TABUNG SAKURA

Saturday, January 15, 2011

Salah Yang Mungkin Tiada Kemaafan

Entah.
Aku tak tahu.
Aku cuma melihat.
Aku tak mampu mendengar.
Jauh lagi untuk aku menilai.

Semakin jauh.
Semakin terpisah.
Semakin sepi.
Salah berpunca diri yang hina.

Salah berpunca dia yang bertuah.
Mungkin ini yang dikatakan orang.
Salah yang tiada kemaafan.
Salah yang tidak diterima segala alasan.
Salah orang yang bersalah.

Untuk mengharapkan yang lama kembali menjadi lama.
Aku tahu itu bukan mudah.
Bukan tidak mahu mencuba.
Tapi aku tahu irama itu telah sumbang.
Aku gagal mengawal irama.
Gagal mengawal keserasian.
Itu salah aku.

Terima Kasih.
Kasih aku tak pernah berakhir.
Sayang aku tak pernah putus.
Cinta aku tak pernah mati.
Doa aku tak akan pernah berhenti.
Tapi aku tak mampu selamatkan semua ini.
Aku tak mampu.


Setiap manusia ada perasaan. Aku manusia yang tak tahu menjaga perasaan manusia lain. Itu kekurangan terbesar dalam diri aku.

No comments:

SEHATI BERDANSA