TABUNG SAKURA

Friday, August 27, 2010

Lagi 7 Hari So Senyumlah

Wahhh, sangat teruja dalam mengira setiap saat untuk minggu ni. Sangat tak sabar nak jejak kaki kat tanah Selangor. Memang tak jauh,tapi sangat merindukan suasana Selangor. Sangat rindukan kebisingan Selangor. Sangat teruja nak berebut bas dengan mamat mamat yang tak berapa nak handsome.Huh!! Sorry yang tu tipu. Tak rindu pun nak naik bas dengan diaorang. Bapak berlagak gila kau,Azza. Kau fikir ada orang sudi nak jemput kau kat KTM Klang tu?? Sorry,mama tak pernah cakap nak jemput kau. So,kau kene bersaing untuk naik bas nanti. Sila bayangkan seorang gadis yang pemalu,sedang berdiet dan meningkat kurus bawa beg laptop,beg baju yang isi entah apa apa,terpaksa berlari lari dan merebut naik bas. Sadis sungguh gadis tu. Sila kesiankan gadis tu sebab gadis tu perasan yang dia adalah model.hahahahaha. Sila muntah beramai ramai.


 Ni buka rumah aku. Gambar hiasan saja.

Lagi 7 hari. Wahh,tak sabarnya nak pijak pijak tanah Selangor. Rasa nak suruh doremon cepatkan waktu je. Dah hampir 3 bulan tau tak balik rumah. Selama tulah kene gunakan duit bank hasil PTPTN sampai habis. Kau memang boros tahap cipan,Azza. Alaaa bukan sengaja nak habiskan duit kat bank tu. Lecturer asyik suruh beli buku teks la,manual la,past sem question la,macam macam tau. Dahlah makanan mahal. Tengok orang lain shopping aku pun nak jugak shopping. Takkan nak duduk study je. Sudahlah kau budak comel,tahu bagi alasan je. Mampus kalau abah tahu aku habiskan duit. Takpe senyap senyap,jangan bagi tahu abah. Rahsia kita berdua. Eh,macam pernah dengar je ayat tu.hahahahaha

*Menulis sambil dengar lagu raya. Hope mama,abah,abang,adik amik aku lagi 7 hari. Apa guna beli kereta baru,kalau tak bawak aku.hahahahaha. Doakan aku!*

No comments:

SEHATI BERDANSA