TABUNG SAKURA

Sunday, October 3, 2010

Jangan Tanya Sampai Bila

Aku bodohkan? Bodoh ke tak tapi tu kenyataan. Kenyataan yang kene kadangkala menyakitkan hati. Lebih teruk kenyataan tu akan buat aku kecewa dan menangis macam orang gila. Aku tahu aku akan dapat kesusahan bila aku terus terusan macam ni.

4 tahun dah berlalu. 4 tahun aku harung semua. 4 tahun aku telan. 4 tahun aku cari punca. 4 tahun aku hidup. 4 sangat lama. Tapi 4 tahun masih belum mampu untuk aku. Aku belum mampu hidup tanpa hati. Aku masih belum mampu hidup tanpa kenangan. Aku masih belum boleh hidup tanpa bayangan. Aku masih belum boleh hidup tanpa gambar gambar itu.

Entah. Bukan aku tak nak hidup normal. Bukan aku tak nak pijak bumi. Bukan aku tak boleh. Tapi entahlah. Bila aku sedih,aku ingat dia. Bila aku happy aku ingat dia. Bila aku senyum cuma aku ingat dia. Cuma dia yang boleh buat aku macam aku yang normal. Cuma gambar gambar dia buat aku tersengeh macam orang giler time aku dalam keadaan yang sedih. Bunyi aku sangat gila kan? Tapi betul. Aku tak tipu. Itu yang aku rasa.

Kalau orang tanya sampai bila aku nak macam ni. Aku takda jawapan. Soalan tu aku tak dapat jawab. Serius aku tak mampu nak jawab. Aku tak simpan jawapan tu dalam kepala otak aku. Jadi jangan tanya sampai bila. Mungkin sampai dia sedar apa yang aku rasa. Mungkin jugak sampai aku penat. Mungkin sampai aku mati. Mungkin sampai dia kahwin. Entah aku tak tahu. Jangan tanya aku sampai bila.

Yang aku tahu. Aku happy bila bercerita tentang dia. Aku happy bila ingat tentang dia. Aku suka bila aku tengok dia senyum. Aku gembira bila tengok picture picture dia. Dia buat aku senyum. Dia buat aku tersengeh. Aku jadi normal bila aku pandang muka dia. Yes aku sangat psycho.


Salah ke aku macam ni? Cuma itu boleh buat aku gembira. Doakan yang baik baik untuk aku.

2 comments:

echah mashuri said...

kenanglah dia sebagai kenangan manis:)

sakura lover's said...

kenangan terindah.sangat indah

SEHATI BERDANSA