TABUNG SAKURA

Saturday, May 29, 2010

Terlalu Dekat Tapi Terlalu Jauh

Entah aku tak tahu aku nak tulis apa
Aku nak tulis ambil senyum senyum saja
Best rasanya kalau setiap hari bangun tidur
Terasa tenang dan boleh terus senyum

Wah bagaikan orang yang dilamun cinta
Bagaikan orang yang nak berkahwin pula rasanya
Sangat seronok berperasaan perasan begini
Rasa nak senyum sebab dia dekat

Dia sangat dekat dengan saya
Dia hampir dengan saya
Dia ada di sisi saya
Tapi dia terlalu jauh untuk saya pegang

Friday, May 28, 2010

Aku Jeles Laaaa Sengal

Sengal!!!
Kenapa ramai perempuan suka kat ko
Kenapa ko layan perempuan perempuan tu
Kenapa ko tak layan aku
Ko buat aku jeles tahap kritikal tahu tak!!!
Eeeeeeiiii!!!!! Aku tersangat sangat sangat dan sangat jeles la sengal!!!

Wednesday, May 26, 2010

Cinta Cendana

Setiap petang pukul 4.30
Aku always layan cerita Sayang Cendana
Cerita dia seronok even tak berapa nak logik
Tapi aku sangat sangat suka

Suka bila tengok pakwe Cendana merajuk
Suka tengok cendana yang bodoh bodoh sikit
Suka suasana macam itu
Bila aku nak rasa lagi benda macam itu??

Umur aku baru 20 tahun bulan March lepas
Tapi kenapa ramai orang sekeliling cakap
Tentang soal pakwe,kahwin dan jodoh
Bukan apa aku agak rimaslah jugak

Yelah aku takde sesiapa untuk semua itu
Ada few friends said that aku terlalu memilih
Ada yang few cakap pulak aku terlalu jual mahal
Ada pulak tak tahu nak cakap apa

Entahlah bagi aku bukan aku terlalu memilih
Tapi aku takut bagi kepercayaan dan hati pada yang tak sepatutnya
Takut untuk dilukai dan terus terluka sebab cinta
Tak salahkan kalau aku memilih yang terbaik untuk hidup aku

Jual mahal atau jual murah itu bukan isu
Sebab kalau someone itu sudah gila suka to someone else
Dia akan berusaha untuk medapatkannya
Tapi kenelah bersesuaian dengan caranya

Dalam umur yang baru 20 tahun ini
Adalah dalam 3,4 orang kawan kawan sekolah aku
Yang akan berkahwin dan telah berkahwin
Sebab itu aku mula risau tentang hidup aku

Berkahwin bagi aku bukanlah semata mata
Kita dapat hidup dan beranak pinak sebanyak yang mungkin
Tapi bagi aku perkahwinan itu sangat istimewa dalam hidup
Tak kiralah hidup siapa sekali pun

Perkahwinan bagi aku adalah perkongsian
Perkongsian hati,perasaan,persefahaman,fikiran,harta,kesenangan dan kesusahan
Perkongsian itu perlulah kita lakukan dengan rela hati
Jadi sebab itu aku tak bersedia untuk perkahwinan

Malah untuk mencari seseorang juga susah untuk aku lakukan
Kerana aku tak mampu lagi nak berkongsi segalanya tentang hidup aku
Senyuman yang kadang kala aku ukirkan di bibir
Besar kemungkinan adalah palsu untuk menjaga banyak hati

Hidup aku kosong walaupun mulut aku bising
Hati aku sunyi walhal aku suka menyanyi
Kadang kala aku rindukan waktu kecil aku
Waktu aku tidak mengenal apa apa tentang dunia

Entahlah aku gembira dengan hidup aku sekarang
Even kadang kala aku rasa sangat sangat kecewa
Tapi ini kehidupan
Kalau aku rasa hidup aku sukar,adalah orang yang hidup lebih sukar daripada aku

*Azza,kau baru 20 tahun okay..tapi kenapa ko membebel macam orang tua ni..huh! senyum laaa*

Tuesday, May 25, 2010

Mencari Ketenangan


Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan

Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa


Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa

Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu

Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku

Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
 
*terlalu dekat dengan aku*

Teringat Pada Yang Tak Mengingat

Aku terbaca something pada wall someone
Aku jadi terlalu dan teramat rindu
Rindu pada gurau gurauan itu
Rindu pada tawa tawaan itu

