TABUNG SAKURA

Friday, April 30, 2010

Kawan Untuk Ambil Kesempatan

Semua orang ada kawan
Tipulah kalau takde orang yang hidup dalam dunia ini takde kawan
Semua orang akan ada kawan
Dan naluri untuk berkawan

Apa rasanya kalau kita ada kawan
Tapi kawan kita itu suka ambil kesempatan
Kita cuma kawan yang dipergunakan
Dan kita tiada kepentingan apa apa kepada dia

Dapat tak bayangkan kalau kawan kita itu macam ini














mata duitan

Bagaimanakah perasaannya jika kawan kita seorang mata duitan
Macam mana kita nak jauhkan diri dari kawan yang macam ini
Sebabkan diaorang tak mengaku yang diaorang ini mata duit
Memanglah mana ada orang yang mengaku buruk buruk terhadap diri sendiri

Kenapa aku tulis pasal mata duitan tetiba
Sebab aku ada seorang kawan yang mata duitan
Bukan sahaja mata duitan tapi mata pengambil segala kesempatan
Untuk kepentingan diri sendiri bagi memuaskan kehendak dia

Jadi dia ada hutang aku
Takdelah banyak sangat tapi kalau ikut kemampuan rakyat Malaysia
Rasanya jumlah hutang itu sangat sangat termampu untuk dibayar dalam kadar yang sepatutnya
Tapi sangat sangat susah untu dibayar oleh si minah sengal ini

Attention kepada si penghutang tu ye
Amboi kalau nak hutang sampai boleh hantar hantar mesej senyap mintak aku tolong
Dan molek je mulut kau cakap,"nanti minggu depan aku bayar okay..[senyuman manis yang busuk]"
Sekarang ini  bukan sudah next week lagi tapi sudah minggu terakhir untuk semester ini

Takkan nak suruh aku tampal notis dekat pintu toilet kot
 Macam aku nak panggil orang datang bilik aku untuk meeting wing
Baru kau rasa glamour
Pulak itu nanti aku guna pen warna warni
Mesti nanti kau sayang dan nak hutang dengan aku lagikan wahai si penghutang

Masa pinjam bukan main sopan
Siap pesan dekat aku
" jangan bagi tahu siapa siapa tau yang aku pinjam ini.Aku nak balik Seremban jumpa si polan tersayang [ maaf kepada siapa yang bernama polan,yang pasti ini bukan kekasih anda]. Dah lamalah aku tak jumpa dia, rindu. "

Even sikit pun hutang kau dekat aku
Even aku boleh halalkan saja hutang itu
Boleh tak aku cakap aku sengaja tak nak halalkan
Sebab kau tak pernah menyenangkan hidup aku
So be aware okay!!



Saturday, April 24, 2010

Macam Takda Rasa Saja

Aku peliklah
Aku sepatutnya didalam mood exam
Tapi kenapa aku takboleh focus??
Asyik mengenangkan laptop dan broadband yang kesunyian saja..

Kalau mak,abah aku tahu ini
Mampus broandband aku ini kene rampas
Tapi mesti abah memahami anaknya yang akan kebosanan kalau broadband ini tiada
Lagipun abah tak pernah miss bayar bil broadband aku
Itu pasal aku sayang abah sangat sangat

Kali ini aku takda apa nak tulis sangat pun
Jadi aku nak mengahut cabaran Tfa dan kawan kawan untuk buat entry happy happy
Tiba tiba aku teringat kepada someone yang comel
Ya comel macam aku [via buat muka gedik gedik]

Korang kenal budak ini tak













Mesti tak kenal kan
Jom kita dekat sikit bagi jelas










Kenal tak siapa this girls?
Okay jom kita tengok kalau this girls bertudung dan suci daripada noda make up










Alamak gambar ini tak clear pulak
Nevermind okay

For your information
This is one of my roomate
She's name is Nadia Hana [tak rasa ke ayat aku macam ayat essay budak budak SPM?]
She is model and my roomates too!!

Wah aku sebilik dengan seorang model!!! [via muka excited sangat sangat]
Orang selalu tanya aku
Best tak sebilik dengan model? Model itu okay tak kat bilik?
Dia takde job ke this weekend? Kau tak mintak ke signature dia?

