TABUNG SAKURA

Monday, January 31, 2011

Tuhan, Aku Tahu Aku Kene Kuat

Aku tak tahu nak mulakan entry kali macam mana. Sangat berat. Ya berat sangat beban ini. Aku sendiri tak yakin yang aku mampu untuk terus memikul. Kesakitan ini semakin menusuk.

Aku mahu balik disambut dengan senyuman. Tapi aku balik disambut dengan tangisan. Aku mahu balik disambut dengan hidangan yang lazat. Tapi aku balik disambut dengan amarah. Aku sangka balik disambut dengan gembira tapi aku balik disambut dengan segala kedukaan.

Entah kenapa berat sungguh beban ini. Aku taktahu bagaimana nak aku pikul. Macam mana lagi nak aku bawak tanggungjawab ini. Tapi aku tahu aku kene kuat. Aku jangan mudah menangis. Aku jangan mudah lemah. Aku kene kuat. Kene tabah. Kene cekal. Walau aku tak tahu sampai bila kekuatan ini mampu aku kuatkan, tapi aku have to!

Hidup aku tak indah. Hidup aku bukan pelangi. Hidup aku tak senang. Hidup aku cuma payah. Mungkin agak klise bila aku cakap hidup aku tak indah. Mungkin orang lain akan cakap, semua orang hidup tak indah. Tapi diindahkan. Tapi aku, sungguh aku tak mampu nak mengindahkan hidup aku. Aku harapkan senyuman yang akan lahir dibibir tapi apa aku sedar airmata mula merembes keluar dari mata ini. Kalau orang lain bangun tidur mampu tersenyum, tapi tidak untuk aku. Tipu? Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi ini kenyataan.

Apa yang aku mimpi selalu bukan jadi reality. Aku sedar mimpi itu cuma mimpi. Hidup aku tak seindah novel. Mungkin dengan baca novel aku sedikit sebanyak melepaskan tekanan aku. Aku cuba bermimpi atas dunia reality. Aku cuba tersenyum bila hati menangis.Susah. Susah sangat. Entah mana datangnya kekuatan ini. Tapi aku tahu aku kene kuat. Kuat.

21 tahun hidup. Tapi hidup aku tak indah. Zaman kanak kanak juga tak seindah orang lain. Entahlah aku tak tahu. Setiap kali dugaan datang, setiap kali itu aku tanya, apa dosa aku. Apa dosa mereka. Kenapa Tuhan timpakan dugaan sebegini pada kami. Susah. Susah sangat.

Mungkin dikala umur sebegini ramai diantara kawan kawan aku sedang sibuk bergembira. Berseronok. Tapi aku. Aku diulit dengan seribu satu dugaan. Cemburu? Memang itu yang selalu aku rasa. Memang itu yang selalu kesalkan. Tapi siapa aku nak menidakan takdir mereka. Aku masih ingat kata kata seorang lelaki India di Hospital Klang:

"Adik tak macam budak budak lain. Kalau budak budak lain mungkin tengah seronok dengan kawan kawan. Tapi adik ada kat sini. Mesti adik sedih. Tapi adik kene percaya adik akan senang esok lusa. Trust me. You will.."

Kata kata tu sangat terasa. Mungkin aku tak rasa kesenangan itu lagi. Tapi aku harap kesenangan ada. Ada untuk aku. Aku sangat mahukan senyuman yang indah. Mungkin dengan umur aku sekarang ini aku perlukan lebih banyak kesabaran. Kene lebih kuat. Kene lebih cekal. Aku kene sedar hidup aku tak macam orang lain. Aku kene sedar tentang kenyataan itu. Aku kene kuat demi masa depan aku.

Abah: Maafkan akak. Akak bukan sengaja nak jauh dari keluarga. Akak sendiri sedih bila akak tak dapat hadapi semua ini dengan semua. Akak tahu ini bukan kemahuan abah. Tapi akak mintak sangat abah banyakan bersabar. Akak cuma mintak abah sabar. Akak tahu susah. Tapi akak mohon sangat. Sabar.

Mama: Akak sayang mama. Sayang sangat. Akak tahu banyak sangat airmata mama keluar. Akak tahu mama sedih dengan semua ini. Akak tak salahkan mama. Mama dah cuba jadi yang terbaik kan? Akak janji dengan mama. Akak janji setiap airmata mama yang mengalir demi keluarga kita, akak janji akak akan balas dengan senyuman. Akak janji kat mama. Janji. Tapi mama pun kene banyak sabar. Akak tahu mama kuat. Kuat lebih dari akak kan?

Abang: Maafkan aku. Kita memang tak serapat dulu. Aku mintak maaf. Aku mintak maaf sebab bebankan kau. Aku mintak maaf. Maafkan aku sebab biarkan hadapi semua ini. Aku mintak maaf. Tapi kita kene kuat. Aku tahu kita boleh. Cuma kita kene kuat. Kuatlah. Janji dengan aku. Kuat. Kuat demi sepasang orang tua kita.

Adik: Kau masih kecik. Aku tahu budak budak sebaya kau sibuk bermain teroka dunia. Tapi kau. Aku mintak maaf. Aku mintak maaf sebab bebankan kau dalam usia muda kau. Kau terlalu muda nak hadapi semua ini kan. Tapi aku tahu kau kuat. Aku yakin masa depan kau akan lebih indah dari aku. Tapi aku mohon kau sabar. Sabar hadapi semua ini. Sabar. Kuat.

Hidup aku nampak senang. Diluar nampak indah. Nampak sempurna. Tapi hati hati ini yang tahu payahnya hidup ini. Susahnya jadi kami. Bukan untuk menangih simpati. Tapi aku cuma punya blog. Blog ini. Blog aku. Blog faham siapa sebenarnya aku.

*Kenapa harga sebuah senyuman dan kebahagian sangat mahal? Mahal sangat. Aku tak mampu miliki ke?*

Wednesday, January 26, 2011

Terkene Sindrom Anak Kedua

Hujan dah pun berhenti. Semoga esok cuaca cerah. Sebab esok nak basuh baju sebakul. Sebakul ya semua. Tak banyak tapi cukup sebakul.hahahaha.

Actually malam ni takda kerja untuk kelas esok. Baik, aku mengaku yang aku hanya belajar untuk kelas bukan belajar untuk exam. hahahaha. So tangan aku pun mulalah mengatal gatal menaip tajuk tajuk lagu yang best and download. Bila penat, aku gatal nak cari benda benda yang boleh buat aku berfikir. Fikir jauh.

Pernah dengar tak sindrom anak kedua. Atau dalam english its called the second child syndrom. Kenapa ek anak kedua je yang ada sindrom ek? Actually aku pernah terdengar tapi tak sempat baca kat magazine tentang benda ni dulu. Time tu makcik aku yang baca sambil cakap dengan aku. Sebab aku kan anak kedua. Tapi aku macam biasa, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kan dah azab sekarang. hahahaha

Dari pembacaan aku dalam internet ni. Ini yang boleh aku conclude kan. Ciri ciri anak kedua:
1. Keras kepala
2. Degil
3. Ego
4. Garang
5. Bertanggungjawab
6. Penyayang
7. Berdikari

Percaya atau tidak yang ramai orang akan merunggut bila berdepan dengan anak anak kedua ini. Bagi mereka anak anak dalam kategori ini sangat complicated untuk dijangka apatah lagi jauh sekali untuk dikawal. Sebab utamanya diaorang sangat unpredictable.

Sebenarnya anak kedua ni degil yang amat! Jujur. Kalau tak percaya cuba cari dan cuba kenali anak kedua. Confirm aku tak tipu. Orang suruh buat lain, lain yang dia buat. Contoh terbaik aku. Orang suruh jangan makan, tapi berpinggan pinggan nasi aku telan. Dah sebijik macam raksasa. hahahaha.

Keras kepala tu jangan cakaplah. Cukup cukup keras kepala dia. Agak agak baling kat batu tak pecahlah. Sebab kami biasanya suka ikut kepala sendiri. Apa yang kami nak, kami mesti dapat. Kalau agak agak tak dapat tu, biasanya kami akan memberontak. Then yang paling penting kalau anak kedua ni, time gaduh. Kalau gaduh mesti nak menang. Anak kedua tak suka kalah even kekadang benda tu salah. Salah,betul biasanya diaorang tak kisah tapi yang penting "menang". hahaha.

