TABUNG SAKURA

Thursday, January 20, 2011

20 Januari 2011

Assalamualaikum. Masa sekarang tepat pukul 1.16 tengah hari. Aku tengah curi curi masa sambil bersiap untuk keluar lagi. Misi utama mencari tiket. Misi seterusnya mencari makanan yang sedap.

Bangun pagi dah kene puji. Apa lagi muka tukar jadi colour merah merah la. Terima kasih sebab sudi puji aku. Aku tahu tentang itu. Dia bukan orang pertama. Tapi aku akan anggap dia orang yang terakhir memuji begitu. Aku tahu dia sedang memancing aku. Memancing untuk aku meninggalkan my glasses. Damn! Memang tak mahal untuk beli contact lens berbanding beli glasses. Tapi entah kenapa aku cukup takut meninggalkan glasses ini. Biarlah.

Biar mata ini terlindung. Biar mata ini tertutup. Memang betul hati aku pun teringin sangat nak mencuba lens. Tapi aku takut. Tanpa glasses mata ini akan terbuka. Aku taknak. Entahlah. Tunggulah sampai aku betul betul bersedia untuk pakai lens.


*Terima kasih atas senyuman ini lagi. Senyuman manis untuk hari ini.*

No comments:

SEHATI BERDANSA