Itulah antara soalan budak Uitm Segamat if diaorang tahu who is my roomates
Dan aku sedaya upaya menyimbunyikan who is my roomates
For me ada roomates yang menjadi model adalah sangat sangat merimaskan
Dan juga bilik aku telah menjadi hotel,tempat testing and trying clothes,kauter pertanyaan dan banyak lagi

Aku tak dapat bayangkan kalaulah roomates aku adalah dia ini













I think you all mesti kenal this girls













This is Hanis Zalikha
This is my campus mates,coursemates,sektormates,subject arabic mates,business society mates
Mesti korang tak percayakan
Model yang glamour dan comel ini adalah kawan aku

Okay aku tipu korang
Dia bukan kawan aku [via muka sedih nak menitis airmata]
Tapi untuk yang lain itu betul okay
Dia sekampus dengan aku

Wahh aku sekampus dengan model glamour ini [via muka kegedikkan dan terexcited]
Actually aku tak pernah tahu pun siapa dia si Hanis Zalikha ini
This is my junior [means dia adalah second intake for Uitm]
All my campus friends and not my friends talk about girls model enter our campus

Aku pun terasalah nak tengok
Who is the lucky girls yang jadi bualan sekampus ini













Oh rupanya inilah girls yang menjadi bualan hangat di semua kolej kediaman perempuan dan lelaki
Dan juga bilik lecturer
Okaylah not bad [via nada sedih lagi]
Jom view muka dia this sem dengan berupa ayu










Ayu tak dia
Mampukah keayuan itu melawan keayuan dia ini










Mungkin satu hari nanti aku pulak yang akan jadi model ke?
Mesti korang semua bangga pulak dapat kawan model
Sama macam aku bangga dapat roomate,campus mates,coursemates,sektormates dan business socity mates seorang model yang menjadi bualan seisi kampus


Wednesday, April 21, 2010

Aku Pelakon Airmata

Hahahahaha..
Firstly aku nak gelak puas puas
Sebab malam tadi waktu aku tengah berendam airmata
Ada someone calling me

Memang aku minta dia call
Aku suruh dia buat aku ketawa
Sebab aku taknak menangis
Plus aku ada paper final

Jadi dia pun cakaplah dengan aku
Yang dia sudah baca blog kesayangan aku ini
Yang paling tak boleh tahan
Dia kata aku PENYEDIH!!

Wahh..suka suki saja cakap aku macam itu
Dia kata yang dia sudah baca hampir 80% entri aku
Dan semuanya mengandungi unsur unsur kesedihan
That why dia kata aku PENYEDIH!!

Dia siap tambah lagi
Kalaulah aku tulis skrip drama filem atau TV
Mesti ramai audience yang menangis
Sebab story aku menyedihkan

Hello ini kisah hati aku
Cerita aku bukan cerita fairly tales
Yang didengarkan untuk kanak kanak tidur
Ini realiti hidup aku

Tak semua orang hidup gembira dan ceria
Mungkin wajah nampak sempurna
Mungkin hidup nampak mewah
Mungkin bibir mesra mengukir senyuman
Mungkin mulut riang menyapa mesra
Mungkin ketawa menghias kata kata
Tapi hati tidak siapa yang boleh menduga

Samalah macam aku
Aku tak perlu simpati sesiapa
Aku juga tak perlukan orang lain menangisi cerita aku
Aku cuma perlukan kebahagiaan untuk mengisi hari hari mendatang

Mungkin lepas ini aku kene pergi bergurulah
Berguru dengan Cikgu Tfa
Tfa,ko ajarlah aku macam mana nak tulis yang happy happy
Aku ini PENYEDIH sangat ke hah,Tfa?

Please Jangan Ada Yang Menangis

Aku tak tahu nak tulis benda ini macam mana.Tapi aku kena tulis juga sebagai melepaskan satu bebanan dalam diri.Sebelum itu,aku harap sangat apa yang bakal aku tulis ini tak akan ada siapa yang bakal menitiskan airmata.Please jangan menangis untuk aku.Aku tahu benda ini akan menjadi satu kejutan buat semua especially kawan kawan baik aku.Sebelum itu aku nak minta maaf kerana merahsiakan perkara ini.