Yang paling penting, anak kedua ni biasanya garang. Garang dia lebih dari anak anak yang lain. Percaya tak? Kalau tak percaya cuba tilik anak anak kedua yang ada sekitar korang. Pantang ada salah sikit, biasanya kami akan immediately moody dan naik marah dengan mendadak! Contoh terbaik dari ladang adalah aku sendiri. Jadi anak kedua sangat tak digalakan kahwin dengan anak kedua. Takut rumahtangga jadi panas. Perghh. Rumahtangga tu. First time guna word rumahtangga. hahahaha

Kami anak kedua sangat tak suka mengaku kesalahan. Atau dengan lebih jelas sangat ego. Betul tak tipu. Kami selalu rasa diri kami anak kedua ni betul. Walhal taklah betul sangat. Tapi apa kami kira. Yang kami kira, kami betul dan orang lain salah. hahahahaa.

Tapi sekasar kasar kami anak nombor dua pun ada yang baiknya. Ada yang halusnya. Tak semuanya jahat, buruk belaka. Kalau kene cara tegur, nasihatnya, aku dengan bangganya bagitahu yang kami makan nasihat dan mendengar kata jugak. Cuma kene pandai tacklelah hati kami ni.

Anak kedua biasanya lebih bertanggungjawab. Bukan nak masuk bakul, masuk lif. Tapi ini betul. Anak kedua ni sangat bertanggungjawab dengan apa yang ada kat sekeliling dia. Lebih lebih lagi kalau dengan family. Dia jenis yang follow. Bagi kami family come first! Korang ada? hahahaha. That whylah kami sangat penyanyang. Kalau boleh anak kedua ni nak jadi pembela kepada orang orang yang teranaiya. Kalau boleh nak tengok orang lain semua bahagia. Taknak ada yang sedih sedih. Especially kanak kanak. Kami sangat suka kanak kanak walaupun kami kekok dengan mereka. Tengok dalam hati kami tetap ada taman tau. hahahaha.

Last sekali, anak kedua ni sangat pandai berdikari. Campaklah dia jauh mana pun, dia tetap boleh survive dengan selamat. Ala kalau setakat nangis nagis tu perkara biasa je. hahahaha. Dia tak suka  bergantung harap dengan siapa siapa. Senang cakap selagi kami boleh survive selagi tu kami survive. Jarang tunjuk kesusahan, kesedihan. Sebab mereka berlagak hebat. That why kami kata mereka ego. Even bermasalah macam macam pun, selagi kami boleh tanggung selagi tu kami tanggung. Nampak a bit emosi la sikit kiteorang ni. Hati kami lembut jugak la kiranya. huhu

Entry ni nampak macam takda motif. Tapi aku sedaya upaya menguraikan character character anak kedua ni. Sebab aku sendiri tahu ramai orang merunggut sebab susah nak get along dengan kami anak kedua. Yelah kami ni kan penih misteri.hahaha. Hopefully entry ini membantu sikit. Sikit je. hahahaa.


*Perasan tak entry ni macam membongkarkan perangai aku sendiri? hahahaha. Gila bersidang lagi aku ni. hahahaha*

Bila Hati Berdebar Debar

Ku mahu kau tahu. Bukan versi hujan. Tapi ni versi ubah suai secukup rasa oleh aku. Diubah suai mengikut kesesuai aku. Hahaha. Sorry. Tengah feeling bunga bunga cinta ni. Entry ini juga mencapap. Tak payah baca. Bye!







Di sudut bilik, aku pernah termenung jauh 
Mengenangkan nasib aku, sebab kau bukan dengan aku
Tapi kau tak perasan yang kita miliki separuh 
Berbentuk hati cinta namanya 


Walau kau jauh dari aku nun disana
Ku sentiasa menunggumu 
Inginku imbas kembali memori indah dulu waktu pernah rasa macam ni
Walau kau jauh 

Ku berjanji kan terus tunggu dan aku hope kau jugak berjanji
Dipisah highway yang panjang
Ku mahu kau tahu 
Aku kan terus menunggu 


Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu even aku hutang gambar lagi
Jangan pernah sekali kau buang, aku cekik kalau kau buang!
Seperti cinta ini yang terbuku walau bukan dalam buku
Aku yakin cinta ini akan bersemi jua

Aku kan terus menunggu 
Kita kan bersatu, Insyaallah 
Terus menunggu 
Ku mahu kau tahu yang aku sayang kau sangat!

*Mungkin ini bukanlah cinta. Tapi ini permulaan sayang. Ya, aku sayang kau! Sayang lebih!Mungkin dialah Firas Ali aku. Doakan aku.*

Entry Kali Ini Memang Mencapap, Payung Merah Hilang!

Kat kampus sekarang ini musim hujan. Ni pun tengah hujan lebat. Tak reda reda dari malam tadi. Aku agak sungai Segamat mesti dah nak tenggelam. Ini bukan hujan sikit sikit. Tapi hujan banyak banyak, ada kalanya lebat dan ada kala sangat lebat. Okay. Fine.

Tadi pagi sangat berharap yang test pukul 10 pagi dibatalkan sebab hujan. Alasan ini tak boleh diterima akal kan? Tapi mungkin boleh diterima akal untuk dibatalkan memandangkan student student terpaksa mendaki bukit untuk ke kelas tanpa adanya susur gajah [ aku panggil alor gajah. hahaha] dalam keadaan yang hujan dan for sure basah bila sampai atas.

Sangat kecewa bila test tak dibatalkan. Fine. Dengan redha aku daki bukit tinggi dengan classmate aku dengan berpayungkan payung merah. Test berjalan macam biasa. Macam biasa jugak yang aku tak dapat nak jawab semua soalan dengan baik. Okay fine. Terbukti yang aku kurang study lagi.

Habis je test, aku keluar. Malas nak amik pusing kat paper tu. Yelah sebab dah hantar. Nak taknak terima jelah markahnya nanti. Redha. Keluar keluar, payung merah hilang. Payung merah aku hilang. OMG! Ni yang tak best ni. Banyak banyak payung, payung merah aku hilang. Tak tahulah kene curi ke, ada tersalah amik ke, tapi yang penting payung merah aku hilang! Sangat tak suka bila jadi macam ni.

Sepanjang jalan aku fikir. Aku bawak ke tak payung sebenarnya. For surelah aku bawak. Kawan aku jadi saksi. Melilau lilau mata aku cari payung merah. Fine. Aku masih tak jumpa. Sakit hati bila barang aku hilang, saat aku tengah nak berjimat cermat. Eeeei! Tak suka, tak suka!

Aku mungkir janji. Semalam sepatutnya entry last. Tapi harini aku tulis entry baru. Semua sebab payung merah tu! Arrgghh tak puas hati.


*Pergi berpayung, balik berhujan. Terima Kasih!*

Tuesday, January 25, 2011

Kali Pertama

Now aku ada kat Cyber Cafe kampus. Pertama kali aku on blog kat tempat public. Esok aku ada test International Business. Sangat takut. Aku rasa cuma chapter satu je yang aku ingat. Masuk yang chapter lain, aku dah rasa macam ke laut je.

Jadi malam ni aku kene study dengan penuh upaya supaya dapat jawab test esok pagi. Esok pagi okay. Bukan petang atau malam. Pagi. Pukul 10. Ambik kau, baik punya masa. Terkebil kebil bangun tidur then kene pergi mandi. Sambil baca note yang tak seberapa kene pulak panjat gunung sambil tercunggap cunggap. Then kene dera duduk dalam dewan yang sejuk sambil jawab test. Memang terbaik. Terbaik dari ladang.

Khamis dah kene mula packing packing. Nak kene main rebut rebut washing machine dengan junior junior. Baju kotor dah sebakul tak basuh. Walhal baru tiga hari tak basuh baju. Baik. Aku sangat pemalas semestar ini. Jumaat dah kene berambus. Berambus bukan untuk balik rumah. Tapi ke tempat lain. hehehe.

Okaylah. Ini mungkin last entry before flight selamat sampai kat airport. Nanti bila dah selamat mendarat dan hilang segala penat, aku update lagi. Terima kasih atas senyuman ini blog. Terima kasih juga untuk yang banyak bagi nasihat. Walau aku kebal dengan nasihat, aku cuba lihat dari sudut yang berbeza. Doakan aku untuk test esok. Doakan perjalanan aku untuk hari tulat. Bye!



Mahu terbang pulak rasanya. Firas Ali akan tiba nanti.

