TABUNG SAKURA

Saturday, June 26, 2010

My Family Is Not Finance Agency

We are not Finance Agency okay!!. Isu ini bukan isu baru. Ini isu lama tapi always happen kat keluarga aku.Aku pun taktahu apa punca benda ini. Dan aku masih lagi menkaji dan tertanya tanya tentang isu. Okay aku nak tahulah apa perception orang luar kepada family aku sampaikan aku rasa aku boleh buat business meminjamkan duit kepada public terdekat. Okay you image the kind of harta that we have:

1. Sebijik Kereta waja [berhutang lagi dengan bank. Berapa tahu lagi tu aku xsure.]
2. Dua bijik rumah [ Satu rumah telah selamat dan tiada hutang dengan bank, sebuah rumah yang masih lagi berhutang dengan bank untuk tahun yang pertama. So image berapa puluh tahun hutang ini akan settle]
3. Dua,tiga keping tanah yang kalau dicampur tak melebihi 6 ekar [ Aku taksure berapa ekar even abah ada cakap hari itu]
4. Aset dalam 2 buah rumah yang kalau aku conggak tak sampai RM 50,000 kot [ Maybe nilai ini terlalu besar.]

Aku rasa itu saja yang family aku ada. Takda lagi rasanya harta family aku. Kalau ditanya tentang duit dalam akaun mama,abah,abang,aku,adik rasanya nak beli kereta Myvi pun masih tak lepas. Nak kata hidup kitaorang susah sangat itu takda la. Nak hidup itu bolehlah, cukup cukup makan saja

Okay you all mesti nak tahu kenapa aku story pasal asset,harta keluarga aku tiba tiba nikan?? Actually aku agak bengang la. Aku sendiri pun macam malu nak minta duit dari parent aku walaupun aku takda duit. Senang cerita aku rasa aku macam dah tak perlu susahkan diaorang sebab aku kan sudah dewasa even umur still 20 tahun [but still anak dara yang comel ok..] Okay aku tahu korang mesti nak booo aku kan. Jadi boo laa sebab aku tahu tetap comel.hahahahahaha.

Kerap kali jugak la parent aku dapat call daripada kawan kawan yang dikenal tapi tak berapa rapat minta tolong. Tolong apa?? Tolong bagi pinjam duit. Alasan nak pakai duit,duit tak cukup. Takpun sebab anak sekolah tak cukup duit. Anak nak sambung study kat kolej swasta, takda duit nak buat downpayment untuk masuk. Nasib takda yang minta tolong nak pinjam duit sebab nak kahwin lagi!!! Azeera dan Fadhilah,kalau dia nak pinjam duit,aku sedia bagi duit aku..hahahahahaha. Maaf ini rahsia rasmi kerajaan MGG.

Abah memang seorang yang bersimpati kepada nasib orang lain. So,kalau setakat orang nak pinjam duit dia,sikit pun dia tolonglah jugak. Mama pun jenis yang macam itu jugak. Tolong menolongkan amalan mulia. Tapi yang aku tak puas hati bila bab nak membayar hutang piutang diaorang ini. Pehhh..dia punya nak berdalih,mengelak dari hutang punyalah dashyat!! Sampaikan kekadang mama dengan abah yang bergaduh sebab tak cukup duit. Serius!! Aku tak tipu!!

Aku pun pelik kenapa duit gaji orang yang berhutang kat mama dengan abah ini tak cukup. Kalau atas alasan anak sekolah,nk masuk study ke, itu aku masih boleh terimalah. Perbuatan itu aku boleh pejam sebelah mata sikitlah. Tapi yang peliknya,ada jugak kalangan orang yang nak berhutang itu,pehhh!! Bukan calang calang orang. Kira VIP kat sesuatu organisasilah. Pulak itu,ada anak,menantu. Ada anak yang sudah kerja. Sedangkan keluarga aku?? Abang aku tu hah,tengah duk meliar cari lubang kerja. Aku sendiri tak faham. Ingat family aku ambil daun pokok mangga ke jampi jampi lepas itu terus jadi duit,terus boleh bagi korang pinjam. Hello!! Kami tak kaya okay.

So sekarang aku nak pesanlah kepada sesiapa yang berhutang dengan family aku tak kiralah kat siapa korang berhutang. Bawak bawak la bayar hutang. Berapa sen pun,kalau tak dihalalkan ia tetap dikira hutang. Okay that all yang aku nak bebel pagi ini. bye!

*ada budak sebelah bilik aku yang still berhutang dengan aku RM 20.Sila bayar sebelum aku mati okay
*happynya pagi ini sebab twin aku dah online.hehehe.Gedixzz tak?? Tak kan?? Thank you

No comments:

SEHATI BERDANSA