Aku break off again. Memang pada mulanya aku yakin yang aku tak mampu terima H dalam hidup aku lagi. Tapi orang kata yang aku tipu. Aku mungkin terlalu bahagia hidup dalam kenangan lama. Ramai teman menasihatkan aku agar cuba untuk menyayangi H sebab H tak pernah berputus asa datang mendekati aku. Jadi aku sahut kata kata mereka untuk mencuba menyayangi H.Aku kembali pada H.

Pada mulanya amat susah untuk aku pupuk atau wujudkan rasa sayang ini. Tapi aku paksa juga sebab abang angkat aku pernah pesan pada aku,"tipulah kalau ayang cakap yang hati ayang dah mati untuk bercinta. Cinta itu fitrah manusia. Semua orang nak merasai cinta. Jangan bohong hati ayang dengan cakap perasaan ayang dah mati." Kawan baik aku pernah cakap dengan aku,"takkan tak sikit pun rasa sayang ko kat dia,za. Cubalah za."

Mungkin benar kata kata mereka. Justeru itu aku kembali pada H tanpa pengetahuan sesiapa. Aku cuba dan terus cuba. Namun bila rasa sayang sudah mula menjengah dalam hati, aku dikhianati oleh H. Malam tadi H membuat satu pengakuan bahawa dia ada orang lain selain aku. Tersentak aku seketika.

Mana lagi nak aku tujukan rasa sedih, kecewa dan marah ini. Saat tak sampai 24 jam untuk aku melangkah ke dewan peperiksaan akhir, aku terpaksa berdepan dengan kenyataan yang amat memeritkan. Kenapa aku terus diamuk malang ketika Final Exam. Tuhan berikan aku petunjuk Mu. Kuatkan aku wahai Tuhanku.

Mana lagi hendak aku gapai kekuatan. Aku hilang disaat aku tak mahu kehilangan. Maafkan aku wahai kawan kawan. Aku gagal lagi. Aku gagal buat sekian kali. Aku sudah mencuba yang terbaik namun aku terus dikhianati. Mungkin ada benar kata seorang lagi teman baik aku,"kalau ada jodoh aku ada la za..Kalau tidak aku redha dengan ketentuan Tuhan. Kalau memang Tuhan dah takdirkan aku berjodoh,sampai masanya aku ketemu juga jodoh aku. Aku dah malas nak cari lagi. Biarlah jodoh itu datang sendiri kepada aku.."

Dan kali ini aku percaya akan kata kata itu. Aku percaya dengan jodoh yang telah Allah tentukan untukku. Biarlah kali ini jodoh datang kepada tanpa aku carinya lagi.

Buat semua kawan baik aku,aku minta maaf sangat sangat sebab rahsiakan benda ini. Malam tadi aku mesej korang dengan icon cry sebab aku sangat sangat sedih tapi aku taknak menyusahkan korang. Dan sebab itu juga aku  tak boleh terima sesiapa sebelum ini sebab aku terikat dengan H. Aku harap semua orang faham.

Please jangan cry if sesiapa baca ini. Ini salah aku.

Monday, April 19, 2010

Beri Aku Kesabaran+Kekuatan

Aku sedih sangat
Aku sangat sangat sedih
Speechless
Aku terdiam dan aku terlalu sedih

On going assessment mark aku
For subject this Wednesday
Only 31.6!!!

Ya Tuhan
Berilah aku kesabaran lagi
Berikanlah aku kekuatan
Aku sangat sangat sedih

Aku target lain
Aku target at least aku dapat 35 over 40
Mostly all assigment aku done successfully
But only 1 assigment make me truthly dispointed

For company research report
My group only get 4.8 over 10
Assigment report tu gabungan 4 kepala
Only untuk prepared 1 report
They only can give me 4.8!!

Sedangkan aku yang tak tidur siang malam
Dimarah,dihina,memalukan diri sendiri
Aku boleh give 7 over 10
For assigment blog selling
I do by my own self without them!!!

I really really really and really dispointed
Ikut hati memang aku nak sekeh sorang sorang
Azza sabar
Jangan ikut hati

If they still said that I did they assigment
To MENUNJUK NUNJUK
Terpulanglah!!
But assigment dan orang yang MENUNJUK NUNJUK
Inilah yang bagi markah tinggi untuk korang!!
Sedarlah diri!!!!