Monday, January 24, 2011

Melangkah

Semestar akhir. Semestar keenam. Besar sangat ke semestar ini? Tiga tahun aku tunggu. Tunggu untuk menamatkan langkah. Langkah terakhir. Langkah penamat.

Entahlah. Permohonan kemasukan ke ijazah sarjana muda ke UITM dah keluar. Tapi aku rasa nak menangis. Tiga tahun aku bermatian matian perjuangan diploma ini. Tapi aku tak nampak hasil yang membanggakan. Serius hati aku taknak tinggalkan diploma ini. Diploma tanpa dekan. Diploma kosong. Diploma tanpa bintang.

Aku tak salahkan sesiapa. Salah diri sendiri. Salah diri sebab pemalas. Salah diri sebab bodoh. Salah diri sebab tak cukup rajin. Salah diri sebab banyak mulut. Salah diri sebab selalu mengeluh. Semua salah diri aku. Natijahnya ini. Diploma dengan tangan kosong.

Aku masih tak nampak bayangan course untuk ke ijazah. Memang Fakulti aku ada lebih kurang sembilan course untuk ijazah. Entah kenapa, aku tak tahu mana yang terbaik. Terbaik untuk aku. Mampu ke aku jadi pelajar yang baik untuk dua tahun akan datang. Entahlah.

Aku mahu grad dengan ijazah berbintang. Aku mahu grad dengan diploma berbintang. Aku mahukan bintang. Bintang. Aku ke manusia yang tak layak berbintang.

Sekadar memetik kata kata blogger ternama, FL. Dalam hidup ini kita kene korbankan banyak benda untuk capai sesuatu. Nak ilmu tak sempat pakai cantik cantik. Nak cantik sentiasa, tak sempat nak kejar ilmu. Nak pandai kene study lebih,tapi eyebag pun bertimbun timbun. Taknak eyebag bertimbun kene tidur lebih tapi tak pandai. Nampak tak? Itulah kehidupan. Peduli kata orang. Yang penting kita tahu apa keutamaan kita. Entry terbaru FL, Muka tanpa make up memang selekeh tapi nak buat macam mana, memang dah tak natural beauty. Betul dia memang tak lawa. Berani buat pengakuan. Syabas!


*Semoga tak bermigrain malam ini. Doktor migrain aku jauh.*

Friday, January 21, 2011

E.N.T.A.H

Cuma sepatah. Jarang aku bertitlekan dengan sepatah kata. Jarang sekali rasanya. Entah kenapa malam ini cuma entah yang terlintas. Entah. Aku tak tahu.

"Dia buat sebab dia tahu kat mana kudis kau. Dan sebab tu kau rasa sakit",quote from kawan aku J.

Orang kata 70 percent orang akan menyokong kita dan 30 percent orang akan menjadi pembangkang untuk kita. Dan rasa jumlah tu terbalik untuk aku. Aku terasa nilai 70 percent terlalu banyak untuk menjadi penyokong aku. Entah. Aku tak tahu.

Aku tak tahu. Entahlah. Semua orang ada buat silap dan ada masalah. Setiap masalah memerlukan masa. Dan masa itu berjalan. Aku tahu. Masa itu emas. Masa itu duit. Dan demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Aku tahu tentang itu dan aku jelas tentang itu. Tapi. Entah.

"Even I hate damn much hypocritos but im still need "hypocrite" in my life because its more safely than being a honest", quote from kawan aku R.

Entah. Aku tak tahu. Aku tak faham karenah dunia. Aku perlukan sejuta manusia lain membantu memahamkan aku. Jadi tolong fahamkan aku.


*Entah. Berapa banyak perkataan entah yang harus aku letakkan untuk mengambarkan hati aku sekarang ini. Entahlah. Aku tak tahu. Entah.*

Thursday, January 20, 2011

Terus Terusan Migrain Lagi

Setiap hari. Minggu ini hampir setiap hari. Setiap hari aku migrain. Migrain. Sakit. Kesabaran sangat aku perlukan.

Aku tak punyai listener. Listener kepada aku. Setiap orang mempunyai hati. Dan aku masih belum mampu menjaga setiap hati. Jadi kenapa aku perlu menyerabutkan hati hati manusia lain dengan segala apa yang ada dalam hati aku. Aku berjalan sorang. Tak punya sesiapa.

Meniti laluan tanpa sesiapa. Meniti titian tanpa sesiapa. Meniti jalan tanpa sesiapa. Nampak seperti bebas. Mungkin aku lebih senang bebas tanpa perlu berjaga jaga. Mungkin aku lebih selesa.


*Berjuta perkara bermain dalam kepala. Itu menambahkan kesakitan ini. Semoga kesakitan ini memberi aku secebis senyum pada masa depan. Aku terima kesakitan ini walau aku terpaksa hadapi setiap hari.*

20 Januari 2011

Assalamualaikum. Masa sekarang tepat pukul 1.16 tengah hari. Aku tengah curi curi masa sambil bersiap untuk keluar lagi. Misi utama mencari tiket. Misi seterusnya mencari makanan yang sedap.

Bangun pagi dah kene puji. Apa lagi muka tukar jadi colour merah merah la. Terima kasih sebab sudi puji aku. Aku tahu tentang itu. Dia bukan orang pertama. Tapi aku akan anggap dia orang yang terakhir memuji begitu. Aku tahu dia sedang memancing aku. Memancing untuk aku meninggalkan my glasses. Damn! Memang tak mahal untuk beli contact lens berbanding beli glasses. Tapi entah kenapa aku cukup takut meninggalkan glasses ini. Biarlah.

Biar mata ini terlindung. Biar mata ini tertutup. Memang betul hati aku pun teringin sangat nak mencuba lens. Tapi aku takut. Tanpa glasses mata ini akan terbuka. Aku taknak. Entahlah. Tunggulah sampai aku betul betul bersedia untuk pakai lens.


*Terima kasih atas senyuman ini lagi. Senyuman manis untuk hari ini.*

Sayang

Semakin hari semakin laju masa berjalan. Sedar tak sedar diploma ini semakin mahu tamat. Antara sedar dengan mimpi aku semakin sayang nak tinggalkan kampus ini. Sayang nak tinggalkan kampus aku yang kecik. Kecik di pendalaman hutan. Kecik ditemani bandar yang serba kekurangan.

Even aku sering mengeluh tentang semua ini, tapi percayalah yang hati ini sayang pada kampus ini. Sungguh. Mungkin tiada kampus lain yang sebanding dan sehebat kampus ini. Kampus ini kecik walau aku sering mengeluh penat untuk berjalan atau mendaki. Kampus ini buruk. Tapi kampus ini berjaya melalui proses perubahan. Kampus ini sunyi. Kesunyian dalam menghirup udara segar.

Ya. Aku sayang mahu meninggalkan kampus ini tak lama lagi. Sayang walau aku selalu menangis disini. Kampus yang bagi aku kekuatan hati untuk terus melangkah. Kampus yang beri aku semangat berkobar untuk pulang beraya. Kampus yang menjadikan aku manusia.


*Tak sampai hati nak tinggalkan kampus tapi tak sampai hati nak datang sini lagi. Sayang kampus ini. Sungguh. Tak tipu.*

Masa Depan Penentu Segala

Permohonan kemasukan ke ijazah untuk UPU dah pun dibuka. Macam cepat je masa berlalu. Macam je lagi aku apply UPU untuk masuk university. Di university tak menjamin kecemerlangan seperti di sekolah. University dan sekolah adalah dua benda yang berbeza. Tak semesti orang yang cemerlang di sekolah mampu teruskan kecemerlangan di peringkat university.

Aku paling tak suka apabila ada orang yang mencampuri urusan masa depan orang lain dengan sesuka hati. Masa depan seseorang biarlah dia sendiri yang tentukan. Jangan sesekali paksa apa benda yang orang lain tak suka. Bagi dia buat keputusan dia sendiri. Keputusan dia tanggungjawab dia. Orang lain cuma layak beri pendapat bukan memaksa.

Sebut pasal permohonan ke ijazah. Aku jadi takut. Aku masih keliru. Aku masih belum jelas ke mana arah tuju aku selepas ini. Diploma aku akan tamat. Umur semakin meningkat. Tanggungjawab semakin besar. Beban hidup semakin berat. Aku tak tahu bidang mana yang bersesuai untuk aku corakan masa depan aku. Mama menyarankan aku ambik Human Resource. Abah bagi kepercayaan untuk aku pilih sendiri bidang aku. Dan aku dapat rasa yang abah suka kalau aku memilih profession perguruan. Tapi aku sedar diri. Aku tak layak. Mana aku layak nak berdamping dengan para pelajar yang semakin hari semakin bijak.

