TABUNG SAKURA

Thursday, November 11, 2010

Mereka Cuma Tahu Ketawa

Untuk mereka blog tidak penting. Bagi mereka mungkin blog hanya tempat mengumpat. Bagi mereka blog tempat untuk mentertawakan orang lain. Bagi mereka blog untuk meluahkan perasaan. Bagi mereka blog tempat untuk mengumpul koleksi peminat.

Mereka cuma tahu bercakap tanpa memahami. Mereka cuma tahu mengejek tanpa menilai. Mereka cuma tahu menyampai tanpa berfikir. Mereka cuma tahu mentertawa tanpa menyedari makna sebenar. Mereka taktahu apa makna mempunyai sebuah blog.

Blog tak perlukan sejuta peminat. Blog tak perlukan seratus juta pembaca. Blog tak perlukan berjuta follower. Blog tak perlukan keglamouran. Blog tak perlukan simpati.Blog tak perlukan tangisan. Belog tak perlukan senyuman. Blog tak perlukan kecantikan atau kehandsomeman.

Jangan menghukum tanpa memahami. Jangan mentertawa tanpa meneliti. Jangan mengejek tanpa mengerti. Jangan mencari populari tanpa mahu diuji. Blog bukan tempat mengumpul berjuta juta follower. Sejuta follower belum mampu buat mereka memahami tiap satu yang kita rasai.


*Alhamdulilah. Blog ini tak ramai peminat. Aku tak perlukan berjuta peminat yang hanya tahu menghukum tanpa memahami. Jangan menghukum sesuatu tanpa memahami sesuatu.*

3 comments:

liyana aziz said...

may all the happiness be around you.. =) ish, macam wish happy birthday pulak kan? betul, jangan sesekali menghakimi apa yang kita x tau hujung pangkal, apa yang kita predict tu mungkin tersasar

cEro said...

blog hanya medium...
jgn terbawa2...
lain org lain sebab berblog..
ko kena stick dgn satu sebab, dan tak pandnag yg lain..
go go go...

sakura lover's said...

liyana:thanks akak..
cero:medium yang kekadang selalu disalah anggap..

SEHATI BERDANSA