Rindu nak menangis bersamanya
Rindu nak mendengar suara suara penyanyi latarnya
Rindu nak bergaduh dengannya
Aku terlalu rindukan suasana dulu

Tuhan,
Bolehkah Kau membawa aku ke waktu itu lagi
Aku teringin menikmatinya semula


Hari ini dan semalam air mata aku seakan bertakung di mata
Aku tidak tahu apa puncanya
Mungkin dia masih bersedih atas something yang berpuncakan aku
Mungkin ini cuma firasat aku
Abaikan saja air mata ini

Sunday, May 23, 2010

Si Shahir Ex Saujana


Actually I tak follow sangat pun AF8 ini
Alasan terbesar I tak follow
Sebab I ada kat kampus
Padahal kat kampus ada saja bilik tv siap Astro 
Okay I  mengaku I pemalas nak turun 
Dan malas nak menyempitkan bilik tv

Mula mula I tertengok dairi AF
I terpandangan wajah suci
Si pembawa nama Shahir ini
I rasa macam I pernah tengok saja 
Lepas itu aku dengan gatal tangan 
Mengusha usha internet

Therefore I dapat tahu dia budak Nasyid
Kira geng budak budak suci dari UIAM
Actually dia ini budak group Saujana
Untuk ganti si doktor doktor dan engineer saujana yang handsome dan sentiasa sibuk dengan kerjaya

Ramai pula hamba Allah cakap Shahir murtad nasyid
Diaorang nak samakan Shahir with Faizal Tahir
Hello!! takda istilah murtad nasyid okayy
Yang penting ini takdir diaorang
Lantaklah apa yang nak jadi
Selagi diaorang ini tak mengabaikan agama
Selagi itu aku rasa diaorang tak murtad

Hello,itu pengetahuan you all yang tak tahu
Budak budak nasyid memiliki suara yang sedap sedap belaka tau
Diaorang tak perlulah jumpa jumpa bomoh 
Tak perlulah menelan cuka,kuda laut bagai bagai 
Yang kononnya boleh membuatkan suara mereka sedap
Bak kata Siti Hajar
Banyakkan mengaji,Insyaallah suara akan sedap

So you all jangan nak mengutuk budak budak nasyid
Budak budak ex nasyid pun jangan nak lupa daratan okay
Sebab I tak suka you all semua lupa diri
Jangan bikin malu pada budak nasyid lain



kiri sekali itu adalah: Shahir,Pyan,Najran,Azalinor

Ini Shahir in Akademi Fantasia
More stylo sikit dari biasa
Ingat lagi waktu dia kene interview kat Radio IKIM
Jenuh Ustaz Irwan nak dengar dia bersuara
Last si Pyan cakap;"Shahir ni pemalu sikit..agaknya dia tak biasa bercampur dengan senior yang tua tua lagi kot..hahahahaha"
So now you all agak bertuah sebab dapat tengok Shahir yang kureng pemalu
Anyway Shahir,you are greatfull because you have the experience before this
Therefore make sure you make we all proud to you
Good luck !!!

Friday, May 21, 2010

Bila Tua Tak Sedar Diri Tua

If umur 18,20 tak pun 30 tahun
Aku boleh terimalah kalau nak menggedik
Tapi ini umur sudah nak kene hantar masuk kubur
Still tak faham bahasa melayu dan menggedik macam dia orang yang paling muda

Hello
Kau sudah tua
Rumah sudah kata bye bye
Kubur sudah cakap hai hai
Benda simple pun tak boleh pakai otak
If it not my business,should I care??
But it my business that why I care
Dont be so stupidlah!!
Tell me how many money he spend for you??
Tell me how many years you know him??
Tell me how much he did anything for you??
Tell me how many harta he can give for you??
Tell me how gentle he is??

Sudah,sudahlah itu
Bawa bawa bertaubat
Jenguk jenguklah masjid
Singgah singgahlah surau
Cukup cukupkanlah solat
Banyak banyaklah mengaji

Sebelum aku mengamuk tahap kritikal
Baik korang berhenti
Otherwise,you will regret until you died
Korang memang layak dilaknat Allah
Allah tu Maha Adil dan Berkuasa
You all will get our part!!!
Go to hell!!!!