Untuk permohonan ke ijazah nanti aku akan diberi 4 pilihan. Dan aku kene memilih pilihan aku dengan bijak. Aku tak mampu memilih permohonan UPU. Hajat untuk ke UTM pun aku terpaksa padamkan. Aku masih belum layak dan belum mampu bersaing dengan kaum lain. Aku masih tak mampu untuk melawan kerajinan dan kepintaran mereka. Aku masih berkira kira mahu memilih course yang sesuai untuk aku. Mungkin ke aku ada ciri untuk menjadi Marketing Executive? Atau layak ke aku untuk jadi Finance Executive? Boleh ke aku jadi HR Executive yang berjaya? Entahlah. Aku masih tak tahu.


*Aku mahu miliki perniagaan aku sendiri. Itu impian aku.*

Wednesday, January 19, 2011

Pagi Yang Messy

Semalam tidur dalam pukul 1 lebih macam tu. Kepala migrain tapi still tidur lambat. Entahlah. Mungkin banyak benda yang bermain dalam kepala otak aku. Macam macam ada. Macam macam nak masuk dalam otak. Itu mungkin punca utama kepala aku migrain setiap hari.

Terjaga pagi pukul 6 lebih. Then sambung tidur. Sampai tak sedar diri. Lewat terjaga untuk ke kelas dan bersiap. Jadi aku pergi kelas pagi tadi dalam keadaan yang sangat messy macam orang giler. Muka serabai. Baju serabai. Tudung senget benget. Tak pasal kawan aku menunggu aku pulak.

Dalam kelas, mata sangat mengantuk. Menguap nguap. Masih tak sedar diri yang test menunggu next week. Sangat tired melayan karenah diri sendiri.


*Bye. Gonna go to next mass lecture class for 4 hours. I will crazy with mass lecture today. Semoga tak mengantuk lagi.*

Bila Aku Tak Mampu

Bila aku tak mampu miliki dia

Bila aku tak mampu ada dia

Adakah hati ini akan menangis

Menangis mungkin ubat yang paling mujarab untuk aku


*Selamat malam. Migrain ini sangat menganggu mood aku*

Tuesday, January 18, 2011

Aku Bukan Ana Raffali

Tajuk macam mintak pelempang.hahahaa. Untuk yang kesekian kalinya. Kepala aku masih lagi migrain. Untuk minggu ini aku rasa setiap hari aku akan kene migrain. Kepala aku macam kene palu dan kene ketuk. Sakit sangat. Aku tak tahu sebab aku.

Nak kata sebab pencahayaan, aku rasa macam okay je. Nak kata makan tak teratur, terlebih makan pun ada. Nak kata tak cukup rehat, aku takda benda pun nak buat. Even banyak giler buah tangan lecturer aku bagi. Entahlah. Aku musykil. Sakit bila bukak mata, nak bangun berdiri. Rasa macam nak pengsan pun ada. Badan rasa macam tak sedap. Kenapa ek?

Esok ada sesi photography pukul 12. Kene berbaju kurung. Adehh ini yang leceh. Sebab aku hanya suka berbaju kurung untuk hari Isnin sahaja. Untuk hari lain, aku sebolehnya tak ingin berbaju kurung. Lagi lagi semestar ini. Kelas semua kat atas gunung. Tak larat berpanasan dengan memakai baju kurung. Lagipun aku cuma bawak enam pasang baju kurung sahaja. Semua buruk. Boleh tak kalau aku lari dari ikut sesi tu? Tapi macam sayang pulak. Sebab ini semestar terakhir. Jadi aku terpaksa ikut. Duit aku pun terpaksa keluar. Damn! hahahaha.


*Aku lebih selesa dengan gaya Yuna. Dan aku lebih ayu dengan gaya Ana Raffali. hahahaha*

Monday, January 17, 2011

Migrain Tapi Mimpi

Semalam last entry aku cakap yang aku migrain. Memang aku migrain giler. Sakit sangat. Pukul 9 lebih macam tu aku dah terdampar atas katil. Pura pura untuk tidur. Sebab sakit ni cuma boleh kurang bila aku tidur. Bila aku mula nak tidur lena, tetiba budak bilik aku jerit,"ada spot check, ada spot check". Tup tup aku terus bangun.

Actually aku tak faham langsung function utama spot check kat kampus ini. Dulu time part one, senior just bagitahu spot check untuk barangan elektrik. Siapa tak bayar, barang dia kene rampas. Okaylah fine. Oleh sebab aku budak baik, aku tak pernah lupa bayar duit elektrik setiap semestar. Cuma semestar ini je aku minimize kan pembayaran. Aku tak bayar penuh. Just kurang satu barang je yang aku tak bayar. hahahaha. Saja tak nak bayar. Tapikan sekarang ini spot check kat kampus aku lagi makin detail. Means sampai ke pakaian dan laptop pun diaorang kata Resident Staff nak check. Seluar pendek, baby tshirt, cardigan, sleeveless pun kene rampas. Okay. Senang cerita, pelajar perempuan harus berpakai menutup aurat 24 hours without any excusses. Baik aku sedaya upaya sorokkan segala yang diharamkan itu dengan cermat sekali.

Then sampai pukul 12 lebih, pintu bilik aku still tak diketuk. Aku pun mengandaikan pegawai pegawai dah penat. Better diaorang balik tidur dari buat rampasan dengan students. Dan aku pun dapat tidur dengan aman dan makmur. Even kepala otak aku still berdenyut kuat.

Time tidur malam tadi aku mimpi. Entahlah. Actually aku tak fikir apa apa langsung time sebelum tidur. Yelah kepala aku sakit macam nak meletup. Mana ada benda yang boleh aku fikir. Aku mimpi bekas cikgu sekolah rendah aku lagi. Tapi aku tak dapat ingat tentang mimpi itu. Cuma yang aku ingat aku jumpa cikgu itu je. Sebenarnya dah banyak kali jugak aku mimpi cikgu ni. Tapi yelah. Macam apa orang kata, mimpi mainan tidur. Aku pun tak amik pusing sangat mimpi mimpi tu. Just mimpi. Tapi bila still boleh mimpi masa migrain, aku jadi musykil sikit. Tapi takpelah. Semoga cikgu aku tu panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu.


* Kelas selling petang ni batal. Malam ini harus attend perjumpaan kolej. Oleh yang demikian, aku sangat malas.*

Sunday, January 16, 2011

Migrain

Aku tak tahu. Semakin hari semakin kerap. Semakin hari semakin sakit. Sakit sebab sakit ini seakan tak tahu berhenti. Sakit. Aku tak tahu kenapa.

Sakit. Aku cuba kaji apa sebenarnya sakit ini. Aku macam jumpa tanda tanda migrain. Migrain. Migrain ini membebankan sakit ini. Migrain ini sakit. Sakit giler.

Saturday, January 15, 2011

Salah Yang Mungkin Tiada Kemaafan

Entah.
Aku tak tahu.
Aku cuma melihat.
Aku tak mampu mendengar.
Jauh lagi untuk aku menilai.

Semakin jauh.
Semakin terpisah.
Semakin sepi.
Salah berpunca diri yang hina.

Salah berpunca dia yang bertuah.
Mungkin ini yang dikatakan orang.
Salah yang tiada kemaafan.
Salah yang tidak diterima segala alasan.
Salah orang yang bersalah.

Untuk mengharapkan yang lama kembali menjadi lama.
Aku tahu itu bukan mudah.
Bukan tidak mahu mencuba.
Tapi aku tahu irama itu telah sumbang.
Aku gagal mengawal irama.
Gagal mengawal keserasian.
Itu salah aku.

Terima Kasih.
Kasih aku tak pernah berakhir.
Sayang aku tak pernah putus.
Cinta aku tak pernah mati.
Doa aku tak akan pernah berhenti.
Tapi aku tak mampu selamatkan semua ini.
Aku tak mampu.


Setiap manusia ada perasaan. Aku manusia yang tak tahu menjaga perasaan manusia lain. Itu kekurangan terbesar dalam diri aku.

Sempurna

Baju. 
Shawl. 
Jeans. 
Kasut.
Beg. 
Senyuman. 
Bahasa tubuh. 
Hati berbunga. 
Sempurna.

