raya aku. Soalan calculation dia tak susah macam biasa yang Encik Khai bagi dalam kelas. Tapi soalan teori dia,macam Encik Khai tak pernah ajar je. Encik Khai ni,dahlah dia yang buat soalan. Apa salahnya bagi soalan bocor untuk kiteorang? Tolong menolongkan amalan mulia. Lagi lagi bulan puasa ni. Lagi banyak pahala yang boleh dapat taw. Tak baik kedekut.Lalalalalala

Sekarang? Aku tak buat apa apa. Tengah duduk melingkar macam ular sawa. hahahahaha. Tengah duduk merempat dalam bilik si Zaiha. Dia tengah duk menatap assigment Financial Analysis a.k.a FA (dulu aku ingat budak budak ni nak jadi Flight Attendence..hahaha..yelah duk asyik cakap FA susahlah..aku tengok Awan Dania tu taklah susah sangat..hahahaha)

Okay. Aku nak cari mana perginya mood excited aku semalam. Aku sangat tak bersemangat nak balik. Lagi lagi mengenangkan perjalanan panjang untuk esok. Aku dapat bayangkan kepenatan hari esok. Dengan tu,aku diwajibkan sahur nasi untuk pagi nanti. Sila kejutkan aku. Please!


Gambar sekadar hiasan saja

*Nak bawak barang apa ek balik rumah nanti? Tolong ingatkan aku. Eh macam tajuk lagu pulak.hahaha.*

Thursday, September 2, 2010

6 Patah Perkataan


Cuma 6 patah perkataan
Dah terlalu cukup buat aku senyum

Hanya 6 patah perkataan
Dah terlalu manis ukiran bibir aku

Dengan 6 patah perkataan
Hilang kerisauan aku

Semua sebab 6 patah perkataan
Aku rasa nak melompat bintang sampai tertidur malam ni

Kerana 6 patah perkataan tu

Dalam Kepala Otak

Sangat jealous. Sangat sakit hati. Sangat meronta. Sangat sedih. Dari pagi tadi asyik nampak orang bawak beg balik kampung je. Berbeg beg diaorang bawak beg balik kampung. Bermuka ceria diaorang meninggalkan UITM ni. Muka teruja tunggu bas nak pergi terminal. Sedangkan aku sibuk susun buku nak pergi kelas. Sibuk siapkan diri nak pergi kelas. Sibuk bawa beg yang agak berat pergi kelas. Sangat cemburu tahap cipan pada mereka semua.

Dalam kepala otak aku cuma ada yang ini


Bukan ada yang ini



 Aku kene jawab exam  Fundamental Of Investment esok petang. Aku ulang balik semula. Kene jawab exam Fundamental Of Investment,esok petang. Saat tu berbondol bondol budak budak UITM balik rumah. Mesti sangat tensionkan kalau mengenangkan time tu. Okay apa kata kita mengenangkan exam aku tu. Lagi sadis. Sebab aku belum banyak lagi study. Aku belum cukup ilmu nak bawa untuk masuk dewan esok petang. Nak bawa toyol tak boleh. Sebab esok masih bulan Ramadhan dan aku puasa. So korang amat digalakkan untuk mendoakan kejayaan aku untuk esok petang.

*Hanya jasad dalam kampus,otak aku nak melencong ke tempat lain. Susah betul jadi aku kan?*

Wednesday, September 1, 2010

Bila Mama Call

Tadi cuti sempena Merdeka. Aku bangun agak awal. Sebab aku tidur pun sangat awal malam sebelumnya. Budget nak pergi bilik bacaan depan library dengan Safira sebab nak study untuk test Jumaat ni. Tapi kawan aku tu bagi message tak boleh datang sebab ada hal. Aku pun okay jelah. Sebenarnya aku malas jugak. Kira bertuah dan bernasib baiklah.

