TABUNG SAKURA

Friday, April 30, 2010

Kawan Untuk Ambil Kesempatan

Semua orang ada kawan
Tipulah kalau takde orang yang hidup dalam dunia ini takde kawan
Semua orang akan ada kawan
Dan naluri untuk berkawan

Apa rasanya kalau kita ada kawan
Tapi kawan kita itu suka ambil kesempatan
Kita cuma kawan yang dipergunakan
Dan kita tiada kepentingan apa apa kepada dia

Dapat tak bayangkan kalau kawan kita itu macam ini














mata duitan

Bagaimanakah perasaannya jika kawan kita seorang mata duitan
Macam mana kita nak jauhkan diri dari kawan yang macam ini
Sebabkan diaorang tak mengaku yang diaorang ini mata duit
Memanglah mana ada orang yang mengaku buruk buruk terhadap diri sendiri

Kenapa aku tulis pasal mata duitan tetiba
Sebab aku ada seorang kawan yang mata duitan
Bukan sahaja mata duitan tapi mata pengambil segala kesempatan
Untuk kepentingan diri sendiri bagi memuaskan kehendak dia

Jadi dia ada hutang aku
Takdelah banyak sangat tapi kalau ikut kemampuan rakyat Malaysia
Rasanya jumlah hutang itu sangat sangat termampu untuk dibayar dalam kadar yang sepatutnya
Tapi sangat sangat susah untu dibayar oleh si minah sengal ini

Attention kepada si penghutang tu ye
Amboi kalau nak hutang sampai boleh hantar hantar mesej senyap mintak aku tolong
Dan molek je mulut kau cakap,"nanti minggu depan aku bayar okay..[senyuman manis yang busuk]"
Sekarang ini  bukan sudah next week lagi tapi sudah minggu terakhir untuk semester ini

Takkan nak suruh aku tampal notis dekat pintu toilet kot
 Macam aku nak panggil orang datang bilik aku untuk meeting wing
Baru kau rasa glamour
Pulak itu nanti aku guna pen warna warni
Mesti nanti kau sayang dan nak hutang dengan aku lagikan wahai si penghutang

Masa pinjam bukan main sopan
Siap pesan dekat aku
" jangan bagi tahu siapa siapa tau yang aku pinjam ini.Aku nak balik Seremban jumpa si polan tersayang [ maaf kepada siapa yang bernama polan,yang pasti ini bukan kekasih anda]. Dah lamalah aku tak jumpa dia, rindu. "

Even sikit pun hutang kau dekat aku
Even aku boleh halalkan saja hutang itu
Boleh tak aku cakap aku sengaja tak nak halalkan
Sebab kau tak pernah menyenangkan hidup aku
So be aware okay!!



1 comment:

dila said...

NK PINJAM DUET GAK..HAHAHAHA!

SEHATI BERDANSA