Alhamdulilah. Sempurna. Hati dah sempurna. Even tak secantik yang lain. Tapi ini cukup terbaik. Kesempurnaan ini terbaik untuk aku. Terima kasih. Terima kasih sebab berani sempurnakan aku. Aku bahagia.

Friday, January 14, 2011

Happy Tapi Berdebar

Satu hari suntuk melingkar macam ular dalam bilik. Takda kerja. Takda planning. Kalau ikut perancangan memang nak kene siapkan segala macam assigment untuk projek projek final. Tapi entahlah. Perasaan dan rasa malas mnguasai diri. Jangan sampai makan diri sendiri sudahlah cik adik manis oi.

Esok. Pasti aku kene tinggal sorang sorang dalam bilik. Roomates aku ada modul dari waktu aku belum bangun tidur sampai waktu aku tertidur. Pasti esok aku akan banyak tidur. Bilik yang sunyi. Cuaca yang sejuk. Sangat membuai buai aku untuk tidur. hahahaha.

Tapi rasanya macam plan tidur tu terpaksa aku tunda je. Sebab esok aku ada date. hahaha. Ulang suara. Aku ada date esok. hahahaha. Seronoknya. Happy. Tak sabar. Tapi sangat berdebar. Macam mana ek. Takut pulak rasanya. Semoga elok elok sajalah. Doakan aku. hahahaha.


*Tak sabar nak tunggu esok. Semoga dapat berdating dengan selamat.*

Speechless

Kalau ikut mata memang aku taknak bangun. Penat semalam pun masih tak hilang lagi. Tapi nak taknak, aku kene paksakan diri jugak. Bangun terus online. Bukak facebook. Bukak blog sendiri. Bukak blog kawan kawan. Dan aku jadi sedih bila kawan aku tengah sedih.

Sorang kawan blogger aku tengah sedih. Dia terpaksa membuat pilihan terbaik dalam hidup dia. Untuk dia. Semoga berjaya. Aku tahu dia kuat. Serius aku sedih bila tengok ada kawan kawan yang terpaksa berdepan dengan masalah.

Thursday, January 13, 2011

Rasa Rasa Hati

Kenapa perlu malu meluahkan perasaan kepada umum. Perasaan itu tak bersalah. Yang salah bila kita salah menilai perasaan orang. And one more thing bila orang cuba merasa apa yang kita rasa. Tak semua orang boleh rasa apa yang kita rasa. Perasaan kita itu rasa kita. Bukan rasa orang lain.

Sekarang aku rasa. 
Rasa sangat rindu. 
Rindu giler. 
Rindu sangat. 
Rindu. 
Rindu. 
Rindu.

Faham tak rindu.
Rindu bila tak bermesra mesra.
Rindu tak bergelak ketawa.
Rindu bila tak menyakat.
Rindu bila tak disakat.

Hope sangat dapat date weekend ini.
Aku memang sibuk.
Tapi aku cuba luangkan masa this weekend.
I'm try my best.
Aku dah sangap rindu dia.
Janji!


*Bilalah handphone aku nak berkelip kelip ini. Lain yang aku harap hantar message, lain pulak yang hantar message. Faham tak, aku rindu. Rindu giler!*

Penat Sangat

Okay. Tadi aku terouting tanpa dirancang. Memang tak disangka atau disengajakan. Semua gara gara tak tahan pujukan kawan kawan. hahahaha. Jangan tanya kenapa aku mudah sangat terpengaruh. Itu memang perangai aku sejak azali lagi.

Berapa aku habis? Rasanya tak perlulah tahu secara detail. Anggaran kasar masih tak mencecah ratusan lagi. hahahaha. Budget macam anak datuk je kau ini perempuan. Ala bukan banyak sebab shopping pun. Banyak sebab aku kene photostat manual, notes yang kene jadi rujukan. Kang kalau tak photostat aku jugak yang susah. Takpelah. Biar duit PTPTN habis untuk pelajaran bukan habis untuk jolian. Baru berbaloi sikit nikmat bila kene bayar nanti. hahahaha. Lagipun perjanjian bayaran untuk PTPTN aku tukar daripada 3 percent kepada 1 percent. Bahagia rasanya sikit. hahahaha.

Tadi aku sempat potong rambut. Dah lama memang aku hajat nak potong. Tapi belum ada kesempatan. Cuma tadi je aku tergerak hati nak potong. So aku potong. Now rambut aku dah pendek. Tetiba terasa macam menyesal pulak. hahahaha. Mana pernah aku tak menyesal potong rambut. Giler tak menyesal. Even rambut aku tak selembut yang macam iklan iklan kat TV itu tapi aku bangga taw. Yelah bukan semua orang larat berambut panjang. Itu cabaran besar jugak sebenarnya. hahahaha

Tiket train pun aku dah beli tadi. Kali pertama naik train. Entah apa rasanya. Just wait and see okay. Sangat sedih bila aku dapat tahu trip aku jadi. Okay. Aku balik lambat untuk cuti kali ini. Damn!


*Seharian berouting dengan budak budak coursemates. Sangat seronok tapi penat. Penat tapi menyesal. Aku tahu dia mesti tunggu aku tadi. Sorry sangat. Tak tahu. Tak sengaja.*

Wednesday, January 12, 2011

Kalau Facebook Kene Tutup, Ada Aku Kisah?

Actually aku terbaca benda ni dah berhari hari. Semalam time aku online pun duk sibuk semua orang forward forward chat berantai untuk kawan kawan. Aku? Haram nak forward. Aku siap cancel dengan tanpa rasa ragu ragu lagi. Tapi bila aku tension sebab ramai yang duk forward kat chat tu, aku offline terus chat kat facebook. Malas nak layan.

Actually aku tak kisah langsung sama ada facebook nak tutup ke apa ke. Lantak dia la. Ada aku kisah? Aku pun dah jarang sikit daripada tahun lepas main facebook ini. Dah bosan. Aku bukak je pun sebab nak update status yang entah apa apa then aku main game cityville dengan cafeworld. Itu lagi syok dari layan komen komen yang mengarut ngarut tu.

Maybe sebab aku dah puas kot. Yelah dah puas mengarut, meroyan dalam facebook tu. Sebab itu aku tak rasa apa apa. Aku rasa kalau betul kene tutup pun lagi seronok. Sebab macam memalukan. Yelahlah rakyat Malaysia antara pengguna utama Facebook. Nampak macam membanggakan. Tapi sangat tak profesional langsung. Mana taknya. Bila tak puas hati je, sikit sikit buat page. Tak suka someone pun buat page jugak. Sangat mudah orang Malaysia membenci orang lain. Aku sendiri pun tak faham. Hah, ini aku tulis macam ini pun mesti ada yang benci atau tak suka dengan kata kata aku kan? Kalau berani silalah buat page. "Kami benci pemilik blog secretsakurastory.blogspot.com".

Ini masalah utama rakyat Malaysia. Suka menghukum. Suka jadi juri pada mata sendiri. Suka sangat cakap orang lain salah. Suka sangat buat semua benda main main.

Antara facebook dan blogger, aku lebih prefer blogger. Blogger lagi best. Apa barang tulis status pendek pendek. Apa barang luah perasaan pendek pendek. Apa barang nak letak nak mengarut pendek pendek. Tak bestlah kalau asyik kene sekat dengan limitation word. Kalau berani, buat blog. Boleh tulis panjang panjang. Takda limitation word. Luah semuanya dalam hati kalau ada yang berani. Jangan hanya berani buat sebab ada pengikut. Cuba jadi independent. Baru namanya berani.

Ramai yang senyum siniskan? Ramai yang kata "Hek eleh minah ini. Macam bagus". Tak pun mesti ramai yang kata, "apa kau bukan orang Malaysia ke?". Atau ada yang kata macam macam lagi. Tak pun mesti ada yang memaki aku kan. Yang menganjing lagilah, mesti ramai. Tu belum masuk yang memperli dan mentertawakan aku. Tapi bagi aku, ada aku kisah? Senang cerita, cakap je apa yang korang nak cakap. Siapa berani tinggallah comment. Kita tengok siapa yang berani.


*Suka sangat dengar khabar angin. Owner sendiri tak cakap apa apa, tapi ramai pulak yang perasan dia kononnya masing masing pemilik facebook.*

Tuesday, January 11, 2011

Nak Jugak

Siti Nurhaliza sambut birthday 11 January 2011 untuk kali ke 32. Dia buat birthday party lagi. Untuk kali yang entah ke berapa orang sambut birthday dia. Ramai orang sayang dia. Orang tak pernah lupa birthday dia. Tak pernah lupa buat party untuk dia.