Tuesday, May 18, 2010

Tagged From Tfa


copy this please ;-tag ini diberikan kepada anda dan followes anda. tag ini lebih kepada MESTI JAWAB DENGAN JUJUR! soalan akan diberi, anda perlu menjawab dengan sejujur jujur nya. terima kasih ^___^

apa nama penuh awak ?
Noor Azahani Sulaiman
(if nak tambah puteri ke tengku ke raja ke boleh gakk)

anda tinggal dimana ?
Kuala Langat
(rumah kita sangat sangat strategik sebab di menghubungkan laluan Klang-Banting)

dalam sebuah rumah anda tinggal bersame ?
My family laaa
(kita belum kahwin lagi sebab itu tinggal dengan family)

berapa bilik dalam sebuah rumah ?
rumah lama - 3 bilik + 1 stor + 1 bilik air
rumah baru - 4 bilik + 2 bilil air
(pilihlah nak rumah mana?)

berapa buah aircond dalam sebuah rumah ?
Kami pencinta alam..Kami hanya memerlukan udara segar..
WE LOVE NATURE

di rumah anda mempunyai berapa buah kereta ?
Sebijik je
(Kita tak kaya..tak mampu beli kereta banyak banyak)

jenama kereta apa yang ada dirumah anda ?
Kami rakyat Malaysia sejati sebab itu pilihan kami hanya
Proton 

rumah sewa atau beli ?
Beli

berapa harga rumah anda 
Nak kene pergi jumpa ejen hartanah dulu baru tahu value dia
tapi quite highest laaa

kaya kah anda ?
Kaya dengan gosipp + ketawa + cerita sedih
(duit syiling pun banyak tapi tak kaya kaya pun rasanya)

tag 3 rakan anda:-
Model pujaan Tfa - Hanis Zalikha
(macam le dia baca blog ni)
Orang yang rasa diri mereka model macam Hanis Zalikha
Korang yang tengah baca blog aku ini
(Jangan tipu..Tuhan marah siapa yang menipu taw)

I'm Happy Too

Kamu tersenyum sekarang
Kamu bahagia sekarang
Kamu gembira sekarang
Kamu seronok sekarang

Saya ingin tumpang kegembiraan itu
Saya ingin meraikan kebahagian itu
Saya ingin seronok dengan kamu
Namun saya hanya dapat tersenyum melihat tingkahmu dari jauh

Monday, May 17, 2010

I Never Forgive You

Aku benci manusia macam korang

Aku benci manusia bertopengkan syaitan macam korang

Aku benci manusia yang jijik macam korang

Korang manusia yang hina lebih daripada nilai seorang insan

Aku benci

Setiap titisan airmata aku yang jatuh

Setiap denyutan nadi dan nafas aku hirup dengan terseksa

Setiap derita yang ditaburkan

Setiap huruf yang koeang taip dan ucapkan

Dan setiap perlakuan,masa,hati yang dikecewa

AKU TIDAK AKAN SEKALI KALI MEMAAFKAN PERBUATAN HINA KORANG WALAUPUN AKU SEDAR AKU SIAPA BUT AKU STILL TAK AKAN MAAFKAN KORANG SAMPAI MATI!! KORANG YANG MEMUPUK DENDAM DALAM HATI AKU ATAS SEGALA PERKARA SUMBANG KORANG ITU!!

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru,Cikgu!

"Bangun.....Selamat Pagi, Cikgu"
"Bangun.....Assalamualaikumm, Cikgu"
"Bangun.....Good morning ,teacher"
"Bangun.....Terima kasih,Cikgu"

Wahh lama rasanya tak buat ucapan macam itu
Rindu sangat nak buat macam itu
Bestnya kalau dapat menikmati zaman sekolah
Miss that moment damn much!!

Today is Teacher's Day
Wahh cepat sungguh masa berlalu
Nak wish Happy Teacher's Day kepada
Cikgu Sulaiman B Sukardi a.k.a my abah

Lagi kepada
Cikgu cikgi di Sekolah Kebangsaan Kampung Medan
(Batch 1997 until 2002)
Specially to Encik Azhar B Tukiaman
I'm miss u lot cikgu handsome!! hahahaha
And cikgu Sabar B Dikon
Cikgu ini taksenonoh sikit sebab suka kentot kuat dalam kelas time mengajar

Ustaz dan Ustazah di SRA Kampung Medan
Aku tak berapa prefer sangat time sekolah agama ini
Pergi sebab terpaksa saja
hehehe

