TABUNG SAKURA

Sunday, July 25, 2010

Bila Tetiba Aku Mengatal

Hahahahaha.Opss sory. Selamat tengah hari Malaysia. Satu [Malaysia],satu [Malaysia],satu [Malaysia].Ala ala PM dalam iklan satu Malaysia lepas lagu Faizal Tahir.hahahaha. Dah jangan bagi aku menyanyi lagu Malaysia Satu pulak. Kang baju yang aku basuh malam tadi tak kering pulak. Elok dah ni tak panas sangat,tak mendung jugak. Sedang sedang itu lebih baik.hehehe.

Okaylah,pagi tadi aku bangun agak lewat dari hari kelas tapi agak awal untuk hari weekend,9.38 pagi. Then aku baru teringat yang aku date dengan someone. Siapa pulek insan yang malang kene menatap muka aku pagi pagi ni kan. Aku date dengan tali skipping 2 ringgit yang aku beli hari jumaat hari tu. Even harga kau yang murah tapi kau akan buat aku berhutang tau. Dengan adanya kau,aku hope sangat yang aku boleh kurus. Okay, Azza,kau kene usaha double dan tripel untuk itu. Stok makan yang untuk berdiet pun aku dah completekan dalam loker. So jangan ada yang nak curik makanan aku.hehehe. Maaf aku terpaksa kedekut sebab untuk kurus.hehehe.

Aku berjaya buat lompat tali sebanyak 160 kali saja. Lepas tu kaki aku penat,nafas aku tersekat sekat. So aku stoplah untuk exercise pagi tadi. Giler semput aku. hehehe. Takpelah. Slow slow Azza. Jangan push push. Disebabkan bilik aku kosong,aku pun sambunglah golek golek atas katil balik. Then teringat yang aku ada assigment OM. Lantas aku terus menggoogle cari past sem.[Ayat macam nak buat karangan bahasa melayu.hahahahaha].

Tadi aku terbukak belog sorang akak ni. Panggilan untuk dia tertakluk pada usia anda okay. Kalau dah tua sila mengaku yang anda tua. Sila jangan perasan dan menipu.hehehehe. I nak bagitahu yang I masih muda taw. hahahaha [via buat muka yang sangat sangat comel].hahahahahaha. Dia baru kene risik dengan keluarga pakwe dia. Aku tertarik dengan menu yang dia sediakan untuk santapan pihak lelaki.[Lagi sekali ayat aku macam nak hantar kat cikgu bahasa melayu je].


Pavlova. Nama dessert ni sangat unik. Padahal aku yang tak pernah dengar sebelum ni. Even aku tak tahu macam mana rasa dia,tapi aku tengok dessert ni macam sedap je. Dan oleh yang demikian aku dengan segala hormatnya nak mengishtiharkan yang aku nak dessert ni disediakan untuk majlis pertunangan,perkahwinan aku nanti. Gila meroyan ke apa aku ni. Tapi aku tetap tak kisah,aku nak jugak dessert ni ada dalam majlis aku. Aku tak kira!!

Okay,Azza sudah gila. Dia gila nak kahwin even takda boyfriend. Sila maafkan dia. hahahahahaha.

No comments:

SEHATI BERDANSA