Aku jealous woo. Dah la buat party. Dapat pulak macam macam hadiah pulak tu. Semua mahal mahal. Aku nak jugak. Teringin sangat nak buat party birthday sendiri. Tak pun nak orang lain tolong buatkan surprise birthday party untuk aku. Wah mesti seronok. Mesti bestkan.

Hahaha. Angan angan dalam mimpilah makcik. Kau bukan Siti Nurhaliza. Tak payah nak berangan. Dah ada orang wish pun dah kira beruntung. Kau bukan orang penting. Tak payah berangan. hahahaha.


*Entry bosan akibat kepenatan cari bahan untuk ENT300*

Belajar

Aku masih belajar. Belajar tentang course yang aku ambik. Belajar tentang hidup. Belajar menerima kesedihan. Belajar menerima kegembiraan. Belajar menerima kritikan. Belajar menerima tekanan. Belajar tentang apa yang patut aku belajar. Belajar menerima bukan cuma belajar memberi.

Memanglah sakit hati bila terpaksa menerima. Tekanan memang hebat. Tekanan memang tinggi. Tapi aku cuba. Cuba untuk terima. Adapt semua benda sekeliling. Even aku tahu aku tak sekuat mana. Aku try untuk jadi kuat. Semoga aku mampu terima segala tekanan.


Terima kasih. Atas tekanan semua. Aku cuba terima tekanan tekanan itu.

Monday, January 10, 2011

Hukum Karma

Kata dulang paku serpih

Kata orang, dia yang lebih

Hahaha. Macam nak gelak. Betul serius. Aku dah takda apa dalam hati. Aku dah keluarkan time 31 December lepas. Aku dah taknak ingat. Tapi bila aku tahu yang tu jadi, serius aku tercenggang.

Mungkin ini hukum karma. At least aku pernah rasa benda yang dianggap tak perlu rasa. Tapi waktu tu aku rasa aku masih ada sebab. Tapi sekarang dah takda sebab. Dan aku lets it goes. Semua dah clear untuk aku. Tapi untuk yang itu, aku masih belum clear. Masih belum ada benda yang elok untuk aku jadikan sebab.

So aku taknak cakap banyak. Lu pikirlah sendiri. At least aku ada sebab untuk itu. Tapi dia takda sebab. Aku tak nampak reason yang munasabah. Jangan jadi ketam yang nak ajar anak berjalan betul tapi diri sendiri tak betul. Ambik cermin. Tengok diri sendiri. Sekurang kurangnya aku sedar even terlambat. Tapi jangan jadi pura pura sedar tapi tak sedar.

Renung renungkan. Dan selamat beramal. Terima kasih.

Kenapa, Kenapa Dan Kenapa

Aku mulalah nak membebel ini. Aku geram. Aku tak nak. Aku tak suka. Ura ura kene pergi trip ke Terengganu itu memang betul. Lecturer dah bagitahu dalam kelas tadi pagi. Yang tu memang sangat tak seronok sebab aku dah pergi sem lepas bulan Oktober. Baru sangat pergi. Faham tak aku tak rasa excited macam sem lepas lagi. Itu satu hal. Still boleh considerlah.

Yang aku paling paling tak boleh nak consider sebab time. Ada ke patut nak korbankan cuti midsem aku untuk pergi sana. Itu memang bertentangan dengan kehendak aku. Faham tak aku tak balik rumah selagi tak cuti midsem? Faham tak parents aku tak bagi aku balik rumah kalau tak ada cuti panjang? Faham tak aku nak cuti? Boleh faham tak?

Alahai. Aku tahulah ini final semestar. Tapi yang dok nak pulun trip sem ni jugak kenapa? Kenapa tak pulun sem lain? Tahulah budak budak yang gempak gempak tu tak pernah pergi trip. Tak payah lah nak kecoh. Faham tak Terengganu itu jauh? Elok je lecturer aku nak guna 2 bijik bas untuk pergi sana. Faham tak nanti tak selesa. Faham tak satu badan nanti lenguh duduk dalam bas sambil bersempit sempit. Faham tak aku tak larat lagi nak pergi Terengganu yang takda highway tu?

Next week, final decision lecturer akan buat berdasarkan pelepasan daripada HEA. Aku hope trip ini tak jadi. Really hope. Negeri lain aku tak kisah. Terengganu aku dah taknaklah. Nak jalan, carilah tempat lain. Malaysia ini besar. Banyak lagi tempat. Really hope program ini tak lepas sebab cuaca yang tak menentu.


*Walaupun kat sana orang panggil duit tu Riyal, nilai matawang Ringgit Malaysia tetap digunakan. Aku dah macam nak kepupusan duit dalam kampus ini. Tolong jangan tambah kepupusan duit lagi. Tolong.*

My Rockstar

Semalam ada AJL25. Aku mesti tengok. Bukan senang nak tengok my King nyanyi lagu favourite aku. Mata aku memang macam kene paku time dia perform. Terpesona habis. Serius. Sangat seronok.

Even dia bukan juara untuk M Nasir, tapi dia juara untuk aku. Itu sudah cukup untuk aku. Sangat cukup. Memang terbaik performance dia. Aku salute. Salute habis. Dia tak pernah buat aku kecewa. Even time dia kene gam dulu pun aku tak kisah. Yelah apa ada hal lelaki bukak baju? Yang ada hal bila perempuan yang bukak baju. Tapi ini Malaysia. Kene sopan santun. Itu penting.

Tahniah Faizal Tahir. You are the best sayang. Aku bangga jadi peminat kamu. Bangga sangat. I'm not korean crazy followers. But I'm crazy on you. Only you. hahahaha. Macam terlebih gedik je. hahahaha



Tahniah. Tahniah. Tahniah.

Sunday, January 9, 2011

21 Tahun

Actually takda benda sangat nak tulis. Kepala masih lagi berdenyut. Sakit sangat. Tapi takpalah. Diam diam sudah. Malas nak susahkan orang. Lagipun sampai bila nak meraih simpati orang lain. Dah masuk tahun baru. So umur dah bertambah. Kenelah lebih independent. Sampai bila nak bergantung pada orang.

Entahlah kan. Hampir 21 tahun aku hidup. Macam macam aku dah lalui. Pengalaman manis kurang. Yang pahit lebih. Bukan nak kata yang hidup aku terlalu payah. Tapi bukan jugak terlalu senang. Mungkin payah untuk aku. Mungkin senang untuk orang lain. Lain orang lain cara.

21 tahun hidup. Aku rasa dah cukup masa aku bercakap open tentang diri sendiri. Kemahuan hidup. Kehendak diri. Bagi aku. As long jalan yang aku pilih itu parents aku restu dan sokong, aku tak akan berundur. Tak semua benda kita kene ikut gaya orang. Sampai bila kita kene jadi penurut. Setiap orang ada hak menentukan masa depan masing masing.

21 tahup hidup. Aku puas jadi diri sendiri. Aku puas jadi siapa aku. Aku puas bila aku tak perlu bermuka muka. Aku puas jadi aku. Aku bukan dilahirkan dengan kesempurnaan yang setiap manusia mahukan. Aku dilahirkan dengan adanya kekurangan. Aku bersyukur. Siapa tahu kalau aku dilahirkan dengan sedikit kesempurnaan, mungkin aku akan lupa siapa aku yang sebenarnya. Mungkin juga aku akan lupa Tuhan. Jadi aku bangga jadi aku. Even bukan yang terbaik tapi ia dah cukup terbaik untuk aku.

Kurang 2 bulan lagi aku akan genap 21 tahun. Tapi aku masih mencari hala tuju untuk mencapai impian aku. Mampu ke aku. Ya Allah permudahkanlah jalan hidup aku dan keluargaku. Amin.


*Ya Allah. Makin sakit kepala aku.*

Pelangi Selepas Hujan


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicay burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Batu Belah Batu Bertangkup

Ini yang tak suka ni. Aku pantang betul kalau duduk kat kampus dan cuti cuti aku diganggu. Memang pantang. Baru minggu pertama kuliah. Baru minggu pertama takda kelas hari Jumaat. Tapi aku ada dengar ura ura yang aku kene join untuk trip ENT300. Trip ke Terengganu. Ya. Terengganu again! Punyalah banyak negeri kat Malaysia ini, kenapalah lecturer aku tetap pilih Terengganu. Aku dah pergilah semestar lepas.