Cikgu Cikgu SMK Sijangkang Jaya [ 2003 - 2007 ]
(Betapa segannya untuk aku menyebut nama sekolah ini di UITM)
To cikgu cikgi yang penah mengajar budak yang tak berapa pandai ini,
Seperti Cikgu Anizam,Cikgu Azlida, Cikgu Dewi, Cikgu Suzy, Cikgu Ema
dan ramai lagi cikgu yang pernah mengajar aku,
Daku sangat sangat mengucapkan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan

Cikgu Cikgu tuisyen yang tak berapa nak sporting
Tapi kadang kadang sporting la jugak macam
Puan Lisa dan Cikgu Eddy
Kak Diana,Kak Azlina
Thank sebab selalu memarahi aku
Nampak sangat aku ini tak pandai
hahaha


UITM Segamat, Johor [ 2008 - 2011]
Segala ilmu + pengalaman + bebelan + sindiran
Kepada semua anak muridmu
Sesungguhnya kami hargai jasa jasa anda dalam
Mendidik anak anak bangsa terutama sekali
Kami anak anak melayu yang sentiasa ketinggalan

Tiada kata seindah bicara
Tiada ucapan sebagai tanda penghargaan
Tiada hadiah sebesar lautan
Hanya ucapan sekadar
"Terima Kasih, Cikgu atas ilmu yang kau berikan sebagai bekalan.Doakan kami agar terus berjaya."


Terbukti Aku Ini Perempuan

Hari Jumaat hari itu
Si mak nenek becok a.k.a Zeera perasan comel
Call aku suruh tolong makcik dia
Untuk satu event wedding di Shah Alam Section 17

Dengan perasaan terpaksa sebab
Si Dila budak suka bergosip itu memaksa
Dengan ketidak relaan hati
Aku pun joinlah event makcik Zeera itu

Mula mula memanglah tak best
Maklumlah tak pernah dan tak reti nak buat
Mana taknya aku dengan Dila kene buat
Benda benda yang kitaorang tak pernah buat

Contonya kemas dewan sebesar alam without aircond
Terseksa jiwa raga aku [thanks to pakcik tuan rumah yang kedekut!]
Pasang lapik meja,kerusi,hias meja
Dan yang paling tak tercapai dek akal
Kitaorang hias pelamin!!

Serius kitaorang memang tak pernah langsung
Buat gubahan di dinding pelamin
Tapi semalam kitaorang berjaya buat
Dan hasilnya sangat sangat memuaskan hati

Therefore kitaorang sah
Yang kitaorang ini sebenarnya PEREMPUAN!!

Bunga ini bukan aku yang gubah





Hasil selepas hampir 6 jam bertungkus lumus menghias ruangan untuk para tetamu yang semestinya mereka yang kitaorang tak kenal


Bunga yang kat bahagian atas itu aku dengan Dila yang gubah


Sebaris bunga bunga kat atas pelamin itu adalah hasil kerja tangan sambil kitaorang duduk mengumpat dan mulut sentiasa ulang ulang
"semua ni salah sape?? salah zeera! hahahahahaha"


Ha!! Ini ada satu berita menarik
Time nak balik itu
Kitaorang baru tahu nama tuan rumah (yang pakcik kedekut tu)
Nama dia fared! 

Terus kitaorang terbayang Farid Afandy
Kitaorang analisa karektor Pakcik Farid denga Farid Afandy
Dan keputusannya Farid Afandy ada karektor yang sama dengan Pakcik Farid itu
Lebih buat kitaorang teruja lagi

Pakcik Farid itu sebenarnya Executive something la macam tu
However dia tetap kedekut macam Farid Afandy!
Therefore kitaorang meramalkan yang Farid Afandy  bakal menjadi Pakcik Farid
Dan Dila terus excited nak jadi makwenya
hahahaha


Ini dia pakcik Farid itu

Inilah Farid Afandy
In progress to be Pakcik Farid (gambar atas)
Tak sia sia ada kawan macam ini
hahaha



I'm Not CT ,I'm Went to I City

Memanglah terasa kejelesannya 
setelah aku tengok ramai sangat 
mahluk mahluk sekitar aku yang sudah ke I city
Padahal diaorang bukannya CT pun

So aku dengan semangat yang berkobar kobar
Bagaikan orang yang pergi ke medan perang
Aku dengan Budak budak sengal a.k.a Dila dan Zeera
Dengan perasaan excited kitaorang pun menerjah I City

Therefore aku serve untuk korang
Gambar aku ala ala model lampu I City
Jom layannn
Jangan marah erkk

Bola bola api = Kitaorang comel


Disebabkan air ni seluar aku kotor sikit
Still bersemangat nak jadi model lampu


Percubaan pertama
Still malu malu arnab

Love this Picture


Mencari pord yang sesuai
Bagi nampak meletup!