Aku online sambil update update belog yang dah nampak comel sikit ni. Lepas tu aku buat assigment Organizational Behaviour a.k.a Gelagat Organisasi. Kelakar je bila lecture aku sebut nama subjek ni dalam Bahasa Melayu. Nampak macam gelagat raja lawak pulak. Tak official langsung. Nasib aku belajar dalam English,baru nampak macam gempak sikit.hehehe.

Aku memang standardlah kalau pakai handphone,silent memang dah sebati dengan hidup aku. Aku taktahu kenapa aku suka silent handphone. Walhal bukannya aku duduk dalam hospital ke,rumah mayat ke,masjid ke. Tapi aku tetap suka set handphone aku dalam silent mode. Sampai kawan aku berangin angin cakap,"awak,kalau awak silent,baik awak buang je handphone awak dalam tong sampah ke longkang ke bla bla bla.." Nak buat macam mana. Dah biasa. Dah jadi habits pun. Kalau pasang mode biasa sampai volume maximum tapi still tak dengar pun sama jugak. Baik buang jugak handphone tu dalam parit. Tu lagi pekak.

So bila Mama call tadi aku memang tak perasan walhal handphone aku je dekat dengan aku. Bila aku sedar,aku call Mama balik tapi Mama tak answer. So tunggu jelah Mama call balik sambil tidur tidur ayam. Tak lama lepas tu Mama call. Mama call semata nak tanya pasal serunding daging yang aku order kat Dilla. Punya teringin benar Mama dengan serunding Kelantan.[untuk Dilla: jat,kau memang kene belikan mak aku serunding ni wey. Dah banyak kali dia pesan. Kang kau kene duduk luar raya nih.hahahaa]. Dah tu Mama bagitahu kereta Abang aku dah sampai dan dah diguna dengan dia la.

Punyalah berlagak tahap cipanzi betul Abang aku sorang tu. Berlagak ingat kereta tu duit dia pulak. Siap dia balik nanti aku duduk sambil main main kereta baru kau tu. Kau jangan nak kerek. Aku tekan hon kuat kuat baru kau tahu. Mama kata nenek bising. Nenek bising lebih kurang macam ni,"Iwan dibelikan kereta. Karang si Azza nya bising tak dapat kereta pulak. Nanti karang bergaduh adik beradik." Mama aku dengan slumber badak jawab,"Eh,takkan nak belikan dua dua kereta. Ingat beli kereta dengan daun mangga ke?" Abah sampuk pulak,"Alaaa,Azza duitnya dah ada. Tunggulah dia habis belajar dulu."

Wah wah wah. Nampak tak apa yang nak buat aku gelak guling guling. Ternyata nenek aku sayang aku lebih. Alaa setakat kereta tu aku tak kisahlah. Aku bukannya nak sangat. If Abang aku tak bagi aku drive kereta dia takpelah. Buat apa nak gaduh gaduh. Tu jadi hak dia as a anak sulung. So kenapa aku nak jealous sangat. Nanti kalau aku ada duit,aku belilah. Aku pun taknak lah Mama dengan Abah berhabis untuk kitaorang. Belum tentu nanti kitaorang berhabis untuk Mama dengan Abah. Itu duit Mama dengan Abah kerja berpuluh tahun. Aku taknaklah minta lebih lebih.

Aku cuma minta kat Mama sebijik handphone je. Sebab handphone yang hadiah Abah time habis SPM tu dah rosak. Nak minta Blackberry macam melampau sangat je. Nantilah aku cari yang biasa biasa sikit je. Aku pun tak naklah  mintak yang canggih canggih sangat. Ke aku nak mintak mama benda lain. Nantilah bagi aku fikir dulu dalam tidur.

*Semoga aku dapat jumpa Malam Lailatu Qadar. Dah sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Cepatnya Ramadhan nak pergi. Tak puas rasanya. Tak tahu dapat lagi ke tak jumpa Ramadhan tahun depan.*

SEHATI BERDANSA