TABUNG SAKURA

Thursday, September 23, 2010

Bila Kepala Kene Pijak,Leher Jadi Pendek

Aku masih teringat ingat kata kata Puan Reen (Lecture HR) aku malam Selasa hari tu. Budak budak sekarang pantang dibuat baik. Nanti kepala kita kene pijak,sampai leher pun jadi pendek. Siapa boleh tahan beb? Betul tak? Kalau salah kau mesti tak normal.

Aku pun punya pendapat yang sama. Dulu time aku semestar satu,sangat takut untuk masuk bilik meeting. Yelah mahu tak cuak nak jumpa ramai otai otai dalam wing (aras/level). Muka memang tak berani nak angkat. Semua pakat tunduk bawah. Bila kene soal,baru berani jawab. Tu pun sepatah. Even ada jugak yang berani jawab berpatah patah,tapi muka senior mesti dah berubah semacam. Paling kurang mesti kene umpat dalam bilik diaorang. Dan sebab tu aku merindukan zaman zaman semestar satu. Even sangat buat tak senang duduk,tapi sangat seronok. Terasa sangat dekat dengan mereka even muka diaorang macam harimau bintang. Terasa sangat sunyi bila diaorang takda.

Tapi sekarang. Nak mengharapkan junior senyum kat senior pun susah. Lagi best bila junior yang tunjuk kuasa kat senior. Memang terbenam dalam tanah kepala senior. Bila junior suruh senior buat assigment,senior mampu untuk menurut. Mungkin itu adalah tanda kehormatan seorang junior untuk senior. Mengabadikan tulisan dan nukilan senior mungkin adalah tanda besarnya title junior berbanding senior. Dunia kian berubah. Kalau dulu,bila ada senior yang nak lalu jalan yang sama,sanggup si junior lalu jalan lain. Tapi sekarang,junior siap boleh langgar lagi senior. Hilang rasa hormat junior untuk senior.

Semua ni jadi mungkin sebab,mereka terlalu dimanjakan. Terlalu diberi kemewahan oleh kerajaan. Terlalu diberi kebebasan oleh universiti. Dan senior hanya diberi kesekatan oleh universiti untuk tidak berlaku zalim dengan junior tapi sedangkan dulu tak pernah dipersoalkan. Akibatnya hilang hormat junior kepada senior. Jadi fikirlah semua. Jangan sebab mereka anak orang yang berpangkat,mereka layak untuk berlaku seperti universiti ni keluarga mereka yang punya.


Rindu kepada senior senior ini.Mereka sangat rock even suka marah marah dalam meeting. Muka aku sangat nerd tapi tetap comel macam selalu.hahaha

*Alhamdulilah. Masih ada junior yang senyum jika selisih dengan aku. Masih ada yang bertegur dengan aku. Bukan untuk memuji tapi realiti kalau kita meletakan diri sama level dengan orang lain. Sampai mati kita akan dihargai.*

2 comments:

cEro said...

haha, hakikatnya manusia suka amik kesempatan...
dulu lembut dibalas lembut,
skang lembut dibalas kaki..
dunia o dunia..

sakura lover's said...

betul tu..dunia nak kiamat..

SEHATI BERDANSA