TABUNG SAKURA

Thursday, March 4, 2010

Itu keh nilainya??

Aku bukan nak marah orang nak baca blog ini
Bukan aku sengaja menukar url blog ini
Bukan mahu lari dari segala masalah
Bukan untuk mengecilkan hati mereka

Entah la
Salah ke apa yang aku tulis??
Salah ke apa yang aku kata??
Mereka terasa?
Aku lagi terasa
Benar aku sangat,sangat kecik hati

Kalaulah benar aku buat segala assigment adalah untuk menunjuk nunjuk
Give me the bukti
Bagi aku satu bukti yang betul aku nak meriakkan diri
Kalau benar aku ini sengaja nak menunjuk nunjuk
Baik aku tarik semua apa yang aku sudah siapkan
Bila aku dapat tahu mereka tukar sesuka hati assigment itu
Aku siapkan hingga tak tidur malam
dan itu dikatakan menunjuk nunjuk
Tak mengapalah
Aku redha

Kalaulah aku menjaga abah yang sakit setiap malam itu
Sama nilainya dengan RM2.60 untuk duit tol
Alangkah murahnya nilai mengorbanan itu
Kalaulah RM2.60 tu boleh aku bayar pada abah untuk everything in my life
aku bagi jumlah itu pada abah
Tapi pengorbanan abah selama ni tak ternilai
Dan kalau RM2.60 menjadi persoalan yang begitu besar
Aku sanggup bayar RM2.60 pada mereka

Aku semakin tak faham
Bukan duit atau sikap menunjuk nunjuk yang aku nak pertaruhkan
Yang aku nak just sikap tanggungjawab sebagai seorang kawan dan pelajar
Mudah untuk mereka berkata
"Hal family dengan study kenelah diasingkan. Jangan dicampurkan."

Fikirlah semula
Aku tak nak berkata banyak
If they in my place
Can they feel my feeling?
Mulut mudah berkata
Untuk menerima bukan mudah kalau tak punya hati yang kuat

Pesan aku cuma satu
Fikirlah
Fikirlah sebaiknya dan sedalamnya
If ayah aku pergi tinggalkan aku sekeluarga
Takkan ada harta yang dia tinggalkan untuk aku sekeluarga
Kalau ada pun semua itu tak sama dengan pengorbanan abah sepanjang hidup aku dan keluarga
Mereka mungkin bertuah dilahirkan dalam keluarga yang senang
Takpelah rezeki kita jauh berbeza

Aku bukan nak menjaja kisah keluarga
Jauh sekali nak meraih simpati
Sekadar ingin berkongsi pengalaman hidup
Jika ada yang kesian atau simpati
Mungkin hanya kebetulan

Duit tak mampu membeli kebahagian
Walaupun aku tak sekaya orang kaya
Tapi jangan menghina aku kerana duit
Fikirkanlah..

No comments:

SEHATI BERDANSA