Macam macam orang ada
Mat bangla tu sibuk nak interfrem


Cuba teka aku kat mana
hehe

Sangat teruja bila nampak swan ini
Budak kecik tu salah orang
Dia sengaja nak interfrem
Peminat aku kottt

Catwalk ala ala model
Ada gaya tak?


Happy gila dapat terjah I City
Serius lawa
Tapi tak terlalu menarik sangat
Just nice untuk model baru macam aku
hahahahahaha
Azza,penyakit gila + sengal kau semakin kritikal

Muka muka dan muka budak budak sengal yang teruja



Wednesday, May 12, 2010

Tuhan,Mana Lagi Nak Aku Gapai

Tuhan
Aku tahu aku tak layak meminta
Aku tak layak untuk memohon
Aku hina untuk Kau tolong
Aku tak perlu untuk mengeluh

Tapi Tuhan
Aku terlalu lemah
Kau uji aku dengan perkara yang tak pernah tercapai dek akal
Mana lagi Tuhan nak aku gapai
Mana lagi Tuhan nak aku korek
Kuatkan aku Tuhan

Dulu Kau pinjamkan dia kepada aku
Dulu dia pendengar setia
Dulu dia pembakar semangat
Dulu dia beri aku kekuatan
Sekarang Kau rampas dia dari hidup ini

Tuhan
Aku tak tahu kepada siap nak aku kongsikan masalah ini
Aku memerlukan seseorang yang memahami
Aku tak mampu mengutuk mereka dengan hati lagi
Hati aku hancur melihat mereka

Tuhan
Bantu aku
Aku tak layak megeluh
Aku tak layak meminta

Tapi Tuhan
Aku betul betul tak larat dengan ujian ini
Tolong aku

Dulu Kau beri aku pendengar paling setia

Monday, May 10, 2010

Syurga Cinta

Ini bukan first time aku tengok movie ni
Dekat around 5,6 kali juga aku sudah tengok
Aku antara penonton terawal menonton filem ini
Sebab kat kampus ada buat Pra tonton semester lepas

Aku suka sangat tengok movie ini
Jalan cerita dia simple tapi penuh makna
Aku teremo jugalah tengok
Bergenang jugak la airmata ini

Aku tertarik dengan kata kata  Shuhadah time dengan Ilham dekat litar lumba;
"Kadang kadang Alla sembunyikan matahari,Dia datangkan petir dan kilat,kita tertanya tanya kemana hilangnya matahari,rupa rupanya Allah memberikan kita pelangi.."

Dan ini ketika Shuhadah bersama Ilham dekat kedai makan;
Ilham tanya,"Shu,apa yang Shu akan buat kalau  tiba tiba orang yang Shu sayang tipu Shu dan tinggalkan Shu..Shu sedih tak?
Shuhadah jawab,"Jika seseorang itu hadir dalam hidup saya dan menjadi sebahagian daripada saya,tapi atas sebab sebab tertentu dia terpaksa pergi,jangan terlalu bersdih..terimalah kenyataan itu,sekurang kurangnya dia pernah membahagiakan saya..jadi saya redha.."

Ini time part sedih at ending this movie.Shuhadah said to the Ilham;
"Cinta saya bukan untuk dipermainkan apatah lagi untuk dipersendakan..Cinta saya cuma ikhlas untuk orang yang benar benar ikhlas menerima saya."

Mampukah aku menjadi sekebal Shuhadah?
Kuatkah aku melawan segala halangan demi untuk mendapatkan yang terbaik?
Ya Allah aku serahkan segala kepada Mu
Hanya Kau yang mampu menentukan siapa yang layak menjadi pemilik hati ini

Should I Trust My Instinct

Instinct aku terhadap dia
Kenapa semakin dekat
Aku nak lari daripada semua bayangan rindu dia
Mampu ke aku?