Itu satu hal. Yang paling aku tak berapa nak suka, ura uranya trip tu kene time cuti midsem. Midsem. Midsem hujung bulan ini. Faham tak cuti midsem. Midsem. Aku nak balik lah. Minggu ini ramai budak balik rumah. Cuti minggu ni panjang. Panjang untuk negeri Johor. Sebab hari Selasa adalah public holiday untuk Johor. Jadi budak budak kelas aku ramai yang balik sebab hari Khamis aku cuma ada satu kelas dan hari Jumaat memang takda kelas. Aku tak nak balik sebab aku kenangkan hujung bulan ini je cuti midsem. Macam membazir duit je kalau balik.

Ini yang aku tak suka ini. Kalau ini rancangan lecturer aku still boleh consider. Tapi kalau aku tahu ini rancangan budak budak course aku, memang aku cekik budak budak ini. Siaplah. Ingat tak penat ke pergi Terengganu tu? Tulah sem lepas taknak satu kelas Economy Malaysia dengan aku, kan dah jealous. Eeeeiii. Tak sukanya kalau jadi trip ni. Faham tak penat? Faham tak rumah aku kene 6 jam kalau naik bus? Faham tak itu midsem?


* Duit aku melayang layang macam layang layang semalam. Tengok. Pantang nampak sales. 70 percent sales. Mahu aku tak bolot. Nasib tak satu kedai aku beli. Segamat ini. Benci tau. Suka buat sales.*

Friday, January 7, 2011

Cukup. No More.

Permulaan tahun yang sangat tak best. Semua jadi teruk. Semua serba tak jadi. Semua jadi hodoh. Malang apakah yang bakal melanda aku untuk tahun ini. Ya Allah. Ujian apa lagi yang Kau mahu duga aku. Kuatkan aku.

No more main main

No more bazir duit

No more goyang kaki

No more panjang kaki

No more online sampai tengah tengah malam

No more bercakap dan merepek repek

No more ketawa tak tentu hala

No more shopping shopping

No more jalan jalan tak ada pasal

 No more buat kerja yang tak faedah.

No more

Fullstop!


No more excuse

Jangan banyak bunyi

Sebab banyak bunyi kau jadi macam ni perempuan giler!

Jangan banyak alasan

Kau bodoh

Kene usaha 10 kali ganda

Tolong diri sendiri

Please!

Al Fatihah


Dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali.
Inalilahi rajiun.

Even beliau tak sempat nak curahkan ilmu kat aku. Beliau tetap berjasa untuk aku dan kawan kawan. Even dia mengajar sebab kelas aku terpaksa dibubarkan. Dia tetap lecturer aku.

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Semoga rohnya tenang disana. Al Fatihah untuk Arwah Sir Ikram. Semoga keluarganya tabah menerima ujian ini.

Memang Kene Band Jugak

Aku hope dapat rock band

Tapi aku cuma dapat indie band

Adehh apa mahu jadi wahai perempuan

Apa kau mahu buat untuk lepas ini

Syarat memang memadai

Tapi cukup ke hanya dengan memadai

Mana silapnya wahai perempuan

MUET teruk. Pointer teruk. Apa nak jadi ini perempuan giler? Dahlah giler. Bodoh pulak.Kau nak sambung apa dengan semua yang kau ada ini. Kau tak laku. Faham tak. Kau tak laku. Tak laku. Jangan banyak main boleh tak? Jangan banyak tidur boleh tak? Jangan banyak makan boleh tak? Jangan banyak ketawa boleh tak?

Banyak betul dalam kepala otak kau. Tolonglah fokus. Tolonglah rajin. Tolonglah buat kerja dengan sungguh sungguh. Tolonglah. Tolonglah tolong diri kau tu. Janganlah leka. Kau selalu leka. Jangan jadi bodoh lagi boleh tak? Kau tahu tak jalan kau masih jauh. Apa kau nak jadi ni. Bilalah kau nak jadi pandai ni perempuan bodoh? Tolong jadi manusia. Cukup cukuplah jadi orang. Jadilah manusia pulak. Tolong diri kau wahai perempuan.


*Semua jadi satu. Makin bodoh. Makin giler.*

Thursday, January 6, 2011

Kami Bukan Apa Apa Tapi Aku Rasa Bertanggungjawab

Actually aku baru kenal dia setahun lepas. Masih belum ada kesempatan bertemu muka. Masih belum ada masa bertemu suara. Tapi aku tak nafikan yang kami dekat. Even kami bukan ada apa apa. Tapi kami dekat.

Bila dia sedih aku cuba jadi pendengar terbaik untuk dia. Aku cuba jadi kawan yang paling dekat dengan dia. Bila dia happy aku cuba bagi senyuman paling manis untuk dia. Aku cuba jadi apa yang diperlukan bila dia memerlukan. Cuba jadi penasihat terbaik dia. Paling baik untuk dia.Tapi untuk mengharapkan sesuatu mungkin tidak. Persahabatan ini lebih penting.

Untuk dotdotdot. Jangan nak merantau jauh jauh sangat la. Nanti kalau kamu takda siapa macam mana aku mahu senyum bila aku sedih. Bukan kamu ke yang buat aku senyum. Jangan pergi jauh dari aku. Ya. Aku sedang sayang kamu.


*Dua hari sekali berbalas text. Itu sudah terbaik. Terima kasih sebab buat aku senyum*

Tuesday, January 4, 2011

Zam Zam Ala Kazam

Hari ini baru masuk hari kedua kuliah. Kaki aku dah melecet teruk giler. Macam budak part one je. Macam baru lepas minggu orientasi. Minggu Mesra Siswa. Bukan main banyak lagi tempat yang melecet. Sakit kepala otak aku menahan sakit.

Aku attend semua kelas. Maklumlah aku kan pelajar nerd. Attend kelas adalah wajib untuk aku. Aku sangat bersemangat waja even abah tak tinggal waja dia untuk aku. Walau kelas aku tinggi mengunung di atas awan diselimuti kabus tebal ala ala di puncak Gunung Ledang, aku tetap merajinkan diri untuk mendaki. Terima kasih kepada encik, encik, puan, puan yang mengaturkan jadual untuk kelas aku. Aku yakin semua budak sekelas aku sangat suka. Suka sesat sesat. Suka cari cari. Suka jadi macam budak part one jalan dalam kumpulan.

Semestar ini aku janji. Aku nak elak untuk mengumpat para para lecturer sekalian. Percaya atau tak yang aku dah dapat nikmat bila aku tak mengumpat lecturer. Even taklah dapat keputusan yang cemerlang tapi aku still pass the paper. Memang bukan matlamat nak pass sebetulnya. Tapi daripada kene ulang dan membazir masa, lebih baik pass bukan?

Semakin hari semakin cuba menanamkan rasa pada lecturer lecturer. Bak kata orang, sayang sayang untuk kepentingan masa depan itu perlu. Harus la. Aku kan mahu graduasi. Doakan aku okay.

Monday, January 3, 2011

Tentang Rasa

Menunggu. Menanti. Mengharap. Tak pasti. Tak tahu. Tak nak.

Aku tak tahu. Tapi aku tahu. Aku tunggu tapi aku tak menunggu.

Aku. Entahlah.


*Kaki aku melecet gara gara kasut mahal. Berbaloi ke beli tapi melecet? Mahukan tetttt letakkan ubat. Hahahahaha. Gediks!*

Sunday, January 2, 2011

Bunga Bunga Hati

Tajuk nak muntah. Siapa loya sila jangan baca. Yang sakit jantung juga jangan nak sibuk. Yang ada penyakit hati jugak jangan baca. Kanak kanak yang belum baligh pun dilarang baca. Ini amaran aku.

Hati aku ada bunga. Bunga tu tengah nak hidup. Ada orang bagi baja. Terima kasih pembaja. Aku hargai baja kau. Semoga bunga ini hidup dengan subur. Aku suka.

Tetttttt. Okay. Aku tak mahu berpress conference lagi. End of the story. Sekian terima kasih.


Mulakan Dengan Senyuman

Hai. Sorry kat yang komen sebab lambat balas komen komen kamu semua. Aku adalah perdana  menteri dalam mimpi. Sebab tu aku sangat busy semalam dan sebelumnya. hahahaha. Sekarang aku ada kat Kampus terchenta. Ya. Aku sangat chenta akan kampus aku yang ada banyak pokok, bukit dan tangga batu. Sangat suka dengan muka bumi di sini! hahahahaha

Aku stay kat bilik yang sama. Sangat bersyukur sebab tak kene terbang kemana mana level lain. Sangat gembira sebab dapat roomates baru. Ini sangat penting supaya aku tak stress macam semestar lepas. hahahahaha. Stress okay bila kat sini tak dapat nak adopt benda yang aku tak suka.

