TABUNG SAKURA

Tuesday, July 13, 2010

Antara Sedar Atau Tak

Pernah atau tidak korang beli air ni




Mustahilkan kalau korang nak kata yang korang tak pernah beli. Mungkin bolehlah kalau nak tipu yang korang tak minum tapi kalau tak pernah beli,rasanya sia sia korang hidup kat bumi ni. hahahahahahaa. Okay gurau je. Tapi itu kenyataannya sebab mustahil laa kalau takda orang yang tak pernah beli even sekali. Kalau tak pernah beli,sila tinggalkan komen dan esok aku bawa korang pergi beli. Ini tawaran yang limited okay.

Nak tahu tak kenapa aku tetiba nak story pasal brand ni. Sebabkan tadi masa aku attend kelas Operation Management lecture aku buka slide. Dalam slide dia yang lebih kurang 7 tu,adalah terkeluar gambar tentang kronologi botol Coca Cola. Korang pernah tak tengok design botol Coca Cola sejak pertama kali diperkenalkan kepada public dan dunia. Nasib bila aku Google tadi ada gambar yang sebiji macam gambar dalam slide lecturer aku tu. Okay ni gambarnya.




Menurut kata lecturer aku, Coca Cola mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1899. Time itu Malaysia belum merdeka dan masih lagi dijajah. Botol tahun 1957 tu kata lecturer aku mungkin di design sempena Malaysia merdeka. So we mest be proud okay. huhuhu. Then tiba tiba tahun 1994, Coca Cola keluarkan satu botol yang baru. Lain daripada design design sebelum ni. Memang botol alaf baru laa kiranya. Tapi sedar atau tidak pada tahun itulah negara Islam Iraq mula ditakhluki oleh kuasa besar Amerika. Dan botol yang dihasilkan oleh Coca Cola juga menyerupai peluru bagi membunuh ramai pejuang Islam di Iraq. Selama hari ni aku tak pernah terfikir tentang semua itu. Bagi aku,botol hanya sekadar botol yang boleh dipakai buang atau dimasukkan ke tong sampah kitar semula saja. 

Tapi dalam sedar tak sedar,kita sebenarnya adalah penyumbang utama kepada mereka. Kalau kita fikir secara logiknya,design daripada tahun 1899 hingga 1991 tapak kepada botol Coca Cola sangat stabil tapi kenapa tapak botol tersebut ditukar hanya selepas 3 tahun kemudian? Berabad lamanya mereka mendesign tapak yang flat tapi mengapa ianya ditukar dengan tiba tiba sampailah kehari ni, tapak tu tak pernah di design semula. Mungkin ini adalah pandangan lecturer aku saja tapi aku sangat menyokong pandangan dia. Mungkin selama ni kita hanya membeli tanpa berfikir apatah lagi bertanya kenapa,kenapa dan kenapa.

Aku bukan nak memboikot jenama gergasi ini. Tapi ini cuma satu pandangan aku yang aku kutip dari lecturer aku tu. Kata lecturer aku lagi,mungkin kalaulah Amerika berjaya menakhluk Iran,Coca Cola akan mengeluarkan design terbaru untuk meraikan kemenangan mereka lagi. Tapi persoalannya sekarang sampai bila kita akan terus menjadi penyumbang kepada kematian pejuang Islam di Iraq?

 Renung renungkan dan selamat beramal!

*Kelas OM tadi sangat seronok sebab lecturer suka bercerita dan berlawak. Thanks so much Tuan Haji. Malam tadi perut aku rasa sebu dan tekak loya sangat sangat. Nasib sekarang dah okay. Hari keempat berdiet.

2 comments:

Nurul Binti Ibunya said...

nama lecturer sapa eh?

Bukan Cinderella said...

Tuan Haji Ros hasri...kenapa ek?? kenal ke??

SEHATI BERDANSA