TABUNG SAKURA

Thursday, September 9, 2010

Buat Mereka Mereka

Assalamualaikum. Hari ni hari terakhir Ramadhan. Esok raya. Puas tak rasa nikmat bulan puasa ni? Untuk aku,aku tetap tak puas. Sangat mengharapkan yang aku dapat rasa kehebatan bulan mulia ni. Esok raya,maknanya hari ni aku kene tolong family belah mama masak masak. Bukan main masak masak macam kecik kecik tu. Ni masak betul betul. Kenapa setiap hari raya kene masak masak? Kenapa tak makan je makanan macam biasa. Tak payah membazir. Entah,aku pun tak tahu kenapa. Aku tanya mama kenapa,lepas tu mama jawab,"kalau dah siap masak nanti,kau tak payah makan."[via muka tersengeh sengeh].


Dengan ini aku nak mengucapkan berpatah patah perkataan. Sepatah dua mana cukup beb.hahaha


Kepada ayahanda,ibunda,kekanda,adinda,rakan taulan dan sanak saudara.Selamat Hari Raya. Ohh ya! Kepada kekasih hati [even hati aku belum dimilik..eekkkk..nak muntah tulis ] Selamat Hari Raya sayang.hahahaha


Okaylah yang ni serius.


Dengan itu,
aku, selaku pemilik blog ini,
menyucapkan
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI
MAAF ZAHIR dan BATIN.

Jika kalian ada salah dengan aku,
tak perlu mintak maaf lagi,
sebab aku dah maafkan semuanya...

Andai aku ada silap salah khilaf mana-mana,
sila beritahu aku supaya aku mampu berubah.
Dan kalau aku tak mampu nak berubah
aku susun 10 + 10 jari tangan dan kaki memohon maaf...
aku cuma menjadi diri sendiri.
MAAFKAN AKU..



*Aku sedih sebab merasakan aku gagal memanfaatkan Ramadhan kali ni sepenuhnya. Harap aku masih ada Ramadhan yang mendatang,amin....*

No comments:

SEHATI BERDANSA