TABUNG SAKURA

Monday, March 1, 2010

Salah aku ke?

aku tak tahu apa patut ke aku tulis this story
aku penat,penat memendam
letih,sangat dan terlalu letih
Maafkan aku, Ya Allah
Aku hamba yang lemah dan selalu mengeluh

Terasa nak mengalir keluar air mata ni
Terasa nak lari dari semua ini
Entah la,terasa aku terlalu lemah

Senang sungguh hati mereka study untuk exam dan kuiz
Sedangkan aku terpaksa bersengkang mata menyiapkan assigment
Adil ke untuk semua ini?
If this is individual work, I really dont mind
But this is work in team
Dan sangat membuatkan aku terkilan
Sangat terkilan

Bukan untuk aku membangga diri
Bukan untuk aku menunjuk yang aku pandai
Tapi hati ini bagai hancur sudah

Entahlah
Dikala aku bersengkang mata hingga pukul 5 pagi
Mereka sepi dibuai mimpi
Tak sedikit pun terbit simpati mereka pada aku
Mungkin tak terfikir pun tentang aku

Mungkin mereka menggunakan alasan yang mereka tak tahu untuk buat assigment blog itu
Aku pun tak tahu walaupun hampir setahun aku punya blog sendiri
Aku sanggup menebalkan muka tanya kepada orang
Aku sanggup berhabis kredit untuk menyiapkan kerja itu
Aku sanggup berkomunikasi dengan orang yang jarang aku tegur
Thanks kepada Habibul Ambia atas pertolongan kau
If kau tak tolong memang aku menangis malam itu

Aku teringat satu dialog Nabil dalam filem Lu Pikirlah Sendiri

"macam ni ke perangai pelajar universiti? Pemalas! Kalau macam inilah attitude ko,baik tak payah masuk universiti. Ramai lagi orang kat luar sana yang layak masuk universiti. Orang macam korang ni tak sedar dek untung taw! Kerajaan dah bagi peluang, gunalah sebaik-baiknya!"

Memang pedas kata kata itu.Tapi aku suka. Biar pedas,biar terbakar
Lagi terbakar hati ini melihat keslumberan mereka
Biarlah kalau mereka hendak melabel aku sebagai skema
Tak luak sedikit pun hati ini
Biarlah

Selagi aku boleh bertahan,aku tahan
Tapi aku mengaku yang aku tak boleh memandang muka mereka
Sakit hati ini
Tadi someone pun ada tegur aku

Dia cakap,
"maafkan jelah awak.Kitaorang pun macam tu jugak.Buat tak tahu jelah."

Entah laa
Kalau ini kali pertama mungkin aku diam
Tapi ini sudah hampir 2 tahun
Kesabaran aku ada batas
Cukuplah kesabaran aku

Biarlah aku begini
Daripada aku bersama mereka
Tapi hati ini sakit dan menyumpah
Cukuplah aku jaga hati orang
Biarlah hati ini menjadi kepentingan aku sekarang

Maafkan aku, Ya Allah
Aku hamba yang lemah
Aku tak mampu berdepan dengan mereka
Maafkan aku kerana tak mampu maafkan mereka lagi
Mudahkanlah urusan aku tanpa mereka
Sesungguhnya aku percaya
Bahawa ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian ini

No comments:

SEHATI BERDANSA