TABUNG SAKURA

Monday, December 13, 2010

Bukan Kecanggihan Tapi Kesungguhan

Aku sangat teringin nak belajar photography. Aku bukan model. Aku juga tak cantik. Jauh sekali aku punya sifat yang slumber slumber ni. Itu kelemahan aku. Tapi aku sangat tertarik pada photography. Photography yang original bukan yang diedit edit dengan segala macam software like photoshop ke picasa ke photoscape ke whatever photo lah. Aku suka yang original. Without editing.

Tapi aku tengok sekarang ramai sangat orang suka beli kamera yang ribu riban tu. Tahu tak itu sebenarnya membazir. Lagi membazir kalau ada yang beli tapi duk letak dalam bilik sampai berhabuk. Ada yang lagi best beli just untuk tunjuk tunjuk. Adehh. Yang itu memang tahap gawat. Baik pi jual kat kedai balik kalau setakat nak tunjuk tunjuk padahal tak tahu nak guna.

Aku pun taklah pandai sangat nak capture and snap snap picture ini. Just untuk fun. Therefore aku masih belum terkinja kinja sambil hentak hentak kaki nak beli DSLR tu. Cukuplah dengan ada Cybershot tu. Itu pun selalu buat aku blur. Untuk aku apa guna beli ribu riban, tahan segala nafsu semata nak beli benda tu. Tapi in the end of day, bila kene soal tentang benda tu tak tahu apa apa.

Bukan nak memblame mereka mereka. Tapi untuk aku apa yang penting dalam photography ni adalah minat, kesungguhan, perkongsian dan juga keslumberan. Bagi aku gambar yang kita snap ada kisah yang tersendiri. Alangkah indahnya aku kalau aku dapat snap setiap detik dengan bebas.

Tetiba terdetik nak tulis pasal photography lepas baca kisah seorang pensyarah UTHM, Saiful Ian Hadi Masran dalam paper Berita Harian, Sabtu lepas. Bak kata dia tak perlu punya gajet mahal atau up to date. Tapi kita harus selami aplikasi kamera yang sedia ada yang mungkin sebenarnya mampu memberikan hasil yang terbaik yang kita tak tahu. Tak perlu yang mahal mahal sebaliknya belajar dulu ambil gambar dan biasakan peka pada objek sekeliling.


*Apa yang penting, usah malu bertanya dan kalau mengambil gambar jangan lupa senyum tanda menghormati mereka*

No comments:

SEHATI BERDANSA