TABUNG SAKURA

Sunday, November 27, 2011

Itu Antara Aku

Assalamualaikum.

Aku jarang sekali bukak tentang blog aku kepada tatapan manusia yang mengenali aku. Mungkin sebab aku serik. Serik menulis dan bercerita tentang perjalanan. Tentang perasaan. Tentang hati. Tentang hidup kepada khayalak yang mengenali siapa aku.

Ini blog baru. Blog yang diberi nafas semula. Blog yang aku mahu teruskan tanpa aku mahu fikirkan perasaan orang. Dear awak, awak tak perlu rasa bersalah dengan apa yang saya tulis tentang semalam. Semalam dekat lima hingga sepuluh minit kita berbincang tentang hala tuju kita.


Dan saya tak membantah setiap apa yang awak katakan. Sebab saya yakin pada awak. Saya yakin awak ada sebab buat semua itu. Jadi kenapa awak nak rasa bersalah bila awak baca semalam. Saya takkan pernah salahkan awak. Awak tetap awak. Saya masih saya. Kita tiada apa apa.

Kita cuma kawan. Kawan baik. Saya sudah tak berharap untuk mendapat lebih dari itu. Jujur awak keluar dari dalam hati ini sebelum sempat saya terasa apa apa kesedihan. Mungkin awak akan kata saya tipu. Tapi jujur saya dengan rela memilih untuk jadi kawan bukan untuik jadi kekasih. Sebab saya taknak hilang kawan. Saya rela hilang cinta.

Saya sanggup hilang cinta dari hilang seorang kawan yang saya panggil kawan baik saya. Awak jangan risau. Awak tak perlu kuatir. Saya ok. Saya baik baik saja. Tuhan ada bersama saya. Tuhan akan jaga saya. Dia lebih berhak dapakan cintaNya sebelum jodoh saya hadir. Saya akan baik baik saja dalam pelukan Tuhan.

Sakit hati. Sedih. Kecewa. Biar saya simpan saja. Itu antara diri saya dengan saya. Awak teruskan hidup awak. Saya bawa haluan saya. Tapi awak tetap kawan saya selagi awak tak membuang saya. Saya akan cari awak selagi awak masih memerlukan telinga saya dan selagi saya memerlukan kata kata awak. Janji.

4 comments:

Aiediey said...

siapa orang yang kenal awak, baca blog awak ?

cikpinky said...

dulu sy cmni gak...smpai tuka URL...now da okey n start publish blk dkt org2 yg mngenali diri..

kasih said...

pls move on.i used to delete my previos blogs, sebab sedih. well, benda yg berlaku, kita xdpt kawal. yet, both of us having the same probs. cinta pd bff sndiri.

cuma, sy yg dia syg. dan sy xmampu bg lebih pd dia. betul, sy dh redhakan permegian dia setahun yg lalu. tapi kesal msih ada sebab sekalipun sy tolak cinta dia, dia masih lg sahabat yang sntiasa ada untuk sy hingga saat akhirnya.

awkward memang ada untuk smbung balik sbg bff lps spill rasa yg ada tu, kan? nsihat sy, hargailah ape yg awak ada. :D

Bukan Cinderella said...

@Aiediey: ada mereka yang juga hamba Allah.

@cikpinky:kan? pengalaman kekadang mendewasakan kita.

@kasih:susah kita nak meredha sesuatu yang sememangnya kita belum meredhakannya. saya cuba belajar untuk redha. sampai bila saya cuma hanya nak belajar pasrah kan?

SEHATI BERDANSA