TABUNG SAKURA

Saturday, March 5, 2011

Meniti Hari Hari Terakhir

Saat aku menulis, hanya tinggal lagi empat hari lagi menjelang ulangtahun kelahiran aku. Entahlah. Banyak sebenarnya yang terbuku dalam hati aku. Nak aku luah tapi aku rasa itu terlalu susah. Susah sehinggakan aku rasa memendam perasaan itu adalah lebih baik. Lebih baik untuk aku.


Sepanjang usia 20 tahun ini apalah sangat aku nak bandingkan mereka mereka yang hidup lebih payah dari aku. Aku bersyukur. Syukur atas segala kurnia dariNya. Malam tadi aku terbaca satu blog. Blog seorang ibu tunggal. Ibu tunggal yang memerah keringat demi membesar tiga orang anak. Anak anak yang kurang upaya. Dalam benak kepala otak aku cuma,”kuat betul akak ini. Macam manalah dia boleh hidup dengan sekuat dan setabah itu..”

Entahlah. Setiap orang akan mengalami naik turun dalam kehidupan. Hidup macam roda. Berputar. Kejap ada di atas, kejap ada di bawah. Semakin kuat kita diputarkan, semakin kebal kita dengan semua yang telah ditakdirkan.Ya kebal. Mungkin itu juga membuatkan si ibu tunggal tadi kuat dan tabah. Kuat berdepan dengan kata kata sinis masyarakat. Masyarakat yang suka melabel dan menghukum sesuatu tanpa menilai serta berfikir. Tidakkah masyarakat kita terfikir sedikit pun tentang perasaan si ibu tu. Sumpah ini adalah satu sebab kenapa aku sangat benci kepada orang yang bermulut longkak.

Anak tu tak berdosa. Ibu tu juga tak berdosa. Mereka diuji. Mereka hamba Allah. Mereka layak diuji. Tapi kenapa masyarakat dengan sewenang wenangnya menabur bermacam macam jenis kata kata yang merobek hati si ibu dan si anak tadi? Bukan ke Islam mengajar kita supaya menghormati antara satu sama lain? Tidakkah masyarakat tahu bahawa segala yang berlaku telah ditentukan olehNya sejak dari azali lagi? Sungguh. Sungguh aku terkilan dengan sikap masyarakat terutama sekali sikap masyarakat aku. Bukankah setiap kita dilahirkan dengan naluri kemanusiaan? Tapi kenapa kita selalu meninggalkan sikap kemanusiaan itu dalam peti besi dalam diri masing masing? Entahlah.

20 tahun. 20 tahun aku hidup atas bumi. Macam macam yang dah aku lalui. Macam macam yang dah aku hadapi. Aku selalu jatuh. Jatuh,berdarah dan terluka. Kesakitan luka lama kekadang membuatkan aku kecewa. Kecewa hingga aku rasa aku taknak lagi berdiri dan berjalan. Aku seolah olah memaksa masa berputar dan aku terus hanyut dimamah usia. Namun aku kuatkan hati. Kuatkan kaki biar dapat melangkah. Melangkah seolah olah cuba untuk melupakan luka luka dalam hidup.

Aku tahu aku cuma manusia. Manusia biasa. Manusia yang lemah. Untuk 20 tahun hidup yang telah dan bakal aku akhiri beberapa hari lagi ini, impian aku cuma satu. Aku hanya mahu senyuman. Senyuman yang tak akan mati. Senyuman yang hidup. Melalui kesukaran hidup dengan sebuah senyuman adalah satu impian. Impian aku. Tapi mampukan impian yang aku inginkan itu menjadi satu reality? Entahlah.

*Semoga si ibu tunggal dan tiga orang anaknya tu dirahmati perjalanan hidupnya. Semoga Tuhan melindungi hati mereka. Semoga mereka terus kuat, tabah dan sabar. Mudah mudahan. Amin.*

No comments:

SEHATI BERDANSA