TABUNG SAKURA

Wednesday, May 26, 2010

Cinta Cendana

Setiap petang pukul 4.30
Aku always layan cerita Sayang Cendana
Cerita dia seronok even tak berapa nak logik
Tapi aku sangat sangat suka

Suka bila tengok pakwe Cendana merajuk
Suka tengok cendana yang bodoh bodoh sikit
Suka suasana macam itu
Bila aku nak rasa lagi benda macam itu??

Umur aku baru 20 tahun bulan March lepas
Tapi kenapa ramai orang sekeliling cakap
Tentang soal pakwe,kahwin dan jodoh
Bukan apa aku agak rimaslah jugak

Yelah aku takde sesiapa untuk semua itu
Ada few friends said that aku terlalu memilih
Ada yang few cakap pulak aku terlalu jual mahal
Ada pulak tak tahu nak cakap apa

Entahlah bagi aku bukan aku terlalu memilih
Tapi aku takut bagi kepercayaan dan hati pada yang tak sepatutnya
Takut untuk dilukai dan terus terluka sebab cinta
Tak salahkan kalau aku memilih yang terbaik untuk hidup aku

Jual mahal atau jual murah itu bukan isu
Sebab kalau someone itu sudah gila suka to someone else
Dia akan berusaha untuk medapatkannya
Tapi kenelah bersesuaian dengan caranya

Dalam umur yang baru 20 tahun ini
Adalah dalam 3,4 orang kawan kawan sekolah aku
Yang akan berkahwin dan telah berkahwin
Sebab itu aku mula risau tentang hidup aku

Berkahwin bagi aku bukanlah semata mata
Kita dapat hidup dan beranak pinak sebanyak yang mungkin
Tapi bagi aku perkahwinan itu sangat istimewa dalam hidup
Tak kiralah hidup siapa sekali pun

Perkahwinan bagi aku adalah perkongsian
Perkongsian hati,perasaan,persefahaman,fikiran,harta,kesenangan dan kesusahan
Perkongsian itu perlulah kita lakukan dengan rela hati
Jadi sebab itu aku tak bersedia untuk perkahwinan

Malah untuk mencari seseorang juga susah untuk aku lakukan
Kerana aku tak mampu lagi nak berkongsi segalanya tentang hidup aku
Senyuman yang kadang kala aku ukirkan di bibir
Besar kemungkinan adalah palsu untuk menjaga banyak hati

Hidup aku kosong walaupun mulut aku bising
Hati aku sunyi walhal aku suka menyanyi
Kadang kala aku rindukan waktu kecil aku
Waktu aku tidak mengenal apa apa tentang dunia

Entahlah aku gembira dengan hidup aku sekarang
Even kadang kala aku rasa sangat sangat kecewa
Tapi ini kehidupan
Kalau aku rasa hidup aku sukar,adalah orang yang hidup lebih sukar daripada aku

*Azza,kau baru 20 tahun okay..tapi kenapa ko membebel macam orang tua ni..huh! senyum laaa*

No comments:

SEHATI BERDANSA