Melawan instinct seolah melawan kemahuan diri
Cukup kuat ke aku melawan kehendak diri?
Kenapa dia semakin dekat bila aku nak jauhkan diri?
Kenapa aku merindui orang yang tak pernah merindui aku?

Malam ini aku baru terima jawapan pada persoalan hari itu
Aku taktahu nak cakap apa bila aku tahu benda ini
Dan oleh itu aku tahu kenapa aku tak boleh stalker wall dia
Semua sebab aku juga

Akukan pernah cakap yang aku menangis semahunya satu malam
Aku menangis sampai macam orang mati laki
Tapi aku sendiri tak tahu punca aku menangis
Tapi hati dan mata aku rasa sayu sangat sampai menangis nangis malam itu

Rupanya instinct aku betul
Untuk yang sekian kalinya
Instinct aku selari dengan perasaan dan derita dia
Even dia benci aku,dia tinggalkan instinct ini untuk aku

Mampu ke aku pergi jauh
Jauh ke pelusuk dunia tetapi
Aku membawa instinct yang dia tinggalkan ini
Kuatkan aku,Ya Allah

Semoga Kau panjangkan umur dia
Berkatilah hidup dan keluarga dia
Murahkanlah rezeki dia
Lindungilah dia daripada sebarang malapetaka
Hanya pada Mu aku memohon untuk Kau jagai dia untuk aku..

Sunday, May 9, 2010

Nak Wish Juga

Today is Mothers Day
Sebab sudah ramai sangat orang buat entry ini
Aku pun jealous jugak
So aku nak wish untuk mama juga

Even mama tak baca blog aku yang hodoh ini
Aku nak wish Happy Mothers Day to my beloved mama
Aku sayang banget sama mama
You are my heroin!!

Even aku bukanlah anak yang terbaik
Tapi aku try untuk jadi yang terbaik
Mama selalu keep secret dari aku
Bila aku balik rumah saja
Baru mama story everything to me

Mama selalu masak yang sedap sedap kalau aku balik
If aku teringin nak makan apa apa mama mesti masakan
Even mama busy sangat sangat pun mama still tunaikan
Thanks mama

Mama selalu sebut ayat ini
"Biar mama takde pelajaran..Biar mama sekolah tak sampai universiti,takde ijazah..mama nak 3,3 anak mama semua masuk universiti..mama nak semua kerja bagus bagus..Mama nak semua berjaya sebelum mama tutup mata.."

Mama,
Akak janji dengan mama
Akak belajar rajin rajin
Even akak ini memang pemalas tapi akak try demi mama dengan abah
Akak sayang mama sangat sangat

Saturday, May 8, 2010

Aku Tumpang Menyibuk

Aku heard something tadi
Not heard actually but I'm read on someone's wall
You will be married?? Really??
Ooohh..I'm so so so so suprise!!!!

Kebahagian milik kamu juga akhirnya
Kamu pasti tak jemput aku
Tapi aku nak wish juga untukmu
Aku tahu aku tak layak tapi aku nak juga wish

I'm know that you faced hard moment before this
You travel around the world to to find the happiness
You faced the hard situation when you meet me
You also cry because of me

I'm know you are valuable since the first we are talk
I'm know you are so special to everyone in this world
If I'm know early who you are
I'm will never and ever make you sick

In this moment you get that happiness
This happiness as a reward to you
You are deserve to get it after the long journey
Please dont cry again

If you cry and sick
You can contact me when ever you want
I'm really really and really love you
I'm hope you read this

Wednesday, May 5, 2010

Sayang sangat sangat sangat sangat dan sangat

Tajuk entry ini pelik
Pelik tapi benar

Tengok AIM tak?
Macamlah AIM tu keluar dalam soalan final aku
Ala ada aku kisah dia keluar ke tidak
Yang penting aku happy sangat sangat

Aku tak sempat pun tengok AIM tu
Aku just dengar from radio
Aku kene study untuk subjek Law yang bosan itu
Sedih betulkan jadi aku ini?