Maaf kalau kali ini aku tak boleh dan taknak pandang muka korang!

Sunday, April 18, 2010

Stop And Focus

My final is arround the corner
Therefore I should stop all my activity for a while
I will try my best for this semester
I hope I can get all the reward
Doakan saya

Jangan ada sesiapa yang pernah dan cuba untuk merindui saya
Sebab nanti akan ada aura aura yang akan memanggil saya
Saya kene focus untuk exam ini
Saya akan cuba tidak online selama 2 minggu
Ohhh..mampukah saya hidup tanpa menghidupkan laptop saya
Okay Im try my best

Maafkan semua salah saya
Doakan saya supaya dapat menjawab dengan tenang
Saya maafkan segala dosa kalian
Semoga kita semua berjaya

Aku Benci Rasa Ini

Aku benci

Aku tak suka

Aku taknak

Tapi kenapa aku rasa

Aku benci untuk sedih dan menangis tanpa sebab

Kenapa ini

Selalu sangat macam ini

Kenapa hati aku sebak semacam je ini

Ada kaitan dengan dia lagi ke

Taknaklah

Semoga dia sihat,selamat dan dilindungi Allah selalu

Amin

*Salam takziah buat keluarga dan kaum kerabat Allahyarham Achik Spin. Al Fatihah*

Friday, April 16, 2010

Busy With Study

Sorry sayang
I'm so busy lately
I know u are miss me
Sabar okay

I'm promise this night
I will be with u
I really tired
I miss u sayang

Wednesday, April 14, 2010

Tak Susah Cuma Payah

Hidup ini kekadang aku rasa susah

Hidup ini kekadang aku rasa payah

Hidup ini kekadang aku rasa berat sebelah

Hidup ini kekadang aku rasa tak adil

Aku tak tahu nak luah isi hati pada siapa

Aku takda siapa siapa

Hidup aku terlalu complicated

Hidup aku tak susah cuma payah saja

Monday, April 12, 2010

Perlu Ke Aku Sedih

Aku hanya ada blog
Teman rapat aku adalah blog
Blog aku memang bukan benda hidup
Tapi blog aku bernyawa

Semua tentang hidup aku
Aku cerita pada blog
Bagi aku blog amat berharga
Mungkin aku boleh mati kalau blog ini mati

Banyak benda yang aku kongsi dengan blog
Mungkin orang hanya boleh baca apa yang aku publish
Tapi mungkin ramai yang tak tahu
Sebenarnya banyak lagi entry yang aku tak publish

Semua pasal hidup aku
Semua pasal family aku
Semua pasal dia,kamu
Sebab itu aku kata blog aku bernyawa

Jadi kenapa aku kene susah susah nak bersedih
Sebab aku tak perlukan manusia yang tak menghargai aku
Aku cuma perlukan orang yang memahami aku
Dan aku yakin pilihan serta cara aku tak salah

Ada Aku kisah

Ada aku kisah
Dia dah private wall dia
Dia dah tak bagi aku intai intai wall dia
Lepas ini macam mana aku nak tahu
Aku kene intai dia

Sebab nanti aku rindu
Rindu dengan status dia yang
Kekadang menyakitkan dan menggelikan hati
Aku nak intai

Tapi aku sebenarnya kisah

Sunday, April 11, 2010

Saya Bakal Pelakon Popular

Penat sangat hari ini
Bangun tidur terlalu pagi untuk hari Ahad
Pukul 8 pagi aku wake up
Shooting  ikut schadule mula pukul 9

Dengan gelojohnya aku terus berlari ke toilet
Siap siap ala kadar sahaja
Terus pergi bilik Zaty
Sampai bilik Zaty,dia cakap shooting postpone

Wahh elok je yang buat postpone tu
Aku dah siap bagaikan atlit sukan
Tup tup nak postpone pulak
Memang aku berangin

Tapi best laa
1 hari aku dapat habiskan 4 scene
Hebat tak

Mungkin aku boleh jadi macam inikan



















Tak pun secantik dia ini

Thursday, April 8, 2010

Berdikari Mungkin Terbaik

Sedar tak sedar
Hampir 2 bulan juga aku berdikari
Berdikari disini bukan bermaksud berkepit bawah ketiak 24 hour
Ini bermakna aku hidup sendiri tanpa "kawan"

