TABUNG SAKURA

Monday, December 13, 2010

Aku Semakin Matang Bila

Aku tengah sedih. Ini sekadar berkongsi maklumat untuk semua.

Antara orang yang semakin matang:

  1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai
  2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa
  3. Anda tidak iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
  4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar benar merasa tidak sewajar dengan mereka
  5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat
  6. Anda dapat menaham rasa sakit hati dan malu seandainya anda ingin tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain
  7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda
  8. Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar besarkannya
  9. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan tanpa rasa resah, bimbang dan ragu
  10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang
  11. Anda bahagia bersendirian denga mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar benar anda minati
  12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul betul tidak tahu tanpa rasa malu.
  13. Anda menghadapi orang orang tua yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan kesan negatif
  14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna
  15. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak senang kerananya
  16. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang orang yang tidak anda sukai
  17. Anda dapat mengwujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka
  18. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang menjadi idaman setiap wanita
  19. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

No comments:

SEHATI BERDANSA