TABUNG SAKURA

Sunday, January 10, 2010

How to lets it go

aku realize siapa aku sebenarnya
aku sedar aku siapa dimata kamu dan dia
aku tahu aku tak punya apa untuk beri kepada kamu
aku tak tahu apa yang perlu aku beri
sedangkan sekeping hati ini pun telah aku beri pada kamu
aku tak punya apa lagi

menerima kamu dalam hidup aku sangat susah
melepaskan kamu pergi sangat payah
kenapa ini yang aku terima
kenapa ini yang kamu beri
tidak ada sikit ke kasih sayang kamu untuk aku

lupa ke kamu tentang kenangan kita?
kenangan dimana kita bersama melihat ke atas langit yang satu itu
dimana kamu suka pada bulan dan aku suka pada bintang
lupakah kamu tatkala aku yang disisi kamu ketika kamu penat mengulangkaji pelajaran
tak ingat ke kamu tatkala aku sedia di sisi kamu memberi semangat
dan kala itu kamu kata aku terlalu baik untuk kamu

tapi kenapa kamu bayar kebaikan aku dengan ini semua
mungkin kamu lupa kata terindah kamu untuk aku
"setiap saat awak berada dalam hati saya,tak pernah saya rasa macam ni"

mana indahnya kenangan itu?
mana perginya kemanisan itu?

ingat lagi macam mana kita bergaduh kerana benda yang tak masuk dek akal sehingga sebulan lamanya?
kamu kata kamu takut untuk tegur aku,begitu juga aku
ingat lagi kali pertama kita beraya sebagai pasangan kekasih?
kamu telefon aku semata mata, kamu mahu aku bermaafan dengan kamu
dan kamu memakai baju melayu hitam sedondon dengan motor kris kamu pagi itu
ingat lagi bagaimana kamu berkeliaran tiga hari sebelum raya di Ipoh semata mata mahu mencari baju melayu kekuningan?
tapi kamu tak jumpa lantas kamu hanya beli sepasang baju melayu berwarna biru untuk berhari raya dirumah baru kamu

kenapa ini yang kamu beri?
apa salah aku?
mana silap aku?
kenapa kamu sangat kuat dalam hidup aku?
how to lets it go??

I ADMIT THAT I LOVE YOU WITHOUT YOUR HEART
SAMPAI MATI AKU INGAT SEMUA KENANGAN NI

*semua ini buat air mata aku bergenang kerana dia..dia yang pertama..*

No comments:

SEHATI BERDANSA