TABUNG SAKURA

Tuesday, November 23, 2010

Aku, Novel Dan Esok

Sangat complicated. Aku tak tahu macam mana nak tulis. Aku tak tahu macam mana nak start. Okay, give me explain one by one. Aku. Semalam petang aku baru saja habis tengok Kau Laksana Bulan secara marathon non stop daripada pukul 11 pagi sampai pukul 6 petang. Just few minutes pause sebab solat and mandi.hehehe. Cerita yang sangat menarik. Firas buat aku senyum sorang sorang. Masih ada ke lelaki sebaik Firas kat Malaysia ni? Serius aku jatuh cinta dengan lelaki macam ni. Senyuman Firas sangat menggoda hatiku. Im falling in love with this kind of character [via muka malu malu arnab].hahahhahaha. Tapi serius. Kalau aku nak cari Mr Right aku, aku nakkan someone yang ada senyuman yang boleh mencairkan aku. Tak perlu sangat muka yang handsome. Tapi kalau handsome tu advantagelah. Tapi itu belakang kira. Sekarang yang penting aku cuma nak yang lelaki seperti mana perempuan perempuan lain nak. Yang baik. Yang ada harta sendiri bukan keluarga punya. Yang bertanggungjawab. Yang ada pegangan agama yang cukup. Yang sopan. Boleh terima aku dan family aku. Yang sentiasa berusaha mencapai yang terbaik. Dan bla bla bla. Tapi aku juga mahukan lelaki yang mempunyai senyuman yang manis, bisa mencairkan aku. Serius aku mahukan ini dalam checklist itu nanti.

Novel. Tengok kisah Kau Laksana Bulan tu buat aku terfikirkan sesuatu. Kalaulah aku boleh menulis novel sebaik watak ciptaan Aina Amir, ataupun sehandal Aisya Sofea, Damia Hanna, Bikash Nur Idris dan ramai lagi alangkah indahnyakan. Yelah berangan untuk mencipta hero dan heroin mengikut citarasa kita. Aku tak sehebat mereka. Menulis blog ni tu tak ramai orang nak baca, ada hati pulak nak tulis novel. Memang sah tak laku. Silap silap haribulan kang, takda pun penerbit nak publishkan novel aku.hahahaha. Yang penting sekarang aku nak cari novel baru. Novel melayu. Aku dah penat nak menatap buku buku english sebab kat kampus semua buku dalam english. So aku akan muntah pink kalau terus baca buku english lagi time cuti semestar ini.hahahaha.English aku tak okay gak even selalu study buku english.hahahaha

Esok. Kurang 24 jam lagi. Aku tak tahu aku nak buat macam mana. Macam mana nak buat. Untuk ke 6 tahunnya. Aku seorang saja yang mengingat tarikh tu. Bukan sengaja untuk mengingat. Tapi aku dah rasa macam tu acara tahunan. Sama juga macam hari krismas ke thaipusam ke wesak day ke. Semua orang akan ingatkan even tak sambut pun. Sama juga macam aku. Aku ingat that tarikh. Tapi aku tak tahu macam mana nak buat dengan tarikh tu. Jam,sila lambatkan putaran masa itu. Aku tak mahu tarikh esok.


*Entahlah. Aku tak boleh nak fikir apa apa. Kosong. Aku perlukan novel untuk dibaca. Aku akan kebosanan untuk hari ini.*

No comments:

SEHATI BERDANSA