Okay,sebelum aku mengarut
Today aku nak story telling pasal AIM ini
Macamlah aku ini ada related sangat dengan AIM itu
Tapi aku bangga sangat sangat sangat tau

Nak tahu sebab apa tak?
Nak tak nak korang kene tahu juga
Aku bangga bangga bangga bangga sangat sangat
Hanya disebabkan diaorang ini

Percaya atau tidak sebenarnya aku ini fans terbaik diaorang. Dulu masa aku kat sekolah,aku fanatik gila kat diorang. Diaorang pun fanatik gila kat aku. Mesti korang tak percayakan.Tak apa,satu hari nanti akan aku buktikan jugak kat korang semua. Dulukan waktu sekolah aku selalu berangan angan minah jenin nak masuk UIAM sebab nanti boleh jumpa diaorang.Nak tahu tak sebab apa? Sebab UIAM itu nampak best sebab ada ramai budak nasyid. Tapi kesian kat ada sebab angan angan minah jenin macam aku ini tak kesampaian. Aku just dapat masuk UITM yang ada kat ceruk hutan ini. Ini semua salah enjin keputusan sistem UPU aku sebab dia habis minyak kat kaunter UITM. Apa yang aku mengarut ini? Azza, ko sudah ke laut dalam sangat ini. Sorry ye,aku memang suka mengarut. Ini semua salah Dilla,Zeera dengan Fared yang suka ajar aku mengarut. Hehehe.

Untuk pengetahuan korang yang tak tahu
Album ini menang sebagai
ALBUM NASYID TERBAIK
LAGU NASYID TERBAIK =  DIA MUHAMMAD

Sungguh aku tak sangka album ini menang
Album ini actually album reunited
Album ini best sangat sangat
Tak rugi beli [aku download je sebab budget tak cukup..]

Aku happy sangat sangat sangat sangat
Rasa nak menangis bila diaorang menang
Ini dia mereka yang sangat sangat
Aku admire dari dulu sampai sekarang

 Anggota permenant Inteam 
Kiri: Amin,Rahim and Syahril


Ini Suhaimi,suami Ina Naim yang glamour dulu itu
Dia pun sudah join inteam balik kot



Ini dia orang yang paling aku admire sejak dulu lagi
Tak sangat dia pun admire aku juga
Betul aku tak tipu okay
Hisyam Ahmad
Miss U

Next aku turut dibanggakan oleh My Hero yang handsome
Buat kali yang tak terkira dengan jari tangan dan kaki
Aku tabik hormat ganda 23 kali to
The Superman of Malaysia
FAIZAL TAHIR


Dengan itu aku dengan rasa rendah diri meminta
Barang siapa yang mempunyai wajah setampan dan sehandsome ini
Ditambah aura yang great A++
Dikali dengan mata yang menawan dan menggoda
Sila masuk meminang aku sekarang
Pinangan anda pasti diterima

Aku follow Si Handsome ini since dia dalam Mirwana lagi
Aku follow dari dia zero and at last become Hero
Aku follow dia since dia kurus lagi
Aku follow dia dari dia keluar dekat REMAJA (TV3) pasal audition OIAM
Aku tahu kenapa dia keluar Mirwana
Aku tahu dia tahu aku siapa
Dan the important things
Dia sayang aku sebab selalu dia cakap dia sayang aku

This is my HERO
This is my SUPERMAN
This is my Boyfriend
This is MINE!!



Monday, May 3, 2010

Senyuman Hipokrit

Aku tak tahu

Kenapa tiba tiba aku jadi moody

Kenapa tiba tiba aku jadi sedih

Kenapa tiba tiba aku jadi terasa

Aku tak tahu kenapa

Dan senyuman ini

Senyuman Hipokrit

Teringin Sangat

Aku penat

Aku tension

Aku nak menangis

Aku nak menjerit

Aku nak meraung

Aku teringin sangat nak memaki++

Bila agaknya dapat aku merealisasikan impian ini??

Sunday, May 2, 2010

Cari Ubat

Aku tak tahulah
Kenapa sem ini aku jadi sangat sangat pemalas
Aku sangat sangat malas untuk mengadap buku buku
Bila aku buka,aku mesti mengantuk

Lagi mengharu birukan aku
Laptop dan broadband kesayangan aku ini
Asal aku on laptop,mesti aku tercucuk broadband
Bila sudah tercucuk maka teronlinelah pula

Bila sudah teronline
Jadi aku terlalai dan masa berjalan tanpa menghiraukan aku
Oleh yang demikian [formal sangat ke hah?? Whatever]
Aku sangat memerlukan ubat

Ubat untuk penyakit malas
Siapa ada ubat malas
Sila hubungi aku secepat mungkin
Ganjaran lumayan disediakan

SEHATI BERDANSA