Masa mula mula hidup sendiri
Memang sakit,sedih sangat
Tapi ini keputusan aku
Jadi kenapa aku nak sedih atau kecewa

Dan berdikari disini banyak mengajar aku
Berdikari banyak menguji aku
Berdikari buat aku kuat
Berdikari buat aku tak bergantung harap pada mereka
Dan aku selesa

Aku tak perlu lagi menunggu mereka berdandan
Aku tak perlu hutang budi pada mereka
Aku tak perlu lagi keluar outing
Aku tak perlu lagi membebel
Aku tak perlu lagi sakit hati

Yang aku perlu sekarang
Cuma kekuatan untuk terus study di hutan ini
Aku rasa aku mampu
Dan aku akan terus melangkah tanpa mereka

Masih ramai teman lain menanti
Mungkin mereka lebih tulus menerima aku
Aku bahagia

Monday, April 5, 2010

Kawan Maya yang Paling Saya Sayang

Gaya penulisan dan nada pembacaan haruslah seolah olah untuk kerja sekolah budak darjah 4 sekolah rendah.

Nama kita azza. Kita ada kawan. Kawan kita kawan maya. Dia bukan Maya Karin yang abang kita minat tu. Dia pun bukan tuan punya hotel maya yang pernah kita duduk waktu cuti dulu tahun lepas. Nama kawan kita tu ialah Tfa. Nama penuh dia,kita lupa. Tapi nanti dulu kita check kat mukabuku sekolah dia.

Hah!! Kita dah jumpa sapa nama penuh dia. Alaa panjang sangat la nama dia. Kita malas la nak tulis. Sebabkan nanti dia perasan. Kalau dia perasan nanti dia masuk longkang macam mana. Nanti takde orang nak tolong angkat dia. Nanti dia nangis. Alamak kita lupa nak cerita pasal dia.

Tfa ni kan baik.Tapi dia gila. Dia selalu membebel kat dairy dia. Kita selalu curik curik baca diary dia. Dia suka kaler pink. Agaknya dia suka power rangers yang kaler pink kot. Dia suka buat kita ketawa. Kita suka ketawa dengan dia. Dia ketawa besttt. Sebabkan dia nampak comel agaknya time ketawa. Eh,eh, silap la. Kita silap tulis. Yang nampak comel time ketawa tu kita la. Dia taknampak apa apa. Sebab dia rabun. Nampak macam hantu kadang kadang. Hahahahaha. Kita dah penat la nak tulis pasal dia.

Kita nak kene stop ni. Sebab cikgu tadi pesan. Cikgu kata jangan puji kawan kita banyak banyak. Sebab nanti hidung dia kembang. Nanti dia jadi macam squidward pulak.Tapi kita nak cakap yang kita sayang Tfa. Tfa selalu buat kita ketawa. Tfa jangan marah kita taw.Kita bosan sebab tu kita tulis.Tfa..nanti belanja kita askrim koneto taw.

Sekian.Kita hope kita dapat A. Takpun kita nak bintang.Nak 10 taw.huhu

Dan Tetiba Aku sedih

Baru sekejap tadi aku gembira
Rasa nak gelak kuat kuat
Rasa nak senyum macam kambeng
Rasa nak melompat lompat

Asal tetiba aku rasa sedih pulak ini
Ini yang aku tak suka
Apa hal pulak aku sedih ini
Tapi apa hal hati aku bahagia

Eeeeeii
Aku tak faham macam ini
Aku tak faham diri sendiri
Aku dah jadi gila betul betul ke?

Sumpah Aku Rasa Macam Dah Gila

Aku kene gelak dulu
Then baru aku boleh tulis
hahahahahahaha
Aku gembira
Gembira sebab apa ek??
Aku pun taktahu kenapa

Aku gembira pulak baca something
Something yang takde kaitan dengan aku actually
Tapi something itu ada kimia dengan aku
Aduh aku macam orang gila sudah

Hati aku rasa gembira
Diri aku rasa bahagia
Mulut dan bibir aku seperti nak ketawa dan senyum
Dan aku rasa aku sudah jadi GILA

Tapi perlu ke aku gembira macam ini
Alaaaa..aku nak gila fikirkan
AKU SUDAH GILA!