Yang penting di sini adalah, aku senior wooo. Mungkin itu yang perlu aku tunggu tunggu nak cakap sejak aku semestar satu. Macam tak percaya je aku dah masuk semestar akhir. So aku tak boleh banyak sangat leka. Work hard itu paling penting. Jangan banyak membuta. Jangan banyak makan jugak. Lepas ini PTPTN takkan support pembelajaan aku untuk cuti semestar yang panjang itu. Empat bulan aku kene rehat sebelum dapat tawaran ke degree. Sangat lama. Aku boleh mati kepupusan kepingan kepingan duit. Faham tak duit itu penting untuk aku?

Pesan untuk junior junior dalam bilik semua. Harap korang tak sepah sepahkan bilik. Harap korang tak banyak makan sebab nanti aku pun nak sama makan. hahahaha. Harap jangan jadi pengotor dan memekik dalam waktu yang tak sesuai. Sila hormat senior anda. Dan harap jangan baca blog yang buruk dan comot ini. hahahahaha. Baik aku dah giler. Baik aku rehat. Bye.


*Hope dapat classmates yang best dan lecturer yang sporting esok!*

Saturday, January 1, 2011

2011

Hello blog. Actually aku nak update blog ni malam tadi. Tapi abang aku pulak guna berukband. So kalau aku tunggu turn lepas dia jawabnya tak tidur malam la aku. Kan tidur malam itu lebih menyihatkan daripada tidur pada waktu lain.

2010.
Dah selamat dengan maju jayanya meninggalkan aku. Banyak kenangan sepanjang 2010. Suka, duka, pahit, manis semua ada. Yang jatuh tentu paling banyak. Bukan aku la kalau hidupnya sentiasa naik je. Nak naik sangat pun tak boleh la.hahahahahaha

Azam 2010.
Aku ada letak azam ke tahun lepas. Azam nak kurus? Tercapai untuk jangka masa pendek. Okay aku mengaku aku kadang kadang jadi minah jenin sikit. hahahaha. Azam nak naik kan pointer? Hampeh. Tak tercapai langsung. Makin turun ada lah. Sabar jelah. Azam ape lagi ek? Entahlah aku tak ingat actually azam azam aku. Masalah terbesar, aku ada letak azam ke? hahahaha

2011.
Aku hope tahun ini bagi aku lebih semangat. Lebih keyakinan. Lebih aura aura yang positif. Orang kata aku kan orang yang yang berfikiran negatif. Jadi aku mahukan aura yang lebih positif untuk tahun ini.

Azam 2011.
Macam tak percaya je aku letak azam. hahahahahaha. Okay, okay serius!

1. Studies.
Aku sekarang akan masuk semestar akhir. Gua nak grad wooo. 3 tahun dah aku tunggu. Aku tak sabar dah nak grad. Doakan aku. Tak sabar, tak sabar. Semestar ini aku kene pulun habis habis. Kene fokus betul betul. Tak kan nak grad dengan class yang tak best. Mesti nak first class kan. Nampak macam tak kesampaian. Tapi kene cuba yang terbaik bukan? Doakan aku. Lepas grad je aku nak sambung degree. Nak belajar lagi pandai pandai. Nak pratikal betul betul. Then nak dapat kerja bagus bagus. Doakan aku. Senang cerita bak kata kawan sekampus aku. Grad on time, kerja on time, kahwin pun kene on time. Alamak terlebih sudeh! hahahahahaha.Time tu baru boleh menari nari sebab berjaya jadi manusia yang terbaik untuk diri sendiri.

2. Cintan cintun
Pehh. Ini lagi giler. Mana pernah orang letak azam cintan cintan. Okay okay. Aku azam taknak cintan cintan. Just nak kawan kawan je. Sebab aku kan dah azam nak belajar pandai pandai. Kalau aku cintan cintan, nanti aku leka. Kang aku takda feel nak study betul betul. Ada kaitan ke?? hahahaha. Aku kalau boleh nak cari Prince yang bukan dari kalangan kawan kawan. Sebab aku takut. Biasanya susah nak teruskan persahabatan kalau cintan cintun tu putus di tengah highway. hahahahaha. Pengalaman banyak ajar aku tentang itu. Inilah azam yang paling hampeh untuk tahun baru.hahahahahaa

3. Kawan
Aku azam nak kurangkan musuh. Okay sila percaya yang aku ramai musuh. Bak kata kawan kampus aku, "berapa ramai hah musuh kau dalam kampus ni hah? Semua dah jadi musuh kau ke?".hahahahaha. Statement kawan aku yang paling best. Okay aku boleh merangkul award sebagai pelajar paling ramai tak suka kat pelajar lain atas alasan yang entah apa apa.hahahahahaha. Okay serius!

Lagi satu aku berazam nak kurangkan kekecikan hati kawan kawan baik aku. Lately ini aku banyak gaduh. Gaduh ke? Tak kot. Mungkin cuma kekecikan hati je rasa nya. Untuk kawan kawan baik aku, Dila, Zeera, Fara. Kita semua terasa antara satu sama lain kan. Ke aku yang terasa sorang sorang. hahahahaha. Whateverlah. Yang penting terasa dan kecik hati. Aku tahu korang korang sekalian terasa hati dan jadi marah kat aku. Aku tahu. Aku buat korang semua marah. Aku tahu korang terasa dengan apa yang aku buat haritu. Kadang kadang ada benda yang aku buat, aku tak boleh nak explain sebabnya. Aku tahu korang semua sayang aku. Dan aku sedar korang semua banyak tolong aku. Mungkin ada kekeliruan atau salah faham dengan kata kata aku. Aku sangat teruk dalam menjaga kata kata yang lahir dari mulut. Untuk Zeera. Komen aku yang aritu aku tak tujukan atau maksudkan sesiapa. Aku maksudkan diri aku. Tak faham ek ayat tu. Ayat tu bermaksud, memang aku kalah dengan perasaan aku tapi takkan aku masih nak tipu diri sendiri dengan tengok profile dia even aku cakap aku dah lupakan dia. Sangat hipokrit aku rasa bila aku buat macam tu. Biar orang kata aku kalah tapi aku taknak lah bermuka talam bila aku mengaku aku dah lupakan tutt sedangkan hati aku dulu ada kat tuttt. Okay faham tak? Tak faham sila nyatakan yang mana masih tak jelas. Untuk yang privacy. fb. Tak tahulah ada yang perasan ke tak. Yang itu aku akan open untuk semua tak lama je lagi. Nanti aku tukar setting okay. Jangan risau. Tunggu je nanti. Untuk Fara. Aku kawan dengan kamu ikhlas. Biar apa orang kata, janji aku tahu apa dalam hati aku. Bak kata kawan aku, pedulikan apa orang kata. Janji niat kita Tuhan tahu.

Eh asal macam press conference pulak dah aku rasa ni. Dah macam artis dah aku rasa. hahahahahaha. Okay stop mood sedih sedih. Now kene happy.

4. Blog.
Aku janji aku terus berblog. Biarlah orang nak kata apa. Janji aku happy. Bak kata kawan blogger aku, "just stick pada satu reason kenapa kau berblog. Kalau memang blog kau heavy dengan perasaan kau, just do it. Its your own way. Jangan terlalu tunduk pada orang lain". Dah dua tahun aku berblog. Hampir tiga ratus plus plus entry. Macam macam komen yang aku terima. Macam macam benda aku kongsi. 2011, aku hope enrty entry aku lebih baik dari sebelum ini. Lagi satu pesanan sorang akak blogger yang comel tapi gile, "tolong jangan nak sedih sedih okay". Baik. Aku cuba tak buat sedih sedih.

5. Lain lain.
Yang lain lain masih sama. Cuma aku kene perbaiki mana yang teruk. Yang dah lapuk tu just ingat ingat sendiri sudah. Yang penting semoga aku jadi yang lebih baik.

Okay. Itu je yang dapat terkeluar daripada kepala otak aku yang serabut sekarang. Hopefully, anda anda semua jugak jadi manusia yang lebih baik. Sama samalah kita doakan kebaikan kita antara satu sama lain. Terima kasih 2010. At least aku jadi orang jugak untuk tahun 2010 yang lepas.hahahaha

SEHATI BERDANSA