No Title

Aku tak tahu nak bagi title apa untuk entry ini
Aku tak tahu aku nak tulis apa kat entry ini
Tapi aku kene tulis juga tentang benda ini
Tapi macam mana

Aku tak tahu
Pintu hati aku masih terkunci
Aku taknak bagi orang lain harapan
Tapi orang lain kata
Aku dah bagi harapan pada orang lain

Jadi macam mana sekarang
Aku taknak fikir benda ini
Tapi kenapa benda ini datang
Aku taknak tahu tentang semua ini lagi

Awak,saya minta maaf sangat
Saya tahu awak ikhlas
Tapi saya rasa masa sekarang tak sesuai
Banyak lagi kita kene belajar
Hidup kita masih jauh
Cita cita saya tinggi
Saya nak gapai semua cita cita itu
Saya nak awak berhenti berharap
Saya tak perlukan awak sebagai Kekasih
Saya cuma perlukan awak sebagai sekadar seorang kawan
Saya harap ini sudah jelas
Bukan niat saya nak buat awak kecewa
Tapi ini yang terbaik
Sebelum kita kecewa bersama
Maafkan saya.

Saya just terima awak sebagai Kawan

Saturday, April 3, 2010

Dont Know What To Say

Komplikasi hati

Komplikasi minda

Komplikasi hidup

Komplikasi diri

Aku tak tahu nak cakap apa

Maafkan aku

Kimia

Aku tak tahu

Makin nak aku tinggalkan

Makin dekat dia merapatkan

Aku tahu dan aku pun sedar

Bahawa kita sudah terpisah jauh

Tapi kenapa KIMIA itu ada lagi

Tolong beri aku jawab untuk kimia ini

Friday, April 2, 2010

Saat Ajal Tiba

First aku nak say takziah untuk
Kaum keluarga Allahyarham Din Beramboi
Aku pun sedih jugak atas pemergian dia
Semoga kalian tabah menerima dugaan Allah ini

Sebenarnya aku bukan peminat Allahyarham secara totally
Tapi recently aku selalu dengar radio Era
Then aku selalu dengarlah ulangan siaran Riuh Pagi Era
Dan banyak kali aku tergelak dengar Allahyarham bersantai berjenaka

Sekarang aku sedar
Bahawa kita tak akan dengar lagi riuh mulut Allahyarham lagi
Orang yang seceria,sejenaka,selawak Allahyarham tiada lagi di dunia ini

Mungkin Allahyarham yang kita kenali sentiasa tersenyum
Tidak seorang pun tahu waktu dukanya
Hanya Allahyarham saja yang tahu duka hidupnya
Semoga Allah menempatkan dia di kalangan orang yang beriman

Saat dia sudah datang dan menjemput dia
Bila pula saat kita dan bagaimana pula keadaannya?
Mungkin sebaik dia
Atau sederita lagi
Hanya Allah saja yang mampu menjawab segalanya

Al- Fatihah untuk Mior Ahmad Fuad Mior Badri

Thursday, April 1, 2010

Kebetulan Je Kot

Aku terbaca status dia
Even sebelum ini aku sudah cakap aku nak lupakan dia,
Tapi tak salahkan aku nak belek belek page dia?
He wrote this 12 hours ago
"Alhamdulilah,umur aku masih panjang"

But selepas aku hitung hitung
Masa itu kalau aku tak silap
Aku tengah menangis
Menangis sebab sedih yang sangat sangat
After call mama

Time call mama takda la cakap yang sedih sangat
But it make me cry
Sedih sebab kesian kat abah
Sedih sebab teringin sangat nak balik rumah
Sedih sangat sebab nenek buat kuih kasturi tapi aku tak balik

Bayangkan aku boleh menangis
Menangis bukan tahap yang biasa biasa
Tapi sampai sendu sedan
Macam orang mati suami la senang cerita

Mungkin ke sebab dia
Mungkin sebab dia dalam kesusahan
Mungkin berkait dengan dia
Mungkin ya mungkin tidak

Mungkin semua ini kebetulan
Malaslah aku nak fikir
Tapi benda ini selalu terjadi
Dan mungkin kebetulan saja

SEHATI BERDANSA